Nama :………………………………………………………………………………………………………………… Jawatan :………………………………………………. Gred Jawatan :………………………… No. Fail JPN :……………………………………… No. Gaji :………………………… No Kad Pengenalan (Baru):………………………… Lama :………………………… Jantina :………………………….. Bangsa :………………………… Agama :.…………………………. Warganegara :…………………………. Tarikh Lahir :………………………….. Tempat Lahir :………………………… Alamat Rumah :…………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………….... .............................................................................................................................. No. Telefon (Rumah) : ………………………………... (H/P) :………………………………......
KANDUNGAN MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2022/2023 SIDANG REDAKSI MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2023/2024 1
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & salam sejahtera.... Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk memikul amanah sebagai pendidik, bekerja menabur bakti serta terus menyumbang tenaga dan idea untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan di SK Telok Gadong. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Manual Pengurusan dan Pentadbir SK Telok Gadong 2023/2024 yang telah bertungkus lumus untuk menyiapkan buku ini. Manual pengurusan ini penting sebagai rujukan dan garis panduan kepada guru-guru untuk melaksanakan tugas dengan lebih terarah dan berkesan. Sehubungan dengan itu, diharapkan manual pengurusan ini dapat membantu guru-guru membuat perancangan dan menyediakan program-program khusus merangkumi aktiviti akademik, kokurikulum dan sahsiah sepanjang sesi akademik ini. Matlamat utama sekolah adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan peningkatan pencapaian murid ke satu tahap yang dapat mencapai KPI sekolah, memperkasa STEM agar murid mampu bersaing hingga ke peringkat antarabangsa. Pembudayaan PdPc, PAK21, PBD dan PLC yang berkesan diharap membantu melonjakkan prestasi murid-murid secara holistik. Kata Alu-Aluan Guru Besar.. Pn. Nahariah Binti Hasan Nudin
Tambahan pula dengan terpilihnya SK Telok Gadong sebagai salah sebuah sekolah dalam Program TS25 adalah diharapkan ia mampu meningkatkan lagi pengurusan dan pencapaian kemenjadian murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah mereka. Oleh itu, marilah kita bekerja dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan kerana segala keikhlasan dan pengorbanan kita dilihat dan dinilai oleh-Nya. Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa warga pendidik di SK Telok Gadong, akan sentiasa berusaha secara total untuk menyediakan landskap pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Apa juga halangan, cabaran dan transformasi yang mendatang, seluruh warga SK Telok Gadong harus berfikiran positif dan menerima dengan minda yang terbuka dan dengan penuh iltizam, dedikasi dan berintegriti untuk menempuh dan mengatasinya demi mencapai misi dan visi sekolah. Teruskan tekad, gandakan usaha agar kita dapat menjadi khalifah yang dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara. “Selamat menjalankan tugas dengan dedikasi sepanjang sesi 2023/2024”. Sekian, terima kasih.” “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Nahariah Nahariah Binti Hasan Nudin. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Gadong.
Guru Besar
FALSAF 4 Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
PENGURUSAN SEKOLAH S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 -
V I S I S E K O L A H Sekolah Kebangsaan Telok Gadong adalah di antara sekolah yang tertua di Malaysia. SKTG telah dibuka pada tahun 1897.Sekolah ini ditubuhkan di sebuah bangunan hospital lama yang terletak di persimpangan Jalan Sungai Bertih dan Jalan Pelabuhan Klang. Pada masa pembukaan sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Telok Gadong. Nama ini diambil sempena nama tempat tersebut. Bangunan asal sekolah iaitu bangunan hospital lama yang diubahsuai dengan tiga bilik darjah yang menampung 50 orang murid. Pada masa itu Guru Besar yang bertugas ialah Encik Hitam Bin Abd. Samad (1896 –1909). Pada tahun 1926, sebuah bangunan baru didirikan untuk menampung pertambahan murid. Pada tahun 1935 sebuah bangsal tambahan dibina bagi menampung 300 orang murid. Sekolah Melayu Telok Gadong tidak kekal di tapak bangunan hospital tersebut. Ia telah dipindahkan ke lokasi baru iaitu bangunan sekolah yang ada sekarang ini iaitu di Jalan Yadi pada 5 Disember 1964. Bangunan lama sekolah ini telah dirobohkan dan dibina jalan raya serta rumah. Nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Telok Gadong. Pada mulanya, sekolah ini mempunyai dua buah bangunan sahaja iaitu blok A dan blok B yang menampung sejumlah 600 orang murid. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Harun B. Idris pada tahun 1965 iaitu Menteri Besar Selangor pada masa itu. Sekolah ini hanya mempunyai 10 bilik darjah, sebuah pejabat, padang bola sepak, gelanggang badminton, tandas, tempat letak basikal, bekalan air dan elektrik. Pada Tahun 1975, sekolah ini mendapat bangunan baru empat tingkat .Bangunan ini telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Selangor, Sultan Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah pada tahun 1977. Pembinaan bangunan tersebut telah menelan belanja sebanyak setengah juta ringgit. Pada tahun 1983, sekolah ini mendapat lagi dua buah bangunan baru iaitu blok D dan blok E. Pada tahun 1987, sekolah ini telah dijadikan 2 buah sekolah dengan 2 pentadbiran yang berasingan iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Gadong dan Sekolah Kebangsaan Telok Gadong Dua. Pada tahun 1990 Sekolah kebangsaan Telok Gadong Dua dipindahkan ke bangunan baru yang dibina bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Telok Gadong dan diberi nama Sekolah Kebangsaan Sungai Udang. Kini, Sekolah Kebangsaan Telok Gadong mempunyai sebuah bangunan baru setinggi tiga tingkat iaitu blok F yang telah siap pada tahun1998. Bangunan tersebut mempunyai 1 makmal sains dan 13 buah bilik. Pada tahun 2001 sebuah makmal komputer telah didirikan di sebelah blok F dan siap digunakan pada tahun 2002. Makmal ini dapat menampung seramai 80 orang murid dalam satu-satu masa. Pada tahun 2003, kelas Prasekolah telah dimulakan menggunakan dua kelas di blok F dan menempatkan 50 orang murid. Manakala sebuah blok baru telah dibina untuk Prasekolah Pendidikan Khas yang bermula pada tahun 2008 . Sekolah Kebangsaan Telok Gadong adalah di antara sekolah yang tertua di Malaysia. SKTG telah dibuka pada tahun 1897.Sekolah ini ditubuhkan di sebuah bangunan hospital lama yang terletak di persimpangan Jalan Sungai Bertih dan Jalan Pelabuhan Klang. Pada masa pembukaan sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Telok Gadong. Nama ini
