HENTIKAN BULI
Unit Bimbingan Kaunseling SK Seksyen 17, Shah Alam
APA ITUBULI?
Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-3 , buli didefinasikan sebagai
suatu perbuatan mendera dan mempermainkan seseorang agar dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
" Bullying is a horrible thing. It sticks with you
forever. It poisons you. Only if you let it "
Heather Brewer
Buli juga dapat ditakrifkan sebagai perbuatan negatif yang dilakukan
oleh seseorang yang kuat kepada seseorang yang lemah secara
berulang kali ( Noran Fauziah,2006)
Perbuatan buli bukan sahaja memberi kesan keatas fizikal seseorang
tetapi ianya juga memberi kesan keatas kesihatan emosi dan mental
seseorang dalam jangka masa yang lama dan ianya akan
mengakibatkan kemurungan dan emosi.
Diterbitkan oleh : Unit Bimbingan Kaunseling SK Seksyen 17 , Shah Alam
PUNCA-PUNCA BULI
Menurut Hussien M dan Kamarudin K (1981) masalah utama seseorang pelajar terlibat
dalam kes buli adalah kerana masalah kewangan . Terdapat juga fakto-faktor lain yang
menyebabkan tercetusnya buli iaitu masalah keluarga, faktor maskuliniti, pengaruh
media massa, kelemahan pengurusan sekolah dan kurang kefahaman tentang masalah
berkaitan buli (Jamal Safri, 2010)
KONFLIK KELUARGA
Menurut Parsoan (1964), rumah merupakan pusat menghasilkan
peribadi manusia. Antara punca gejala tidak sihat adalah
berpunca dari keharmonian keluarga sendiri. Keperibadian ibu
bapa membentuk keperibadian anak-anak. Kekurangan kasih
sayang dah perhatian di rumah juga menjadikan anak-anak
melepaskan tekanan dengan membuli pelajar lain .
PENGARUH TELEVISYEN DAN MEDIA MASSA
Kamu adalah apa yang kamu tonton. Punca buli di kalangan
anak-anak kita sekarang adalah disebabkan oleh pengaruh
televisyen dan media massa . Filem-filem yang banyak
memaparkan aspek keganasan meningkatkan lagi gejala buli ini
akibat ingin meniru aksi yang mereka tonton tanpa tahu baik
dan buruk perbuatan tersebut.
KELEMAHAN PENGURUSAN SEKOLAH
Kelemahan pengurusan sekolah dalam mengekang gejala buli juga
menjadi satu punca berlakunya buli di sekolah. Manakala jika buli
siber berlaku adalah kesan daripada tiada pemantauan dari ibu
bapa ketika penggunaan gajet pada masa kini
KURANG PENGETAHUAN MENGENAI GEJALA BULI
Kurangnya pendedahan mengenai gejala buli ini dan kesannya
mnyebabkan ianya terus berlaku di kalangan anak-anak kita sekarang.
Pembuli terus membuli dan mangsa buli tidak mengambil tindakan
sepatutnya akibat kefahaman yang rendah mengenai gejala ini,
Diterbitkan oleh : Unit Bimbingan Kaunseling SK Seksyen 17 , Shah Alam
JENIS-JENISBULI?
