The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kerja Lapangan Geografi (RIANE LIM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rianelimzhuyi3, 2021-12-21 18:29:27

Kerja Lapangan Geo (Riane Lim)

Kerja Lapangan Geografi (RIANE LIM)

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Ismail,Johor Bahru

Kerja Lapangan Geografi 2021
Tajuk: Amalan kitar semula di Taman

Abad, Johor Bahru

Nama:Riane Lim Zhu Yi
Nama pengetua:Tuan Razali bin Tamadi
Nama guru Geografi:Puan Hanifah binti
Jamaluddin

Penghargaan

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan
kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail,iaitu Tuan
Razali bin Tamadi kerana memberikan kebenaran kepada saya untuk
menjalankan kerja lapangan ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Geografi
saya yang dihormati iaitu Puan Hanifah binti Jamaluddin yang telah memberi
banyak bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya sehingga kerja lapangan ini
mampu dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak dilupakan juga ucapan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa
saya yang sentiasa memberikan dokongan dan sokongan kepada saya selama
kerja lapangan ini dijalankan.

Seterusnya,ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua rakan
seperjuangan saya terutamanya Kishen dan Haziq yang telah membantu saya
sepanjang kerja lapangan ini dan juga kepada mereka yang membantu sama
ada secara langsung atau tidak langsung dalam kerja lapangan ini.

Akhir sekali,ucapan terima kasih juga kepada semua responden borang soal
selidik kerja lapangan ini.

Objektif Kajian

Kerja lapangan ini dijalankan untuk memenuhi objektif berikut;

(i) Mendefinisi konsep dan tafsiran kitar semula
(ii) Menyatakan kepentingan amalan kitar semula di kawasan kajian
(iii) Mengkaji faktor dan masalah yang menghalang dan

mengurangkan amalan kitar semula
(iv) Menyenaraikan cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah

dalam melaksanakan amalan kitar semula di kawasan kajian

Kawasan Kajian

Saya memilih Taman Abad sebagai kawasan kajian saya.Saya memilih kawasan
ini kerana jaraknya yang dekat dengan sekolah saya iaitu hanya 5.1 km.Selain
itu,saya juga memilih kawasan ini kerana merupakan kawasan taman
perumahan saya yang memudahkan proses mengumpulkan data dan
maklumat yang diperlukan.

Bentuk muka bumi di kawasan kajian ini adalah tanah pamah,iaitu tanah yang
sesuai untuk medirikan pelbagai petempatan dan kemudahan seperti
rumah,institusi pendidikan dan bangunan kedai.

Peta Kawasan Kajian

Kaedah Kajian

Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mengumpul data dan
maklumat dalam kajian ini.Antara kaedah tersebut adalah;

(i) Pemerhatian – Pemerhatian dibuat secara langsung di Kawasan kajian
untuk melihat kegiatan kitar semula oleh penduduk dan jenis-jenis
bahan yang dikitar semula.

(ii) Rujukan – Saya telah merujuk pelbagai sumber seperti buku
teks,buku rujukan,surat khabar dan Internet untuk mendapatkan
maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.

(iii) Soal selidik – Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada 15
orang responden untuk mendapatkan maklumat tentang
kepentingan kitar semula. Selain itu,saya juga mendapatkan
pandangan penduduk tentang halangan kitar semula serta langkah
yang patut diambil untuk meningkatkan kegiatan kitar semula.

Hasil Kajian

(i) Konsep dan tafsiran kitar semula

- Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk
menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan
bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru,
mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran
udara daripada pembakaran dan pencemaran air daripada tapak
perlupusan dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau
berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar
semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan
moden.

(ii) Kepentingan Kitar Semula

(a) Menambahkan pendapatan sampingan penduduk
-Melalui soal selidik yang dijalankan didapati bahawa sebilangan
besar daripada responden berpendapat bahawa amalan kitar
semula dapat menambahkan pendapatan penduduk. Bahan-
bahan terpakai yang dapat dikitar semula seperti aluminium,
kertas, besi dan plastik mempunyai harga tertentu di
pasaran.Dalam hal ini,seorang penduduk yang telah saya
menemu-bual memberitahu bahawa dia telah menambahkan
pendapatan sampingannya dengan menjual bahan-bahan yang
dapat dikitar semula kepada kilang atau pusat pengumpulan
bahan-bahan kitar semula.

(b) Mengurangkan perbelanjaan kewangan

-Amalan kitar semula sangat penting kerana dapat menjmatkan

kos dan juga sumber alam.Hal ini disebabkan menghasilkan

produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding

dihasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.

