The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzhyunji, 2024-04-01 10:54:00

BUKU_PANDUAN_DISIPLIN[1]

BUKU_PANDUAN_DISIPLIN[1]

KATA-KATA ALUAN PENGETUA SMK SERI ROMPIN Asalamualaikum dan selamat sejahtera, Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayahnya kita dapat menerbitkan buku kecil Panduan Disiplin dan Catatan Harian Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rompin. Buku ini diterbitkan sebagai panduan kepada ibubapa/penjaga, guru dan juga para pelajar sekolah ini. Dengan terbitnya buku ini, diharapkan ibubapa/penjaga mendapat kefahaman untuk sama-sama menjaga disiplin anak-anak tuan/puan di tahap yang tinggi. Kerjasama ini amat perlu dalam usaha pihak sekolah untuk melahirkan pelajar berdisiplin, berilmu dan berakhlak mulia. Kepada para pelajar, buku ini jadikanlah sebagai bimbingan kearah pemupukan disiplin dan sahsiah yang tinggi untuk mencapai kejayaan. Selain itu, buku ini juga dapat menjadi rujukan kepada guru dalam menangani masalah disiplin pelajar untuk melahirkan pelajar yang benar-benar seimbang dari segi akademik dan rohani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semoga mendapat keredhaan Allah jua. Sekian, terima kasih Pengetua BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR Cemerlang Dunia dan Akhirat SMK SERI ROMPIN 26810 KUALA ROMPIN PAHANG DARUL MAKMUR TEL: 09-4120018 FAX: 09-4120017


IKRAR PELAJAR Bahawa kami pelajar-pelajar SMK SERI ROMPIN berikrar dan berjanji, Akan sentiasa taat dan patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah Kami berikrar akan sentiasa menjaga Nama baik sekolah pada setiap masa Kami berjanji, akan sentiasa berusaha Bagi mencapai kecemerlangan dalam segala bidang Kami berjanji untuk menjadi Rakyat yang dinamis, progresif dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan Negara kami AKU JANJI PELAJAR Buku Peraturan sekolah ini telah dibaca dan saya akan mematuhi semua peraturan yang terkandung di dalam dan mematuhi arahan-arahan pihak sekolah yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Tandatangan :________________ Tarikh:_________________ Nama Murid:___________________________________ No. Kad Pengenalan:_______________ SAKSI ( IBUBAPA/PENJAGA ) Tandatangan: __________________________________ Tarikh: ______________ Nama Ibubapa/penjaga:___________________________ No. Kad Pengenalan: ________________ PENGENALAN PERATURAN SEKOLAH 1. Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang intelek, emosi, jasmani, dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan serta akhlak mulia. Berketerampilan serta bertanggungjawab. 2. Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut golongan remaja, khususnya para pelajar perlu mendapat didikan dan bimbingan yang sempurna bagi melahirkan pelajar yang berdisiplin tinggi dengan sahsiah yang sesuai. 3. Undang- undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu mewujudkan ketenteraman dan keselesaan pelajar serta keberkesanan perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 4. Semasa belajar di sekolah ini, semua murid hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah selaras dengan peraturan dan disiplin murid sekolah – sekolah di Malaysia. 5. Semua murid hendaklah bekerjasama dengan Pengetua, Penolong Kanan, ibubapa atau penjaga serta guru- guru dan kakitangan sekolah untuk menjaga nama baik sekolah serta meningkatkan disiplin diri. 6. Buku Peraturan Sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas sebagai panduan dan makluman kepada murid- murid, ibubapa atau penjaga, guruguru serta kakitangan sekolah. PERKARA 1 JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN 1.1.Hari Isnin hingga Khamis bermula jam 7.20 pagi dan berakhir pada 2.30 tengah hari dan hari Jumaat 7.30 berakhir 12.10 tengahari. 1.2.Hari Rabu kokurikulum bermula pada 1.20 tengah hari dan berakhir pada 2.00 petang. 1.3.Pada setiap hari Selasa, program kerohanian akan diadakan pada pukul 7.20- 8.00 pagi. 1.4.Pelajar perlu berada di sekolah selewat-lewatnya pukul 7.30 pagi untuk perhimpuan harian sebelum masuk ke kelas pada pukul 7.40 pagi. 1.5.Waktu solat berjemaah pada pukul 2.00 petang berakhir 2.30 petang setiap hari kecuali hari Jumaat.


