Mac 2024 | tradisi orang kita
i S I D A N G R E D A K S I SARAH NABILA MOHAMAD FAZIL Wayang Kulit SYARAH YASMIN BINTI ARIFFAZILAH Cak Lempong NUR SYAZWINA BINTI SINI MOHD Akustik dikir barat PUAN AINUL FARHAAN BINTI HARUN Penasihat
PRATIBHA A/P THAMOTHARAN Alat Muzik Tradisional (Veenai) NURAIN NAJIHAH BINTI MOHD NORAZMAN Rumah Warisan Melayu Klasik SITI NURHIDAYU BINTI MANAF Kuda Kepang S I D A N G R E D A K S I ii
Isi kandungan Sidang Redaksi i-ii Isi Kandungan iii Penghargaan iv Wayang Kulit 1-4 Soalan Temu Ramah 5-7 Biasa Seni Magik Cak Lempong 8-11 Soalan Temu Ramah 12-15 Rumah Warisan Melayu Klasik 16-19 Soalan Temu Ramah 20-22 Akustik Dikir Barat 23-29 Soalan Temu Ramah 30-32 Kuda Kepang 33-39 Soalan Temu Ramah 40-42 Alat Muzik Tradisional Veenai 43-46 Soalan Temu Ramah 47-49 Galeri Album 50-52 Penutup 53 Sumber Rujukan 54 Disediakan Oleh 55 iii Muka surat
Alhamdulillah bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan kurnia-Nya serta, kami dapat menyelesaikan tugasan e-folio pada masa yang telah ditetapkan. Selawat dan salam juga buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga kerabat baginda. Pertama sekali, kami ingin mendedikasikan ucapan terima kasih ini kepada pensyarah kami yang dihormati, Puan Ainul Farhaan binti Harun kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau telah membuka ruang untuk kami menjayakan tugasan ini. Selain itu, kami juga mahu mengucapkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudah cara untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, kami turut ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada rakan-rakan kami khususnya ahli kumpulan kami kerana telah banyak memberi pendapat dan peringatan terhadap setiap apa yang telah kami alpa sepanjang tugasan ini disiapkan. Rakan yang lain juga telah membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami berikan kepada mereka. Akhir sekali, kami berharap agar e-folio kami ini dapat memberi manfaat kepada semua para pembaca. PENGHARGAAN iv
Sejarah Wayang Kulit Wayang Kulit ialah seni tradisional yang berasal dari tanah Jawa Indonesia. Wayang Kulit ini diperkenalkan di negeri Kelantan pada tahun 1834 oleh seorang tok dalang Melayu selepas mempelajari teknik-teknik di Pulau Jawa. Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayangbayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai watak methologi dan khayalan dimainkan oleh seorang Dalang. Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan seperti serunai atau alat bertali seperti rebab. Tradisional Melayu Kelantan Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing).Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka.Wayang kulit merupakan seni tradisional Asia Tenggara merangkumi Thailand, Malaysia dan Indonesia, yang terutama berkembang di Phattalung wilayah selatan Thailand, Jawa dan disebelah timur semenanjung Malaysia seperti di Kelantan dan Terengganu. Wayang kulit merupakan peradaban majmuk yang melibatkan beberapa negara asia tenggara. Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden. Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih,sementara di belakangnya disuluhkan lampu eletrik atau lampu minyak (dian), sehingga para penonton yang berada disebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang(lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar. SARAH NABILA MOHAMAD FAZIL 1
Persembahan wayang kulit terbahagi kepada muzik, percakapan dan gerak geri. Lazimnya semasa patungpatung bercakap semua iringan muzik terhenti. Pada masa patung-patung bercakap hanya sedikit pergerakan boleh didapati dan ini dilakukan melalui pergerakan sendi tangan patung yang bercakap. Sebaliknya, apabila patung-patung itu digerakkan samada dalam perjalanan, 12 peperangan atau lainlain maka iringan muzik segera membantu membina suasana pergerakan itu. Panggung wayang kulit dibina daripada tiang-tiang kayu dengan dinding dan atap dibuat daripada rumbia atau nipah. Lazimnya panggung ini dibina tiga atau empat kaki daripada tanah dan merupakan satu pondok yang boleh mengisi dalang, pemuzik dan alat-alatan untuk persembahan wayang kulit. Bahagian hadapan panggung ini dipasang dengan sebidang kain putih yang dipanggil kelir dan pada bahagian belakang kelir ini digantung sebuah lampu (sama ada lampu minyak tanah atau lampu eletrik). Cahaya daripada lampu inilah yang memantulkan bayang-bayang patung wayang kulit kepada kelir untuk ditonton dari bahagian hadapan panggung. SARAH NABILA MOHAMAD FAZIL 2
KEUNIKAN WAYANG KULIT TRADISIONAL KELANTAN Wayang Kulit Tradisional Melayu Kelantan Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum dan bangsa. Seni kraftangan Wayang Kulit di Terengganu dan Kelantan wayang kulit diminati oleh semua lapisan masyarakat. Lebih mengujakan, pengamal seni tradisional tersebut bukan sahaja terdiri daripada golongan kaum Melayu tetapi diminati oleh kaum Cina, India dan Iban yang turut mengambil bahagian dalam pementasan teater tradisional tersebut. Secara tidak langsung, ia memartabatkan lagi Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang berkongsi budaya dan minat yang sama. Pertunjukan Wayang Kulit pada zaman dahulu merupakan bukti bahawa ia seni warisan ini dapat mengeratkan perpaduan kerana ia dihadiri oleh pelbagai kaum dan bangsa. Mereka duduk bersama menonton pertunjukan Wayang Kulit dengan gembira bersama ahli keluarga, dan rakan walaupun hujan dan nyamuk berterbangan. Teater rakyat pada zaman dahulu, sebelum wujudnya radio dan televisyen yang menjadi sumber hiburan rakyat jelata mengisi masa lapang mereka dengan bertanggapan bahawa seni tradisional tersebut hanya dipelopori oleh kaum Melayu, meleset sama sekali. Wayang kulit merupakan tradisi seni yang unggul kerana melalui simbolisme bayangan, pelbagai cerita rakyat, mesej nasihat, teladan dan falsafah boleh disampaikan kepada khalayak ramai selain memberi hiburan. Persembahan wayang kulit juga merupakan simbol kepada dunia manusia dan ghaib dan ianya sangat terkenal di pantai timur Malaysia iaitu di Kelantan dan Terengganu. “WAYANG KULIT MENGERATKAN PERPADUAN” 3 SARAH NABILA MOHAMAD FAZIL
