Era Kesepaduan sosial Subjects: MPU3122
Era kesepaduan sosial adalah era berlakunya pemantapan interaksi antara masyarakat, negara dan pasaran secara positif. Negara kita hanya mampu bertahan apabila berlakunya krisis ekonomi pada tahun 1996 dan 2008 kerana rakyat Malaysia mampu bersepadu semasa mengharunginya. Selain itu, kita mampu menempuhi rusuhan kaum Kampung Medan yang berlaku pada tahun 2001 dengan menggunakan kestabilan ekonomi sebagai faktor perpaduan. Ekoran keupayaan masyarakat Malaysia menerima kepelbagaian, slogan-slogan seperti "Perpaduan dalam Kepelbagaian" senang dihebahkan kepada ramai. Mengikut perspektif politik, masyarakat plural adalah masyarakat yang terbentuk berasakan kepada hubungan etnik dan kaum yang berlainan di bawah satu sistem pemerintahan.
GARISMASA ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971- KINI) RUSUHAN KAMPUNG MEDAN, SELANGOR-2001 8 Mac 2001-satu peristiwa rusuhan etnik telah tercetus antara orang Melayu dan India di Kampung Medan, Selangor. Sebuah kawasan kediaman setinggan kelas pekerja dan yang dilaporkan mengorbankan kurang daripada 10 nyawa Faktor ekonomi antara penyumbang tragedi rusuhan ini menyebabkan kesukaran hidup dan persaingan untuk kelangsungan hidup yang boleh mencetuskan pergeseran etnik, khususnya dalam kalangan masyarakat kelas bawahan. HARAPAN PERPADUAN TETAP ADA Kita juga diperingatkan bahawa slogan 'perpaduan dalam kepelbagaian dan 'perpaduan nasional itu adalah suatu harapan positif terhadap suatu masa depan. yang lebih gemilang daripada sekarang, termasuk cita-cita merealisasikan 'bangsa idaman' iaitu 'Bangsa Malaysia
GARISMASA ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971- KINI) MASYARAKAT MALAYSIA YANG MATANG Semenjak Pilihan Raya Umum ke-4 pada 1974 (PRU4 1974) sehingga PRU12 2008, sebanyak 9 kali pilihan raya diadakan namun tidak wujud sebarang kekacauan etnik yang ditimbulkan oleh pihak yang kalah sehingga mencetuskan perbalahan. Rakyat Malaysia kini tidak lagi segan silu untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sebarang perkara yang mereka tidak suka. Dengan adanya teknologi moden seperti internet, SMS dan pelbagai lagi saluran data siber telah menjadi alat untuk memudahkan proses penyuaraan rakyat Malaysia Kunci kesepaduan social iaitu pemantapan interaksi antara M+N iaitu Masyarakat (Society), Negara (State) dan Pasaran (Market) telah disulam erat dengan positif, biarpun turun-naik berlaku akibat pengaruh dan perkembangan global. Paksi utama kesepaduan sosial adalah kemakmuran dan kestabilan ekonomi yang mendukung keamanan dan kestabilan politik. Gabungan perkembangan ekonomi pesat dan suasana politik yang stabil telah membolehkan kita bertahan dari segi kesepaduan social sambil terus mengidamkan perpaduan.
Sekian Terima kasih