BUDAYA MASYARAKAT DI SABAH EK00102 INTERIM SEKSYEN 701 KUMPULAN 3 BUKU SKRAP DIGITAL
NORJIELA BINTI MOHD NURDIN YE23210038 TAUSUG NUR SYAZREENA BINTI SALIMI YE23110015 JAWA NURUL AINI ATHIRAH YE23210060 MELAYU REBECCA RONALD JAMES YE23110003 KADAZAN DUSUN AHLI KUMPULAN
PenGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara dengan masyarakat berbilang bangsa. Terdapat pelbagai kaum etnik berbeza di Malaysia dengan identiti budaya mereka yang unik dan istimewa. Setiap kumpulan etnik memiliki ciri-ciri budaya sendiri yang berbeza berbanding yang lainnya dan mereka mengecap tahap integrasi yang berbeza.
PENGENALAN ASAL-USUL BAHASA PERTUTURAN KEAGAMAAN BUDAYA
TAUSŪG “THE PEOPLE OF THE CURRENT” PENGENALAN Suku Kaum Tausūg adalah bangsa berani yang berasal daripada Kepulauan Sulu dan sebahagian Pantai Timur Sabah (North Borneo) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan Bahasa Tausug atau dengan nama lain lebih tepat lagi Bahasa Sūg sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti ialah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budaya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular ialah pakaian tradisionalnya iaitu kuput (kupot), sablay, samrah dan batawi.
ASAL-USUL Tausūg Di Malaysia Kebanyakan orang Tausug di Malaysia telah menetap sejak zaman pemerintahan Kesultanan Sulu. Sebahagian daripada mereka sebenarnya adalah keturunan puteri Sulu (Dayang Dayang) yang melarikan diri dari sultan Sulu pada tahun 1850-an apabila sultan cuba mengambil puteri tersebut sebagai isteri walaupun sultan sudah mempunyai banyak gundik. Untuk membezakan diri daripada pendatang baru Tausūg dari Filipina, kebanyakan mereka lebih suka dipanggil "Suluk". Namun, pendatang dan pelarian Tausug yang lebih baru sejak pemberontakan Moro pada tahun 1970- an (kebanyakannya pendatang tanpa izin) sering menghadapi diskriminasi di Sabah. Selepas peristiwa pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013, terdapat laporan mengenai penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa Malaysia khususnya terhadap etnik Tausug semasa operasi pembersihan di Sandakan, bahkan terhadap pendatang Tausūg yang mempunyai dokumen sah.
BAHASA PERTUTURAN Bahasa Sug, juga dikenali sebagai Bahasa Tausug atau Sinug, adalah bahasa yang dituturkan oleh orang Tausug yang berasal dari Kepulauan Sulu di Filipina selatan. Bahasa ini termasuk dalam keluarga bahasa Austronesia, dan ia berkait rapat dengan bahasa-bahasa Visayan seperti Surigaonon dan Butuanon di Mindanao serta bahasa Waray-Waray. Di Malaysia ia Dikenali sebagai Bahasa Suluk. Orang Tausug di Malaysia, keturunan penduduk ketika Kesultanan Sulu memerintah bahagian timur Sabah, bercakap atau memahami dialek Suluk Sabah, bahasa Malaysia, dan sedikit Bahasa Inggeris atau Simunul. Mereka yang kerap berhubung dengan Bajau juga bercakap dialek Bajau. Menjelang tahun 2000, kebanyakan kanak-kanak Tausug di Sabah, terutamanya di bandar-bandar di sebelah barat Sabah, tidak lagi bercakap bahasa Tausug; sebaliknya mereka bercakap dialek Sabah bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. KEAGAMAAN Kebanyakan orang Tausug menganut agama Islam, kerana Islam telah menjadi aspek penting dalam budaya asli Sulu sejak Islam tersebar ke Filipina selatan. Mereka mengikuti mazhab Sunni Shafi'i tradisional Islam, namun mereka mengekalkan amalan agama sebelum Islam dan sering mengamalkan campuran Islam dan Animisme dalam adat mereka. Terdapat minoriti Kristian. Semasa pendudukan Sepanyol, kehadiran mubaligh Jesuit di Kepulauan Sulu membolehkan penukaran seluruh keluarga dan bahkan suku dan puak Tausug serta penduduk asli Sulu yang lain kepada Kristian. Sebagai contoh, Azim ud-Din I dari Sulu, sultan Sulu yang ke-19, telah memeluk agama Kristian dan dibaptis sebagai Don Fernando de Alimuddin, namun beliau kembali kepada Islam pada akhir hayatnya sebelum meninggal dunia.
