PROGRAM KOLABORASI ANTARA KERAJAAN
NEGERI DAN PERSEKUTUAN DI SABAH
Anugerah
Inovasi
Sektor
Awam
Sabah
(isas)
PANDUAN LENGKAP KHUSUS
UNTUK PESERTA ISAS
EDISI 1/ 2021
KANDUNGAN MUKA SURAT
A. Tujuan Garis Panduan 3
B. Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah 3
I. Pengenalan 4
II. Tafsiran Inovasi 4
III. Objektif iSAS 5
IV. Bentuk Hadiah 5
V. Syarat Am Penyertaan 6
VI. Kaedah Penyertaan 6
VII. Tatacara Permohonan 7
VIII. Struktur Jawatankuasa Penilaian 8
IX.Proses Penilaian
9
C. Borang Penyertaan iSAS 12
D. Panduan Penyediaan Laporan Projek 13
E. Kriteria Penilaian
Glosari
2
A. TUJUAN GARIS PANDUAN
Dokumen ini merupakan panduan kepada agensi Sektor Awam Persekutuan
dan Negeri di Sabah untuk memohon menyertai Anugerah Inovasi Sektor
Awam Sabah (iSAS). Panduan ini menggariskan tatacara syarat kelayakan
permohonan, format laporan projek, proses, kriteria-kriteria dan penilaian
iSAS.
B. ANUGERAH INOVASI SEKTOR AWAM SABAH
I. PENGENALAN
2. Penganjuran Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah (iSAS) bertujuan untuk
memberikan pengiktirafan kepada agensi kerajaan negeri dan persekutuan
yang telah melaksanakan dan membudayakan inovasi dalam penawaran
perkhidmatan kepada orang awam. Program iSAS buat pertama kalinya telah
berjaya dianjurkan pada tahun 2019 dengan kerjasama Pejabat Timbalan
Setiausaha Kerajaan Negeri (TSKN) (Pentadbiran). Majlis tersebut telah
mencatat sejarah bermulanya kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan
Negeri untuk memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat
dengan lebih kreatif dan inovatif. iSAS juga menjadi satu-satunya platform
yang mengangkat hasil inovasi yang dicipta dalam kalangan penjawat awam di
Negeri Sabah ini.
3. Pada tahun 2020, penganjuran iSAS masih diteruskan walaupun corak
penganjurannya terpaksa diubah dengan mengutamakan SOP yang telah
ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan
Malaysia dalam usaha membendung penularan virus Covid-19. Walaupun
dalam keadaan norma baharu, program iSAS tahun 2020 menampakkan trend
peningkatan dari segi jumlah penyertaan. Ini mencerminkan budaya berinovasi
untuk meningkatkan mutu penyampaikan kualiti perkhidmatan kepada rakyat
menjadi misi utama bagi agensi-agensi kerajaan di Sabah. Usaha sama antara
Kerajaan Persekutuan dan Negeri juga semakin teguh walaupun tampuk
pemerintahan Kerajaan Negeri telah berubah. Program Anugerah Inovasi
Sektor Awam Sabah ini dipengerusikan secara bersama oleh YB Datuk Seri
Panglima Setiausaha Kerajaan Negeri dan YBhg. Dato’ Setiausaha Persekutuan
Sabah manakala Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran)
dan MAMPU Sabah akan bertindak sebagai urus setia.
4. Pemilihan pemenang dan majlis penganugerahan kepada pemenang akan
dilaksanakan secara tahunan dalam majlis berprestij Anugerah Inovasi Sektor
Awam Sabah (iSAS).
3
3
II. TAFSIRAN INOVASI
5. Dalam konteks perkhidmatan awam, inovasi boleh ditafsirkan sebagai
cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti
penyampaian perkhidmatan. Idea-idea tersebut boleh diperoleh dari dalam dan
luar atau melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea
baru atau diadaptasi untuk diguna pakai mengikut keperluan jabatan atau
agensi. Inovasi yang dihasilkan hendaklah berupaya menambah nilai output
semasa serta membawa transformasi dan perubahan kepada amalan sedia
ada. Inovasi boleh berbentuk produk, perkhidmatan, proses atau teknologi.
