Sejarah Kewujudan Bukit Larut
Keindahan Flora & Fauna
Bagaimana naik Ke Bukit Larut
Sidang Pengarang
Assalamualaikum dan salam
sejahtera
Mohd Hafiz bin Haji Ghani – 243932 Alhamdulillah dan syukur ke
Ketua editor hadrat ilahi di atas keizinan-Nya
untuk menyiapkan E-Buletin
Aisamuddin Akmal bin Amin – 243883 berkaitan Bukit Larut, Taiping,
Krew editor Perak.
Mohamad Alif bin Jaafar- 243451 Penerbitan buletin ini merupakan
Krew editor wadah paparan grafik berkaitan
tarikan Bukit Larut. Buletin ini
juga merupakan hasil usaha kami
yang tidak berputus asa dalam
menyiapkan warkah bermakna ini.
e-Belutin ini disediakan adalah
untuk tujuan pendidikan sahaja
bagi Modul SBLM 1023 Pengantar
Penulisan.
Akhir kata dari kami, diharapkan
dengan penerbitan buletin secara
maya ini dapat membantu
menyemai semangat membaca
dalam kalangan masyarakat
Malaysia.
Mohd Fauzi bin Mohd Ishak- 243930
Krew editor
Artikel Utama
Sejarah George Maxwell Residen British
Kewujudan Bukit
Larut
Bukit Larut merupakan antara salah satu
kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri
Perak.
Bukit Larut atau nama lain buatnya adalah
Bukit Maxwell dinamakan sempena residen
British pada ketika itu yang bernama
George Maxwell pada tahun 1880.
Pada asalnya, bukit ini digunakan sebagai
tempat untuk berehat buat pegawai-
pegawai British di Malaya yang ingin
melarikan diri dari kepanasan cuaca tropika
pada zaman tersebut.
Pada waktu siang suhu puncak Bukit Larut
boleh mencecah antara 15 hingga 25 darja h
Celsius dan boleh mencecah 10 darjah
Celsius pada waktu malam.
Menurut Rosli (2020), pada zaman penjajah
akses jalan untuk ke puncak cukup sukar
dan tidak berturap dengan jalan tar. Oleh
itu, pegawai-pegawai British yang ingin
mendaki ke puncak perlu berjalan kaki
merentasi hutan sejauh 13 km atau
menunggang kuda padi ataupun menaiki
tandu yang diusung.
Tugu Sejarah
Sebagaimana kita sedia maklum, Bukit
Larut adalah terletak dalam kawasan
yang paling lembap di Malaysia. Hampir
setiap hari waktu petang, hujan bukit
akan turun di kawasan ini sehingga
mencapai 6,000 milimeter setiap tahun.
Oleh itu, tidak hairanlah kawasan
Taiping disebut sebagai kawasan
tadahan hujan di Negeri Perak.
Pada tahun 1942 akibat Kekalahan
tentera British di tangan tentera Jepun
menyebabkan pemerintahan di Tanah
Melayu turut bertukar tangan. Kerana
kedudukan yang strategik, Taiping
dijadikan sebagai pusat pemerintahan
Jepun untuk Negeri Perak dan
Indonesia.
Semasa itu, untuk mendaki ke puncak
Bukit Larut mereka perlu di usung
menaiki tandu atau menunggang kuda
padi. Oleh itu, bagi memudahkan
perjalanan pegawai Jepun ke puncak
Bukit Larut mereka telah memaksa
tawanan perang untuk membina jalan
yang berturap.
Dengan menggunakan jalan yang
dibina tersebut perjalanan puncak bukit
mengambil masa selama 30 hingga 40
minit dengan melalui jalan sempit dan
melalui 72 selekoh berliku tajam
dilereng bukit.
Keindahan Flora
Dan Fauna
Bukit Larut adalah tempat menarik di Taiping yang
sangat popular. Ramai pelancong asing yang
berkunjung ke Bukit Larut menyamakan bukit
tersebut seperti kawasan peranginan di Switzerland.
Oleh itu, tidak hairanlah bukit tersebut menjadi
salah satu tempat warisan dan sejarah di Bandar
Taiping. Selain menjadi destinasi pelancongan dari
dalam dan luar negara, ia juga menawarkan aktiviti
mendaki bukit.
Bukit Larut menjadi kawasan mendaki yang popular
di Negeri Perak kerana memiliki hutan semula jadi
yang kaya dengan flora dan fauna. Suasana yang
tenang dengan udara yang segar sudah tentu
mendamaikan setiap jiwa yang datang ke sini.