Wayang kulit sebagai teater tradisional adalah pancaran hati dan perasaan masyarakat Melayu tradisional. Ia bukan semata-mata sebagai alat hiburan, tetapi yang lebih penting adalah gambaran sikap, nilai, norma, hati budi dan konsep hidup serta kepercayaan pemikiran masyarakat pada waktu. Walaupun pandangan masyarakat Melayu telah berubah kini dalam sistem kepercayaan dan nilai budayanya, namun pengaruh dan keyakinan mereka masih lagi menular dalam bentuk yang lain pula, iaitu berubah kepada nilai-nilai individu alistik akibat pengaruh budaya barat. K E S I M P U L A N 4 SARAH NABILA MOHAMAD FAZIL
Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengekalkan seni wayang kulit kepada generasi muda? 1. 2. Adakah seni budaya tradisional wayang kulit ini sangat menarik pada pandangan anda ? Mengapa ? Soalan Temu Ramah Nama : Thaneshre Nair Umur : 19 Institut : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Pada pendapat saya, cara untuk mengekalkan seni wayang kulit kepada generasi muda ialah dengan menggunakan platform media untuk mempengaruhi masyarakat generasi muda pada masa kini. Ya, seni budaya tradisional wayang kulit ini sangat menarik kerana kesenian wayang kulit ini adalah satu kesenian tradisional yang sangat kaya akan makna dan simbolisme. SARAH NABILA MOHAMAD FAZIL 5
Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengekalkan seni wayang kulit kepada generasi muda? 1. 2. Adakah seni budaya tradisional wayang kulit ini sangat menarik pada pandangan anda ? Mengapa ? Soalan Temu Ramah Nama : Mohamad Azri Bin Noor Azam Umur : 23 Institut : Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Pada pendapat saya, cara untuk mengekalkan seni wayang kulit kepada generasi muda adalah organisasi yang menyediakan wayang kulit bekerjasama dengan pihak Sekolah. Bekerjasama dengan sekolah untuk memasukkan wayang kulit ke dalam kurikulum, sama ada sebagai sebahagian daripada kelas seni dan budaya atau melalui acara dan persembahan kebudayaan khas. Ini dapat membantu mendedahkan pelajar kepada tradisi sejak kecil dan memupuk penghargaan terhadap warisan budaya Malaysia. Ya, seni budaya tradisional wayang kulit ini sangat menarik kerana kesenian wayang ini sudah ada sejak ratusan tahun yang lalu dan hingga kini masih terus dijaga keberlangsungannya di merata tempat. 6 SARAH NABILA MOHAMAD FAZIL
Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengekalkan seni wayang kulit kepada generasi muda? 1. 2. Adakah seni budaya tradisional wayang kulit ini sangat menarik pada pandangan anda ? Mengapa ? Soalan Temu Ramah Nama : Bethany Ruth Mai anak Rowland Reggie Umur : 27 Institut : Penolong Pemelihara Hutan Pada pendapat saya, cara mengekalkan seni wayang kulit ada melalui medium seperti portal media sosial di mana seni wayang kulit boleh di tayangkan kepada khalayak ramai dan juga melibatkan generasi muda untuk berinteraksi dengan seni tersebut Ya, seni wayang kulit adalah antara seni yang sangat unik untuk segala rakyat malaysia kerana ia merupakan antara medium media tertua di asia contohnya seni wayang kulit ada seperti wayang cinema kepada orang dahulu 7 SARAH NABILA MOHAMAD FAZIL
SYARAH YASMIN BT ARIFFAZILAH Biasa Seni Magik CAK LEMPONG Ca k L e m p o n g Te rdapa t b any ak mit o s y ang meng a t akan t ent ang a s a l usul Cak Lempong , ant a r any a ada y ang mendakwa b ahawa a l a t muz ik tr adi s i ona l itu di c ipt a di ka y ang an. Menurut na r a tif Hika y a t Ma lim Deman, dipe r c a y a i me t a f o r a ini di c ipt a untuk mema rt a b a tkan a l a t muz ik Cak Lempong b e rb anding a l a t l a in. Ma s y a r aka t Minangka b au Suma t e r a Ba r a t, Indone s i a dipe r c a y a i t e l ah memb awa muz ik tr adi s i ona l Cak Lempong ke Tanah Me l a yu i a itu Ne g e ri Semb il an me l a lui peda g ang y ang b e rtujuan da t ang untuk b e rni a g a dan mene t ap di Ne g e ri Semb il an s e awa l a b ad ke - 1 9 . Se c a r a tidak l ang sung a l a t muz ik Cak Lempong t e l ah menj adi a l a t muz ik tr adi s i ona l y ang b e r a s a l da ri ne g e ri ini. a l a t muz ik tr adi s i ona l da ripada ke lua r g a idi o f on y ang meng gunakan ske l di a t onik, Muz ik Cak Lempong mema inkan pe r anan penting s eb a g a i muz ik r aky a t da l am ka l ang an ma s y a r aka t Minangka b au. ‘Cak’ b e rmaksud buny i pa luan g endang manaka l a ‘Lempong ’ b e rmaksud buny i pa luan b onang . Bentuk s eni muz ik ini i a l ah muz ik dan dr ama t a ri (t a ridr a ). Cak Lempong ini jug ak dikena li s eb a g a i Ta l empong . Asal usul Cak Lempong Di a t onik- no t, g a y a muz ik dan j eni s ha rmoni Ta ridr a - g ambung an dr ama dan t a ri an Or ang Minangka b au memang g il Ta l empong 8
Ciri -ciri Cak Lempong Cak Lempong i a l ah o b j ek bul a t deng an di ame t e r 1 5 hing g a 1 7 . 5 s entime t e r. Dipe rbua t da ripada b ahan l o g am , ka yu, buluh, dan t empurung . I a mempuny a i lub ang di b aha g i an b awah dan bul a t an unjur an b e rdi amt e r lima s entime t e r di a a t s y ang b o l eh dipukul deng an dua b a t ang ka yu dan mengha s il akn buny i. Nada s e ti ap Cak Lempong b e rb e z a - b e z a . No t a s i dan s imb o l ada l ah s ama deng an t anda r eha t da l am muz ik b a r a t. Ens emb e l muz ik Cak Lempong l a z imny a dipe r s emb ahkan da l am ti g a po s i s i ut ama . Cak Lempong mempuny a i t eks tur homo f oni. Gereteh Tingkah/Saua Te rdiri da ri 1 5 b onang Ba ri s s a tu mempuny a i l apan b onang Ba ri s kedua mempuny a i tujuh b onang Tingkah mempuny a i l apan b onang Saua jug a mempuny a i l apan b onang Ca r a Memb e z akan kedua -dua ini i a l ah c a r a i a dima inkan SYARAH YASMIN BT ARIFFAZILAH 9