PERKARA 2 HARI PERHIMPUNAN 2.1 Pehimpunan sekolah diadakan pada setiap hari Isnin bermula pada jam 7.20 hingga 7.40 pagi di tapak perhimpunan sekolah. 2.2 Semua murid hendaklah berada di tempat perhimpunan sebelum masa yang ditetapkan. Sekiranya cuaca hujan atau sebab-sebab lain pihak sekolah akan mengumumkan bahawa perhimpunan dibatalkan pada hari itu. 2.3 Perbarisan hendaklah mengikut kelas masing-masing diketuai oleh Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. 2.4 Semua Pengawas Sekolah hendaklah berdiri di belakang setiap barisan mengikut arahan guru disiplin. 2.5 Semua Pengawas Sekolah (lelaki) hendaklah memakai tali leher yang berwarna ‘merah’ . 2.6 Pehimpunan akan dimulakan dengan bacaan doa , Bacaan ikrar Rukunegara, nyanyian lagu ‘Negaraku’, nyanyian lagu ‘Negeri Pahang’. Laporan guru bertugas minggu lepas, ucapan guru disiplin / tazkirah agama/ guru kauseling, ucapan pihak pentadbir sekolah dan diakhiri dengan ikrar pelajar dan nyanyian lagu sekolah. 2.7 Semua murid mestilah senyap apabila guru-guru memberi ucapan atau pengumuman. 2.8 Semua murid dan guru hendaklah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negara Ku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah. 2.9 Semua murid hendaklah berdiri di mana sahaja berada ketika lagu Negara Ku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah dinyanyikan. PERKARA 3 PAKAIAN SERAGAM 3.1Pakaian Murid Lelaki 3.1.1 Baju kemeja putih berlengan pendek dan seluar panjang berwarna hijau. Berkasut dan bersarung kaki berwarna hitam, lencana sekolah, tanda nama berwarna putih serta tali pinggang hitam/biru tua dan memakai tali leher sekolah berwarna merah. 3.1.2 Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian lapis dalam kecuali ‘singlet’ berwarna putih. 3.1.3 Murid lelaki tidak dibenarkan memakai seluar ketat, berkaki besar, tali pinggang besar, rantai tangan dan rantai leher selipar atau kasut sukan. 3.2 Pakaian Murid Perempuan 3.2.1 Baju kurung putih labuh hingga ke bawah lutut dan longgar . Berkain biru muda berlipat di tepi, bertudung labuh berwarna putih yang labuhnya di bawah paras dada, berkasut dan bersarung kaki berwarna hitam serta lencana sekolah dan tanda nama berwarna putih. 3.2.3 Pakaian/barang–barang seperti di bawah dilarang keras murid-murid memakainya: i. Mini skirt ii. Jeans iii. Baju yang tidak berlengan iv. Semua jenis kasut bertumit tinggi dan selipar v. Semua jenis barang kemas seperti rantai, gelang, cincin dan subang. vi. Pewarna kuku PERKARA 4 PAKAIAN LAIN/KHAS 4.1 Ketika menjalani Pendidikan Jasmani atau kesihatan/ bersukan/ menjalankan aktiviti kokurikulum dan akitiviti luar bilik darjah murid-murid hendaklah memakait ‘T-shirt’ sekolah, ‘Track Suit’ berwarna hitam atau biru gelap dan bersarung kaki hitam. 4.2 Murid-murid dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan mejolok mata serta berwarna-warni. 4.3 Murid-murid dibenarkan memakai t-shirt berwarna putih kosong sekiranya tiada T-shirt sekolah. 4.4 Pada hari Kokurikulum (setiap hari rabu) pelajar hendaklah memakai T-shirt dan tudung pasukan uniform masing-masing atau tudung sekolah labuh berwarna putih. PERKARA 5 TATATERTIB MURID SEMASA BELAJAR DAN REHAT 5.1SEMASA BELAJAR 5.1.1 Semua murid mestilah senyap, berdisiplin dan bersedia untuk belajar serta mewujudkan suasana pembelajaran yang tenang pada setiap masa. 5.1.2 Murid-murid tidak dibenarkan keluar masuk kelas sama ada semasa guru mengajar atau semasa ketiadaan guru. 5.1.3 Murid-murid dibenarkan keluar ke tandas dengan memakai kad kebenaran keluar hanya dengan kebenaran guru atau ketua kelas (jika tiada guru). 5.1.4 Sepanjang masa belajar murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran Pengetua, Penolong Kanan/ Guru Bertugas/ Guru Kelas. 5.1.5 Ibubapa yang ingin membawa anak pulang atau ke rumah sakit hendaklah memberitahu Pengetua/ Penolong Kanan/ Guru Kelas dan menandatangani buku ‘Murid Pulang Awal’ yang disediakan di Pejabat Am. 5.1.6 Murid-murid yang tidak dapat hadir kerana sakit atau sebab-sebab lain yang munasabah hendaklah memberi makluman pihak sekolah / Guru Kelas dengan mendapatkan Surat Cuti Sakit dari doktor atau surat dari ibubapa.


