The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gbskltdijohor, 2023-03-12 01:34:33

DOC BPS SKLTDI 2023-2024

DOC BPS SKLTDI 2023-2024

SKLTDI : SEKOLAH KECIL BERJIWA BESAR 1


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BERJIWA BESAR 1 ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA HALAMAN - PENGURUSAN AM - 1-2 Perutusan Pegawai Pendidikan Daerah Kluang 3 1. Maklumat Diri 4 2. Surat Pelantikan Rasmi Menjalankan Tugas-Tugas 5 3. Setulus Kata, Seindah Bicara 6 4. Kalendar Persekolahan Tahun 2023-2024 7 5. Senarai Guru dan Staf Sokongan 10 6. Profil Sekolah 11 7. Sejarah dan Latar Belakang Sekolah 12 8. Senarai nama Guru Besar 13 9. Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia 14 10. Visi, Misi dan Objektif dan Matlamat Sekolah 15 11. Logo Sekolah 16 12. Objektif Kualiti SPSK, Piagam Pelanggan 17-18 13. Surat Aku Janji 19 14. Ikrar Perkhidmatan Awam 20 15. Budaya Kerja Sekolah, Teras Perkhidmatan Awam, Wawasan 2020 19 16. Wawasan Pendidikan, Tonggak 12, Dasar 1 Murid 1 Sukan 20-22 17. MBMMBI, PLAN 23 18. KSSR 24 18. 19. Lagu Muafakat Johor 25 Lagu Sekolah, Lagu Guru Malaysia 26 20. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 27 21. Tatasusila Profesion Keguruan 28-30 22. Teras Perkhidmatan Cemerlang 31 23. Objektif Pendidikan Sekolah Rendah 32 24. Amalan Etika Keguruan dan Profesionalisme Keguruan 33-35 25. Tugas Guru 36-37 26. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) 38-43 27. Pembelajaran Abad ke-21 44 28. Peraturan Pentadbiran 45-53 29. Peraturan Kurikulum 54-59


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BERJIWA BESAR 2 30. Peraturan Am Guru 59-68 31. Peraturan Sekolah 68 32. Pentaksiran Dalaman 2023-2024 69-73 33. Hari Kelepasan Am 2023-2024 74 - PENTADBIRAN DAN KURIKULUM - 75 34. Organisasi Bidang Tugas 75 35. Organisasi Pentadbiran dan Kurikulum 75 36. Enrolmen Murid 2022-2023 76 37. Jadual Tugas Mingguan Guru 2023-2024 77-78 38. Jawatankuasa Pentadbiran 79-85 39. Jawatankuasa Kurikulum 85-88 40. Jadual Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran 89 41. Jadual Pemantauan Buku Tulis/Latihan 90 42. Jadual Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran 2023-2024 91 43. Guru Penyelaras Program Tahunan Sekolah 2023-2024 92-93 43. Takwim Sekolah 2023-2024 94-108 - HAL EHWAL MURID - 109 45. Organisasi Induk Hal Ehwal Murid 110 46. Matlamat Program Hal Ehwal Murid 111 47. Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 112-113 48. Matlamat Strategik Pengurusan HEM dan Sahsiah SKBP 114 49. Strategi Pelaksanaan Bagi Mencapai Matlamat Strategik 115-117 50. Jawatankuasa Hal Ehwal Murid 118-121 - KOKURIKULUM - 122 51. Organisasi Unit Kokurikulum 123 52. Dasar Kokurikulum 123-130 53. Jawatankuasa Kokurikulum 131-132 55. Takwim Aktiviti Kokurikulum 2023-2024 133-137 - LAMPIRAN - 138


3 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BERJIWA BESAR


4 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BERJIWA BESAR MAKLUMAT DIRI Nama : GAMBAR Alamat Rumah : No. Tel : Alamat Sekolah : No. Tel : Kad Pengenalan : (Baru) (Lama) Tarikh Lahir : No.Pasport : No.Lesen Memandu : Tarikh Tamat : Nama dan No.Akaun Bank : (i) Akaun Simpanan : Akaun Semasa : No.Pendaftaran Kereta / Motosikal : Nama Skim Perkhidmatan Sekarang : Tarikh Mula Berkhidmat : Tarikh Mula Berkhidmat di Sekolah Terkini : Tarikh Disahkan Dalam Jawatan : Tarikh Memasuki Skim Perkhidmatan Berpencen: Tarikh Kenaikan Gaji : Kod Gaji : Taraf Perkhidmatan : Kumpulan & Kategori : No.KWSP : No.Fail Diri JPNJ : No.Cukai Pendapatan : No.Polisi Insuran : Kumpulan Darah :