Bi a s a S e n i M a g i k SYARAH YASMIN BT ARIFFAZILAH Persembahan Cak Lempong zaman dahulu Seni a l a t muz ik tr adi s i ona l Cak Lempong l a z imny a di ang g ap s eb a g a i pe rma inan r aky a t. Dahulu, Cak Lempong dima inkan b a g i b e rtujuan untuk meny a tupadukan penduduk s e t empa t. Al a t muz ik ini jug a dima inkan s ema s a ma jli s r a smi i s t ana , Te rdapa t b eb e r apa c ont oh pe r s emb ahan Cak Lempong ant a r any a , i a l ah hibur an umum iring an t a ri an, s epe rti Ta ri an Lilin, Ta ri an Piring , Ta ri an Ina i. Se l a in itu, Cak Lempong jug a dima inkan da l am upa c a r a meng iring i penc ak s il a t, upa c r a pe rt a b a l an dir a j a , pene rima an t e t amu dir a j a , keho rma t an dan s eb a g a iny a . Se t e rusny a , pe r s emb ahan Ka b a i a itu Ce rit a Peng lipur La r a dan meng gunakan muz ik iring an untuk meng eka lkan mina t penont on da ri pe lb a g a i b ang s a . Hari ini, seni muzik ‘Cak Lempong’ telah diperkenalkan di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Antaranya, Cak Lempong masih digunakan dalam sebuah orkestra tradisional, majlis-majlis khas dan majlis istiadat konvokesyen. Hal ini terbukti bahawa rakyat Malaysia amat menitikberatkan warisan bangsa. Selain itu juga, alat muzik tradisional ini telah diterima oleh masyarakat bertujuan sebagai medium hiburan rakyat. Hal ini kerana, ia dapat dijadikan sebagai aktiviti bermanfaat dan keseronokan kepada pemain dan pendengar. Dalam kata lain, masyarakat dapat mengangkat alat muzik tradisional negara serta memperkenalkan warisan budaya di mata dunia. Mendalami warisan bangsa 10
K E S I M P U L A N Malaysia adalah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya tradisi yang diperoleh daripada pelbagai bangsa. Peninggalan budaya ini harus dijaga dengan baik kerana dapat mencerminkan peribadi seseorang itu mempunyai jati diri yang baik dan menjadi lambang kepada identiti sesebuah negara. Hal ini jelas menunjukkan peradaban atau taraf kemajuan sesuatu kaum itu boleh dilihat melalui perkembangan pemikiran mereka tentang warisan budaya setiap kaum untuk menguatkan perpaduan kaum di negara ini. Warisan budaya seharusnya dikekalkan dan dijaga untuk diperkenalkan kepada generasi akan datang agar terus dipelihara dengan baik. Hal ini menyebabkan masyarakat dapat mengenali asal usul warisan kita. Maju atau mundur susur galur kita yang terdahulu dapat dijadikan iktibar untuk masyarakat pada masa akan datang. SYARAH YASMIN BT ARIFFAZILAH 11
Soalan Temu Ramah Pada pandangan anda, mengapa alat muzik tradisional boleh menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia? 1. 2. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menerapkan lagi alat muzik tradisional kepada generasi muda masa kini? Serta berikan sebab. Nama : Nurul Iwana Batrisyia binti Ariffazilah Status/ Pekerjaan : Pelajar Tahun Akhir, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia Alat muzik tradisional boleh menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia kerana alat muzik tradisional Malaysia mempunyai ciri-ciri keunikan tersendiri dari segi seni bina, bentuk dan bunyi yang dihasilkan. Oleh kerana ciri-ciri ini, ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk mempelajari dan mengenali lebih dalam tentang alat muzik ini meskipun dari latar belakang kaum yang berbeza. Pada pendapat saya, cara untuk menerapkan lagi minat terhadap alat muzik tradisional kepada generasi muda masa kini ialah dengan memperbanyakkan persembahan di tempat keramaian anak-anak muda yang lebih interaktif supaya mereka dapat pendedahan yang lebih banyak tentang kelebihan dan keunikan alat muzik tradisional itu sendiri. Umur : 26 tahun SYARAH YASMIN BT ARIFFAZILAH 12
Soalan Temu Ramah Pada pandangan anda, mengapa alat muzik tradisional boleh menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia? 1. 2. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menerapkan lagi alat muzik tradisional kepada generasi muda masa kini? Serta berikan sebab. Nama : Jessica Ji A/P Sathivel Status/ Pekerjaan : Pelajar SMK Engku Husain Pada pendapat saya, alat muzik tradisional boleh menyatupadukan rakyat malaysia berbilang kaum kerana masyarakat mempunyai perasaan ingin tahu dan belajar cara bermain alat muzik tradisional agama lain. Selain itu, pihak sekolah juga sering menganjurkan pelbagai aktiviti dan pertandingan berkaitan alat muzik tradisional contohnya menganjurkan pertandingan kepada muridmurid yang mempunyai bakat dalam bermain alat muzik tradisional. Hal ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat berbilang kaum kerana mereka dapat mempelajari banyak alat muzik tradisional daripada pelbagai kaum. Pada pendapat saya, cara untuk menerapkan lagi alat muzik tradisional kepada generasi muda masa kini adalah dengan pihak sekolah juga boleh mengadakan lawatan ke muzium alat muzik tradisional yang ada di Malaysia bagi mengukuhkan lagi pengetahuan tentang tradisi warisan kita bermain alat muzik tradisional dalam diri generasi kini. Hal memainkan peranan penting dalam hal ini kerana boleh mendidik murid-murid supaya tidak leka dengan bermain gadget dan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti melepak.Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Umur : 17 tahun SYARAH YASMIN BT ARIFFAZILAH 13
Soalan Temu Ramah Pada pandangan anda, mengapa alat muzik tradisional boleh menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia? 1. Nama : Ng Qianyi Status/ Pekerjaan : Pelajar SMK Engku Husain Pada pandangan saya, alat muzik tradisional boleh menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia kerana kesepaduan dan perpaduan dapat dicapai sekiranya kita saling memahami tradisi sesuatu kaum seperti dalam seni muzik. Dengan itu, soalan sensitif yang diamalkan oleh kaum lain tentang budaya alat muzik tradisional dapat dielakkan. Contohnya, rakyat yang berbilang kaum menggabungkan penggunaan alat muzik tradisional masing-masing dalam persembahan kesenian pada sambutan sempena Hari Malaysia menyebabkan rakyat duduk bersama-sama menyaksikan persembahan tersebut dalam suasana yang aman. Bukan itu sahaja, alat muzik tradisional juga menggalakkan mereka menghargai kepelbagaian budaya dalam kalangan rakyat Malaysia. Dengan ini dapat menimbulkan perasaan bangga dalam sanubari setiap warga Malaysia. Rakyat akan berasa syukur tersebut dan secara tidak langsung akan mengajar mereka untuk menjaga keharmonian yang ada agar persembahan-persembahan yang lebih unik dan menarik dapat dihasilkan pada masa hadapan. Umur : 18 tahun SYARAH YASMIN BT ARIFFAZILAH 14
2. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menerapkan lagi alat muzik tradisional kepada generasi muda masa kini? Serta berikan sebab. Pada pendapat saya, cara untuk menerapkan lagi alat muzik tradisional kepada generasi muda masa kini adalah pihak kerajaan boleh mengadakan persembahan menggunakan alat muzik tradisional daripada pelbagai kaum pada sambutan sempena Hari Malaysia . Hal ini lantaran persembahan tersebut dapat menarik minat generasi muda untuk memahami alat-alat yang digunakan serta dapat menyebabkan mereka belajar untuk memain alat-alat tersebut. Dengan ini kebudayaan bangsa masing-masing tidak akan dilupa oleh semua rakyat dan generasi muda juga dapat mengenali identiti bangsa dirinya.Seterusnya, pihak sekolah boleh menganjurkan quiz yang menarik tentang alat muzik tradisional. Murid yang merupakan generasi muda kini yang menyertai quiz tersebut dapat mengenali kebudayaan bangsa masing-masing dan menang hadiah yang telah disediakan oleh pihak sekolah. SYARAH YASMIN BT ARIFFAZILAH 15
Rumah tradisional atau juga dikenali Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh kebanyakkan orang yang menampakkan betapa mahir dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan Rumah Melayu tradisional juga merupakan tempat kediaman trradisional,yang berasal dari sebelumnya kedatangan asing atau moden dan dibina oleh penduduk asal etnik melayu di semenanjung Tanah Melayu,Singapura,Sumatera dan Kalimantan(Borneo) Dikenali juga dengan seni bina rumah tradisi melayu yang memainkan peranan yang penting dalam prasejarah bangsa Melayu,Reka bentuk kebesaran,kekayaan pemiliknya dilihat daripada rumah yang dibina R U M A H W A R I S A N M E L A Y U K L A S I K NURAIN NAJIHAH BINTI MOHD NORAZMAN 16
MOTIF YANG ADA PADA UKIRAN KAYU Dengan seni ukiran kayu ini pada zaman dahulu sehinggalah zaman kini.Terdapat pelbagai kaum yang membina rumah yang bertemakan dengan dari motif seni ukiran yang diambil dari rumah melayu ini. Terdapat budaya kaum lain yang mengambil motif ini untuk dijadikan motif tambahan di rumah mereka lebih unik dan klasik. setiap rumah Melayu tradisional menampilkan fungsi pengudaraan dan pengcahayaan yang baik, namun bagi golongan berstatus tinggi, antara nilai tambah kepada rumah mereka dengan menampilkan ukiran di beberapa bahagian rumah. "Mudah sahaja untuk mengenali rumah itu pemiliknya berpengaruh atau tidak iaitu dengan melihat rumah mereka, Sekiranya rumah mereka mempunyai pelbagai ukiran dan pelbagai motif ia menunjukkan pemiliknya seorang yang berpengaruh, bangsawan, dan mempunyai kewangan yang kukuh”. NURAIN NAJIHAH BINTI MOHD NORAZMAN Motif Flora Motif Angkasa Motif Geometri Motif Kaligrafi Khat 17
Replika Rumah Tradisional Melayu Pada masa kini, terdapat rumah tradisonal melayu yang telah sekian lama dibanggakan oleh Masyarakat Melayu kini menjadi salah satu rumah warisan yang telah diubahsuai kembali bukan hanya sebagai hiasan ataupun replika semata-mata malah dapat menarik perhatian budaya dan kaum lain dengan keunikan rumah klasik ini. Pengaruh budaya ini boleh dilihat dengan wujudnya pelbagai jenis pilihan dari pelbagai kaum dari segi binaan.Bangunan rumah-rumah tradisional bukan sahaja mempunyai keunikan tersendiri malah melambangkan kehalusan seni bina di setiap negeri yang ada di Malaysia.Oleh sebab itu,terdapat replika yang dibuat dan direka bagi pelancong atau pengemar akan seni bina serta ukiran rumah melayu dapat menghias rumah mereka dengan replikareplika dapat menunjukkan keunikan dan kesatupaduan antara kita. Rumah tradisional Melayu memiliki banyak keunikan dalam reka bentuk arkitekstur dan tata ruang yang mencerminkan budaya dan gaya hidup masyarakat Melayu.Serta bukan sahaja masyarakat melayu yang memilikinya tetapi terdapat pelbagai kaum dan juga etnik lain yang NURAIN NAJIHAH BINTI MOHD NORAZMAN TAHUKAH ANDA? Pada suatu ketika dahulu rumah tradisional ini menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah serta menyambut tetamu dari pelbagai kaum untuk meraikan bersama-sama untuk mengeratkan silaturrahim. 18 Rumah melayu yang telah diubahsuai
KESIMPULAN Rumah melayu tradisional merupakan salah satu komponen warisan budaya mempunyai sistem tambahan yang membolehkan rumah tersebut bertahan lebih lama. Rumah melayu tradisi yang melalui proses perumahan bebas,menggunakan pertolongan sendiri dan saling bekerjasama,boleh dibezakan dengan pemodenan perumahan bebas yang dibina berdasarkan keperluan dan kehendak pengguna. Kepentingan pembinaan rumah jenis ini, dapat meringankan beban masyarakat yang miskin dan tidak mampu membeli rumah. Hal ini dapat menyelesaikan masalah sosioekonomi dan keperluan budaya masyarakat. Dengan ini membuktikan bahawa rumah warisan yang dapat menjadi sebuah warisan yang akan diingat sehingga pada masa yang akan datang.Oleh itu,Rumah melayu tradisional ini dapat memupuk sifat perpaduan antara kaum,budaya,etnik-etnik lain. NURAIN NAJIHAH BINTI MOHD NORAZMAN 19
1 .Pada pendapat anda,bagaimanakah cara untuk menghargai warisan negara pada masa yang akan datang? ➡️Pada pendapat saya, cara menghargai warisan negara ialah dengan memahami dan mempertahankan adat dan tradisi serta boleh juga mempromosikan acara dan festival tentang menghargai warisan negara kepada masyarakat. 2.Sebagai rakyat Malaysia,Apakah usaha-usaha anda untuk memelihara rumah melayu tradisional pada generasi yang akan datang? ➡️Sebagai rakyat Malaysia, usaha saya dalam memelihara rumah melayu tradisional pada generasi akan datang dengan menggunakan rumah melayu tradisional di dalam filem atau drama . Seterusnya , menghasilkan buku atau ensklopedia tentang rumah melayu tradisional. SOALAN TEMU RAMAH NAMA: SITI NUR SYAFIKA BINTI JAFRI UMUR:19 TAHUN STATUS/PEKERJAAN:PELAJAR POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN NURAIN NAJIHAH BINTI MOHD NORAZMAN 20
