The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asnie93, 2022-07-21 10:05:52

PELAPORAN AKTIVITI KELAB KERJAYA

PELAPORAN AKTIVITI KELAB KERJAYA

MESYUARAT AGONG KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI PERKESO
PETALING JAYA (KERJAYA)

KALI PERTAMA

PPN SELANGOR

22 JUlAI 2022 / JUMAAT / 09:00PAGI
DEWAN PANCADELIMA

DIRASMIKAN OLEH :
TUAN ZAINOL BIN ABU
PENGARAH PERKESO NEGERI

SELANGOR

ISI KANDUNGAN

ATURCARA MAJLIS
AGENDA MESYUARAT

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG PENGARAH
KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

AHLI JAWATANKUASA SESSI 2020/2022
LAPORAN AKTIVITI SESSI 2020/2021
LAPORAN KEWANGAN SESSI 2020/2021

GOOGLE FORM PEMILIHAN DAN PENCALONAN SESSI
2022/2024

GAMBAR PROGRAM SESSI 2020/2022
PENGHARGAAN

ATURCARA MAJLIS

ATURCARA MAJLIS
MESYUARAT AGONG KELAB KERJAYA

PERINGKAT PERKESO SELANGOR
KALI PERTAMA

09:00 Pagi : PENDAFTARAN ANGGOTA
09:30 Pagi :
SARAPAN PAGI

Bacaan Doa

Ucapan Aluan
EN. HUSSEN BIN AWANG
PENGERUSI KELAB KERJAYA SESI 2020/2022
PERKESO Selangor

Ucapan Perasmian:
TUAN ZAINOL BIN ABU
Pengarah PERKESO Selangor

Mensyuarat Agong Kelab KERJAYA kali pertama

Pemberian saguhati kepada anggota bagi sesi
2020/2022

• Berkahwin
• Mendapat cahaya mata
• Bencana

Pembentangan aktiviti dan kewangan kelab

Keputusan Undian calon pemilihan ahli kelab

Ucapan Pengerusi Kelab KERJAYA sesi 2022/2024

Makan tengahari

12:00 Tengahari : Bersurai

AGENDA MESYUARAT

01 UCAPAN PENGERUSI

PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN

02 LAPORAN AKTIVITI KELAB BAGI SESI

2020/2022

03 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN

LAPORAN KEWANGAN KELAB BAGI SESI
2020/2022

04 MEMBENTANGKAN DAN MEMBAHASKAN

USUL

MEMBENTANG HASIL PEMILIHAN DAN

05 PENCALONAN BAGI AJK KELAB SESI

2022/2024

06 UCAPAN PENANGUHAN

07 HAL LAIN-LAIN

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG PENGARAH

TUAN ZAINOL BIN ABU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Syukur ke hadrat Allah atas limpah kurnia-Nya, Mesyuarat Agong kali pertama kelab kebajikan dan
rekreasi PERKESO Petaling Jaya dapat dijalankan dan buku pelaporan kelab mampu diterbitkan
walaupun secara maya. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
usaha tuan pengerusi kelab dan ahli jawatankuasa dalam melaksanakan dan menerbitkan buku
pelaporan ini.

Penubuhan kelab kebajikan dan rekreasi PERKESO Petaling Jaya bertujuan untuk memupuk
perpaduan dikalangan anggota PERKESO khususnya PPN Selangor ini. Menuntut penglibatan
kesemua anggota PPN Selangor tanpa terkecuali bertujuan untuk melahirkan anggota yang berdaya
saing dan kreatif serta aktif tanpa mengabaikan kerja hakiki.

Walaupun dalam situasi penularan wabak COVID-19 di negara kita belum pulih sepenuhnya, kelab
kebajikan dan rekreasi PERKESO Petaling Jaya ini masih mampu mengadakan program untuk
kesemua anggota dengan jayanya dengan mempraktikan SOP yang telah ditetapkan. Disamping itu
juga, kelab banyak memberi bantuan kepada anggota yang menghadapi musibah seperti bantuan
banjir dan kemalangan. Ini cukup membuktikan bahawa Kelab ini sentiasa memikirkan cara untuk
memupuk perpaduan disamping menjaga silaturrahim antara anggotanya.