6. Dalam konteks inovasi perkhidmatan awam negeri Sabah, ia dibahagikan
kepada tujuh kategori inovasi khusus serta tiga anugerah khas seperti berikut:
a. Kategori Khusus
Anugerah Inovasi Pendidikan (Persekutuan sahaja)
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
Anugerah Inovasi Keselamatan Pejabat dan Pengurusan Dokumen
Anugerah Inovasi dan Pembudayaan Digital
Anugerah Inovasi Pejabat Ceria dan Kaunter Terbaik
Anugerah Horizon Baharu Kumpulan Inovatif & Kreatif (HBKIK)
Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (Negeri sahaja)
b. Kategori Khas
Anugerah Khas Ketua Menteri
Anugerah Khas Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN)
Anugerah Khas Setiausaha Persekutuan (SUP)
7. Inovasi yang dihasilkan akan dinilai dengan berpandukan rubrik pemarkahan
yang merangkumi aspek-aspek penting seperti yang berikut:
Creativity & Innovation
Sustainability, Adaptability & Replicability
Inclusivity & Engagements
Significant & Impactful
III. OBJEKTIF iSAS
8. Anugerah ini diwujudkan dengan tujuan untuk:
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada organisasi terhadap
inisiatif inovasi yang telah dilaksanakan serta telah berjaya meningkatkan
mutu penyampaian perkhidmatan;
Memprofil pelaksanaan inovasi dalam sektor awam Sabah bagi
menggalakkan perkongsian maklumat melalui benchmarking; dan
4
Mencetuskan persaingan positif dalam carta kedudukan (ranking) dalam
kalangan organisasi dalam penghasilan inovasi yang berpaksikan
digitalisasi ke arah kecemerlangan penyampaian perkhidmatan yang cekap
dan berkualiti.
IV. BENTUK HADIAH
9. Pemenang bagi setiap kategori khas dan khusus akan menerima sejumlah
hadiah seperti perincian di bawah. Hanya satu penerima sahaja yang layak
menjadi pemenang bagi kategori khas.
ANUGERAH KHAS HADIAH
Anugerah Khas Ketua Menteri RM 30,000
Anugerah Khas Setiausaha Kerajaan Negeri RM 5,000
Anugerah Khas Setiausaha Persekutuan RM 5,000
ANUGERAH KHUSUS HADIAH
Anugerah Inovasi Pendidikan RM 3,000
Sub Kategori IPTA RM 3,000
Sub Kategori Sekolah RM 3,000
RM3,000
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
Anugerah Inovasi Keselamatan Pejabat & Pengurusan Dokumen RM3,000
Anugerah Inovasi & Pembudayaan Digital RM3,000
RM3,000
Perluasan kepada warga kerja RM3,000
Perluasan kepada warga awam/pelanggan RM3,000
Anugerah Inovasi Pejabat Ceria & Kaunter Terbaik
Anugerah Horizon Baharu Kumpulan Inovatif & Kreatif
Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan
V. SYARAT AM PENYERTAAN
10. Syarat kelayakan bagi memohon menyertai iSAS adalah seperti berikut:
a. Penyertaan adalah terbuka kepada semua agensi/ jabatan negeri dan
persekutuan di Sabah.
b. Penyertaan Kategori Anugerah Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan
Kreatif (HBKIK) terbuka kepada badan berkanun persekutuan dan negeri.
c. Penyertaan Kategori Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan terbuka kepada
semua Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran di seluruh Sabah.
5
d. Agensi/ jabatan kerajaan persekutuan dan negeri boleh menghantar lebih
dari satu (1) penyertaan.
e. Setiap penyertaan yang dihantar perlu menggunakan e-borang penyertaan
melalui pautan berikut:
i. Kerajaan Persekutuan: https://forms.gle/S2dvmh16DirqT3ek8
ii. Kerajaan Negeri: https://forms.gle/hQoirqRmmJKbvqkQ9
f. Laporan projek perlu disediakan mengikut kriteria/syarat yang telah
ditetapkan pada setiap anugerah dipertandingkan.
g. Laporan projek mestilah tidak melebihi 25 muka surat, bertaip menggunakan
jenis tulisan Tahoma, saiz 12 dan langkau baris (spacing) 1.5.
h. Setiap penyertaan juga perlu disertakan dengan video pendek (tidak
melebihi 10 minit) yang menerangkan tentang projek inovasi agensi/jabatan
kerajaan persekutuan dan negeri.
i. Laporan haruslah dalam format PDF dan dihantar bersama-sama video
pendek/ pautan video pendek seperti yang dijelaskan di perenggan 10 (e) di
atas.
j. Penghantaran borang penyertaan yang tidak lengkap dan/atau lewat akan
menyebabkan penyertaan dibatalkan.
