Arnab dan Kura-kura
LINGESH,HANIM,SITI AISYAH
Pada suatu hari, Sang Kura-kura sedang berjalan
perlahan-lahan mengambil angin pagi di rimba. Tiba-tiba
datang Sang Arnab yang memang terkenal sebagai
binatang yang pantas di rimba itu.
"Eh, Kura-kura,kamu berada di sini, kamu hendak ke
mana?”, kata Sang Arnab sambil membuka bicara.
"'Ya, Arnab, saya tak ke mana-mana, saya cuma berjalan-
jalan", jawab Sang Kura-kura.
"Wahai kura-kura,saya berasa
kasihan melihat kamu ini,jalan
pun lambat, bila kamu mahu tiba
di destinasi" ejek Sang Arnab yang
memang dikenali sebagai seekor
haiwan yang suka mengejek yang
lemah.
"Tidak apalah Sang Arnab,
kelajuan saya memang begini,saya
reda" kata Sang Kura-kura sambil
terus berjalan meninggalkan Sang
Arnab tadi.
Sang Arnab masih tidak berpuas hati kerana
Sang Kura-kura sepertinya tidak terkesan
daripada sindiran yang dilakukan olehnya.
Lantas dia mengemukakan satu cabaran
kepada Sang Kura-kura dengan niat mahu
mengenakan dan memalukannya.
"Apa kata kalau kita berlumba Kura-kura,
saya mahu bersaing dengan kamu"
"Tidak apalah Arnab", jawab Sang Kura-kura
dengan ringkas.
"Kamu tidak boleh menolak cabaran saya,
kamu mesti berlumba dengan saya juga pada
hari esok.”Saya akan tunggu dekat tebing
sungai", kata Sang Arnab tanpa
mempedulikan kata-kata Sang Kura-kura.
"Pada keesokkan hari, seluruh rimba datang untuk menyaksikan
perlumbaan antara Sang Arnab dan Sang Kura-kura itu. Sang Kancil
bersetuju untuk menjadi pengadil dalam perlumbaan tersebut.
Perlumbaan dirancangkan bermula dari tebing sungai, mengelilingi rimba
dan tamat semula di tebing sungai.
Perlumbaan pun dimulakan di tengah-tengah hiruk pikuk penyokong
kedua-dua peserta.Dengan pantasnya Sang Arnab berlari jauh
meninggalkan Sang Kura-kura. Sedangkan Sang Kura-kura baru sahaja
berjalan perlahan-lahan melepasi garisan mula.
Setelah berlari pada jarak yang jauh daripada Sang Kura-Kura Sang
Arnab berhenti di bawah sebatang pokok. Lalu dia memerhatikan jika ada
kelihatan sang Kura-kura di belakangnya.
"Ah, pasti sudah jauh saya tinggalkan Kura-kura. Garisan tamat pun dah
dekat, mengantuk pula saya, baik saya tidur sekejap. Bila saya terjaga
nanti Kura-kura pasti belum memotong saya ", fikir Sang Arnab.
Dengan rasa mengantuknya, Sang
Arnab pun tidur di bawah sebatang
pokok. Tidak lama kemudian, Sang
Kura- kura tiba di pokok,tempat
Sang Arnab sedang tidur.
Dengan tidak mempedulikan Sang
Arnab, Sang Kura-kura terus
berjalan perlahan-lahan menuju
garisan penamat.
Selepas beberapa minit, Sang Arnab
terjaga daripada tidurnya. Dengan
tergesa-gesa dia berlari menuju
garisan penamat.
“Ish, lama pula saya tidur,mesti Sang Kura-kura sudah memotong
saya", Kata Sang Arnab. Arnab pun berlari sekuat-kuat hatinya.
Malangnya, apabila Sang Arnab di garisan penamat kelihatanlah
Sang Kura-kura menerima ucapan tahniah daripada binatang-
binatang rimba yang lain kerana telah memenangi perlumbaan itu
Dengan rasa malunya Sang Arnab beredar pantas dari situ dengan
perasaan malu kerana tewas kepada Sang Kura-kura sambil
diketawakan para penghuni rimba
-TAMAT-