The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kit Celik Bahasa JAMPI 2023- EDISI MURID

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Nor Fazira Surun, 2025-03-06 22:35:06

Kit Celik Bahasa JAMPI 2023- EDISI MURID

Kit Celik Bahasa JAMPI 2023- EDISI MURID

KIT CELIK BAHASA JAMPI SPM 2023 UNIT BAHASA JPNPP KIT JAMPI TATABAHASA SPM 2023


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 2 KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Panel Penggubal Kit Celik Bahasa 1 2 Seuntai Kata Sekalung Mutiara 2 3 Soalan 1: Morfologi 4 4 Skema Jawaban Morfologi 10 5 Soalan 2: Sintaksis 15 6 Skema Jawaban Sintaksis 19 7 Soalan 3: Penyuntingan 25 8 Skema Jawaban Penyuntingan 35 9 Soalan 4: Bahasa Melayu Standard 40 10 Skema Jawaban Bahasa Melayu Standard 44 11 Soalan 5: Peribahasa 46 12 Skema Jawaban Peribahasa 51 13 NOTA TATABAHASA KSSM


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 3 MUNSYI SEVA SEVALINGAM DEVARAJAN MUNSYI DEWAN BAHASA [DBP] SMJK PHOR TAY AMIRUL MUKMININ BINMAWARDI SMJK CONVENT DATUKKERAMAT C.VIVEKANANTHA @ ANANTH SMK ST. XAVIER


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 4 Puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi Yang Maha Kuasa kerana berkat rahmat-Nya, Kit Celik Bahasa JAMPI [Jana Minda Perkasa Ilmu] Tatabahasa SPM 2023 berjaya disiapkan dengan berbekalkan iltizam dan semangat yang tinggi, gabungan kepakaran dan idea yang bernas serta esprit de corps yang baik sehingga berupaya menyiapkan modul ini dalam jangka waktu yang telah ditetapkan. Kit Celik Bahasa JAMPI Bahasa Melayu ini haruslah dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh para guru kerana semua latihan yang disediakan selaras dengan format baharu SPM KSSM. Pengaplikasian modul yang dinamik ini akan menjadikan proses PdPc lebih berkesan dan menarik. Objektif pembinaan modul ini adalah untuk mendedahkan murid-murid kaedah menjawab soalan pelbagai aras dalam Taksonomi Bloom berdasarkan DSKP, menjawab soalan KBAT dengan betul dan semestinya berfokuskan peperiksaan SPM. Oleh itu, penghasilan modul mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan salah satu strategi untuk membantu meningkatkan pencapaian anak seantero negeri Pulau Pinang untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti. Setulus budi sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah menyumbang buah fikiran dan bahan dalam pembinaan modul ini. Komitmen dan usaha gigih guru-guru dalam merekayasa modul ini menggambarkan kesepaduan dan kualiti guru-guru negeri Pulau Pinang dalam memacu kecemerlangan dan memartabatkan pendidikan seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tahniah dan syabas diucapkan. Diharapkan penghasilan modul ini dapat memberikan manfaat sepenuhnya kepada murid untuk mencipta kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Semoga Allah SWT memberkati dan meredai usaha yang murni ini. PN. HASLINDA BINTI ROSLE PENOLONG PENGARAH UNIT BAHASA SEKTOR PEMBELAJARAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA SEUNTAI KATA SEKALUNG MUTIARA


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 5


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 6


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 7 SISTEM DAN APLIKASI BAHASA (SOALAN) SOALAN 1 : MORFOLOGI Set 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama am dan dua kata nama khas. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa. Kerajaan berhasrat meningkatkan daya tarikan Kuala Lumpur sebagai pusat syarikat pemula dan industri digital serantau untuk menarik pelaburan dan bakat digital ke negara ini. Sehubungan dengan itu, Bank Negara Malaysia menyatakan langkah itu memerlukan perubahan dasar yang agresif mencakupi pelbagai bidang, termasuk penyatuan usaha agensi-agensi kerajaan, proses visa pekerjaan lebih cekap dan terbuka, insentif digital lebih menarik dan penghasilan tenaga kerja. Senario ini memangkin kemajuan negara Malaysia di arena antarabangsa. Dipetik dan diubah suai daripada “Hala Tuju Kuala Lumpur” Utusan Malaysia, 30 Mei 2023 [8 markah] Set 2 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata adjektif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Bahang panas yang meresahkan sebahagian besar penduduk negara ini saban hari dikaitkan dengan fenomena El Nino dengan ancaman jerebu dan dilaporkan turut memberi impak kepada negara lain Asia Tenggara. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), cuaca panas terik serta kualiti udara menurun kepada paras 'tidak sihat' pada 15 April lepas serta memberi kesan buruk kepada negeri di bahagian utara iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Cuaca panas menyebabkan masyarakat berasa letih dan mudah jatuh sakit. Dipetik dan diubah suai daripada “El Nino Memburukkan Jerebu di Malaysia” Sinar Harian, 30 Mei 2023 [8 markah]


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 8 Set 3 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata hubung. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Sebagai warga Malaysia, pengusaha produk menggalas tanggungjawab yang besar untuk mengetengahkan produk tempatan yang menggunakan jenama bahasa Melayu dengan betul. Mereka perlu yakin bahawa bahasa kebangsaan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi dan berupaya menjadi bahasa ilmu. Peranan pengusaha bukan untuk meraih keuntungan semata-mata tetapi lebih daripada itu. Mereka perlu berasa bangga jika dapat menyerlahkan identiti dan jati diri negara melalui jenama produk bahasa kebangsaan. Dipetik dan diubah suai daripada “Jenama Produk Berbahasa Kebangsaan” Berita Harian, 2 Jun 2023 [8 markah] Set 4 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama terbitan dan dua kata sendi nama. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Hadirin yang dihormati, Aktiviti sukan, khususnya sukan air, merupakan satu aktiviti yang sangat menyeronokkan. Saya percaya hadirin juga gemar berkelah dan bersantai di badan air seperti di tepi pantai, jeram dan taman tema air bukan? Namun, selain menghirup udara segar dan berenang di tepi pantai, pernahkah hadirin mengambil bahagian dalam aktiviti luncur udara, bersnorkel, mahupun selam skuba? Saya yakin bilangan yang pernah mencubanya boleh dikira dengan jari. Oleh itu, marilah sama-sama kita telusuri kepentingan sukan air kepada kita. Dipetik dan diubah suai daripada Menawan Samudera Kepentingan Sukan Air) Buku Teks Tingkatan 4 Dewan Bahasa dan Pustaka [8 markah]