VI. KAEDAH PENYERTAAN
11. Penyertaan bagi pengiktirafan tujuh Anugerah Inovasi mengikut kategori
adalah melalui permohonan oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan
Negeri berpandukan syarat umum kategori penyertaan. Agensi Kerajaan
persekutuan dan negeri yang berminat mempertandingkan hasil inovasi
masing-masing boleh memohon sebaik hebahan mula diedarkan.
VII. TATACARA PERMOHONAN
12. Permohonan bagi iSAS adalah secara atas talian. Pemohon perlu mengisi
Borang Penyertaan secara dalam talian melalui pautan yang diberikan dan
memuat naik dokumen laporan projek yang disediakan mengikut panduan yang
diberikan.
6
Laporan Projek
a. Organisasi wajib mengemukakan Laporan Penuh dan video pendek
berdurasi 10 minit (had maksimum) yang menggambarkan secara ringkas
keseluruhan projek yang dicalonkan. Maklumat lanjut penyertaan perlu
dikemukakan mengikut format seperti di Borang Penyertaan iSAS.
b. Laporan Projek yang dikemukakan akan dirujuk oleh Jawatankuasa Tapisan
dan Panel Penilai semasa proses penilaian dibuat ke atas setiap pencalonan.
Laporan yang disediakan perlu:
Mengikut format yang telah ditetapkan; dan
Ringkas, padat serta jelas.
c. Laporan yang dikemukakan perlulah lengkap dan memberi gambaran projek
sebenar. Ini adalah penting kerana penilaian dan penapisan di peringkat
pertama akan dibuat berdasarkan laporan yang dikemukakan.
VIII. STRUKTUR JAWATANKUASA PENILAIAN
13. Jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk untuk mengurus dan
menjalankan proses penilaian pencalonan iSAS adalah seperti berikut:
a. Jawatankuasa Tapisan
Jawatankuasa Tapisan diurusetiakan oleh Pejabat Timbalan Setiausaha
Kerajaan Negeri (Pentadbiran) dan MAMPU Sabah dan dianggotai oleh
pegawai-pegawai kanan. Tanggungjawab jawatankuasa adalah seperti berikut:
i. Menyemak dan menilai Laporan Pencalonan berdasarkan syarat am
penyertaan;
Membuat senarai pendek pencalonan di peringkat pertama; dan
Menyediakan laporan dan ulasan pencalonan yang telah disenarai
pendekkan untuk dimajukan kepada Panel Penilai.
b. Panel Penilai
Panel Penilai iSAS dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan
Setiausaha Persekutuan (pengerusi bersama). Panel Penilai adalah dianggotai
oleh pegawai perkhidmatan awam/ individu yang dikenal pasti yang dilantik
khas berdasarkan kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang yang
berkaitan dengan kategori penganugerahan. Tanggungjawab panel penilai
adalah seperti berikut:
.
7
i. Menyemak laporan dan ulasan pencalonan yang dikemukakan oleh
Jawatankuasa Tapisan serta Laporan Projek;
ii. Membuat lawatan pemeriksaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut projek,
membuat penilaian dan senarai pendek pencalonan di peringkat kedua mengikut
keperluan atau hanya dilaksanakan secara atas talian; dan
iii. Menyediakan laporan perakuan pemenang-pemenang dan mencalonkan
penerima Anugerah Khas untuk pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat
Jawatankuasa Pelaksana dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu.
IX. PROSES PENILAIAN
14. Semua pencalonan yang diterima oleh urus setia iSAS di peringkat
persekutuan dan negeri akan ditapis berdasarkan pematuhan kepada syarat am
penyertaan yang telah ditetapkan. Hanya pencalonan yang berjaya melepasi
tapisan ini akan dinilai seperti berikut:
8
C. BORANG PENYERTAAN iSAS (eBORANG)
9
10
Hubungi
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi urus setia
Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah di alamat seperti berikut:
Agensi/ Jabatan Kerajaan Persekutuan
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Sabah, Jabatan Perdana Menteri, Blok A, Aras 7, Peti Surat 11519, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu.
Telefon: 088-488 200 (P) / 016-585 9819 (WA) Faks: 088-488 212
Emel: [email protected]
Agensi/ Jabatan Kerajaan Negeri
Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Tingkat 25, Blok
A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Jalan Sulaman, Teluk Likas, 88400 Kota
Kinabalu.
