INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU TUGASAN 1 PENULISAN Nama : MOHAMAD AFIQ DANIAL BIN AZMAN No. K/P : 030116-01-0241 Angka Giliran : 2022242310043 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : Y2 Nama Pensyarah : PUAN ROS ANITA KARTINI BINTI MOHAMED Tarikh Hantar : 13 SEPTEMBER 2022 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Tarikh : PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: Tarikh : JKA/Ogos2022
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN TAHUN AKADEMIK: SEMESTER JANUARI 2023-MEI 2023 Program: PPISMP Nama Pelajar: Kod: BMM1104 Semester / Tahun: Semester 1 / Tahun 1 Ambilan: Jun 2022 Kumpulan: Y1, Y2, Y3 dan Y4 Nama Kursus: Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar 1. Penghasilan Produk 20 JANUARI 2023 13 FEBRUARI 2023 2. Persembahan 16 FEBRUARI 2023 20 MAC 2023 Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam Puisi Melayu Tradisional. (C2, HPP1) 2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2). 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2, HPP5, KKG1, KIK2) Pentaksiran berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3. Objektif Pentaksiran Berterusan Pelajar dapat: 1. Menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi tradisional. 2.Memperincikan fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu Tradisional. 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera melalui persembahan simulasi puisi kanak-kanak
“Masyarakat rumpun Melayu tradisional sering dilihat sebagai masyarakat yang memiliki tahap pemikiran dan budi bahasa yang tinggi kerana penyampaian puisi dihasilkan secara imaginatif pada masa yang sama mempunyai bentuk struktur terkawal serta bahasa yang indah bagi mengimbangkan nilai rasa dan nilai erti.” – (Dharmawijaya, 1998) Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut; TUGASAN 1: Penghasilan Produk (30 markah) Berdasarkan penyataan di atas, Puisi Melayu Tradisi merupakan Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia. i. Terangkan konsep dan fungsi Puisi Melayu Tradisional sebagai Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia dengan menghasilkan sebuah bentuk penulisan flip ebook. ii. Huraian dan penjelasan yang pelajar kemukakan perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan tidak melebihi 1200 patah perkataan. iii. Penulisan perlu menggambarkan kemahiran pelajar mengorganisasikan idea dan kemahiran pemikiran kritis dalam menginterpretasikan huraian di atas. TUGASAN KPPB Tugasan ini berkongsi Big Idea (Puisi Melayu Tradisi Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia) dengan kursus BMMB1114 (Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi), kursus BMMB1124 (Literasi Bahasa), dan kursus BMMB1134 (Keterampilan Berbahasa). Projek KPPB dilaksanakan mengikut kesesuaian Big Idea. TUGASAN 2: Persembahan (30 markah) "Pemerolehan bahasa adalah sebagai satu proses penuranian tatabahasa ibunda bagi seorang kanak-kanak yang melibatkan aktiviti-aktiviti mengamati, memahami dan menerbitkan ujaran.” (Simanjuntak, 1987). a) Aspek Kandungan Secara berkumpulan, anda dikehendaki;