1 .Pada pendapat anda,bagaimanakah cara untuk menghargai warisan negara pada masa yang akan datang? ➡️Pada pendapat saya,untuk menghargai warisan negara pada masa akan datang ialah memperkenalkan warisan negara secara aktif kepada masyarakat baik melalui media sosial atau program budaya untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan. 2.Sebagai rakyat Malaysia,Apakah usaha-usaha anda untuk memelihara rumah melayu tradisional pada generasi yang akan datang? ➡️Sebagai rakyat Malaysia, usaha-usaha saya untuk memelihara rumah melayu tradisional pada generasi yang akan datang ialah mengadakan acara dan festival budaya yang memperkenalkan rumah Melayu tradisional kepada masyarakat luas sehingga meningkatkan kesedaran akan pentingnya melestarikan warisan budaya ini. SOALAN TEMU RAMAH NAMA: ANUSUIA A/P MAGENTHEREN UMUR:21 TAHUN STATUS/PEKERJAAN:PELAJAR POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN NURAIN NAJIHAH BINTI MOHD NORAZMAN 21
1 .Pada pendapat anda,bagaimanakah cara untuk menghargai warisan negara pada masa yang akan datang? ➡️Pada pendapat saya, cara menghargai warisan negara adalah mempromosikan penglibatan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti budaya. Pertubuhan masyarakat, kelab budaya dan budaya seni boleh mengadakan program-program seperti pentunjukan seni,bengkel tradisi dan pameran budaya. Pada masa yang sama, pihak kerajaan juga harus memberi sokongan dan bantuan dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan untuk aktiviti budaya seperti dewan budaya dan pusat kebudayaan. Media massa seperti televisyen,radio dan media sosial pula boleh digunakan sebagai platform untuk mengedarkan informasi dan cerita mengenai warisan budaya kita. 2.Sebagai rakyat Malaysia,Apakah usaha-usaha anda untuk memelihara rumah melayu tradisional pada generasi yang akan datang? ➡️Sebagai rakyat Malaysia,usaha-usaha saya untuk memelihara rumah melayu tradisional pada generasi yang akan datang adalah dengan mewartakan rumahrumah tradisional ini sebagai kawasan pelancongan. Konsep ini merupakan kaedah yang digunakan bagi memperlihatkan keunikan yang kita miliki kepada pelancong-pelancong asing.Pelancong asing akan menginap dan menikmati kehidupan masyarakat di kampung selama beberapa hari bagi mendapatkan pengalaman tentang budaya dan tradisi masyarakat di Malaysia. SOALAN TEMU RAMAH NAMA:CHIN HUI LI UMUR:19 TAHUN STATUS/PEKERJAAN:PELAJAR POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN NURAIN NAJIHAH BINTI MOHD NORAZMAN 22
SENI & KEBUDAYAAN WARISAN SENI & “Seni warisan budaya masyarakat Kelantan” AKUSTIK DIKIR BARAT NUR SYAZWINA BINTI SINI MOHD 23
Dikir barat merupakan seni warisan budaya masyarakat Kelantan yang dijadikan sebagai hiburan. Dikir barat merupakan persembahan di mana terdiri daripada sebuah kumpulan, mereka akan balas - membalas pantun kemudian diikuti oleh suara latar iaitu awak - awak. Dikir barat kebiasaannya dipersembah di majlis - majlis sambutan, majlis perkahwinan, di musim menuai padi dan sebagainya. Asal - usul warisan budaya masyarakat Kelantan ini dipercayai berasal dari perkampungan Melayu di selatan Thailand. Wayang kulit merupakan peradaban majmuk yang melibatkan dua negara iaituKelantan dan Thailand. Sebilangan penyelidik berpendapat bahawa barat merujuk kepada Thailandyang terletak di sebelah barat Kelantan, Malaysia, di mana istilah dikir barat berasal. Namun asal - usul dikir barat secara spesifik yang sahih masih belum diketahui. Persembahan dikir barat terdiri daripada beberapa watak penting iaitu tukang karut. Tok juara atau ‘Tok Jugho’ dan awak - awak. Dalam kumpulan tersebut kebiasaannya memerlukan 15 - 30 ahli sahaja. Secara ringkasnya, beberapa jenis lagu popular yang dimainkan semasa dikir barat ialah Karut Kelantan, Karut Patani, Karut Yenki dan Karut Matang. Dikir barat dibahagikan kepada tiga jenis irama iaitu Irama Melayu Asli, Irama Padang Pasir dan Irama Hindustan. Selalunya lagu ini didikirkan dengan bertemakan nasihat, pembelajaran, perpaduan dan kebudayaan. PENGENALAN SEJARAH ASAL - USUL NUR SYAZWINA BINTI SINI MOHD 24
Diperbuat daripada kayu, berbentuk bulat dan rata menggunakan belulang kambing Lebih kecil daripada rebana ibu dan perbezaan dari segi bunyi yang dihasilkan adalah lebih nyaring Rebana Ibu ALAT MUZIK Berbentuk bulat dan mempunyai dinding tebal dan berbusat di tengah permukaan Diperbuat daripada kayu atau plastik dan tempurung kelapa, mengandungi biji-biji batu kecil yang akan menghasilkan bunyi Diperbuat daripada perenggu atau loyang dan bahagian tepi canang melengkung ke dalam serta pada mukanya Tetawak atau Gong Rebana Anak Marakas Canang NUR SYAZWINA BINTI SINI MOHD 25
Memainkan peranan penting Kemahiran mencipta lirik, menyusun idea spontan berdasarkan tema Melagukan melodi dan tema tertentu Memerlukan kepetahan yang tinggi Tok Jugho Memulakan nyanyian dalam persembahan melalui lagu awalnya Merupakan pemimpin kumpulan Sekumpulan orang yang berdikir Terdiri daripada pemuda - pemuda belasan tahun Gelaran ini sempena nama sekumpulan nelayan yang turun kelaut dalam sebuah bot yang diketuai oleh seorang ketua Mengikut atau mengulangi lagu secara beramai - ramai sambil bertepuk tangan Suara awok - awok dikenali sebagai korus WATAK - WATAK DALAM DIKIR BARAT NUR SYAZWINA BINTI SINI MOHD Awok - awok Tukang Karut 26
“DIKIR BARAT DAPAT MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN” Dikir barat mempunyai satu seni budaya yang tidak terkecuali di negara kita. Dikir barat adalah salah satu warisan budaya yang berasal dari Kelantan. Dikir barat ini dapat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam sebuah kampung. Pada zaman dahulu, penduduk kampung akan bermain dikir barat dari malam hingga subuh untuk mengisi masa lapang. Pada zaman sekarang, dikir barat terkenal di seluruh Malaysia. Hal ini kerana, ia menunjukkan keupayaannya untuk memenuhi kehendak arus kemodenan. Selain daripada itu, dikir barat juga memberikan sokongan kepada agama Islam dalam mengingatkan aturan agama yang tidak melarang hiburan. Hal ini, ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang dan sikap belajar untuk menyampaikan serta menyebarkan dakwah. NUR SYAZWINA BINTI SINI MOHD 27