Saya akui penularan wabak COVID-19 telah memberikan impak yang besar bukan sahaja kepada
kehidupan seharian kita, malah ekonomi dan juga sosial. Namun begitu, dalam pemerhatian saya
pihak pengurusan tertinggi kelab kebajikan dan rekreasi PERKESO Petaling jaya sentiasa komited
dalam merancang dan mengadakan aktiviti yang mampu memberi impak positif kepada
anggotanya. Saya melihat kerancakan penganjuran program secara fizikal pada penghujung 2020
sehingga kini. Namun susulan penularan wabak COVID-19 ini yang masih belum ada
penghujungnya, kita masih perlu akur pada Standard Operation Procedure (SOP) bagi membendung
penularannya.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mendedikasikan sekali lagi ucapan terima kasih saya kepada ahli
jawatankuasa yang bertanggungjawab dan seterusnya kepada semua anggota PERKESO PPN
Selangor dalam menjayakan setiap program yang diadakan dengan penglibatan anggota sebagai
tanda sokongan kepada kelab. Ini jelas memperlihatkan bahawa perpaduan dikalangan anggota
masih jitu dan utuh. Tambahan pula, ianya menunjukkan bahawa anggota PERKESO PPN Selangor
ini bukan hanya memberatkan kepentingan tugasan di pejabat sahaja, malah aktiviti yang
dijalankan dalam penglibatan dan melengkapkan sahsiah dari aspek intelektual, fizikal mahupun
spiritual melalui aktiviti yang disertai.

Akhir kalam, saya berharap penubuhan kelab ini mampu diteruskan dan sentiasa memberikan yang
terbaik dalam menjayakan tanggungjawab yang digalas untuk memperkukuhkan perpaduan di
kalangan anggota di PERKESO Petaling jaya. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua
dalam menghasilkan mesyuarat agong kali pertama kelab kebajikan dan rekreasi PERKESO Petaling
Jaya tahun ini.

Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, sekian terima
kasih.

Saya yang memikul amanah
Tuan zainol bin Abu
Pengarah perkeso Petaling Jaya.

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI KELAB
KERJAYA SESSI 2020/2022

EN HUSSEN BIN AWANG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam S4P.

Alhamdulillah, marilah kita Bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana
dengan izin-Nya kita masih diberikan peluang dan kesempatan untuk terus berkhidmat sebagai
seorang anggota PERKESO untuk memikul amanah dan bekerja dalam menabur bakti dalam
memberi pelindungan kepada yang memerlukan selaras dengan objektif PERKESO.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kelab
kebajikan dan rekreasi PERKESO Petaling Jaya bagi sesi ini kerana sanggup bersama-sama dengan
saya dalam menerajui kepimpinan ini untuk memberikan yang terbaik disamping memupuk
perpaduan di kalangan anggota di PPN Selangor ini. Di samping itu juga, saya ingin mengucapkan
terima kasih dan tahniah atas penghasilan buku pelaporan ini yang bertujuan untuk memberi
makluman kepada semua anggota kelab mengenai program dan pelaporan kewangan tahunan
kelab.

Kelab kebajikan dan rekreasi PERKESO Petaling Jaya ini telah ditubuhkan pada 07 Mei 2019 yang
bertujuan untuk pembangunan dan perpaduan anggota menerusi program yang diadakan dengan
penglibatan kesemua anggota tanpa terkecuali. Ini adalah kerana setiap anggota di PPN Selangor
merupakan ahli kepada kelab ini. Setiap anggota juga diberikan kebebasan dalam menyuarakan dan
memohon bantuan kepada kelab. Kelab ini juga bertujuan untuk menjaga kebajikan anggotanya.

Matlamat kelab utama adalah untuk membantu anggota dalam meningkatkan prestasi menerusi
penglibatan dalam program yang diadakan. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk membantu
anggota untuk saling mengenali dan membina silaturrahim tanpa ada batas yang menghalang.
Kelab juga menjadi saluran rasmi yang mewakili anggota dalam semua urusan dengan pengurusan
untuk ahli-ahlinya.

Akhir kata, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kesalahan disepanjang
saya menerajui kelab kebajikan dan rekreasi PERKESO Petaling Jaya ini. Sesungguhnya, yang baik
itu datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri. Saya berharap
pimpinan yang baru mampu mengorak langkah yang lebih maju untuk kelab ini. Selamat
menjalankan dan mededikasikan perkhidmatan sepanjang sesi 2022/2024 . sekian terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,
En Hussen bin Awang
Pengerusi Kelab kebajikan dan rekreasi PERKESO Petaling jaya
Sesi 2020/2022

AHLI JAWATANKUASA KELAB BAGI
SESSI 2020/2022

PENGERUSI KELAB
EN. HUSSEN BIN AWANG

(2020 – 2022)

SETIAUSAHA KELAB BENDAHARI KELAB
EN. MUHAMMAD HAFIZ BIN SAMSUDDIN CIK NURHIDAYAH BINTI MAHAT

(2020 – 4/2021) (2020 – 2022)
PN. NURUL ASNI BINTI MOHD ARIEF

(5/2021 – 2022)