i. Menganalisis beberapa buah puisi kanak-kanak seperti “Lagu Tiga Kupang”, “Tepuk Amaiamai”, “Burung Kakak Tua” dan sebagainya. Perbincangan yang dibuat seharusnya berdasarkan asas kritikan sastera yang dipelajari. b) Aspek komunikasi i. Simulasikan puisi kanak-kanak terpilih sebagai wahana kesantunan bahasa dan budaya secara didik hibur bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di bilik darjah. ii. Simulasi tersebut perlu dipersembahkan melalui aplikasi youtube berdurasi 30 minit. iii. Persembahan akan dinilai melalui aspek komunikasi dan aspek kandungan. Arahan Pelaksanaan Tugasan: 1. Perbincangan Tugasan 1 perlu dilaksanakan secara individu dalam bentuk flip eBook. 2. Tugasan 2 perlu dilaksanakan secara berkumpulan dua hingga tiga orang menggunakan kemahiran digital. 3. Panjang penulisan dalam penghasilan produk bagi Tugasan 1 ialah 1200 patah perkataan tidak termasuk rajah dan lampiran. 4. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 5. Produk dan persembahan yang dihasilkan ini perlu disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 6. Liputan dan isi kandungan kertas kerja perlu kreatif dan kritis, menyeluruh, konsisten dan terperinci berserta dengan bahan-bahan yang digunakan. 7. Pemahaman yang mendalam berkaitan aspek yang dituliskan. 8. Keseluruhan penulisan kertas kerja perlu menunjukkan ketulenannya. 9. Penulisan akademik haruslah menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemahkan isi kandungan secara kreatif, kritikal dan analitikal. 10. Format dan organisasi perlu jelas dan koheren. 11. Rumusan yang ringkas, padat dan komprehensif. 12. Rujukan sumber perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat seperti buku, jurnal, intenet dan bahan bercetak yang lain. 13. Bagi menyeragamkan proses penghasilan kerja kursus agar persembahan hasil kerja kursus menepati standard yang ditetapkan:
13.1. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah. 13.2. Fon: Arial. 13.3. Saiz huruf: 11. 13.4. Langkau: 1.5 13.5. Rujukan: APA 7(American Psychological Association) terkini. 13.6. Rajah perlu dilabelkan. 14. Muka hadapan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: 14.1. Nama Pelajar 14.2. Angka Giliran 14.3. Nombor Kad Pengenalan 14.4. Kumpulan / Unit 14.5. Kod dan Nama Kursus 14.6. Nama Pensyarah 14.7. Tarikh Hantar 15. Pentaksiran Berterusan ini akan dinilai berdasarkan panduan pemarkahan yang disediakan. Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh : (Nama : SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR) Ketua Jabatan

1 ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan ....................................................................................2 2.0 Konsep dan Definisi Puisi Melayu Tradisional...................................2 3.0 Fungsi Puisi Melayu Tradisional........................................................4 4.0 Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Karya Puisi Tradisional..............................................................................................5 5.0 Rumusan ..........................................................................................6 6.0 Bibiliografi .........................................................................................7
2 Penghargaan Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini akhirnya dalam beberapa hari. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Ros Anita Kartini Binti Mohamed yang merupakan pensyarah kepada subjek ini yang telah membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana telah menyediakan pusat sumber yang sangat baik dan memudahkan saya untuk mencari rujukan di sana. Kemudahan wifi di kampus juga telah membantu saya dalam mencari sumber dan maklumat dari internet. Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekelas kerana telah sama-sama membantu dalam menyiapkan tugasan. 