Pagkawin (Perkahwinan): Upacara perkahwinan Tausug adalah majlis yang meriah dengan adat resam tradisional termasuk hantaran, majlis kenduri, dan tarian tradisional. Tama (Sunat): Upacara berkhatan bagi anak lelaki yang diadakan dengan kenduri dan diiringi doa serta zikir. budaya adat dan upacara Seni dan budaya Tarian Pangalay: Tarian tradisional yang lemah gemalai ini sering dipersembahkan pada majlis perkahwinan dan acara kebudayaan. Ia dikenali dengan gerakan tangan dan badan yang anggun. Kesenian Kulintang: Alat muzik tradisional yang terdiri daripada deretan gong kecil, dimainkan dalam ensembel untuk majlis keramaian dan upacara. Anyaman dan Tenunan: Kemahiran menganyam tikar dan bakul serta menenun kain tradisional diwarisi turun-temurun, mencerminkan kreativiti dan ketekunan orang Tausug. makanan tradisional Tiyula Itum: Sup daging yang berwarna hitam kerana penggunaan rempah-rempah seperti kunyit hitam, sangat popular di kalangan orang Tausug. Piyanggang Manok: Ayam panggang yang dimasak dengan rempah khas, biasanya disajikan pada majlismajlis khas. Bangbang Sug: Pelbagai jenis kuih tradisional yang manis dan sering dihidangkan pada majlis kenduri.
ASAL-USUL BAHASA PERTUTURAN KEAGAMAAN ADAT PERKAHWINAN ADAT KELAHIRAN MAKANAN TRADISIONAL
ASAL-USUL Suku Jawa merupakan suku yang terbesar di Indonesia, berjumlah 112 juta orang. Masyarakat Jawa merupakan masyarakat yang berasal dari dua daerah yang berbeza iaitu di daerah Jawa Tengah dan juga Jawa Timur. Mereka mempunyai sebuah perkampungan yang terletak di sebelah Hilir Melaka ketika zaman kegemilangan kesultanan Melaka. Walaubagaimanapun, perkampungan mereka hanyalah sebuah perkampungan bagi para pedagang sahaja. Satu dekad di bawah pemerintahan Portugis ketika menakluki Melaka menyebabkan perkampungan mereka musnah. Sehubungan dengan itu, sejak abad ke-16 sehingga abad-18, penempatan masyarakat Jawa di Malaya tidak dapat dikesan. Abad ke-19 merupakan zaman perubahan ekonomi dunia di kawasan Asia Tenggara khususnya kepulauan Melayu, pembekal utama bahan mentah kepada negara di Eropah. British di Tanah Melayu pada masa itu telah mengalami masalah kekurangan tenaga buruh berikutan kurangnya bilangan penduduk tempatan dan juga kurangnya minat penduduk tempatan untuk bekerja sebagai buruh-buruh kapitalis barat dan kerajaan. Justeru, British begitu menaruh harapan dan kepercayaan kepada penghijrahan buruh-buruh dari Indonesia melalui satu program yang telah diadakan melalui rancangan pembangunan pertanian dengan membuka kawasan-kawasan baru di luar bandar. Setelah mereka mendapat tahu Tanah Melayu mempunyai banyak peluang pekerjaan, merekalah orang yang paling ramai datang ke Tanah Melayu untuk bekerja sebagai buruh dan membuka hutan. Sikap masyarakat Jawa yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu sehingga membawa kejayaan telah menarik minat kerajaan pada masa itu untuk memberi hak penenempatan. Dan sehingga ke hari ini, populasi masyarakat Jawa telah bertambah di beberapa negeri termasuk Johor dan Negeri Sembilan. Juga, masyarakat Jawa kebanyakaannya tinggal di pantai barat berbanding pantai timur kerana pantai barat berdekakatan dengan mereka dan juga mempunyai tanah yang subur untuk mereka bercucuk tanam.
