The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 826-6-fathil, 2022-03-27 08:31:40

2021242310070-Muhammad Fathil-PB1-X2

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Keywords: BMMB1104 EBOOK

SOALAN TUGASAN
TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya
yang ingin dikongsi Bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan
gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan
dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book
dengan menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan
akal budi dalam sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang
merangkumi tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan
sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.

I

PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM WBT.
Pertama sekali,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada puan pensyarah iaitu Dr
Hasnah binti Awang sebagai pensyarah subjek BMMB1104 untuk unit X2. Seterusnya, puan
pensyarah juga banyak menunjuk ajar dan membimbing saya dalam membuat tugasan ini.
Terima kasih juga kerana tidak pernah jemu meluahkan ilmu kepada pelajar-pelajar dibawah
bimbingan puan pensyarah. Sejujurnya, saya gembira dan bersyukur kerana diizinkan untuk
menimba ilmu dengan puan pensyarah. Dengan tulus ikhlasnya, saya akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan dalam subjek ini.
Di samping itu, tidak dilupakan juga kepada ibu bapa saya yang mana mereka sentiasa
memberi sokongan dan memahami perasaan saya. Selain itu, rakan-rakan tersayang yang
banyak membantu saya dalam memberikan idea-idea yang bernas. Semoga ikatan
persahabatan ini dapat berkekalan hingga akhir hayat.
Alhamdulillah, dengan rasa syukur dan bangganya, saya dapat menyelesaikan tugasan ini
tanpa rasa berputus asa walaupun bermacam-macam tugasan lain yang perlu saya selesaikan.
Semoga dengan hasilnya penulisan ini dapat memberikan manfaat kepada semua orang. Yang
baik itu datang daripada Allah S.W.T dan yang kurang itu datang daripada kelemahan saya
sendiri…Wassalam

II

ISI KANDUNGAN

SOALAN TUGASAN..............................................................................................................................I
PENGHARGAAN...................................................................................................................................II
ISI KANDUNGAN..................................................................................................................................III
PENDAHULUAN.................................................................................................................................. 1
JENIS-JENIS KESUSASTERAAN........................................................................................................2

- PROSA........................................................................................................................................2
- PUISI............................................................................................................................................2
PROSA TRADISIONAL........................................................................................................................3
- SASTERA RAKYAT (LISAN).......................................................................................................3
- SASTERA ISTANA (TULISAN)....................................................................................................3
PROSA MODEN..................................................................................................................................4
- CERPEN.....................................................................................................................................4
- NOVEL........................................................................................................................................4
- DRAMA........................................................................................................................................4
PUISI TRADISIONAL............................................................................................................................5
- PANTUN.......................................................................................................................................5
- SYAIR...........................................................................................................................................6
- SELOKA.......................................................................................................................................7
- GURINDAM...................................................................................................................................8
PUISI MODEN.......................................................................................................................................9
- SAJAK...........................................................................................................................................9
FUNGSI KESUSASTERAAN...............................................................................................10
- HIBURAN....................................................................................................................11
- PENDIDIKAN/PENGAJARAN........................................................................................12
- DAKWAH....................................................................................................................13
- KRITIKAN SOSIAL......................................................................................................14
MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA PUISI TRADISIONAL.....15
- PANTUN.....................................................................................................................16
- SYAIR.........................................................................................................................17
- SELOKA.....................................................................................................................18
- GURINDAM.................................................................................................................19
RUJUKAN..........................................................................................................................20

III

Ipoh City, Friday, March 28 2022 E BOOK SASTERA

Pendahuluan

Dalam meniti arus kemodenan ini, teknologi yang semakin
berkembang di seluruh dunia telah menyebabkan peninggalan karya
atau hasil-hasil seni orang Melayu terdahulu telah dilupakan. Karya
kesusasteraan yang ditulis oleh para-para sarjana sudah tidak dianggap
penting lagi. Oleh itu, kesusasteraan membawa maksud ciptaan seni
atau hasil karya yang dibuat oleh orang Melayu.