1.0 Pengenalan Kesusasteraan sudah sebati dengan masyarakat melayu dan tidak pernah hilang dan pupus dari zaman-berzaman kerana bidang kesusasteraan kaya dengan keunikan dan keindahan karya dari pengalaman penulis. Karya berupaya cereka yang dicipta dengan perantaraan bahasa dan bukan berbentuk esai, menurut Haji Muhammad Salleh. Perkataan sastera diambil daripada bahsa Sanskrit yang disebut castra (syastra) yang bermaksud kitab suci atau karya manakala erti kata awalan “su” bermaksud indah. Oleh itu susastera ditakrifkan sebagai seni bahasa. Apitan “ke-...-an” melengkapkan perkataan susastera yang bermaksud kesenian bersifat halus, indah dan kata-kata suci. Puisi Melayu Tradisonal merupakan antara contoh kwarya sastera yang sangat diminati oleh masyarakat Melayu. Puisi Melayu Tradisional menjadi karya sastera yang sangat penting dalam memberikan kepuasan kepada pembaca dan pendengar melalui keindahan bahasa yang digunakan. 2.0 Konsep dan Definisi Puisi Melayu Tradisional Genre sastera yang paling awal bagi setiap bangsa di dunia ialah puisi. Perkataan puisi banyak dibicarakan definisinya dalam pengertian dan pemakaiannya. Jesteru itu, dalam rangkai kata Puisi Melayu Tradisional, pegertian ‘puisi’ tiada suatu pun definisi universal yang dapat diertikan dengan tepat mengikut konsep dan erti puisi yang difahami oleh masyarakat dan kesusasteraan Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana tidak terdapat suatu istilah atau perkataan dalam Bahasa Melayu yang memberi erti kepada puisi. (Za’ba 1962). Walau bagaimanapun puisi akan difahami sebagai suatu bentuk pengucapan bahasa yang istimewa menurut kajian yang dijalankan oleh Harun Mat Piah (1989). Antara gerne dalam puisi terdisional ialah pantun, syair, gurindam, seloka, teka teki dan peribahasa menurut Harun Mat Piah (1989). Menurut kajian ini ciri-ciri kepuisian sesebuah ungkapan dilihat penyusunan kata
3 yang memperlihatkan penggunaan bahasa yang lebih baik, ekspresif dan mengandungi nilainilai keindahan dengan penggunaan metafora yang memberikan kualiti dan pegertian yang jelas. Puisi mempunyai bentuk yang tertentu mengikut jenis Puisi Melayu Tradisional misalnya pantun yang ditulis berkerat-kerat dan berurutan serta diasingkan dengan hentian. Klausa dan frasa dalam setiap keratan pantun dituturkan dengan kepanjangan nafas mengikut intonasi, melodi dan unsur-unsur muzik. Pantun disusun dalam baris-baris yang sejajar yang mungkin sama panjang dan memiliki ciri-ciri yang serupa dengan baris-baris yang lain. Ciriciri penting kepuisian ialah salah satunya kesejajaran. Puisi juga merupakan ungkapan-ungkapan puitis yang dilagukan dan dipengaruhi oleh unsur-unsur muzik misalnya seloka yang memberikan irama dan harmoni dimana perkara itu merupakan unsur puitis yang penting. Faktor kepada rima ialah rentak dan irama kerana rima juga dipengaruhi oleh unsur muzik dalam sesebuah bahasa. Antara contoh seloka ialah Seloka Pak Pandir, Seloka Pak Pandir dan Seloka Si Luncai. Dalam puisi juga baris, rima dan irama disusun dengan teliti sehingga membentuk pola yang tertentu contohnya di dalam syair, jumlah baris-baris membentuk satu rangkap yang lengkap. Dalam membentuk rangkap yang lengkap mempunyai perseimbangan bunyi, panjang pendek atau tekanan suku kata. Puisi Melayu Tradisonal juga bersifat lisan dan diwarisi oleh masyarakat melayu secara turun-temurun. Kolektif dan fungsional merupakan sifat sesebuah puisi yang dihasilkan oleh pengarang yang tidak bernama. Puisi yang fungsional ini digunakan dalam kehiduoan masyarakat bertujuan untuk berhibur dan memberi nasihat. Terdapat pengertian yang luas dalam puisi tradisional kerana ia dianggap ungkapan-ungkapannya mempunyai kuasa, kotonasi dan masyarakat mempercayai puisi tradisional bersifat magis.