5.1.7 Murid-murid hendaklah menunjukkan sikap yang positif dalam pembelajaran mereka. 5.1.8 Murid-murid yang berpindah ke bilik lain seperti makmal atau bengkel Kemahiran hidup mestilah beratur dan bergerak cepat dan berdisiplin. 5.1.9 Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam kelas. 5.2SEMASA REHAT 5.2.1 Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat kecuali diarah oleh guru untuk membersihkan dan mengemas kelas. 5.2.2 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah semasa sesi persekolahan walaupun waktu rehat. 5.2.3 Semua murid hendaklah membeli makanan dan minuman di kantin serta makan di kantin atau di luar kelas 5.2.4 Murid-murid hendaklah beratur dengan senyap dan tidak berebut -rebut semasa membeli makanan dan minuman di kantin sekolah. 5.2.5 Semua murid hendaklah membuang sampah (Pembungkus makanan dan minuman) ke dalam tong sampah. 5.2.6 Waktu rehat pelajar ialah pada pukul 10.20-10.40 pada setiap hari kecuali pada hari khamis, pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 berehat pada pukul 10.10 – 10-20 dan pelajar tingkatan 4 dan 5 akan berehat pada pukul 10.30- 10.50 pagi. PERKARA 6 TATATERTIB MURID DI DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH 6.1 Murid-murid hendaklah sentiasa menghormati guru-guru dan semua kakitangan sekolah dengan mengucapkan ‘Selamat Pagi’/Selamat Tengah Hari/ Selamat Petang/ Salam Sejahtera atau Assalammualaikum juga dengan sesama murid. 6.2 Murid-murid hendaklah berdiri dan memberi hormat kepada semua guru yang keluar dan masuk ke kelas termasuklah sewaktu Pengetua, Penolong Kanan serta pelawat yang datang dan masuk ke kelas. 6.3 Kebersihan serta ketenteraman kelas adalah tanggungjawab murid-murid yang ada di dalam kelas itu dengan diawasi oleh ketua kelas, Penolong Ketua Kelas dan pengawas dengan bimbingan dan pengawasan Guru Kelas. 6.4 Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bertanggungjawab atas segala perkakas/perabot dan lain-lain peralatan yang ada di dalam kelas masing-masing seperti papan tulis, almari, alat tulis, penyapu, tong sampah, penyeduk sampah, meja guru, kerusi guru, meja murid, kerusi murid dan sebagainya. 6.5 Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan pengawas bertanggungjawab megingatkan guru jika terlewat masuk ke dalam kelas. 6.6 Murid-murid dilarang keras melakukan perkara-perkara berikut: 6.6.1 Menulis di papan tulis kecuali mendapat arahan guru. 6.6.2 Mengunakan meja dan kerusi guru. 6.6.3 Meninggalkan buku di atas meja/laci selepas waktu belajar. 6.6.4 Membuang sampah, kayu, batu atau benda-benda lain di dalam kelas dan juga tandas. 6.6.5 Membuang tuala wanita didalam tandas. Tuala wanita hendaklah dibungkus dengan kemas dan dibuang ke dalam tong tong sampah. 6.6.6 Membazir air di luar dan di dalam tandas. 6.6.7 Berbuat bising, bermain, bergaduh dan berlari di dalam kelas. 6.6.8 Membuang sampah merata-rata tempat. Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. 6.6.9 Menconteng dinding sekolah, meja murid, papan kenyataan, tandas sekolah dan seluruh bangunan sekolah serta harta benda sekolah. 6.6.10 Murid-murid dilarang keras menconteng dan mengoyakkan buku teks yang dipinjam kepada murid. Jika hilang atau rosak hendaklah diganti. Buku Teks hendaklah sentiasa dijaga kebersihan dan keselamatannya dengan membalutnya dengan kemas. 6.6.11 Telefon awam hendaklah dijaga dengan baik dan hanya boleh digunakan sewaktu rehat, sebelum sesi persekolahn bermula atau selepas sesi persekolahan berakhir kecuali waktu kecemasan. 6.6.12 Semasa menggunakan Makmal Sains, Makmal Komputer, Bilik Agama, Pusat Sumber, Perpustakaan dan lain-lain bilik khas murid –murid hendaklah berdisiplin dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam bilik tersebut. 6.6.13 Kerja rumah atau kerja sekolah yang diarah oleh guru hendaklah disiapkan di rumah. Bantahan dan keingkaran terhadap perkara ini adalah merugikan diri sendiri. PERKARA 7 KEGIATAN KOKURIKULUM 7.1 Kegiatan Ko-Kurikulum adalah aktiviti yang dijalankan di luar daripada masa belajar. Satu daripada berikut : 7.2.1 Unit Beruniform 7.2.2 Persatuan/Kelab Akademik 7.2.3 Sukan dan Permainan 7.3 Murid-murid wajib hadir pada setiap perjumpaan kokurikulum pada hari rabu dan masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah termasuklah mesyuarat dan latihan yang diadakan. 7.4 Murid-murid hendaklah berdisiplin dan memakai pakaian yang sesuai mengikut kegiatan pada hari itu seperti yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan ko-kurikulum dengan menandatangani Buku Kokurikulum murid. 7.6 Pihak sekolah akan sentiasa berusaha mengambil langkah demi mengelakkan daripada berlaku sebarang masalah terhadap murid semasa