5 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BERJIWA BESAR SK LADANG TUN DR ISMAIL 86200 SIMPANG RENGGAM KLUANG, JOHOR DARUL TAK’ZIM Tel / Fax : 07-6844905 Rujukan Tuan : Rujukan Kami : Tarikh : 01 JANUARI 2023 Kepada, Semua Guru dan Staf Sokongan, SK Ladang Tun Dr Ismail, 86200 Simpang Renggam, Kluang, Johor. Tuan, PELANTIKAN RASMI TUGAS-TUGAS 2023-2024 Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk. 2. Sukacitanya dimaklumkan tuan sebagaimana nama tercatat dalam Buku Pengurusan dan Panduan Tugas 2023-2024 ini, adalah diarah untuk melaksanakan sebahagiantugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, manakala sebahagian yang lain boleh diarahkan dari semasa ke semasa. 3. Surat ini dengan jelas menerangkan maksudnya dan secara rasmi menjadi punca kuasa kepada tuan untuk melaksanakan sebarang tindakan berlandaskan peraturan yang mengawalnya. Dengan demikian,tuan sama sekali tidak boleh ingkar dalam melaksanakan arahan dan peraturan ini. Tuan juga tertakluk dengan etika perkhidmatan keguruan dan tatacara tingkah laku penjawat awam yang mana kegagalan tuan mematuhinya boleh dikenakan tindakan tatatertib. 4. Semoga tuan dapat menjalankan amanah ini dengan penuh integriti dan melaksanakan tanggungjawab ini kerana Allah SWT untuk kecemerlangan organisasi. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah,


6 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BERJIWA BESAR SETULUS KATA, SEINDAH BICARA Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya Buku Pengurusan 2023-2024 SK Ladang Tun Dr Ismail ini dapat disempurnakan. Terima kasih juga atas peluanguntuk saya menyampaikan kata-kata aluan dalam Buku Pengurusan 2023-2024 SK Ladang Tun Dr Ismail. Syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan atas usaha keras dalam menyiapkan buku ini. Perjuangan sebagai pendidik atau tenaga pengajar tidak akan berhenti, syukur kerana pada tahun 2023-2024, kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan perjuangan kita mendidik anak bangsa dan juga menggalas amanah yang diberikan. Sesungguhnya, pembentukan anak didik kita bermula dan berteraskan kepada usaha dan kesungguhan kita untuk mendidik mereka. Jadi, diharapkan buku ini dapat menjadi rujukan dan garis panduan kepada para guru yang merangkumi bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum dalam melaksanakan tugas dengan lebih terarah dan berkesan. Insha-Allah. Kecemerlangan atau keberhasilan prestasi murid tidak kira dalam kokurikulum atau akademik mahupun sahsiah secara tidak langsung mencerminkan kepimpinan dan pengurusan yang cemerlang. Seorang pendidik yang berkualiti seharusnya mempunyai input kepimpinan, dalam merealisasikan dan menjana sistem pendidikan. Perancangan yang teliti saban tahun adalah perlu agar semua gerak kerja kita dijana dengan elok, serta berlandaskan matlamat yang betul. Sekiranya segala yang dirancang rapi dapat dipacu dengan elok, tidak mustahil 2023-2024 merupakan tahun yang cemerlang buat kita baik dari kurikulum atau kokurikulum. Perancangan rapi memudahkan pengurusan kita dalam meneruskan perjuangan pada tahun 2023-2024. Sebagai warga pendidik, kita perlu memberi pendidikan yang berkualiti bagi menambah baik dan melestarikan sistem pendidikan menerusi semangat kerja berpasukan (teamwork) kerana kerjasama dan kesepaduan antara kita akan dapat menghasilkan pencapaian yang cemerlang. Saya amat yakin semua guru dan kakitangan di sekolah ini berupaya untuk berpadu tenagademi menjana kecemerlangan anak bangsa dalam akademik, sahsiah, rohani dan kepimpinan murid mengikut aspirasi negara. Saya juga sangat berharap, semua warga sekolah dapat merealisasikan inspirasi murni sekolah dengan penuh rasa bertanggungjawab, komited, ketelusan dan keikhlasan agar ianya dapat dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Marilah sama-sama kita berazam dan menjayakan transformasi Pelan Pendidikan Malaysia seterusnya menjadi warga pendidik yang berdedikasi serta cemerlang di dunia dan di akhirat. Selamat menjalankan tugas. Sekian, terima kasih


7 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BERJIWA BESAR KALENDAR AKADEMIK SESI 2023/2024 KUMPULAN A: Sekolah-sekolah di negeri: Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 19.03.2023 31.03.2023 10 01.04.2023 20.04.2023 14 5 JUMLAH HARI 24 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1, SESI 2023/2024 1 21.04.2023 - 29.04.2023 9 30.04.2023 30.04.2023 1 01.05.2023 25.05.2023 17 4 JUMLAH HARI 18 CUTI PENGGAL 1, SESI 2023/2024 1 26.05.2023 - 03.06.2023 9 2 04.06.2023 30.06.2023 17 12 01.07.2023 31.07.2023 21 01.08.2023 24.08.2023 18 JUMLAH HARI 56 CUTI PENGGAL 2, SESI 2023/2024 1 25.08.2023 - 02.09.2023 9 3 03.09.2023 30.09.2023 19 15 01.10.2023 31.10.2023 23 01.11.2023 30.11.2023 20 01.12.2023 14.12.2023 10 JUMLAH HARI 72 CUTI PENGGAL 3, SESI 2023/2024 2 15.12.2023 - 01.01.2024 18 02.01.2024 31.01.2024 22 01.02.2024 08.02.2024 6 6 JUMLAH HARI 28 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024 4 09.02.2024 - 09.03.2024 30


