The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazatulnajihah1993, 2022-10-24 01:26:06

PanduanBisnes-MOMMY-HAPPY-2

PanduanBisnes-MOMMY-HAPPY-2

PANDUAN
BISNES ONLINE

(PBO)

SYARIKAT MOMMY
HAPPY GROUP SDN BHD

DISUSUN OLEH PUAN SITI SARAH MOHD FAUZI

Diterbitkan oleh:

MOMMY HAPPY GROUP SDN BHD
(1322601-P)

Hak Cipta © 2020 oleh
MOMMY HAPPY GROUP SDN BHD (132261-P)

Cetakan 2020

Hakcipta terpelihara
Tidak dibenarkan mengeluar ulang
mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi,
isi kandungan buku ini, dalam apa-apa juga

bentuk dan dengan apa cara pun
sama ada secara elektronik, fotokopi,

mekanik , rakaman atau lain-lain,
sebelum mendapat kebenaran bertulis

daripada penerbit.

Sekiranya anda mahu mencadangkan produk ini kepada rakan anda atau saudara mara anda,
kami mencadangkan anda mendaftar sebagai ejen

MOMMY HAPPY GROUP SDN BHD (132261-P)
Panduan Bisnes Online

Panduan ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum
mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat
kewangan atau konsultansi profesional. Strategi yang dibincangkan mungkin tidak sesuai
untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua

pihak. Pengarang serta penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan,
liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi

kandungan buku ini, secara langsung ataupun tidak langsung.

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

TAHNIAH saya ucapkan kepada anda kerana telah membuat pilihan bijak untuk
membaca PANDUAN BISNES ONLINE yang saya tujukan khas untuk semua
Usahawan, Leader dan ejen berdaftar secara sah dengan Syarikat Mommy Happy
Group Sdn Bhd.

Panduan dibuat berdasarkan pengalaman saya dalam bidang perniagaan selama 13
tahun bermula dari tahun 2007 sehingga tahun 2020. Panduan ini mula ditulis pada
tahun 2009 dan dikemaskini kan semula pada bulan NOVEMBER 2020.

Sahabat, mungkin panduan ini adalah gabungan sebuah catatan berbentuk pengalaman
serta panduan berbisnes..tetapi insyaallah kami yakin segala pengalaman yang tercatat
dalam panduan ini insyaallah akan membantu ramai orang untuk BANGKIT
SEMULA.

Pada ketika panduan ini saya kemaskini semula pada bulan November 2020, pada
Ketika ini negara kita yang tercinta dilanda wabak COVID19 dan betapa ramai
usahawan yang hilang punca pendapatan..berapa ramai pekerja yang hilang
pekerjaan..ALLAHU RABII…saya sendiri terkesan dengan keadaan ini dan terpanggil
untuk membantu sedaya upaya yang kami mampu kerana saya sendiri pernah melalui
zaman kesusahan yang pada waktu itue, ada duit untuk makan pun dah sangat
bersyukur.. Jadi, saya sangat faham dengan situasi semasa yang berlaku sekarang

Biarlah betapa susahnya keadaan yang kita sedang alami sekarang..tetapi sahabatku
BANGKITLAH untuk mengubah KEADAAN menjadi lebih baik dari semalam. Jangan
berserah pada takdir semata mata kerana kita mampu mengubah NASIB kita dan
BERDOA dan BERUSAHA sehabis baik.

BANGKITLAH SAHABAT DAN BERAZAMLAH UNTUK MENGUBAH MASA
DEPAN KITA MENJADI LEBIH BAIK..INGATLAH SESUNGGUHNYA ALLAH
BERSAMA SAMA DENGAN ORANG YANG SABAR

ALLAH YANG BERKUASA MENENTUKAN REZEKI KITA.

ALLAH yang berkuasa menentukan rezeki kita. Berapa banyak yang kita akan dapat,
berapa lama tempoh kita akan mencapai impian kita dalam bidang perniagaan
semunya didalam kekuasaan ALLAH.

Oleh itu, mintalah kepada ALLAH dengan sungguh sungguh dan sepenuh hati dalam
doa dan sujud kita. Sentiasa berdoa dengan sungguh sungguh dan yakin sepenuh hati
bahawa ALLAH yang Maha Pemurah dan Maha Kaya akan mengabulkan doa
hambaNya yang berusaha bersungguh sungguh.

“Tuhanmu berkata, ‘Berdoalah kepadaku, nescaya aku perkenankan…”
(Surah Al-Mukmin Ayat 60)

Tunaikan segala perintah ALLAH, solat 5 waktu, puasa, membaca Al-Quran,
bersedeqah, sampaikan kebaikan kepada seluruh manusia. Iya, kita mahu meminta dari
ALLAH pemilik segala rezeki, maka jadilah hambaNYA yang taat dan disukai
ALLAH. Kerana matlamat kita hidup adalah mencari KEREDHAAN ALLAH…

Modal yang beribu ribu atau berpuluh ribu atau berjuta juta, produk yang hebat,
strategi pemasaran yang hebat, mentor yang hebat kesemuanya adalah alat yang
ALLAH ciptakan untuk kita mendapatkan rezeki. Mintalah dahulu kepada pencipta
untuk mendapatkan rezeki bagi membuka seluas luasnya pintu rezeki kita. Insyaallah,
bila kita meminta kepada ALLAH, segala alat untuk kita dapat rezeki akan datang
kepada kita apabila tiba waktunya yang telah ditentukan.

‫ِفى‬ ‫َو َما‬ ‫ٱل هس َٰ َم َٰ َو ِت‬ ‫فِى‬ ‫َما‬ ‫َو َي ْعلَ ُم‬ ۗ ُ‫ٱَّ هلل‬ ُ‫َي ْع َل ْمه‬ ُ‫أَ ْو تُ ْبدُوه‬ ‫ُصدُو ِر ُك ْم‬ ‫ٱقُ ْْ ْللَ ْ ِإرن ِتُض ْۗخفَُوٱو َ۟اّهللُ َما َع ِفَل َٰىى‬
‫قَ ِدير‬ ‫ُك ِل َش ْى ٍء‬

Katakanlah: "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti
Allah mengetahui". Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah
Maha Kuasa atas segala sesuatu.

TIDAK KIRA SIAPA KITA,

KITA LAYAK BERJAYA DALAM BIDANG PERNIAGAAN

Dalam bidang perniagaan, tidak kira siapa kita, kita boleh Berjaya. Yang paling penting
ialah minat dan kesungguhan kita mahu mencapai impian itu. Dalam sejarah
perniagaan Malaysia, ramai jutawan yang lahir dari orang biasa sahaja TETAPI mereka
mempunyai SEMANGAT YANG LUAR BIASA untuk berjaya. Ramai usahawan
berjaya yang bermula dalam keadaan serba kekurangan tetapi mampu bangkit menjadi
seorang yang cukup berjaya dalam bidang mereka. Tidak ada alasan lagi untuk kita
tidak berjaya walaupun pada hari ini modal ditangan kita hanya ada RM100 atau
RM1000 atau RM3000.