mengikuti kegiatan. Jika berlaku insiden yang tidak disengajakan ke atas murid maka pihak ibubapa/penjaga tidak boleh mengambil tindakan ke atas pihak sekolah tetapi seharusnya bekerjasama untuk mengatasinya. 7.7 Dengan kebenaran bertulis daripada Pejabat Pelajaran Daerah, sekolah melaksanakan kegiatan kokurikulum pada hari Rabu bermula pada jam 1.20 petang hingga 2.30 petang. PERKARA 8 KESELAMATAN 8.1 Keceamasan adalah terkandung di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1978. Membunyikan lonceng kebakaran sesiapa sehaja samada guru atau kakitangan bukan mengajar hendklah tanpa ragu-ragu membunyikan isyarat “ Fire Alarm” setelah lihat tanda-tanda kebakaran. 8.2 Semua murid, guru dan kakitangan sekolah hendaklah mengosongkan bangunan dengan serta-merta. i. Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid-murid hendaklah berdiri di sisi meja sementara menunggu arahan guru ii. Murid-murid daripada setiap kelas mestilah membuat satu barisan kemudian meninggalkan kelas mengikut jalan yang ditentukan. iii. Murid-murid hendaklah bergerak dengan senyap, teburu-buru atau berlari dan tanpa memotong barisan sehingga sampai ke tempat yang ditentukan. 8.3 Tempat berkumpul hendaklah di tempat yang selamat sebaiknya di tempat yang lapang seperti padang. PERKARA 9 KESELAMATAN JALAN RAYA. 9.1 Semua murid mestilah mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan menjaga keselamatan diri. 9.2 Murid-murid yang hendak melintas jalan raya hendaklah : i. Mencari tempat yang selamat untuk melintas. ii. Tunggu dahulu di tepi jalan iii. Pndang ke kanan jalan, ke kiri dan ke kanan semula dan apabila tiada kenderaan melintaslah dengan pantas tetapi jangan berlari. 9.3 Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah berjalan di sebelah kanan jalan raya menghadap kenderaan yang dating dari hadapan. 9.4 Murid-murid yang menggunakan basikal/ motosikal hendaklah menunggang dalam ekoran atau barisan. 9.5 Murid-murid hendaklah beratur jika menaiki bas atau turun dari bas sesudah berhenti. 9.6 Jika berlaku kemalangan/kecederaan dalam kawasan hendaklah dilaporkan kepada Pengetua / Guru Penolong Kanan/Guru Kelas/Guru Bertugas. 9.7 Semua kenderaan ibubapa/penjaga bas yang menghantar dan mengambil murid-murid hendaklah berhenti menurunkan atau menaikkan murid-murid di tempat yang selamat. PERKARA 10 RAWATAN DAN CUTI SAKIT 10.1 Murid-murid hendaklah dihantar ke rumah sakit sekiranya memerlukan rawatan atau dihantar pulang ke rumah oleh guru bertugas. 10.2 Murid-murid yang hendak ke rumah sakit dengan ditemani olen ibubapa/penjaga mestilah mendapat kebenaran Pengetua atau Guru Penolong Kanan dengan membawa bersama surat rawatan dari sekolah untuk ke hospital. 10.3 Surat-surat cuti sakti tidak sah melainkan dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan (Doktor)Kerajaan. PERKARA 11 KAWASAN LARANGAN 11.1 Pejabat sekolah dan bilik guru kecuali mendapat kebenaran. 11.2 Bilik Makmal Sains kecuali waktu belajar. 11.3 Makmal Komputer kecualia ada guru yang bertugas 11.4 Bilik sakit (jika ada) kecuali sakit dan dengan kebenaran guru. 11.5 Stor-stor kecuali dengan kebenaran. 11.6 Rumah Guru dan kakitangan sekolah kecuali dengan kebenaran. 11.7 Pusat Sumber kecuali ada guru atau dengan kebenaran. 11.8 Kantin sekolah semasa sesi pembelajaran. 11.9 Koperasi sekolah semasa sesi pembelajaran 11.10 Tempat meletak kenderaan guru dan staff 11.11 Tempat meletak kenderaan pelajar PERKARA 12 PERALATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 12.1 Semua peralatan sekolah yang digunakan hendaklah dijaga dengan baik. 12.2 Murid-murid tidak dibenarkan mengambil peralatan sukan sendiri tanpa kebenaran atau diawasi oleh guru. 12.3 Alatan yang dipulangkan hendaklah disusun dengan teratur dan kemas. 12.4 Setiap pengeluaran dan pengembalian peralatan sukan hendaklah dicatat di Buku Rekod yang telah disediakan.