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 9 Set 5 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata hubung dan dua kata terbitan berawalan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Kad pengenalan pada mulanya diperkenalkan oleh pemerintah Inggeris di Malaya melalui Emergency [Registration Areas] Regulation 1948 bagi membendung ancaman pengganas komunis pada tahun 1948. Kad pengenalan ini digunakan untuk tujuan pengecaman dan pengagihan beras pada zaman darurat. Oleh yang demikian, kad pengenalan yang pertama ini juga dikenali sebagai “kad beras” kerana catuan makanan pada zaman darurat memerlukan bukti pengenalan diri untuk mendapatkan beras. Walau bagaimanapun, kad pengenalan telah melalui pelbagai perubahan selari dengan peredaran zaman. Dipetik daripada ‘Identitiku : Evolusi Kad Pengenalan’ Buku Teks Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka [8 markah] Set 6 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata sendi nama. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Sekumpulan remaja yang sedang mandi-manda di air terjun yang terletak di kawasan Gunung Ledang lari lintang-pukang apabila mendengar bunyi ngauman itu. Mereka bukannya tidak mengetahui haiwan yang menghuni belantara di kawasan gunung-ganang itu. Zul Ariffin dan Norman Hakim antara yang terawal mengheret tubuh mereka meninggalkan tempat itu dengan pantasnya. Cuma Saharul Ridzwan yang masih tercari-cari jam tangannya. Suasana pada mulanya yang begitu ceria bertukar menjadi huruhara dalam sekelip mata. Dipetik dan diubah suai daripada “Menghidu Bahaya” Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka [8 markah]


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 10 Set 7 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Pelbagai aktiviti menarik dan sarat dengan ilmu turut disediakan. Antaranya termasuklah acara senamrobik, program bual bicara bersama dengan panel jemputan dan uji bakat kerjaya dalam bidang penyiaran bersama RTM, Bernama dan Radio IKIM. Selain itu, karnival ini turut menyediakan ruang niaga untuk 30 buah gerai makanan, pakaian, barangan digital pelbagai jenama dan kaunter kesihatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan. Di samping itu, para pengunjung juga boleh menonjolkan bakat kreatif dalam pertandingan melukis komik adaptasi daripada cerpen terpilih. Dipetik daripada Alam Kerjaya Terbentang Luas Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka [8 markah] Set 8 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata penguat dan dua kata kerja terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Perjalanan dari Bandar Baru Bangi ke Pulau Pinang yang dikenali juga sebagai Pulau Mutiara kali ini sungguh lancar sekali. Pukul 8:30 pagi, kami sudah tiba di kawasan Rehat dan Rawat Tapah untuk sarapan dan solat sunat. Pukul 10:30 pagi, kami sudah pun merentas Jambatan Kedua Pulau Pinang. Perjalanan agak jauh tetapi tidak membosankan. Lagu-lagu daripada stesen radio tempatan yang disulami sembang santai bersama-sama keluarga meningkatkan keterujaan untuk cepat sampai. Dipetik daripada Pulau Mutiara, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka [8 markah]


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 11 Set 9 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata bantu dan dua kata penegas. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Sikap semberono manusia dalam penggunaan dan pembuangan plastik selama ini telah mengancam dan mengganggu keseimbangan ekosistem marin. Penangkapan ikan berlebihan memang didorong akibat permintaan yang semakin meningkat untuk makanan laut dan fenomena ini dapat mengurangkan populasi ikan serta mengganggu rantai makanan. Habitat pantai, termasuk hutan bakau dan terumbu karang juga mengalami kerosakan merosot seterusnya mengancam kelangsungan hidup lautan kita. Dipetik dan diubah suai daripada “Pemeliharaan, perlindungan lautan kunci elak krisis iklim Berita Harian, 15 Jun 2023 [8 markah] Set 10 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata pemeri dan dua kata penekan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Isu perubahan iklim dalam konteks rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) sesungguhnya adalah cabaran utama bagi sektor korporat Malaysia membuat keputusan untuk mengurangkan penghasilan gas rumah hijau. Kaedah alternatif yakni tenaga boleh diperbaharui ialah tenaga yang dicipta dan diisi semula secara semula jadi kerana diperoleh daripada matahari (solar), air (hidro) atau tumbuhan (biojisim). Tenaga boleh diperbaharui nampaknya lebih baik berbanding dengan tenaga tidak boleh diperbaharui seperti arang batu, petroleum dan gas asli, yang diperoleh daripada bahan api fosil yang tidak boleh dijana semula. Dipetik dan diubah suai daripada “Usaha Malaysia terhadap tenaga diperbaharui perlu difikirkan semula” Sinar Harian, 30 Mei 2023 ”


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 12 SOALAN 2: SINTAKSIS


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 13 Set 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat dengan lengkap bagi setiap ayat dalam petikan seperti yang berikut: Subjek: …………………………………………………………………………………………. Predikat: ……………………………………………………………………………………….. Seorang juruterbang sering berhadapan dengan cabaran dan risiko. Kerjaya ini menuntut keberanian juruterbang memandu pesawat. Kemahiran memandu kapal terbang lebih sukar daripada memandu kenderaan lain seperti lori atau bas. Cara pengendaliannya amatlah berbeza. Mereka perlu menjalani latihan khas di pusat latihan penerbangan. Juruterbang yang berkemahiran mampu menerbangkan pesawat tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat. [6 markah] Set 2 Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah ini kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya. i. Dapat menghalang murid ponteng kelas pengajaran yang berkesan. ii. Bergantung pada kesungguhanya kejayaan seseorang itu. iii. Kerana kecekapannya menjalankan tugas yang diamanahkan beliau disegani. [6 markah] Set 3 Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. i. Puan hafizah telah menghasilkan beberapa buah buku pengembaraan antara tahun 2010 hingga 2019. ii. Setiap pagi kamu mesti menyiram pokok bunga di halaman rumah. iii. Pelatih Program Latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan. [6 markah] Set 4 Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah. i. Mengapakah kamu memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia? ii. Amboi, awalnya awak datang ke sekolah hari ini! iii. Semua pihak bertanggungjawab untuk memelihara dan memartabatkan Bahasa Melayu. iv. Tolong hantar semua buku latihan ini ke meja cikgu Rogayah. v. Minat membaca dalam kalangan kanak-kanak perlu dipupuk sejak kecil lagi. vi. Usahlah dikenang lagi peristiwa pahit itu supaya hidup awak lebih tenang. [6 markah]