(c) Dapat menyelamatkan sumber hutan untuk diwarisi sehingga
generasi masa hadapan
-Dalam hal ini,dengan mengitar semula kertas,bilangan pokok yang
perlu ditebang akan berkurangan.Hal ini disebabkan untuk
menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa
ditebang.

(d) Mengurangkan pencemaran alam sekitar
-Kitar semula sangat penting kerana dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada sampah sarap
yang dibuang oleh penduduk ke dalam tong sampah atau tapak-
tapak pelupusan sampah. Melalui soal selidik yang dijalankan,
didapati sebanyak 40% daripada responden berpendapat bahawa
amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk di kawasan
kajian dapat mengurangkan masalah pencemaran yang disebabkan
oleh sampah

Jadual 1: Kepentingan kitar semula di Taman Abad mengikut responden

Kepentingan Kitar Semula Bilangan responden
Menambahkan pendapatan 4
sampingan 2
Mengurangkan perbelanjaan 3
kewangan
Menyelamatkan sumber hutan agar 6
dapat diwarisi generasi masa 15
hadapan
Mengurangkan pemcemaran alam
sekitar
Jumlah

Bilangan orang Kepentingan amalan kitar semula Petunjuk

7 Menambahkan pendapatan
6 sampingan penduduk
5
4 Mengurangkan
3 perbelanjaan kewangan
2
1 Menyelamatkan sumber
0 hutan

Graf 1 :Kepentingan amalan kitar semula Mengurangkan
pencemaran alam sekitar

Kepentingan
amalan kitar
semula

(iii) Masalah dan halangan amalan kitar semula di Taman Abad
(a) Kekurangan tong kitar semula
-Menurut pemerhatian saya,kurangnya pusat kitar semula di Taman Abad merupakan
antara puncanya kekurangan amalan kitar semula.Contohnya,bilangan tong kitar
semula yang disediakan adalah terhad.Malah,tiada pusat kitar semula yang terdapat
di Taman Abad.Oleh itu,perkara ini menyukarkan penduduk menjalankan amalan kitar
semula.

(b) Sikap sesetengah penduduk
-Sikap penduduk juga mempengaruhi amalan kitar semula di Taman Abad.Hal ini
disebabkan terdapat sesetengah penduduk yang malas mengasingkan bahan-bahan
buangan yang dapat dikitar semula mengikut jenis dan lebih suka melonggokkan
sampah dan membuangnya tanpa mengasingkannya.Sikap penduduk yang sebegini
sudah pasti akan mengurangkan amalan kitar semula .

(c) Kurangnya kesedaran dalam diri sebilangan penduduk
-Terdapat juga sebilangan penduduk Taman Abad yang tidak mengitar semula dan
membuang bahan-bahan yang dapat dikitar semula kerana kekurangan kesedaran
dan pengetahuan tentang pentingnya mengitar semula.Kekurangan pengetahuan dan
kesedaran ini juga akan menyebabkan penduduk tidak tahu cara mengitar semula
dengan betul

Jadual 2 : Masalah dan halangan amalan kitar semula

Masalah dan halangan amalan kitar semula Bilangan
responden

Kekurangan tong kitar semula dan pusat 8
pengumpulan barangan

Sikap sesetengah penduduk 4

Kurangnya kesedaran penduduk tentang 3
amalan kitar semula

Jumlah 15

Masalah dan halangan amalan kitar semula

Bilangan responden Petunjuk

9 Kekurangan tong kitar
semula dan pusat
8 pengumpulan barangan

7

6
Sikap sesetengah
penduduk

5

4

3 Kurangnya kesedaran

tentang amalan kitar

2 semula dalam kalangan
penduduk

1

Masalah dan
0 halangan

Graf 2 :Masalah dan halangan amalan kitar semula amalan kitar

semula

(iv) Langkah-langkah untuk mengatasi masalah dan halangan amalan
kitar semula di Taman Abad

(a) Menyediakan lebih banyak tong kitar semula dan membina pusat
pengumpulan barangan
-Berdasarkan kajian yang dilakukan,kebanyakan responden telah
berpendapat bahawa pihak kerajaan dan bukan kerajaan (NGO)
haruslah mengambil inisiatif menyediakan lebih banyak tong kitar
semula serta membina pusat pengumpulan barangan.

(b) Mengadakan kempen

- Dalam hal ini,beberapa responden telah bersetuju dengan cadangan

agar pihak kerajaan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO)

bolehlah mengadakan lebih banyak kempen kesedaran.

Contohnya,kempen “Hari Kitar Semula” dan “Hari Tanpa Beg Plastik”

serta kempen-kempen lain bolehlah diadakan untuk menyedarkan

penduduk.

