MINGGU
PENGURUSAN
PELAJAR
BAHARU
2021/2022
KOLEJ MATRIKULASI LABUAN
NAGNUDNAK ISI muka P E R K A R A
surat
01 KATA ALU-ALUAN PENGARAH
02 BAHAGIAN MATRIKULASI KEMENTERIAN
03 PENDIDIKAN MALAYSIA
KATA ALU-ALUAN PENGARAH KOLEJ
MATRIKULASI LABUAN
VISI,MISI & MOTTO KOLEJ
MATRIKULASI LABUAN
04 LAGU KOLEJ MATRIKUALSI
06 LABUAN
07
KML Perkasa
PERSEKITARAN KOLEJ
MATRIKULASI LABUAN
PANDUAN PENDAFTARAN
PELAJAR
JADUAL CERAMAH & TAKLIMAT
11 MPPB
JAWATAN KUASA INDUK MPPB
12
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH BAHAGIAN MATRIKULASI
Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat
bersama-sama menjayakan Pendaftaran dan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Tahun 2021/2022 Kolej
Matrikulasi Labuan. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah ditawarkan dan memilih untuk
mendaftar di Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sesungguhnya kehadiran
saudara di Program Matrikulasi merupakan langkah yang tepat bagi melengkapkan dan mempersiapkan
diri sebagai seorang cendiakawan berketrampilan, berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan mempunyai
sifat kepimpinan terpuji.
Program Matrikulasi merupakan program persediaan prauniversiti yang berteraskan Outcome Base
Education (OBE). Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) bermaksud dengan jelas memberi tumpuan dan
mengatur segala sesuatu dalam sistem pendidikan di sekitar apa yang penting bagi semua pelajar untuk
dapat berjaya dengan jayanya pada akhir pengalaman pembelajaran mereka. Ini bermaksud memulakan
dengan gambaran yang jelas tentang apa yang penting untuk pelajar dapat lakukan, kemudian mengatur
kurikulum, arahan, dan penilaian untuk memastikan pembelajaran ini akhirnya berlaku (Spady, 1994).
Pelajar matrikulasi seharusnya mampu untuk mencipta kecemerlangan yang lebih bermakna di Program
Matrikulasi dan seterusnya di Institut Pengajian Tinggi (IPT) nanti. Sehubungan dengan itu, pada tahun
2021/2022 ini, Bahagian Matrikulasi merencanakan pelbagai usaha agar pelajar berdaya saing di peringkat
kebangsaan mahupun antarabangsa.
Bagi membentuk modal insan cemerlang, saya menyeru semua pelajar baharu untuk mengikuti kaedah
pembelajaran yang diterapkan sebaik mungkin, bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum yang
dirancang serta mempertingkatkan kemahiran insaniah yang diperlukan oleh seseorang pelajar sebelum
melangkah ke alam universiti. Seluruh warga matrikulasi sentiasa bersedia memberi didikan, dorongan
dan bimbingan kepada semua pelajar bagi memastikan Program Matrikulasi terus unggul dengan
menjana pelajar berkualiti bagi mengikuti kursus-kursus kritikal.
Program Matrikulasi KPM adalah pembekal utama pelajar ke IPT dalam
bidang Science, Technology, Engineering, Mathematics (STEM),
Perakaunan untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah
pertama.Mulai 1 Januari 2017 semua lulusan Program Matrikulasi KPM
akan dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM dan layak memohon ke
jawatan gred 29 dalam perkhidmatan awam sepertimana
pemegang diploma atau STPM.
Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada
semua pelajar baharu Program Matrikulasi KPM tahun
2021/2022. Tetapkan tekad dan gandakan usaha, semoga
impian saudara untuk berjaya ke menara gading, dan
memperoleh segulung Ijazah akan tercapai sebaik
menamatkan pengajian di Program Matrikulasi.
Selamat Datang ke Program Matrikulasi KPM.
Wasalam.
DR. HAJAH ROSNARIZAH BINTI ABDUL HALIM
0011
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI LABUAN
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,
Segala puji pujian ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, dapat saya
menyampaikan sepatah dua kata dalam buku program Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Sesi
2021/2022 ini.
Sekalung penghargaan daripada saya dan warga Kolej Matrikulasi Labuan kepada semua lulusan SPM
2020 kerana telah menunjukkan kecemerlangan sekali gus ditawarkan untuk meneruskan langkah dalam
arena pendidikan di Kolej Matrikulasi Labuan. Saya merasa sungguh bertuah dan berbesar hati menerima
kehadiran para pelajar cemerlang dari seluruh negara meskipun negara diuji dengan pandemik Covid-19.
Dalam alaf baru yang mengutamakan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat di mana teknologi dan
aplikasi pendidikan dalam talian merupakan medium pembelajaran yang sangat penting. Kesediaan
pelajar menghadapi PdP norma baharu adalah sangat penting sejajar dengan keperluan PdP di peringkat
Kolej Matrikulasi seterusnya ke peringkat universiti. Kesediaan pelajar bukan sahaja dalam bentuk fizikal,
material malah kesediaan mental dan spiritual juga adalah penting.
Pada sesi kali ini pendidikan di matrikulasi menggunakan konsep pembelajaran jarak jauh atas kekangan
dan ancaman wabak Covid-19. Para pelajar hendaklah bersiap siaga bagi menghadapi cabaran dalam
pembelajaran. Fenomena baharu ini mungkin membuatkan kita berasa kekok pada mulanya, akan tetapi
akan menjadi kebiasaan yang baharu kepada pelajar dan pensyarah.