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 14 Set 5 Kenal pasti jenis ayat-ayat di bawah. Tentukan sama ada ayat-ayat tersebut ialah ayat aktif transitif atau ayat aktif tak transitif. i. Adik Lela menyiram pokok-pokok bunga dihalaman rumahnya pada setiap petang. ii. Malaysia memberikan bantuan kepada mangsa krisis peperangan di Palestin. iii. Christine menjeling manja kea rah kami apabila Namanya dipanggil. iv. Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar pada waktu senja. v. Saya yakin bahawa berita itu sungguh mendebarkan anda. vi. Haji Yahaya berserban setiap kali keluar rumah. [6 markah] Set 6 Nyatakan jenis-jenis kata kerja bagi setiap perkataan bergaris dalam ayat di bawah ini sama ada kata kerja transitif, kata kerja tak transitif, kata kerja pasif, kata kerja majmuk atau kata kerja berganda. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i. Pihak Arkib Negara sedang giat membukukan dokumen-dokumen lama untuk dijadikan bahan sejarah. ii. Peraturan baharu kepada penghuni-penghuni diasrama akan berkuat kuasa pada awal tahun ini. iii. Mereka masih teringat-ingat akan kisah lama ketika berada di sekolah rendah dahulu. iv. Novel terbaharunya yang berlatarbelakangkan masyarakat desa mendapat sambutan hangat. v. Setiap hari Amirah akan pulang dari tempat kerja pada pukul 6 petang. vi. Kakak bakal dinikahkan oleh ayah dengan seorang jejaka pilihan hatinya sendiri. [6 markah] Set 7 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan golongan kata bagi setiap kata yang bergaris dalam ayat di bawah. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. Bukit Bendera atau dahulunya dikenali sebagai `Penang Hill' mempunyai ketinggian lebih kurang 830 meter dari paras laut. Bukit Bendera ini telah dibangunkan oleh Francis Light dengan menggunakan buruh-buruh yang terdiri dari orang dari India dan orang-orang tempatan. Di sini anda akan dapat melihat banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Oleh itu, kawasan ini amat sesuai untuk melancong kerana persekitarannya yang indah dan cuacanya agak nyaman menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland. Pusat peranginan ini penting untuk aktiviti memerhati burung. Para pelancong terpaksa menyusuri laluan sempit yang terdapat dalam hutan untuk memerhati burung. Apa yang menariknya di sini, tandas awam beroperasi selama 24 jam dan sentiasa berkeadaan bersih. [6 markah]


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 15 Set 8 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian tentukan jenis-jenis ayat majmuk yang digunakan bagi setiap ayat tersebut. i. Orang yang gopoh tidak dapat menghasilkan sesuatu dengan baik. ii. Ketua Pengarah menghadiahi Cikgu Mei Ang seutas jam tangan kerana berkhidmat dengan cemerlang. iii. Rakyat Malaysia memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat lemah lembut dan bertatatertib yang tinggi nilainya. iv. Mereka melompat-lompat sambil menjerit dengan kuat. v. Penduduk kampung itu menyedari bahawa nasib mereka terancam. vi. Wei Ming telah belajar bersungguh-sungguh tetapi dia masih tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya. [6 markah] Set 9 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan kata kerja aktif transitif dan objek dalam petikan ini. Kini masyarakat kita semakin melupakan permainan tradisional dengan wujudnya permainan moden. Oleh itu, kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen untuk mempopularkan permainan tradisional. Kita haruslah menyokong kempen ini agar permainan tradisional tidak pupus ditelan zaman. Selain itu, pihak sekolah boleh menubuhkan Kelab Permainan Tradisional. Dengan adanya pendedahan awal sedemikian murid-murid akan dapat menyemaikan minat mereka terhadap permainan tradisional. Kerajaan perlu mendirikan sebuah muzium permainan tradisional agar keistimewaan permainan tradisional dapat ditonjolkan. [6 markah] Set 10 Kenal pasti dan senaraikan kata adjektif yang terdapat dalam ayat dibawah. i. Kerusi itu empuk kerana dijahit dengan kemas dan masih baharu. ii. Sayur yang dibeli itu segar-bugar dan sesuai dihidangkan sebagai salad. iii. Lantai tandas sekolah itu amat bersih kerana sering dicuci oleh pekerja. iv. Atan boleh memilih mana-mana tempat duduk kerana kebanyakannya masih kosong. v. Pemandangan di Pulau Langkawi sangat indah terutama apabila matahari sedang terbit. vi. Reka bentuk landskap di rumah agam itu agak unik dan mendapat liputan meluas oleh pihak media. [6 markah]


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 16


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 17 SOALAN 3: PENYUNTINGAN SET 1 Petikan-petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Petikan 1 Pengaruh dan budaya makanan segera yang semakin menular dan mendapat tempat di negara kita turut menyumbang kepada permasalah ini. Hal ini dikatakan demikian kerana kesibukan ibubapa dalam kerjaya sehingga tugas penyediaan makanan yang adil dan berkhasiat untuk anak-anak beralih kepada makanan segera yang semakin berlambak dalam pasaran. Selain itu, hobi mengunyah makanan ringan menjadi amalan ketika menyaksikan television atau berehat turut menyumbang kepada masalah obesiti. Walaupun bunyinya sekadar makanan ringan, namun banyak mempengaruhi pola pemakanan masyarakat pada masa kini. Dipetik dan diubah suai daripada Jaga Kesihatan Elak Obesiti Dewan Siswa, Mac 2015 [6 markah] Petikan 2 Kementerian Kesihatan mengingatkan semua rakyat-rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan konsep ‘lihat, hidu, dan rasa’ bagi mengelakkan makanan keracunan dan sentiasa mencuci tangan bagi mencegah penyakit berjangkit yang merebak melalui sentuhan serta cecair penafasan. Pengambilan quantity makanan perlu dikawal dengan mengurangkan makanan tinggi kandungan gula, lemak, dan garam. Sebaliknya, kita disarankan untuk mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum air kosong. Selain itu, hentikanlah amalan merokok. Bagi pemandu yang memandu pulang kepada kampung, pastikan anda telah berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Dipetik dan diubah suai daripada Amal Cara Hidup Sihat, Jaga Kebersihan Rumah Elak Penyakit Berita Harian Online [5 markah] SET 2 Petikan-petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Petikan 1 Sebelum menghadiri sesi temu duga, pastikan anda meneliti kriteria pakaian yang ditetapkan berdasarkan kepada jawatan yang dipohon. Bagaimanapun, secara asasnya golongan jejaka menasihati supaya memakai kemeja berwarna putih atau pun pastel yang sesuai dengan kot pilihan. Pastikan hujung lengan kemeja dibutang dengan sebaiknya dan tidak dilipat agar anda kelihatan professional. Jangan sekali mengenakan kot fabrik denim, bercorak, atau berwarna terang. Pematuhan terhadap etika berpakaian akan menjadikan anda sebagai calun pilihan penemu duga. [6 markah]


