The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM70621 Nur Syuhada Mohd Shobri, 2022-10-18 11:03:11

RPH ADAB BERKOMUNIKASI TEKNOLOGI

RPH ADAB BERKOMUNIKASI TEKNOLOGI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 4)

TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(EDUP 3053)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NUR SYUHADA BINTI MOHD SHOBRI

ANGKA GILIRAN 2021192340137
NOMBOR KAD PENGENALAN 020215-02-0876

KUMPULAN PISMP JUN 2021 (G7)
KOD DAN NAMA KURSUS
(EDUP3053)
NAMA PENSYARAH TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

DR NURULRABIHAH BINTI MAT NOH

TARIKH HANTAR 24 SEPTEMBER 2022

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH

1

MODEL ASSURE

Fasa pertama dalam Model ASSURE ini adalah Analyze Learners iaitu menganalisis
pelajar. Oleh hal yang demikian, sebelum menghasilkan Digital Learning Object (DLO) ini,
saya telah menganalisis keperluan murid dari segi ciri-ciri umum, kompetensi khusus dan
gaya pembelajaran murid dalam subjek Pendidikan Islam. Melalui analisis yang saya lakukan,
saya mendapati bahawa murid-murid Tahun 5 mempunyai tahap pencapaian akademik yang
berbeza dan mempunyai gaya pembelajaran yang pelbagai dan boleh dikatakan keseluruhan
murid dalam kelas tersebut mudah belajar menggunakan bahan audio visual. Namun, murid-
murid tahun 5 ini mengalami sedikit masalah dalam mengamalkan adab dalam kehidupan
seharian. Sehubungan itu, saya telah memilih Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran dari Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam Tahun 5
iaitu 6.3 dan 6.3.5 bagi menghasilkan sebuah media pengajaran digital yang berkualiti untuk
membantu mengatasi masalah yang dikenalpasti.

Seterusnya, fasa State Objectives iaitu menyatakan objektif. Objektif mestilah
dinyatakan secara eksplisit supaya mudah diukur dan dicapai. Sebelum pembelajaran
bermula, objektif perlu ditentukan supaya guru dapat menetapkan sasaran yang mahu dicapai
dan seterusnya menetapkan apa yang murid perlu dapat (Yusup Hashim, 2006). Sehubungan
itu, semasa menghasilkan DLO ini, terdapat beberapa objektif yang telah saya tetapkan yang
murid-murid perlu capai pada akhir pembelajaran. Hal ini supaya murid dapat menguasai
kesemua aspek dan kandungan yang telah dipelajari dalam media pengajaran ini. Justeru,
saya telah menyenaraikan beberapa objektif pembelajaran iaitu, murid dapat:

1. Menyatakan maksud berkomunikasi dengan jelas.
2. Menyatakan hukum beradab ketika berkomunikasi berdasarkan dalil naqli dengan

tepat.
3. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 daripada 6 adab berkomunikasi dengan

tepat.
4. Membanding beza antara kepentingan beradab ketika berkomunikasi terhadap

individu, masyarakat dan negara dengan betul.

Fasa berikutnya yang dipilih dalam mereka bentuk media pengajaran berpandukan
Model ASSURE ini ialah fasa Select Materials and Media iaitu pemilihan media, kaedah dan
bahan. Bagi menghasilkan DLO Pendidikan Islam Adab Berkomunikasi ini, saya telah memilih
beberapa kaedah pengajaran untuk menyampaikan maklumat kepada murid misalnya kaedah
permainan, soal jawab dan perbincangan. Hal ini dapat dibuktikan apabila guru menayangkan
tayangan video, bermain permainan kuiz menggunakan Google Form dan perbincangan

2

dalam kumpulan. Selanjutnya, bagi menghasilkan sebuah media digital pengajaran ini,
terdapat beberapa jenis media yang telah saya pilih iaitu penggunaan aplikasi Youtube,
Canva, dan WordWall. Merujuk kepada gaya pembelajaran murid-murid tahun 5 yang mudah
belajar menggunakan audio visual, maka saya telah menggunakan elemen multimedia yang
bersesuaian seperti visual, audio, slaid, grafik dan sebagainya.