Dalam panduan ini saya akan berkongsi, bagaimana dengan modal yang ada walaupun
anda ada hanya RM100, anda tetap boleh memulakan perniagaan online anda sehingga
berjaya mencapai pendapatan 5ribu sehingga 10ribu sebulan atau sebanyak mana yang
anda mahukan.

TIADA APA YANG MUSTAHIL SEKIRANYA KITA

BERUSAHA DENGAN CARA YANG BETUL.

Yang penting kita mesti BERTINDAK SEKARANG

dan BERUSAHA dengan cara yang BETUL dan bersungguh sungguh.



SENARAIKAN SEMUA IMPIAN DAN MATLAMAT
KITA DAN PERCAYA BAHAWA KITA BOLEH
MENCAPAI IMPIAN YANG KITA MAHUKAN

Kita telah membaca kisah ramai usahawan yang berjaya yang bermula dari bawah.
Dalam bidang perniagaan, kita mesti mempunyai impian dan matlamat. Impian dan
matlamat kita mestilah jelas supaya kita akan berusaha menuju matlamat kita.
Sekiranya kita tiada impian atau matlamat, kita akan berniaga tanpa halatuju.

Sebelum bab ini menjadi lebih panjang , pastikan anda tulis segala impian anda dengan
jelas. Ambil kertas dan pen atau buka diari anda atau buka notes di komputer anda dan
tulis dengan jelas segala impian..

Adalah sangat penting mempunyai impian dan matlamat yang jelas supaya kita akan
bekerja, berusaha bersungguh sungguh menuju impian dan matlamat yang telah kita
tetapkan.

Sebagai permulaan kepada perjalanan perniagaan kita yang panjang, saya akan
memberi contoh bagaimana seorang peniaga online yang menjual produk pendidikan
kanak kanak sama ada menjual buku dan pelbagai jenis permainan kanak kanak
mempunyai impian mendapat keuntungan bersih RM5000 sebulan

Kita juga boleh membayangkan matlamat dan impian kita menjadi seperti pernigaan
yang kita kagumi. Letakkan gambar gambar kejayaan perniagaan yang kita kagumi
sebagai satu inspirasi untuk kita Berjaya seperti mereka.

Kita juga boleh memasang impian mempunyai online store yang canggih dan
mempunyai ratusan ribu pelanggan dalam tempoh sebulan sehingga menghasilkan
jualan jutaan ringgit sebulan walaupun perniagaan dijalankan secara online.
Sepertimana jutawan Amazon.com dan jutawan Alibaba.com

Manakala pemilik Amazon.com, laman web online yang menjual buku dan pelbagai
produk, Jeff Bezos merupakan individu yang terkaya di dunia pada November 2020
ketika covid19 melanda dunia, perniagaan beliau melonjak naik mendadak

Boleh rujuk https://www.forbes.com/billionaires/

Ya, jika begitu kita semua juga boleh bercita cita tinggi, mahu menjadi 100 individu
terkaya di dunia dengan asset berjumlah USD 200 billion walaupun menjalankan
perniagaan secara online. CITA CITA dan IMPIAN sangat penting. Insyaallah bila ada
cita cita, ALLAH akan tunjukkan jalan untuk mencapai cita cita.

Kisah Perniagaan Amazon.Com

Amazon.com adalah sebuah syarikat yang dilancarkan dalam talian 1995, bermula
sebagai sebuah kedai buku dalam talian. Pengasas syarikat Amazon.Com, Jeff Bezos
telah mempopularkan trend membeli-belah dalam talian.

Portal Amazon.com merupakan di antara portal e-dagang yang terbesar di dunia.
Walaupun pada awal penubuhannya portal Amazon hanya menjual buku, kini portal
tersebut sudah memiliki pelbagai jenis barangan untuk dijual yang terbesar di dunia!

Kejayaan portal Amazon ini boleh dikaitkan dengan sistem pembeliannya yang
memudahkan penguna untuk membeli secara online serta dengan sokongan jitu dari
sistem logistiknya yang amat efisien.

BELAJAR SESUATU ?

BERTINDAKLAH UNTUK
MENGUBAH SESUATU !



MATLAMAT PERNIAGAAN BULAN NOVEMBER 2020 (Jangka Pendek)

Jumlah pendapatan bersih yang ingin saya capai sepanjang bulan NOVEMBER 2020
adalah sebanyak RM5000 sebulan

(matlamat mestilah realistik dan mampu dicapai dengan usaha yang bersungguh sungguh. Anda boleh
mengubah matlamat ini mengikut apa yang anda impikan, sama ada ianya kurang dari RM5000 atau
lebih banyak dari RM5000)

Untuk mencapai matlamat di atas,

saya akan menjalankan perniagaan menjual produk dibawah:

1. Menjual Buku dan Permainan Kanak Kanak secara retail /runcit mahupun
secara dropship

2. Saya mahu mempunyai sekurang kurangya 100 orang ejen dropship berdaftar
dalam team saya

Saya berjanji akan meluangkan masa sekurang kurangnya 2jam sehari untuk
menjalankan perniagaan ini.

(masa yang diluangkan hendaklah diluar waktu bekerja sekiranya anda masih bekerja makan gaji atau
mempunyai sebarang kerja tetap yang lain. Anda boleh gunakan waktu rehat atau selepas waktu bekerja)

Saya akan melakukan kerja kerja promosi dan melakukan FOLLOW UP terhadap
semua database yang saya ada bermula 13 NOVEMBER 2020.

Keuntungan yang saya perolehi daripada perniagaan ini akan digunakan untuk:

1.Berikan kepada Ibubapa (RM500)

2.Simpanan kecemasan (RM200)

3.Laburkan semula untuk perniagaan untuk beli stok dan promosi (RM500)

4.Derma kepada masjid, surau dan fakir miskin (RM500)

5.Simpanan untuk pergi haji (RM300)

Ini adalah contoh sekiranya anda mensasarkan keuntungan RM5000 sebulan. RM3000
boleh anda gunakan untuk keperluan hidup anda seperti bayar sewa rumah, kereta ,
selesaikan hutang dan pelbagai perbelanjaan. Jadi, baki RM2000 anda boleh gunakan
untuk 5 perkara di atas. 5 perkara diatas boleh berubah ubah mengikut impian anda.

Saya akan menampal salinan matlamat ini selewat lewatnya pada 17 November 2020 di
lokasi cermin bilik tidur dan dihadapan meja computer.

Lokasi hendaklah di tempat yang selalu anda lihat setiap hari.

Saya akan memberi salinan ini kepada individu dibawah
1. suami
2. ibu atau ayah
3. adik beradik
4. sahabat karib

Pastikan senarai diatas adalah orang yang rapat dan boleh dipercayai serta mampu memberikan
dorongan dan semangat kepada anda untuk mencapai impin anda. Jangan berikan kepada orang yang
suka menyebarkan keburukan anda atau meruntuhkan semangat anda.