8 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BERJIWA BESAR KUMPULAN B: Sekolah-sekolah di negeri: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, PulauPinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 20.03.2023 31.03.2023 10 01.04.2023 21.04.2023 13 5 JUMLAH HARI 23 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1, SESI 2023/2024 1 22.04.2023 - 30.04.2023 9 01.05.2023 26.05.2023 18 4 JUMLAH HARI 18 CUTI PENGGAL 1, SESI 2023/2024 1 27.05.2023 - 04.06.2023 9 2 05.06.2023 30.06.2023 16 12 01.07.2023 31.07.2023 20 01.08.2023 25.08.2023 19 JUMLAH HARI 55 CUTI PENGGAL 2, SESI 2023/2024 1 26.08.2023 - 03.09.2023 9 3 04.09.2023 30.09.2023 19 15 01.10.2023 31.10.2023 22 01.11.2023 30.11.2023 20 01.12.2023 15.12.2023 11 JUMLAH HARI 72 CUTI PENGGAL 3, SESI 2023/2024 2 16.12.2023 - 01.01.2024 17 02.01.2024 31.01.2024 22 01.02.2024 09.02.2024 6 6 JUMLAH HARI 28 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024 4 10.02.2024 - 10.03.2024 30


9 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BERJIWA BESAR CUTI PERAYAAN SESI 2023/2024 CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) KUMPULAN A KUMPULAN B CATATAN HARI RAYA AIDILFITRI 22.04.2023 (Sabtu) dan 23.04.2023 (Ahad) 20.04.2023 (Khamis) 20.04.2023 (Khamis) Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B 21.04.2023 (Jumaat) HARI RAYA QURBAN 29.06.2023 (Khamis) 28.06.2023 (Rabu) 28.06.2023 (Rabu) Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B 30.06.2023 (Jumaat) HARI DEEPAVALI 12.11.2023 (Ahad) 13.11.2023 (Isnin) 13.11.2023 (Isnin) * (Negeri Sarawak sahaja) Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B 14.11.2023 (Selasa) TAHUN BARU CINA 10.02.2024 (Sabtu) dan 11.02.2024 (Ahad) 09.02.2024 (Jumaat) Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B


10 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BERJIWA BESAR SENARAI GURU DAN STAF SOKONGAN TAHUN 2023-2024 GURU BIL NAMA JAWATAN OPSYEN GRED 1 EN ZAINUREN BIN MD. DIN GURU BESAR MATEMATIK DG 42 2 EN FARIS FADHLULLAH BIN MOHD ZUL PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SAINS / REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI DG 41 3 EN MOHAMAD HAFIZ BIN MUHAMAD PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID PENDIDIKAN SENI DG 44 4 EN AZRI BIN SABRAN PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM MATEMATIK / PEND. JASMANI DG 48 5 EN ZULKIFLI BIN ABU BAKAR GURU AKADEMIK PENDIDIKAN ISLAM DG 48 6 PN PUNITHA A/P SILVARAJOO GURU AKADEMIK TAMIL DG 44 7 CIK AMNI MU’ADZAH AS-SYIFA’ BINTI AHMAD FAIZAL GURU AKADEMIK SAINS / SEJARAH DG 41 STAF SOKONGAN BIL NAMA JAWATAN GRED 1 MOHD ZUL BIN SHAHRI PEMBANTU TADBIR N 19 2 MAZALAN BIN MISMAN PEKERJA PEMBERSIHAN - 3 PEKERJA PEMBERSIHAN - 4 PENGAWAL KESELAMATAN - 5 PENGAWAL KESELAMATAN -


11 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BERJIWA BESAR PROFIL SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG TUN DR ISMAIL 86200 SIMPANG RENGGAM, KLUANG, JOHOR Tel : 07-6844905 | E Mail : [email protected] MAKLUMAT AM SEKOLAH KOD SEKOLAH JBA 2030 GRED SEKOLAH B ( LUAR BANDAR ) SESI SATU/PAGI DUN MACHAP PARLIMEN SIMPANG RENGGAM BILANGAN GURU 7 BILANGAN STAF 1 BILANGAN MURID 15