Utilize Media and Materials iaitu penggunaan media dan bahan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana penggunaan media dan bahan yang betul
akan menentukan keberkesanan proses pembelajaran tersebut. Penggunaan media dan
bahan dalam DLO yang dihasilkan ini lebih tertumpu kepada penglibatan murid secara
keseluruhannya memandangkan strategi yang digunakan ialah strategi berpusatkan murid.
Jadi, strategi ini berfokuskan murid untuk bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka
dan guru bertindak sebagai pemudahcara atau fasilitator sahaja. Walau bagaimanapun, bagi
memastikan media dan bahan ini dapat digunakan dengan berkesan dalam DLO ini, saya
telah menyemak dan memastikan terlebih dahulu bahan media pengajaran yang dipilih
berada dalam keadaan yang baik agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
berkesan.

Media dan bahan yang saya gunakan adalah bahan yang sesuai dengan pengalaman
sedia ada murid. Sebagai contoh, majoriti murid telah mempunyai pengalaman melayari
internet untuk mencari maklumat dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, saya
menggunakan bahan yang mudah diperoleh oleh murid-murid seperti komputer riba supaya
murid-murid dapat mengakses isi pelajaran yang terkandung dalam DLO dengan mudah dan
cepat kerana menurut Xiung (2013), penggunaan peranti mudah alih seperti tablet, telefon
pintar, dan komputer riba mendapat sambutan yang hangat dan positif dalam kalangan rakyat
Malaysia kini. Bukan itu sahaja, bagi menjadikan DLO ini lebih menarik, pelbagai elemen
multimedia yang saya telah ketengahkan semasa menghasilkan DLO ini misalnya elemen
CASPER. Perkara ini dapat dibuktikan apabila terdapat tayangan video, audio, visual dan
animasi bergerak yang terpapar dalam perisian DLO ini. Hal ini adalah untuk menjadikan isi
pelajaran dalam perisian menjadi lebih menarik dan memotivasikan murid untuk terus belajar
malahan secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi keberkesanan proses
penyampaian sesuatu mesej kerana media yang bersifat dinamik mampu merangsang
pelbagai deria dengan lebih mudah dan berkesan.

Fasa yang seterusnya ialah fasa Require Learner’s Participation yang bermaksud
penglibatan pelajar. Bagi memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar, murid
perlu terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran. Oleh itu, DLO yang dihasilkan ini membolehkan
murid melibatkan diri dengan aktif sama ada secara individu atau berkumpulan dengan cara

3

memberi respons, berinteraksi dan mendapat maklum balas. Hal ini kerana, saya telah
membekalkan aktiviti-aktiviti yang menarik dalam perisian tersebut seperti latih tubi, soalan
kuiz, kerja berkumpulan, perbincangan dan projek. Tujuan saya menyediakan aktiviti seperti
ini adalah untuk merangsang minda dan tingkah laku murid. Selain itu, saya juga turut
melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaran dengan menayangkan tayangan video seperti
Youtube dan murid dapat memberi respons seperti meneliti setiap maklumat yang terpapar
atau membuat huraian, menjawab soalan hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi seperti
soalan yang berbentuk interaktif.

Komponen yang terakhir yang perlu dititikberatkan ialah Evaluate and Revise iaitu
menilai dan menyemak semula. Menilai ialah satu proses untuk melihat sejauhmana
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Aspek ini sangat
ditekankan dalam penghasilan DLO ini di mana saya telah menjalankan penilaian pengajaran
dengan membuat refleksi dan menilai semula keberhasilan media dan bahan pengajaran
yang digunakan dalam perisian. Hal ini kerana, penilaian terhadap bahan media yang
digunakan amat diperlukan agar guru mampu melihat kekuatan dan kelemahan bahan media
tersebut secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dijalankan supaya penggunaan
media dapat dilaksanakan semaksimum mungkin dalam pembelajaran. Seterusnya, saya
turut menjalankan penilaian pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Penilaian ini dijalankan dalam bentuk formal iaitu sesi soal jawab dan kuiz bagi
menentukan tahap penguasaan murid terhadap topik yang dipelajari dalam perisian DLO.

4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5

Mata pelajaran Pendidikan Islam (Adab)

Kelas 5 Al-Biruni

Hari / Tarikh Selasa / 30 September 2022 / 14 Rabiulawal 1444H

Masa 8.30-9.30 pagi

Bilangan Murid 30 orang
Tajuk “Bijak Berkomunikasi”

Pengetahuan Sedia Murid sentiasa berkomunikasi dalam kehidupan seharian.
Ada

Standard Kandungan 6.3 Merumus konsep adab berkomunikasi yang menepati syarak
dan mengamalkannya secara beradab dan istiqamah.
Standard 6.3.5 Mengamalkan adab berkomunikasi yang menepati syarak
Pembelajaran secara beradab dan istiqamah.