Sarah
Tandatangan
Tarikh: 17 November 2020

Tarikh yang diisi adalah tarikh matlamat ini ditulis. Setelah selesai tulis matlamat ini,
fotostat dan berikan salinan kepada individu yang telah anda snearaikan serta tampal
di lokasi yang telah anda senaraikan.
.



TIPS PENTING 4:

Fokus Kepada Impian & Matlamat anda !

Tahniah diucapkan sekiranya anda telah berjaya mengisi borang matlamat jangka
pendek dan jangka panjang. Anda boleh menulis dengan sangat detail.Tulis apa sahaja
impian anda supaya anda akan berusaha bersungguh sungguh untuk melakukan
pernigaan anda. Pastikan ada perubahan drastik untuk tahun pertama anda berniaga.

Pasang cita cita untuk membina empayar perniagaan anda secepat yang mungkin.
Hanya dengan berniaga anda mempunyai kebebasan kewangan yang dicita citakan dan
anda mampu untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini. Yang pasti anda mesti bertindak
dengan berusaha bersungguh sungguh. Tidak ada jalan pintas menuju kejayaan.
Sememangnya kita perlu bersusah payah terlebih dahulu sebelum mencapai kejayaan
yang kita impikan. Insyaallah, saya yakin saya dan anda semua akan berjaya. Malah
saya mendoakan semua sahabat sahabat saya yang membaca panduan ini lebih berjaya
daripada saya sendiri. Sesungguhnya saya sangat gembira dengan kejayaan sahabat
sahabat saya. Semoga dengan kejayaan kita akan menjadikan kita hamba ALLAH yang
tunduk bersyukur dengan segala nikmat Allah dan menjadikan kita lebih kuat untuk
membantu agama ALLAH ini berkembang di atas muka bumi.

Fokus kepada impian dan matlamat anda. FOKUS, FOKUS dengan setiap hari
bercakap anda mahu mendapat untung RM250 sehari..simpan dalam kepala otak anda
dengan jelas matlamat ini.

Jadi, mengapa anda harus membaca matlamat jangka pendek anda setiap hari, kerana
kita mahu belajar untuk fokus kepada apa yang kita impikan. Contoh jelas ialah saya
mahu untung bersih RM5000 sebulan.

Pandang azam ini setiap pagi dan berusaha mencapainya. Fikirkan semua cara yang
anda boleh gunakan bagi mencapai matlamat ini.

Setiap hari, letakkan TARGET dan FOKUS kepada USAHA untuk mencapai target. Jika
mahu RM5000 sebulan bahagi dengan 20hari bekerja, anda perlu untung bersih RM250
sehari.

Jika anda seorang ejen produk pendidikan Kanak Kanak, Untuk dapat untung RM250
dan ke atas dalam masa sehari mudah sahaja.

Jual produk yang untung RM20 untuk satu produk atau satu pakej sekurang-kuranya
kepada 13 orang pelanggan. Lagi banyak anda berjaya menjual lagi bagus!!

Letakkan TARGET berjaya menjual produk yang untung RM20
dan ke atas kepada 20 orang pelanggan.

Saya Mesti Berjaya menjual produk yang untung RM20 dan ke
atas kepada 20 orang pelanggan

Setiap hari selepas solat subuh, berzikir atau membaca Al-Mathurat, membaca Al-
quran sekurang kuranya 1 mukasurat, selepas solat sunat Dhuha, katakan pada diri

“Hari ini saya perlu menjual produk yang untung RM20 dan ke
atas kepada 20 orang pelanggan”

Jadi, sekiranya anda berjaya menjual kepada 20 pelanggan, anda sudah ada untung
kasar sebanyak RM400, berkemungkinan besar RM50-RM100 adalah kos iklan berbayar
dan RM50 untuk lain lain kos seperti kos staf atau bil elektrik.

Pastikan RM250 adalah untung bersih setelah ditolak kos iklan. Ada banyak strategi
bagaimana anda mahu menjual produk kepada 20 pelanggan dengan untung bersih
RM20 bagi setiap pelanggan. Ada banyak ilmu STRATEGI PRODUK yang perlu anda
pelajari. Ianya mudah dan seronok untuk dipraktikkan. Sangat penting untuk anda
tahu sebelum anda belajar membuat kaedah mengiklan yang betul.

Diantara strategi mudah ialah PAKEJKAN PRODUK…anda mungkin ada 10 produk
dan lebih. Lebih banyak produk lebih baik kerana pelanggan anda mempunyai banyak
pilihan. Pakejkan produk sehingga produk tersebut dijual dengan harga RM100
termasuk caj pos. Berdasarkan pemerhatian saya, pelanggan yang membeli secara
online suka membeli produk yang dipakejkan denga harga RM100. Mudah mereka nak
bank in dan apabila sampai pun dapat banyak jenis barang sekaligus. Untuk pakejkan
produk kita boleh kreatif buat pelbagai pakej yang sesuai dan menarik untuk
pelanggan. Biasanya kami dapati pakej produk buku dan mainan sangat mudah dijual
kepada ibubapa kerana gabungan produk tersebut akan membuatkan anak anak
mereka sangat happy dan seronok untuk belajar.

Contoh Mudah, untuk Promosi Kombo Anakku Bijak Matematik ini anda ada untung
RM10 bagi setiap set yang terjual..target jual set ini sebanyak 10 set sehari pun dah
dapat untung runcit RM100..belum cerita bonus lagi tue..ha..so jual by pakej lebih
mudah untuk kita target keuntungan yang kita nak capai.



FORMAT LATIHAN
PAKEJ PRODUK DAN MATLAMAT KEUNTUNGAN SEHARI
Senarai Produk untuk dipakejkan:
Nama Produk 1:
Nama Produk 2:
Nama Produk 3:
Gambar produk dan pakej:
Total harga pasaran:
Total Untung Satu Pakej :
Target Jumlah Pakej Terjual dalam masa sehari:
Untung kasar– Kos iklan berbayar = Untung Bersih
Lagi banyak pakej anda buat lagi bagus dan pastikan pakej pakej tersebut mendapat
permintaan yang cukup bagus.
Saya sendiri pernah mensasarkan untung RM300 bagi setiap 10 set pakej terjual dalam
masa sehari dan mensasarkan sehingga 5 pakej yang hot terjual dalam masa satu bulan!

Contoh:
1)Pakej 4 Permainan
2)Pakej Buku+ Permainan-Set Bacalah Anakku, VCD Abu Ada Ayam & Thinker Toy
3)Pakej Softbook Bayi Bijak-Softbook Alif To Ya, Abjad, Angka
4)Pakej Koleksi 8 Buku Anakku Sayang Mari Menulis + Permainan

ILMU PRODUK

Ramai orang menjual tanpa mempunyai ilmu berkenaan produk. Ini akan
menimbulkan masalah apabila anda mahu melakukan pemasaran.

Sebagai contoh, apabila kita menggunakan Teknik “Content Marketing” kita perlu
memberi info sebanyak mungkin bagaimana produk yang kita jual boleh membantu
pelanggan kita dengan berkongsikan tips dan pengalaman sepanjang menggunakan
produk itu.