12.5 Murid-murid dilarang keras mencuri peralatan sukan dan pendidikan jasmani. PEKARA 13 PERATURAN AM 13.1 Murid-murid dilarang keras menghisap rokok dan menggunakan/menyalahgunakan apa-apa jenis dadah. Tindakan tegas akan diambil terhadap murid-murid yang didapati melakukannya. 13.2 Murid-murid dilarang keras bermain apa-apa sahaja bentuk judi di dalam dan diluar sekolah. 13.3 Murid-murid dilarang keras meminum apa sahaja jenis minuman keras yang memabukkan. 13.4 Murid-murid tidak dibenarkan membawa radio kaset atau ‘walkman’ ke sekolah. 13.5 Murid-murid tidak dibenarkan membawa semua jenis alat muzik seperti VCD, permainan atau telefon bimbit ke sekolah. 13.6 Murid-murid dilarang bermain dengan alatan elektrik atau sebarang peralatan yang boleh mengakibatkan kebakaran dan kemalangan. 13.7 Murid-murid adalah dilarang keras menconteng atau mengoyakkan apa sahaja yang terdapat di papan kenyataan kelas atau sekolah. 13.8 Semua murid memberikan maklumat yang lengkap dan tepat mengenai butir-butir diri dan ibubapa/penjaga kepada pihak sekolah untuk tujuan kegunaan rasmi, perhubungan dan kebajikan. 13.9 Murid-murid hendaklah memaklumkan kepada guru kelas/pihak sekolah sekiranya ada perubahan/pindaan maklumat pelajar. 13.10 Jika berlaku kecurian atau kerosakan harta benda sekolah hendaklah dilaporkan kepada Pengetua /Guru Penolong Kanan/Guru Bertugas/Guru Kelas dengan segera. PERKARA 14 PELAWAT 14.1 Ibubapa/penjaga yang ingin berjumpa dengan murid semasa sesi persekolahan mendapat kebenaran daripada Pengetua / Guru Penolong Kanan. 14.2 Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan terus berjumpa dengan murid di kelas masing-masing. Pejumpaan dan perbualan hendaklah dilakukan di kawasan Pejabat Sekolah/Pejabat Pengetua atau Bilik Guru sahaja. 14.3 Pelawat-pelawat/orang awam yang bukan dari kalangan ibubapa/penjaga tidak dibenarkan sama sekali menemui murid –murid sepanjang sesi pembelajaran berjalan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua /Penolong Kanan. PERKARA 15 PERINGATAN PENTING 15.1 Semua murid dikehendaki membaca ,mengingati dan mematuhi semua peraturan/undang-undang dalam Buku Peraturan ini. 15.2 Pihak sekolah/Lembaga Disiplin sekolah tidak akan menerima alas an murid-murid tidak mengetahui mana-mana peraturan/undang-undang sekolah setelah Buku Peraturan ini dibuat dan dimiliki oleh setiap murid. 15.3 Murid-murid yang melanggar mana-mana peraturan sekolah,serta telah sabit kesalahan akan dikenakan tindakan/hukuman setimpal mengikut : i. Jenis dan Kategori kesalahan ii. Pelaku dan kekerapan melakukan kesalahan. 15.4 Murid-murid yang sengaja melanggar dan tidak mahu menyesuaikan diri dengan peraturan sekolah ini boleh digantung atau dikeluarkan dari sekolah ini. 15.5 Pihak sekolah dan Lembaga Disiplin Sekolah mengambil berat mengenai sebarang kesalahan yang dilakukan oleh murid walaupun kecil, kerana jika tidak dikawal boleh menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan kepada rakan-rakan, guru-guru, pihak sekolah dan juga ibubapa/penjaga. 15.6 Peraturan-peraturan yang terkandung dalam Buku Peraturan ini adalah tertakluk kepada perubahan atau pindaan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian, Jabatan atau Pihak Sekolah dari semasa ke semasa. Pihak sekolah/Lembaga Disiplin Sekolahberhak dan boleh memindahkna, menambah atau menghapuskan mana-mana bahagian atau peraturan dalam Buku Peraturan ini jika difikirkan perlu. PERKARA 16 SENARAI KESALAHAN SALAHLAKU DAN TINDAKAN 16.1 KESALAHAN BERAT 1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga. 2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah. 3. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau. 4. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan atau mengkhayalkan. 5. Menyebabkan atau melakukan pergaduhan atau kekerasan. 6. Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/ pengawas murid. 7. Biadab terhadap guru, pengawas atau murid. 8. Memeras ugut guru, pengawas atau murid.