Telefon: 088-369 184 (P)/ 012-830 9226 (WA) Faks: 088 429 240
Emel: [email protected]
11
D. PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PROJEK
SEKSYEN A: FORMAT LAPORAN PROJEK
Laporan projek yang dikemukakan perlu mempunyai dua (2) bahagian iaitu:
i. Ringkasan Eksekutif
ii. Laporan Penuh
i. Ringkasan Eksekutif
Skop laporan perlulah mematuhi perkara seperti berikut:
Ringkasan projek
Justifikasi “Mengapa pencalonan ini wajar dianugerahkan pemenang iSAS"
ii. Laporan Penuh
Skop laporan penuh hendaklah berpandukan Kriteria Penilaian iSAS seperti di
Bahagian E.
12
E. KRITERIA PENILAIAN iSAS
Kriteria penilaian iSAS adalah berbeza mengikut kategori. Ia bertujuan untuk
memastikan kualiti setiap pemenang anugerah mencapai tahap yang setaraf
dengan penilaian di peringkat kebangsaan. Oleh yang demikian, kriteria
penilaian iSAS dirangka selari dengan penilaian inovasi di peringkat
kebangsaan iaitu dengan menekankan aspek-aspek berikut:
i. Creativity and Innovation;
ii. Sustainability, Adaptability and Replicability;
iii. Inclusivity and Engagement; dan
iv. Significant and Impactful
Bagi tujuan penyediaan laporan, setiap kriteria mestilah diterangkan tidak
melebihi daripada 25 muka surat. Setiap kriteria dan sub-kriteria perlu diberi
pernyataan dan disertakan dengan statistik yang bersesuaian. Kriteria-
kriteria penilaian tersebut seperti panduan berikut:
KATEGORI 1: ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN
Kriteria Penilaian 1: Signifikan Inovasi (20%)
a. Latar belakang inovasi (Fungsi/ Visi/ Misi/ Piagam Pelanggan)
b. Komitmen pihak pengurusan
Cadangan projek/ pelaksanaan projek/ projek siap dibentangkan dalam
Mesyuarat Pengurusan - Minit Mesyuarat/ Agenda dalam minit
Surat lantikan dan sijil pelantikan kepada ahli (setelah projek siap)
Edaran memo/ surat edaran cadangan sesuatu projek diluluskan untuk
diteruskan
Sedikit sumbangan/ insentif kepada ahli kumpulan inovasi jabatan/ agensi.
c. Signifikan projek
Inovasi berkait langsung dengan fungsi utama jabatan/ agensi / piagam
pelanggan
Hasil projek ditunjukkan daripada permasalahan yang timbul sama ada
melalui aduan awam/brainstorming pegawai/masalah kerja harian - data
statistik
Sasaran dari segi output (bilangan atau peratusan) dan impak
(aduan/masalah yg timbul-perbandingan)
Produk inovasi kewangan yang dihasilkan dapat memberi value added
kepada pengurusan kewangan jabatan/agensi
Kriteria Penilaian 2: Tindakan Penyelesaian (25%)
Kriteria ini merujuk kepada tahap keberhasilan inovasi menambahbaik
pengurusan kewangan melalui aspek berikut:
a. Kaedah penyelesaian – Justifikasi pemilihan projek
13
b. Informasi pengujian prototype inovasi termasuk uji cuba projek dan
penambahbaikan semula /post mortem sistem – ditambahbaik
c. Perakuan daripada mana-mana pihak yang bertauliah / berkuasa
Kriteria Penilaian 3: Keberhasilan Projek (35%)
Kriteria ini merujuk kepada impak inovasi kepada kos, hasil dan stakeholder
melalui aspek-aspek berikut:
a. Peningkatan tahap kepuasan stakeholder/ pengguna - data/ kaji selidik/
peratusan dan dibandingkan dengan data sebelum
b. Perbandingan sebelum dan selepas dari segi faedah yang diperolehi
daripada stakeholder/ pengguna
c. Pencapaian output dan pembuktian
Penjimatan kos (dibuktikan berdasarkan perbandingan harga mengikut
peraturan kewangan)
Penjimatan masa (sebelum dan selepas)
Perbandingan "Cost Benefit"
Impak daripada projek (secara langsung dan tidak langsung)
Kriteria 4: Potensi Pengembangan Inovasi (20%)
