2.6 KESIMPULAN DAN REFLEKSI
Secara keseluruhannya saya berasa gembira dan bersyukur dapat mengikuti
program sangkutan industri pensyarah di Hotel AKAR Beach Resort ini kerana saya
dapat mengetahui banyak perkara baru berkaitan pengurusan acara (event management)
dari awal perancangan sehingga tamat aktiviti dapat difahami dengan jelas. Bukan
sahaja pengetahuan mengenai teori dan praktikal sahaja yang menjadi kepentingan
malah perkara berkaitan holistik dan softskill dapat dipelajari. Sebarang pertanyaan
khidmat rundingan dan layanan baik melalui komunikasi yang jelas dan berprinsip
menjadikan perniagaan ini dapat bertahan tatakala ekonomi pelancongan di era
endemik dan menunjukkan ekonomi semakin pulih.
Pemerhatian saya terhadap cara komunikasi mereka yang sentiasa menyambut
dengan perkataan ‘ya betul’ dapat memberikan motivasi positif kepada komunikasi
seterusnya. Sentiasa menyatakan perkara yang positif dahulu kepada pelanggan
sebelum memberi penerangan dan penjelasan kepada lain-lain perkara. Keputusan yang
pastinya ia akan memihak kepada kepentingan dan prinsip syarikat. Sudah tentu faktor
pencapaian keuntungan merupakan faktor utama yang diberi penumpuan tetapi untuk
menetapkan keuntungan sentiasa meningkat, keadaan hotel sentiasa memerlukan
penyelenggaraan yang berterusan.
Sikap positif pekerja terhadap ketua akur dan faham terhadap arahan dan cara
kerja teratur memudahkan setiap bahagian dapat diurus dan dikendalikan dengan cekap
bergerak seiring mengikut penjadualan yang ditetapkan. Penyampaian maklumat mesti
tepat tiada kesalahan bagi mengelakkan kerugian dan keadaan kelam-kabut.
Secara peribadinya saya merasa bangga kerana perniagaan perhotelan AKAR
Beach Resort ini merupakan satu-satunya hotel milik Melayu bumiputera yang berjaya
di Port Dickson ini. Walaupun saiz keluasan hotel ini sama seperti kawasan lot
bungalow tetapi bangunannya telah dinaik taraf menjadi antara resort pilihan pelancong
40
yang datang ke Port Dickson. Banyak lagi penambahbaikan yang masih dalam
perancangan pihak pengurusan di masa akan datang terutamanya dari segi tambahan
perkhidmatan dan fasiliti supaya hotel ini terus berdaya saing naik seperti hotel-hotel
lain.
Sekali lagi diucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam pengurusan SIP pensyarah terutamanya pihak JPPKK Bahagian Kecemerlangan
Staf, Pengarah Politeknik Port Dickson, Ketua Jabatan Perdagangan, Ketua Program
Diploma Sains Kesetiausahaan dan pihak AKAR Hotel Resort Port Dickson serta
cawangan di Kuala Lumpur. Peluang diberikan untuk SIP ini dapat mendedahkan
pensyarah dengan dunia perniagaan sebenar yang lebih fokus kepada tanggungjawab
dan peranan untuk mencapai objektif sebenar yang dikehendaki. Semoga apa yang
diperolehi dapat diimplemenkan di dalam institusi dan pembelajaran sepanjang hayat
pensyarah.
41
LAMPIRAN
Pensyarah telah menjalani SIP di AKAR Beach Resort Port Dickson bermula 1-29 Julai 2022
Pegawai Operasi, Puan Nursazliyana Mohadi selaku penyelia industri semasa SIP
42
Antara kursus seminar yang berlangsung di AKAR Beach Resort Port Dickson,
Bengkel Peningkatan Kemahiran ICT Dalam Pdpc, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Ngeri Sembilan (JHEAINS) pada 5 hingga 7 Julai, 2022 di Dewan Perdana Hall
Penyelia (kiri) bersama dua orang pegawai dari Majlis Perbandaran Port Dickson sedang
membuat pemantauan dan pemeriksaan untuk penyambungan perlesenan premis makanan
43
Pensyarah (kiri) bergambar bersama penyelia dan dua orang pengurus cawangan ketika
membuat kunjungan berkala ke AKAR Beach Resort Port Dickson baru-baru ini.
Gambar menunjukkan petugas front office, Pn Norlida sedang menguruskan proses pendaftaran
masuk secara online
44
Penyediaan meja hi-tea di luar bilik dewan
Pihak hotel boleh hadiah cenderahati mengikut tema atas permintaan pelanggan
45
Antara kerja-kerja senggaraan berkala yang dilakukan oleh pihak kontraktor luar ke atas premis hotel
Kerja pembersihan kolam mandi dan pemeriksaan keselamatan lif oleh DOSH dan pihak OTIS
(kontraktor)
46
Kerja pemeriksaan air kumbahan dan pembaikpulih peralatan yang dirasakan perlu ditukar atau
diperbaiki sedang dijalankan
Antara sistem pengkelasan item yang telah dikemaskini dan fail kertas yang perlu diperbaiki
segera oleh pihak pentadbiran
47
Premis makanan yang telah mendapatpersijilan ‘A’ daripada pihak Majlis Perbandaran Port
Dickson
Lawatan 2 hari ke cawangan AKAR Hotel di Jalan Raja Uda, Kampung Bahru,
Kuala Lumpur dan AKAR Hotel Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
48
Sesi pertemuan bersama pengurus cawangan AKAR Hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur, En. Muhammad Shakir Bin Dato’ Hj Abdul Karim (t-shirt hitam)
Gambar kenangan bersama penyelia dihari terakhir menjalani SIP di AKAR Resort Port
Dickson
49