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 18 Petikan 2 Perbezaan persepsi di antara ahli akademik dengan industri tentang kecemerlangan itulah yang menyebabkan kadar pengangguran di kalangan graduan semakin meningkat. Hal ini terjadi demikian kerana mereka yang memperolehi jumlah gred A yang banyak gagal untuk memenuhi kehendak majikan. Oleh hal yang demikian, amat penting kepada semua pelajar, ibu bapa, dan masyarakat untuk menilai semula definasi kecemerlangan yang digunakan agar selari dengan keperluan semasa seperti yang majikan perlukan pada masa ini. [5 markah] SET 3 Petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Sebentar sahaja lagi, Julia akan membentangkan hasil tugasannya. Semua mata tertumpu ke Julia yang sedang berdiri di hadapan kelas. Cikgu Halim yang berdiri di sudut kelas menunjukkan isyarat agar muridmurid senyap dan memberikan tumpuan seratus-peratus. Suasana dalam kelas Tingkatan Lima Jebat tatkala itu senyap seketika. Setelah persediaan siap diatur, Julia pun memulakan pembentangannya. Kajiannya ialah tentang destar. Menurutnya, destar merupakan sejenis ikatan yang diperbuat daripada kain tenun, songket, dan batik. Destar juga dikenali sebagai setanjak dan tengkolok, iaitu sejenis ikatan kepala pelengkap pakaian lelaki Melayu. Seterusnya, Julia memaparkan pula gambar pelbagai jenis-jenis kain yang digunakan untuk mengikat destar di paparan multimedia. Julia membentangkan dengan tenang hasil kerjanya. Dia berbicara dengan lancar sambil jarijemarinya menekan papan kekunci komputer riba untuk memaparkan paparan multimedia. Setelah pembentangan berdurasi 20 minit itu selesai, maka tibalah giliran Nadia pula untuk membuat pembentangan. Nadia bingkas bangun maka berjalan ke hadapan kelas bila namanya di panggil. Berbekalkan dengan persediaan yang rapi dan keyakinan diri yang tinggi, dia berharap pembentangannya berjalan lancar dan hasil kerjanya terpilih sebagai yang terbaik sekali. Dipetik dan diubah suai daripada Destar Warisan Kita Kementerian Pendidikan Malaysia [11 markah]


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 19 SET 4 Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. CORETAN PEMBACA Saudara Pengarang, Saya bersetuju dengan pendapat Saudara Luqman Hakim dalam ruangan Pendapat Pembaca ini di minggu lepas. Industri pelancongan sememangnya memberi kesan yang positif kepada negara kita. Para pelancongpelancong akan membeli cendera mata untuk ahli keluarga mereka. Keadaan ini dapat mempertingkat ekonomi penduduk setempat kerana barangan jualan mereka sering sekali laris dibeli oleh pelancong yang datang. Namun perlu diingat, industri pelancongan juga ada pasang surutnya. Jika kita mahu mensasarkan sumbangan kewangan yang lebih besar dari industri ini, semua pihak perlu memainkan peranan yang dominan. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu turut-serta untuk memperkasakan industri pelancongan di negara kita kerana tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kita perlu melestarikan tempat-tempat pelancongan, menketengahkan kepelbagaian budaya dan memperkukuh amalan berbudi bahasa. Amalan menjaga kebersihan persekitaran juga perlu dilakukan supaya masyarakat bukan membuang sampah di merata-rata tempat. Farish Alif [11 markah] SET 5 Bahan di bawah terdapat pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. TINTA PELANCONG Saudara Editor, Semasa cuti sekolah yang lalu, saya bersama-sama ahli keluarga, dan saudara mara telah melancong ke selatan tanah air. Untuk mempercepatkan perjalanan, saya telah menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Saya dapati bahawa pihak pengelola PLUS telah memperbaiki serta menaik taraf prasarana di hentian rawat dan rehat di lebuh raya. Hal ini memperlihatkan kesungguhan mereka untuk membersih dan menceriakan lebuh raya agar pengguna memperoleh manafaatnya. Walau bagaimanapun, dalam keadaan pelbagai pihak-pihak sedang berusaha untuk memperlengkapkan negara kita dengan prasarana kelas pertama, masih terdapat rakyat di negara kita yang berminda kelas kedua. Hal ini dikatakan demikian kerana masih terdapat pemandu yang pandu kenderaan secara merbahaya. Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa mereka sendiri dan nyawa pengguna yang lain. Oleh itu, pihak yang berkenaan perlulah menjalankan pemantauan yang lebih kerap untuk mempastikan undang-undang jalan raya di patuhi. Rakyat Prihatin [13 markah]