Namun, menurut Atoh et al. (2020), kesusasteraan merupakan
pancaran pemikiran yang dihasilakn oleh sesuatu bangsa sama ada
dalam bentuk lisan atau bertulis. Berdasarkan pernyataan tersebut,
terdapat pelbagai jenis bangsa yang menghasilkan karya-karya seni
terutamanya orang Melayu untuk menggambarkan keadaan bangsa itu
sendiri.

Selain itu, perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan
Sanskrit iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah (Siti
Hajar, 2011). Awalan su dalam perkataan susasteraan bermaksud baik
atau indah manakala sastera pula ditakrifkan sebagai sarana atau alat
membawa kepada pengajaran. Oleh yang demikian, apabila kedua-dua
perkataan tersebut disekalikan, maka ia memberi makna pengajaran
dengan cara yang indah. Justeru itu, kesusasteraan ini sangat digemari
oleh bangsa Melayu tradisional kerana bahasa-bahasanya dapat
menenangkan jiwa dan fikiran yang serabut.

1

KESUSASTERAAN

jenis-jenisnya termasuklah

1) PROSA

iaitu

Moden dan
Tradisional

2) PUISI

iaitu

Moden dan
Tradisional

2

PPRROOSSAA
TTRRAADDIISSIIOONNAALL

MAKSUD JENIS-JENIS

Menurut Lafamenia, F. (2020), prosa adalah Dalam prosa tradisional ini
sebuah karya sastera yang bentuk tulisannya terdapat dua jenis sastera iaitu
bebas dan tidak terikat dengan berbagai aturan
seperti rima, diksi, irama dan lain-lainnya. Prosa SASTERA RAKYAT dan
tradisional adalah sastera yang bersifat turun- SASTERA ISTANA
temurun iaitu dari pertama kali dihasilkan
sehinggalah sekarang ini.

SASTERA RAKYAT (LISAN)

Dalam prosa tradisional ini terdapat sastera rakyat yang mula-mula
disampaikan secara lisan disebabkan belum adanya bentuk tulisan
(Felta F., 2021). Dalam sastera rakyat ini terdapat ciri-cirinya iaitu ia
disebarkan secara lisan yang bermaksud ungkapan dari mulut ke
mulut. Selain itu, sastera rakyat ini adalah hak semua masyarakat
pada ketika itu dan bukannya terhad kepada orang yang
menghasilkannya sahaja. Ini menunjukkan bahawa masyarakat
dahulu bersikap lebih terbuka untuk berkongsi ilmu atau idea
sendiri.

JENIS SASTERA RAKYAT

Sastera rakyat terbahagi kepada dua iaitu naratif dan
bukan naratif. Naratif merujuk kepada sesebuah
peristiwa atau pengalaman yang pernah dialami. Bukan
naratif pula bermaksud berdasarkan lebih kepada
sesuatu fakta.

Antara contohSsAaSstTeEraRAnaIrSaTtifAaNdAal(aThUleLgISeAndNa), cerita dan

mitos manakala contoh sastera bukan naratif pula seperti
puisi rakyat.

SASTERA ISTANA (TULISAN)

Sastera tulisan berkembang buat pertama kalinya
dalam istana. oleh itu, dalam sastera istana ini
terdapat pelbagai jenis sastera iaitu termasuklah
sastera undang-undang, sastera epik, sastera
panji, sastera agama.

3

PROSA MODEN

Prosa moden adalah cipataan sastera yang terbaharu daripada prosa
tradisional. Prosa moden dianggarkan wujud selepas tahun 1800 Masihi. Kualiti
penulisan sastera tersebut adalah lebih tingi nilainya kerana pengarang-
pengarang yang wujud pada ketika itu adalah lebih mahir.


