PEMERDAGANGAN MANUSIA
SESSION 2: 2021/2022
MPU21032: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
(E-FOLIO)
DISEDIAKAN OLEH : NO MATRIKS
NO NAMA 18DHF21F2008
1 NUR AQILAH SHAMINI BIANTI MOHD RASHID 18DHF21F2016
2 ADHA MUZDALIFAH BINTI NASRUL AZIZI 18DHF21F2018
3 NUVEATHA A/P KUMARATHASAN 18DHR21F2020
4 NOR HAFIZA BINTI ZUHAIZI
CHECKED BY : PUAN NUR SYAKIRAH BINTI AKYAN
SUBMISSION DATE: 15 MAY 2022
1
ISI KANDUNGAN
1.0 PERHARGAAN............................................................................................................... 3
2.0 PENGENALAN ............................................................................................................... 4
3.0 OBJEKTIF....................................................................................................................... 5
4.0 KESAN PEMERDAGANGAN MANUSIA......................................................................... 6
5.0 FAKTOR BERLAKUNYA PEMERDAGAN MANUSIA ..................................................... 8
6.0 LANGKAH MENGATASI BERLAKUNYA PEMERDAGANGAN MANUSIA ................... 11
7.0 LAMPIRAN.................................................................................................................... 13
8.0 KESIMPULAN............................................................................................................... 17
9.0 SUMBER RUJUKAN..................................................................................................... 18
2
1.0 PERHARGAAN
Assalamualaikum, bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpahan kurnianya
dapat saya menyiapkan folio Bersama rakan saya yang bertajuk pemerdagangan
manusia. Folio ini amat penting bagi saya dan merupakan sebahagian tugasan
subjek etika dan peradaban.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada rakan seperjuangan dan pensyarah
kerana membantu dalam proses menyiapkan projek ini. Pertama sekali kepada
PUAN NOR SYAKIRAH BINTI AKYAN kerana memberi bimbingan dan tunjuk
ajar kepada kami.
Seterusnya, terima kasih kepada ibu bapa dan pihak yang memberi sokongan
dan dorongan kepada saya sepanjang proses folio ini disiapkan .Tidak juga lupa
kepada rakan-rakan yang berhempas pulas menyempurnakan projek ini.
Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek amat saya hargai dan
sanggup meluangkan masa dan memberi kejasama.
Akhir sekali, terima kasih kepda pihak-pihak yang telah membantu saya dan
rakan-rakan secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek ini
dijalankan. kami berharap dapat mempelajari ilmu pengetahuan dan pengajaran
dan dapat diambil daripada kerja kurusus ini.
‘Kesusahan tidak semuanya seksaan dan paling pahit itu bukan semuanya
racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus
menerus’.
3
2.0 PENGENALAN
Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan
pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan
secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi
untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan
manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk ikatan
hutang).
Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan
pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang
sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, eksploitasi termasuk untuk tujuan
pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-
kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentara, pengemis dan tujuan
permainan, atau untuk tujuan kegiatan keagamaan.
Pemerdagangan manusia disebut pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 sebagai
perdagangan orang kulit putih, yang secara eksklusif merujuk kepada mobility dan
perdagangan wanita kulit putih, Eropah dan Amerika untuk eksploitasi seksual. Hari ini,
perdagangan orang kulit putih adalah istilah yang tidak digunakam sejak selepas Perang
Dunia II. Pemerdagangan manusia tidak terhad kepada wanita kulit putih sahaja atau
untuk eksploitasi seksual semata-mata.
4
3.0 OBJEKTIF
1. Mengetahui definisi pemerdagangan manusia dari segi bahasa dan istilah.
2. Mengenal pasti kesan dan faktor berlakunya pemerdagangan manusia.
3. Mengenal pasti teknik pemerdagangan manusia yang dilakukan oleh pedagang
haram untuk mendapatkan mangsa mereka.
4. Mengenal pasti langkah mengatasi berlakunya pemerdagangan manusia.
5. Mengenal pasti perkara yang berlaku kepada mangsa pemerdagangan manusia.
5
4.0 KESAN PEMERDAGANGAN MANUSIA
1. Mencemarkan imej negara :
- Aktiviti pemerdagangan manusia yang berlaku secara giat di
negara ini akan meninggalkan tanggapan negatif dari negara lain.
- Contohnya, pemerdagangan manusia akan membantutkan
pertumbuhan ekonomi di negara kita kerana para pelabur tidak
berminat untuk melabur di negara ini disebabkan oleh masalah
tersebut. Sektor pelancongan yang turut menyumbang kepada
pendapatan negara juga akan terjejas kerana pelancong asing
berasa khuatir akan keselamatan mereka apabila berada di
negara tersebut.
