KBP 3083 Latihan Kemahiran Hidup dan Pravokasional MARI MENANAM BIJI BENIH TAUGE MARI MENANAM BIJI BENIH TAUGE
MUHAMMAD ZA’IM SHAFEEQ BIN ZULKIFLEEE (D20202096409) Disediakan Oleh: NORHAKIMI BIN RAMING (D20202096415)
PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, kumpulan kami dapatlah menyiapkan tugasan buku skrap digital ini bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Noraini Binti Abdullah, pensyarah kursus Latihan Kemahiran Hidup dan Pravokasional yang telah banyak memberi bimbingan dan nasihat sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Bukan itu sahaja, ribuan terima kasih juga diucapkan kepada diri kami sendiri kerana bersungguh-sungguh dalam menghasilkan buku skrap digital ini. Akhir sekali, semoga buku skrap digital yang kami hasilkan ini mampu memberikan impak yang positif sekali gus menyumbang ilmu yang bermanfaat kepada para pengguna
ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT MANUAL PENGGUNAAN 1.0 PENGENALAN 2.O PERALATAN MENANAM DAN FUNGSI 3.0 BAHAN MENANAM TAUGE 4.0 CARA PELAKSANAAN MENANAM TAUGE 5.0 VIDEO CARA PELAKSANAAN MENANAM TAUGE 6.0 PENUTUP 1 2 4 6 7 11 12
1.Tekan pautan buku skrap digital yang disediakan. 2.Paparan muka hadapan buku skrap akan muncul. Tekan klik pada butang anak panah ‘seterusnya’ untuk pergi ke halaman muka surat yang berikutnya. 3. Imbas kod QR yang terdapat di dalam buku skrap untuk meilihat video. 4. MANUAL PENGGUNAAN SASARAN: Murid Pendidikan Khas Tingkatan 1 mata pelajaran Asas Tanaman. OBJEKTIF: Buku skrap ini dihasilkan untuk mengajar murid pendidikan khas kaedah yang mudah dan ergonomik tentang menanam tauge dengan mudah. 1
PENGENALAN Buku skrap digital ini dicipta khas oleh kumpulan pelajar kursus KBP3083 Latihan Kemahiran dan Pravokasional iaitu Norhakimi Bin Raming dan Muhammad Za’im Shafeeq Bin Zulkiflee yang dibimbing penuh oleh Dr. Noraini Binti Abdullah iaitu selaku pensyarah bagi kursus ini. Buku skrap digital ini mengandungi satu tutorial yang mudah dan berunsurkan inovasi yang berkaitan dengan salah satu kemahiran vokasional iaitu asas tanaman. Kami memilijh cara pelaksanaan menanam tauge kerana tauge merupakan salah satu jenis tanaman yang tidak asing lagi dalam bidang pertanian. Kami telah mengolah sedikit bahan penanaman untuk dojadikan sebagai unsur inovasi. Buku skrap ini boleh dijadikanj sebagai panduan kepada murid pendidikan khas dalam mata pelajaran asas tanaman. 2
Menanam Tauge Menanam tauge merupakan salah satu kemahiran dalam asas tanaman yang sering diajarkan oleh guru di dalam bilik darjah. Menanam tauge merupakan amali asas tanaman yang mudah sebagai permulaan untuk menarik minat murid minat dalam bidang pertanian. Bahan yang digunakan dalam penanaman tauge ini adalah bekas polisterin sebagai tempat simpanan sebagai unsur inovasi kerana bahan tersebut mudah didapati dan ergonomik. DDokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang digunakan ialah DSKP Asas Tanaman. Eelemen Merentas Kurikulum (EMK) yang diterapkan di dalam buku skrap ini ialah bahasa serta kreativiti dan inovasi. Nilai murni yang ditekankan di dalam buku skrap ini ialah tolong-menolong, kerajinan dan bekerjasama. 3
Kapas Digunakan untuk meletakkan biji benih taugeh PERALATAN MENANAM DAN FUNGSINNYA PERALATAN MENANAM DAN FUNGSINNYA Digunakan untuk meletakkan biji benih taugeh Bekas Polisterin Gunting Digunakan untuk memotong bekas polisterin kepada dua bahagian 4
Digunakan untuk menghasilkan lubang kecil pada tapak permukaan bekas polisterin. Pengcungkil Gigi PERALATAN MENANAM DAN FUNGSINNYA PERALATAN MENANAM DAN FUNGSINNYA 5
BAHAN PENANAMAN TAUGEH Biji Benih Taugeh Air 6
LANGKAH 2 CARA PENANAMAN BIJI BENIH TAUGEH Sediakan peralatan dan bahan yang digunakan LANGKAH 1 Gunakan gunting dan potong bekas polisterin kepada dua bahagian 7
LANGKAH 4 Menggunakan pengcungkil gigi untuk menghasilkan lubang kecil pada permukaan bekas polisterin LANGKAH 3 Isikan air pada bekas kecil LANGKAH 5 Basahkan kapas dengan air yang telah disediakan 8
Meletakkan biji benih tauge di atas permukaan kapas dengan jarak yang sesuai LANGKAH 7 Penuhkan tapak bekas polisterin dengan kapas yang telah dibasahkan LANGKAH 6 LANGKAH 8 Tekan biji benih tauge ke dalam kapas untuk meresap air 9
LANGKAH 10 Menutup biji benih tauge menggunakan kapas LANGKAH 9 Lembapkan kapas menggunakan air LANGKAH 11 Letakkan bekas polisterin di kawasan yang mempunyai cahaya dan udara 10
VIDEO CARA PENANAMAN BIJI BENIH TAUGE VIDEO CARA PENANAMAN BIJI BENIH TAUGE Imbas Qr Kod di atas untuk melihat video 11
PENUTUP Mata pelajaran Asas Tanaman adalah satu daripada tujuh mata pelajaran yang terdapat di dalam Kemahiran Asas Vokasional. Mata pelajaran ini diperkenalkan kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) masalah pembelajaran yang ditempatkan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Asas Tanaman adalah satu kemahiran yang dapat membantu MBPK memperoleh kemahiran dan secara tidak langsung dapat mempuk aspek nilai murni seperti rajin, berdikari, bertanggungjawab dan sebagainya. Oleh itu, buku skrap yang dihasilkan dapat membantu guru menambah idea atau mempertingkatkan lagi aktiviti serta pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dalam mata pelajaran Asas Tanaman. Inovasi dan kreativiti dapat dihasilkan melalui pelbagai cara. Buku ini dapat menjadi panduan kepada guru untuk meningkatkan kreativiti yang sedia ada. 12
TERIMA KASIH