INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)
KEMAHIRAN BELAJAR
(GKB 1053)
NAMA PELAJAR DISEDIAKAN OLEH:
NUR SYUHADA BINTI MOHD SHOBRI
ANGKA GILIRAN 2020192310136
NOMBOR KAD PENGENALAN 020215-02-0876
KUMPULAN PPISMP JUN 2020 (G7)
NAMA KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR
KOD KURSUS GKB1053
NAMA PENSYARAH CIK HASLINDA BINTI MOHAMAD SAAD
TARIKH HANTAR 2 NOVEMBER 2020
TARIKH MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA PENSYARAH
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Tuhan yang Maha Esa kerana dengan limpah
kurniaNya, tugasan Kemahiran Belajar GKB 1053 dapat dilaksanakan dengan sempurna
dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Pertamanya, jutaan penghargaan saya berikan kepada pensyarah saya iaitu Cik
Haslinda Binti Mohamad Saad yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan,panduan
dan juga mengajar pelbagai ilmu kepada saya dan rakan-rakan yang lain terutamanya yang
berkaitan dengan subjek GKB 1053 ini. Tanpa jasa dan pengorbanan beliau,tugasan
kali ini pastinya menjadi tugasan yang kurang bermakna kerana ilmu yang beliau
berikan sangat berharga buat saya.
Tidak lupa juga penghargaan yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya yang
telah memberikan semangat, motivasi dan bantuan dalam pelbagai aspek. Merekalah
insan yang telah menaikkan semangat saya untuk terus belajar bersungguh-sungguh ketika
saya lemah disebabkan tugasan yang banyak atau masalah-masalah yang menimpa.
Terima kasih juga saya rakamkan untuk rakan-rakan seperjuangan saya yang telah
banyak membantu terutama dalam usaha mencari bahan untuk dijadikan rujukan
bagi penyediaan kerja kursus ini. Semoga segala pertolongan kalian semuaakan mendapat
balasan yang baik daripada Allah S.W.T.
Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat sepanjang
pelaksanaan tugasan kali ini sama ada secara langsung atau tidak langsung
dengan harapan dapat bersama-sama menolong ke arah mencapai kecemerlangan
dalam apa jua bidang yang diceburi.
1
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
PENGHARGAAN 1
ISI KANDUNGAN 2
1.0 PENGENALAN 3
2.0 ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT 1 4
2.1 Plus,Minus,Interesting (PMI) 5
2.2 Consider All Factors (CAF) 6
2.3 Consequence And Sequel (C&S) 7
2.4 Aims,Goals,Objectives (AGO) 8
2.5 First Important Priorities (FIP) 9
2.6 Alternatives,Possibilities,Choices (APC) 10
2.7 Other Point Of View (OPV) 11
3.0 RUMUSAN 12
RUJUKAN 13
LAMPIRAN 14
2
1.0 PENGENALAN
Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh
setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul,memproses dan merumus maklumat
secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.Apabila
seseorang itu dapat menguasai kemahiran belajar ini,dia dapat mengaplikasikan kemahiran
belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi dan memudahkan pelajar itu untuk mendapatkan
ilmu secara sistematik dan bermakna.Pelbagai cara dan proses yang diajar dalam kursus ini
dan salah satunya adalah alat-alat berfikir.
Menurut Som dan Mohd Dahalan(1998),alat berfikir merupakan instrumen yang
membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan.Dengan
menggunakan alat-alat berfikir ini,idea-idea yang disampaikan akan menjadi lebih
tersusun,jelas dan mudah difahami.Terdapat beberapa alat berfikir dalam membuat nota
contohnya Pengurusan Grafik,Teknik Menyoal Aras Tinggi,Peta Minda,Pemetaan i-Think,dan
Alat-alat CoRT 1.
Alat-alat berfikir CoRT 1 dicipta bertujuan untuk meluaskan persepsi seseorang
tentang sesuatu idea dan dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan
lebih berkesan.Alat CoRT 1 terdiri daripada tujuh alat iaitu Plus,Minus,Interesting (PMI),
Consider All Factors (CAF), Consequence & Sequel (C&S), Aims,Goals,Objectives
(AGO),First,Important,Priorities (FIP),Alternatives,Possibilities,Choices (APC) dan Other
Point Of View (OPV).
Justeru,kemahiran belajar mestilah dipelajari oleh setiap pelajar supaya dapat
mencari,mengumpul dan memproses maklumat dengan lebih mudah.Selain itu,pelajar juga
dapat mempelajari cara dan teknik yang betul untuk membaca sesuatu maklumat dan
membuat nota yang lebih mudah untuk difahami melalui kemahiran belajar ini.