9. Membawa atau menggunakan senjata atau alat berbahaya. 10. Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain. 11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. 12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan. 13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau rakaman dan multimedia terlarang. 14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram. 15. Mencabul kehormatan guru atau murid. 16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii. 17. Melacur atau menjadi bohsia, bohjan atau pondan. 18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral. 19. Mengintai murid lelaki atau perempuan. 20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan. 21. Merosakkan harta benda sekolah atau guru. 22. Membawa atau menggunakan bahan letupan. 23. Menulis atau melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah. 24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh. 25. Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia. 26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan atau ujian. 27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia. 28. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari selama satu tahun sesi persekolahan. 30. Mengganggu, menjejaskan kuasa guru besar, pengetua atau guru yang menjalankan tugas. 31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran. 32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah. 33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat. 34. Melakukan hubungan yang dicurigai. 35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini. 16.2 KESALAHAN SEDERHANA 1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali. 2. Menyalahgunakan, menggunakan peralatan, sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran. 3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. 4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan. 5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah. 6. Tidak menghormati lagu-lagu, bendera, jata sekolah, negeri, dan kebangsaan. 7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk, skin head atau berwarna. 8. Menconteng pada harta benda sekolah. 9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan pada satu cuping telinga. 16.3 KESALAHAN RINGAN 1. Menyimpan misai, janggut atau jambang. 2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu. 3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang. 4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran. 5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran. 6. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran. 7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. 8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran. 9. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal, bengkel atau bilik khas. 10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam. 11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran. 12. Makan dan minum di bilik darjah. 13. Melakukan pembaziran air atau elektrik. 14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap. 15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lainlain). 16. Datang lewat ke sekolah. 17. Lewat bergerak ke perhimpunan, bengkel atau makmal.


18. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain. 19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah. 20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran. 21. Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan. 22. Mengganggu kawasan. 23. Mengganggu guru. 24. Lewat masuk kelas. 25. Mengotorkan kelas. 26. Tidak duduk setempat. 27. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini. HUKUMAN MENGIKUT JENIS KESALAHAN JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN MENGIKUT JENIS KESALAHAN BIL JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN 1 * Kesalahan Berat Rotan di punggung dengan dilapik pakaian dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali rotan) 2 ** Kesalahan Sederhana Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan) 3 *** Kesalahan Ringan Diberi Amaran dan sesi kaunseling Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 PERKARA 17 TINDAKAN LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH 17.1 KESALAHAN BERAT Bagi kesalahan berat yang dilakukan oleh murid setelah peringatan diberikan, Pihak Lembaga Disiplin Sekolah Peringkat sekolah boleh mengambil beberapa tindakan yang setimpal dengan kesalahan disiplin yang dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia termasuklah: 17.1.1Setelah disiasat dan murid tersebut didapati bersalah maka pihak sekolah akan memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Pelajaran Negeri , Daerah, Pihak Polis dan pihak-pihak lain yang berkaitan untuk tindakan lanjut. 17.1.2Menggantung tanpa tarikh (untuk tujuan pembuangan) persekolah murid (jika diputuskan oleh Lembaga Disiplin Sekolah) dan menghantar laporan bertulis kepada Jawatankuasa Disiplin Murid di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri. 17.1.3Mengenakan tindakan penggantungan (bertarikh) persekolahan sehingga maksima dua minggu ibubapa/penjaga murid akan di maklumkan dna dikehendaki melengkapkan surat perjanjian aau menandatangani surat pengakuan mengenai kesalahan disiplin murid yang terbabit. 17.1.4Hukuman rotan (maksimum 3 kali) oleh guru besar atau guru yang diberi kuasa berbuat demikian yang merupakan amaran terakhir kepada murid berkenaan. Ibubapa/penjaga dan pelajar juga dikehendaki melengkapkan surat perjanjian atau menandatangani surat pengakuan. 17.1.5Murid juga dibuang sekolah berdasarkan kesalahan yang dilakukan setelah keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin Sekolah setelah keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin Sekolah dimaklmukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan telah mendapat jawatan. 17.2 KESALAHAN RINGAN/KECIL Bagi kesalahan ringan/kecil (tidak diulang atau tidak melebihi dua kali) yang dilakukan oleh murid, pihal Lembaga Disiplin Sekolah boleh mengenakan beberapa tindakan ke atas murid termasuklah: 17.2.1Memberi nasihat dan amaran kepada murid-murid yang terlibat (amaran pertama, kedua dan ketiga) 17.2.2Memaklumkan dan meminta kerjasama daripada ibubapa/penjaga melalui surat-menyurat mengenai salahlaku murid dan amaran pertama,kedua, ketiga atau terakhir. 17.2.3Mengenakan denda kepada murid yang terlibat, iaitu menulis ayat yang berupa pengajaran dan ingatan berulangkali mengikut arahan yang diberi.