Kolej Matrikulasi Labuan telah bersiap siaga untuk melaksanakan norma baharu pendidikan seperti yang
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan pemerkasaan kemahiran dan pengetahuan
pensyarah serta melakukan beberapa perubahan dan penjajaran daripada aspek pengajaran, pentaksiran
dan penyampaian ilmu. Ini adalah bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berasaskan e-
pembelajaran mencapai piawaian global dan seterusnya meningkatkan kualiti pelajar.
Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, tahniah dan terima kasih
kepada semua Jawatankuasa Pelaksana Minggu Pengurusan Pelajar Baharu atas segala sumbangan
tenaga dan idea dalam menjayakan program ini dengan norma baharu. Segala pengorbanan dan curahan
keringat tuan puan membuktikan bahawa KML “simply the best”.
Akhir kalam marilah sama-sama kita berdoa agar negara kita dapat
bebas dari belenggu Covid-19 dan berharap agar kita dapat
menghadapi cabaran ini dengan mental dan fizikal yang kuat.
Sekian, Selamat Maju Jaya
Mohd Mahyuddin bin Mohd Noordin
0022
VISI KOLEJ MATRIKULASI LABUAN
MISI SEBAGAI PENERAJU
MOTO KECEMERLANGAN PELAJAR PRA-
UNIVERSITI
MENGHASILKAN PELAJAR
CEMERLANG AKADEMIK DAN
SAHSIAH KE INSTITUT
PENDIDIKAN TINGGI
KARISMA
Kekuatan atau semangat untuk
menjadikan suatu inspirasi
menjadi kenyataan
MADANI
Masyarakat yang seimbang dari
segi persediaan duniawi dan
akhirat
LUHUR
Suci dan bersih
03
KML PERKASA
Lagu : Encik Abdul Aziz Bin Ahmad
Lirik : Pak Mus & Mishard
Kolej Matrikulasi Labuan
Berteknologi berkemajuan
Di sini lahirnya para ilmuan
Demi agama, Negara dan watan
Beretika berakhlak mulia
Berusaha bersama-sama
Bergermelapan teras budaya
Bersemi subur ilmu bermakna
Kolej Matrikulasi Labuan
Memperkasa kecemerlangan
Menjadi kebanggaan watan
Putera putri mencapai wawasan
Kami genggam iktiar setia
Takkan undur setapak Jua
Kolej Matrikulasi Labuan
Semerbak harum seluruh negara
Gagah seantero dunia...
0044
KML PERKASA
Imbas kod QR atau layari link di bawah untuk mendengar lagu
Kolej Matrikulasi Labuan
https://youtu.be/l7wyEdbrk0c
0055
PERSEKITARAN KOLEJ
MATRIKULASI LABUAN
Imbas kod QR atau layari link di bawah untuk mengenali Kolej
Matrikulasi Labuan dengan lebih lanjut.
https://youtu.be/YkXP7gLeTfk
0066
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
BAHARU SESI 2021/2022
http://www.kml.matrik.edu.my/
https://matrikulasi.moe.gov.my/
https://t.me/joinchat/jzAxw_
BCQIk4NmY1
0077
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
BAHARU SESI 2021/2022
http://www.kml.matrik.edu.my/ http://www.kml.matrik.edu.my/
0088
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
SESI 2021/2022
0099
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
SESI 2021/2022
http://www.kml.matrik.edu.my/ http://www.kml.matrik.edu.my/
https://t.me/joinchat/jzAxw_BCQIk4NmY1
http://www.kml.matrik.edu.my/
https://t.me/joinchat/jzAxw_BCQIk4NmY1
http://www.kml.matrik.edu.my/
1100
JADUAL CERAMAH DAN TAKLIMAT
MPPB
1111
JAWATAN KUASA MPPB
JAWATANKUASA INDUK MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU SESI 2021/2022
KOLEJ MATRIKULASI LABUAN
Penasihat
Mohd Mahyuddin Bin Hj Mohd Noordin
Pengarah
Pengerusi
En. Mohd Samsol bin Paijo
Timbalan Pengarah
Timbalan Pengerusi
En. Masah bin Abu Mansor
Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar
Penyelaras
Pn. Zaenah Binti Suhaili
Pegawai Hal Ehwal Pelajar
Penolong Penyelaras 1
Cik Nor Azzaliza Binti Arob
Penolong Penyelaras 2
Pn. Zarina Binti Sana
Pegawai Kaunseling
Setiausaha
Cik Zaherah Binti Abdul Rahim
Penolong Setiausaha 1
En. Amirul Hafiz Bin Noor Haizat
Penolong Setiausaha 2
Cik Siti Nabila Binti Jamali
Bendahari
Pn. Noor Ainna Binti Abu Kassim
Pegawai Eksekutif Kanan
Penolong Bendahari
Pn. Dayang Suhaila Binti Md Alwee
Penolong Akauntan
Penyelaras Jawatankuasa
En. Masah bin Abu Mansor
En. Mohd Taib bin Hj Ibrahim
En. Mohd. Riedznan bin Sutrisno
En. Ridzuan Bin Mat Kassim
Urusetia
En. Meor Syazlan Haiqal Bin Mohamad Anuar
Pn. Jonaidah Binti Johan Shah
Pn. Rosni Binti Kadir
1122
Sekalung Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan Majlis Pendaftaran
Pelajar Baharu (MPPB) 2021/2022
1133
K arisma
M adani
L uhur
Kolej Matrikulasi Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Jalan OKK Daud, Merinding,
Peti Surat 81735,
87027 WP Labuan
Tel: 087-465311 Faks: 087-466500
www.kml.matrik.edu.my