PENGHAYATAN ETIKA
DAN
PERADABAN(MPU21032)
NAME :
AISYAH NABIHAH BINTI ZAMRI (18DEV20F2025)
MUHAMMAD IRHFAN BIN MOHAMMAD FISOL(18DEV20F2007)
MUHAMMAD SHAHRIMAN BIN AZNI(18DEV20F2027)
ISI KANDUNGAN
MAKSUD VANDALISME
CONTOH GAMBAR VANDALISME
PUNCA DAN FAKTOR VANDALISME
KESAN VANDALISME
LANGKAH DAN USAHA MENGATASI VANDALISME
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN
VANDALISME?
Isu vandalisme sering dikaitkan dengan remaja sebagai pelakunya
namun kita tidak boleh menolak bahawa vandalisme ini juga
dilakukan oleh individu dari pelbagai peringkat umur. Vandalisme
ialah perbuatan membinasakan dan merosakkan harta benda
awam ataupun persendirian. Di negara ini, gejala vandalisme dilihat
semakin berleluasa serta membimbangkan. Hal ini kerana segelintir
daripada masyarakat kita bersikap lepas tangan dan tidak
bertanggungjawab terhadap semua kemudahan yang disediakan.
Malaysia mempunyai banyak tempat pelancongan menarik dan bersejarah
namun masalah vandalisme telah mencacatkan pemandangan serta
memberi tanggapan negatif khususnya kepada pelancong-pelancong di
dalam mahu pun luar negara. Kemajuan pembangunan negara tidak ada
gunanya jika rakyat tidak mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjaga
harta benda.
Terdapat beberapa jenis vandalisme di negara ini iaitu merosakkan harta
benda, menconteng, mencuri, mencemar, membakar dan sebagainya. Pada
kebiasaanya, kawasan yang menjadi tumpuan vandalisme adalah di tandas
awam, kawasan perumahan kos rendah, taman permainan dan lain-lain. Di
samping itu, mereka yang melakukan vandalisme ini mempunyai tiga tujuan
iaitu untuk mencuri dan mendapat keuntungan daripada sikap buruk
seseorang individu dan mengisi masa lapang.
MENGAPAKAH 1. Pengaruh rakan sebaya
VANDALISME
BERLAKU? Rakan sebaya merupakan orang terpenting kepada
(PUNCA DAN remaja, selain ibu bapa dan ahli keluarga. Rakan sebaya
FAKTOR – amat mempengaruhi tingkah laku seseorang, terutamanya
FAKTOR) bagi mereka yang menghadapi masalah dengan ahli
keluarga. Remaja yang memilih rakan sebaya yang
berkelakuan buruk, sedikit sebanyak akan terikut-ikut
dengan perlakuan tersebut. Melakukan kegiatan jenayah
seperti merosakkan harta benda awam atau harta benda
orang lain merupakan sesuatu yang mencabar. Jika rakan
yang didampingi sering melakukan perbuatan itu,
kemungkinan besar seseorang pelajar itu akan terjebak
sama. Jika mereka membentuk satu kumpulan dan ahlinya
bergiat dalam kegiatan itu, sekiranya ada antara mereka
tidak sanggup menerima cabaran rakan sekumpulan, ia
tidak akan diterima sebagai ahli lagi. Ini membuatkan
seseorang itu terpaksa turut serta dalam kegiatan itu.
2. Tekanan yang dihadapi dalam hidup
Dalam dunia yang penuh dengan cabaran, kebanyakan individu berhadapan dengan
pelbagai cabaran, termasuklah golongan pelajar. Ramai pelajar kini berasa amat
tertekan dengan harapan diri sendiri, ibu bapa dan pihak sekolah untuk memperoleh
kejayaan cemerlang dalam bidang akademik. Prestasi yang cemerlang dalam
peperiksaan ini menjadi ukuran pencapaian kejayaan seseorang. Bagi pelajar yang
lemah, ini merupakan tekanan yang amat berat yang perlu ditangani. Ketidakupayaan
menghadapi tekanan sedemikian memungkinkan mereka mengalih pandangan
kepada kegiatan yang negatif yang dinyatakan itu. Keadaan menjadi bertambah
buruk jika mereka juga berhadapan dengan masalah kewangan.
