PAMERAN BERTEMA PUSAT SUMBER SEKOLAH SJK (C) CHI VUN TEMA : PERAYAAN KRISMAS
SEJARAH SAMBUTAN KRISMAS Hari Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian. Penganut Kristian dari seluruh dunia menyambutnya sebagai satu perayaan tradisi sejak 2000 tahun yang lalu. Di tahun-tahun awal ‘Christianity’, sambutan utama hanyalah Hari Easter, dan tiada sambutan untuk kelahiran Jesus. Walaupun, beberapa hujah menunjukkan kelahiran Jesus adalah di waktu musim bunga, Pope Julius I telah memilih 25 Disember sebagai perayaan kelahiran Jesus. Ini dikatakan sebagai langkah untuk menerima budaya sambutan ‘Saturnalia’ orang Pagan yang terdahulu. Pertengahan musim sejuk juga merupakan tempoh perayaan yang biasa di kalangan orang Eropah, sebagai meraikan tamatnya hari-hari malam yang panjang dan Sang meraikan kehadiran hari siang yang lebih panjang.
SAMBUTAN KRISMAS DI MALAYSIA Di Malaysia, 25 Disember telah dijadikan hari cuti umum sebagai menghormati perayaan ini. Menurut Jabatan Perangkaan, jumlah penganut Kristian di Malaysia adalah sekitar 9.2 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia. Ini menjadikan penganut Kristian sebagai penganut agama ketiga terbesar di Malaysia. Antara aktiviti tradisi dalam menyambut sambutan Krismas ialah bertukar-tukar hadiah, menghias pokok Krismas, menghadiri aktiviti di gereja, makan beramai-ramai dan menziarahi keluarga serta sahabat-sahabat karib. Wajarlah sambutan ini dihormati sebagai meraikan rakanrakan kita daripada penganut Kristian, sesuai dengan konsep toleransi yang diamalkan di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
6 FAKTA MENARIK TENTANG PERAYAAN KRISMAS YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU
1. IDEA SANTA CLAUS SEBENARNYA BERASAL DARI SEORANG YANG BETUL-BETUL WUJUD Santa Claus ialah maskot rasmi untuk perayaan Krismas. Hampir di mana-mana yang anda lihat apabila tiba waktu Krismas adalah hiasan Santa Claus. Tetapi tahukah anda bahawa Santa Claus original ialah seorang lelaki bernama Saint Nicholas? Saint Nicholas of Myra, atau juga dikenali sebagai Nicholas of Bari, merupakan seorang bishop Kristian yang wujud pada abad ke-4. Beliau bukan lelaki berjanggut yang memakai sut merah, tradisi ini hanya datang jauh kemudian. Semasa hayatnya, Saint Nicholas telah mendermakan segala duitnya kepada golongan miskin dan menyelamatkan wanita dari perhambaan. Dalam bahasa Belanda, namanya ialah Sinter Klaas, yang kemudiannya berubah menjadi ‘Santa Claus’ dalam Bahasa Inggeris.
2. TRADISI MENGGANTUNG STOKIN BERMULA SECARA TIDAK SENGAJA Walaupun tidak diamalkan secara meluas di Malaysia, menggantung stokin di tepi cerobong adalah amalan biasa di kalangan orang barat semasa perayaan Krismas. Tetapi tahukah anda bahawa tradisi ini dimulakan secara tidak sengaja? Menurut legenda, amalan menggantung stokin di tepi cerobong bermula akibat seorang lelaki miskin yang tidak mempunyai cukup wang untuk mas kahwin ketiga-tiga anak perempuannya. Saint Nicholas dikatakan menjatuhkan beg emas ke dalam cerobong mereka pada suatu malam selepas anak-anak perempuan lelaki itu menggantung stokin mereka yang baru dicuci di sana untuk dikeringkan. Maka di situlah beg emas itu landing, dan tradisi tersebut lalu melekat sehingga hari ini.
3. CHRISTMAS WREATH PADA ASALNYA ADALAH SIMBOL KEAGAMAAN Seperti orang yang tahu, perayaan Krismas adalah perayaan yang disambut oleh umat Kristian untuk menyambut kelahiran Yesus Kristus. Oleh itu, tidak menghairankan bahawa Christmas Wreath secara tradisinya mempunyai hubungan keagamaan. Secara tradisinya, Christmas wreath berasal sebagai simbol Kristus. Daun holly melambangkan mahkota duri yang dipakai Yesus semasa penyaliban dan beri merah melambangkan darah yang ditumpahkan. Oleh itu, apabila anda melihat Christmas wreath, anda akan ingat sebab perayaan itu.
4. 25 DISEMBER MUNGKIN BUKAN TARIKH KELAHIRAN YESUS KRISTUS Walaupun perayaan Krismas disambut pada 25 Disember dan disambut untuk meraikan kelahiran Yesus Kristus oleh umat Kristian, tarikh sebenar Yesus Kristus dilahirkan tidak diketahui. Malah, dalam buku kitab suci Kristian, Alkitab, ia langsung tidak menyebut tentang 25 Disember dan ramai ahli sejarah membuat teori bahawa Yesus Kristus sebenarnya dilahirkan pada musim bunga. Ini hanya teori sejarawan ya! Beberapa pakar sejarah berpendapat tarikh 25 Disember pada asalnya dipilih kerana ia bertepatan dengan perayaan pagan ‘Saturnalia’ yang menghormati dewa pertanian ‘Saturnus’ dengan perayaan dan pemberian hadiah. Walaupun dari sudut sejarah kita tidak ketahui bila Yesus Kristus dilahirkan, 25 Disember diterima secara umum sebagai tarikh Dia dilahirkan dan dengan itu penganut Kristian di seluruh dunia menyambut kelahiran-Nya pada 25 Disember.
5. EJAAN ‘Xmas’ BERMULA PADA TAHUN 1500-an Bertentangn dengan kepercayaan popular, ‘Xmas’ bukanlah percubaan yang bergaya untuk mengeluarkan perkataan ‘Christ’ daripada Christmas. Menurut From Adam’s Apple to Xmas: An Essential Vocabulary Guide for the Politically Correct, ejaan Christianity dieja sebagai ‘Xianity’ seawal tahun 1100. ‘X’ atau ‘Chi’, ialah huruf pertama Yunani ‘Christ’ dan berfungsi sebagai penggantian simbolik pada masa itu. Pada tahun 1551, hari Krismas biasanya dipanggil ‘Xtemmas’ yang kemudiannya dipendekkan kepada ‘Xmas’!
6. POKOK KRISMAS MERUPAKAN TRADISI KUNO Tradisi pokok Krismas dapat dikesan dari orang Mesir dan Rom purba, di mana masyarakat mereka menghiasi pokok jenis evergreen semasa solstis musim sejuk untuk menandakan bahawa musim bunga akan kembali. Pokok ini kemudian menjadi pokok simbolik untuk perayaan Krismas. Sumber daripada : https://www.iloveborneo.my/ini-6-fakta-menarik-tentang-perayaan-krismasanda-mungkin-tak-tahu/