17.2.4Mengenakan denda kpeda murid yang terlibat, iaitu denda yang member pengajaran seperti mengutip sampah di kawasan kelas/sekolah, mencuci tandas atau denda-denda lain yang sesuai, tidak menyakitkan atau bersifat mendera. 17.2.5Merampas barangan yang menyalahi peraturan sekolah sperti tali pinggang, kasut, barang kemas alat solek alat-alat permainan dan lain-lain. Ibubapa/penjaga boleh menuntut barang-barang yang dirampas dari pihak sekolah setelah memberi jaminan kesalahan tersebut tidak akan berulang lagi. PERKARA 18 TINDAKAN KE ATAS PELAJAR TDAK HADIR KE SEKOLAH Surat Bil hari tidak hadir berturut-turut Bil hari tidak hadir berturut-turut Amaran Pertama Pada hari ke 3 Pada hari ke 10 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas Amaran Terakhir Jumlah Hari 31 hari berturut-turut 60 hari bukan berturut-turut PERKARA 19 PERATURAN AM 19.1 Sentiasa membina diri dengan nilai dan ajaran agama serta tingkah laku yang baik supaya pelajar menjadi insane yang berakhlak mulia. 19.2 Pelajar hendaklah sentiasa mengamal dan mematuhi cogan kata sekolah. 19.3 Sentiasa menjaga kebersihan diri dan pakaian yang menggambarkan kesucian dan keimanan seseorang. 19.4 Sentiasa menjaga nama baik sekolah. 19.5 Bekerjasama / saling memahami dan hormat-menghormati sesame rakan sebaya 19.6 Mengambil bahagian dalam lapangan sukan dengan semangat kesukanan. 19.7 Menjadi ahli persatuan / kelab / permainan serta mematuhi peraturannya. 19.8 Sentiasa menjaga alat dan harta kepunyaan diri dan sekolah. 19.9 Bekerjasama menjaga kebersihan sekolah dan bilik darjah. 19.10 Di larang menconteng mana-mana bahagian sekolah 19.11 Mematuhi segala arahan pengetua dan pentadbir pentadbir sekolah / guru / pengawas / ketua tingkatan atau sesiapa yang memangku jawatan tersebut. 19.12 Pelajar-pelajar tertakluk kepada peraturan sekolah, sentiasa berada di sekolah semasa hari persekolahan dan pihak sekolah berhak mengambil tindakan jika pelajar melakukan apa-apa kesalahan PERKARA 20 TEGAHAN KHAS 20.1 Menjadi ahli pertubuhan haram 20.2 Membawa senjata berbahaya bertujuan jahat 20.3 Memukul guru 20.4 Mengancam guru , staf sokongan, pentadbir dan pengetua. 20.5 Dilarang berjumpa dengan pelawat tanpa kebenaran guru/ pentadbir / pengetua 20.6 Dilarang menyimpan / membawa risalah yang salah dari segi undangundang, kaset berpolitik atau berpolitik, buku cinta/berunsur cinta, gambar / lukisan yang menghairahkan/lucah/separuh lucah . 20.7 Dilarang membawa radio/ kaset, sebarang alat/ bahan bertujuan untuk hiburan. 20.8 Melanggar peraturan 20.9 Menulis pada suratkhabar tanpa memberitahu pihak sekolah. 20.10 Sengaja merosakkan harta sekolah / kerajaan 20.11 Sengaja merosakkan harta persendirian guru / pelajar lain 20.12 Mengancam pelajar-pelajar lain 20.13 Menghisap rokok atau mengambil dadah 20.14 Membantah hukuman guru 20.15 Menunjukkan sikap bongkap dan menghina guru


20.16 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif 20.17 Dilarang melakukan hubungan sulit antara pelajar lelaki dan perempuan yang merosakkan ime jsekolah. 2018 Dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah 20.19 Dilarang berada di semua kawasan laranga sekoalh yang ditetapkan. 20.20 Dilarang membuli dan memeras ugut pelajar dan guru 20.21 Dilarang meludah merata-rata 20.22 Dilarang menggunakan tangga pejabat sekolah 20.23 Semua barangan larangan yang dirampas tidak akan dikembalikan PENUTUP Dalam apa-apa jua tindakan , pihak sekolah sentiasa berunding dengan ibu bapa pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Tujuan dikenakan tindakan adalah sebagai peringatan dan pengajaran kepada semua pelajar. Akhir kata, matlamat semua peraturan dan tindakan adalah untuk pelajar belajar. REKOD KESALAHAN Bil Kesalahan Tarikh / Masa Tindakan Nama Pelapor


REKOD KESALAHAN Bil Kesalahan Tarikh / Masa Tindakan Nama Pelapor CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN TARIKH / HARI CATATAN CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN TARIKH / HARI CATATAN


CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN TARIKH / HARI CATATAN CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN TARIKH / HARI CATATAN CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN TARIKH / HARI CATATAN CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN TARIKH / HARI CATATAN


CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN TARIKH / HARI CATATAN CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN TARIKH / HARI CATATAN CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN TARIKH / HARI CATATAN CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN TARIKH / HARI CATATAN


CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN TARIKH / HARI CATATAN CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN TARIKH / HARI CATATAN CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN TARIKH / HARI CATATAN CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN TARIKH / HARI CATATAN


CONTOH UNIFORM LENGKAP CONTOH UNIFORM LENGKAP


Click to View FlipBook Version