Lagu: Aman Kampung Laman Hidup daley adat mati daley burrok Fikirey sepakat tolong-menolong Kato-kato bulat, sanjungmenyanjung Semua kijo berat pakatlah tolong-menolong (Hidup dalam mati dalam barok Fikiran sepakat tolong-menolong Semua kerja berat sama tolong Berasa selamat tinggal dalam kampung) Berdasarkan lirik lagu Aman Kampung Laman, penulis mengutarakan unsur amanat hormat - menghormati sesama manusia. Selain itu, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat dari perlbagai bangsa. Bagi mengekalkan perpaduan dan keharmonian, nilai hormat menghormati amatlah dititikberatkan. Sikap hormat kepada kepercayaan dan adat resam antara setiap bangsa dapat menjamin kepada pengekalan perpaduan dan keharmonian negara. Lagu: Tupai Setakat bedil ado tupai habis mati Hok nilah sayo raso kito sangat rugi Setakat bedil ado tupai habis mati Hok nilah sayo raso kito sangat rugi Bulu bulu pun habis luruh Air mato berderai-derai Mari daley baruh bekali Kena racun tembakau (Setakat senapang ada tupai habis mati Yang ini saya rasa kita sangat rugi Setakat senapang dan tupai habis mati Yang ini saya rasa kita sangat rugi Bulu bulu pun habis luruh Air mata berlerai-lerai Datang dari sawah Terkena racun tembakau) Berdasarkan lirik lagu Tupai, di dalam lirik tersebut penulis lirik lagu ini menyampaikan amanat ini dengan menyindir manusia yang melakukan kezaliman terhadap binatang. Mesej seterusnya yang terdapat di dalam lagu ini ialah tentang keagungan ciptaan Allah. Menurut pencipta lagu, walau setinggi mana pun ilmu yang ada pada seseorang individu yang bergelar manusia, tetapi manusia tidak mampu untuk mencipta seekor tupai. Oleh demikian, sebagai manusia kita dinasihatkan supaya jangan menganggap tupai sebagai musuh untuk membunuh tupai kerana tupai merupakan ciptaan tuhan. Hal ini bertujuan untuk menegur dan menyedarkan masyarakat daripada melakukan sesuatu yang kurang elok. LIRIK LAGU DIKIR BARAT 28
KESIMPULAN Menerusi prinsip yang terdapat dalam teori Konseptual Kata Kunci ialah pengaruh, pemilihan kata dan kesan membuka jalan kepada pengkaji dan pendengar untuk memahami dan menghayati lirik yang disampaikan melalui seni dikir barat. Segala pengalaman, penderitaan, pengembaraan dan pengajaran diolah dan disesuaikan mengikut cita rasa pendikir melalui lagu dikirnya sendiri. Hal ini dapat membuktikan lagu memainkan peranan yang penting kepada masyarakat bukan tujuan berhibur semata - mata tetapi mendapat pengajaran dan pedoman menerusi bait - bait dalam lirik yang disampaikan oleh pendikir. Malah, dikir barat juga merupakan medium terbaik untuk menyampaikan nasihat dan mengeratkan penyatuan antara keluarga Malaysia. Mesej, amanat dan pengajaran yang berterusan daripada penggiat seni dikir barat ini amat diharapkan bagi memartabatkan seni ini dan mengimbangi kesejahteraan hidup ummah. Secara kesimpulannya, generasi masa kini perlu memainkan peranan dalam mempertahankan seni warisan dikir barat daripada pupus terutama kepada golongan belia yang semakin mengejar dunia moden. Sekaligus menahan mereka untuk mengenal dan mendalami asal - usul pusaka yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Halim Yazid dalam lirik lagu “Aman Kampung Laman”. Amanat yang ingin disampaikan oleh pengarang melahirkan impak kepada masyarakat bahawa khayalak perlu disedarkan tentang pentingnya amalan tolong - menolong. Amalan ini merupakan detik perpaduan di mana pelbagai suku kaum Malaysia akan melihat persembahan dikir barat tanpa mengira bangsa. 29 NUR SYAZWINA BINTI SINI MOHD
S O A L A N T E M U R A M A H NAMA : NUR SYAHIRAH BINTI SINI MOHD UMUR : 28 TAHUN STATUS / PEKERJAAN : PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) 1. Pada pendapat anda, apakah usaha - usaha yang boleh dilakukan untuk mengekalkan seni dikir barat dalam kalangan masyarakat? Pada pendapat saya, usaha - usaha yang boleh dilakukan ialah dengan mempromosikan serta menerapkan kesenian dikir barat kepada kanak- kanak serta anak muda supaya mereka tertarik dengan keunikan dikir barat. 2. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk melibatkan semua golongan dalam melaksanakan aktiviti seni dan kebudayaan bagi mengekalkan perpaduan? Pada pendapat saya, cara untuk melibatkan semua golongan dalam melaksanakan aktiviti seni dan kebudayaan dengan menggunakan platform media massa untuk melestarikan seni dan kebudayaan dalam kalangan masyarakat. Contohnya pihak media massa dapat menayangkan filem, drama, tarian dan nyanyian yang berkaitan dengan seni budaya masyarakat Malaysia. 30
S O A L A N T E M U R A M A H NAMA : SANTHIYA A/P RAMAN UMUR : 20 STATUS / PEKERJAAN : PELAJAR POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH 1. Pada pendapat anda, apakah usaha - usaha yang boleh dilakukan untuk mengekalkan seni dikir barat dalam kalangan masyarakat? Pada pendapat saya, usaha untuk mengekalkan seni dikir barat dalam kalangan masyarakat termasuklah mengadakan program pengajaran dan latihan secara berkala, menggalakkan pertunjukan dan pertandingan dikir barat, serta mempromosikan kesenian ini melalui media sosial dan acara komuniti. 2. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk melibatkan semua golongan dalam melaksanakan aktiviti seni dan kebudayaan bagi mengekalkan perpaduan? Pada pendapat saya, cara untuk melibatkan semua golongan dalam melaksanakan aktiviti seni dan kebudayaan termasuklah menyusun program yang merangkumi pelbagai aktiviti yang menarik minat pelbagai lapisan masyarakat, menggalakkan kerjasama antara kumpulan etnik dan agama, serta memberi peluang kepada semua golongan untuk menyumbangkan idea dan bakat mereka dalam proses seni dan kebudayaan. 31