CERPEN NOVEL DRAMADalam prosa moden ini terdapat tiga jenis iaitu
, dam

01 Cerpen merupakan prosa moden yang bermaksud ringkasan daripada cerita
CERPEN pendek yang kebiasaannya disampaikan melalui gambaran perasaan, serta
pengalaman seseorang.

Dalam pada itu, cerpen ini membawa suatu cerita dengan satu tema sahaja
tetapi mempunyai pelbagai watak yang menjadi pendukung kepada watak
utama.

Menurut Anggraini, D. (2020), untuk menambahkan tarikan pembaca, cerpen
harus melahirkan suatu kreasi yang indah dan berusaha menyalurkan
keperluan keindahan manusia dan dengan saya kreativitas pula cerpen dicipta.

Cara penulisannya adalah sama seperti cerpen dan di dalam novel ini 02
terkandung sebahagian daripada kehidupan seseorang sama ada kehidupan

penulis ataupun orang lain.
.

Tambahan itu, terdapat beberapa corak yang terkandung dalam sesebuah
novel antaranya bercorakkan kemasyarakatan dan semangat kebangsaan

dalam menentang musuh dari luar.


NOVEL
Menurut Shahnon Ahmad (1974), novel merupakan satu bentuk pentafsiran

rencam hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera cereka.

03 Suatu karya sastera yang dipersembahkan melalui tingkah laku dan dialog.
DRAMA
Dalam kata lain, drama ialah naskhah lakon kerana merupakan hasil seni
sastera yang ungkapannya wujud falam teater (Riantiarno, 2011).

Antara ciri dialog termasuklah naskhah atau skrip itu dalam bentuk dialog bagi
memudahkan proses lakonan berlaku.

Menurut Aryanto dan Widiyono (2021), ragam bahasa yang dipakai dalam
dialog tokoh-tokoh deama merupakan bahasa lisa yang komunikatif dengan
disertai ekspresi wajah, gerakan, muzik dan sebagainya.

4

PUISI Puisi tradisional ini adalah sastera yang terawal yang digunakan oleh semua
TRADISIONAL bangsa di dunia.

Antara contoh bangsa yang menggunakan puisi ini termasuklah Hindu, Arab dan
juga Melayu.

Menurut Saludin (2013), puisi-pusi telah menampakkan perkembangan-
perkembangan dan liku-liku sejarah peradaban kehidupan masyarakat yang
melahirkannya, lingkaran pengaruh disekeliling, 'world view' masyarakat yang
mengucapkannya dan kekreatifan masyarakatnya.

Dalam hal ini, puisi digunakan dalam kehidupan manusia yang bertujuan untuk
bergurau, berhibur dan semuanya kekal sehingga ke hari ini.

Antara contoh puisi tradisional termasuklah PANTUN, SYAIR, GURINDAM dan
SELOKA.

ngena Pantun dikuasai oleh masyarakat Melayu dengan begitu baik, lancar serta mahir
menggunakannya.

Pe lan Menurut Zakaria et all. (2017), terdapat banyak pantun yang terakam di
dalamnya tunjuk ajar atau nasihat dan berkaitan cara hidup beragama,
1) PANTUN bermasyarakat dan berkeluarga.

Oleh itu, masyarakat boleh mempelajarinya supaya lebih mengetahui tentang kehidupan
yang dapat memberikan ketenangan.

iri-cir Terdapat banyak jenis rangkap iaitu dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap serta
pantun yang berkait.
C
Jenis pantun yang digemari ramai adalah pantun dua kerat dan empat kerat kerana ia lebih mudah untuk difahami.

i
Hampir kesemua pantun mempunyai pembayang dan maksud contohnya dalam pantun empat kerat, dua baris pertama
dipanggil pembayang dan dua baris terakhir pula dipanggil maksud.

Di samping itu, dalam pantun tersebut perlulah mempunyai rima akhir yang sama atau berpasangan contohnya
berbentuk 'a', 'b', 'a', 'b'.

Bilangan perkataan dalam setiap baris tidaklah terlalu panjang iaitu empat hingga enam patah perkataan iaitu lapan hingga
dua belas suku kata.