2. Peningkatan jenayah :
- Aktiviti pemerdagangan manusia menyebabkan peratusan kadar jenayah
di negara kian meningkat.
- Contohnya, pecah rumah, rompakan, sindiket dadah dan lain-lain untuk
mencari sumber kewangan. Terdapat juga sebahagian daripada mereka
yang bekerja sebagai pelacur bagi mendapatkan duit untuk menampung
keperluan hidup.
6
3. Penularan penyakit berjangkit :
- Sebahagian besar manusia yang diperdagangkan ini berasal dari negara
yang mundur seperti Afrika Tengah, India, dan sebagainya. Pergaulan
mereka dengan masyarakat tempatan ini dibimbangi akan merebakkan
penyakit-penyakit berbahaya tersebut.
- Contohnya, golongan ini mempunyai taraf kesihatan yang rendah dan
kebanyakkannya menghidap penyakit berjangkit seperti tibi, virus HIV, dan
AIDS.
7
5.0 FAKTOR BERLAKUNYA PEMERDAGANGAN
MANUSIA
Sebab utama pemerdagangan manusia mungkin berbeza antara satu negara
dengan negara yang lain. Ia adalah satu fenomena kompleks yang biasanya
dipengaruhi oleh keadaan sosial, ekonomi dan budaya. Walau bagaimanapun
terdapat faktor-faktor yang menyumbang kepada aktiviti pemerdagangan manusia
seperti berikut :
Isi rumah berpendapatan rendah.
Masalah domestik.
Mereka yang berhijrah ke negara lain untuk tujuan ekonomi, terutamanya
wanita.
Latar belakang Pendidikan yang lemah.
Peperangan. Ini mewujudkan ramai anak yatim dalam satu masa yang
terdedah kepada pemerdagangan manusia.
Kekurangam peluang pekerjaan yang sah dan sesuai.
Permintaan untuk perkhidmatan seks wanita dan kanak-kanak.
Mangsa tidak terikat dengan undang-undang dan boleh diancam.
Permintaan yang semakin meningkat untuk pekerja asing.
8
6.0 TEKNIK PEMERDAGANGAN
Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana pedagang haram mendapatkan mangsanya?
Terdapat beberapa teknik pemerdagangan yang diamalkan oleh pedagang haram untuk
mendapatkan mangsanya iaitu :
Pengaruh setempat :
- Dapat membantu mereka mengenal pasti orang yang berpotensi dan
terdedah menjadi mangsa.
Jualan secara terus :
- Di mana wanita dan kanak-kanak dijual melalui pasaran gelap oleh ibu
bapa mereka, ahli keluarga terdekat, rumah anak-anak yatim atau penjaga.
Agen sindiket penipuan :
- Mengumpan wanita dengan janji palsu mendapatkan pekerjaan yang lebih
baik dan bergaji tinggi di bandar atau berkahwin dengan keluarga yang
kaya.
9
Perhambaan hutang :
- Di mana pedagang haram membayar sejumlah wang kepada ibu bapa
untuk mengikat anak-anak mereka bagi perburuhan atau perhambaaan
seks.
10
6.0 LANGKAH MENGATASI BERLAKUNYA
PEMERDAGANGAN MANUSIA
I. Penguatkuasaan undang-undang :
- Dikenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah (5 tahun hukuman
penjara).
- Denda yang tinggi kepada pelaku jenayah (RM 5000-RM 500000).
- Dipecat jika didapati bersubahat(terutamanya pegawai kerajaan atau
penguatkuasa undang-undang).
II. Kawalan keselamatan yang ketat :
- Menggunakan sistem kawalan keselamatan moden dan berteknologi tinggi.
- Semakan terhadap kemasukan pendatang asing.
- Contohnya, Mengawal pintu masuk utama negara (lapangan terbang dan
sempadan antarabangsa).
11
III. Koordinasi antara negara :
- Mengadakan rundingan bersama bagi mengatasi masalah
pemerdagangan manusia.
- Perkongsian teknologi dari aspek keselamatan.
- Contohnya, Menjalankan operasi rondaan secara berjadual dan intensif
antara Malaysia dan negara jiran.
IV. Mengehadkan kuota buruh asing :
- Menetapkan jumlah buruh asing yang boleh diambil bekerja oleh sesuatu
majikan.
- Contohnya, Melakukan semakan terhadap buruh asing dalam sesuatu
organisasi.
12
V. Memberikan pendidikan kepada generasi muda :
- Pendidikan formal – institusi pendidikan menerapkan tentang faktor dan
kesan pemerdagangan manusia.
- Pendidikan tidak formal – ibu bapa menasihati anak-anak tentang
bahayanya jenayah tersebut.