8 SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK GADONG Nama sekolah “USAHA, MAJU, JAYA” Moto sekolah WARNA MERAH DAN KUNING Warna negeri Selangor Darul Ehsan PENA Mata pena lebih tajam dari mata pedang BUKU Rajin dan usaha menimba ilmu pengetahuan WARNA BIRU Lambang kasih sayang dan semangat kerjasama
9 SILA IMBAS ATAU TAIP ALAMAT URL INI UNTUK MENDENGAR LAGU SEKOLAH youtu.be/IEFQMGTrwSMhttps://youtu.be/IEFQMGTrwSM youtu.be/IEFQMGTrwSMhttps://youtu.be/IEFQMGTrwSM
GURU BAIK LAGI CERDIK 10 ANAK YANG
PANDUAN AM GURU PANDUAN GURU UNTUK MENJANA KECEMERLANGAN SKSS 1. PENDAHULUAN 1.1 Setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk meletakkan Sekolah Kebangsaan Telok Gadong di tahap cemerlang, dihormati dan disegani. 1.2 Oleh itu setiap guru haruslah menjalankan tugas pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan memantapkan sahsiah murid dengan penuh iltizam, ikhlas dan kesedaran. 1.3 Setiap guru harus tahu mengenai visi dan misi sekolah sebagai institusi masyarakat. 1.4 Sehubungan itu, Buku Pengurusan Sekolah ini diharap dapat menerangkan secara ringkas mengenai pengurusan harian sekolah. Sekiranya guru menghadapi sebarang masalah, biasakanlah diri berbincang dengan rakan-rakan dan selesaikan secara profesional. Ketuaketua Panitia, Guru Kaunseling, Guru Penolong Kanan dan Guru Besar sendiri sentiasa bersedia membantu. Polisi kita adalah telus dan terbuka. 1.5 Pastikan guru-guru sentiasa merujuk kepada pekeliling-pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Manual Pengurusan Sekolah, Buku Panduan Pelajar, Prosedur-Prosedur Kerja dan Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia agar kita sentiasa berada di landasan yang betul. 2. SIKAP GURU 2.1 Guru harus mempunyai ‘high expectation’ terhadap setiap murid. Kita harus menganggap bahawa murid kita itu mempunyai potensi untuk bejaya dalam banyak bidang. Terpulang kepada guru untuk mencungkil potensi mereka. 2.2 Kita harus menyedari hakikat betapa pentingnya kurikulum tersirat ‘hidden curriculum’. 2.3 Kita adalah ‘role model’ untuk menjadi inspirasi dan ikutan anak didik kita. Apa yang kita lakukan memberi impak/kesan kepada murid. 2.4 Nilai-nilai murni keagamaan dan moral harus ditanam dengan serius dan istiqamah. 2.5 Semua murid berhak untuk dikenali, dilihat dan menjadi sebahagian daripada proses pendidikan. Tidak ada murid yang dinafikan untuk menerima pendidikan kerana pendidikan adalah untuk semua. 3. KEMAHIRAN GURU 3.1 Kita perlu menjadikan diri kita pakar bukan sahaja dalam subjek atau ‘content’ malah pakar untuk menjadikan pelajar kita ‘leaners forlife’ (mengajar atau mendidik). 3.2 Kita harus sentiasa mengamalkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dengan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk kita menyampaikan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara objektif dan berkesan. Sekiranya seseorang pelajar itu tidak belajar kita perlu bertanya kenapa. Barangkali kita penyebabnya. 11
3.3.7 Pendekatan ‘Multiple Intelligent’ (MI) 4. PROFESIONALISME GURU 4.1 Iklim 4.1.1 ‘High Expectations’ dan ‘lowstress’ - Best learning (Study Hard, Study Smart) 4.1.2 Suasana yang supportif/mendorong/kondusif – Pujian untuk kejayaan. 4.2 Pengurusan 4.2.1 Memahami matlamat sekolah. 4.2.2 Mengetahui sistem disiplin dan mengajar secara berhemah dan berhikmah. 4.2.3 Menepati masa. 4.2.4 Menyelesaikan tugas menepati waktu. Semua tugas yang diserahkan hendaklah diambil tindakan dengan segera. 4.2.5 Dokumen/tugasan yang telah diambil tindakan hendaklah diserahkan kepada pejabat untuk tindakan seterusnya. Sekiranya salinan diperlukan hendaklah difotokopi dan difailkan. 4.3 Menyertai/menjalani semua program sekolah dan menjalankan semua aktiviti kokurikulum dengan bermatlamat “Cemerlang, Terbaik!”. 4.4 Penampilan 4.4.1 Cara pakaian yang kemas dan lengkap. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian sukan tidak melebihi waktu rehat. 4.4.2 Kasut, tanda nama, tali leher dan pemakaian aksesori minimum. 4.4.3 Gaya komunikasi. 4.4.3.1 Bahasa ilmu, terang, mudah difahami 4.4.3.2 Tiada slanggah/loghat kenegerian 4.4.3.3 Lembut 4.4.3.4 Tiada labelling 4.4.4 Gaya berjalan mempamerkan keterampilan, kewibawaan dan keyakinan diri. 4.5 Kerahsiaan Segala maklumat yang dibincang oleh/dengan pihak pengurusan sekolah adalah ditakrifkan sebagai bahan rahsia. Perbincangan secara terbuka tidak dibenarkan di tempat-tempat umum seperti kantin, tempat letak kereta, di tempat menunggu dan rehat dalam kawasan sekolah dan kepada/dengan yang tidak berkenaan. 12 3.3.1 Teknik bahasa merentas kurikulum 3.3.2 Teknik PdPc ‘brain storming’ STRUM/PPAS 3.3.3 Teknik berasaskan ‘research’/KajianTindakan 3.3.4 Teknik Putaran (ajar-uji-ajar semula-uji semula) 3.3.5 Teknik ‘peer-group’/rakan sebaya 3.3.6 Penggunaan BBM yang menarik dan berkesan 3.3 Oleh itu kita perlu membetul, memperbaiki, menyusun dan mempelbagaikan kaedah, misalnya:
5. TUGAS GURU 5.1 Guru Bertugas 5.1.1 Masa Guru bertugas mestilah berada di kawasan sekolah lebih awal dan mengelolakan Perhimpunan Pagi (7.00 pagi) dan Pergerakan Murid (senyap dan tersusun). 5.1.2 Tugas 5.1.2.1 Pada waktu rehat suasana di kantin dan peraturan-peraturan kantin hendaklah dipastikan diikuti 5.1.2.2 Murid beratur (tertib, senyap dan tidak berebut-rebut) semasa membeli makanan. Baca doa makan dalam keadaan senyap dan tertib. 5.1.2.3 Masukkan pinggan, mangkuk, sudu dan garpu ke dalam tempat yang disediakan. 5.1.2.4 Pembuangan sampah oleh murid dikawal/sentiasa bersih dan ceria. 5.1.2.5 Rondaan kelas (murid-murid tidak dibenarkan duduk dalam kelas). 5.1.3 Bangunan 5.1.3.1 Pastikan bangunan, peralatan dan persekitaran sekolah dalam keadaan selamat dan tidak mendatangkan bahaya yang boleh menyebabkan kecederaan dan perkara-perkara yang tidak diingini. Lapor segera sekiranya ada bahagian bangunan, peralatan dan lain- lain yang boleh mendatangkan bahaya kepada pihak pengurusan. 5.1.3.2 Pastikan bangunan dan persekitaran bersih dan ceria (rondaan). 5.2 Guru Kelas 5.2.1 Guru kelas adalah orang yang paling tepat mendisiplinkan murid dalam kelasnya. 5.2.2 Kenali semua murid anda. 5.2.3 Ketahui latar belakang, kemampuan dan masalah mereka. 5.2.4 Cuba terangkan dengan baik visi dan aspirasi agar mereka dapat memahami dan menjadi supportif. 5.2.5 Laporkan masalah murid anda kepada mereka yang berkenaan, Guru Kaunseling, badan kebajikan HEM dan Guru Besar. 5.2.6 Galakkan mereka membina ‘self respect’ dan ‘respect for other’. 5.2.7 Galakkan mereka bersiap sedia menghadapi PdPc, membuat kerja rumah, tabiat kerja baik dan kemas. Galakkan murid-murid aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti harian sekolah. 5.2.8 Galakkan murid berbincang mengenai masalah PdPc dengan kawan-kawan dan guru. 13 4.6.1 Guru tidak dibenarkan sama sekali berniaga dalam waktu persekolahan seperti jualan langsung, promosi barangan, insurans dan lain-lain. Tindakan akan diambil sekiranya mengingkari arahan ini. 4.6.2 Guru tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah. 4.6 Etika Guru
5.3 Guru Subjek 5.3.1 Galakkan sikap positif terhadap murid-murid anda. 5.3.2 Sentiasa bersiap sedia menghadapi kelas dengan matlamat yang jelas dan gunakan BBM secara berkesan. 5.3.3 Menepati masa, riang, tegas dan adil. 5.3.4 Murahkan pujian. 5.3.5 ‘Class control’. 5.3.6 Selesaikan sendiri masalah disiplin yang melibatkan PdPc subjek anda. 5.3.7 Kerja rumah harus diberi secara memadai bilangannya, konsisten dan perlu disemak segera setiap masa. 5.4 Waktu lapang/ free period – rujuk Pekeliling Bil 3/1981 6. PENGURUSAN TUGASAN GURU 6.1 Rutin Harian 6.1.1 Waktu 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari ialah waktu persekolahan rasmi . 6.1.2 Guru-guru dianggap mahir menguruskan masa tersebut secara optimum dan berkesan bagi menjana ‘core business’. 6.1.3 Guru-guru diminta datang ke sekolah awal. Paling lewat 10 minit sebelum waktu pertama iaitu 7.30 pagi. Masuk ke kelas masing-masing tepat pada waktunya. Mereka yang lewat dikehendaki memberi kenyataan bertulis kepada Guru Besar. 6.1.4 Perakam waktu hendaklah diketik sebaik sahaja sampai ke sekolah. 6.1.5 Guru-guru bertugas diwajibkan menjalankan perhimpunan setiap hari bersama pengawas bertugas untuk: 6.1.5.1 Program NILAM 6.1.5.4 Tindakan-tindakan disiplin/peringatan melaksanakan tugas atau arahan 6.1.6 Guru hanya dibenarkan pulang paling awal 30 minit selepas waktu balik murid untuk menyiapkan/membuat persiapan/melaksanakan tugas arahan pengurusan. 6.1.7 Perakam waktu guru hendaklah diketik pada waktu balik. 14 5.2.9 Pastikan penampilan diri menepati peraturan sekolah. 5.2.10 Siasat ketidakhadiran murid & ambil tindakan sewajarnya. 5.2.11 Pastikan murid-murid menceriakan dan membersihkan kelas serta persekitaran kelas setiap ketika. 5.2.12 Suarakan ‘expectation’ anda kepada murid berkaitan kemajuan, pencapaian pelajaran, tingkah laku dan nilai murni (kaitan dengan pengalaman semasa). Contohnya: Cara penjimatan air dan bekalan elektrik sekolah, budaya memberi salam, menjaga harta benda sendiri dan orang lain. 5.2.13 Anda harus tegas, rasional, berhemah, berwibawa dan berketrampilan pada setiap masa. 6.1.5.2 Menyampaikan maklumat (ringkas dan tepat). 6.1.5.3 Guru Besar/GPK akan menyampaikan nasihat mengikut giliran mingguan.
6.2.4.1 Semua persiapan untuk perhimpunan disediakan lebih awal. 6.2.4.2 P.A Sistem, muzik iringan, pembaca doa dan susuncara (pastikan ucapan Guru Besar/GPK pada susunan yang terakhir) 6.2.4.3 Semua guru wajib hadir. 6.2.4.4 Merekodkan secara rasmi amanat Guru Bertugas, GPK dan Guru Besar. 6.2.4.5 Perhimpunan dikawal dengan lancar, senyap, masuk barisan awal, keluar dengan senyap dan tersusun. 6.2.5 Semua murid dan guru sepatutnya mencatat amanat penting dari Guru Bertugas, GPK dan Guru Besar dan maklumat-maklumat penting lainnya. 6.3 Cuti / Guru Tidak Hadir 6.3.1 Cuti Sakit (MC) dibenarkan dengan sokongan surat akaun doktor kerajaan/doktor swasta (tidak melebihi 2 hari) 6.3.2 Cuti Rehat Khas (CRK) dibenarkan atas budi bicara/kebenaran Guru Besar (ia bukan menjadi suatu hak pemohon) 6.3.3 Cuti Tanpa Rekod dan lain-lain seperti yang tertakluk dalam Perintah Am Bab C hendaklah dibuat permohonan sekurang-kurangnya 7 hari dari tarikh cuti yang dipohon. 6.3.4 Pastikan guru-guru memaklumkan kepada Guru Besar atau GPK atau guru terdekat jika anda tidak dapat hadir kerana sakit/kursus/bertugas diluar sekolah/kecemasan dengan SEGERA (telefon). 6.3.5 Pastikan tugasan/lembaran kerja disedia/diberi. Setiap lembaran kerja atau tugasan kepada murid hendaklah diserahkan kepada GPKP untuk diserahkan kepada guru ganti. 6.3.6 Sekiranya anda sakit, pastikan ada Sijil Sakit yang sah untuk diserahkan kepada Guru Besar. 6.3.7 Kebenaran Guru Besar hendaklah diperolehi jika guru ingin keluar dari kawasan sekolah untuk sebarang tujuan dan perlu dicatat dalam Buku Keluar. *** Sekiranya pegawai dikesan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab 2 hari berturut-turut maka Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan dengan memberhentikan segala emolumen dengan serta-merta. 6.4 Kehadiran hari Sabtu *** Hari Sabtu minggu ke-2, ke-4 dan ke-5 merupakan hari bekerja. Guru diwajibkan hadir untuk menjalankan tugas seperti berikut jika diarahkan : 6.4.1 Kelas tambahan. 6.4.2 Aktiviti Kokurikulum. 6.4.3 Pertandingan. 15 6.2.1 Perhimpunan Mingguan dianggap tonggak budaya sekolah. Ianya diadakan setiap minggu iaitu pada hari Isnin pada pukul 7.30-8.00 pagi. 6.2.2 Perhimpunan sekolah dikendalikan oleh Guru Pengawas, Guru Bertugas dan Pengawas. 6.2.3 Ianya wajib dihadiri oleh semua murid dan guru. Sila lapor kepada Guru Besar sekiranya tidak dapat bersama dalam perhimpunan tersebut. 6.2.4 Guru bertugas bertanggungjawab memastikan: 6.2 Perhimpunan
