The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN BMMB3283 - KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR AÕIN BINTI IDRUS IPG-Pelajar, 2024-02-19 12:40:15

GELAGAT SI RUBAH

TUGASAN BMMB3283 - KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

AIN IDRUS | BM F


Di dalam sebuah hutan terdapat seekor rubah yang sangat nakal. Dia sering membuli dan mengejek haiwanhaiwan yang lain tanpa mempedulikan perasaan mereka. Perkara ini menyebabkan haiwan-haiwan lain tidak senang akan sikap Si Rubah. GELAGAT SI RUBAH


Pada suatu hari, Arnab, Kura-Kura dan Tikus sedang bermain bola di tepi sungai dengan gembira. Akibat terlalu seronok bermain arnab menanduk bola itu dengan kuat. “Alamak jauhnya bola itu bergolek” kata Arnab. Bola itu kemudian bergolek berhampiran Si Rubah yang lalu di kawasan tersebut. “Rubah boleh tolong kembalikan bola itu” kata Arnab. Dengan niat yang jahat Rubah berkata “eh boleh, kejap aku kembalikan”. Namun Si Rubah membuang bola tersebut ke dalam sungai. “Nah ambillah, HA, HA, HA” Si Rubah ketawa dan berlalu pergi dari situ. Akibat perbuatannya itu membuatkan Arnab, Tikus dan KuraKura berasa marah. “Eh jahat kan Si Rubah itu” kata Arnab. “Hah betul tu, Rubah suka buli kita” kata Tikus pula. Kura-Kura membalas “Tak apalah, itu kan memang perangai Si Rubah biar kan jelah, jangan dilayan Si Rubah itu”. Akibat hari sudah malam ketiga-tiga haiwan itu berjalan pulang dengan perasaan kesal dari perbuatan Si Rubah.


Namun sikap Si Rubah tidak berakhir di situ sahaja. Si Rubah terus membuli dan megejek haiwan-haiwan lain di hutan itu. Keesokannya, Si Rubah keluar mencari makanan, di pertengahan jalan, Si Rubah terserempak dengan Sang Gajah yang sedang makan di bawah pohon yang rendang itu. “Eh si gempal tengah makan ka tu” sindir Si Rubah. Sindiran Si Rubah menyebabkan Sang Gajah berhenti dari makan dan terus berlari meninggalkan Si Rubah dengan hati yang terluka. Akibat sikap Si Rubah yang sering membuli dan mengejek haiwan lain menyebabkan kehadirannya tidak disenangi oleh haiwan-haiwan di hutan itu. Disebabkan itu, haiwan-haiwan lain mula menghindari dari bertembung atau berjumpa dengan Si Rubah.


Tibalah musim perayaan di hutan itu, Arnab, Tikus, Kura-Kura, Sang Gajah dan haiwan-haiwan lain berkumpul tanpa kehadiran Si Rubah untuk berbincang bagi mengadakan festival makanan di hutan tersebut. “Eh, mari kita bahagikan tugas-tugas, kerja kita akan lagi mudah kalau kita bekerjasama” kata Arnab. “Ya betul itu, kerja kita juga akan lagi cepat siap” kata Kura-kura pula. “Betul tu, tapi kita kena rahsiakan perkara ni dari Si Rubah, kalau tak nanti mesti Si Rubah rosakkan festival ini” tambah Sang Gajah pula. Haiwan-haiwan lain bersetuju dengan pendapat Sang Gajah. Mereka mula membahagikan tugas-tugas bagi menjayakan festival makanan itu. “Tikus, Kura-kura awak berdua hias tapak festival boleh ka? Tanya Arnab. “Ya Arnab baiklah” jawab Tikus dan Kura-kura. Manakala haiwan yang lain mula mengumpul makanan untuk dibawa ke tapak festival itu.


Festival, festival dah dekat Festival kami datang Sama-sama kita membantu Sama-sama kita membantu untuk festival Apa yang penting ? Kerjasama Apa yang penting? Kerjasama Festival, Festival kami datang Sama-sama membantu itu memudahkan Kami tak besar dan kami tak kuat Bila bekerjasama semua jadi mudah Yeyyyyy Festival, Yeayyy Haiwan-haiwan itu bernyayi dengan gembira sambil melakukan kerja-kerja untuk festival yang akan datang. Lirik Asal: Wonderpets


Haiwan-haiwan di hutan itu mula sibuk menyiapkan persiapan festival. Hal ini menyebabkan Si Rubah berasa pelik kerana hutan menjadi sunyi. Si Rubah berjalan sambil mencari haiwan-haiwan lain. “Mana semua haiwan, kemana mereka pergi ?” soal si Rubah di dalam hatinya. Si Rubah mula berasa bosan kerana tidak dapat membuli dan megejek haiwan lain seperti kebiasaannya. Sudah lama Si Rubah berjalan dia merasa letih dan ingin berehat di bawah pohon berhampiran sungai.