3
2.0 ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT 1
CoRT adalah singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”.CoRT menggalakkan
individu untuk berfikir secara meluas.CoRT telah diperoleh oleh Edward De Bono pada tahun
1969. Beliau dilahirkan di Malta,sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean.Beliau
berkelulusan D.Phill Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari Universiti
Cambridge.Beliau telah mencuba kaedah CoRT di sekolah-sekolah di Barat.
4
2.1 Plus,Minus,Interesting (PMI)
Menurut Kamaruddin Hj. Hussin dan Siti Hajar Hj.Abdul Aziz(2003),mereka menyatakan
bahawa alat CoRT 1 PMI amat sesuai dalam pengajaran karangan yang bersifat argumentatif
seperti karangan perbincangan,pendapat dan juga perbahasan.Alat PMI dalam pengajaran
karangan adalah untuk meluaskan fikiran pelajar tentang sesuatu tajuk atau masalah yang
dikemukakan oleh guru dengan memberi pertimbangan secara khusus daripada aspek
kebaikan,keburukan dan perkara-perkara menarik mengenai masalah atau tajuk tersebut.
Penggunaan Plus,Minus,Interesting (PMI) iaitu baik,buruk,menarik bertujuan untuk
melatih pelajar berfikir bagi meluaskan lagi pemikiran tentang sesuatu situasi.Seorang guru
haruslah mengelakkan para pelajarnya daripada beremosi dengan tujuan untuk
mengembangkan idea.Antara contoh penggunaan PMI adalah apabila para pelajar diberi
tajuk perbincangan misalnya tajuk “Komputer Boleh Menggantikan Guru Dalam Kelas”.Guru
boleh meminta pelajar-pelajarnya untuk menyenaraikan semua perkara baik(Plus),perkara
buruk(Minus) dan perkara yang menarik(Interesting).Pada akhir perbincangan,barulah guru
dan pelajar membuat keputusan berhubung isu dan tajuk yang diperbincangkan tersebut.
5
2.2 Considers All Factors(CAF)
Dalam kehidupan,kita sering menemui keadaan yang memerlukan kita untuk membuat
pilihan,keputusan atau rancangan untuk menjayakan citi-cita kita.Alat berfikir CoRT 1 CAF
boleh digunakan bagi membantu kita membuat keputusan yang sesuai untuk masa kini dan
masa akan datang.Apabila kita menggunakan CAF, kita akan menyenaraikan semua faktor
yang terbabit untuk memilih yang sangat berkaitan dan penting sahaja.
Penggunaan Consider All Factors (CAF) iaitu ambil kira semua faktor adalah untuk
melatih pelajar untuk berfikir dan meninjau semua aspek bagi situasi dengan lengkap dan
menyeluruh.Hal ini juga untuk mengelakkan mereka daripada terlupa faktor yang penting bagi
tajuk yang dibincangkan.
Sebagai contoh penggunaan CAF adalah apabila para pelajar diberi tajuk mengenai
peningkatan kadar penderaan kanak-kanak.Guru boleh meminta para pelajar untuk
menyenaraikan semua faktor yang berkaitan,menimbangkan setiap faktor serta mengetahui
keputusan selepas pertimbangan sewajarnya dibuat.
6
2.3 Consequence And Sequel(C&S)
Kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian sama ada dengan
mencipta,mengubahsuai atau melaksanakan sesuatu pendapat dan cara hidup.Begitu juga
dalam mencipta peraturan atau alatan,yang semuanya menuju kepada memajukan diri kita
dari semasa ke semasa.Apa sahaja yang kita lakukan perlu difikirkan sebaik mungkin agar
sesuai dengan kehendak semasa.Oleh hal yang demikian,alat berfikir CoRT 1 Consequence
And Sequel(C&S) iaitu kesan dan akibat dari kesan sesuai digunakan untuk mengatasi
masalah ini.Kita juga perlu memikirkan tentang kesan-kesan lain akibat rancangan kita
tersebut,iaitu kesan kepada orang lain,masyarakat dan alam sekitar.
Penggunaan C&S adalah bertujuan untuk melatih pelajar untuk berfikir dan
menjangkakan apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan.Kesan dan
akibat daripada keputusan tersebut seterusnya dapat diramalkan oleh pelajar.
Misalnya apabila pelajar diberi tajuk perbincangan mengenai belajar Al-Quran dengan
menggunakan tulisan rumi.Guru boleh meminta seorang pelajar untuk memberikan pendapat
tentang keberkesanan cadangan tersebut,risiko yang mungkin dihadapi,kesan serta-
merta,jangka masa pendek dan jangka masa panjang serta pendapat sama ada cadangan
tersebut adalah wajar atau tidak wajar.