7. TANGGUNGJAWAB / KOMITMEN GURU 7.1 Pentadbiran Kewangan 7.1.1 Pembelian Keperluan PdPc – Setiap pembelian keperluan untuk tujuan PdPc dan Panitia Mata Pelajaran mestilah dibuat melalui Ketua Panitia dan Guru Besar. Guru Besar akan menentukan pesanan dan pembelian diluluskan (bergantung kepada kewangan dan kemampuan). 7.2 Disiplin Dan Pergerakan Murid 7.2.1 Galakan murid-murid supaya memikirkan ‘akibat’ dari melakukan sesuatu yang melanggar peraturan/bertentangan. Ini akan menghindarkan mereka daripada dikenakan tindakan disiplin. 7.2.2 Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselesaan dan keselamatan bilik darjah setiap masa. Guru yang mengajar waktu akhir setiap sesi mesti memastikan murid-murid membersihkan dan mengemaskinikan kelas 10 minit sebelum balik. 7.2.3 Guru tidak dibenarkan menghukum, mendera, menggunakan kata-kata kasar dan kesat kepada murid. Segala masalah berkaitan hukuman hendaklah dirujuk kepada Guru Besar/GPKP/GPK HEM/GPK Kokurikulum. 7.2.4 Keselamatan murid sentiasa diberi keutamaan semasa berada dalam kawasan sekolah, bilik pembelajaran dan bilik-bilik khas. Guru-guru hendaklah sentiasa berada bersama-sama murid. 7.2.5 Guru-guru hendaklah sentiasa memberi ingatan dan teguran kepada murid supaya menjaga keselamatan diri semasa di sekolah atau di luar sekolah terutamadi atas jalan raya. 7.2.6 Murid yang dikenal pasti mengidap penyakit seperti semput/lelah, gila babi, jantung berlubang (surat doktor/permohonan ibubapa) dan tidak sempurna anggota hendaklah dikecualikan daripada menyertai aktiviti PJ/sukan. Jika terdapat murid sakit, guru bertugas hendaklah mengambil tindakan sewajarnya. 7.2.7 Guru-guru tidak boleh membenarkan murid balik awal tanpa kebenaran Guru Besar. Pergerakan murid semasa sedang belajar harus pada tahap minimum. 7.2.8 Sekiranya murid perlu keluar kerana arahan guru pastikan murid memakai ‘pas keluar’. 7.2.9 Murid perempuan dibenarkan ke tandas bersama kawan (tidak boleh berseorangan). 16 Pakaian batik – merujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2008 mengkehendaki semua pegawai awam memakai pakaian batik setiap hari Khamis. Keputusan ini tidak terpakai kepada pegawai yang dikehendaki memakai pakaian seragam dan pegawai yang menghadiri acara rasmi yang menetapkan pemakaian jenis pakaian lain. 6.4.4 Kursus, mesyuarat dan taklimat. 6.4.5 Gerak kerja kemasyarakatan, kerja-kerja sosial, gotong-royong dan lain-lain. *** Alasan/Surat Sokongan/Surat Cuti Sakit yang kukuh hendaklah diberi sekiranya tidak dapat hadir. 6.5 Pakaian Batik
7.4.1 Guru bertanggungjawab menyelia, menyusun, mengisi serta merekod segala maklumat berkaitan PdPc yang diajar. 7.4.2 Maklumat asas seperti surat-surat pekeliling iktisas, tatasusila profesion, tugastugas guru, sukatan pelajar dan peruntukan masa pengajaran mestilah diteliti dan difahami dengan jelas oleh guru. 7.4.3 Butir-butir diri guru, jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah, senarai cuti, sasaran tahunan PdPc (keberhasilan), rancangan tahunan, rancangan harian, rekod aktiviti guru/pencapaian/peringkat (di sekolah dan di luar), penggunaan buku rujukan, perbincangan profesional, ulasan penyeliaan serta markah kemajuan dan pencapaian murid mestilah dilengkapkan dengan kemas mengikut garis panduan yang diberi. Rancangan kerja tahunan boleh difotokopi (mesti jelas) untuk dilekatkan dengan kemas. Walau bagaimanapun, tulisan tangan yang kemas dan menaip menggunakan laptop/komputer amat digalakkan. 7.4.4 Buku/Fail Rekod Pengajaran dan Pemudahcaraan hendaklah dihantar kepada Guru Besar pada setiap hari Jumaat sebelum balik. 7.4.5 Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999 Penyediaan Rekod pengajaran dan pembelajaran (Rancangan pelajaran tahunan dan Rancangan pelajaran harian) hendaklah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki. ***Penalti: Guru tidak melebihi RM 5,000.00 / 3 bulan penjara / kedua-duanya. Guru Besar tidak melebihi RM 500.00 / 3bulan penjara / kedua-duanya. 7.5 Menghadiri Mesyuarat 7.5.1 Panggilan mesyuarat dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran pentadbiran. Surat pemberitahuan/panggilan mesyuarat perlu diedarkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat dijalankan supaya semua dapat membuat persediaan. Catatan mesyuarat/kehadiran mesti dicatat. 7.5.2 Semua mesyuarat yang diadakan diperingkat Sekolah/PPD/JPN/Kementerian adalah wajib dihadiri. Sekiranya ada sesuatu halangan/masalah, pengganti perlu dicari. Sila maklumkan secara rasmi kepada Guru Besar. 7.5.3 Semua keputusan mesyuarat di luar kawasan sekolah hendaklah dilaporkan kepada GPK/Guru Besar dalam laporan Minit Curai (format laporan disediakan). 17 7.3.1 Kehadiran murid mesti dimaklumkan kepada Guru Kelas/PT pada awal pagi setiap hari persekolahan oleh guru waktu pertama. 7.3.2 Guru Kelas perlu mengisi kehadiran murid setiap hari di APDM dan mencetak kehadiran murid setiap akhir bulan dan dihantar kepada GPK HEM. 7.3.3 Laporkan ke pejabat (GPK HEM/Guru Besar) sekiranya terdapat murid yang tidak hadir lebih dari 3 hari tanpa kenyataan untuk tindakan selanjutnya. 7.3 Rekod Kedatangan Murid 7.4 Tanggungjawab Guru
8. PENTADBIRAN 8.1 Pejabat Sekolah/Penggunaan Telefon/Kemudahan 8.1.1 Hanya untuk urusan rasmi. 8.1.2 Sila catat di dalam buku telefon setiap panggilan yang dibuat dan segala bayaran panggilan hendaklah dibayar kepada pembantu tadbir. Panduan menggunakan telefon bimbit di kalangan guru-guru dan kakitangan sekolah mengikut pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia KP(BS)B543/041/Jld.III (28) bertarikh 15 Januari 2004 seperti berikut : penggunaan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti sekolah yang lain seperti semasa perhimpunan sekolah, mesyuarat, aktiviti kokurikulum, mengawas peperiksaan dan sebagainya adalah dilarang sama sekali. 8.2 Bilik Guru 8.2.1 Bilik guru merupakan cermin guru, staf dan pentadbiran sekolah. Ianya harus memperlihatkan budaya kemas, ceria, menampilkan keilmuan, senyap, efisien serta berfungsi dengan cekap, tepat, telus dan tegar. 