4 3.0 Fungsi Puisi Melayu Tradisional Sastera mempunyai fungsi yang luas terutamanya sebagai alat pendidikan menurut Siti Hajar Abdul Aziz. Puisi Melayu Tradisional berfungsi sebagai alat pendidikan melalui para pengarang yang menulis kisah-kisah melalui pengalaman-pengalaman yang diterjemahkan menjadi sebuah penulisan yang merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Melalui pengalaman mereka, puisi telah dihasilkan yang mengandungi unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan. Pendidikan secara tidak langsung berlaku dalam kalangan pembaca yang membaca puisi yang tinggi nilainya. Sejak tahun 1957, Negara Malaysia telah memperkenalkan mata pelajaran Kesusateraan Melayu yang bertujuan untuk membolehkan pelajar atau rakyat Malaysia menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kemanusiaan, kerohanian, kemasyarakatan, kebudayaan serta menanamkan sifat bangga dan cinta akan tanah air. Sastera Melayu berperanan dalam membina insaniah dalam kehidupan masyarakat dengan berkonsepkan membina modal insan. Seterusnya Puisi Melayu Tradisional juga berfungsi sebagai instrumen perpaduan. Dalam kesusasteraan Melayu, pengajaran perpaduan nasional telah menjadi matlamat utama dalam pendidikan. Sebuah kajian empirikal dengan menngunakan Teori Latar Belakang Sosial yang melibatkan 1,600 orang pelajar telah menujukkan 66.48 % responden yang menyokong saranan mengajar sastera perpaduan di institusi pendidikan (Chew Fong Peng 2008). Sekolah, universiti, Dewan Bahasa dan Pustaka yang mempunyai berbilang kaum yang terdiri daripada penulis dan guru-guru yang mengajarkan mata pelajaran Kesusateraan Melayu demi menggembleng tenaga untuk menjayakan peranan sastera ke arah perpaduan kaum. Karya sastera yang mengandungi semangat perpaduan yang tersurat mahupun tersirat mampu membuka mata rakyat Malaysia untuk mengekalkan perpaduan kaum melalui puisi yang dibaca Terdapat juga fungsi lain Puisi Melayu Tradisional iaitu sebagai dakwah. Nilai positif dan realistik merupakan ciri-ciri yang membentuk pandangan sastera (Siddiq Fadzli, 2012). Islamisasi dalam masyarakat Melayu berlaku pada abad ke-17. Gerakan ini dilaksanakan oleh Pembangunan sastera Alam Melayu yang membawa perubahan kepada sejarah Kebudayaan Melayu. Oleh itu, puisi yang dihasilkan mengandungi unsur ketuhanan dan dakwah untuk menyebarkan dakwah dan nilai agama Islam. Dakwah dan nilai pengajaran Islam diselitkan dalam syair dan pantun diselitkan secara tersurat dan tersirat. Sastera Islam menyumbangkan pembentukan akhlak manusia Melayu.
5 Puisi Melayu Tradisional juga berfungsi sebagai hiburan untuk memberikan keseronokkan yang indah. Keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang indah menghasilkan hiburan. Penggunaan kata-kata yang indah dan irama yang tersusun dapat membelai emosi pembaca atau pendengar. Fungsi Puis iMelayu Tradisional sebagai hiburan menjadikan karya satera penting kerana diminati oleh masyarakat pada suatu ketika itu. Misalnya pantun yang merupakan Puisi Melayu Tradisional yang sangat popular dengan keupayaannya dalam membawa keindahan yang menghiburkan. Contoh lain bagi unsur hiburan terdapat dalam Puisi Melayu Tradisional. Rentak dan rima yang bersukat membentuk irama dalam patun memberikan kualiti menghiburkan. Pelbagai variasi pantun disampaikan yang menambahkan fungsi menghiburkan seperti dijadikan lirik dikir barat di Kelantan dan lirik lagu popular. 4.0 Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Karya Puisi Tradisional Masyarakat Melayu dahulu dikaitkan dengan puisi tradisional kerana ketika berbahasa masyarakat melayu menunjukkan kehalusan budi, ketinggian ilmu serta pemikiran melalui puisi. Perbuatan, pemikiran dan gaya hidup menjadi cerminan akal budi dalam puisi yang menjadi keindahan dalam karya sastera. Contohnnya akal budi dalam pantun : Pantun Adat Buah berangan di rumpun pinang, Limau kastruri berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya. Patah rotan tali bersilang, Bawang meranti rimbun berjajai; Langkah pahlawan tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal Tanda adat bersendi syarak, Quran dan hadis menjadi tiang; Tanda umat berbudi akhlak, Kelakuan manis hati penyayang. Buah berangan di rumpun pisang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan samalah bincang, Tanda diri beradat budaya. Berbuah lebat pohon mempelam, Rasanya manis dimakan sedap; Bersebarlah adat seluruh alam, Adat pusaka berpedoman kitab.