Tiba-tiba Buaya mengahampiri Si Rubah yang berseorangan di bawah pohon itu. “Eh Rubah kau seorang saja?” tanya Buaya. Rubah hanya menganggukkan kepalanya sahaja. “Buaya kau ada lihat haiwan-haiwan lain tak?” tanya Rubah. “Eh Rubah, kau tidak tahu ka haiwan-haiwan lain kan sedang sibuk mempersiapkan festival” kata Buaya. “Kau tak tahu ka Rubah” tanya Buaya lagi. “Hah apa festival? Kenapa aku tidak diberitahu” soal Rubah. “Oh patut la kau keseorangan kau tidak tahu rupanya” tambah Buaya lagi. “Kau tahu di mana tapak festival itu” tanya Rubah kepada Buaya. Buaya pon memberitahu di mana festival itu akan diadakan.


Dengan rasa marah Rubah terus berlalu pergi. “Aku tidak diajak ke festival, ini tidak boleh jadi aku harus lakukan sesuatu” kata Si Rubah di dalam hati. Si Rubah yang berada di sarangnya terus memikirkan apa yang perlu dia lakukan untuk menghancurkan festival itu. Dia merancang sesuatu yang sangat jahat. Malam sudah pon tiba, Si Rubah yang berniat jahat menyiapkan peralatan yang perlu dibawa untuk meneruskan rancangannya. Dengan perlahan-lahan Si Rubah berjalan menuju ke tapak festival itu. Si Rubah berjengket-jengket supaya kehadirannya tidak diketahui haiwan-haiwan lain. Setetelah tiba di tapak festival itu, Si Rubah menyiapkan peralatannya. “Ini balasan kerana tidak mengajak aku ke festival” kata Rubah sambil ketawa sinis. Dia menyalakan api menggunakan mancis yang telah dibawanya. “Zassssss api semakin marak”, tanpa rasa bersalah Si Rubah membakar tapak festival itu.


“Arnab, Tikus, Kura-Kura” jerit Sang Gajah. “Hah kenapa ni Gajah” tanya Arnab. “Tapak Festival kita tu”. belum sempat Gajah menghabiskan kata-katanya, Tikus terus mencelah. “Kenapa Gajah ada masalah ka” tanya Tikus. Gajah terus menjawab “terr, terr, terbakar, tapak festival kita dah terbakar” jerit Sang Gajah. “Apa terbakar, macam mana boleh terbakar” tanya Kura-Kura dengan terkejut. “Tak tahu aku tiba di sana tadi, tapak tu dah terbakar” kata Sang Gajah. Arnab terus mencelah “Takpa mari kita ke sana, kumpul semua haiwan-haiwan. Mereka pon bergerak ke sana dengan perasaan penuh dengan tanda tanya.


Habis semua terbakar menyebabkan semua haiwan berasa sedih dan kecewa. “Siapa yang bakar tempat ni” marah Arnab. Tiba-tiba Kura-Kura terdiam melihat ke suatu arah. “Eh kawan-kawan bukankah itu” kata Kura-kura. “Itu kan tapak kaki Si Rubah” jawab Tikus. Semua pon melihat ke arah tapak kaki itu. “Dah agak ini semua perbuatan Si Rubah, kita tidak boleh biarkan Si Rubah tu” kata Arnab. “Betul tu Si Rubah dah melampau, makin dibiar makin menjadi-jadi sikap Si Rubah tu” kata Sang Gajah. Haiwan lain turut mengiyakan kata-kata Sang Gajah. “Kita kena buat sesuatu untuk bagi pengajaran kepada Si Rubah” kata Arnab. “Betul tu kita kena berbuat sesuatu” kata haiwan-haiwan lain. “Mari kita halau Si Rubah dari hutan ni” kata Tikus. “Betul tu aku setuju” jawab Sang Gajah. Haiwan-haiwan lain berkumpul untuk halau Si Rubah. Si Rubah yang berada di sarangnya tidak tahu akan hal tersebut.


Arnab, Tikus, Kura-Kura dan haiwan-haiwan lain menuju ke sarang Si Rubah dengan perasan yang marah. Setelah mereka tiba, mereka memanggil Rubah untuk keluar dari sarangnya. Si Rubah keluar dan terkejut dengan kehadiran semua haiwan itu. “Rubah pergi kau dari sini” kata Arnab. “Kami tidak mahu kau ada di hutan ni” kata Tikus pula. Rubah terdiam dan tidak boleh melakukan apa-apa kerana haiwan-haiwan itu terlalu ramai. Si Rubah menjadi takut melihat muka marah haiwan-haiwan lain. “Pergi kau dari sini” kata haiwan-haiwan itu dengan nada yang marah. “Baaaaa, baik aku akan pergi, jangan apa apa kan aku” kata Rubah. Si Rubah terus berlari meninggalkan hutan itu dengan keadaan yang takut. Perbuatannya itu akhirnya memakan dirinya sendiri. Sejak dari itu haiwan-haiwan lain hidup dengan tenang dan bahagia tanpa gangguan dari Si Rubah.


TAMAT


Click to View FlipBook Version