KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 TAHUN 2023 ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK TUDM SUBANG Tarikh : 25-27 Julai 2023 Hari : SelasaKhamis Tempat : Dataran Ibnu Sina, SK TUDM Subang SEKOLAH KEBANGSAAN TUDM SUBANG كيمبيستاريصالة
PENGENALAN Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Oleh itu, pihak Panitia Pendidikan Islam SK TUDM Subang telah mengambil inisiatif merancang untuk menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS). Program ini merupakan sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat. Secara khususnya, program ini merupakan satu usaha penting untuk memperkasakan amalan wuduk dan solat untuk murid-murid yang masih kurang menguasai dalam melaksanakan perkara fardhu ain. Penghayatan amali wuduk dan amali solat yang berkesan memungkinkan murid-murid akan lebih yakin dan mantap segi rohani, jasmani dan intelek dalam penghayatan secara berterusan.
OBJEKTIF Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar. Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat berjemaah Murid dapat melafaz Azan dan Iqamah dengan betul Menanam sikap tanggungjawab untuk melaksanakan solat fardhu sebagai ibadat yang wajib dalam kehidupan harian. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang sempurna sama ada solat secara bersendirian ataupun berjemaah. 1. 2. 3. 4. 5. 6.
AJK INDUK Pengerusi Pn Saniah Binti Abdul Karim (Guru Besar ) Timbalan Pengerusi Pn Siti Ruhaiza Binti Mohd Siran (PK Kurikulum) Pn Fadzilah Binti Zainu Hasri (PK Kokurikulum) En Zaidi Bin Zakariya (PK Hal Ehwal Murid) Pn Rasidah Binti Abd. Rashid (PK Petang) Noor Azman bin Hashim (PK Pendidikan Khas) Penyelaras Pn Suhaina Binti Saad Pen. Penyelaras Pn Nurul Huda Binti Nazir Setiausaha Pn Sofiyah Binti Ahmad Subki
AJK PELAKSANA PENYELARAS TAHUN Tahun 1 :Pn Nurhanina Farahani Binti Hassan Tahun 2 : Pn Umi Natrah Binti Long Tahun 3 : Pn Noraida Binti Harun Tahun 4 : Pn Norafiqah Binti Roselan Tahun 5 : Pn Sofiyah Binti Ahmad Subki Tahun 6 : En Lutfi Bin Juwaini@ Zaini SIARAYA DAN P.A SYSTEM En Shamsul Amir Bin Abd Hamid En Norhafizah Binti Baharudin PERSIAPAN TEMPAT En Mohd Azizi Bin Mohd Yaacob Pn Yasmin Binti Yahya Pn Hjh. Sabariah Binti Abu Samah MENGEMAS TEMPAT En Yusmizi Bin Che Harun GPI & GBA D DISIPLIN Semua guru FASILITATOR GPI, GBA dan guru beragama Islam BUKU PROGRAM Cik Paridah Hanum Binti Sakip BAHAN MODUL Pn Zati ‘Adliah Binti Abd Latif En Nik Mohd Arif Bin Laisal Jamal MAKANAN MURID Pn Norrahayu Binti Mohammed Pn Noraini Binti Abdullah Pn Nabilah Husna Binti Kamaruddin Pn Hjh. Zamzam Binti Isa
TENTATIF PROGRAM SESI PAGI 7.45 pagi : Taklimat dan pembahagian kumpulan (mengikut kelas) 8.15 pagi : LDK 1 (Anggota, niat dan cara berwuduk) 9.00 pagi : Rehat 9.20 pagi : Amali wudhuk 10.30 pagi : LDK 2 ( Niat solat ) 11.00 pagi : LDK 3 (Bacaan dalam Solat) 11.30 pagi : LDK 4 (Amali Solat berjemaah) 12.30 petang : Bersurai SESI PETANG 1.00 petang : LDK 1 (Anggota, niat dan cara berwuduk) 2.00 petang : LDK 2 ( Niat solat ) 2.30 petang : Rehat 2.50 petang : LDK 3 (Bacaan dalam Solat) 3.30 petang : LDK 4 (Amali Solat berjemaah) 6.20 petang : Bersurai