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 20 SET 6 Bahan-bahan di bawah terdapat pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Berita tentang kebakaran kerap disiarkan di dalam media tempatan. Tragedi ini amat menakutkan kerana bukan sahaja menyebabkan kerugian dan kemusnahan harta benda malah mengorbankan nyawa manusia. Punca utama berlaku kebakaran adalah suri rumah cuai ketika memasak. Mereka memasak sambil melakukan kerja lain, malahan ada yang melupakan masakan untuk berbual-bual dengan jiran. Perbuatan ini memungkinkan peralatan memasak terbakar dan mencetuskan kebakaran. Kebakaran juga berlaku di sekolah apabila segelintir murid tidak mematuhi peraturan yang telah Jabatan Bomba tetapkan. Ada juga murid menggunakan pelita dan lilin di dalam bilik ketika mengulangkaji pelajaran. [6 markah] Bahan 2 Pokok herba ialah tumbuhan yang dikategorikan sebagai spesis pokok renek berbatang lembut ataupun keras dan mengandungi air yang banyak. Dahulu, pokok herba ini biasanya digunakan oleh masyarakat sebagai bahan ubat-ubatan demi untuk merawat penyakit dan makanan tambahan untuk memperkuatkan tenaga. Tumbuhan herba ini juga sering digunakan dalam masakan bagi menyedapkan rasa masakan. Tumbuhan herba yang biasa digunakan dalam masakan seperti lengkuas, kunyit, dan halia sebenarnya mempunyai hasiat yang menakjubkan. Kini, pengguna mula cenderung kepada produk semulajadi lalu mereka memilih untuk menjadikan tumbuhan herba sebagai bahan utama kegunaan harian. [5 markah] Jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 21 SET 7 Petikan-petikan di bawah terdapat pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Petikan 1 Setiap tahun kerajaan mengeluarkan berjuta ringgit untuk membantu rakyat miskin dinegara ini. Bantuan diberikan dalam pelbagai bentuk seperti bantuan kewangan kepada mereka yang berhadapan masalah penyakit kronik, subsidi kepada petani dan nelayan, biasiswa kepada anak-anak mereka, dan berbagai-bagai lagi. Rakyat miskin sendiri menerima bantuan peruntukkan dengan tangan terbuka bila agihan diberikan setiap tahun. Dengan perkataan lain, bantuan tersebut telah mereka sambut dengan penuh kesyukuran. [6 markah] Petikan 2 Seperti kebiasaannya, penduduk-penduduk di daerah itu yang kebanyakannya datang dari kawasan pendalaman telah diberikan pelbagai kemudahan oleh kerajaan. Di antara kemudahan tersebut adalah jalan raya, bekalan air, dan elektrik. Kini, kehidupan mereka lebih selesa berbanding dahulu. Mereka amat berterima kasih atas segala bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan yang begitu perihatin terhadap masalah rakyat. [5 markah] Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi daripada usaha seumur hidup untuk mendapatkannya Albert Einstein


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 22 SET 8 Bahan-bahan di bawah terdapat pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Iklan 1 JAWATAN KOSONG Ekoran projek pembesaran kolej kediaman, kami mempersila calon-calon yang berkelayakan untuk mengisikan borang permohonan yang boleh didapati di pejabat kolej. A - PENSYARAH Sains Komputer, Ekonomi, Matematik, Pengajian Islam, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. B – JAWATAN BUKAN AKADEMIK Kaunselor Pelajar, Pustakawan, Juru teknik Makmal, Eksekutif Pemasaran dan Kerani. Keperluan Jawatan A: Sarjana Muda, Fasih dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai pengalaman mengajar amat dialukan Jawatan B: Ijazah Sarjana Muda dan setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman kerja di bidang berkaitan. Bahagian Pengambilan Kaki Tangan Kolej Antarabangsa Teknologi (No. Syarikat: 123456-M) 56000 Cheras Kuala Lumpur. Tel : 03-90122120 [6 markah] Tiada laut tanpa gelora, tiada manusia tanpa masalah


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 23 klan 2 UNIVERSITI ANTARABANGSA SARJANA PENGURUSAN DAN SARJANA KEWANGAN Program Sarjana sepenuh masa dan separuh masa untuk gulungan Eksekutif dan Professional. • Dibuka kepada pemegang ijazah sarjana muda yang berkelayakan dalam apa-apa bidang dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf. • Program ini berlangsung untuk tiga semester selama setahun untuk program sepenuh masa dan enam semester untuk program separuh masa. • Kedua program ini menggunakan bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris. • Kelas akan diadakan pada hari bekerja selepas waktu pejabat. • Program ini dirangka untuk para pegawai-pegawai kerajaan. • Mereka yang baru menamatkan pengajian digalakkan untuk dipohon. 2024 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Tel : 04-34122120 atau e-mel: [email protected] Program bermula pada 12 Febuari i. Gabungan tenaga pengajar dari dalam dan luar negeri. ii. Kemudahan yang disediakan: • Perpustakaan moden yang dilengkapi 360,00 item bahan bacaan. • Makmal komputer yang dilengkapi kemudahan Internet atau beberapa pangkalan data termasuk Bloomberg. • Persekitaran pembelajaran antarabangsa di dalam negeri. iii. Kemudahan pinjaman pendidikan disediakan. [6 markah] Agama tanpa amal ibarat padang pasir yang gersang


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 24 SET 9 Petikan-petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Petikan 1 Masalah keganasan di kalangan para pelajar pada masa ini sangat membimbangkan sekali. Hal ini menjadi semakin serius apabila terdapat kes yang melibatkan kecederaan seperti yang berlaku di salah sebuah sekolah di negeri utara tanah air baru-baru ini. Mangsa dilaporkan telah ditendang dan ditumbuh oleh beberapa murid-murid yang dipercayai berlaku di dalam tandas sebuah sekolah. Kita yakin dan percaya, dengan kerjasama ibu bapa, dan guru-guru yang bersungguh-sungguh dapat mengatasi masalah ini. Ibu bapa dan guru-guru mestilah sanggup berperanan menjadi rakan karib kepada murid-murid atau anak-anaknya. Kementerian Pendidikan Malaysia juga sedang mengkaji pendekatan terbaik untuk menyelesaikan masalah buli di sekolah. [6 markah] Petikan 2 Usahawan dalam kalangan remaja tidak lagi sesuatu yang luar biasa. Pada hari ini, siapa sahaja boleh menjadi usahawan tanpa mengira usia dan jantina. Hal ini didorong oleh kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi yang membolehkan sesiapa sahaja memulakan dan menjalankan perniagaan serta mengaut keuntungan tanpa batasan menerusi perniagaan secara atas talian. Banyak remaja di dunia yang bergelar jutawan. Kejayaan luar biasa mereka menjadi aspirasi banyak orang. Mereka turut dijadikan edola dan ikon sebagai pendorong kepada lebih banyak orang untuk mencebur diri dalam bidang perniagaan. Dipetik dan diubah suai daripada Usahawan Remaja Berjiwa Kental Dewan Siswa, Bil 06/2020 [6 markah] Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 25 SET 10 Dalam petikan 1 dan petikan 2, terdapat beberapa kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Petikan 1 Proses memasak melibatkan beberapa kaedah-kaedah seperti menggoreng, menumis, merebus sehinggalah membakar. Segala individu disaran mementingkan kesihatan dan kebersihan dalam penyediaan makanan. Amalan penggunaan minyak masak yang baik dapat menjamin kualiti dalam masakan masing. Pertama, setiap individu perlu menapis minyak masak yang telah disejukkan menggunakan penapis. Kedua, mereka dinasihatkan tidak menggunakan minyak yang telah bercampur sama ada bahagian atau separuh dengan minyak lama. Ketiga, mereka perlulah menggunakan minyak yang berkualiti dan mengelakkan dari memasukkan makanan sejuk beku ke dalam minyak panas kerana minyak akan mudah rosak. [6 markah] Petikan 2 Pejabat Pos Laju Besar dibina di jalan brickfield, Kuala Lumpur. Pejabat tersebut beroperasi sejak dari tahun 1985. Kaki tangan yang bertugas di situ ialah seramai 80 orang. Pejabat tersebut dibuka setiap hari termasuklah pada cuti umum, iaitu pada hari Ahad, daripada jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Pembukaan pos laju ini bertujuan memudahkan orang ramai berurusan pada hujung minggu. Pelbagai perkhidmatan disediakan seperti penghantaran surat, penerimaan surat, pembayaran bil-bil air dan elektrik. [6 markah] "Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." Khalifah Abdul Malik bin Marwan