S O A L A N T E M U R A M A H NAMA : EMILY ONG UMUR : 19 TAHUN STATUS / PEKERJAAN : PELAJAR POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN 1. Pada pendapat anda, apakah usaha - usaha yang boleh dilakukan untuk mengekalkan seni dikir barat dalam kalangan masyarakat? Pada pendapat anda usaha untuk mengekalkan seni dikir barat dalam kalangan masyarakat ialah seperti mengadakan kursus dan bengkel, menganjurkan pertunjukan dan persembahan secara berkala, serta mempromosikan kesedaran akan warisan seni tradisional tersebut boleh dilakukan. 2. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk melibatkan semua golongan dalam melaksanakan aktiviti seni dan kebudayaan bagi mengekalkan perpaduan? Pada pendapat saya, cara untuk melibatkan semua golongan dalam aktiviti seni dan kebudayaan dapat dilakukan melalui programprogram yang menggalakkan penyertaan pelbagai kaum, seperti festival seni serantau, kerjasama antara kumpulan seni pelbagai budaya, dan pendekatan pendidikan yang merangkumi nilai-nilai kepelbagaian budaya. 32
“SINAR WARISAN MENERAJUI SENI KTARIAN INI” UDA KEPANG SITI NURHIDAYU BINTI MANAF 33
Pengenalan Kuda Kepang adalah 1 patung anyaman yang berbentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Untuk menampakkan ia lebih menarik, Kuda Kepang dibuat daripada buluh-buluh yang dianyam serta kulit binatang yang dicorakwarnakan. Kuda Kepang amat digemari oleh penduduk negeri Johor terutamanya keturunan Jawa. Ia kebiasaannya dimainkan di majlis keramaian sempena menyambut hari perkahwinan dan hari perayaan. Asal-usul Ia berkaitan dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha Wali Songo untuk mengembangkan ajaran Islam di kawasan pedalaman di Jawa, agak susah bagi beliau untuk mendekati penduduk di kawasan tersebut. Oleh itu, untuk menarik perhatian penduduk itu, Wali Songo telah menari sambil menunggang kuda. Tarian Kuda Kepang dikatakan meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali. Ia berkaitan dengan alam kayangan dimana seekor kuda kayangan iaitu Kuda Sembrani telah dikatakan turun di Jawa untuk mencari kawan yang hilang. Setelah berjumpa, mereka menari keseronokan. SITI NURHIDAYU BINTI MANAF 34
BAHAN TUJUAN Sebiji kelapa, secupak beras, dua sisir pisang masak, sedikit kemenyan, kain putih, jarum dan benang. Untuk ‘mengambil’ dan ‘memulangkan’ semangat para penari tarian kuda kepang Seekor ayam putih, padi, telur dan bunga rampai Sebagai pengeras dan mengelakkan daripada sebarang perbuatan hasad dengki dan penganiayaan orang. Peralatan Muzik Peralatan tarian kuda kepang terdiri daripada : Lima buah anglung Sebuah gendang Beberapa gong Beberapa bonang (ceklempong) Beberapa saron Beberapa jidur Beberapa kenong Sekurang-kurangnya 9 kuda Sebatang pecut Serantai tali sepanjang 100 kaki (30 meter) Jenis-jenis Sajian Bahan-bahan yang disediakan sebelum upacara pemujaan : SITI NURHIDAYU BINTI MANAF 35
Tempoh persembahan adalah bergantung kepada sesebuah majlis. Sepuluh minit atau empat puluh minit adalah masa bagi persembahan tarian biasa kuda kepang sebagai penyeri sesuatu majlis perkahwinan. Persembahan kuda kepang biasa ini telah menjadi persembahan yang dilakukan pada masa sekarang kerana aktivti-aktiviti pemujaan telah dibuang supaya tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam. Kuda kepang kini dipersembahkan seperti tarian lain dan hanya kesenian yang menjadi tunjang budayanya. 2. KUDA KEPANG MABUK Persembahan maraton yang berlarutan sehingga beberapa jam Persembahan yang bertahan hanya beberapa minit apabila penunggang kuda berkelakuan liar dan pertunjukan terpaksa dihentikan dengan sertamerta. Terdapat beberapa orang penari akan 'naik syeikh' (mabuk) setelah persembahan rasmi tamat. Mereka yang 'naik syeikh' ini boleh melakukan gerak geri aneh yang pasti tidak dapat dilakukan dalam keadaan siuman. KUDA KEPANG BIASA 1. SITI NURHIDAYU BINTI MANAF 36
Penari Kuda Kepang Penari-penari ini selalunya terdiri dari kaum lelaki sahaja. Tarian-tarian dicipta dan digubah oleh guru yang mengajar dan ahli-ahli kumpulan itu sendiri. Tarian-tarian yang selalu dipersembahkan ialah tarian Solo, Selendang, Pak Tani dan PucukRebung. Penari kuda kepang yang berjumlah sembilan hingga tiga belas orang tersebut akan bersama seorang ketua kumpulan atau juru pandu memasuki gelanggang persembahan. Para penari tersebut akan menari sambil memegang kuda kepang mengikut rentak bunyi muzik yang dimainkan. Para penari tarian kuda kepang akan menari dan kemudiannya akan berpecah kepada dua kumpulan kecil dan melakukan gerakan silang. Ketika juru pandu memegang cemeti yang diperbuat daripada untaian tali, kombinasi letupan cemeti dan pola ritma gendang dianggap mempunyai kekuatan magis yang berupaya menyebabkan para penari kuda kepang kerasukan atau kesurupan. Penari kuda kepang yang berjumlah sembilan hingga tiga belas orang tersebut akan bersama seorang ketua kumpulan atau juru pandu memasuki gelanggang persembahan. Para penari tersebut akan menari sambil memegang kuda kepang mengikut rentak bunyi muzik yang dimainkan. Para penari tarian kuda kepang akan menari dan kemudiannya akan berpecah kepada dua kumpulan kecil dan melakukan gerakan silang. Ketika juru pandu memegang cemeti yang diperbuat daripada untaian tali, kombinasi letupan cemeti dan pola ritma gendang dianggap mempunyai kekuatan magis yang berupaya menyebabkan para penari kuda kepang kerasukan atau kesurupan. SITI NURHIDAYU BINTI MANAF 37