7
2.4 Aims,Goals,Objectives(AGO)
Setiap perkara yang kita lakukan pasti ada alasan dan sebabnya.Mungkin kerana ia hobi kita
atau kita melakukannya kerana terpengaruh dengan orang lain atau untuk mendapat pujian
dari orang ramai.Ada kalanya kita melakukan sesuatu dengan bertujuan ataupun untuk
mencapai sesuatu objektif atau matlamat.Sekiranya kita tahu apa sebenarnya matlamat kita
dalam melakukan sesuatu,ia akan memudahkan kita untuk mencapainya.Dalam konsep
ini,kita mestilah menggunakan alat berfikir Aims,Goals,Objectives(AGO) iaitu
tujuan,maklumat,objektif dalam melakukan sesuatu perkara.
Penggunaan AGO adalah bertujuan untuk melatih pelajar berfikir agar sentiasa
menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai.Hal ini juga
membantu pelajar untuk mengelakkan daripada melakukan perkara yang tidak berkaitan.
Contoh penggunaannya dapat dilihat apabila para pelajar mendapat tajuk
perbincangan yang menyoal “Adakah AGO memilih pekerjaan dalam sektor kerajaan?”.Guru
boleh meminta pelajar untuk memberikan pendapat melalui soalan seperti “Apakah AGO
rancangan?”, “Apakah Tindakan terkeluar daripada AGO?” dan “Bagaimana untuk
memastikan AGO dapat dicapai?”.
8
2.5 First Important Priorities (FIP)
Setelah kita menggunakan alat-alat berfikir CoRT 1 PMI,CAF,C&S dan juga AGO, timbul
masalah untuk membuat pemilihan antara banyak faktor,objektif dan kesan-kesan yang telah
kita senaraikan bagi sesuatu perkara atau rancangan yang kita lakukan.Untuk tujuan
pemilihan ini kita terpaksa memilih sebahagian sahaja dan meninggalkan yang lain kerana
kita tidak dapat melakukan semua itu serentak.Dalam hal ini,kita mestilah menggunakan alat
berfikir First Important Priorities (FIP) iaitu perkara paling penting perlu diutamakan.
Penggunaan FIP ini membantu untuk melatih pelajar berfikir dengan mendahulukan
sesuatu perkara mengikut kepentingan atau keutamaan.Perkara paling penting haruslah
diberikan keutamaan.
Contoh penggunaan FIP adalah apabila tajuk perbincangan mengenai pemilihan
tempat untuk melanjutkan pelajaran.Guru boleh meminta pelajar untuk memberikan pendapat
dalam menyenaraikan perkara-perkara penting dan kepentingan atau prioriti mana yang
memerlukan tindakan segera.
9
2.6 Alternatives,Possibilities,Choices (APC)
Apabila kita perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap sesuatu perkara ataupun melakukan
sesuatu,kita rasa seperti tiada banyak pilihan.Alat berfikir Alternatives,Possibilities,Choices
(APC) iaitu alternatif,kemungkinan,dan pilihan ini mencadangkan kepada kita supaya
berusaha mencari pelbagai pilihan dan kemungkinan.Ini bertujuan agar kita dapat melihat idea
atau isu tersebut dengan pandangan yang lebih luas dari beberapa sudut
pandangan.Daripada banyak pilihan dan kemungkinan yang disenaraikan barulah kita pilih
untuk menggunakan alat FIP yang telah dibincangkan sebelum ini.
Penggunaan APC dapat membantu untuk melatih pelajar berfikir berkenaan beberapa
perkara dengan serentak.Kemudian pelajar diminta menentukan pilihan yang terbaik.Hal ini
juga untuk mengelakkan pelajar daripada mempunyai pemikiran satu hala sahaja.
Sebagai contoh penggunaan APC yang dapat kita ambil adalah apabila tajuk
perbincangan adalah tentang peperiksaan berpusat dihapuskan.Berdasarkan tajuk ini,guru
boleh meminta pelajar memberikan pendapat seperti menyenaraikan cara-cara yang
berlainan untuk menyelesaikan masalah,menyenaraikan baik buruk cadangan yang diberikan
dan menentukan mana yang paling baik dan wajar.
10
2.7 Other Point Of View (OPV)
Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah kebolehan kita untuk mengetahui apa
pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan,terutamanya yang
berkaitan dengan orang lain.Alat berfikir Other Point Of View (OPV) iaitu sudut pandangan
lain ataupun pandangan orang lain ini perlu digunakan oleh semua orang terutama pendidik
dan pemimpin di semua peringkat sama ada guru besar ataupun guru-guru yang mempunyai
pelajar sebagai orang yang dipimpinnya.Kita perlu mendengar pandangan orang lain dalam
sesuatu perkara yang kita putuskan supaya keputusan itu mendapat sokongan dan kerjasama
semua pihak.Hakikatnya,apa yang kita fikirkan juga akan difikirkan oleh orang lain,cuma
berbeza pendapat dan pandangan.