- Pendidikan agama di tempat-tempat ibadat oleh pemimpin agama.
13
VI. Pelaksanaan kempen :
- Kempen yang diadakan bertujuan untuk memaparkan kepada umum
tentang keburukan aktiviti pemerdagangan manusia, denda, dan hukuman
yang boleh dikenakan kepada individu yang terlibat dalam aktiviti ini.
- Melalui kempen, orang awam akan lebih sedar akan tanggungjawab
mereka dalam usaha membendung aktiviti pemerdagangan manusia.
- Contohnya, kempen ini boleh dilakukan menerusi media massa elektronik
dan bercetak, seterusnya dipaparkan di institusi pendidikan, tempat awam
seperti pasaraya, perhentian bas, dan sebagainya.
7.0 LAMPIRAN
Contoh-contoh yang berlaku pada mangsa pemerdagangan manusia :
1. Penculikan Kanak-Kanak 2. Pengurungan
14
3. Pelacuran Secara Paksaan 4. Buruh Paksaan
5. Berkahwin Paksaan 6. Perdagangan Organ
7. Penjualan Bayi 8. Paksaan Kanak-Kanak
Bersedekah
15
9. Penyeludupan Melalui Bot
16
8.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, gejala pemerdagangan manusia yang berlaku pada masa kini dapat
dibendung sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing. Sebagai contoh,
pihak berkuasa perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas serta
melaksanakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah.
Selain daripada itu, pihak berkuasa haruslah bersikap lebih prihatin dan bertanggungjawab
dalam menjalankan tugas mereka. Pihak kerajaan harus memandang serius tentang isu
pemerdagangan manusia yang berlaku di negara ini dan mengkaji sebab berlakunya
masalah ini supaya isu ini tidak terus berleluasa. Ini adalah kerana gejala ini boleh
membawa ancaman terhadap keselamtan rakyat. Akibat daripada aktiviti pemerdagangan
manusia ini boleh menyumbang kepada kemerosotan ekonomi negara. Hal ini demikian
kerana para pelabur tidak mahu mengambil risiko dan hilang kepercayaan serta berasa tidak
selamat untuk membuat pelaburan di negara kita.
Masyarakat tempatan juga perlu berwaspada terhadap aktiviti pemerdagangan manusia.
Mereka perlu bersikap lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan kata-kata dan
janji manis daripada orang yang tidak dikenali. Masyarakat juga perlu bekerjasama dengan
pihak berkuasa.
Seterusnya, agensi-agensi yang terlibat dalam menangani isu ini perlu mengambil Langkah-
langkah yang lebih berkesan supaya gejala tidak bermoral ini dapat dibanteras dengan
jayanya. Agensi-agensi tersebut perlu melaksanakan pelbagai kempen dan motivasi kepada
masyarakat untuk memberi kesedaran tentang risiko dan langkah-langkah sepatutnya yang
harus diambil sekiranya mereka berdepan dengan situasi pemerdagangan tersebut.
Secara umumnya, isu pemerdagangan manusia boleh diatasi bukan sahaja melalui satu
pihak sahaja tetapi melibatkan kerjasama daripada semua lapisan masyarakat. Masalah ini
perlu dibendung segera agar tidak terus menular menjadi semakin serius.
17
9.0 SUMBER RUJUKAN
Board, N. P. (2016). Ace Module. Retrieved from http://acemodule.weebly.com/:
http://acemodule.weebly.com/
Expresiones. (2022). Ms. Encyclopedia. Retrieved from https://ms.encyclopedia-
titanica.com/: https://ms.encyclopedia-titanica.com/expresiones/1
Lukman, N. (2022). Scribd. Retrieved from https://www.scribd.com/:
https://www.scribd.com/document/404284294/MAKSUD-PEMERDAGANGAN-
MANUSIA-docx
Mud, N. L. (2022). Scribd. Retrieved from https://www.scribd.com/:
https://www.scribd.com/doc/154313088/Langkah-Mengatasi-Pemerdagangan-
Manusia
Olson, V. (14 June, 2015). Tingkatan Enam. Retrieved from
https://tingkatanenam.blogspot.com/:
https://tingkatanenam.blogspot.com/2015/06/aktiviti-pemerdagangan-manusia-
kesan_14.html
Salihudin, A., Kamaruddin, Z., Jamali, A., Abd Halim, N. S., Mohd Nor, A., Saleh, R., . . .
Che Mat Zain, F. (15 August, 2010). Manusia Sebagai Komoditi. Retrieved from
http://manusiasebagaikomoditi.blogspot.com/:
http://manusiasebagaikomoditi.blogspot.com/2010/08/kesimpulan.html?m=1
18