12 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BERJIWA BESAR SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Ladang Tun Dr Ismail dibina pada tahun 1949 dan mula beroperasi pada 16.10.1949. Pada awalnya sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Layang-Layang II , Hay Division. Sekolah ini dibina dengan keluasan 30 X 20 kaki dan menampung lebih kurang 100 orang murid ketika itu. Sebahagian daripada murid-murid itu ditempatkan di Bangunan Kelab orang ramai ladang ini yang terletak lebih kurang 1 km dari bangunan sekolah yang sedia ada. Pada tahun 1966, usaha telah dimulakan untuk mendapatkan sebuah bangunan baru. Bangunan baru tersebut adalah bangunan sekolah yang mengandungi sebuag pejabat guru besar, dua stor, dua tandas dan empat buah bilik darjah. Bekalan air pula didapati daripada mengepam air perigi yang berhampiran sekolah. Manakala bekalan elektrik pula disambung ke sekolah pada bulan Disember 1982. Sekolah ini asalnya ditadbir di bawah pengurusan ladang sehingga pada 20.1.1960. Setelah itu, sekolah ini telah didaftarkan secara rasmi kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan nama Sekolah Umum Layang-Layang II , Hay Division. Sekolah ini mula menggunakan nama Sekolah Kebangsaan Ladang Tun Dr. Ismail pada 23.1.1985 setelah pihak Guthrie Ropel mengambil alih pentadbiranladang ini dan kemudiannya ia diserahkan pula kepada Syarikat Sime Darby. Kini, SK Ladang Tun Dr Ismail terus cemerlang dan merupakan sekolah angkat kepada Syarikat Sime Darby .


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BERJIWA BESAR 13 SENARAI GURU BESAR SK LADANG TUN ISMAIL NAMA GURU BESAR TEMPOH PERKHIDMATAN JONID BIN ABDULLAH 1949 – 30.04.1957 LIMAT BIN ATAN 01.05.1957 – 16.03.1991 MOHD ZAIN BIN SALAMAL 01.12.1992 – 15.03.1995 SHARIFF BIN BANI 16.03.1995 – 15.12 1995 TUKIJAN BIN MASBOR 16.12.1995 – 18.12.2000 RUBANI BIN ABDUL RAHMAN 19.12.2000 – 31.05.2001 ABDUL HALIM BIN ABDUL RAZAK 01.06 2001 – 31.12.2001 AYEP BIN ABU 01.06.2002 – 05.05.2004 MOHD YUNUS BIN MD TAFF 05.05.2004 – 16.02.2005 MARJUKI BIN ABD RAHIM 16.02.2005 – 15.05.2006 JAAFAR BIN M.NOH 28.06.2006 – 31.07.2007 ABD GHANI BIN ABD RASHID 07.09.2007 – 06.08.2008 NORIAH BINTI MOHD YUSOF 24.09.2008 – 30.06.2009 ZAINAL BIN SAMSUDIN 01.07.2009 – 31.12.2010 MAZLAN BIN ZAINI 03.01.2011 – 06.09.2016 SITI NOR MAIZATUL AKMAM BINTI MAHMOOD 06.10.2016 – 01.06.2018 ROSLI BIN SAHDAN 01.06.2018 – 21.06.2021 ZAINUREN BIN MD. DIN 21.06.2021 – Hingga kini DR.


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BERJIWA BESAR 14 VISI "Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik NegaraSejahtera" MISI "MelestarikanSistemPendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu IBagi Memenuhi Aspirasi Negara"


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BERJIWA BESAR 15 p VISI SEKOLAH MISI SEKOLAH MATLAMAT SEKOLAH OBJEKTIF SEKOLAH PENDIDIKAN BERKUALITI, INSANTERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA


16 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BERJIWA BESAR LOGO SEKOLAH MERAH : Keberanian BIRU TUA/ MUDA : Perubahan dari kegelapan ke kecemerlangan KUNING : Kedaulatan prinsip Rukun Negara yang perlu diamalkan dalam Negara majmuk PUTIH : Kesucian dan kebersihan rohani dan jasmani BULAN BINTANG : Islam menjadi teras dan asas kukuh serta menjadi pegangan BUKU : Punca segala ilmu yang tersurat serta tersirat dan menjadikan sekolah tempat untuk mendapatkannya BIKAR : Sains dan teknologi merupakan ilmu yang perlu dikuasai sepenuhnya BUJUR TELUR : Kelahiran yang dinantikan akan membawa kepada perubahan yang cemerlang


17 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BERJIWA BESAR OBJEKTIF KUALITI SKKPM/SKPMG KUALITI@SEKOLAH Melaksanakan 100% Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdP) berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) kecuali berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan SK Ladang Tun Dr Ismail. Memastikan pencapaian murid SK Ladang Tun Dr Ismail mencapai 80% lulus Tahap Pencapaian TP3 ke atas keseluruhan atau peningkatan 5% dari tahun sebelumnya dalam Pentaksiran Bilik Darjah dan UjianPencapain PBD. Memastikan 100 % murid mendapat Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya, melainkan berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah. 100 % aduan yang lengkap dan maklum balas pelanggan akan dilayan. Melaksanakan Pengurusan Kewangan Tanpa Audit Berteguran.