8.2.2 Kebersihan dan keceriaan bilik guru hendaklah sentiasa dijaga. Setiap guru hendaklah sentiasa memastikan susunan, kekemasan dan keceriaan dan mengelakkan keadaan tidak terurus, timbunan buku-buku latihan/kerja di atas meja. 8.3 Keselamatan/Pelawat 8.3.1 Sekiranya guru-guru melihat/bersua seseorang yang tidak dikenali, beri salam, sila tanya nama dan pengenalan pelawat tersebut dengan sopan santun dan hulurkan bantuan dengan mesra. Iringi/tunjukkan mereka ke pejabat. 8.3.2 Semua pelawat diminta berurusan di pejabat terlebih dahulu untuk apa jua tujuan serta malaporkan dan memperkenalkan diri. Semua pelawat akan diminta memakai tag ‘Pas Pelawat’ dan mengisi Buku Pelawat Am. Satu borang kebenaran masuk perlu diisi dan ditandatangani oleh pihak pengurusan sekolah. 8.3.3 Murid-murid dilarang membawa keluarga/kawan-kawan dan orang luar masuk ke kelas tanpa kebenaran pejabat/Guru Besar/GPK. 8.3.4 ‘Jurujual’ adalah dilarang sama sekali masuk ke bilik guru, lain-lain bilik di bangunan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar/GPK. 18 7.6.1 Semua guru akan ditentukan mengikut keperluan apa jua kursus yang berkaitan dengan profesion, yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dan Jabatanjabatan, PPD yang berkaitan dengannya. Semua dapatan kursus wajib disebarluaskan kepada rakan sejawatan. Satu salinan minit curai hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. 7.6.2 Guru-guru digalakkan meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing dengan mengambil/mengikuti kursus-kursus lanjutan yang bersesuaian. 7.6 Kursus-kursus Profesionalisme
Buku Pengurusan Sekolah ini merupakan dokumen rasmi yang perlu dibaca, diteliti, difahami, diikuti dan dilaksanakan oleh semua warga SK Telok Gadong. Sila tandatangani akuan penerimaan. Yang benar, (Tandatangan & Nama) Tarikh : 19 8.4.1 Guru-guru dan staf tidak dibenarkan sama sekali membuat sebarang kenyataan kepada media mengenai apa jua perkara. Sila rujuk kepada Guru Besar. 8.4.2 Segala urusan surat menyurat perhubungan ke PPD/JPN/Kementerian Pendidikan mestilah dimuat melalui dan salinan kepada Guru Besar atau mendapat kebenaran Guru Besar terlebih dahulu. 8.4 Kenyataan Media / Surat 9. PENUTUP
Kod Tatakelakuan Kementerian Pendidikan Malaysia menggariskan tingkahlaku yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini untuk memastikan kelakuan mereka semasa dan selepas bertugas adalah sentiasa selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan semasa. Dengan ini imej dan reputasi mereka sebagai warga Kementerian Pendidikan Malaysia yang berintegriti tinggi dan berwibawa sentiasa terpelihara. Kod Tatakelakuan Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut: PERCANGGAHAN KEPENTINGAN Seseorang warga Kod Tatakelakuan Kementerian Pendidikan Malaysia tidak boleh pada bila-bila masa: ➢ Mengadakan hubungan samaada secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana pembekal atau kontraktor yang berurusan dengan Jabatan bagi mendapat faedah seperti komisen, diskaun, hiburan/keraian dan sebagainya untuk kepentingan peribadi atau yang boleh menimbulkan rasa curiga orang ramai. ➢ Membiarkan diri atau anggota keluarganya berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendirian bercanggah dengan kepentingan tugas rasmi Jabatan. ➢ Terlibat dalam membuat sebarang keputusan atau berurus niaga dengan syarikat yang mana ahli keluarganya memiliki kepentingan (samada sebagai pengarah, rakan perkongsian, pemegang saham atau penama) di dalam syarikat-syarikat tertentu yang berurus niaga dengan Jabatan. ➢ Menjalankan apa-apa urusniaga peribadi dalam waktu pejabat kecuali mewakili persatuan yang dibenarkan oleh pihak pengurusan jabatan. ➢ Manyalahgunakan kedudukan dan pangkatnya sebagai pegawai/staf Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapat layanan istimewa atau keuntungan kewangan daripada mana-mana kementerian, jabatan, firma, syarikat dan orang perseorangan. PEKERJAAN LUAR Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia tidak boleh pada bila-bila masa membuat pekerjaan luar yang memberi imbuhan kewangan semasa atau selepas waktu pejabat, walaupun pekerjaan itu tidak bersangkut-paut dengan Jabatan. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh memberi kebenaran bertulis kepada seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membuat pekerjaan luar dengan syarat mereka mematuhi perkara berikut : ➢ Pekerjaan tersebut tidak boleh dilakukan semasa waktu pejabat. ➢ Pekerjaan tersebut tidak boleh menghalang pegawai berkenaan menjalankan/melaksanakan tugas rasminya diluar waktu pejabat apabila diarah oleh majikannya. ➢ Pekerjaan tersebut tidak bercanggah dengan kepentingan jabatan. 20
KESELAMATAN DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT . ➢ Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan bersara dikehendaki menyerahkan semua dokumen terperingkat yang ada padanya kepada Ketua Jabatan selaras dengan kehendak Akta Rahsia Rasmi 1972 tanpa menunggu arahan untuk berbuat demikian. MEMBUAT PERNYATAAN AWAM DAN PERHUBUNGAN DENGAN MEDIA MASSA Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia pada bila-bila masa tidak boleh: ➢ Membuat atau menghebahkan apa-apa pernyataan awam secara bertulis atau lisan mengenai perkara-perkara terperingkat Jabatan melainkan setelah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan. ➢ Menerbitkan apa-apa maklumat atau bahan terperingkat di dalam mana-mana media cetak atau elektronik seperti akhbar, majalah, jurnal, buku, radio, televisyen dan sebagainya melainkan setelah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan. . PENERIMAAN HADIAH ATAU KERAIAN Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia pada bila-bila masa: ➢ Tidak boleh menerima atau memberi dan tidak boleh membenarkan suami/isteri, ahli-ahli keluarga atau mana-mana orang menerima atau memberi bagi pihaknya secara langsung atau tidak langsung, apa-apa bentuk hadiah/keraian jika penerimaan atau pemberian hadiah/ keraian itu mempunyai kaitan dengan tugas rasminya. ➢ menerima hadiah/keraian sekiranya penerimaan hadiah/keraian tersebut tidak ada sebarang kaitan dengan tugas rasminya dengan syarat nilai hadiah/keraian itu tidak melebihi ¼ daripada emolumen bulanannya