INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 1)
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(EDUP3023)
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR NUR SYUHADA BINTI MOHD SHOBRI
ANGKA GILIRAN 2021192340137
NOMBOR KAD PENGENALAN 020215-02-0876
KUMPULAN PISMP JUN 2021 (G7)
NAMA KURSUS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
KOD KURSUS
NAMA PENSYARAH EDUP3023
TARIKH HANTAR PUAN WAK CHU WOK
TARIKH MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA PENSYARAH 25 OGOS 2021
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Tuhan yang Maha Esa kerana dengan limpah
kurniaNya, tugasan Perkembangan Kanak-Kanak EDUP3023 dapat dilaksanakan dengan
sempurna dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Pertamanya, jutaan penghargaan saya berikan kepada pensyarah Puan Wak Chu
Wok yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan,panduan dan juga mengajar pelbagai
ilmu kepada saya dan rakan-rakan yang lain terutamanya yang berkaitan dengan subjek
EDUP3023 ini. Tanpa jasa dan pengorbanan beliau,tugasan kali ini pastinya menjadi
tugasan yang kurang bermakna kerana ilmu yang beliau berikan sangat berharga buat
saya.
Tidak lupa juga penghargaan yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya yang
telah memberikan semangat, motivasi dan bantuan dalam pelbagai aspek. Merekalah
insan yang telah menaikkan semangat saya untuk terus belajar bersungguh-sungguh ketika
saya lemah disebabkan tugasan yang banyak atau masalah-masalah yang menimpa
saya.
Terima kasih juga saya rakamkan untuk rakan-rakan seperjuangan saya yang telah
banyak membantu terutama dalam usaha mencari bahan untuk dijadikan rujukan
bagi penyediaan kerja kursus ini. Semoga segala pertolongan kalian semua akan mendapat
balasan yang baik daripada Allah S.W.T.
Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat sepanjang
pelaksanaan tugasan kali ini sama ada secara langsung atau tidak langsung
dengan harapan dapat bersama-sama menolong ke arah mencapai kecemerlangan
dalam apa jua bidang yang diceburi.
1
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
PENGHARGAAN 1
ISI KANDUNGAN 2
1.0 Pengenalan 3
2.0 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget 3
2.1 Peringkat Sensori Motor 4
2.2 Peringkat Praoperasi 5
2.3 Peringkat Operasi Konkrit
2.4 Peringkat Operasi Formal 6
3.0 Rumusan 7
RUJUKAN
8
10
2
1.0 PENGENALAN
Menurut Santrock (2014), setiap manusia akan mengalami perubahan mengikut proses
pertumbuhan dan perkembangan daripada aspek fizikal, sosial, kognitif dan emosi semenjak
lahir sehinggalah memasuki alam kanak-kanak, remaja, dewasa dan usia tua. Sebagai bakal
dan seorang guru, kita mestilah mempelajari dan memahami aspek pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak kerana dengan kefahaman yang mendalam mengenai perkara
ini akan memudahkan seorang guru itu mengurus sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan serta dapat memahami setiap perubahan yang dialami oleh murid-murid.
Perkembangan seseorang adalah melibatkan perubahan tubuh badan yang bersifat
kualitatif dan tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi perubahan itu telah nyata berlaku.
Diamond (2013) menjelaskan bahawa perkembangan adalah perubahan dalam corak biologi,
kognitif dan sosioemosi seseorang individu yang bermula daripada peringkat persenyawaan
hinggalah akhir hayat. Perkembangan kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur dan
berterusan malahan ia juga berkait rapat dengan proses kematangan dan pembelajaran
kanak-kanak dalam persekitaran.
Menurut Morrison (2012), perkembangan kognitif merujuk kepada perkembangan
mental yang melibatkan kematangan aktiviti mental seperti keupayaan intelektual dan
pemprosesan maklumat serta perkembangan pertuturan dan perolehan bahasa.
Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran
kanak-kanak. Proses ini merangkumi segala aktiviti mental contohnya mengingat,
menyelesaikan masalah, mencipta, berkhayal dan daya imaginasi. Seperti yang kita sedia
maklum, teori perkembangan kognitif dipelopori oleh tokoh yang tidak asing lagi bagi kita
semua iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky namun bagi menyelesaikan tugasan kerja kursus
ini, saya memilih teori perkembangan kognitif Jean Piaget.