Jumlah spesies tumbuhan tanah tinggi yang telah
ditemui di Bukit Larut pada tahun 2014 adalah 621
spesies tumbuhan tanah tinggi yang terdapat di
Semenanjung Malaysia. Antara kumpulan tumbuhan
yang paling popular yang terdapat di Bukit Larut
ialah Dicotyledons (410), Monocotyledons (192),
pakis (14) dan Gymnosperms (5).
Manakala bagi kumpulan haiwan, berdasarkan data
yang sama, Bukit Larut menempatkan 27 mamalia,
227 burung dan 9 spesies reptilia, dengan satu
spesies mamalia, harimau Indochina (Panthera
tigris corbetti) diklasifikasikan sebagai terancam
oleh Daftar Merah International Union for
Conservation of Nature.
Berjalan kaki Bagaimana
Untuk Naik Ke
Bukit Larut?
Namun, pengunjung tidak perlu bimbang
kerana sebanyak tiga buah perkhidmatan
kenderaan pacuan empat roda (landrover)
turut disediakan. Perkhidmatan ini dikendalikan
oleh Pejabat Tanah Daerah Larut Matang dan
Selama, yang mana ia mampu membawa
sehingga lapan orang penumpang bagi setiap
perjalanan. Bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00
petang.
Perjalanan menaiki landrover berkenaan cukup
mendebarkan dan paling menyeronokkan
adalah ia menjanjikan satu pengembaraan
yang menarik. Bayaran yang dikenakan untuk
menaiki Landrover juga amat berpatutan di
mana untuk dewasa RM10 manakala kanak-
kanak pula RM5.
Setibanya di puncak, pengunjung akan diberi
masa selama satu jam 30 minit untuk
menikmati keindahan puncak Bukit Larut.
Meskipun Bukit Larut dianggap stesen bukit
yang paling kecil di Malaysia, namun ia masih
mengekalkan persekitaran alam semula jadi
dan menawarkan percutian yang tenang dan
mendamaikan.
Menaiki Landrover
Takwim Aktiviti Bukit Larut 2020
Tempat Hari Operasi Masa Operasi Hari Cuti Catatan
Menara Tinjau Sabtu dan Ahad Dibuka
Isnin 8.30 pagi - 4.30 ptg Sabtu dan Ahad Sepanjang
Maxwell Hill Tahun
Selasa 8.30 pagi - 4.30 ptg Sabtu Kalender
Bukit Larut Cable Car
Rabu 8.30 pagi - 4.30 ptg Sabtu
Bukit Larut Jeep Service
Khamis 8.30 pagi - 4.30 ptg Tiada Cuti
Penginapan Larut
Home Jumaat 9.00 pagi - 3.30 ptg Tiada Cuti
The Forest Cabin Isnin 7.30 pagi - 7.00 ptg
Alamat: Selasa 7.30 pagi - 7.00 ptg
Pusat Peranginan Bukit Larut
34020 Taiping, Rabu 7.30 pagi - 7.00 ptg
Perak
Khamis 7.30 pagi - 7.00 ptg
Jumaat 7.30 pagi - 6.00 ptg
Ahad 10.30 pagi - 5.00 ptg
Isnin 10.30 pagi - 5.00 ptg
Selasa 10.30 pagi - 5.00 ptg
Rabu 10.30 pagi - 5.00 ptg
Khamis 10.30 pagi - 5.00 ptg
Jumaat 10.30 pagi - 4.00 ptg
Ahad 9.30 pagi - 6.00 ptg
Isnin 9.30 pagi - 6.00 ptg
Selasa 9.30 pagi - 6.00 ptg
Rabu 9.30 pagi - 6.00 ptg
Khamis 9.30 pagi - 6.00 ptg
Jumaat 9.30 pagi - 5.00 ptg
Isnin 24 Jam
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad
Isnin 24 Jam
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad
Hubungi:
Tel: 05-807 7241, 05-807 7243
Email: [email protected]
Info Bukit Larut Perak Today
Bukit Larut bakal berwajah baharu
TAIPING - Pusat peranginan Bukit Larut di sini bakal berwajah baharu tahun
hadapan setelah satu projek menaik taraf beberapa kemudahan lokasi popular itu
bernilai RM3 juta akan dilaksanakan bermula Mac ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abd Rahim Md Ariff
berkata, pihaknya kini menumpukan kepada projek pembinaan s emula gerai
makan, surau, pintu gerbang, tempat parkir kenderaan, kaunter tiket dan tapak
ruang menunggu.