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 26


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 27 SOALAN 4 : BAHASA MELAYU STANDARD LATIHAN BERPANDU 1 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih Gajah Mada. "Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku, "Jangan tiada dikasihi anakku ini," kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung.” [6 markah] Cadangan jawaban: Setelah datang kepada …………………………………………., Kertala Sari …………………………. Seterusnya, Patih Gajah Mada ………………, “…….., anakku Kertala Sari, tujuan aku suruh orang memanggil kamu kerana pesan bapamu kapada aku, “Jangan tidak dikasihi anakku ini,” malah bapamu sudah mati …………………………………… Sekarang kamu …………………………………………………………… ………………..……………………………………………………….. [Maksimum : 6 markah] LATIHAN BERPANDU 2 Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri.” Cadangan Jawaban ….………….., baginda mengambil sirih dari bekas ………………………………………. Selepas itu, baginda …………………………………………….“ Tun Perak tidak patut tinggal di Kelang lagi; ………………………………………………………..” LATIHAN BERPANDU 3 Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka ia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Cadangan Jawaban Ada seorang orang Kelang ………………………………………………………. Dia datang menyembah ke bawah duli baginda. ……………………………………………………………. supaya memanggil Tun Perak ………………………………………………………… Barang siap berusaha, maka ia akan berjaya dalam citacita Peribahasa Arab


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 28 LATIHAN BERPANDU Alkisah maka tersebutlah perkataan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada dan peri mengatakan penjurit ketujuh bercakap kepada Seri Betara dan Patih Gajah Mada hendak mengalahkan negeri Melaka itu dengan seorang dirinya, peri mengatakan tatkala Laksamana membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu. Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati. Maka Patih pun hairan. Maka Patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya. ‘Adapun negeri Melaka itu sukar binasa maka puas hatiku. Adapun seperti khabar penjurit tujuh bersaudara yang di Bukit Cina itu, jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu. Cadangan Jawaban Mengikut cerita, ……………………….. dan ……………………… serta peri mengatakan bahawa …………………………….. bercakap kepada Seri Betara dan Patih Gajah Mada bahawa mereka hendak …………………………………………………., peri mengatakan perkara itu semasa Laksamana membunuh tujuh orang askar upahan bersaudara di …………………….. Tidak berapa lama kemudian didengar oleh Patih Gajah Mada bahawa …………………………………… yang dititahkan oleh Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati. Patih berasa hairan. Patih Gajah Mada berfikir di dalam hatinya. Sekiranya negeri Melaka yang kuat itu berjaya dibinasakan puas hatinya. Seperti khabar askar upahan tujuh bersaudara di Bukit Cina itu …………………………………………. ….………………………………………... LATIHAN PRA-SPM 1 Adapun akan Tun Kudu itu diperisterikan Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja. LATIHAN PRA-SPM 2 Alkisah maka tersebutlah perkataan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada dan peri mengatakan penjurit ketujuh bercakap kepada Seri Betara dan Patih Gajah Mada hendak mengalahkan negeri Melaka itu dengan seorang dirinya, peri mengatakan tatkala Laksamana membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu. LATIHAN PRA-SPM 3 Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati. Maka Patih pun hairan. Maka Patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya. ‘Adapun negeri Melaka itu sukar binasa maka puas hatiku. Adapun seperti khabar penjurit tujuh bersaudara yang di Bukit Cina itu, jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu.


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 29 LATIHAN PRA-SPM 4 Maka titah raja, “Pada malam ini Temenggung sendiri keluar berkawal.” Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku, patik sendiri masuk berkawal.” Maka Temenggung pun bermohon kembali ke rumahnya berkerah segala hambanya lima ratus orang dengan alat senjatanya. LATIHAN PRA-SPM 5 Maka kata orang itu, “Manira ini disuruhkan oleh Patih Gajah Mada melihat pakanira, sudahkah Datang dari Daha atau belumkah, kerana Patih Gajah Mada hendak bertemu dengan manira.” Maka Kertala Sari segera mengambil kerisnya lalu berjalan diiringkan oleh orang itu, LATI HAN PRA-SPM 6 Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar. LATIHAN PRA-SPM 7 Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya. "Bila ada cahaya dalam jiwa, maka akan hadir kecantikan dalam diri seseorang. Bila ada kecantikan dalam diri seseorang.akan hadir keharmonisan dalam rumah tangga. Bila ada keharmonisan dalam rumah tangga,akan hadir ketertiban dalam negara. Dan bila ada ketertiban di dalam negara,akan hadir kedamaian dunia". -Pepatah China


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 30


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 31 SET 1 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut. (i) Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi. (ii) Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain. (iii) Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan. BIL JAWABAN i ii iii SET 2 Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong. Amir : Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi. Sofea : Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan bahasa yang betul. Amir : Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa dan keadaan, kerana……………(i)……………… Sofea : Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata pepatah ………………(ii)………………….. Amir : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea dan kritikan dengan lebih berkesan kerana………………….(iii)…………… BIL JAWABAN i ii iii SET 3 Berikan maksud peribahasa di bawah. (i) Bahasa Jiwa Bangsa (ii) Bagai dakwat dengan kertas (iii) Seperti air dalam kolam BIL JAWABAN i ii iii