Contoh mudah, saya menjual Pakej Membaca dan Menulis. Saya mesti tahu cara guna
produk tersebut dan tips tips lain untuk anak pandai membaca dan menulis bagi
membantu pelanggan saya menggunakan produk tersebut sebaik mungkin. Setiap
minggu saya akan share dengan pelanggan di facebook page saya tips mengajar anak
membaca dan menulis.

Begitu juga dengan produk lain, pelanggan sangat suka jika kita memberikan
maklumat sebanyak mungkin seperti tips menggunakan produk, pengalaman
pengguna lain yang menggunakan produk.

Selain dari info produk, gambar produk yang detail dan jelas juga sangat penting
terutama apabila anda promosi secara online. Lebih banyak gambar lebih bagus.

Faham betul betul semua produk yang dijual.Ilmu
produk sangat penting dan juga adalah penentu
sama ada anda suka menjual atau tidak.Rancang
strategi jualan produk anda dengan betul.Ada
banyak strategi jualan produk yang boleh anda
belajar.

Bagaimana mengenali produk kita untuk
merancang STRATEGI JUALAN PRODUK

KENALI PRODUK:

1.FRONT END PRODUCT

2.FLAGSHIP PRODUCT

3.BACK END PRODUCT

Mari kenali jenis produk kita ya, supaya kita boleh kategorikan produk dan boleh atur
strategi promosi dengan lebih mudah.

1. Front End Product (FEP) - produk yang paling senang untuk pelanggan beli.
Pelanggan sudah sedia maklum tentang produk dan tidak berfikir panjang untuk
membeli. Dalam promosi jika kita gunakan jenis produk ini, tujuannya adalah untuk
dapatkan pembelian pertama dari pelanggan baru yang bakal bertukar kepada
pelanggan berulang

2. Flagship Product (FP) - Produk yang biasanya akan dibeli dan sepatutnya berkaitan
dengan FEP.

3. Back End Product - Terdiri dari produk yang mahal/premium.

Contoh senang nampak dan faham: McDonald

FEP: Aiskrim
FP: Fries, Value Meal, Nugget, etc
BEP: Organize birthday Party

Contoh mudah untuk produk Mommy Happy

FEP: Permainan
FP: Set buku membaca anak anak, Set Menulis, Set Mengaji
BEP: Pakej Lengkap 4M berharga RM300

Strategi Jualan Produk Dengan
Memberi Free Gift Yang Sangat Menarik

Jika kita biasa pergi ke Kedai Farmasi Guardian, saya selalu melihat mereka
menawarkan hadiah kepada pelanggan. Hadiah tersebut memang tidak dijual. Contoh
permainan yang sangat canggih dan menarik. Tetapi hadiah tersebut hanya akan dapat
apabila pelanggan buat pembelian produk bernilai RM200 dan ke atas. Promosi seperti
ini juga akan menarik pelanggan untuk membuat pembelian.

Banyak produk yang saya jual, saya pakejkan menjadi harga produk tersebut lebih
RM100 dan saya berikan free gift kepada pelanggan yang membeli pakej tersebut.
Strategi ini sangat berkesan kerana pelanggan sangat suka apabila diberi hadiah.

Contoh sebenar dalam bisnes saya ialah untuk produk Set Membaca. Pada awal awal
saya menjual mengikut jenis produk contoh jual set buku membaca sahaja berharga
RM40…set matematik sahaja berharga RM30

TETAPI apabila saya mempakejkan produk tersebut dan memberi free gift yang sangat
menarik jualan produk tersebut tiba tiba naik secara mendadak.



Bagaimana Mengenali Pelanggan

Kajian kes sebenar ejen saya yang baru berniaga secara online melalui Facebook:

Puan A: salam puan.. saya baru mula berniaga dan saya nak tanya macamana nak
dapatkan pelanggan yang membeli.saya dah labur RM100 dengan facebook advert ..
malah tiada hasil.. Saya harap puan dapat mengajar saya supaya mendapat kan hasil yg
sedikit walaupun tidak lumayan. Saya mahu merasa duit hasil berniaga online, untung
RM50-RM100 sehari pun sudah cukup membuatkan saya gembira. Saya belum pernah
mendapat pelanggan yang membeli secara online walaupun seorang sebab baru sahaja
mula berniaga

JAWAPAN SAYA:

Tahniah puan kerana puan telah berusaha untuk membaca panduan dan bertindak
mengikut panduan yang telah diberikan. Satu permulaan yang baik untuk berbisnes
online. Tetapi syarat penting, Jangan putus asa berusaha dan terus mengkaji bagaimana
proses berniaga online yang betul. Masalah biasa yang dihadapi oleh peniaga yang
baru bermula ialah bagaimana nak dapat pelanggan yang beli?? Bagaimana nak
ramaikan pembeli?? Bagaimana saya nak untung bersih RM50-RM100 sehari untuk
saya gunakan buat belanja anak anak dan shopping beli barang dapur ☺

Bagaimana nak dapat pelanggan untuk orang yang baru sahaja mula berbisnes??

Dalam BMC, topic ini dibincangkan dalam bab “Customer Segments” iaitu siapa target
pelanggan kita. Jadi, kena kenal betul siapa pelanggan kita sebelum buat sebarang jenis
iklan sama ada iklan percuma atau iklan berbayar. Kena faham betul ciri ciri pelanggan
yang akan membeli produk kita.

Setelah faham siapa pelanggan kita, maka kita barulah kita boleh tentukan dimana nak
cari pelanggan tersebut dan Bagaimana nak cari pelanggan baru yang membuat
pembelian produk kita. Walaupun jawapan mudah yang saya bagi, nak cepat dapat
pelanggan baru, buatlah iklan berbayar facebook. Cepat dan Mudah. Dalam tempoh 24
jam sudah boleh dapat ratusan pelanggan baru? Tak percaya? Jom Buat Iklan…opps,
sebelum tu baca dulu Fasa Pelanggan Dalam Bisnes

Fasa Pelanggan Dalam Bisnes.

Sebelum mencari lebih ramai pelanggan anda perlu faham Formula Get, Keep, Grow.

Fasa #1 – Get Customers

Dapatkan pelanggan. Ini adalah ‘dadah’ yang buatkan bisnes-bisnes yang baru bermula
terlalu ketagih. Mereka lihat dari satu perspektif sahaja. Iaitu,“Bisnes hanya terus hidup
apabila ada pelanggan baru setiap hari, setiap masa, setiap saat.”Kenyataan ini betul.
Lagi ramai pelanggan, lagi banyak duit masuk ke dalam akaun bank bisnes. Bisnes juga
perlukan ramai pelanggan bagi memastikan akaun bank mereka tidak kering.

