SOALAN 4: BINCANGKAN CIRI-CIRI PENDIDIKAN ZAMAN KERAJAAN
UMAYYAH PADA ABAD KE-7 HINGGA 8 MASIHI.
Pendahuluan
1. Penddikan merupakan satu proses pengajaran dan pernindahan imu kepada manusia
untuk menjadi insan yang sernpurna serta mengabdikan diri kepada Allah.
2. Pendidikan pada zaman kerajaan Urnayyah mengalami perkembangan yang pesat
kerana galakan dan kecintaan para khalifah Umayyah terhadap bidang pendidikan,
Galakan ini ini telah membawa kepada perkembangan ilmu sama ada ilmu keagamaan
atau ilmu keduniaan.
3. Kemajuan yang terdapat dalam pendidikan pada zaman Umayyah mengcakupi pelbagai
bidang seperti pengajian sains. perubatan, sejarah, bahasa, dan kesusasteraan, qiraah,
tafsir, hadis. ilmu geografi dan penterjemahan.
4, Kemajuan yang telah dicapai pada zaman ini adalah berkait rapat dengan mantapnya
sistem pemerintahan Islam sebagai sebuah negara Islam.
Isi- isi utama
1. Dasar Pendidikan
Pada zaman kerajaan Umayyah, dasar pendidikan percuma dipraktikan untuk
golongan miskin di kuttab dan pengajian terbuka di masjid-masjid. Tiada sukatan
kurikulum yang khusus, namun ia berkaitan dengan ilmu fardu ain dan fardu
kifayah. Pendidikan formal berlangsung di istana dan kuttab (sekolah manakala
tidak formal berlaku di masjid. Kebanyakan umat Islam ghairah untuk menuntut
ilmu walaupun ianya tidak diwajibkan. Namun bagi putera khalifah ia merupakan
perkara wajib sama ada didatangkan guru khas ke istana atau dihantar ke pusat
Pengajian. Khalifah dan gabenor memainkan peranan penting dalam Perkembangan
pendidikan pada zaman ini. Kemunculan ilmu falsafah dan ilinu sejarah turut
menyumbang kepada perkembangan pendidikan.
Contohnya, pada zaman khalifah Umar Abdul Aziz kerajaan bani Umayyah telah
berkembang dengan meluas. Khalifah sendiri memainkan peranan penting untuk
membantu menyebar luas agama islam ke seluruh Negara di bawah kerajaan
umayyah. Khalifah Ummar abdul Aziz melihat bahawa ilmu pengetahuan yang luas
dan mendalam diperlukan untuk tujuan penyebaran agama islam.
Tegasnya, dasar pendidikan kerajaan Bani Umayyah lebih mementingkan
pendidikan untuk kemajuan rakyatnya dan penyebaran agama secara menyeluruh.
2. Institusi Pendidikan
Pada zaman Umayyah terdapat tiga buah institusi pendidikan yang penting iaitu
masjid, istana khalifah dan sekolah yang dikenali sebagai al-kuttab. Kurikulum
yang diajar di masjid adalah ilmu-ilmu naqli seperti ilmu tafsir dan hadis Kaedah
yang digunakan ialah syarahan bebas.
Masjid-masjid di Makkah, Madinah dan Damsyik merupakan pusat perkembangan
dan penyebaran ilmu agama. Masjid di Basrah Dan Kufah merupakan pusat
pengajian bahasa dan nahu secara saintifk ekoran pengislaman bangsa bukan Arab
Istana khalifah turut menjadi pusat pendidikan yang berfungsi sebagai tempat
belajar dan juga perpustakaan bagi putera-putera khalifah dan anak-anak
pembesar.Guru-guru yang berpengalaman dijemput khas termasuk guru bukan
Islam, Antara matapelajaran yang diajar adalah sejarah, sastera, ilmu pidato dan
akhlak. Kuttab merupakan sekolah permulaan yang menekankan pengajian alQuran
dan asas ilmu agama sebagai persediaan ke tahap halaqah yang diadakan di masjid.