atau RM 500.00 yang mana lebih rendah. ➢ Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia yang berasa ragu tentang nilai hadiah yang diterima, bolehlah menerima hadiah itu dahulu tetapi beliau hendaklah mengemukakannya kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan. 21 Setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah pada bila-bila masa: ➢ menentukan semua maklumat dan dokumen terperingkat sentiasa terpelihara dan disimpan di tempat yang selamat sebagaimana yang dinyatakan di dalam Arahan Keselamatan Kerajaan ➢ tidak berkelakuan cuai sehingga boleh membahayakan keselamatan atau menyebabkan terdedahnya kerahsiaan sesuatu maklumat atau dokumen terperingkat. ➢ tidak mendedahkan apa-apa maklumat terperingkat dengan apa cara jua kepada mana mana orang yang tidak berhak memperolehinya sama ada semasa atau selepas beliau berkhidmat dengan kementerian ini ➢ tidak membuat salinan atau menggunakan mana-mana dokumen terperingkat dengan apa cara jua pun untuk kepentingan peribadi kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan
KESUSAHAN BERAT KERANA HUTANG DAN MEMINJAM WANG ➢ Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia dianggap berada dalam keadaan berat kerana hutang yang serius jika: Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia dianggap berada dalam keadaan kesusahan berat kiranya hutang yang serius jika; o agregat hutang dan liabilitinya yang tidak bercagar melebihi sepuluh kali emolumen bulananya;atau o beliau adalah seorang penghutang penghakiman.Beliau adalah seorang penghutang penghakiman. MENYARA HIDUP MELEBIHI PENDAPATAN RASMI ➢ Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia pada bila-bila masa tidak boleh memperlihatkan gaya hidup yang melebihi punca pendapatan rasminya. ➢ Ketua Jabatan boleh meminta penjelasan secara bertulis daripada mana-mana warga Kementerian Pendidikan Malaysia yang menunjukkan gaya hidup (termasuk penguasaan dan pemilikan harta benda) di luar kemampuannya dari segi pendapatan/emolumen rasmi, tentang bagaimana beliau mendapat sumber-sumber kewangan untuk menyara gaya kehidupan tersebut. PENGISYTIHARAN HARTA ➢ Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah mengisytiharkan hartanya secara bertulis dengan disokong oleh dokumen-dokumen berkaitan (jika perlu) mengenai segala aset yang dipunyai olehnya atau isteri/suami atau anaknya atau mana-mana orang bagi pihaknya atau isteri/suami atau anaknya kepada ketua jabatan apabila dilantik sebagai pegawai/staf Kementerian Pendidikan Malaysia. ➢ Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia dikehendaki mengisytiharkan apa-apa perolehan harta benda atau pelupusan harta benda sedia ada sama ada yang dimilik oleh dirinya sendiri, isteri/suami atau anaknya secepat mungkin selepas perolehan atau pelupusan harta benda itu.. KEGIATAN JENAYAH Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia adalah dilarang daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti langsung atau tidak langsung dalam kegiatan kurang berakhlak atau jenayah seperti berikut: 22 ➢ Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia tidak boleh pada bila-bila masa meminjam wang atau barang berharga daripada pegawai/staf di bawah penyeliaannya sehingga boleh meletakkan dirinya di bawah sesuatu obligasi kepada orang atau pihak yang mempunyai kaitan rasmi atau urusan rasmi dengan pegawai/staf itu. ➢ Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia tidak boleh menjadi penjamin kepada mana- mana orang sehingga boleh meletakkan dirinya di bawah sesuatu beban atau kesusahan kewangan yang berat. yang menyalahi undang-undang/peraturan-peraturan negara yang digunapakai atau terlibat secara
KEGIATAN POLITIK ➢ Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berkecuali atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan tidak melanggari larangan yang terkandung di dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Larangan dalam kegiatan politik yang dimaksudkan termasuklah seperti berikut: Menghasut seseorang supaya benci kerajaan yang memerintah. ➢ Mengadakan ceramah, perbincangan dan perbahasan yang mempunyai unsur membenci serta anti kerajaan. ➢ Mempelihatkan dengan jelas ketaksuban berpolitik anti kerajaan dengan pelbagai cara,baik secara langsung mahupun tidak langsung samada berbentuk lisan atau tulisan ataupun melalui perhimpunan mingguan, perbualan, ceramah di surau, semasa kaunseling dansebagainya. ➢ Walau bagaimanapun, seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional boleh bertanding atau dilantik memegang jawatan dalam suatu pertubuhan politik, semasa menghabiskan cuti terkumpul sebelum bersara wajib setelah mendapat kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha. Sungguhpun begitu, warga Kementerian Pendidikan Malaysia dari Kumpulan Sokongan boleh bergiat aktif dalam pertubuhan politik setelah mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha. KEGIATAN KEAGAMAAN Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia adalah pada bila-bila masa ditegah menganut, mengikut dan mengamalkan ajaran sesat serta menyertai atau menyokong kegiatan-kegiatan yang merbahayakan ketenteraman awam. DADAH DAN MINUMAN KERAS Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia adalah pada bila-bila masa ditegah: ➢ Terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengedaran dadah. ➢ Menggunakan atau mengambil dadah (kecuali bagi maksud perubatan sebagaimana yang ditetapkan oleh seorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971). ➢ Memiliki, menjual atau mengedar dan meminum minuman keras di premis bekerja. Pihak Jabatan berhak memeriksa pada bila-bila masa mana-mana warga Kementerian Pendidikan Malaysia yang disyaki: ➢ Terlibat dalam penyalahgunaan dadah. ➢ Memiliki,menjual atau mengedar dan meminum minuman keras di premis bekerja. 23 ➢ Terlibat dalam perlumbaan haram. ➢ Bergiat dalam pelaburan haram. ➢ Menyertai kumpulan yang mengancam keselamatan negara dan menggugat perpaduan di antara kaum. ➢ Terlibat dalam manipulasi, pemalsuan, penipuan atau pengubahan rekod-rekod atau dokumen. ➢ Terlibat dalam kegiatan pelacuran. ➢ Menyertai mogok haram dan sebagainya.