Fasa #2 – Keep Customers

Apabila sudah dapat pelanggan, maka langkah seterusnya adalah membelai pelanggan
itu.Lagi akrab hubungan kita dengan pelanggan, lagi mudah untuk kita menjual
sebarang produk dan servis.Seperti kata pakar pemasaran Seth Godin, “Buat orang
suka kita. Lebih mudah untuk kita jual apa sahaja produk dan servis selepas itu.”Tidak
semua peniaga di Facebook yang menitik beratkan proses keep customers ini. Proses
menjaga pelanggan ini adalah proses yang tidak seksi. Malah proses ini adalah proses
yang berat.

Bagaimana kita nak “keep customer”? Ada banyak strategi yang boleh kita gunakan.
Perkara paling penting yang anda perlu tahu ialah untuk jaga pelanggan seperti call
atau SMS/WhatsApp atau email pelanggan yang hanya boleh dibuat sekiranya anda
menyimpan DATABASE pelanggan anda secara teratur dan bersistematik. Ada 2000
sms pelanggan? Ini adalah DATABASE pelanggan yang berpotensi untuk membeli lagi
dan lagi..

Disinilah pentingnya SISTEM menyimpan database…

Contoh, jika anda ada sebarang produk baru sampai, anda boleh SMS atau WhatsApp
kepada semua pelanggan yang pernah membeli dan maklumkan bahawa ada produk
baru sampai.

Fasa #3 – Grow Customers

Fasa ini adalah proses korek lubuk duit dengan lebih mendalam. Seorang konsultan
bisnes pernah menulis, “A buyer is a buyer is a buyer.” Bahasa bisnes yang seksi
adalah, “Sekali pelanggan bagi duit, selamanya dia berpotensi bagi banyak duit.”

Fasa ini merujuk kepada:

1)Ali beli produk XYZ dari satu syarikat.

2)Syarikat itu kemudian jual produk ABC kepada Ali.

3)Selepas produk ABC, syarikat itu jual servis DEF pula kepada Ali.

4)Daripada Ali sahaja, syarikat itu sudah dapat banyak duit.

5) Ali mencadangkan kepada rakan rakannya dan saudara maranya untuk
mendapatkan produk ABC

Bayangkan apabila syarikat kita mempunyai 100 pelanggan macam Ali.Kita tidak lagi
mengeluh tidak ada pelanggan. Sebaliknya kita mengeluh bagaimana mahu menjual
produk atau servis yang lain, kepada pelanggan yang sama

Kemudian bagaimana kita mahu membuatkan Ali memberitahu saudara maranya dan
rakan rakannya berkenaan produk atau servis kita? Iya mungkin dia akan bagitahu
tanpa kita suruh sekiranya dia terlalu berpuas hati. TETAPI ada cara supaya kita dapat
memantau keberkesanan “recommendation” iaitu SISTEM REFERRAL.

Sebenarnya cerita yang panjang lebar tadi ialah huraian panjang kepada Business Model Canvas.
Business Model Canvas ini panjang hurainnya.

Download Ebook Business Model Canvas Versi Bahasa Malaysia Disini

https://panduanbisnesmh.com/ebook-bisnes-model-canvas/



Kenali Siapa Target Pelanggan Anda dan Spesifikkan Target

Sebelum anda pergi lebih jauh membuat kerja kerja promosi, menjawab segala
pertanyaan pelanggan anda, menghabiskan duit anda ratusan ringgit untuk membuat
kerja promosi, ini dia perkara penting dan pertama sekali yang WAJIB anda tahu.
Siapakah pelanggan anda???

Dalam Business Model Canvas (BMC) sebelum anda mengenal pelanggan, anda perlu
tahu bagaimana anda membantu menyelesaikan masalah pelanggan anda.

Perkara ini ada dijelaskan dalam topic Value Proposition. Iaitu Apakah tawaran nilai
yang dijanjikan oleh peniaga atas perkhidmatan atau produk yang dijual. Apa yang
pelanggan dapat dengan wang yang mereka gunakan untuk membeli produk kita.
Apabila anda tahu bagaimana produk anda boleh menyelesaikan masalah pelanggan
anda, maka anda akan tahu siapa pelanggan anda dengan lebih detail.

Baik, dibawah ini latihan untuk anda belajar mengenal pelanggan. SPESIFIKKAN
TARGET PELANGGAN anda kerana anda harus bersaing dengan ribuan peniaga lain.
Lebih spesifik lebih bagus.

LATIHAN MENGHASILKAN AVATAR PELANGGAN

“Matlamat pemasaran adalah untuk mengenali dan memahami pelanggan dengan
baik hinggakan produk atau perkhidmatan sepadan dengan mereka, dan mereka
akan membeli tanpa perlu menjual”.

-Peter Drucker

Perlu Ingat:

- Pemasaran: “Memberitahu orang apa yang mereka sudahpun mahu”.
- Berfikir seperti pelanggan
- Avatar Pelanggan: Satu persona yang mempunyai prinsip hidup, sikap, dan persepsi mereka

terhadap dunia
- Belajar cara pelanggan melihat dunia dengan mata mereka, apa yang mereka mahu, dan

sediakan penyelesaian terhadap masalah mereka

Produk: Set Membaca dan Mengaji Untuk Anak Anak

Apa yang mereka risaukan dan takut? Apa kesakitan yang mereka hadapi? Masalah utama mereka?

1. Takut anak mereka tak pandai membaca
2. Takut anak mereka tak pandai mengaji
3. Takut anak terlalu lambat boleh membaca dan tak faham subjek disekolah
4. Takut anak jadi anak yang jahat
Apa yang mereka mahukan dan impikan?

1. Anak cepat boleh membaca
2. Anak cepat boleh mengaji
3. Anak jadi anak yang bijak dan soleh

Demografi mereka?

1. Umur? 20-40 tahun
2. Jantina? Lelaki dan Perempuan
3. Lokasi? Malaysia
4. Status perkahwinan? Sudah Berkahwin

Apa mereka selalu buat? Majalah yg suka baca? Hobi? Rancangan TV kegemaran? Jenama yang
diminati?

1. Islamik dan suka perkara kebaikan
2. Suka baca page ustaz zaharuddin, zahazan, prof muhaya, prof dr rozieta shaari
3. Suka dengan radio ikim, TV Al-hijrah



Latihan untuk mengenali pelanggan ini anda kena buat selalu supaya anda betul betul
faham pelanggan anda.Apabila kita sudah mengenali pelanggan kita dengan jelas,
maka kita boleh mulakan membuat kerja promosi kita.

Bagaimana cara nak promosi? Dimana nak promosi?

Dimana nak cari pelanggan yang membeli produk kita?

Dalam BMC, dimana nak cari pelanggan ini ialah dalam topik Channel

Ada banyak cara promosi. Ada percuma dan ada berbayar. Saya mulakan dahulu
dengan cara percuma iaitu menggunakan Facebook Profile anda sendiri. Syarat utama
untuk memastikan Berjaya mengiklan di facebook profile ialah jumlah rakan fb yang
ramai contoh saya ada 4998 rakan fb dan memastikan rakan fb adalah yang sesuai
dengan niche perniagaan kita. Sebagai contoh rakan fb saya majoriti adalah ibubapa
muda dan juga peniaga online. Rakan fb haruslah sesuai dengan perniagaan anda. Jika
anda ada 4000 rakan tetapi semua rakan itu tidak suka dengan niche anda, maka 4000
rakan itue langsung tidak berguna untuk perniagaan anda.

