The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA PENANAARASAN KE SK PADANG HILIRAN 8 OKT 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-70150765, 2024-01-09 08:47:15

KERTAS KERJA PENANAARASAN KE SK PADANG HILIRAN 8 OKT 2023

KERTAS KERJA PENANAARASAN KE SK PADANG HILIRAN 8 OKT 2023

SK SUNGAI TALAM, KUANTAN KERTAS KERJA LAWATAN PENANDAARASAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 ( TS25 ) KE SK PADANG HILIRAN,TERENGGANU 8 OKTOBER 2023 (AHAD)


KERTAS KERJA LAWATAN PENANDA ARAS 2023 (PRORAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) 8.0) 2 KERTAS KERJA LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG HILIRAN, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) 2023 1.0 PENGENALAN Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi selaras dengan keperluan semasa pendidikan di Malaysia. Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia sekaligus sebagai persediaan sekolah ke arah sebuah sekolah Tranformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 8, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan secara langsung kepada guru-guru SK SUNGAI TALAM supaya bersedia dengan idea-idea terbaik ke arah TS25. Program ini dirangka agar dapat menyuntik semangat keyakinan guru-guru untuk melaksanakan TS25 serta mengamalkan amalan terbaik yang ada di sekolah yang dilawati. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda, memberi inspirasi, mengeratkan ukhwah di kalangan guru dan pentadbir selain membina jaringan komuniti luar 2.0 OBJEKTIF Menerusi lawatan penanda aras ini, para guru berupaya untuk: 2.1 Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid 2.2 Mengaplikasikan amalan-amalan terbaik di sekolah selepas lawatan 2.3 Membina keyakinan dan menimba ilmu serta pengalaman baharu dalam melaksanakan TS25. 3.0 DESTINASI/ TEMPAT Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu. 4.0 PELAKSANAAN PROGRAM Tarikh : 8 Oktober 2023 Hari : Ahad Masa : 10.00 pagi


KERTAS KERJA LAWATAN PENANDA ARAS 2023 (PRORAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) 8.0) 3 5.0 KUMPULAN SASARAN Barisan pentadbir dan guru-guru SK Sungai Talam (Jawatankuasa Pegawai TS25 Kohort 8) -Rujuk Lampiran 1 6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil Perkara Kuantiti Jumlah 1 Cenderahati kepada pihak sekolah 1 x RM 70 RM70.00 7.0 SUMBER KEWANGAN Sumbangan Kedai Buku SK Sungai Talam 8.0 JAWATANKUASA PROGRAM - Rujuk Lampiran 1 9.0 TENTATIF LAWATAN - Rujuk Lampiran 2 10.0 PENUTUP Diharapkan Program Lawatan Penanda Aras TS25 ke SK Padang Hiliran ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kesungguhan semua pihak terlibat.Lawatan penanda aras ini juga diharap dapat memberi pengetahuan dan pengalaman baharu kepada guru-guru SK Sungai Talam dalam mengurus dan membina kecemerlangan serta kemenjadian murid-murid. Ilmu pengetahuan tidak akan mendatangi sebaliknya didatangi. Semoga ilmu tentang TS25 ini dapat melahirkan modal insan yang unggul. Disediakan Oleh Disemak oleh Disahkan Oleh ….………………… …………………………….. ……………………………......... Pn Nadiah Binti Mohamad Shukri Setiausaha LADAP Pn Halijah Binti Supar PK Pentadbiran SK Sungai Talam En Safrul Kamalizam Bin Safar Guru Besar SK Sungai Talam SK Sungai Talam


KERTAS KERJA LAWATAN PENANDA ARAS 2023 (PRORAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) 8.0) 4 LAMPIRAN 1 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS TS25 KE SK PADANG HILIRAN, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU Pengerusi EN SAFRUL KAMALIZAM BIN SAFAR ( Guru Besar) Timbalan Pengerusi I PN HALIJAH BINTI SUPAR (Penolong Kanan Pentadbiran) Naib Pengerusi II PN NIK ASMA BINTI NIK DAUD (Penolong Kanan HEM) Naib Pengerusi III EN YUSAINI BIN MAT YASIN (Penolong Kanan Kokurikulum) Naib Pengerusi IV PN MAHANI BINTI IBRAHIM (Penolong Kanan Pendidika Khas) Setiausaha TS25 PN SYAIMAA BT ADB HALIM Penyelaras LDP / Lawatan PN NADIAH BINTI MOHAMAD SHUKRI Penolong Penyelaras Lawatan PN NORASLINA BT ZAINAL ABIDIN Setiausaha PN AFIFAH BINTI ABU BAKAR Pen Setiausaha PN ZANARIYAH BINTI MAN JK Cenderahati PN ZURAIDAH BINTI PUTEH JK Fotografi EN KHAIRUN BIN YUSUFF


KERTAS KERJA LAWATAN PENANDA ARAS 2023 (PRORAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) 8.0) 5 LAMPIRAN 2 TENTATIF LAWATAN PENANDAARASAN PROGRAM (TS25) SK SUNGAI TALAM KE SK PADANG HILIRAN 6.30 pagi : Bertolak dari STaPS 7.30 pagi : Sarapan di R&R Paka 9.45 pagi : Tiba di SK Padang Hiliran SeHILIR 10.00 pagi : - Persembahan oleh pelajar SeHILIR - Sesi bergambar di Dataran SeHILIR - Bergerak ke bilik mesyuarat SeHILIR - Sesi perkongsian bersama guru Korea ( KOMTEP) - Tayangan video korporat, sesi penerangan dan persembahan slide show oleh GB SeHILIR - Ucapan aluan dan pembentangan oleh GB SeHILIR - Ucapan oleh GB StaPS - Sesi menandatangani Nota Kerjasama serta penyampaian cenderahati - Bergerak ke Anjung Santai Minda PKKI untuk menyaksikan pameran. 12.00 t/hari : Majlis penutup / makan tengah hari 1.00 t/hari : Bertolak ke Pasar Payang 4.00 ptg : Bertolak pulang 7.00 ptg : Tiba di STapS


Click to View FlipBook Version