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 32 SET 4 Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya. (i) Bagai menatang minyak yang penuh. (ii) Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau. (iii) Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah. BIL JAWABAN i ii iii SET 5 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayatayat tersebut. (i) Ghazali mewarisi kebijaksanaan ayahnya dalam menguruskan perniagaan keluarga mereka. (ii) Nadia cepat memahami dan menguasai apa-apa sahaja yang diajar oleh gurugurunya. (iii) Dia disenangi oleh rakan-rakannya kerana rajin bekerja dan sedia memberikan bantuan apabila diperlukan. BIL JAWABAN i ii iii SET 6 Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut. Ayah : Syafik, jagalah diri baik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua, iaitu…………..(i)…………………. Syafik : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya. Ayah : Di luar negara nanti ayah berharap Syafiq belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan negara, bak kata peribahasa……………(ii)……….. Syafik : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu. Ayah : Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman sebanyak-banyaknya kerana…………(iii)……………….. BIL JAWABAN i ii iii


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 33 SET 7 Berikan maksud peribahasa di bawah. (i) Bagai lebah menghimpunkan madu. (ii) Seperti si buta baru celik. (iii) Kemenyan sebesar lutut; jika tidak dibakar, tidak akan berbau. BIL JAWABAN i ii iii SET 8 Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai …………….(i)……………… Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana…………..(ii)………………… . Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana …………….(iii)………………. BIL JAWABAN i ii iii SET 9 Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. Mengenang budi memang menjadi amalan masyarakat kita sejak dahulu lagi. Orang yang banyak berbakti dan berjasa tetap akan dikenang sekalipun orang terdapat jitu telah meninggal dunia seperti yang terungkap dalam peribahasa ………………(i)………………. . Namun begitu, uga segelintir anggota masyarakat yang tidak mengenang budi sebagaimana yang digambarkan oleh peribahasa …………..(ii)………………. . Oleh itu kita dinasihati supaya tidak lupa akan jasa dan bakti yang diterima, malah cubalah berusaha untuk membalasnya kerana peribahasa ada menyebut ……………(iii)…………… BIL JAWABAN i ii iii


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 34 SET 10 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayatayat tersebut. (i) Sekalipun kita digalakkan supaya berbuat baik, tetapi perlu berhati-hati supaya tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kebaikan kita itu. Walau bagaimanapun, janganlah kita berfikir untuk melakukan kejahatan sepanjang hayat. (ii) Semua anak imam itu berjaya dalam bidang akademik dan bidang keagamaan. Hal ini tidaklah menghairankan kerana mereka berketurunan orang yang baik-baik. (iii) Arif menuduh Irfan mencuri telefon bimbitnya tetapi Irfan menafikannya. Berikutan kejadian itu, ibu Arif menasihatinya supaya tidak membuat tuduhan secara melulu kerana tindakan itu boleh menyebabkan pergaduhan. BIL JAWABAN i ii iii


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 35 NOTA


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 36 KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Analisis Soalan Peperiksaan SPM Bahagian A 2 2 Sistem Bahasa 3 3 Golongan Kata : Kata Nama 4 4 Golongan Kata : Kata Adjektif 5 5 Golongan Kata : Kata Kerja 6 6 Golongan Kata : Kata Tugas 7 7 Kesalahan Umum Tatabahasa 8 8 Pintar Penyuntingan 12 9 Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu Standard 14 10 100 Ejaan Yang Mengelirukan Murid 18 11 Ragam Ayat (Aktif dan Pasif) 19 12 Kesalahan Ejaan dan Imbuhan 20


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 37 ANALISIS SOALAN PEPERIKSAAN SPM BAHAGIAN A


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 38 Sistem Bahasa


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 39 Golongan Kata Kata Nama Golongan kata nama dikelompokkan kepada tiga kumpulan. kemerdekaan, sungai,akhbar, ikan,taman, cita-cita,pasar Pertama Kedua Ketiga dia, beliau, baginda, mereka Kata Nama Am benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya Kata Nama Khas nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus Ahmad, Adelina, Maran Sang Kancil,Tasik Bera, Buletin Utama, SMK Sungai Soi Kata Ganti Nama Diri anda, awak, engkau, kamu, tuan hamba, tuanku, kalian Saya, aku, beta, hamba, patik, kami, kita


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 40 Kata Adjektif


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 41 Kata Kerja


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 42


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 43 ARAHAN : Tandakan (√ ) bagi penggunaan kata yang betul dan ( X ) bagi penggunaan kata yang salah. (1) Kata Sendi dari dan daripada dari – TEMARAH – (tempat, masa dan arah) daripada – (KABOS) – (Keanggotaan, Abstrak, Benda, Organisasi atau Orang, Sumber) 1 dari kampung 2 daripada golongan bangsawan 3 dari pantai barat 4 daripada aspek ekonomi 5 daripada tembaga 6 membuat terjunan dari bangunan tinggi 7 dari pagi (2) Kata Sendi di dan ke - hendaklah digunakan setiap kali menunjukkan tempat Contoh: 1 di depan dan di belakang 2 di dalam almari 3 di dalam peperiksaan 4 ke kiri dan ke kanan 5 di atas keberanian 6 hendak ke Kuala Lumpur atau ke Pulau Pinang KESALAHAN UMUM TATABAHASA


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 44 (3) Kata Sendi akan -kata “akan” mesti hadir selepas kata adjektif (yang bersifat emotif / perasaan) Contoh: 1 cintakan negara 2 cinta akan negara 3 sayang akan ibunya 4 sayangkan ibunya 5 rindu akan kekasihnya 6 rindukan kekasihnya (4) Kata Ganti Nama Diri 1, 2 dan 3 Contoh: 1 dia – pertama 2 saya - pertama 3 aku – kedua 4 kami – ketiga 5 anda – kedua 6 baginda – kedua Peringatan : - kata “ia” hanya digunakan untuk manusia - kata “ianya’ tidak boleh digunakan - kata “beliau” digunakan untuk orang yang berjasa dan dewasa sahaja - kata “beta” (saya merujuk Raja atau Sultan) tuanku (awak) baginda (dia) - kata “patik” (apabila saya bercakap dengan raja atau sultan sahaja) 1 Buku itu tebal. Ia berharga RM 25.00. 2 Ia adik saya. 3 Pencuri itu ditangkap polis. Beliau akan dibicarakan. 4 Ali pelajar cemerlang. Beliau mendapat (14 A1). 5 Masalah dadah berbahaya. Ianya membimbangkan semua pihak.