CARA PROMOSI DI PROFILE FACEBOOK

Promosi di Profile facebook perlu banyak dilakukan dengan cara softselling bukan
hardselling. Ini kerana rakan rakan fb kita menggunakan facebook untuk bersosial. Jika
terlalu banyak iklan, rakan fb kita akan menyampah dan unfriend dengan kita.

Tetapi teknik yang saya gunakan dibawah setakat ini mendapat hasil yang cukup
bagus. Memang ramai pelanggan membeli tidak kira lah apa sahaja yang saya jual.
Dahulu ketika saya membuat pengiklanan berbayar, semua yang membeli produk saya,
saya add mereka sebagai friend, jadi mereka semua kenal saya dan tidak teragak agak
untuk membeli apa jua produk yang saya jual. Promosi di profile fb anda sendiri jika
kena cara dan gayanya memang zero kos tapi hasil lumayan. Tambah tambah dimana
kos fb ads semakin mahal, promosi di profile fb sendiri adakalanya lebih baik daripada
menggunakan iklan berbayar setelah saya mempunyai friend 4999 orang yang hamper
semuanya adalah ibubapa

1. Teknik Story
2. Teknik Testimonial
3. Teknik Gambar Dulu
4. Teknik Video
5. Teknik Feel

1)Teknik Story ialah teknik untuk menarik perhatian rakan fb kita dengan
menggunakan cerita berkaitan kita dan juga produk yang ingin kita promosikan. Anda
ceritakan apa yang anda lakukan dan ianya berkaitan dengan produk yang kita jual.
Apa sahaja gambar menarik yang sedang kita buat dengan produk tersebut boleh
menjadi bahan cerita kepada rakan facebook kita.. Ada banyak contoh bagaimana
gambar menceritakan apa yang kita sedang buat dengan produk tersebut. Pelanggan
suka contoh sebenar cara menggunakan produk tersebut.

Yang ini pula saya ceritakan tentang apa yang anak kawan saya buat dengan produk
yang saya jual. Gambar adalah gambar sebenar anaknya sedang menggunakan produk
tersebut

2)TEKNIK TESTIMONI

Teknik ini sangat mudah dan berkesan. Jika anda sudah mendapatkan produk yang
anda mahu promosikan, anda boleh guna testimoni anda sendiri. Anda juga boleh
mendapatkan testimoni dari rakan fb anda atau pelanggan anda.

3)TEKNIK GAMBAR DAHULU

Dalam teknik ini gunakan gambar yang sangat menarik. Details produk, harga dan cara
order kita pm kepada pelanggan yang berminat sahaja. Gambar yang sangat menarik
perhatian akan menarik rakan rakan fb kita komen walaupun kita menulis tak sampai
10 patah perkataan sahaja .

Mesti buat FACEBOOK PAGE

Fanpage ni ibarat kedai yang akan digunakan untuk menjual pelbagai produk di
facebook.Bagaimana nak buat fanpage?

Ringkasnya klik sahaja link ini: https://www.facebook.com/pages/create/

Lengkapkan Facebook Page.

Pastikan ada timeline cover, default picture

Buat post di fanpage..

Create album mengikut kategori produk atau mengikut jenis produk sekiranya anda
mempunyai banyak gambar untuk setiap produk.

Update status berkaitan info produk..Berikan info produk selengkapnya kepada
pelanggan anda. Ini adalah berkenaan pendidikan anak anak.

Update gambar stok produk anda terutamanya gambar real. Ini gambar stok, aktiviti
dan gambar agen yang mengambil stok.

Jadualkan post anda pada waktu waktu puncak waktu puncak ramai orang buka
Facebook. Sekiranya page anda telah berusia setahun, anda boleh semak dekat
bahagian insight, bilakah waktu paling ramai fanpage anda online. Atau anda boleh
gunakan nota ini sebagai rujukan bila paling ramai orang online.

Sebab pertama sekali, Facebook ni berunsurkan ‘Live Updating’. Contohnya, kalau kita
buat promosi pada waktu 3am, orang yang buka facebook pada jam 9pagi mungkin
dah tak nampak post promosi anda sebab sudah ditenggelami post dan status update
dari kawan-kawan lain dalam friendlist dia.

Jadi,bilakah waktu promosi yang sesuai?

Selepas subuh (6am – 7am):

Waktu sebegini, bagus untuk mempromosikan branding anda. Sebab orang baru
bangun tido, baru celik mata, baru mandi, masih segar, minda masih fresh. Jadi post
yang sesuai untuk bina branding? Bagilah tazkirah pagi, kata-kata motivasi, tips
menceriakan hari, pastu letak ‘link website’ anda ke, link ‘fanpage ke’ dan sebagainya.
Post promosi produk kesihatan pun bagus sebabnya orang baru bangun tidur, ada yang
baru sarapan pagi dan ada dah pasang niat malam sebelumnya untuk kuruskan badan.

Selepas minum pagi (8am – 10am):

Yang masuk kerja pagi, ada yang pegi minum kopi dulu, ada yang santai2 check
smartphone dorang, (tak terfikir ke apasal ada yang update status mcm 24hrs di
Facebook? Sebab dorang browse dari smartphone ler). Masa ni memang sesuai untuk
terus bina branding perniagaan anda. Kalau ada ‘testimoni’ dari pelanggan, boleh post
sekali masa waktu ni.

Waktu makan tengah hari (12pm – 2pm)

Lunch time, apa lagi, facebook lah. Standard la tu. Tgh makan mmg tak check. Tapi
lepas makan? Ha, smartphone kluar lagi, ada yang guna tablet, login facebook, update
status, gambar ikan goreng la, sambal belacan la, kari ayam la, dan masa ni juga kalau
kita mula nak post PROMOSI produk kita sangat sesuai. Sertakan juga testimoni
pembeli kalau ada. Gambar memainkan peranan penting jadi kalau ada gambar yang
boleh terujakan lagi seseorang tu, post le.

Selepas minum petang (4pm – 6pm):

Ni pulak, ada yang da mula masuk mood shopping. Yang wanita, dah mula buka balik
post-post yang menarik perhatian mereka masa WAKTU LUNCH tadi. Sama juga
dengan lelaki. Tetapi, mereka masih belum nak beli. Yang beli tu memang da sedia
‘ready cash’ dalam akaun dan ada masa untuk buat internet banking dan sebagainya.
Tapi lazimnya, seseorang tu akan memikirkan dulu tentang produk tu. Dia akan
gambarkan produk tu dalam minda dia dalam perjalanan balik dari ofis. Jadi masa ni,
boleh post promosi seperti “Terhad, hanya untuk 5 pelanggan pertama sahaja, harga
sekian2. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi sekian-sekian”.