BULI FIZIKAL
Melibatkan perbuatan fizikal seperti memukul,
mencuri, menyepak, menyembunyikan atau
merosskksn harta benda orang lain atau memaksa
mangsa melakukan sesuatu yang tidak diingini. Buli
fizikal boleh melibatkan kecederaan atau kematian
jika tidak dikawal dengan segera
BULI LISAN
Buli lisan kebiasaannya melibatkan ejekan,
cemuhan, mengusik dan meghina mangsa. Buli ini
adalah buli yang sering terjadi di sekolah
BULI MENTAL
Juga dikenali sebagai buli psikologi. Buli seperti ini
juga berkaitan hubungan dan serangan dari sudut
psikologi seperti penyebaran fitnah, pemulauan dan
pengasingan. Isyarat badan seperti mencebik, senyum
sinis dan menjeling juga dianggap salah satu bentuk
buli mental
BULI SIBER
Buli siber melibatkan pengunaan teknologi yang
disalahguna untuk menyebarkan maklumat palsau dan
menjatuhkan maruah mangsa, Contoh buli siber adalah
menghantar mesej ugutan dan oenyebaran fitnah melalui
laman sosial
Diterbitkan oleh : Unit Bimbingan Kaunseling SK Seksyen 17 , Shah Alam
MLAENNGAKNAGHA-NLIAGNEGJKAALHA UBNUTULKI?SUMBER :PANDUANPENGURUSANBULIDISEKOLAH(2005))
MENGADAKAN KEMPEN KESEDARAN DAN
AMARAN DARI HAL GEJALA BERKALA
Mengadakan pelbagai kempen di sekolah ,
media massa, media sosial tentang gejala
buli dan mewujudkan kesedaran sosial
kepada masyarakat tentang bahaya gejala
buli di dalam masyarakat
MEWUJUDKAN PETI ADUAN DISIPLIN DI
SEKOLAH ATAU ASRAMA
Mewujudkan peti aduan disiplin di sekolah
atau asrama khusus untuk aduan kes-kes
buli bagi memudahkan mangsa buli atau
sesiapa mebuat aduan kepada pihak
berkenaan
USAHA MENYIASAT KEJADIAN SEGERA PERANAN IBU BAPA, GURU DAN PIHAK
SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG SEKOLAH
ADUAN
ibu bapa juga berperanan memberi
Tidak mengambil remeh sebarang aduan pendedahan kepada anak-anak mengenai
yang dibuat untuk mengelakkan sebarang gejala buli dan sentiasa mengingatkan
kejadian buruk berlaku. Siasat setiap aduan anak -anak agar tidak terlibat dengan
yang dibuat sehingga pasti ianya bukan kes gejala ini samaada sebagai pembuli atau
buli . Pastikan setiap aduan pelajar mahu pun mangsa buli dan sentiasa berhubung
magsa buli diambil serius. dengan guru dan pihak sekolah sekirang
mengesyaki anak-anak terlibat dengan
gejala buli
Diterbitkan oleh : Unit Bimbingan Kaunseling SK Seksyen 17 , Shah Alam
KESAN -KESANBULI?
Gejala buli semestinya akan memberi kesan yang buruk terhadap mangsa buli,
pembuli dan juga orang di sekeliling terutamanya keluarga. Jadi apakah kesan-
kesan gejala buli ini ? Ianya terbahagi kepada dua iaitu kesan luaran dan kesan
dalaman.
KURANG KEYAKINAN DIRI
Mangsa buli selalunya akan mengalami masalah kurang
keyakinan diri akibat selalu diperlakukan sesuka hati oleh
mereka yang membuli.
SENTIASA MERASA MURUNG, CEMAS DAN KETAKUTAN
Mangsa buli biasanya akan menjadi seorang yang pemurung, resah dan
cemas akibat ketakutan terhadap pembuli. Mereka sentiasa mempunya
perasaan takut sekiranya pembuli akan membuli mereka pada bila-bila
masa sahaja. Takut untuk ke sekolah dan berjumpa orang lain
KEINGINAN UNTUK MEMBUNUH DIRI ATAU CUBAAN MEMBUNUH DIRI
Kesan yang paling teruk adalah ke atas kesihatan mental mangsa buli adalah
apabila mereka tidak tahan dibuli adalah mengambil keputusan untuk membunuh
diri atau cubaan membunuh diri sebagai salah satu jalan pintas untuk
mengelakkan diri daripada dibuli.
KURANG SELERA MAKAN, TURUN BERAT BADAN, TIDAK
BOLEH TIDUR DAN MENJADI PENDENDAM
Kesan psikologi dan fizikal yang ketara kepada mangsa buli adalah hilang
selera makan yang mengakibatkan penurunan berat badan, sukar untuk
tidur dan adakala nya mangsa buli akan menjadi seorang pendendam
MENYEBABKAN KECEDERAAN FIZIKAL DAN KEMATIAN
Kesan kepada buli mental dan fizikal pastinya boleh menyebabkan kematian kepada
mangsa buli akibat kecederaan fizikal yang teruk.Terdapat banyak kes kematiaan
akibat buli fizikal pada masa kini yang mengakibatkan kecederaan dalaman dan
mengakibatkan kematiaan
Diterbitkan oleh : Unit Bimbingan Kaunseling SK Seksyen 17 , Shah Alam
Unit Bimbingan Kaunseling SK Seksyen 17, Shah Alam