MENYALAHGUNAKAN ASET DAN PERSONAL KEKERASAN DAN PENGGUNAAN BAHASA KESAT SERTA DISKRIMINASI Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia semasa berhubung dengan mana-mana pegawai/orang awam pada bila-bila masa ditegah: ➢ Membuat ugutan fizikal atau lisan. ➢ Menggunakan bahasa kesat seperti bodoh, bangang, tolol dan seumpamanya yang boleh menjatuhkan air muka dan maruah seseorang. ➢ Menggunakan bahasa isyarat lucah. ➢ Menunjukkan dan mengamalkan sikap diskriminasi dengan memberi layanan yang berbeza kepada seseorang kerana pangkat dan kedudukannya dalam jabatan atau masyarakat, perkauman, seks, keturunan, perbezaan fahaman politik dan sebagainya. PAKAIAN Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah mematuhi Garis Panduan Pakaian semasa bekerja sebagaimana yang ditetapkan di bawah mana-mana Pekeliling Perkhidmatan atau Surat Pekeliling yang berkuatkuasa dari masa ke semasa dengan memberi perhatian kepada perkara berikut: ➢ Sentiasa berpakaian kemas, bersih dan bersopan semasa menjalankan tugas rasmi kecuali untuk melaksanakan tugas tertentu. ➢ Tidak boleh berpakaian menjolok mata dan boleh mendatangkan anggapan negatif seperti penampilan pegawai menghadiri pesta atau perkelahan. KETIDAKHADIRAN BERTUGAS Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah hadir bertugas pada setiap hari bekerja melainkan : ➢ Setelah mendapat kelulusan cuti rehat/tidak berekod daripada Ketua Jabatan atau kelulusan Sijil Cuti Sakit daripada pengawai perubatan. ➢ Setelah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan kerana kematian ahli keluarga, kemalangan sehingga mengalami kecederaan, bencana dan sebagainya. Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia 24 Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia adalah pada bila-bila masa: ➢ Dikehendaki menggunakan aset Jabatan untuk tujuan rasmi secara cermat dan bertanggungjawab tanpa mendatangkan kerosakan atau kerugian kepada Jabatan. ➢ Tidak boleh menggunakan aset atau personal Jabatan untuk kepentingan peribadi kecuali dengan kebenaran pehak pengurusan Jabatan.Pihak Jabatan boleh menuntut ganti rugi daripada manamana warga Pendidikan Pelajaran Malaysia yang didapati telah menyalahgunakan aset Jabatan sehingga menyebabkan ia rosak atau tidak boleh dibaiki lagi.
RUJUKAN SPI BIL 12 TAHUN 1988 - Larangan Menjalankan Jualan Terus Di Sekolah-Sekolah SPI BIL 4 TAHUN 1991 - Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah SPI BIL 7 TAHUN 1992 - Pengharaman Pensel Berbentuk Alat Suntikan (Syringe) Di Sekolah-Sekolah SPI BIL 6 TAHUN 1993 - Pakaian Seragam Sekolah SPI BIL 7 TAHUN 1995 - Tatacara Mengenakan Tindakan Dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah SPI BIL 4 TAHUN 1996 - Pelaksanaan Kuasa Disiplin Dan Hukuman Di Sekolah SPI BIL 13 TAHUN 1998 - Program Membina Tabiat Membaca SPI BIL 21 TAHUN 1998 - Persediaan Menghadapi Bencana Alam SPI BIL 3 TAHUN 1999 - Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran Rancangan pelajaran tahunan & Rancangan pelajaran harian hendaklah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki *** Penalti : Guru tidak melebihi RM 5,000.00 / 3 bulan penjara / kedua-duanya. :Guru Besar tidak melebihi RM 500.00/ 3 bulan penjara/kedua- duanya. SPI BIL 8 TAHUN 1999 - Keselamatan Diri Murid Dan Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah SPI BIL 12 TAHUN 1999 - Penggunaan Buku Teks Dan Buku Latihan Dan Aktiviti Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan SPI BIL 1 TAHUN 2000 - Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah SPI BIL 6 TAHUN 2000 - Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gengster SPI BIL 7 TAHUN 2001 - Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah SPI BIL 10 TAHUN 2001 - Semua Guru Adalah Guru Disiplin SPI BIL 4 TAHUN 2002 - Pelaksanaan Program Sekolah Selamat SPI BIL 5 TAHUN 2002 - Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan SPI BIL 3 TAHUN 2003 - Ke Arah Membudayakan Nila Berterima Kasih SPA BIL 1 TAHUN 2004 - Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik Di Bawah Agensi-Agensi Kerajaan SPI BIL 8 TAHUN 2007 - Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum Di Hari Persekolahan Dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum SPI BIL 3 TAHUN 2008 - Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah Dan Penggunaan Premis Sekolah Oleh Pihak Luar SPI BIL 8 TAHUN 2011 - Pengurusan Keselamatan Murid Di Sekolah SPI BIL 11 TAHUN 2011 - Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan Di Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan SPI BIL 9 TAHUN 2015 - Panduan Berkenaan Rambt Dan Pemakaian Steel Bangle (Kara) Oleh Murid-Murid Keturunan Sikh SPI BIL 5 TAHUN 2016 - Panduan Keselamatan Semasa Pengajaran PJPK Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah SPI BIL 3 TAHUN 2017 - Garis Panduan Nilai Dan Etika Penggunaan Media Sosial Bagi Guru Dan Murid SPI BIL 2 TAHUN 2018 - Garis Panduan Pelaksanaan Murid Membawa Peranti Peribadi Ke Sekolah KPM SPI BIL 4 TAHUN 2018 - Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir Di Sekolah SPI BIL 1 TAHUN 2019 - Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid Di Sekolah KPM SPI BIL 4 TAHUN 2020 - Penguatkuasaan Warna Kasut Dan Stoking Untuk Pemakaian Ke Sekolah Oleh Murid KPM SPI BIL 3 TAHUN 2022 - Penggunaan Buku Aktiviti, Buku Kerja dan buku Latihan di Sekolah Rendah Selaras Dengan Pelaksanaan KSSR (semakan 2017) SPI BIL 2 TAHUN 2023 - Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Di Sekolah KPM 25 SPI BIL 1 TAHUN 1972 - Peraturan – peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959 (Corporal punishment guru besar). SPI BIL 5 TAHUN 1977 - Tugas-Tugas Guru Dalam Cuti Penggal Persekolahan SPI BIL 3 TAHUN 1981 - Penggunaan Waktu Tidak Mengajar / Waktu Luang (Free Period) Oleh Guru-Guru SPI BIL 4 TAHUN 1984 - Perhimpunan Sekolah SPI BIL 6 TAHUN 1985 - Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah / Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-Lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di PPD/Bahagian, JPN Dan KPM SPI BIL 3 1987 - Penyeliaan Pengajaan Dan Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua Atau Guru Besar Sekolah
IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut: Pertama: Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah, Kedua : Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah, Ketiga : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan, Keempat: Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah, Kelima: Bertindak tegas terhadap mereka yang mencuba menggugat integriti dan imej pegawai awam,dan Keenam: Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas. 26
SURAT AKU JANJI Tatatertib) 1993 bahawa saya: i) akan sentiasa taat kepada Yang di Pertuan Agong, negara dan Kerajaan, ii) akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab, iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya, iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas awam saya, v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi saya sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam, vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri, vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam, viii) tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau tuntutan pegawai awam lain berhubung dengan perkhidmatan awam,dan ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah. Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 27 Dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta apa-apa peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatan saya dengan kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji, sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
PENGGAL PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024 PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 20.03.2023 31.03.2023 10 01.04.2023 21.04.2023 13 5 JUMLAH HARI 23 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1, SESI 2023/2024 1 22.04.2023 30.04.2023 9 01.05.2023 26.05.2023 18 4 JUMLAH HARI 18 CUTI PENGGAL 1, SESI 2023/2024 1 27.05.2023 04.06.2023 9 2 05.06.2023 30.06.2023 16 12 01.07.2023 31.07.2023 20 01.08.2023 25.08.2023 19 JUMLAH HARI 55 CUTI PENGGAL 2, SESI 2023/2024 1 26.08.2023 03.09.2023 9 3 0409.2023 30.09.2023 19 15 01.10.2023 31.10.2023 22 01.11.2023 30.11.2023 20 01.12.2023 15.12.2023 11 JUMLAH HARI 72 CUTI PENGGAL 3, SESI 2023/2024 2 16.12.2023 01.01.2024 17 02.01.2024 31.01.2024 22 6 01.02.2024 09.02.2024 6 JUMLAH HARI 28 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN, SESI 2023/2024 4 10.02.2024 10.03.2024 30 28 KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024 ( MINGGU PERSEKOLAHAN & MINGGU AKADEMIK ) MINGGU PERSEKOLAHAN MINGGU AKADEMIK* DARI HINGGA CATATAN MINGGU PERSEKOLAHAN MINGGU AKADEMIK* DARI HINGGA CATATAN 1 1 20.03.2023 24.03.2023 22 22 04.09.2023 08.09.2023 2 2 27.03.2023 31.03.2023 23 23 11.09.2023 15.09.2023 3 3 03.04.2023 07.04.2023 24 24 18.09.2023 22.09.2023 4 4 10.04.2023 14.04.2023 25 25 25.09.2023 29.09.2023 5 5 17.04.2023 21.04.2023 26 26 02.10.2023 06.10.2023 CUTI 22.04.2023 30.04.2023 27 27 09.10.2023 13.10.2023 6 6 01.05.2023 05.05.2023 28 28 16.10.2023 20.10.2023 7 7 08.05.2023 12.05.2023 29 23.10.2023 27.10.2023 SUKAN SEKOLAH 8 8 15.05.2023 19.05.2023 30 29 30.10.2023 03.11.2023 9 9 22.05.2023 26.05.2023 31 30 06.11.2023 10.11.2023 CUTI 27.05.2023 04.06.2023 32 31 13.11.2023 17.11.2023 10 10 05.06.2023 09.06.2023 33 32 20.11.2023 24.11.2023 11 11 12.06.2023 16.06.2023 34 33 27.11.2023 01.12.2023 12 12 19.06.2023 23.06.2023 35 34 04.12.2023 08.12.2023 13 13 26.06.2023 30.06.2023 36 35 11.12.2023 15.12.2023 14 14 03.07.2023 07.07.2023 CUTI 16.12.2023 31.12.2023 15 15 10.07.2023 14.07.2023 37 36 01.01.2024 05.01.2024 16 16 17.07.2023 21.07.2023 38 08.01.2024 12.01.2024 UASA 17 17 24.07.2023 28.07.2023 39 37 15.01.2024 19.01.2024 18 18 31.07.2023 04.08.2023 40 38 22.01.2024 26.01.2024 19 19 07.08.2023 11.08.2023 41 39 29.01.2024 02.02.2024 20 20 14.08.2023 18.08.2023 42 40 05.02.2024 09.02.2024 21 21 21.08.2023 25.08.2023 CUTI 10.02.2024 10.03.2024 CUTI 26.08.2023 03.09.2023 29
PERUNTUKAN CUTI OLEH KPM SESI 2023/2024 CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KPM CATATAN KUMPULAN B HARI RAYA AIDILFITRI 22.04.2023 (Sabtu) Dan 23.04.2023 (Ahad) 20.04.2023 (Khamis) dan 21.04.2023 (Jumaat) 2 hari cuti tambahan KPM HARI RAYA QURBAN 29.06.2023 (Khamis) 28.06.2023 (Rabu) dan 30.06.2023 (Jumaat) 2 hari cuti tambahan KPM HARI DEEPAVALI 12.11 2023 (Ahad) 14.11.2023 (Selasa) 1 hari cuti tambahan KPM TAHUN BARU CINA 10.02.2024 (Sabtu) Dan 11.02.2024 (Ahad) 09.02.2024 (Jumaat) 1 hari cuti tambahan KPM 30 KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
HARI KELEPASAN AM TAHUN 2023/2024 TARIKH HARI HARI KELEPASAN AM 08 April 2023 Sabtu Hari Nuzul Al-Quran 22-23 April 2023 Sabtu-Ahad Hari Raya Aidil Fitri 01 Mei 2023 Isnin Hari Pekerja 04 Mei 2023 Khamis Hari Wesak 05 Jun 2023 Isnin Hari Keputeraan YDP Agong 29 Jun 2023 Khamis Hari Raya Aidil Adha 19 Julai 2023 Rabu Awal Muharram 31 Ogos 2023 Khamis Hari Kebangsaan 16 Sept 2023 Sabtu Hari Malaysia 28 Okt 2023 Khamis Maulidur Rasul 12 Nov 2023 Ahad Deepavali 11 Dis 2023 Isnin Hari Keputeraan Sultan Selangor 25 Dis 2023 Isnin Hari Krismas 01 Januari 2024 Isnin Tahun Baru 2024 25 Januari 2024 Khamis Thaipusam 10-11 Feb 2024 Sabtu-Ahad Tahun Baru Cina ➢ Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Ahad) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan. ➢ Jika Hari Kelepasan jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti pada hari berikutnya. 31
JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN PENJAWAT AWAM BAGI TAHUN 2023 BULAN TARIKH GAJI HARI CATATAN Januari 17.01.2023 Selasa Tahun Baru Cina Februari 24.02.2023 Jumaat Mac 24.03.2023 Jumaat April 17.04.2023 Isnin Hari Raya Aidil Fitri Mei 25.05.2023 Khamis Jun 23.06.2023 Jumaat Hari Raya Aidil Adha Julai 25.07.2023 Selasa Ogos 25.08.2023 Jumaat September 25.09.2023 Isnin Oktober 25.10.2023 Rabu November 24.11.2023 Jumaat Hari Deepavali Disember 19.12.2023 Selasa Hari Krismas * Rujukan : Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) 32
34
PENGURUSAN PENTADBIRAN S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 -
35
36
39
40
6
47