2.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET
Jean Piaget atau nama sebenar beliau Jean William Fritz Piaget merupakan seorang tokoh
psikologi yang amat berpengaruh dalam kajian perkembangan kognitif dan bahasa kanak-
kanak. Jean Piaget yang dilahirkan di Switzerland ini memulakan kerjayanya dalam bidang
3
biologi dan boleh dikatakan kesemua penulisan beliau tentang psikologi pembelajaran
berdasarkan konsep biologi. Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Pada
pandangan beliau, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah
yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Beliau mengkaji tentang bagaimana
kanak-kanak mengembangkan intelektual sepanjang masa kanak-kanak dan dapatan kajian
beliau menyatakan bahawa cara berfikir kanak- kanak pada asasnya berbeza dari cara orang
dewasa berfikir.
Teori perkembangan kognitif Jean Piaget merupakan salah satu teori yang
memainkan peranan penting dalam membantu seorang guru memahami cara kanak-kanak
berfikir dan bagaimana seorang guru boleh memainkan peranannya dalam merangsang
perkembangan kognitif kanak-kanak. Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul
pada peringkat tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui kerana setiap peringkat
merangkumi pelbagai aspek perkembangan mental termasuklah pemikiran, moral, bahasa
dan ingatan. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat peringkat
mengikut urutan umur.
2.1 PERINGKAT SENSORI MOTOR
Peringkat yang pertama ialah peringkat sensori motor iaitu bermula sejak bayi
dilahirkan sehingga bayi berusia 2 tahun. Peringkat ini bergantung kepada
penggunaan deria dan kemahiran motor yang ada misalnya melihat,
mendengar, merasa dan menyentuh untuk mempelajari tentang
persekitarannya. Skema-skema akan terbentuk hasil daripada interaksi fizikal
bayi dengan persekitaran contohnya, kita boleh perhatikan bayi menggunakan
mulut untuk merasa objek, mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai
objek.
Pada peringkat ini, bayi akan berasa puas sekiranya apabila mereka
berupaya untuk mengenakan sesuatu tindakan terhadap objek dan hal ini
menyebabkan mereka melakukan tindakan itu secara berulang kali. Hal ini
demikian kerana, pada peringkat ini, mereka mempelajari sesuatu melalui
4
tindakan ulangan dan masih tidak mempunyai kebolehan simbol. Oleh itu,
kanak-kanak tidak boleh menamakan objek-objek di sekelilingnya. Selain itu,
mereka juga menunjukkan permulaan pemikiran logik di mana aktiviti fizikal
mereka mula mempunyai matlamat-matlamat yang mudah.
Namun, pada akhir peringkat sensori motor ini, kira-kira berumur 10
bulan, bayi itu akan mencapai tahap pengekalan objek iaitu kebolehan untuk
menggambarkan objek di dalam memori. Bayi mula mengetahui bahawa
benda-benda itu mempunyai sifat kekal walaupun hilang dari penglihatannya.
Maka, pada ketika ini, pembelajaran adalah lebih terancang dan tidak lagi
melalui tindakan ulangan kerana kanak-kanak boleh memikirkan sesuatu dan
merancang tidak balasnya dengan memikirkan tentang objek dan melalui
pengalaman.
2.2 PERINGKAT PRAOPERASI
Peringkat yang kedua ialah peringkat praoperasi iaitu bagi kanak-kanak yang
berumur 2 hingga 7 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh
menggambarkan dan merancang pergerakan dengan menggunakan minda
mereka untuk membentuk skema dan perkembangan berlaku apabila kanak-
kanak dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental. Simbol yang digunakan
termasuklah bahasa, isyarat, dan gambar bagi menyatakan sesuatu konsep
ataupun untuk mewakili kefahamannya tentang dunia. Apabila mencapai umur
4 tahun, kanak-kanak boleh bertutur dengan fasih contohnya mereka boleh
menyebut “susu” yang merujuk kepada permintaan susu dan ini menunjukkan
pemikiran simboliknya semakin nyata. Kanak-kanak sudah boleh mengaitkan
perkataan dengan objek-objek di sekelilingnya dan keupayaan ini
menunjukkan bahawa mereka mempunyai kesediaan untuk berbahasa.