Objektif Pembelajaran Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
Kemahiran Berfikir 1. Menyatakan maksud berkomunikasi dengan jelas.
2. Menyatakan hukum beradab ketika berkomunikasi
berdasarkan dalil naqli dengan tepat.
3. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 daripada 6 adab
berkomunikasi dengan tepat.
4. Membanding beza antara kepentingan beradab ketika
berkomunikasi terhadap individu, masyarakat dan negara
dengan betul.

Menjana idea, mengenal pasti

Gabungjalin Al-Quran: Membaca dalil naqli

Penyerapan Bahasa Melayu: Penggunaan bahasa yang sopan

Penerapan Nilai Bersunguh-sungguh, bertanggungjawab, khusyuk dan patuh.

Amalan Pedagogi - Teknologi maklumat dan komunikasi
Masa Kini - Kreatif dan inovatif
- Pembelajaran koperatif
Kemahiran Insaniah - Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat.
- Kemahiran berkomunikasi
E. M. K Nilai murni: Patuh arahan guru.
T.M.K: Pembelajaran menggunakan aplikasi Canva, WordWall,
Google Forms, Youtube dan TikTok.
Kreativiti: Penghasilan produk (vlog) bersesuaian dengan tajuk.

5

Keusahawanan: Murid bekerjasama dan mempunyai daya saing
untuk hasilkan kerja kumpulan

Penilaian Pengajaran - Pemerhatian: memerhati gerak kerja murid
dan Pembelajaran - Lisan: Soal jawab, sumbang saran, permainan

Bahan / Alat Bantu Google Slide, Tiktok, Google Forms, CapCut, Google Sites,
Mengajar Youtube dan Canva.

6

Langkah Isi kandungan
Pengenalan (2 minit) Bacaan doa

Set induksi (3 minit) Tayangan gambar kepada murid

Berdasarkan gambar yang dipaparkan, apa
yang dapat kamu lihat?
Jangkaan jawapan: mulut

Dengan mulut, apakah perbuatan yang dapat
kita lakukan dengan mulut?
Jangkaan jawapan:

- Makan
- Bercakap

7

Cadangan aktiviti Catatan
- Guru memberi salam. Penerapan nilai:
- Seorang murid akan mengetuai
Khusyuk, adab
bacaan doa belajar.
- Guru bertanya khabar murid-murid. berdoa

- Guru memulakan sesi pengajaran Kaedah:
dengan menayangkan gambar. -Soal jawab,
Sumbang saran
- Murid memerhati dan menganalisis
gambar. Bahan bantu
mengajar:
- Guru bertanya kepada murid kaitan -gambar
gambar dengan pelajaran hari ini.

Kemahiran berfikir:
- menjana idea

Penerapan nilai:
-bersungguh-
sungguh, tekun

7

Langkah Isi kandungan

Langkah 1 (10 minit) Mari tonton video yang telah ustazah sediakan.

Pautan:
https://youtu.be/A1Bp4rg3RIE
Setelah menonton, kamu dikehendaki bermain
permainan kuiz melalui aplikasi WordWall.

Pautan:
https://wordwall.net/ms/resource/35904498
https://wordwall.net/ms/resource/35961977

8

Cadangan aktiviti Catatan
- Murid perlu menonton video yang Kaedah:

telah sediakan di dalam Google Sites -Soal jawab,

bagi mengetahui apakah isi Nyanyian, Permainan

kandungan yang akan dipelajari.

- Murid menonton video melalui aplikasi

Youtube. Bahan bantu

- Murid dikehendaki menjawab soalan mengajar:

pada pautan yang diberikan. -video

- Murid bermain permainan kuiz di -Komputer, internet

aplikasi WordWall. -Youtube, WordWall

Kemahiran berfikir:
- menjana idea

EMK:
-Teknologi maklumat
dan komunikasi

8

Langkah Isi kandungan

Langkah 2 (15 minit) Untuk aktiviti seterusnya, ustazah nak kamu

menonton video pendek yang telah ustazah

hasilkan,

Pautan:
https://youtu.be/OuTVphca9jQ

Berdasarkan pemahaman dan penerokaan
murid melalui video yang ditonton sebentar
tadi, murid dikehendaki untuk menjawab
soalan berkaitan adab berkomunikasi dengan
menekan pautan Google Form yang terpapr di
Google Sites.