BAHASA PERTUTURAN Bahasa Jawa merupakan bahasa daerah terbesar pertama yang ada di Indonesia selain bahasa Sunda. Bahasa Jawa juga mempunyai banyak jenis dan ramai yang ingin mempelajari kerana keunikkan bahasa itu sendiri. Tambahan pula, dengan jumlah penduduk yang majoriti menggunakan bahasa Jawa sebagai bahasa perhubungan. Penggunaan bahasa jawa juga sangat meluas sehingga ke luar negeri. Orang Jawa juga mempunyai loghatnya tersendiri sepertimana orang Melayu. Ini mungkin terjadi kerana dipengaruhi oleh persekitaran masyarakat orang Jawa di daerah barat Pulau Jawa adalah berbeza dengan penduduk Jawa tengah yang terkenal dengan kesopanan dan kelembutan ataupun di Jawa Timur yang cenderung lebih kasar. KEAGAMAAN Masyarakat Jawa menganut agama seperti Islam, Kristian atau agama lain. Dalam kehidupan seharian, masyarakat Jawa banyak terpengaruh oleh ajaran dan kepercayaan Hindu dan Buddha dalam tradisi dan budaya mereka berikutan segelintir daripada kalangan mereka masih mewarisi agama nenek moyang mereka sehingga sekarang. Bagi yang beragama Islam, kebiasaannya bagi masyarakat Jawa ianya akan dibahagikan kepada dua golongan besar. Yang pertama dipanggil Santri iaitu golongan yang menganut Islam murni dan yang kedua ialah Abangan iaitu golongan yang menganut Islam. Masyarakat Jawa yang sebenarnya memang kuat beragama iaitu agama Islam dan percaya dengan kelebihan sembahyang, berdoa dan beribadah yang dapat memberi keyakinan kepada mereka untuk mendapatkan sesuatu.
Dalam adat masyarakat Jawa berkaitan upacara perkahwinan, terdapat adat-adat sebelum perkahwinan, adat istiadat ketika upacara perkahwinan dan adat-adat selepasnya. Sedikit sebanyak ianya mempuyai persamaan dengan budaya masyarakat Melayu. Tetapi adat dan istiadat kini menjadi kurang penting dalam kehidupan masyarakat moden berikutan kemajuan zaman dimana adat dalam upacara pernikahan sudah jarang dilakukan. ADAT PERKAHWINAN Namun begitu, adat–adat seperti pelamaran, seterusnya upacara pernikahan dan walimatul urus masih diamalkan. Permulaan bagi yang hendak berkahwin ianya dimulai dengan merisik. Kemudian, pelamaran iaitu seorang lelaki bersama orang tuanya akan pergi ke rumah si perempuan untuk sesi suai kenal dan menyampaikan lamaran secara lisan atau bertulis. Segala persiapan akan diketuai oleh ibu bapa pengantin perempuan yang akan menentukan apakah yang diperlukan sekitar berlangsungnya majlis. Semasa upacara pernikahan berlangsung, akad nikah merupakan upacara pernikahan agama dan secara rasmi. Bagi yang beragama Islam kebiasannya akan dilakukan di masjid ataupun di rumah. Bagi masyarakat Jawa, pengantin perempuan dikehendaki memakai kain dan kebaya putih yang halus sekali dan juga memakai bunga melati di rambutnya manakala pengantin lelaki pula akan dipakaikan blangkon. Ketika upacara ijab dan kabul, kedudukan pengantin lelaki perlu menghadap pengantin perempuan dan pengantin perempuan pula perlu duduk di tengah-tengah diantara ibu dan bapanya.