Pada zaman Umayyah ada dua jenis kuttab iaitu yang kuttab untuk orang awam
yang dikenakan yuran dan kuttab al-Sabil untuk kanak-kanak miskin secara
percuma.
Jelas menunjukkan bahawa insitusi memainkan peranan penting dalam
perkembangan pendidikan di zaman Umayyah.
3. Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar pada zaman Umayyah akan dibayar gajinya oleh kerajaan dan ada
juga yang berkhidmat secara sukarela. Guru-guru di ketiga-tiga institusi terdiri
daripada pelbagai mazhab yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang
mengikut tahap pendidikan masing-masing. Minat pelajar bergantung kepada
kewibawaan guru menyampaikan ilmunya.
Guru-guru di masjid terdiri daripada golongan ulama yang mengajar dengan
ikhlas ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran, Guru-guru yang mengajar di
istana khalifah dikenali sebagai muaddih yang bertanggungjawab mengajar
kerabat diraja dan pembesar berkenaan sahsiah.
Antara tokoh ulama yang terkenal yang mengajar di Mekah ialah Abdullah
bin Abbas yang mahir ilmu tafsir, hadis dan fiqh. Ulama lain, seperti Abu
Musa Asya’ari dan Hasan al-Basri.
Tenaga pengajar memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu.
4. Bidang-Bidang Pengajian
Bidang-bidang pengajian yang paling berkembang adalah pengajian ilmu
keagamaan seperti tafsir al-Quran, hadis, fiqah dan sebagainya. Pengajian seni
Muzik dan puisi bertemakan cinta dan kasih sayang berpusat di kota Mekah,
Madinah dan Damsyik. Penggubalan syair merupakan bidang yang paling
diminati berbanding disiplin ilmu lain. Pengajian ilmu kesusasteraan dan ilmiah
berkembang di masjid-masjid di kota Basrah dan Kufah. Pu isi memainkan
peranan penting untuk menyampaikan mesej dan propaganda kerajaan. Penyair
diberi layanan istimewa kerana dapat membangkitkan semangat jihad dan
meninggikan seseorang khalifah. Antara tokoh penyair terkenal ialah Qays bin
Mulawa iaitu pengarang karya Laila dan Majnun. Pengajian sains dan perubatan
turut berkembang pesat hingga melahirkan tOkOh perubatan seperti Ibn Usal.
Aktiviti terjemahan kitab perubatan turut giat dijalankan. Pendidkan seni ukir dan
seni pahat turut mendapat tempat dimana banyak ukiran ayat al-Quran dan hadjs
di istana, mimbar , mihrab dan menara masjid.
Bidang-bidang yang wujud memberi kesan kepada perkembangan pendidikan
zaman Umayyah.
5. Bandar—Bandar Utama Sebagai Pusat Perkembangan Pendidikan
Banyak bandar yang menjadi pusat perkembangan pendidikan, intelektual
dan tarnadun Islam.
Bandar Madinah, Basrah dan Kufah menjadi tumpuan manusia untuk
mempelajari Bahasa Arab. Bandar Basrah menjadi bandar penting dan
Iahirnya tokoh seperti Aswad Du'ali dan Khalil Ibn Ahmad tokoh nahu Arab
yang masyhur.
Kewujudan bandar menjadikan pendidikan lebih berkembang pesat.
Kesimpulan.
Penglibatan khalifah dan sumbangan para ulama merupakan factor penting
perkembangan pesat bidang pendidikan pada zaman Umayyah.
Kemajuan yang dicapai menjadi asas kepada tamadun politik, ekonomi dan
sosial umat Islam. Pemerintahan bani umayyah yang mementingkan
pendidikan telah mempelbagaikan mata pelajaran yang diajar di institusi
pendidikan. Selain daripada ilmu agama seperto fiqah, tauhid, tafsir al-Quran
dan hadis, mata pelajaran lain yang diajar ialah ilmu hisab, sejarah, sastera,
ilmu perubatan, kesenian dan falsafah.
Walaupun kerajaan bani umayyah telah ditumbangkan dalam revolusi
abbasiyah, namun sistem pendidikan terus kekal dan dijadikan contoh untuk
perkembangan seterusnya.