9

Cadangan aktiviti Catatan
- Murid diminta untuk meneroka Kaedah:

sebuah video yang berkaitan tentang -Soal jawab,

adab berkomunikasi. Penerangan,

- Guru memberi kuiz untuk menguji Permainan

kefahaman murid berdasarkan isi

kandungan video pendek.

- Murid menjawab soalan kuiz melalui Bahan bantu

aplikasi Google Forms yang telah mengajar:

guru sediakan. -video

- Murid perlu menjawab soalan dengan -Komputer, internet

jawapan yang betul. -Youtube

-Google Forms

Kemahiran berfikir:
- menjana idea

EMK:
-Teknologi maklumat
dan komunikasi

9

Langkah Isi kandungan

Pautan:
https://forms.gle/UvkXzsvyb4QLfTC78

Langkah 3 (15 minit) Pada aktiviti kali ini, ustazah telah bahagikan
kamu semua kepada enam kumpulan. Setiap
kumpulan mempunyai seramai lima orang ahli.

-Rujuk gambar di bawah untuk mengetahui ahli
kumpulan kamu.

-Seterusnya dalam kumpulan, kamu
dikehendaki mencari dan meneroka babak
drama melayu yang pendek misalnya dari
aplikasi "Youtube" seperti yang ustazah
pautkan di bawah.

1

Cadangan aktiviti Catatan

- Murid dibahagikan kepada enam Kaedah:

kumpulan. -Soal jawab

- Guru menyediakan grafik melalui

aplikasi Canva untuk murid menjawab

soalan. Bahan bantu

- Murid berbincang secara mengajar:

berkumpulan, -video

- Murid dapat mengenal pasti adab -Komputer, internet

berkomunikasi secara beradab dan -Youtube

tidak beradab. -canva

- Murid melengkapkan tugasan dengan

membanding beza situasi atau dialog

berkomunikasi secara beradab dan Kemahiran berfikir:

tidak beradab di pautan grafik canva - menjana idea

yang telah disediakan.

EMK:
-Teknologi maklumat
dan komunikasi

10

Langkah Isi kandungan

Pautan:
https://www.youtube.com/watch?v=Qd9Op5d_

9Vc
-Melalui babak pendek tersebut, kamu perlu
mengenal pasti dialog berkomunikasi secara
beradab dan secara tidak beradab.

Pautan:
https://www.canva.com/design/DAFM3Q8k0Ks

/ptNRojj9DzlFJ4NGeB4BPw/edit

1

Cadangan aktiviti Catatan
Penerapan nilai:
-tekun, bersungguh-
sungguh,
berkeyakinan, berani

Amalan pedagogi
masa kini:
-pembelajaran
koperatif, kreatif dan
inovatif

11

Langkah Isi kandungan
Penutup (10 minit) Penutup kognitif:

-Menghasilkan satu vlog yang menarik
mengenai adab berkomunikasi berdasarkan
situasi-situasi tertentu.

-Di bawah ini, ustazah telah sediakan pautan
"Picker Wheel" untuk kamu putar bagi
menentukan situasi komunikasi vlog yang akan
kamu hasilkan.

Pautan:
https://www.google.com/url?q=https%3A%2F
%2Fpickerwheel.com%2Fpw%3Fid%3D4AXrm

&sa=D
-Kemudian, upload vlog kamu dalam aplikasi
media sosial "TikTok"
-Setelah upload, kamu perlu tagg nama
ustazah dalam vlog kamu "@syue152"

1

Cadangan aktiviti Catatan
- Murid memutar picker wheel untuk Kaedah:

mendapatkan situasi masing-masing. -sumbang saran

- Murid mula menghasilkan vlog yang

dikehendaki.

- Murid perlu siapkan vlog tersebut Bahan bantu

pada waktu yang ditetapkan. mengajar:

- Murid menghantar tugasan dengan -Komputer, internet

membuat posting di aplikasi Tiktok -Picker Wheel

dan perlu tag @syue152. -Tiktok

Kemahiran berfikir:
- menjana idea
-mengenal pasti

EMK:
-Teknologi maklumat
dan komunikasi

12

Refleksi:
Ulasan Guru Pembimbing:
Ulasan Pensyarah Pembimbing:

1

13


Click to View FlipBook Version