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BERJIWA BESAR 18 PIAGAM PELANGGAN KamiwargaSKLadangTunDr. Ismail dengan penuhtekad dan iltizamberikrar dan berjanji akan : 1. Melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan telus dan komited. 2. Bekerjasama menggembleng tenaga bagi merealisasikan visi dan misi sekolah. 3. Mengukuhkan perhubungan perkhidmatan yang lebih jitu dengan Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Kementerian Pelajaran Malaysia serta Jabatan / Badan lain. 4. Menjalinkan hubungan yang lebih kukuh dengan ibu bapa, penjaga murid dan masyarakat sekeliling bagi melahirkan generasi yang berwawasan . 5. Mewujudkan tenaga pendidik yang berketrampilan dalam pelbagai aspek dan bersifat professional. 6. Sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada murid dan masyarakat. 7. Mengamalkan budaya Bersih , Cekap & Amanah. 8. Mengamalkan budaya sopan-santun dan berbudi bahasa mulia kepada seluruh pelanggan sekolah. 9. Sentiasa bersedia menerima cadangan dan syor-syor demi meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah. 10.Menghayati dan mengamalkan ajaran agama Islam dengan penuh ketakwaan sekaligus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, cekap dan amanah.


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BERJIWA BESAR 19 No.Ruj : SPP SURAT AKU JANJI Saya, , No.KadPengenalan beralamat di (alamat tempat bertugas) dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta peraturan dan arahan lain yang dikeluar dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993bahawasaya: (i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan; (ii) akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab; (iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya; (iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awam saya; (v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam; (vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri; (vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama perkhidmatanawam; (viii) tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan awam; dan (ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkarperintah. Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. ………………………………… ………….………………………………. (Tandatangan Pegawai) (Jawatan Pegawai) Di Hadapan: ………………………………………. (Tandatangan Ketua Jabatan) ………………………………………………………………………… (Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan) ………………………………. ………………………………………….. (Tarikh) (Cap Rasmi Jabatan)


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR 20 IKRAR PERKHIDMATAN AWAM KAMI Pegawai Awam Malaysia , Dengan sepenuh dan rela hati , berikrar Mempertahankan dan memperkukuhkan Integriti perkhidmatan awam Dengan mencegah dan membanteras Segala bentuk rasuah , salahguna kuasa Dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni , Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah , Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggarundang-undang , peraturan dan etika jabatan , Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah , Bertindak tegas terhadap mereka yang mencuba menggugat integriti dan imej pegawai awam , Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR 21 BUDAYAKERJASEKOLAH Memahami dan menghayati : ▪ Falsafah Pendidikan Kebangsaan ▪ Falsafah, Visi dan Misi sekolah Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, jabatan dan Kementerian Pelajaran setiap masa. Meningkatkan mutu dan kesan pembelajaran. Menentukan objektif setiap tugas. Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan. Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah. Mengamalkan sikap jujur, ikhlas serta adil. Mengamalkan perkhidmatan penyayang. Kepimpinan melalui tauladan. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri. Berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran Kerja adalah ibadah. TERASPERKHIDMATANAWAM Berazam meningkatkan perkhidmatan Bekerja dengan penuh tanggungjawab Berusaha mengikis sikap mementingkan diri Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh-musuh negara Berpegang teguh kepada agama CABARAN WAWASAN2020 Perpaduan (One Malaysian ) Masyarakat berjiwa maju Demokrasi yang matang Masyarakat yang bermoral dan beretika Masyarakat liberal dan bertolak ansor Masyarakat saintifik dan prograsif Masyarakat penyayang Masyarakat ideal Masyarakat makmur


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR WAWASAN PENDIDIKAN 22 Perpaduan (1 Malaysia ) Stail pengurusan dan kepimpinan Perkhidmatan penyayang Pengupayaan Sistem pengesanan yang efektif Budaya ilmu Sekolah penyayang Budaya kecemerlangan TONGGAK12 Menghargai masa Nikmat mencipta Peningkatan bakat Kemuliaan kesederhanaan Kebijaksanaan berhemat Kewajiban menjalankan tugas Pengaruh teladan Kekuatan sifat baik hati Ketinggian peribadi Keutamaan kesabaran Keseronokan bekerja Ketekunan membawa kejayaan DASAR1MURID1 SUKAN Meningkatkan kecergasan jasmani. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni. Memupuk perpaduan di antara kaum. Membentuk budaya sukan di kalangan murid. Memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan Keperluan fizikal. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR 23 Memartabatkan bahasa Malaysia melalui : Pendekatan P&P Guru bahasa Malaysia berkualiti Perluasan ICT dalam P&P Melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia di SK dan bahasa ibunda di SJKT dan SJKC. Memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui : Penambahan waktu P&P bahasa Inggeris di SK, SM, SJKT dan SJKC Guru bahasa Inggeris yang berkualiti Pendekatan P&P Menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa PLAN PLaN ialah Primary Literacy and Numeracy atau Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah. Ia merupakan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang komprehensif dan menyeluruh berasaskan sekolah untuk murid Tahun 2 dan tahun 3. Objektif pengajaran litarasi ini adalah seperti yang berikut : Untuk memastikan semua murid Tahun 2 dan Tahun 3 boleh menguasai sekurangkurangnya tahap penguasaan minimum iaitu Tahap Penguasaan 3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR 24 Komunikasi o Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Sains & Teknologi o Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik. o Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik. o Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi. Perkembangan Fizikal & Estetika o Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri. o Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi Kerohanian, Sikap & Nilai o Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai Kemanusiaan o Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar. o Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan Keterampilan Diri o Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR 25 MUAFAKAT JOHOR JADI SANDARAN BERETIKA MENJAGA WARISAN CEKAL MENGHADAPI CABARAN DI HADAPAN BERHEMAH DAN BERKEMAJUAN RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA BANGSA JOHOR TINGGI SETIANYA SANGGUP BERKORBAN JIWA DAN RAGA MAJULAH JOHOR LUASKAN BANGSA MUAFAKAT ITU BERKAT MUAFAKAT ITU SEPAKAT MUAFAKAT ITU BERKAT MUAFAKAT ITU SEPAKAT TEGAK BANGSA KERANA BUDI KAMI MENDENGAR SUARA HATI MEMBINA BANGSA DAN NEGERI MUAFAKAT JOHOR TERUS DIRAHMATI GAGASAN JOHOR BERKEMAJUAN BERSAMA RAKYAT KITA JAYAKAN TIDAK PERNAH TUNDUK PADA CABARAN PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN MUAFAKAT ITU BERKAT MUAFAKAT ITU SEPAKAT MUAFAKAT ITU BERKAT MUAFAKAT ITU SEPAKAT JOHOR TETAP JADI JOHOR HIDUP BERMUAFAKAT LUASKAN KUASAMU JOHOR TETAP JADI JOHOR NEGERI BERDAULAT LUASKAN KUASAMU