6 Pokok pinan ditanam rapat, Puyuh kini berlari-lari; Samalah kita menjunjung adat, Tunggak budaya semai dihati. Pantun diatas berkisar tentang adat dan budaya yang sangat sarat dalam kalanngan masyrakat melayu. Adat orang melayu di terjemahkan menjadi pantun seperti di atas yang bertetapan dengan Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia. Dalam rangkap pertama pantun tersebut, menceritakan gaya hidup masyarakat yang penuh adat dengan meminang gadis yang dia suka dan tidak menjatuhkan maruah gadis tersebut dengan melakukan maksiat. Hal ini sangat sinonim dengan masyarakat melayu yang mementingkan adat demi menjaga kehormatan seseorang. Dalam rangkap kedua pula menjelaskan pahlawan melayu yang berjuang habishabisan untuk menentang penjajah dan tidak mudah menyerah kalah sehingga tamat riwayatnya. Masyarakat melayu mempunyai pahlawan yang hebat seperti Leftenan Adnan yang berjuang habis-habisan demi mempertahankan negara. Rangkap ketiga pula menceritakan adat melayu selari dengan agama Islam dan juga berpandukan Al-Quran. Adat melayu membentuk akhlak mulia masyarakat melayu sehingga membentuk Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Melayu yang mengamalkan sikap lemah lembut dan penyayang. Rangkap keempat, kelima dan keenam menerangkan betapa pentingnya adat dalam kehidupan masyarakat melayu demi menjalani kehidupan yang harmoni. Adat masyarakat melayu juga perlu diwarisi oleh generasi akan datang agar adat melayu tidak pupus ditelan zaman supaya adat melayu sentiasa dijunjung dan diamalkan oleh seluruh masyarakat melayu. 5.0 Rumusan Akhir kata, Puisi Melayu Tradisional merupakan kazanah yang sangat unik dan mempunyai keistimewaannya tersendiri dalam keindahan kata-kata dalam sesuatu karya. Ia juga penting untuk dipelajari oleh setiap masyarakat Malaysia agar dapat mengekalkan keistimewaan Puisi Melayu Tradisional sepanjang zaman. Sinergi semua pihak amat penting untuk memperkasakan keindahan Bahasa Melayu sehingga diangkat oleh masyarakat luar. Bidang kesusasteraan juga perlulah diceburi oleh masyarakat Malaysia agar bidang ini terus menjadi satu bidang yang penting. (1231 Patah perkataan)
7 6.0 Bibiliografi Azman Rahmat, Mohd Nazri, Shamsudin Abu Bakar, Haji Abdul Rani dan Hasnah Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu, Firdaus Press Sdn. Bhd, Selangor. Chew Fong Peng 2008. (2008). Persepsi Khalayak Terhadap Isu-Isu Pendidikan Sastera Perpaduan. Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Deng. "(DOC) Fungsi Sastera | Mako Deng - Academia.Edu." Academia.Edu - Share Research. Bahan Rujukan diakses pada 9 Febuari 2023 daripada laman web https://www.academia.edu/35999639/Fungsi_sastera. Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Koleksi Pantun 4 Kerat Bahasa Melayu (Pelbagai Tema). (2022). Bahan rujukan Diakses pada 10 Febuari 2023 dalam laman web https://www.irujukan.my/pantun-4-kerat/ . Lewis, Cecil Day (1971). "How Poet Knows", dIm Poems and Perspectives (ed Ross, Robert H.dan Stafford). Illinois: Scott, Foresman & Co. Md Hasri Rajali. (2012). Keunikan dan Keistimewaan Kesusasteraan, Academia.edu. Bahan rujukan diakses pada 9 Febuari 2023 daripada laman web https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU. Siti Hajar Abd. Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd. Siti Hajar Che Wani, “Ilmu Kesusasteraan” , dalam Jelani Harun (ed), Ilmu Kesusasteraan abad ke-21, (2004), Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, hal 39. Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba), (1962). Ilmu Mengarang Melayu, hlm 218.