ADAT KELAHIRAN Amalan yang dilakukan bagi kebiasaan masyarakat Jawa ialah Selapan. Selapan merupakan majlis jamuan yang dilakukan semasa kandungan berusia tiga bulan yang bertujuan memastikan anak lahir dengan selamat. Seterusnyna lenggang perut. Masyarakat Melayu juga mengamalkan amalan ini dan kebiasannya akan dilakukan ketika kandungan berusia tujuh bulan yang bertujuan memastikan bayi berada di tempat yang sepatutnya sebelum dilahirkan iaitu bahagian kepala berada di pintu rahim bagi memudahkan proses kelahiran. Setelah bayi dilahirkan, tuan rumah akan menunggu ketibaan tetamu selama tujuh hari tujuh malam dan upacara ini dinamakan Muyi. Mengikut kepercayaan masyarakat Jawa, kaum perempuan akan datang menziarah pada waktu siang manakala kaum lelaki pula akan datang pada waktu malam. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka berpendapat bahawa si ibu akan bersifat lemah semangat pada waktu ini. Kemudian, amalan menanam uri dilakukan dan mengikut kepercayaan masyarakat Jawa, sekiranya si bayi mempunyai abang atau kakak, mereka perlu memijak uri tersebut bertujuan bahawa adik beradik tidak akan berkelahi dan sekiranya mereka bergaduh, hubungan mereka akan terputus. Amalan seterusnya ialah belah mulut dimanana bayi tersebut akan diberikan air zam zam, madu dan tamar sebelum diberikan susu ibunya. Selain itu, ibu yang baru melahirkan akan berpantang selama 40 hari dari segi pemakanan serta aktiviti harian. Sepanjang tempoh berpantang, si ibu dikehendaki memakai bengkung dan berurut.
MAKANAN TRADISI Nasi ambeng merupakan salah satu hidangan tradisional yang berasal dari budaya Jawa khususnya di Jawa Tengah dan Yogyakarta. Hidangan ini biasanya disajikan dalam acara-acara penting seperti kenduri, perayaan, dan acara adat lainnya. Nasi ambeng memiliki beberapa ciri khas yang mencerminkan kebersamaan dalam budaya Jawa. NASI AMBENG / AMBANG Nasi ambeng bukan hanya sekadar hidangan, tetapi juga memiliki makna dan filosofi yang mendalam dalam budaya Jawa. Penyajian nasi ambeng dalam porsi besar untuk dimakan bersama-sama mencerminkan nilai-nilai kebersamaan dalam masyarakat Jawa. Ini merupakan cara untuk mengeratkan hubungan sosial dan kekeluargaan. Hidangan yang berlimpah mencerminkan kemakmuran dan diharapkan membawa berkah bagi yang menikmati. Tempe merupakan makanan tradisional masyarakat Jawa. Tempe atau istilah lainya dikenali sebagai tempe daun pisang. Makanan ini sangat terkenal bukan sahaja dikalangan orang Jawa malahan juga oleh masyarakat lain. Penghasilan tempe mengunakan soya hanya boleh didapati di kawasan kampung. Cara penyediaannya sangat mudah di mana kita hanya perlu menyediakan kacang soya dan dibungkus dengan daun pisang atau plastik kemudian digoreng sehingga garing. Selalunya tempe yang dibungkus dengan daun pisang sangat lembut berbanding dengan tempe yang dibungkus dengan plastik. Namun demikian, tempe yang dibungkus dengan plastik amat sesuai digoreng kerana tidak mudah pecah. Tempe ini boleh disimpan dalam jangka masa yang lama dan boleh bertahan sehingga lebih enam bulan. Tempe ini juga merupakan makanan tradisi masyarakat Jawa yang sentiasa menjadi kegemaran dan pembuka selera. TEMPE
ASAL-USUL PERAYAAN RASMI KEPERCAYAAN
ASAL-USUL Merujuk kepada Kadazan Dusun Cultural Association yang merupakan badan bukan kerajaan yang bertanggungjawab mengekalkan kebudayaan masyarakat KadazanDusun agar tidak hilang ditelan arus zaman. [Guided by the meaning of Kadayan @ Kadazan as God created and divine spirited people and considering the term Dusun in essence means “stewards of the land” with diversity farms and “gardens in the forest”, combining the terms into Kadazandusun can appropriately define the meanings and purposes of the existential beings of the “Kadazandusuns” as “divine-human stewards of the land practicing bio-diversity agronomy”]. Dengan itu, istilah baru yang menyatukan 'Kadazandusun' telah dibentangkan, dibahaskan dengan teliti selama beberapa jam dan sebulat suara diluluskan sebagai resolusi semasa Persidangan Perwakilan Persatuan Kebudayaan Kadazan ke-5 pada 4 & 5 November 1989. Istilah "Kadazandusun" dengan itu sebulat suara diterima sebagai identiti generik alternatif terbaik serta pendekatan yang paling sesuai untuk menyelesaikan krisis identiti "Kadazan" atau "Dusun" berdasarkan kepada Resolusi KadazanDusun 2 (2004).