a. Projek telah dilaksanakan sekurang - kurangnya 3 bulan
b. Memenuhi dasar keselamatan ICT selari dengan peraturan kewangan - had
kuasa/ capaian/ peraku/ pelulus sekiranya melibatkan sistem
c. Wujud kawalan dalaman terhadap projek berkenaan
d. Agensi/ cawangan/ jabatan/ unit lain menggunapakai sistem yang sama
e. Produk inovasi kewangan yang dihasilkan hendaklah boleh dicapai pada bila-
bila masa, dimana sahaja, oleh sesiapa sahaja dan capaian di pelbagai
peralatan. (anytime, anywhere, anyone, any platform) bersesuaian dengan
norma baharu ke arah digitalisasi
KATEGORI 2: ANUGERAH INOVASI DAN PEMBUDAYAAN DIGITAL
Kriteria 1: Impak (10%)
a.Kerjasama berpasukan
b.Inovasi adalah secara end-to-end services(E2E)
Kriteria 2: Kreativiti (20%)
a.Idea agensi sendiri/ adaptasi
b.Kaedah pembangunan (in-house/ outsource/ ibupejabat)
c.Kekemasan
d.Pembudayaan (change management)
14
Kriteria 3: Efisien (45%)
Memudahkan pengguna (*5A)
Mudah dicapai
Penjimatan masa
Penjimatan kos
Peningkatan produktiviti
Kriteria 4: Perluasan (*antara satu) (10%)
Hanya dilaksanakan di agensi sahaja*
Telah diperluaskan di agensi termasuk cawangan-cawangan*
Telah dilaksanakan merentasi agensi*
Kriteria 5: Perkongsian (10%)
Shared source code (perkongsian kod sumber)
Inovasi dihasilkan menggunakan set data dari www.data.gov.my
Kriteria 6: Keselamatan Sistem (5%)
Mempunyai ciri-ciri keselamatan data dan maklumat sukar diceroboh
KATEGORI 3: ANUGERAH INOVASI KESELAMATAN PEJABAT DAN PENGURUSAN
REKOD
Kriteria 1: Penjimatan masa/ kebolehypayaan (5%)
Kriteria 2: Kos (5%)
Kriteria 3: Kegunaupayaan (compatibility) (40%)
Mudah digunakan
Boleh dicapai bila-bila masa
Boleh dicapai di mana-mana
Boleh dicapai menggunakan pelbagai peranti
Kriteria 4: Kelestarian Projek Rintis (20%)
Perbelanjaan
Tempoh masa
Replikasi
Tenaga kerja
Kriteria 5: Kebolehpasaran (10%)
Kriteria 6: Penyelenggaran (10%)
Kos
Masa
Kriteria 7: Impak terhadap keselamatan pejabat dan pengurusan rekod (10%)
15
KATEGORI 4: ANUGERAH INOVASI KECERIAAN PEJABAT DAN KAUNTER
TERBAIK
Kriteria 1: Fizikal (10%)
Organisasi mempunyai ruang menunggu yang selesa dan kemudahan
pelanggan disediakan (sistem menunggu, kemudahan OKU, dan
sebagainya).
Dekorasi organisasi menarik, bersih dan selesa serta mempunyai imej
korporat;
Susun atur organisasi memudahkan pergerakan dan memberi ruang yang
selesa kepada pelanggan.
Warga kerja sentiasa berpakaian kemas dan memakai tag nama.
Kriteria 2: Kebolehpercayaan (35%)
Organisasi memberikan perkhidmatan yang dikehendaki berdasarkan
piagam pelanggan dan/ atau objektif kualiti.
Organisasi mempamerkan maklumat korporat yang terkini.
Organisasi memantau dan melaksanakan strategi pencapaian piagam
pelanggan.
Organisasi menyimpan rekod aduan pelanggan.
Organisasi mempunyai pegawai/ penyelia yang berpengalaman sebagai
pakar rujuk.
Organisasi menyemak, menilai dan menganalisis aduan pelanggan.
Organisasi menjalankan kajian kepuasan pelanggan.
Organisasi melaksanakan salah satu mekanisme pemantauan perkhidmatan
(lawatan inspektorat berjadual dan/ atau tidak berjadual).
Organisasi membentangkan laporan prestasi perkhidmatan pelanggan di
dalam mesyuarat pengurusan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Organisasi memaparkan maklumat perkhidmatan yang tepat, lengkap dan
terkini.
Kriteria 3: Interaksi (20%)
Organisasi melaksanakan hebahan/ promosi mengenai perkhidmatan/
penambahbaikan penyampaian perkhidmatan.
Warga kerja organisasi memberikan perkhidmatan yang pantas kepada
pelanggan.