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 45 (5) Kata Ganti Nama Diri Singkat Contoh : aku(ku) kamu (mu) engkau (kau) dia (ia) - perlu digabungkan dengan perkataan sebelum atau selepasnya. - kata singkatan merujuk TUHAN perlu ada sempang. Contoh: 1 Kau baca surat itu. 2 Kaubaca surat itu. 3 Wajah kamu selalu kubayangkan. 4 Ya Allah, kepada-Mu aku berserah. (6) Kata Bantu (aspek) - akan, telah, mesti, belum, pernah, sedang, harus, kerap, selalu dan sebagainya - mesti hadir di hadapan kata ganti nama diri 1 dan 2 apabila dipasifkan. Contoh: 1 Buku itu saya telah baca. 2 Buku itu telah saya baca. 3 Baju itu belum dibeli oleh mereka. 4 Kasut itu awak akan beli. (7) Kata Tanya -iaitu (bila, apa, siapa, berapa, mengapa, kenapa, di mana, bagaimana) perlu kata tanya (?) pada akhir ayat. Contoh: 1 Saya amat marah bila dia memukul adik saya. 2 Bilakah awak pulang? 3 Bila ada masa lapang saya ke rumahnya. 4 Siapakah yang boleh pergi ke Pulau Pinang? 5 Sesiapa sahaja boleh pergi ke Pulau Pinang. 6 Pilihlah baju mana yang awak suka.


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 46 (8) Kata Penguat a. Penguat Hadapan (paling, begitu, ter) - hanya boleh hadir di hadapan kata adjektif - tidak boleh menerima penguat belakang. b. Penguat Bebas (amat, sungguh, sangat) - boleh hadir di hadapan dan di belakang kata adjektif - boleh menerima penguat belakang c. Penguat Belakang (nian, benar, sekali, betul) - hanya boleh hadir di belakang kata adjektif 1 amat pandai sekali 2 sangat pandai sekali 3 sungguh pandai sekali 4 paling pandai 5 paling pandai sekali 6 terpandai sekali 7 pandai sekali 8 teramat pandai 9 sungguh pandai 10 pandai sungguh (9) Kata Bilangan Pecahan -mestilah menggunakan kata sendi nama “daripada” Contoh: 1 setengah kuih itu 2 setengah daripada kuih itu 3 sepertiga guli 4 sebahagian harta 5 sebahagian daripada harta 6 sepertiga daripada guli


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 47 -kata bilangan tentu tidak boleh hadir bersama-sama kata bilangan pecahan Contoh: 1 satu setengah jam 2 satu jam setengah 3 setahun setengah 4 tiga tahun setengah 5 tiga setengah tahun (10) Kata Pemeri -Penggunaan kata pemeri ialah di hadapan frasa nama (FN) dan kata pemeri adalah di hadapan frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSN). 1 ...ialah Abu. 2 ...ialah pada hujung minggu. 3 ...adalah Kuala Lumpur. 4 ...adalah untuk ibunya. 5 ...adalah mencari kesalahan. 6 ...ialah kepada kakaknya. 7 ...adalah demi negara. 8 ...ialah anak Pak Joned. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Contoh: Kereta itu datang daripada arah selatan. Jawapan ~ daripada (salah) - dari (betul)


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 48 (11) Kata Majmuk Kata majmuk yang telah mantap dieja bercantum sebagai satu perkataan. (Sumber: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga) antarabangsa setiausaha warganegara beritahu sukarela pesuruhjaya bumiputera suruhanjaya kerjasama jawatankuasa tandatangan olahraga kakitangan tanggungjawab matahari LATIHAN 1 : Tandakan √ pada ejaan kata majmuk yang betul. tengah hari aturcara kuatkuasa tengahari atur cara kuat kuasa urusetia kemaskini alat tulis urus setia kemas kini alatulis mata pelajaran siarraya tanda tangan matapelajaran siar raya tandatangan LATIHAN 2 : Tandakan √ pada ejaan kata majmuk yang betul. jam tangan aturcara kapur tulis tengahari darah panas kuat kuasa urusetia batu kapur alat tulis garis pusat kemas kini buah hati baju hujan matapelajaran tanda tangan lutsinar pita suara cari gali


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 49 LATIHAN 3 : Tandakan √ pada ejaan kata majmuk yang betul. kemas kini kuatkuasa campuraduk mengemas kini dikuatkuasa campur aduk dikemaskinikan dikuatkuasakan bercampur aduk kemas kinikan penguat kuasa mencampur adukkan pengemaskinian penguat kuasaan mencampuradukkan mengemaskinikan kuat kuasakan dicampur adukkan LATIHAN 4 : Tandakan √ pada ejaan kata majmuk yang betul. balai raya-balai raya alat tulis-alat tulis balai-balai raya alat-alat tulis kapal terbang-kapal terbang gambar-gambar rajah kapal-kapal terbang gambar rajah-gambar rajah Menteri-Menteri Besar suku-suku kata Menteri Besar-Menteri Besar suku kata-suku kata


KIT CELIK BAHASA SPM 2023 50 A. Kesalahan Ejaan Jenis Kesalahan Salah Betul (a) Huruf kecil dan huruf besar …membeli Telefon Pintar… …keputusan yang cemerlang dalam matematik… …membeli telefon pintar… …keputusan yang cemerlang dalam Matematik… (b) Jarak dan rapat …membeli alatulis di kedai… …membeli kad pra bayar… …membeli alat tulis di kedai… …membeli kad prabayar… (c) Perkataan pinjaman (Inggeris dan Arab) ..memperoleh komisyen yang banyak. …jangan bersikap biadap. …memperoleh komisen yang banyak. …jangan bersikap biadab. (d) Pola keselarasan vokal …pemikiran nigatif. …pemikiran negatif. B. Kesalahan Penggunaan Imbuhan Jenis Kesalahan Salah Betul (a) Awalan …setelah selesai berkerja. …setelah selesai bekerja. (b) Akhiran …kawasan larang. …kawasan larangan. (c) Apitan …menyediakan peruntukkan. …menyediakan peruntukan. C. Kesalahan Tanda Baca Jenis Kesalahan Salah Betul (a) Tanda sempang [ - ] …amalan gotong royong. …amalan gotong-royong. (b) Tanda koma [ , ] Selain itu remaja perlulah… Selain itu, remaja perlulah… (c) Tanda petikan [“…”] ‘Bilakah kamu sampai?’ tanya ayah. “Bilakah kamu sampai?” tanya ayah. (d) Tanda seru [ ! ] “Amboi! lawanya pakaian awak,” puji Shila. “Amboi, lawanya pakaian awak!” puji Shila. (e) Tanda soal [ ? ] “Kamu hendak ke mana,” tanya Ali. “Kamu hendak ke mana?” tanya Ali. (f) Tanda noktah [ , ] …berjaya menamatkan larian …berjaya menamatkan larian. NOTA PINTAR PENYUNTINGAN


Click to View FlipBook Version