PERAYAAN RASMI KAAMATAN Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan, juga dikenali sebagai "Magavau" dalam bahasa Kadazan, adalah upacara khas untuk menghormati semangat padi, "Bambazon". Perayaan tradisi kaum Kadazandusun ini biasanya diadakan selepas musim menuai padi dan disambut sepanjang bulan Mei di peringkat daerah, dengan kemuncaknya pada 30 dan 31 Mei yang turut diraikan oleh semua kaum di Sabah. Perayaan ini berlangsung di Kampung Budaya – KDCA Hongkod Koisaan di Penampang, dengan acara utama ialah pertandingan ratu cantik "Unduk Ngadau". Selain itu, terdapat persembahan tarian budaya, sukan rakyat, pameran makanan tradisi, dan jualan kraftangan. Tarian Sumazau, yang ditarikan oleh lelaki dan wanita dengan pakaian tradisional, adalah salah satu acara menarik. Tarian ini melibatkan pergerakan tangan menyerupai kepak burung, diiringi paluan gong. Hidangan popular termasuk tapai atau "Kinomol", sejenis arak tradisional diperbuat daripada beras atau ubi kayu yang diperam, dan diminum menggunakan buluh kecil "Sumbiling" atau gelas buluh "Singgarung".
KEPERCAYAAN Pesta Kaamatan mencerminkan hubungan antara Tuhan Pencipta dan ciptaan-Nya, serta hubungan sesama makhluk. Ia merangkumi kasih sayang Kinoingan (Tuhan), keindahan ciptaan, penyucian dosa, dan konsep kasih pengorbanan untuk penyelamatan. Pesta ini melibatkan upacara seperti menyeru dewa, menenangkan, penyucian, pemulihan, penyatuan semula sosio-rohani, berkongsi hasil tuaian, dan kesyukuran kepada Sumber Segala. Upacara seruan dilakukan untuk menghormati Bambarayon, Dewa, Tuhan, dan Roh yang mungkin terluka oleh tindakan manusia. Penyucian memenuhi keperluan pengampunan dan menjadikan diri layak menerima anugerah kehidupan dari Tuhan. Pemulihan memastikan kesejahteraan Bambarayon dan roh lain. Penyatuan semula melibatkan integrasi roh Huminodun dalam Bambarayon dan keperluan manusia untuk disatukan dalam badan, minda, dan roh. Perayaan ini diakhiri dengan bacaan, nyanyian pujian, dan kesyukuran (Sugandoi) sebagai tanda terima kasih atas anugerah kehidupan dan sokongan hidup di bumi yang diberikan oleh Pencipta. Pesta Kaamatan memperingati "Kasih Teragung" di mana Kinoingan dan Sumundu mengorbankan anak mereka, Huminodun, untuk menyelamatkan kaum Kadayan dari kemusnahan akibat dosa.
MELAYU BUDAYA BANGSA ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU PERAYAAN RASMI ADAT PERKAHWINAN ADAT KELAHIRAN ADAT KEMATIAN
PENGENALAN Adat Resam Bangsa Melayu Adat dalam masyarakat Melayu merangkumi segala aspek kehidupan, termasuklah kelahiran, perkahwinan, kematian, dan pelbagai upacara serta perayaan. Adat resam ini diwarisi secara lisan dan amalan dari satu generasi ke generasi berikutnya, dan sering kali dipengaruhi oleh nilai-nilai agama Islam yang dianut oleh majoriti orang Melayu. Adat resam masyarakat melayu “Biar mati anak, Jangan mati adat” merupakan peribahasa Melayu yang menggambarkan kepentingan adat masyarakat Melayu. Peribahasa ini bermaksud orang yang kuat berpegang kepada adat. Tingkah laku dan kepercayaan dalam adat resam masyarakat Melayu dipengaruhi oleh budaya luar yang disesuaikan mengikut unsur-unsur Islam yang dibenarkan oleh syariat Islam.