Warga kerja organisasi sentiasa melayan mesra kehendak pelanggan dan
mempunyai standard sapaan yang mesra pelanggan.
Organisasi menyediakan kemudahan meja bantuan (helpdesk) untuk
kemudahan pelanggan.
Panggilan telefon dijawab tidak melebihi tiga deringan.
Pelanggan boleh menghubungi organisasi melalui pelbagai kaedah seperti
contoh borang, e-mel, telefon, kaunter rundigan dan khidmat nasihat.
Organisasi mempunyai rangkaian media sosial untuk berinteraksi dengan
pelanggan seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.
16
Kriteria 4: Penyelesaian Masalah (20%)
Organisasi mempunyai mekanisme pengurusan aduan pelanggan.
Warga kerja organisasi mempunyai pengetahuan dalam menjawab
pertanyaan pelanggan.
Warga kerja organisasi memberikan keyakinan kepada pelanggan
(profesionalisme dan personaliti).
Warga kerja organisasi dapat menyelesaikan aduan pelanggan dengan
cepat dan tepat.
Kriteria 5: Polisi (15%)
Organisasi melaksanakan pembudayaan inovasi dalam penyampaian
perkhidmatan.
Organisasi memberikan perkhidmatan yang terbaik dan terdapat usaha
delighting the customer.
Organisasi beroperasi mengikut kemudahan waktu bekerja fleksibel.
KATEGORI 5: ANUGERAH HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN
KREATIF (HBKIK)
Kriteria 1: Penglibatan Pihak Pengurusan (4%)
Sokongan dan kelulusan pihak kelulusan tertinggi disertakan
Kriteria 2: Signifikan Projek (10%)
Projek mempunyai kaitan dengan fungsi utama organisasi
Projek memenuhi kehendak pelanggan dan pemegang taruh (stakeholder)
Pemilihan projek sejajar dengan agenda dan matlamat nasional
Projek mempunyai kaitan dengan keadaan dan ekosistem semasa
Kaedah pemilihan projek dan analisis kewujudan isu/masalah
Penyataan sasaran, outcome dan impak
Kriteria 3: Tindakan Penyelesaian (23%)
Strategi penyelesaian kreatif termasuk aplikasi penggunaan tools
Penghasilan dan pengujian protaip
Perakuan daripada pihak bertauliah/pihak berkuasa
Pelaksanaan inovasi
Kriteria 4: Keberhasilan Projek (53%)
Pencapaian outcome dan pembuktian
Faedah sampingan (luar jangka)
Penilaian impak dan pembuktian
Faedah sampingan (luar jangka)
Kriteria 5: Potensi Pengembangan Projek (10%)
Pencapaian outcome dan pembuktian
Faedah sampingan (luar jangka)
Penilaian impak dan pembuktian
Faedah sampingan (luar jangka)
17
KATEGORI 6: ANUGERAH INOVASI PENDIDIKAN
Kriteria 1: Idea
a. Kreativiti (pilih salah satu) (15%)
Keaslian
Adaptasi
Kriteria 2: Keberkesanan
b. Tahap pelaksanaan (pilih salah satu) (20%)
Pelaksanaan menyeluruh (melepasi peringkat percubaan) *
Peringkat percubaan (prototaip)*
c. Replicability (10%) mengikut keperluan tanpa
Boleh dilaksanakan terus di pelbagai tempat
Boleh dilaksnakan dengan pengubahsuaian
melibatkan kos yang tinggi
Kriteria 3: Impak (outcome)
d.Keberkesanan (30%)
Penjimatan masa
Penjimatan kos
Mudah digunakan (user friendly)
e.Singnifikan Kepada Ekosistem Pendidikan (*antara satu) (20%)
Tinggi*
Sederhana*
Rendah*
Kriteria 4: Pembentangan
a.Komitmen (5%)
Penyampaian
Ketepatan masa
Kekemasan
18
KATEGORI 7: ANUGERAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Bagi kategori Anugerah Pihak berkuasa Tempatan, terdapat dua fasa penilaian
seperti berikut:
Fasa 1
Kriteria 1: Pengenalan (6%)
a.Latar belakang organisasi dan kumpulan diterangkan.
b.Bukti persetujuan pengurusan tentang perancangan projek.
c.Komitmen Pihak Pengurusan
Projek inovasi dibentang dalam mesyuarat pengurusan
Surat pelantikan ahli-ahli kumpulan inovasi jabatan/agensi
Sumbangan insentif kepada kumpulan inovasi jabatan/agensi
Kriteria 2: Pemilihan Projek (14%)
Pemilihan projek adalah berdasarkan kajian latar belakang dan data-data
terdahulu.