3. Pengabaian ibu bapa
Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk
peribadi anak-anak. Peranan ini harus dilaksanakan
secara berterusan dan perlu bermula sejak seseorang
anak itu masih kecil lagi. Kini, ramai ibu bapa sibuk
dengan tugas masing-masing dan peranan mendidik
anak-anak diserahkan kepada pengasuh, yang kadang-
kadang diberikan juga tugas lain seperti memasak dan
mengemas rumah. Keadaan ini menyebabkan anak-
anak terbiar dan apabila meningkat remaja mereka
berasa diri mereka disisihkan, tidak dipedulikan lagi serta
tidak dikasihi oleh ibu bapa. Oleh itu mereka tidak selesa
tinggal di rumah dan cuba mencari jalan untuk
mengatasi perasaan kecewa mereka dengan
meninggalkan rumah atau melarikan diri. Apabila mereka
berada di luar rumah, mereka terdedah kepada
pelbagai gejala buruk, termasuklah bergaul dengan
rakan yang telah pun bergiat dalam aktiviti vandalism
atau yang seumpamanya.
KESAN VANDALISME
Terdapat banyak kesan yang dapat dilihat oleh fizikal dan juga
emosi. Kesan vandalisme bukan dirasai oleh individu sahaja malah
masyarakat sekeliling dan negara juga memberi impak yang teruk
akibat perbuatan yang tidak bermoral dan menyusahkan semua
pihak. Vandalisme boleh memberi kesan kepada individu,
masyarakat,dan negara.
Kebanyakan individu yang melakukan vandalisme hanya untuk
melepaskan geram dan sesetengahnya untuk memenuhi kepuasan
hati. Hal demikian memberikan kesan kepada individu untuk
melakukan perbuatan yang sama itu lagi jika masalah ini masih
berterusan . Hal ini secara tidak lansung akan menyebabkan perkara
yang lebih teruk akan berlaku seperti merompak atau membunuh.
Vandalisme sering dipandang remeh oleh masyarakat setempat. Mereka hanya
berdiam diri sedangkan vandalisme berlaku di depan mata mereka. Akhirnya masyarakat
juga yang merana akibat aktiviti yang terkutuk itu. Masyarakat susah untuk membuat
perhubungan semasa dalam keadaan kecemasan. Contohnya telefon awam rosak
semasa rumah sedang terbakar. Selain itu, masyarakat tidak selesa ketika menggunakan
harta benda awam yang lain. Contohnya basah ketika menunggu bas kerana atap di
perhentian bas rosak sebab tidak dapat menghalang hujan yang turun. Contengan pada
dinding tandas awam memburukkan dan mendorong kepada generasi muda untuk
meniru gejala tidak sihat ini.
Banyak fenomena vandalisme yang boleh
menjejaskan mata memandang dan ini
sudah tentu menjejaskan imej negara
.Jumlah kerugian akibat perbuatan
vandalisme ini amatlah besar. Peruntukan
kewangan yang digunakan untuk mengganti
baru dan membaik pulih kemudahan-
kemudahan yang dirosakkan itu lebih baik
sekiranya digunakan untuk melaksanakan
projek lain yang lebih berfaedah. Hal ini
sudah tentu dapat memberi manfaat
kepada rakyat keseluruhannya.
USAHA-USAHA
MENANGANI
MASALAH
VANDALISME
Kerajaan melancarkan kampen cintai kemudahan awam.
Penguatkuasa undang – undang dilaksanakan dengan ketat.
Ibubapa dan guru – guru perlu mendidik golongan muda dibawah pengawasan
mereka dengan tegas.
Kesimpulannya , pihak kerajaan dan orang ramai hendaklah bekerjasama
menangani masalah vandalisme dalam kalangan masyarakat . Anggota
masyarakat perlu ada kesedaran tentang kewajipan menjaga kemudahan
awam . Dengan itu , kerajaan tidak perlu membazirkan wang yang banyak
untuk membaiki kerosakan kemudahan awam .