Melalui bahasa yang dikuasainya itu, jelaslah bahawa perkembangan
kognitifnya kian menjadi pesat dan telah memasuki satu dimensi baharu. Oleh
itu, mereka lebih gemar menggunakan kemahiran bertutur untuk
berkomunikasi dengan ibu bapa, rakan-rakan dan juga guru-guru. Pada
peringkat praoperasi ini, pemikiran kanak-kanak adalah melalui pemikiran
5
intuitif yang menggunakan penaakulan primitif iaitu pemahaman kanak-kanak
mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata.
Justeru, mereka mempunyai sikap inkuiri yang tinggi, suka bertanya dan
bercakap.
Seterusnya, menurut Jean Piaget, pada peringkat ini juga, kanak-
kanak menganggap pandangan dan pengalaman orang lain adalah serupa
dengan mereka kerana pemikiran mereka bersifat egosentrik. Sebagai contoh,
seorang kanak-kanak yang suka melihat kartun “Upin & Ipin” beranggapan
orang lain juga mempunyai minat yang sama dengannya. Selain itu, mereka
mula berupaya memberi sebab dan alasan untuk menyokong kepercayaan
mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami
konsep keabadian bilangan.
2.3 PERINGKAT OPERASI KONKRIT
Perkembangan kognitif yang seterusnya ialah peringkat operasi konkrit.
Menurut Mok Soon Sang (2001), tahap ini berlaku semasa kanak-kanak
berumur 7 hingga 11 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak telah mula
berkemampuan berfikir secara logik tetapi hanya berjaya melakukan
kebolehan ini dalam keadaan konkrit atau dengan erti kata yang lebih mudah
menggunakan objek yang wujud. Jika dipersembahkan dalam bentuk abstrak,
kanak-kanak masih mengalami kekeliruan.
Satu sifat yang ada pada kanak-kanak pada peringkat ini adalah
memahami konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu
mengalami perubahan yang ketara. Mereka sudah pandai melakukan operasi
konkrit dan menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri seperti lebih besar,
lebih kecil, lebih tinggi dan sebagainya. Selain itu, mereka tahu sesuatu
perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang
lain. Manakala, proses kebalikan dapat dicapai apabila kanak-kanak boleh
mengulang proses yang berlaku kepada keadaan asal semula. Hal ini demikian
kerana, menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh
memahami prinsip asas konsep pengekalan.
6
Proses seriasi dan klasifikasi ialah dua aspek perkembangan kognitif
yang diperlihatkan pada peringkat akhir operasi konkrit yang mana ia
menunjukkan kanak-kanak berkemampuan untuk mengaplikasikan
penaakulan logik dalam proses penyelesaian masalah. Sebagai contoh,
mereka dapat membuat pengelasan mengikut ciri, warna, saiz dan bentuk
sesuatu objek. Jean Piaget turut menyatakan bahawa gaya pemikiran kanak-
kanak pada peringkat ini telah berubah secara beransur daripada pemikiran
egosentrik kepada pemikiran objektif.
2.4 PERINGKAT OPERASI FORMAL
Peringkat perkembangan kognitif Jean Piaget yang terakhir ialah peringkat
operasi formal. Peringkat ini adalah bagi kanak-kanak berumur 12 tahun dan
berterusan hinggalah ke umur dewasa. Untuk mencapai peringkat operasi
formal ini, salah satu ciri utama seorang kanak-kanak atau remaja adalah
dengan berfikir secara logik dan saintifik. Hal ini termasuklah pemikiran atau
kemungkinan yang abstrak, perkara yang berkaitan dengan masa hadapan
dan boleh membuat hipotesis. Sebagai contoh, penaakulan mengenai “apa
yang mungkin berlaku?”, penaakulan ini perlu digunakan oleh kanak-kanak
untuk mentafsirkan sesuatu permasalahan.
Remaja pada peringkat operasi formal mempunyai kebolehan
penaakulan secara abstrak misalnya dalam subjek Matematik, mereka boleh
menggunakan simbol abstrak seperti x bagi mewakili sesuatu nombor.