Pemilihan projek memenuhi matlamat/objektif/piagam pelanggan serta
kehendak pelanggan organisasi/bahagian/unit.
Pemilihan projek dilakukan secara sistematik dengan mengambil kira
penglibatan komuniti setempat/NGO
Kriteria 3: Penjelasan Projek (9%)
Istilah-istilah teknikal yang digunakan dijelaskan.
Penetapan objektif/sasaran projek dijelaskan berdasarkan analisa data
atau penanda aras.
Kriteria 4: Analisa Projek (17%)
Pendekatan secara sistematik dan bersesuaian untuk tujuan mengenalpasti
dan mengesahkan punca masalah yang paling mungkin atau isu yang
berkaitan.
Pendekatan secara sistematik dan bersesuaian untuk tujuan pengumpulan
data.
Persembahan data yang berkesan.
Fasa 2
Kriteria 1: Cadangan Penyelesaian (18%)
Beberapa alternatif cadangan penyelesaian yang kreatif dan inovatif
dipertimbangkan.
Pendekatan secara sistematik dalam memilih cadangan penyelesaian.
Pelaksanaan cadangan penyelesaian dapat dilakukan dengan berkesan dan
baik dalam tempoh percubaan (dry run).
19
Kriteria 2: Tindakan Penyeragaman (Standardization) (8%)
Cadangan penyelesaian telah diterima dan kaedah pemantauan yang sesuai
dan sistematik untuk memastikan tindakan pembetulan yang perlu telah
dijalankan sebelum tindakan penyeragaman.
Tindakan susulan diambil bagi memastikan cadangan projek diadaptasi
sebagai cara bekerja baharu dengan pindaan atau tambahan kepada arahan
kerja/ senarai tugas/ SOP yang menerapkan nilai-nilai ketelusan dan tahap
integriti yang tinggi selari dengan Pelan Anti Rasuah Organisasi.
Kriteria 3: Informasi Pengujian Prototaip (2%)
Inovasi termasuk uji cuba projek dan penambahbaikan semula/ post mortem
produk ditambahbaik.
Kriteria 4: Pencapaian Hasil Projek (Outcome) (20%)
Faedah-faedah sama ada pengurangan kos, penjimatan masa, peningkatan
output/ hasil kerja, penjimatan sumber manusia, tahap kepuasan hati
pelanggan, tahap kepuasan pekerja dan/ atau imej jabatan.
Sumbangan pelaksanaan cadangan penyelesaian kepada pencapaian
objektif organisasi (impak).
Kaedah/ alat kawalan kualiti yang bersesuaian untuk menilai faedah-faedah
diperolehi dengan kos pelaksanaan cadangan penyelesaian.
Kriteria 4: Penilaian Kumpulan (8%)
Kaedah/ alat kawalan kualiti yang bersesuaian untuk menilai kemajuan
kumpulan dalam pengendalian aktiviti inovasi.
Kumpulan mengambil tindakan untuk meningkatkan prestasi ahli-ahli
semasa penyelesaian dijalankan demi kebaikan masa hadapan.
Pembelajaran yang diperolehi oleh kumpulan.
Kekerapan mesyuarat diadakan dalam setahun kumpulan inovasi jabatan/
agensi.
KATEGORI KHAS: ANUGERAH KHAS KETUA MENTERI, ANUGERAH KHAS
SKN DAN ANUGERAH KHAS SUP
Kemuncak program penganugerahan ini adalah penganugerahan khas iaitu
Anugerah Khas Ketua Menteri, Anugerah Khas SKN (Negeri) dan Anugerah Khas
SUP (Persekutuan). Semua pemenang bagi tujuh kategori umum akan
berpeluang untuk merangkul anugerah khas ini. Bagi tujuan tersebut, kriteria
penilaian khusus ditetapkan seperti berikut:
20
Kriteria 1: Kepimpinan (10%)
Ketua jabatan melaksanakan inisiatif untuk mencapai objektif/ KPI
organisasi.
Langkah-langkah khusus dan pemantauan telah diambil untuk penyelesaian
masalah (pengurusan risiko).
Melaksanakan perancangan strategik yang efektif.
Pelan penggantian telah disediakan untuk menyediakan pelapis.
Mengamalkan kepimpinan teknologi untuk mewujudkan warga digital dalam
organisasi
Kriteria 2: Transformasi Digital (20%)
Mewujudkan persekitaran pemboleh daya ICT.