Alat berfikir OPV bertujuan untuk melatih pelajar berfikir dengan mengambil kira
pandangan orang lain sebelum membuat sesuatu keputusan.Contoh penggunaan alat berfikir
ini adalah apabila tajuk yang diperbincangkan adalah berkaitan penjualan rokok wajib terus
diharamkan.Berdasarkan tajuk ini,guru boleh meminta pelajar memberikan pendapat dan
mempertimbangkan idea diri sendiri yang akan mempengaruhi orang lain, “bagaimana orang
lain akan memandang idea kita?”, dan “adakah orang lain akan memandang idea kita?” dan
“adakah idea kita bernas?” dan harus dijadikan tindakan.
11
3.0 RUMUSAN
Rumusannya,kursus Kemahiran Belajar ini perlu dipelajari oleh setiap pelajar pada masa kini
supaya para pelajar dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan mudah dan
cepat.Hal ini demikian kerana,dalam Kemahiran Belajar ini,kita akan belajar pelbagai cara dan
teknik yang betul terutamanya dalam mencari,mengumpul,memproses dan mengolah
maklumat yang kita peroleh daripada pelbagai sumber misalnya buku,jurnal,artikel dan laman
web.Selain itu,dengan adanya pembelajaran mengenai alat-alat berfikir dalam kemahiran
ini,para pelajar dapat memahami sesuatu subjek dengan lebih pantas dan juga dapat
menjadikan idea-idea para pelajar lebih fleksibel,kreatif dan lebih menarik.Kemahiran ini amat
penting bagi pelajar terutamanya pelajar di Institut Pendidikan Guru untuk menyempurnakan
tugasan yang diberikan.
Pada era globalisasi ini,tugas para guru dalam pembelajaran di sekolah bukan lagi
hanya untuk mengajar ilmu pengetahuan sahaja tetapi mereka juga perlu mengembangkan
potensi murid secara menyeluruh terutamanya dari sudut intelektual.Menurut Edward De
Bono(1999),beliau menyatakan bahawa kejayaan kita bergantung kepada keberkesanan cara
kita berfikir.Akan tetapi keberkesanan cara berfikir sahaja tidak mencukupi jika tidak disusuli
dengan perbuatan atau perlakuan untuk menyelesaikan masalah tersebut.Beliau telah
mengajak kita untuk menggunakan minda secara lebih meluas.Jadi,kita harus merenung
bukan sahaja apa yang ada di dalam kotak tetapi juga di luar kotak malah lebih jauh dari itu.
12
RUJUKAN
Anida Sarudin,Husna Faredza Mohamad Redzwan & Adenan Ayob. (2017). Pengukuran CoRT Untuk
Pengajaran Bahasa Melayu : Penerapan KBAT dalam Pengajaran BM di Sekolah-sekolah Orang
Asli. Strategi Efektif Peranti Berfikir CoRT Dalam Pendidikan Bahasa Melayu, 8-25.
Edward De Bono. (1999). Six Thinking Hats (Rev Ed). New York: Back Bay Books.
Jurulatih Utama KBAT IPGM. Kemahiran Berfikir. Panduan Aktiviti Kepada Jurulatih,Pensyarah dan
Siswa Pendidik, 97-113.
Kamarudin Hj.Hussin & Siti Hajar Hj.Abdul Aziz. (2003). Pedagogi:Asas Pendidikan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Nur Ashwa Johalim & Nur Syafikah Mohamat. Panduan Pengajaran Pembelajaran Menggunakan Alat
Berfikir CoRT 1. Kemahiran Berfikir Alat CoRT 1.
Nursa Umira Sazuki. (2007). Alat Berfikir. Bersama Tuny Buzan & Edward De Bono.
Sabaryah@Sabariah bt.Shafiee. (2012). Penghuraian Secara Terperinci 7 Peringkat Pemikiran Edward
De Bono Dalam Pembelajaran Di Sekolah. Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak, 10-35.
Som Nor & Mohd Dahalan Mohd Ramli. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif(KBKK).
Petaling Jaya: Longman Sdn.Bhd.
Zulqarnain bin Ali. Panduan Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Islam Menggunakan Alat Berfikir
CoRT 1.
Cikgu Hailmi. (2013, November). Kemahiran berfikir Secara Kreatif Kritis Dan Inovatif. Retrieved from
http://www.cikguhailmi.com/2013/11/i-think-kemahiran-berfikir-secara-kreatif-kritis-dan-
inovatif.html
Hanisah Redhwan. (n.d.). Teknik Membaca. Retrieved from
https://sites.google.com/site/hanisahredh/bab-4-teknik-membaca
13
LAMPIRAN
14
15