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR 26 SEKOLAH YANG KU CINTA SKL TUN DR ISMAIL SENTIASA TERUS BERBAKTI KENTAL MENDIDIK PERTIWI SEKOLAH KU INDAH DAN PERMAI BERBAKTI MENABUR JASA BERILMU BERIMAN BERUSAHA MARI MEREALISASIKANNYA GURU MENDIDIK TANPA RASA JEMU PENGORBANANMU DISANJUNG KEJAYAAN PASTI DIMILIKI ITULAH PEGANGAN KAMI LAGU GURUMALAYSIA KAMI GURU MALAYSIA BERIKRAR DAN BERJANJI MENDIDIK DAN MEMIMPIN PUTRA PUTERI NEGARA KITA PADA SERI PADUKA KAMI TUMPAHKAN SETIA RUKUN NEGARA KITA PANDUAN HIDUP KAMI SEMUA DI BIDANG PEMBANGUNAN KAMI TETAP BERSAMA MEMBANTU MEMBINA NEGARA YANG TERCINTA AMANAH YANG DI BERI KAMI TAK PERSIAKAN APA YANG KAMI JANJI TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR 27 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ------------------------------------------------------------- Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk menwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA --------------------------------------------------------------------------- ˝Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara” OBJEKTIF KEMENTERIAN PELAJARAN --------------------------------------------------------------------------- Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara Memberi peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia


28 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR TATASUSILA PROFESION KEGURUAN Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnyausaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, danyang percaya kepada demokrasi, kebebasan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran untuk masa hadapan. Dengan menyedari berapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya, Tanggungjawab Terhadap Murid Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, eknonomi, sosial, keturunan dan agama. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran–mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.


29 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka,dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa murid. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidkan dengan masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat.


30 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dengan mengekalnya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutama mereka yang baru dalam profesion perguruan. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Menjadi ahli sesebuah pertubuhan Pendidikan. Catatan : Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah, dan tinggi, termasuk guru-guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran organisasi dan penyeliaan pendidikan.


31 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR IKRAR GURU --------------------------------------------------------------------------- Bahawasanya kami guru negara Malaysia dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami dan menyatakan keyakinan kami pada cita-cita murni pekerjaan kami. Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung perlembagaan negara kami dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara pada setiap masa. TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG --------------------------------------------------------------------------- Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan. Bekerja dengan penuh tanggungjawab. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara. Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh-musuh negara. Berpegang teguh kepada ajaran agama. Perkhidmatan penyayang. Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.


32 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan murid: Menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah. Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian. Menguasai kemahiran belajar dan menguasai kemahiran berfikir. Bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua dan memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya. Membina daya kempimpinan dan daya keyakinan diri. Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal. Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekkeasi dalam lingkungan kebudayaan nasional. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri. Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti. Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayatayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid-murid Islam. Meyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia Membina semangat patriotisme. Mengembangkan bakat dan kreativiti . Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni dan menjadikannya asas bagi amalan hidup.


33 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR AMALAN ETIKA KEGURUAN DAN PROFESIONALISME KEGURUAN PROFESIONALISME Mengikut Kamus Dwibahasa, profesionalisme adalah pekerjaan yang memerlukan latihan khas. Dalam Kamus Oxford, profesionalisme ditakrifkan sebagai “ciri-ciri sesuatu pekerjaan yang memerlukan latihan ikhtisas, seperti yang terdapat dalam profesionalisme perguruan, profesionalisme guaman, profesionalisme perubatan dan sebagainya”. Ciri-ciri profesion seperti yang dirujuk dari buku Pendidikan di Malaysia oleh Mok Soon Sang (1993, p.215-216) adalah sebagai “sesuatu pekerjaan yang khusus dan dijanjikan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan bermoral tinggi, mempunyai automasi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditetapkan oleh organisasinya”. TUJUAN PROFESIONALISME Memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dan boleh dipercayai. Menaikkan imej dan taraf sesuatu profesion. Membezakan sesuatu profesion dengan profesion yang lain. Menghuraikan secara jelas tugas dan tanggungjawab seseorang profesional. Mengasingkan kerja profesional dengan bukan profesional. Melarang orang bukan profesional menjalankan tugas sebagai orang profesional. Mengawal kualiti profesion dengan mengenakan syarat seperti latihan ikhtisas bagi orang yang ingin menjadi seorang profesional. Meningkatkan hasil produktiviti sesuatu pekerjaan.