Malahan mereka juga sudah boleh menggunakan beraneka jenis strategi untuk
menyelesaikan sesuatu masalah walaupun masalah tersebut melibatkan
proses kognitif yang kompleks. Hal ini demikian kerana, remaja operasi formal
merupakan individu yang idealistik serta sistematik dalam menyelesaikan
masalah dan mereka boleh memikirkan beberapa idea secara serentak dan
membuat kombinasi secara logik.
7
Egosentrik remaja muncul pada peringkat ini namun ianya berbeza
dengan egosentrik pada peringkat praoperasi. Hal ini kerana, remaja pada
peringkat ini lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri, mereka
susah untuk menerima pendapat dan pandangan orang lain serta mempunyai
perasaan seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang lain.
3.0 RUMUSAN
Teori perkembangan kognitif Jean Piaget ini memberi impak dan kesan yang sangat besar
terhadap dunia pendidikan serta terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
contoh, untuk mengajar kanak-kanak yang berumur 2 hingga 7 tahun, guru perlulah
menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit misalnya gunakan batang aiskrim, batu
atau guli untuk mengajar kemahiran mengira kepada murid-murid. Selain itu, untuk murid-
murid berumur 7 hingga 11 tahun, guru mestilah memberi peluang kepada pelajar untuk
memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar dengan cara biarkan mereka mencuba
sendiri kemahiran yang dipelajari. Hal ini secara tidak langsung dapat membimbing kanak-
kanak untuk berfikir secara kreatif dan kritis.
Manakala, untuk murid-murid yang berumur 12 tahun ke atas, para guru hendaklah
menggunakan bahan yang konkrit untuk mengillustrasikan konsep yang lebih kompleks
misalnya penggunaan carta, rajah, model 3D dan sebagainya. Seterusnya, guru-guru juga
boleh kemukakan konsep yang luas dan tidak terikat dengan fakta-fakta sahaja dan biarkan
pelajar meneroka sendiri konsep tersebut. Kemudian, guru hendaklah menerima pendapat
pelajar dan turut membimbing pelajar untuk menerima pendapat orang lain.
Kesimpulannya, teori perkembangan kognitif Jean Piaget dapat memberi banyak
kepentingan kepada seorang guru dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan di
Malaysia sekiranya teori ini dikuasai dengan betul. Sebagai contoh, guru dapat memberikan
galakan dan sokongan kepada murid untuk mengembangkan kreativiti mereka melalui aktiviti
melukis, bercerita dan muzik. Selanjutnya, guru juga dapat membuat intervensi untuk
mengatasi masalah pembelajaran murid-murid berpandukan kepada teori perkembangan
kognitif tersebut.
8
Sebagai bakal guru, saya dapat menyatakan bahawa adalah sangat penting untuk kita
mempelajari dan memahami teori ini kerana ia dapat membantu kita merancang aktiviti-aktiviti
yang bersesuaian dengan minda kanak-kanak di sekolah. Hal ini bukan sahaja dapat
menyeronokkan murid-murid malahan mereka juga mendapat ilmu pengetahuan dengan
sebaiknya. Jelaslah di sini bahawa, dengan adanya pemahaman yang kukuh terhadap teori
perkembangan ini, maka sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.
9
RUJUKAN
Azizzi Yahaya & Zainuddin Abu Bakar. (2010). Teori -teori perkembangan. Jurnal Pendidikan, 12-30.
Fatimah Ibda. (2015). Perkembangan kognitif : Teori Jean Piaget. Jurnal Intelektualita, 27-37.
Maulana, A. (2019). Teori-teori pembelajaran : Teori Jean Piaget. Jurnal Pendidikan, 123-135.
Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan kanak-kanak. Penerbitan Multimedia.
Shahirah Nazirah. (2017). Teori perkembangan kanak-kanak Jean Piaget. Academia.edu:
https://www.academia.edu/43265767/TEORI_PERKEMBANGAN_KANAK_KANAK_JEAN_PIAG
ET
Siti Aisyah Mu'min. (2013). Teori perkembangan kognitif Jean Piaget. Jurnal Al-Ta'dib, 89-99.
Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan kanak-kanak edisi
kedua. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
10