MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN SESI II : 2022/2023 KELAS : DCE5A PENSYARAH : USTAZAH AS NUURIEN NAJMA BINTI AHMAD
SARRENE PERIYA A/P RAJENDREN 33DCE20F2006 KHIIRTAANA A/P ARUNASALAM 33DCE20F2011 KALAIARASI A/P MOHAN 33DCE20F2016 PAVITHRA A/P PARAMA SIVAM 33DCE20F2017
Perkara yang Tidak Boleh Dipersoalkan dalam Perlembagaan Malaysia- Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera
BIL TAJUK M/S 1 OBJEKTIF 1 2 PENDAHULUAN 2 3 ISI 1: AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN 3 4 ISI 2: HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK 4 - 6 5 ISI 3: KEDUDUKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN 7 6 ISI 4: KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU 8 - 9 7 LAMPIRAN 10 - 11 8 KESIMPULAN 12 9 RUJUKAN 13 ISI KANDUNGAN
Dapat menganalisis apakah kepentingan menjaga dan menghormati hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Dapat, mengetahui kesan dan taggungjawab perlembagaan Malaysia. Dapat menambah ilmu pengetahuan tentang hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Dapat memahami hak istimewa orang Melayu dan bumiputera yang menjadi perkara yang tidak boleh dipersoalkan dalam perlembagaan Malaysia. OBJEKTIF 1
PENDAHULUAN Kedudukan istimewa orang Melayu adalah unsur tradisi yang keempat. Perkara 153 memberi tanggungjawab yang berat kepada Yang Dipertuan Agong untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra dari Sabah dan Sarawak. Dalam perjanjian itu antara Raja-Raja Melayu dengan kerajaan British, peruntukan untuk mengutamakan penduduk berbangsa Melayu tidak diperlukan, kerana Negara ini merupakan sebuah negara Melayu dan tiada sesiapa pun pada masa itu menyoal akan hak dan kedudukan orang Melayu. Akan tetapi akibat beberapa perjanjian dengan kerajaan British iaitu raja-raja Melayu dikehendaki menurut nasihat British dalam semua hal ehwal kecuali adat istimewa dan agama Islam, hak dan kedudukan istimewa orang Melayu sedikit demi sedikit terhakis. Apakah kedudukan istimewa orang melayu yang dilindungi oleh Perlembagaan?, Di bawah Perkara 153 Yang di Pertuan Agong dikehendaki, dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang Persekutuan, melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera negeri Sabah Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, dalam pemberian biasiswa, dan bantuan atau kemudaha pendidikan yang lain dan permit serta lesen yang diperlukan untuk perniagaan dan perdagangan. Kedudukan istimewa orang melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan melayu. Kedudukan istimewa orang melayu ini tidak mutlak, bahawa ia di seimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain, yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewaganegaraan dalam perlembagaan, hak untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak untuk menggunakan Bahasa ibunda dan yang paling penting, hak untuk mendapat layanan yang sama rata. 2
"AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN" Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islam mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Sebelum merdeka, agama Islam sudah pun lama bertapak di negeri-negeri Melayu seperti Johor dan Terengganu. Hal ini termaktub dalam Perkara VII Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan peruntukan Bab 51 Perlembagaan Negeri Terengganu 1911 (Shamrahayu A.Aziz, 2018). Menurut peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3(1) telah menyatakan bahawa agama islam merupakan agama persekutuan. Peruntukan yang telah terkandung dalam Perkara 3(1) ini jelas menyatakan bahawa agama islam menjadi keutamaan dalam segala hal di Malaysia jika dibandingkan dengan agama lain. Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang mempunyai pelbagai jenis kaum di semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. Namun begitu, setiap kaum yang menganut agama lain bebas untuk menganut agama masing-masing tanpa berasa takut akan dikenakan tindakan undang-undang. Majoriti penduduk Malaysia merupakan kaum Melayu dan beragama islam. Oleh hal yang demikian, keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu merupakan satu perkara yang dikira tepatkerana majoriti penduduk Malaysia beragama islam. Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama yang telah dirangka oleh baginda Rasulullah SAW sewaktu baginda menjadi pemerintah Madinah dizaman pemerintahan baginda. Merujuk kepada perkara ini, jelas dapat menggambarkan betapa tingginya nilai Islam sejak zaman pemerintahan baginda lagi. Islam itu sendiri merupakan agama yang mementingkan tentang keharmonian, keamanan dan kesejahteraan hidup penganutnya. Menurut Perkara 32(1) Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan beragama islam juga telah membuktikan betapa penting dan tingginya nilai agama islam dalam negara Malaysia. Walaupun agama Islam merupakan agama rasmi negara, namun berlandaskan kepada Artikel 11(1) memperuntukkan hak untuk mengamalkan kepercayaan agama masingmasing demi untuk memastikan rakyat Malaysia hidup dengan aman dan harmoni serta membantu kepada perkembangan ekonomi negara. 3
"HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK" Kedudukan istimewa orang Melayu bukanlah sesuatu yang baru. Sebagai bukti, perkara ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948 Peruntukan ini diwujudkan bertujuan menjaga hak orang Melayu sebagai penduduk asal negara Peruntukan ini juga bertujuan mempertingkatkan kemajuan orang Melayu yang ketinggalan dalam semua bidang kehidupan, supaya setaraf dengan kaum bukan Melayu yang lebih maju. Sebelum perjanjian ini ditubuhkan, pihak British telah memperkenalkan Malayan Union yang sekaligus telah melenyapkan kekuasaan Raja-Raja Melayu, agama Islam dan adat istiadat Melayu, malah hak kerakyatan secara jus soli kepada orang bukan Melayu adalah dianggap percubaan menghapuskan hak dan masa depan orang Melayu. Oleh hal yang demikian, orang-orang Melayu melakukan penentangan secara meluas. Disebabkan penentangan yang sangat hebat daripada orang Melayu, pihak British telah membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Pertembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Menyentuh tentang hak-hak keistimewaan orang Melayu, sejarah awalnya bermula dengan rungutan-rungutan dan desakan-desakan yang dibuat oleh raja Melayu dalam sidang durbar yang bermula dalam tahun 1897 di Kuala Kangsar. Sekitar tahun 1913, pelbagal enakmen untuk melindungi tanah orang Melayu mula diluluskan. Meskipun surahanjaya Reid tidak bersetuju dengan cadangan UMNO dan perikatan supaya kedudukan ini dikekalkan, parti yang memerintah berpendapat bahawa pandangan surahanjaya tersebut tidak dapat diterima Selepas 1971, peruntukan ini dipinda dan diperluaskan untuk meliputi kedudukan rakyat asal Sabah dan Sarawak. Oleh hal yang demikian, perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956. Perlembagaan itu kemudiannya berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 4
Di dalam Perlembagaan Malaysia, terdapat beberapa kriteria yang dikategorikan sebagai orang Melayu. Antaranya ialah individu yang lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu, menganut agama Islam dan juga mengamalkan adat Istiadat Melayu. Manakala, semua suku kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak di kira sebagai bumiputera dan layak menerima hak keistimewaan seperti yang terkandung dalam perlembagaan. Terdapat beberapa rasional tertubuhnya Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Hal ini adalah untuk mengabil kira semangat persefahaman, toleransi, berkongsi kuasa dan sedia berkorban dalam kalangan orang Melayu dan bukan Melayu ketika penggubalan perlembagaan. Hal ini juga berkaitan dengan intipati kontrak sosial yang sebelum ini telah dilaksanakan. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia telah meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dalam menjaga hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera bagi negeri-negeri Borneo serta kepentingan- kepentingan yang lain mengikut peruntukan perkara tersebut. Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, pemiagaan dan kemudahan khas lain yang diperlukan. Namun begitu, perkara ini dilaksanakan tanpa melakukan penindasan kepada kaum-kaum lain. Sebagai contoh, hak istimewa seseorang yang berbangsa Melayu tersebut tidak dapat diberikan sekiranya terdapat kaum lain yang lebih berkelayakan dan sudah menerima biasiswa yang ditawarkan. Tiada penarikan semula biasiswa yang telah ditawarkan kepada kaum yang berlainan walaupun terdapat orang Melayu yang memohon mendapatkan biasiswa tersebut. Bagi perkhidmatan awam, Yang di-Pertuan Agong menentukan rezab bagi orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dengan memperuntukkan kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan tersebut yang baginda fikirkan perlu. Namun begitu, layanan yang sama rata tetap diberikan kepada setiap kaum dari segi kenaikan pangkat, gaji dan kebajikan yang lain. Hal ini ialah satu tindakan yang rasional kerana pada zaman penjajah orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak hanya mempunyai peluang yang sedikit untuk menganggotai perkhidmatan awam. Dengan ini, semua kaum dapat berkerjasama di bawah satu bumbung dan belajar untuk berkerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kecemerlangan bidang yang diceburi. Selain itu, dengan terbentuknya Perkara 153 ini, hak orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak akan terbela dengan mengimbangi jumlah perkerja pelbagai kaum yang menganggotai perkhidmatan awam, 5
Dalam sistem pendidikan, orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak juga mendapat keistimewaan mereka yang tersendiri. Hal ini kerana, sistem pendidikan tinggalan penjajah suatu ketika dahulu telah membiarkan golongan ini keciciran dalam pembelajaran. Dengan tertubuhnya Perlembagaan Malaysia, secara tidak langsung hak-hak orang Melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak ini terbela. Hal ini terbukti apabila kuota kemasukan orang Melayu dan bumiputera ialah lebih banyak daripada kaum lain untuk ke sekolah berasrama penuh. Walaupun begitu, kedudukan kaum lain tidak terjejas. Kerajaan tidak sekali-kali menghapuskan sekolah Cina dan Tamil untuk memberi peluang kepada mereka meneruskan pengajian. Toleransi antara kaum juga menyebabkan pemberian pendidikan diberikan kepada semua kaum menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memberi pinjaman kepada semua untuk pembiayaan kos pendidikan. Oleh hal yang demikian, tiada rasa tidak puas hati akan wujud dalam kalangan rakyat yang pelbagai di Malaysia. 6
"KEDUDUKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN" Bahasa Melayu adalah salah satu daripada perjuangan orang Melayu dalam membentuk sebuah negara Malaysia yang merdeka. Ini tercapai apabila bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk mentadbir negara dan juga menyampaikan pendidikan kepada rakyat. Dari segi sejarah, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan mengikut peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152, dengan jelas memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan perlaksanaannya memastikan bahasa Melayu selepas 10 tahun dari tarikh kemerdekaan akan mengambil alih tempat bahasa Inggeris dalam urusan rasmi pentadbiran melainkan diperuntukannya selanjutnya oleh Parlimen. Manakala dalam Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 telah menyatakan bahawa pada dan selepas bulan September 1967, bahasa kebangsaan mestilah digunakan bagi maksud-maksud rasmi. Perlaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan di negeri Sabah dan Sarawak adalah berbeza daripada negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Ini adalah kerana Sabah dan Sarawak hanya menjadi sebahagian daripada Malaysia selepas tahun 1963 selain masalah kekurangan pegawaipegawai kerajaan negeri yang fasih dan cekap dalam penggunaan bahasa Melayu. Walaupun demikian, negeri Sabah telah melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pada tahun 1973. Rasional Kerana pada zaman penjajan orang melayu dan Domputera saber Jam Sarawak hanya mempunyai peluang yang sedikit untuk menganggotai perkhidmatan awam. Dengan ini, semua kaum dapat berkerjasama di bawah satu bumbung dan belajar untuk berkerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kecemerlangan bidang yang diceburi. 7
"KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU" Raja berperanan sebagai Ketua Negeri di bawah Perlembagaan Negeri pada masa kini. Sistem Kerajaan di negara kita dibahagikan kepada 13 buah kerajaan negeri dan sebuah kerajaan pusat kerana Malaysia merupakan sebuah negara Persekutuan yang terdiri daripada 13 buah negeri. Setiap negeri mempunyai seorang Raja(Sultan) atau Yang Dipertua Negeri yang merupakan Ketua Negeri seperti mana yang disebutkan dalam perenggan 58 Suruhanjaya Reid: “Yang di-Pertuan Besar akan menjadi ketua negeri, tetapi dia mesti menjadi seorang pemerintah yang berperlembagaan. Beliau mesti bertindak atas nasihat menteri dalam segala perkara berkaitan dengan kuasa eksekutif. Beliau akan menjadi