Beliau turut menekankan dua rumah banglo iaitu Angkasa dan Beringin serta rumah
rehat Bukit Larut, rumah rehat Hijau, rumah rehat Sri Permai dan rumah rehat
Tempinia juga bakal dinaik taraf.
"Pihak perunding cara sudah menyiapkan pelan reka bentuk projek menaik taraf
Bukit Larut yang juga lebih dikenali sebagai Maxwell Hill dalam kalangan
pengunjung luar negara.
"MPT menjangkakan tender bagi projek itu akan dikeluarkan pada Februari ini
sebelum dilaksanakan Mac. Tempoh menyiapkan keseluruhan projek menaik taraf
dijangka mengambil masa 12 bulan, " katanya dalam sidang media selepas
mempengerusikan mesyuarat penuh MPT di sini hari ini.
Abd Rahim berkata, inisiatif memastikan pusat peranginan Buk it Larut tampil segar
berwajah baharu amat penting dalam usaha meningkatkan jumlah kehadiran
pengunjung ke lokasi itu.
Menurutnya, jumlah keseluruhan 27,311 pelancong mengunjungi Bukit Larut
sepanjang tahun 2018 dilihat mengalami sedikit penurunan lima peratus
berbanding pelancong tahun sebelumnya.
Info Covid-19 Perak Today
PUSAT TAHANAN KOREKSIONAL (KEMTA) KAMUNTING
ADALAH TERKAWAL
Taiping - Penularan COVID-19 di Pusat Tahanan Koreksional (KEMTA) Kamunting
adalah terkawal dan belum ada keperluan untuk melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan Diperkekatkan (PKPD).
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara tersebut
diputuskan semasa Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri Perak kali
ke-6 pada hari ini.
“Jawatankuasa mendapati penularan jangkitan COVID-9 hanya membabitkan satu
blok yang dikhaskan kepada tahanan yang berisiko sahaja.
“Usaha bagi memutuskan rantaian penularan di dalam kawasan KEMTA sedang giat
dilaksanakan oleh pihak pengurusan KEMTA dengan kerjasama pihak Hospital
Taiping dan Pejabat Kesihatan Daerah,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun katanya, sebagai langkah kawalan risiko jangkitan kepada pegawai,
anggota dan keluarga, pihak pengurusan KEMTA juga telah memperketatkan
prosedur penugasan anggota di KEMTA.
“Bilangan anggota yang dikhususkan untuk bertugas di blok ini juga telah dihadkan
dan mereka diwajibkan memakai Peralatan Pelindung Peribadi (PPE) semasa
bertugas.
Info Sukan Perak Today
Perak Ada Azimat Berdepan Kedah
MORAL pemain Perak berada pada tahap menakjubkan menjelang perlawanan
penentuan tempat kedua saingan Liga Super 2020 berdepan Kedah pada Ahad ini,
kata ketua jurulatih, Mehmet Durakovic.
Aksi di Stadium Perak, Ipoh, itu adalah perlawanan terakhir kedua-dua pasukan,
dalam melengkapkan keseluruhan hanya 11 aksi Liga Super musim ini susulan
pandemik Covid-19, dengan Perak kini mengumpul 18 mata di kedudukan ketiga
dan dipisahkan satu mata dengan Kedah di tempat kedua.
Berbekalkan momentum positif yang dibina dalam pertembungan menentang
Pahang Sabtu lepas dan kemenangan dalam tiga aksi terdahulu, Durakovic
berharap ia mampu menjadi azimat buat barisan anak-anak buahnya menghadapi
skuad Lang Merah.
“Moral pemain buat masa ini berada pada tahap menakjubkan ditambah dengan
semangat yang mereka tampilkan ketika mampu bangkit daripada ketinggalan tiga
gol sebelum seri 3-3 berdepan Pahang.
“Jadi, saya tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada pemain walaupun sedar
hanya kemenangan akan membawa kami berada di tempat kedua, kerana mereka
telah memberikan segalanya dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini,” katanya
dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.
Perak bakal dikuatkan dengan kehadiran penyerang import, Guilherme de Paula,
yang dijangka sempat pulih daripada kecederaan pangkal paha menjelang aksi
tersebut, namun terpaksa beraksi tanpa kelibat ketua pasukan Shahrul Saad ekoran
penggantungan perlawanan.
Menara tinjau Ladang Tulip
Landasan Kereta Api di puncak Bukit Larut Jambatan Gantung
Rumah Penginapan Air Terjun Bukit Larut
Ruangan Iklan
Ruangan Iklan
Ruangan Iklan
RUANGAN IKLAN