34 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR KEPENTINGAN PROFESIONALISME Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dengan memiliki ilmu pengetahuan yang lengkap serta mendalam, menguasai kemahiran mengajar, mempunyai kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. AKAUNTABILITI Mengikut Kamus Dwibahasa, “akauntabiliti” dijelaskan sebagai bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Dalam konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. AKUANTABILITI GURU Akauntabiliti guru dalam beberapa bidang yang dikenalpasti seperti berikut: Bidang pekerjaan Sekolah Tingkah laku Pelajar Profesion ETIKA PERGURUAN Etika ialah suatu sistem dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, yang betul dan yang salah untuk member garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Masyarakat pula menggunakan etika itu untuk menganalisa, menilai dan menentukan sama ada tingkah laku manusia yang menunjukkan moral telah mengikut adat dan kebiasaan yang diamalkan.


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR 35 Profesion perguruan, sama seperti profesion dalam kejuruteraan, perubatan dan peguam, mempunyai etikanya sendiri. Setiap guru dikehendaki mematuhi etika itu demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesionnya.Bagi tujuan tersebut Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan Ikrar dan Tatasusila Profesion Perguruan untuk dijadikan sebagai landasan dan garis panduan setiap guru menjaga imej profesionnya. SIFAT DAN KUALITI GURU Sifat dan Kualiti Guru Baik Hati Jenaka Sabar Bertanggungjawab Yakin Kepimpinan Sifat dan Kualiti Profesional Ingin Tahu Pengetahuan Ikhtisas Suka Membaca Kemahiran Bertutur Daya Ingatan Daya Usaha Sifat dan Kualiti Sosial Budi Pekerti Ramah Mesra Merendah Diri Semangat Berbakti Jujur


36 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR TUGAS GURU Tugas dan tanggungjawab Kepada Negara Menjalankan tugas menyebarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara dengan jelas. Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam setiap jiwa pelajar dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab serta berguna. Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan kemasyarakatan. Mengeratkan persefahaman dan kerjasama dengan ikhlas di kalangan guru dan ibubapa pelajar. Member sumbangan secara sukarelawan kepada Negara. Bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial, demi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat. Tugas dan Tanggungjawab Kepada Pelajaran Membaca secara meluas buku-buku yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar. Memahami selengkap-lengkapnya isi dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar. Menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan untuk meningkatkan prestasi dalam aktiviti pengajaran. Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Mengajar dengan fakta yang betul supaya murid dapat belajar dengan tepat dan menerima ilmu pengetahuan yang betul.


37 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR Tugas dan Tanggungjawab Kepada Murid Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang berkesan. Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Membimbing dan mengajar murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran. Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas. Tugas dan Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri Menjaga kesihatan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Mengawal emosi sendiri supaya mendapat ketenangan dan ketenteraman jiwa. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatan adalah seimbang dengan perbelanjaan harian. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas.Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui media massa. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang berfaedah.


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR 38 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR 39


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR 40


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR 41


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR 42


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR 43


44 SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR PEMBELAJARAN ABAD KE-21


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR 45 PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN ARAHAN AM Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertaluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu perkerjaan semata-mata. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayatai prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang. Semua guru hendaklah menjalankan tugas sebagai satu pasukan- (Together Everyone Achieve More). KEDATANGAN Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 15 minit sebelum waktu persekolahan bermula dan merakam kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik sekolah. Guru yang bertugas mingguan dikehendaki berada di kawasan sekolah 15 minit sebelum waktu persekolahan bermula. Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru juga mestilah memaklumkan kepada pihak sekolah dengan kadar segera supaya jadual waktu ganti dapat disediakan. Waktu persekolahan : Hari / Tahap Tahap 1 Tahap 2 Ahad-Rabu 7.40 pagi -1.00 petang 7.40 pagi -1.30 petang Khamis 7.25 pagi – 1.00 petang 7.25 pagi – 1.30 petang Rujukan : Surat Perkeliling Ikhtisas Bil 2/81 bertarikh 12 September 1981