Bilangan minimum penari tarian kuda kepang adalah sembilan orang dan maksimanya berjumlah lima belas orang. Penari yang kerasukan kerap kali menunjukkan kekuatan fizikal yang menakjubkan dan mampu melakukan perbuatan yang luar biasa serta aneh seperti memakan bunga (bunga kenanga), mengupas kelapa dengan mulut atau gigi, berlari liar, memamah kaca, meminum air, dan sebagainya. Mereka yang kerasukan atau kesurupan ini berupaya melakukan gerakan atau aksi yang aneh yang tidak boleh dilakukan oleh individu normal. Mereka boleh melompat-lompat setinggi enam atau tujuh kaki. Mereka juga berupaya meniti di atas sebatang buluh atau kayu yang licin atau seutas tali. Perlakuan mereka adalah berada di alam bawah sedar (unconscious mind) yang menggambarkan cara berfikir, perasaan, pengamatan dan intuisi yang dipengaruhi oleh bentuk yang tidak disedarinya. Penari yang belum membuang kuda mereka akan dibantu oleh bomoh dan pembantunya untuk melepaskan kuda kepang yang ditunggang oleh penari. Bomoh berjalan di belakang penari tersebut lalu mendakapnya sambil mengoncangkan tangan penari agar melepaskan kuda kepangnya. Bomoh kemudiannya memukul penari sekali lagi dengan pemecutnya supaya penari tersebut berdiri tegak. Penari yang kerasukan itu akan bersandar kepadanya, manakala kuda kepang tersebut akan diambil dan diletakkan memanjang di hadapan penari. Bomoh seterusnya memukul penari tersebut dengan lebih kuat lagi. Dalam keadaan mabuk, penari tersebut mula meniru tingkah-laku kuda dengan selengkap-lengkapnya. Sambil itu, ia menghirup air yang disediakan di dalam bekas dan memakan bunga-bungaan seolah-olah seperti seekor kuda. Penari tersebut akan mencium-cium makanan sambil berjingkit-jingkit menjauhinya dan hal yang sama juga turut dilakukan terhadap kaca dan minyak wangi cap duyung. SITI NURHIDAYU BINTI MANAF 38
Kesimpulan Kesimpulannya, tarian kuda kepang ini merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulullah dan para sahabat. Kini kuda kepang telah diubah suai dengan mengikuti ajaran agama Islam dengan sepenuhnya. Tiada lagi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan kepercayaan agama Islam serta mendatangkan huru-hara kepada masyarakat. Dengan perubahan cara-cara penarian dan sebagainya terhadap kuda kepang, ia boleh meningkatkan minat terhadap masyarakat masa kini kerana tiada unsur-unsur yang tidak baik serta tidak mencetuskan perkara yang berbahaya berlaku. Selain itu, masyarakat zaman sekarang tidak lagi mengikuti ajaran dan kepercayaan syirik yang diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu kerana zaman sekarang telah maju dengan zaman moden. Masyarakat kini lebih menekankan fakta berbanding pendapat. Maka, sesuailah tarian kuda kepang biasa dipersembahkan pada masa kini. Dengan tarian kuda kepang ini, ia boleh menguatkan perpaduan dalam masyarakat serta boleh mengekalkan seni hasil zaman dahulu. Akhir sekali, kuda kepang juga dapat menyatukan masyarakat yang mempunyai cita rasa yang sama. SITI NURHIDAYU BINTI MANAF 39
SOALAN TEMU RAMAH N A M A : S I T I M A H B U B A H B I N T I S H A H R U L U M U R : 2 1 T A H U N I N S T I T U T : U N IVE R S I T I P U T R A M A L A Y S I A ( U P M ) Pada pendapat anda, adakah seni kuda kepang masih relevan pada masa kini ? Berikan sebab. 1. Ya, kerana ia merupakan seni tradisional Malaysia yang perlu dikekalkan sebagai simbol kebudayaan negara. 2. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengembangkan dan menarik minat generasi kini terhadap seni kuda kepang ? Menyampaikan informasi mengenai kuda kepang secara aktif ke laman sosial bagi menarik minat mereka. Sekiranya mengadakan program atau pertandingan, sediakan hadiah yang menarik untuk memberi semangat kepada mereka. SITI NURHIDAYU BINTI MANAF 40
SOALAN TEMU RAMAH N A M A : V A S U N T H A R A A / P S U B R A M A N I A M U M U R : 2 1 T A H U N I N S T I T U T : P O L I TE K N I K T U A N K U S YE D S I R A J U D D I N ( P T S S ) Pada pendapat anda, adakah seni kuda kepang masih relevan pada masa kini ? Berikan sebab. 1. Saya percaya seni kuda kepang masih relevan pada masa kini. Ini kerana seni kuda kepang adalah sebahagian daripada warisan budaya dan tradisi yang unik. Ia memainkan peranan penting dalam memahami sejarah dan asal usul mereka. Selain itu, seni kuda kepang juga menawarkan pengalaman estetik dan hiburan yang berbeza daripada bentuk-bentuk seni kontemporari. 2. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengembangkan dan menarik minat generasi kini terhadap seni kuda kepang ? Untuk mengembangkan dan menarik minat generasi kini terhadap seni kuda kepang ialah dengan mengadakan pameran dan pertunjukan tarian seni kuda kepang. SITI NURHIDAYU BINTI MANAF 41
SOALAN TEMU RAMAH N A M A : J U L IE WA R I S A A / P K E R O K U M U R : 2 1 T A H U N I N S T I T U T : S I J I L T I N G G I P E R SE K O L A H A N M A L A Y S I A ( S T P M ) Pada pendapat anda, adakah seni kuda kepang masih relevan pada masa kini ? Berikan sebab. 1. Ya, kerana seni kuda kepang yang sudah beratus tahun kini semakin kurang golongan penerus yang sanggup mempelajarinya. 2. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengembangkan dan menarik minat generasi kini terhadap seni kuda kepang ? Cara mengembangkan kesenian kuda kepang ialah mempromosikan seni kuda kupang dengan aktiviti-aktiviti menarik. SITI NURHIDAYU BINTI MANAF 42
VEENAI DISEDIAKANOLEH: PRATIBHATHAMOTHARAN Veenai adalah salah satu alat muzik paling kuno dan paling berprestij dalam tradisi muzik India.Ia merupakan alat muzik bertaliyang dimainkan dengan cara ,dipetik dan mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam muzik karnatik di India Selatan. Veenai tidak hanya merupakan simbol kebudayaan dan muzik india tetapi juga mencerminkan kekayaan dan kehalusan estetik muzik klasik india.Tradisi memaikan Veenai telah diwarisi melalui banyak generasi, dan ia sering dikaitkan dengan dewi Saraswati,dewi ilmu, muzik,seni, dan kebijaksaan dalam mitologi Hindu. PENGENALAN 43
FUNGSI VEENAI CARA MEMAINKAN VEENAI - Veenai dimainkan sambil duduk bersila dengan instrumen yang diletakkan sedikit condong dari pemain - Veenai yang berkualiti tinggi mempunyai ukiran pada seluruh tubuhnya yang diperbuat daripada blok kayu. - Veenai dimainkan di kuil semasa menyanyi lagu - lagu thevaram. - Veenai juga dimainkan kebanyakkan konsert klasik. - Veenai dimainkan semasa menyanyi lagu - lagu sangeetham. - Alat muzik ini banyak digunakkan dalam persembahan muzik karnatak di India. 44
ASAL USUL VEENAI VEENAI DIPERBUAT Badan Veenai diperbuat daripada kayu, badannya bulat dan belakangnya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang ditengah dadanya, bilah fret logam diletakkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Veenai berasal dari India. Veenai adalah salah satu alat muzik yang kuno bagi masyarakat India. Alat muzik ini tergolong dalam alat muzik bertali. SILA IMBAS 45