symbol perpaduan negara.” Malaysia terdiri daripada 9 buah negeri yang diperintah oleh Raja(Sultan) iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, dan Perak. Tetapi terdapat 4 buah negeri diperintah oleh Yang Dipertua Negeri iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana 4 buah negeri ini tidak mempunyai Raja(Sultan). Maka Yang Dipertua Negeri yang akan memerintah serta menjadi lambang kepada kepada negeri yang tidak mempunyai raja. Pilihan seorang Raja adalah ditentukan oleh perkembangan negeri masing-masing dan biasanya mengikut adat istiadat negeri itu. Manakala setiap Yang DiPertua Negeri pula dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas budi bicaranya, tetapi perlantikan itu hendakalah dibuat selepas berunding dengan Ketua Menteri negeri masing-masing. Yang diPertua Negeri menyandang jawatannya selama 4 tahun. Walaubagaimanapun, seorang Yang Dipertua Negeri itu boleh meletakkan jawatannya atau dilucutkan daripadanya jawatannya oleh Yang DiPertuan Agong mengikut usul Dewan Undangan Negeri, dan disokong oleh undi tidak kurang daripada dua pertiga jumlah ahli dewan itu. 8
Peranan Raja-raja Melayu sebagai tonggak bangsa dan agama juga telah ditekankan oleh mantan Ketua Hakim Negara iaitu Tun Salleh Abbas. Beliau pernah menyebutkan bahawa : “ Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan. Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam”. Kesimpulannya, melalui beberapa peruntukan perlembagaan seperti yang disebutkan di atas, serta saluran Majlis Raja-Raja, Raja-raja Melayu bukanlah semata-mata simbolisme sahaja, tetapi mempunyai kuatkuasa undangundang yang walaupun terhad, namun masih boleh digunakan untuk mencapai maksud menjaga kepentingan bangsa, agama dan watan, terutamanya dalam menghadapi saat-saat kritis dalam cabara-cabaran yang berpotensi menggugah kepentingan orang-orang Melayu dan agama Islam. Kaum-kaum lain telah mendapat ruang yang luas dalam Persekutuan Tanah Melayu untuk berekonomi, berpolitik, malahan bebas untuk berbahasa, berbudaya dan beramal dengan kepercayaan adat dan agama mereka, maka jikalau orang Melayu menuntut dipelihara hak keistimewaan tradisional mereka khususnya hak untuk memelihara serta menjunjung kepentingan agama Islam dan umatnya melalui payungan Institusi Raja-raja Melayu adalah suatu yang amat wajar. 9
LAMPIRAN 10
11
KESIMPULAN Intihanya, sebagai rakyat Malaysia yang hidup di dalam keadaan aman dan sejahtera, kita tidak seharusnya menjadi rakyat yang sangat sombong dan ego dengan pencapaian yang telah kita capai dan miliki sekarang. Jangan jadi kacang lupakan kulit hanya kerana kita sangat selesa dengan kehidupan sekarang, maka kita cuba untuk membangkitkan isu-isu yang tidak patut kita bangkitkan. Ia seolah-olah menyimbah minyak ke dalam api. Keamanan yang kita nikmati kini adalah kerana pengorbanan pemimpin serta rakyat yang hidup pada zaman dulu (semasa Persekutuan Tanah Melayu). Kita melihat Negara lain seperti Kyrgystan, Darfur, Iraq dan Aganistan yang berperang dan hampir tergadai Negara sendiri. Dan jangan kerana perkara kecil ini, kita juga akan merasai kehidupan di dalam keadaan perang. Banyak perkara yang lebih penting patut kita kisahkan seperti isu kepanasan global yang makin meruncing ataupun globalisasi yang telah menghakis budaya bangsa Malaysia, dimana ia dilihat sebagai satu penjajahan bentuk baru yang telah di lakukan oleh Negara barat bagi menjajah kita secara mentaliti biarpun bukan secara fizikal. Perkara begini lebih patut kita risaukan kerana ia mampu untuk menggugat kestabilan dan keharmonian Negara Malaysia juka ia tidak dibendung. 12
RUJUKAN http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/raja-melayu-- perlembagaan.html https://www.mais.gov.my/kepentingan-mendaulatkan-institusi-beraja/ https://www.scribd.com/document/341089051/Jelaskan-Kedudukan-Dan-PerananRaja-Di-Tanah-Melayu-Sebelum-Campur-Tangan-British https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Konsep_Raja_Berperlembagaan_di_Malaysia#:~:te xt=9.4%20Akta%20Rujukan-,Kedudukan%20Raja%20raja,terdiri%20daripada%2013 %20buah%20negeri https://efoliopengajianmalaysia2019.blogspot.com/2019/02/dkm1bbab2.html https://core.ac.uk/download/pdf/33344174.pdf https://youtu.be/NzjP5r0VBiM https://www.slideshare.net/ayuapiz/hak-orang-melayu https://www.scribd.com/doc/261352170/Bahasa-Melayu-Sebagai-BahasaKebangsaan 13