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR 46 Guru dan staf tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu persekolahan kecuali jika terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan / PPD dengan syarat mendapat kebenaran dari Guru Besar / Penolong Kanan. Guru dan staf dikehendaki mengisi borang/buku keluar kawasan sekolah di pejabat sekolah dan dapatkan tandatangan Guru Besar/Penolong Kanan sebelum keluar. Sila isikan waktu balik dari urusan selepas balik. Semua guru hendaklah meninggalkan kerja bertulis kepada pelajar sebelum meninggalkan sekolah. Guru Besar tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan yang berlaku terhadap mana-mana guru yang keluar tanpa kebenarannya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa. PAKAIAN Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan. Guru lelaki hendaklah bertali leher dan berbaju kemeja. Baju berlengan panjang tidak dibenarkan dilipat. Berpakaian kemas diluar waktu persekolahan. Guru perempuan tidak dibenarkan berbaju tanpa lengan. Kasut sukan hanya dibenarkan untuk tujuan Pendidikan Jasmani atau aktiviti seumpamanya. Kakitangan Sokongan dikehendaki berpakaian kemas dan bagi kakitangan sokongan yang beruniform perlu memakai pakaian yang telah dibekalkan. KELUAR KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN Rujukan : • Surat perkeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil 13/69 bertarikh 26 Disember 1969 ( Peraturan pakaian guru di dalam waktu persekolahan dan luar waktu persekolahan) • Surat Perkeliling Ikhtisas Bil 6/1985 bertarikh 9 Mei 1985 ( Peraturan pakaian guru di sekolah) • Perkeliling perkhidmatan bil 2 tahun 1985 • Surat Perkeliling Ikhtisas Bil 7/2001 bertarikh 7 Jun 2001 (Garis panduan pakaian guru ketika bertugas di sekolah)


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR BILIK GURU / BENGKEL 47 Kebersihan dan keselamatan bilik guru / bengkel adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuklah keselamatan harta benda di dalam bilik guru / bengkel. Guru tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan sekolah. Guru hendaklah berada di dalam bilik guru / bengkel semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru / bengkel untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. Guru yang terakhir keluar dari bilik guru/ bengkel perlulah memastikan lampu, kipas dan alat penghawa dingin dimatikan. Guru yang berada di dalam bilik guru / bengkel hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. TUGAS Guru akan diberikan tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas khas. Laksanakan tugas yang diberikan dengan cekap, dedikasi dan bertanggungjawab. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan seperti menghadiri mesyuarat, pergi ke JPN , atau berkursus guru hendaklah mengambil tindakan sewajarnya. Guru tidak boleh mengarah guru lain melaksanakan tanpa kebenaran Guru Besar. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak atas persetujuan sesama, maka ia mesti sampai ke pengetahuan Guru Besar. Rujukan : Surat perkeliling Ikhtisas Bil 7/2001 Garis Panduan Guru bertugas di sekolah


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR DOKUMEN REKOD MENGAJAR 48 Guru bertanggungjawab menjaga keselamatan dokumen rekod mengajar keranaianya merupakan SKT setiap guru kecuali guru bimbingan dan kaunseling. Semua butiran hendaklah diisikan dengan kemas, teliti dan lengkap. Dokumen rekod ini hendaklah diserahkan ke Pejabat pada hari Khamis atau hari akhir minggu berkenaan untuk tujuan semakan dan tandatangan oleh Guru Besar / Penolong Kanan. Jika seseorang guru bercuti, dokumen tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan. Dokumen Rekod mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan. Laporan polis perlu dibuat bagi guru yang kehilangan dokumen rekod mengajar. PERHIMPUNAN MINGGUAN/HARIAN Perhimpunan sekolah adalah majlis rasmi sekolah. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan mingguan sekolah pada hari Ahad bermula 7.40 pagi. Guru yang bertugas mingguan diwajibkan berada di perhimpunan harian jam 7.25 pagi setiap hari pada waktu persekolahan. Guru hendaklah berada di majlis sehingga tamat perhimpunan. Semua guru hendaklah duduk di bahagian hadapan perhimpunan kecuali guru bertugas mingguan dan perhimpunan. Pakaian guru semasa perhimpunan : - a. Guru hendaklah memakai baju uniform rasmi yang berlogo jabatan*. b. Guru perempuan hendaklah berpakaian kemas, bersopan santun dan tidak memakai selipar / sandal. ACARA ATAU MAJLIS RASMI SEKOLAH Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara atau majlis rasmi sekolah. Guru tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar.


SKLTDI : SEKOLAH KECIL BEJIWA BESAR 49 MESYUARAT GURU/KAKITANGAN SOKONGAN Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Besar / Penolong Kanan / Ketua Panitia tertentu pada bila-bila masa. Guru tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan/Ketua Panitia. Kakitangan sokongan diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Besar/Penolong Kanan tertentu pada bila-bila masa. Kakitangan sokongan tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan. CUTI SAKIT Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 3 hari berturutturut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 15 hari dalam setahun. Bagi pegawai yang menerima rawatan pesakit dalam di hospital swasta boleh menerima cuti sakit sehingga 180 hari tanpa pengesahan daripada pegawai perubatan kerajaan. Guru/Kakitangan sokongan perlu memaklumkan kepada Guru Besar sekiranya mendapat cuti sakit. Rujukan : Perintah Am Bab C Perkeliling Perkhidmatan Bil 2/2006 Pindaan Peraturan Mengenai Sijil Sakit untuk tujuan Cuti Sakit


Click to View FlipBook Version