Selepas makan malam & Isyak (9pm – 12midnight):

Inilah waktu HOT. Tapi jangan sampai buat promosi seperti tiada hari esok. Islam
menggalakkan kita untuk menuju kearah kesederhanaan. Jadi buat promosi pun
sederhana sahaja. Gunakan ayat-ayat soft selling untuk menarik perhatian. Gunakan
ayat-ayat yang dapat memberikan impak emosi kepada bakal pembeli. Dan masa ni
jugalah anda MESTI online kalau anda buat promosi. Kerana kalau pembeli tu dah
memang bersedia nak beli, tapi anda pulak tak online, dan ada tawaran lagi satu dari
peniaga lain, mereka akan beli dari orang tu pula.

Dan ini adalah hasil dari pengalaman buat promosi di Facebook secara percuma.
Respons yang kita dapat dari pembeli dan trend membeli secara online pada waktu
apa.Semak waktu paling ramai ahli fan online di bahagian Fanpage

PENGIKLANAN DI FACEBOOK

Mengapa pengiklanan di Facebook? Ianya adalah cara paling cepat dan pantas untuk
mendapatkan pelanggan baru yang membeli produk produk kita. Bagi mana mana
peniaga tujuan utama buat iklan berbayar adalah untuk mendapatkan JUALAN.

Pengiklanan di Facebook ada banyak teknik, topiknya juga sangat banyak.

Dalam Panduan ini saya mahu berkongsi cara paling mudah dan cepat mendapatkan
pelanggan yang membeli produk anda.

Cara paling cepat dan mudah ialah menggunakan Iklan Jenis Page Post Advert. Ianya
sangat mudah dan cepat. Jika anda sudah mahir seperti saya, iklan boleh siap dalam
masa 5minit. Pelanggan pula boleh membeli bertalu talu dalam tempoh 1jam selepas
iklan dan akan terus membeli dalam tempoh berbulan bulan selagi anda meng aktifkan
iklan. Saya ada beberapa iklan yang sebegini..Ada buktinya..

Untuk memahami bagaimana Iklan Jenis Page Post Advert berfungsi, 5 perkara
penting ini perlu anda faham.

1)Gambar produk

2)Skrip Jualan Dibawah Gambar

3)Tajuk Iklan/Tajuk Fanpage

4)Cara setting iklan terutama dibahagian TARGETTING

5)Cara FOLLOWUP pelanggan

GAMBAR

Post kan di facebook page anda satu GAMBAR yang menarik perhatian. Gambar
bersaiz 700 px X 700px, tidak mengandungi lebih 20% teks, buat frame merah atau
hitam untuk menonjolkan isi gambar. Background berwarna putih atau yang berwarna
cerah. Sekiranya anda tidak tahu langsung nak edit gambar, upah designer untuk
buat.Gambar yang bagus ialah gambar yang menggabungkan gambar produk dengan
anak anak yang menggunakan produk tersebut. Dibawah adalah beberapa contoh
gambar yang kami telah gunakan sepanjang proses mengiklan guna iklan berbayar dan
ianya sangat berkesan menghasilkan jualan yang sangat banyak.





SKRIP JUALAN DIBAWAH GAMBAR

Selepas gambar, perkara kedua terpenting ialah skrip jualan dibawah gambar.
Bagaimana pelanggan respons kepada iklan anda sangat dipengaruhi oleh apa yang
anda tulis dibawah gambar. Dan yang paling penting sekali ialah Headline ayat jualan.

10 perkataan terawal yang anda tulis dalam skrip jualan anda akan menentukan bakal
pelanggan anda mahu klik iklan anda atau tidak. Untuk buat headline dan juga skrip
jualan ini ianya memerlukan latihan berkali kali. Anda perlu selalu buat dan selalu
latihan untuk produk produk yang anda ada dan test buat iklan guna skrip jualan
tersebut, adakah pelanggan anda tertarik untuk klik dan seterusnya membuat
pembelian..

Contoh pentingnya headline ini anda dapat lihat apabila kita buat pengiklanan
berbayar, ia menentukan adakah bakal pelanggan mahu klik atau tidak.

JENIS JENIS HEADLINE

1.Contoh Headline berbentuk MANFAAT:

MAHU anak pandai alif ba ta seawal usia 2 tahun? SMS “bijakalifbata” ke 017-
9228892.Pakej Anak Bijak Alif Ba Ta ini khusus untuk mengajar anak anak anda kenal
alif ba ta sampai pandai..Berminat nak order ? SMS “bijakalifbata” ke 017-9228892
untuk mendapatkan free gift!

10 perkataan terawal inilah yang akan menentukan pelanggan anda mahu klik iklan
anda atau tidak?

Belajar menulis Headline 5-7 patah perkataan terbaik..

Contoh: Mahu anak pandai Alif Ba Ta seawal usia 2 tahun?

2.Headline berbentuk SOALAN ATAU MASALAH
(Masalah)? (Nama Produk) membantu (Siapa pelanggan) dalam masa (Berapa lama),
supaya (Apa kesannya).SMS/WhatsApp (Nombor telefon) untuk dapatkan harga
produk. Untuk 3 pembeli pertama, kami berikan (Tawaran hebat).

Berikut adalah Format untuk menulis skrip jualan:
1.Headline
2.Sub-headline –ada kene mengena dengan headline
3.Problem-mengenalpasti masalah prospek
4.Solution-Beri penyelesaian kepada permasalahan di atas yang berkaitan dengan produk
5.Testimoni @ Manfaat Produk
6. CALL TO ACTION (Arahan untuk pelanggan bertindak)
Contoh dibawah ialah SKRIP JUALAN UNTUK PAKEJ ANAK BIJAK ALIF BA TA:
1.Headline berbentuk MANFAAT
2.Maklumat produk iaitu CARA GUNA PRODUK
3.Testimoni Pelanggan
4. Call To Action

Contoh SKRIP JUALAN:

Headline berbentuk MANFAAT

Wah seronoknya Baby Irfan belajar Alif Ba Ta sekarang! Belajar santai sambil bermain,
menyanyi membuat si comel ini teruja sekali, Alhamdulillah ummi ayah pun gembira

Jom mulakan pendidikan mengenal Al-Quran dengan PAKEJ ANAK BIJAK ALIF BA
TA ini. Sesuai digunakan dari bayi 6 bulan ke atas. Pakej yang lengkap and its Highly
recommended!

Maklumat produk iaitu CARA GUNA PRODUK

Pakej ini merangkumi 3 set ie VCD Mengenal Quran 1, Kad Imbas Anak Bijak Alif Ba
Ta dan 3 Poster Alif Ba Ta.

Cadangan cara penggunaan Pakej menarik ini Untuk anak berumur 6 bulan – 2 tahun:

1. Pasang VCD di TV/Laptop/Komputer. Abang Ariffin akan ajar anak anda mengenal
huruf hijaiyah sambil bernasyid dan mengenal objek dalam 3 bahasa – B.Melayu,
English dan Arab. Sampel VCD Belajar Cepat Membaca Al-Quran siri 1:
http://youtu.be/05YbLitMqbQ

2. Guna kad imbas dan layangkan kepada si comel anda secepat 2-3 saat untuk 1 huruf
kepada setiap hari. Boleh dibuat bila-bila masa selepas mandi, selepas makan, sebelum
tidur setiap hari. Jika anda nyanyi bersama si manja macam Abang Ariffin ajar anak
pasti teruja!