(c) Mendidik kanak-kanak
-Seterusnya adalah peranan yang harus ibu bapa mainkan dalam usaha
meningkatkan amalan kitar semula.Bak kata pepatah ‘melentur buluh
biarlah dari rebungnya’,ibu bapa haruslah mendidik anak-anak tentang
kitar semula dan menjadi contoh teladan yang baik dengan
mengamalkan kitar semula di rumah.

Jadual 3 : Langkah-langkah mengatasi masalah dan halangan amalan kitar
semula

Langkah-langkah mengatasi masalah Bilangan responden

dan halangan kitar semula di Taman

Abad

Menyediakan lebih tong kitar semula 10

dan membina pusat pengumpulan

barangan

Mengadakan kempen 4

Mendidik anak-anak 1

Jumlah 15

Langkah-langkah mengatasi masalah dan halangan amalan
kitar semula

Bilangan responden Petunjuk

12

Menyediakan lebih

banyak tong kitar

semula dan membina
10 pusat pengumpulan

barangan

8 Mengadakan kempen

6
Mendidik anak-anak

4

2 Langkah-langkah
mengatasi masalah
dan halangan

0 amalan kitar semula

Graf 3 : Langkah-langkah mengatasi masalah dan halangan
amalan kitar semula

Rumusan

Kesimpulannya, melalui kajian yang telah dijalankan, saya dapat memahami
dengan lebih mendalam tentang kepentingan amalan kitar semula di kawasan
Taman Abad.

Antaranya, kita dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar yang
berpunca daripada pembuangan sisa pepejal di samping memelihara sumber
hutan.Selain itu, kitar semula juga dapat menjana pendapatan sampingan
kepada penduduk di kawasan ini.

Walaubagaimanapun, pelbagai masalah dan rintangan telah dihadapi oleh
penduduk di kawasan Taman Abad dalam mengamalkan amalan kitar semula.
Antaranya ialah kekurangan tong kitar semula dan tiadanya pusat kitar semula
serta kurangnya kesedaran dalam penduduk dan sikap penduduk itu sendiri.

Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil untuk memupuk amalan kitar
semula dalam kalangan penduduk.Antaranya,penyediaan lebih banyak tong
kitar semula dan pembinaan pusat pengumpulan barangan bolehlah
diusahakan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan.Selain itu,penganjuran
kempen juga penting dalam memupuk amalan kitar semula.Akhir sekali,ibu
bapa memainkan peranan penting dalam menyemai sikap kitar semula dalam
diri anak-anak mereka sejak kecil lagi.

Akhir kata,amalan kitar semula adalah sangat penting dan harus
diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat di negara kita demi memelihara
keindahan alam sekitar untuk generasi masa hadapan.

Dialog temu-bual

Saya : Selamat sejahtera encik Heng.Apa khabar encik?

Encik Heng: Selamat sejahtera kepada kamu juga.Puji Tuhan,saya berada
dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.

Saya : Terima kasih encik kerana sudi meluangkan masa untuk
menghadiri sesi temua bual tentang amalan kitar semula dengan saya pada
hari ini.Soalan pertama saya ialah menurut pandangan encik,apakah
kepentingan amalan kitar semula?

Encik Heng: Menurut saya,terdapat banyak sebenarnya kepentingan apabila
kita mengamalkan kitar semula.Antaranya,dengan menghantar bahan-bahan
yang dapat dikitar semula ke pusat pengumpulan barangan,secara langsung
kita akan dapat menambahkan pendapatan sampingan kita. Selain itu,antara
yang paling penting adalah amalan kitar semula dapat mengurangkan
pencemaran terutamanya di Kawasan perumahan kita.

Saya : Saya sangat bersetuju dengan encik.Walaubagaimanapun,sudah
pasti terdapat halangan yang mengurangkan amalan kitar semula dalam
kalangan penduduk.Apakah pendapat encik tentang halangan yang terdapat.

Encik Heng: Sudah pasti terdapat banyak halangan.Antara masalah terbesar
yang saya perhatikan adalah kekurangan tong kitar semula di Taman
Abad.Lebih buruk lagi,tiada satu pun pusat kitar semula atau pengumpulan
barangan di taman ini.Saya terpaksa ke Kawasan lain yang mempunyai pusat
pengumpulan barangan untuk menjual dan menderma bahan-bahan yang
dapat dikitar semula.

Saya : Dengan setiap masalah sudah pasti perlu ada solusinya.Oleh
itu,apakah yang perlu dilakukan menurut encik?

Encik Heng: Sudah pasti yang paling penting dan utama adalah dengan
menyediakan lebih banyak tong-tong kitar semula dan membina pusat
pengumpulan barangan di Taman ini

Lampiran




Click to View FlipBook Version