PERAYAAN RASMI Bangsa Melayu Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim Tahun Islam. Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau. MAULIDUR RASUL HARI RAYA AIDIL ADHA Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: األضحى عيد' Eid Ul-Adha), Hari Raya Kurban atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. HARI RAYA AIDILFITRI Perkataan 'maulid' berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud hari lahir seseorang. Apabila disebut 'Maulidur Rasul', umum memahami ungkapan ini bermaksud hari keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan di Tanah Suci Makkah pada 20 April tahun Masihi 571 bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Oleh yang demikian, hari maulid ini dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Negara kita turut memuliakan dan merayakan hari maulid. Hari maulid ini menjadi hari cuti umum di negara kita kerana agama Islam merupakan agama rasmi di negara ini.
Adat PerkAHwinan MERISIK Adat ini dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki. Adat ini juga bertujuan untuk menyelidik ladat belakang seseorang gadis. Meminang/Bertunang Setelah mengetahui gadis tersebut tidak berpunya, Pihak keluarga lelaki akan menghantar rombongan peminangan. Keluarga akan menetapkan satu tarikh persetujuan untuk adat bertunang. Selepas perbincangan, majlis pertunangan dilangsungkan. Majlis kenduri akan diadakan di rumah pihak perempuan. Hantaran terdiri daripada tepak sirih sebagai bungkusan utama, sebentuk cincin dan hantaran lain. Akad Nikah Perjanjian yang mengikat antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri dengan syarat yang ditetapkan.
Adat Kelahiran Sewaktu Mengandung Melenggang perut adat ini juga dipanggil Kirim Perut atau Mandi Tian oleh masyarakat Melayu di bahagian utara semenanjung Malaysia. Upacara ini dilakukan kepada wanitan mengandung anak sulung ketika kandungan berusia 7 atau 8 bulan. Ia adalah untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil. Sewaktu Bersalin Persediaan ini akan diuruskan oleh keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya, kandungan ketika itu sudah cukup 9 bulan 10 hari. Mengikut kepercayaan, daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat tertentu dalam rumah bagi mengelakkan gangguan mekhluk halus. Kelazimnya, bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk kepada bayi akan melakukan ini. Sewaktu Lahir Tanggal pusat/cuci lantai. Di sesetangah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur di samping ibunya. Seelok-eloknya dilakukan pada hari isnin atau khamis. Selepas Lahir Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi. Namun, kebanyakan kanak-kanak perempuan disunat ketika berumur stahun atau lebih. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat sunat atau berkhatan ketika umur 8 hingga 12 tahun.
Adat Kematian Semasa kematian Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memberitahu Tok Imam. Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dengan sehelai kain. Kepala akan dihadapkan ke arah kiblat dan tangannya dikiamkan. Orang yang menziarahi si mati akan sedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Kebiasaannya, sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar. Mayat tersebut perlu dikebumikan secepat mungkin. Sebelum dikebumikan, mayat dimandikan dengan tertib. Jenazah seterusnya dikapankan, dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih. Bagi jenazah lelaki, mereka dibalut dalam 3 lapisan kain manakala jenazah perempuan sebanyak 5 lapisan. Jenazah juga dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus. Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga dan muhrim dibenarkan mengucup mayat tanpa menitiskan air mata pada tubuh jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid. Semasa Pengebumian Selepas Kematian Kenduri arwah dan doa selamat diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari 1, 3, 7, 44 dan 100 hari. Tujuannya, untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh. Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda, wakil akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun bagi pihak si mati. Jenazah seterunya diusung ke tanah perkuburan. Sebelum ditimbus, sesiapa yang hadir akan turun ke kubur dan membuka papan tutup keranda dan mengerengkan mayat serta membuka ikatan di kepala. kepala mayat akan disendal dengan tanah selepas diazankan ke telinganya. Barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus. Dua batu nisan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di atas kubur. Seterusnya, upaca membaca talkin akan dijalankan oleh Tok Imam. Selepas itu, air akan disiram atas kubur dan bunga rampai pula ditabur.
-TERIMA KASIH-