3. Tampal poster Alif Ba Ta pada satu dinding tumpuan si manja anda agar dia dapat
lihat setiap hari. Hidupkan suasana pembelajaran Al-Quran di rumah pasti membantu!

Cadangan cara penggunaan Pakej menarik ini Untuk anak berumur 2 tahun ke atas:

1. VCD masih digunakan. Menyanyilah bersama si manja sambil membuat gerakan
yang boleh membuat anda ketawa bersama. Boleh mula tunjukkan objek2 yang diajar
dalam VCD untuk anak anda kenal lebih dekat lagi. Sampel VCD Belajar Cepat
Membaca Al-Quran siri 1: http://youtu.be/05YbLitMqbQ

2. Anak seusia ini da mula banyak bergerak dan tidak akan duduk setempat dalam 2-3
saat pertama. Jadi anda boleh bermain dengar cari dan teka huruf, boleh susunkan di
lantai dan anak mencari huruf yang disebut oleh ibu ayah. Bila anak berjaya jumpa,
pujilah dia selambung2nya, Pandainya anak ummi, Cepatnya dia etc. Anak pasti
gembira. Cara lain, pegang jari anak anda, dan ajar dia cara menulis huruf2 sambil

menyebut nama huruf. Ini akan dapat membantu anak cepat mengingat huruf2
tersebut.

3. Poster yang ditampal juga boleh digunakan untuk bermain seperti di atas

Penggunaan pakej mengikut peringkat umur ini hanya cadangan sahaja. Anda
tentukan kerna anda lebih mengenali anak-anak anda. Lebih kreatif lebih baik.

Testimoni Pelanggan

TESTIMONI Pn Rabiatul Nabila ibu kepada baby Zahratul Iman 3 bulan

"Dilatih sejak awal 3 bulan, dia memang menunjukkan minat. Bila saya tunjuk je
flashcard memang dia akan membulatkan mata dan ikut saya menyebut walaupun
bunyinya memang tak sama. In fact, kalau saya lambat bagi dia pegang kad, memang
dia akan menjerit-jerit nyaring. Tengok pada respond dia, saya memang rasa dia
cenderong belajar menggunakan flashcard. Sekarang saya dah ajar dia sampai huruf
'ya'. Tapi saya tak tekan sangat, saya ajar santai. Sambil mengajar sambil bergurau-
gurau. Kadang-kadang saya selitkan juga dengan permainan lain bila mood dia tak
baik, sebab takut dia boring."

CALL TO ACTION

Setiap pembelian dengan Kedai Anak Bijak akan menerima:

** PERCUMA Tips/panduan mengajar anak menggunakan kad imbas Anak Bijak Alif
Ba Ta untuk ibu bapa dan guru

** PERCUMA 1 Buku Siri Mewarna dan Membaca Jawi.

All item ready stok dan sedia untuk dipos sebaik terima bayaran.

Harga?Hanya RM50 termasuk pos Sem / RM54 termasuk pos Sabah Swak.

Tapi hanya TERHAD UNTUK 10 ORANG SAHAJA!

Jadi apa tunggu lagi….DAPATKAN SEKARANG SEBELUM TAWARAN HABIS!

Untuk tempahan ada dua cara:1. SMS >PAKEJANAKBIJAK< hantar ke 01723898852.
PM AIP >PAKEJANAKBIJAK< diwww.facebook.com/messages/ KedaiAnakBijak

Info selanjutnya akan diberikan. Yang berminat boleh komen 'SAYA NAK' di bawah.
Segera sebelum tawaran tamat!!

Apakah yang perlu ada pada ayat CALL TO ACTION ??

Untuk pastikan pelanggan bertindak membuat pembayaran, arahkan pelanggan
anda untuk :

1.SMS/WhatsApp
2.Hantar private message kepada page
3.Add sebagai friend

CONTOH:

Untuk tempahan ada dua cara SMS/WhatsApp pakejbijakmengaji ke 017-9228892 atau
hantar mesej ke http://www.facebook.com/messages/clothdiapermurah bagi
melayakkan tuan mendapatkan free gift dengan setiap pembelian Pakej Anak Bijak Alif
Ba Ta

Untuk menviralkan promosi, galakkan pelanggan anda komen, like dan share

Info selanjutnya akan diberikan. Yang berminat boleh komen 'SAYA NAK' di bawah.
Segera sebelum tawaran tamat!!

Mohon LIKE & SHARE. Mungkin saudara mara atau sahabat handai anda sedang
mencari hadiah untuk si manja mereka juga. Didoakan agar semua mendapat manfaat.

Setelah iklan di facebook, pelanggan akan komen di bawah
gambar, mereka minta pm, apa nak jawab pada setiap komen:

Azzura Mat Noor, Terima kasih kerana berminat dengan Pakej Anak Bijak Alif Ba Ta.
semoga anak puan jadi anak soleh..SMS pakejbijakalifbata ke 017-9228892 atau hantar
mesej ke https://www.facebook.com/messages/clothdiapermurah bagi melayakkan
puan mendapatkan free gift dengan setiap pembelian Pakej Anak Bijak Alif Ba.

PELANGGAN AKAN PM DI PAGE APA NAK JAWAB ???

Assalamualaikum, puan yang budiman.
Didoakan puan sentiasa sihat dan diberkati Allah. Amin....

Terima kasih kerana berminat membeli Produk Pakej Anak Bijak Alif Ba Ta

Pakej Anak Bijak Alif Ba Ta ini boleh membantu anak dengan cara:

VCD Belajar Cepat Membaca Al-Quran siri 1 ini membantu anak anda mengenal huruf-
huruf hijaiyah. Selepas anda mula belajar mengecam huruf menerusi VCD, anda boleh
bermain flashcard alif ba ta ini dengan anak-anak anda..hanya flashkan sekali sehari,
anda pasti akan nampak hasilnya.Kemudian tampalkan 3 poster di dinding rumah,
insyaallah hari hari tengok poster, mudah anak anda nak kenal huruf alif ba ta dan
kenal baris.memang best..anak anak happy dan mak bapak pun happy ...alhamdulillah

Harga Jualan kami ialah RM50 seunit termasuk caj poslaju dalam Semenanjung Msia

Jika berminat, cepat cepat buat bayaran ke Akaun Bank

MAYBANK
No Akaun:
Nama:
Third Party Email:

CIMB
No Akaun:
Nama:
Third Party Email:

Selepas bayar sms/WhatsApp kepada 013-4928 630 atau email kpd [email protected]
nama bank (maybank atau CIMB), masa bayaran, jumlah bayaran, nama produk, nama
penuh, alamat penghantaran, dan juga phone no untuk kami pos laju.

Terima kasih, semoga ALLAH memudahkan urusan puan sekeluarga


Click to View FlipBook Version