Mempunyai pemboleh daya kepakaran ICT dalaman.
Maklumat disampaikan secara pantas dan efisien.
Penggunaan kertas yang minima.
Laman web sentiasa dikemaskini.
Capaian maklumat menyeluruh.
Maklumat boleh dicapai di mana sahaja.
Maklumat boleh diakses bila-bila masa sahaja.
Maklumat boleh diakses oleh sesiapa sahaja.
Maklumat boleh diakses menggunakan pelbagai peranti.
Kriteria 3: Inovasi/ Pengkomersilan (10%)
Organisasi berjaya menghasilkan salah satu inovasi berimpak tinggi seperti
yang berikut:
Inovasi produk
Inovasi pengurusan
Inovasi sosial
Hasil inovasi dikomersialkan (patent/hak cipta/cap dagang)
Kriteria 4: Penjanaan/ Penjimatan (10%)
Berjaya menjana kewangan
Berjaya menjimatkan penggunaan kewangan
Keberkesanan kos
Kriteria 5: Tanggungjawab Sosial (10%)
Jaringan dengan komuniti dimasukkan dalam perancangan organisasi.
Jaringan komuniti yang dilaksanakan secara 'adhoc'.
Kriteria 6: Suri Teladan (10%)
Pusat penandaarasan organisasi lain.
Organisasi memberi impak kepada pihak lain
21
Kriteria 7: Keunggulan Organisasi (30%) menghasilkan/
Organisasi telah menunjukkan keunggulan dengan
mengaplikasikan satu produk, proses dan pengurusan:
a. Idea
Kreativiti
Asli, unik dan tersendiri
Adaptasi
b. Relevan
Memenuhi keperluan semasa atau kehendak/ senario baru; dan/atau
Menawarkan penyelesaian kreatif untuk menyelesaikan masalah; dan/atau
Menyokong dasar, program dan tumpuan kerajaan.
c. Hasil
i.Replikasi
boleh dilaksanakan terus di pelbagai tempat; atau
boleh dilaksanakan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan tanpa
melibatkan kos yang tinggi.
d. Outcome
Efisien (Kecekapan)
Menjimatkan masa
Menjimatkan kos
Meningkatkan produktiviti
Mudah digunakan (user friendly)
e.Signifikan
Tinggi (impak kepada perkhidmatan awam)
Sederhana (impak kepada organisasi awam)
Rendah (impak kepada bahagian/ seksyen/ unit)
*Pembuktian perlu menunjukkan outcome memenuhi objektif yang disasarkan.
f. Pengurusan
i.Nilai
Sumber kewangan;
Sumber manusia;
Penghargaan;
Jalinan kolaborasi strategik;
Kelestarian inovasi; dan
Nilai tambah bagi tujuan pengkomersialan
22
Glosari:
1.Pembudayaan - Change management
Penglibatan pihak pengurusan agensi dalam Iovasi dan Pembudayaan
ICT yang dicalonkan.
Sejauh mana penggunaan Inovasi dan Pembudayaan ICT di semua
peringkat pengguna agensi / pelanggan.
2.Memudahkan Pengguna
Inovasi yang dicalonkan dapat dibuktikan sejauhmana ianya
memudahkan pengguna sebelum dan selepas inovasi dihasilkan,
contohnya daripada kaedah manual kepada online.
3. Mesra Pengguna
Inovasi yang dicalonkan senang untuk digunakan termasuklah dari
segi antaramuka inovasi tersebut dan bilangan langkah-langkah
untuk menggunakan inovasi tersebut
Penafian:
Istilah dan huraian ini hanya terpakai di dalam garis panduan ini sahaja
23
PERTANYAAN
MAMPU SABAH, BLOK A, ARAS 7, PETI SURAT 11519, KOMPLEKS
PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKTUAN SABAH, JALAN UMS,
88400 KOTA KINABALU, SABAH
(088) 488 200 (P)
(088) 488 212 (F)
[email protected]
PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH
(PENTADBIRAN) , TINGKAT 24, BLOK A, PUSAT PENTADBIRAN
NEGERI SABAH, JALAN SULAMAN, TELUK LIKAS, 88400 KOTA
KINABALU, SABAH
(088) 369 184 (P)
(088) 429 240 (F)
[email protected]
24
TERBITAN:
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU SABAH)
PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH (PENTADBIRAN)
EDISI 1/ 2021