AJK TERTINGGI 1 KELAB AJK TERTINGGI 2 KELAB AJK TERTINGGI 3 KELAB AJK TERTINGGI 4 KELAB

EN SELAMAT BIN EN MUHAMMAD EN KHAIRUL AZMI EN RADIN SUFFIAN
SA’ADAN FAIZUL HADZRI BIN BIN KAMIL BIN RADIN

(2020 – 2022) ZAKARIA (2020 – 2022) KHAIRUDDIN

(2020 – 2022) (2020 – 2022)

AJK TERTINGGI 5 KELAB AJK TERTINGGI 6 KELAB

EN KHAIRUL ‘AMMAR PN DAHLIA BINTI
BIN HASIM JAMALUDIN

(2020 – 3/2022) (2020 – 12/2021)

LAPORAN AKTIVITI KELAB BAGI SESSI
2020/2022

AKTIVITI / KEGIATAN / SUMBANGAN SEPANJANG TAHUN 2020

1. PENGURUSAN JENAZAH – 18 JANUARI 2020
2. PERTANDINGAN BOWLING PPN SELANGOR 2020 – 29 JANUARI 2020
3. MAJLIS YASSIN DAN DOA KEMAKMURAN NEGARA – 28 OGOS 2020
4. PROGRAM DERMA DARAH – 01 OKOTBER 2020
5. PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA DAN FISIOTERAPI – 01 OKTOBER 2020
6. JOM SIHAT 49 TAHUN PERKESO – 02 OKTOBER 2020
7. PERTANDINGAN SNAP & WIN PERKESO SEMPENA SAMBUTAN HARI PERKESO KE 49

TAHUN
8. SUMBANGAN PELITUP MUKA KERJAYA KEPADA ANGGOTA

AKTIVITI / KEGIATAN / SUMBANGAN SEPANJANG TAHUN 2021

1. MAJLIS PERPISAHAN ANGGOTA EN HAFIZ DAN PN AMYLIA
2. PROGRAM BULAN RAMADHAN

a. TABUNG PRIHATIN PERKESO JELAJAH 50 TAHUN
b. IFTAR PRIHATIN BERSAMA RUMAH ANAK YATIM KASIH IBU
3. BAYARAN BALIK PENGLIBATAN KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP ZON TENGAH
PERKESO 2021
4. PROGRAM BBQ TAHUN 2021 – 03 DISEMBER 2021
5. MAJLIS PERPISAHAN ANGGOTA PN HAFILAH DAN PN DAHLIA – 23 DISEMBER 2020

AKTIVITI / KEGIATAN / SUMBANGAN SEPANJANG TAHUN 2022 (JANUARI
HINGGA JUN)

1. MAJLIS PERPISAHAN ANGGOTA EN AIMAN, EN FARHAN DAN EN AMMAR – 10 MAC
2020

2. SUMBANGAN DANA PROGRAM JOM ZUMBA PPN SELANGOR ANJURAN CAWANGAN
PENGUATKUASAAN – 25 MAC 2022

3. EDARAN BUBUR LAMBUK DAN KURMA SEMPENA BULAN RAMADHAN – APRIL 2022
4. SAMBUTAN RAYA SAKAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR – 31 MEI 2022
5. SUMBANGAN BAJU KERJAYA
6. SUMBANGAN SAGUHATI KEPADA ANGGOTA YANG BERKENAAN

DISEDIAKAN OLEH DISOKONG OLEH

…………………………………………………. ………………………………………………….
PN. NURUL ASNI BINTI MOHD ARIEF
SETIAUSAHA KELAB KERJAYA

LAPORAN KEWANGAN KELAB BAGI
SESSI 2020/2022

DISEDIAKAN OLEH DISOKONG OLEH
………………………………………………….
………………………………………………….
CIK NURHIDAYAH BINTI MAHAT
BENDAHARI KELAB KERJAYA

DISOKONG OLEH

GOOGLE FORM PEMILIHAN DAN
PENCALONAN AJK KELAB BAGI SESSI
2022/2024

GAMBAR PROGRAM SEPANJANG SESSI
2020/2022







PENGHARGAAN

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
KEPADA :

TUAN ZAINOL BIN ABU – PENGARAH PERKESO
PETALING JAYA

EN HUSSEN BIN AWANG – PENGERUSI KELAB
REKREASI DAN KEBAJIKAN (KERJAYA) SESI
2020/2022

AHLI JAWATANKUASA KELAB REKREASI DAN
KEBAJIKAN (KERJAYA) SESI 2020/2022
DAN

AHLI-AHLI KELAB KERJAYA PPN SELANGOR
Seterusnya

Individu dan kumpulan yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam

menjayakan Mesyuarat Agong kelab rekreasi
dan kebajikan (KERJAYA) kali pertama.


Click to View FlipBook Version