Anak Cina menjual kayu,

Contoh pantun empat rangkap Amoi cantik menjual kain,
Bagaimana bunga tak layu,

Embun menitik di tempat lain.

5

2) SYAIR Puisi syair ini dicipta oleh orang Parsi Islam dan telah tersebar sehingga sampai
kepada orang Melayu.
Syair ini diperdengarkan dalam bentuk lagu iaitu mempunyai irama yang
tersendiri.
menurut Rachmat (2005), tema syair beragam bentuknya seperti bertema
kepahlawanan, sosial, sejarah, keteladanan dan lain-lain, salah satunya ialah
syair bertema romantik.

Ciri-ciri Banyak syair yang bersifat menceritakan sesuatu.

Syair mempunyai empat baris dalam satu rangkap seperti pantun
namun ada juga bezanya.

Menurut Nikmah (2001), syair adalahsalah satu jenis puisi Melayu lama yang
terdiri atas empat larik dan berirama 'a', 'a', 'a', 'a', setiap bait terdiri daripada
empat larik iaitu atas sembilan dan sepuluh suku kata.

Berdasarkan maklumat tersebut, jumlah suku kata adalah sama
seperti pantun tetapi rima akhirnya adalah berbeza.

Sementera itu, syair tidak mempunyai pembayang kerana ia disampaikan
dalam bentuk penceritaan dan mempunyai nada berlagu.

Contoh syair terdiri daripada dua bentuk iaitu bentuk Cerita dan
Bukan Cerita.

Syair dalam bentuk bukan cerita : (BAHAYA FITNAH)

Sejarah Melayu teladan utama, Ingatlah manusia akan fitnah,
Bahaya menfitnah sudah menjelma, Banyak negara sudah musnah,
Si Kitol, Mendeliar turut sama, Ingat diri dari tanah,
Difitnah Bendahara busuklah nama. Banyak fitnah umpama nanah.

Contoh Puteri Mahsuri menjadi legenda, Sejarah tidak menipu kita,
Syair Akibat fitnah datang melanda, Peganglah janji pada kata,
Menagih simpati berkocak dada, Supaya tidak hidup melata,
Darah putih menjadilah tanda. Jalanlah tinggi menjadi rata.

Sejarah lama berulang kembali, Fitnah tidak diluput masa,
Lupa manusia akibat lali, Bertakhta dalam jiwa yang sasa,
Ketinggian budi sudah dibeli, Berwaspada beringat jaga sentiasa,
Menggadai maruah bukan sekali. Agar tidaklah musnah bangsa,

6 Your NFP Name
SDG Progress Report 2020

3) SELOKA

Seloka juga sama seperti syair iaitu disampaikan secara berlagu kepada masyarakat.

Namun intipatinya adalah berbeza yang mana seloka ini mempunyai mesej yang agak
mendalam dan menyebabkan sesebuah masyarakat terasa hati.

Ini dapat diertikan bahawa terdapat unsur kritikan, sindiran dan ejekan dalam seloka yang
disampaikan itu.

CIRI-CIRI SELOKA

Seloka tidak mempunyai struktur atau bentuk khas seperti puisi pantun dan syair.

Ia adalah berbentuk bebas yang tiadak ada persamaan bunyi dalam sesebuah
rangkap.

Ini dapat dibuktikan melalui kajian Zaba (1976) iaitu seloka ialah karangan berangkap
yang mepunyai pertentangan bunyi hujung atau rima yang tidak tetap.

Seloka ini juga lebihkan kepada pepatah, perumpamaan atau bidalan yang
juga ingin memberikan nasihat dan juga kesan kepada jiwa masyarakat

Namun, sesebuah seloka mempunyai had bilangan barisnya dan rangkap seloka pula
adalah tidak menentu bilangan barisnya.

CONTOH SELOKA

SI LUNCAI

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan … Ada belajar kepalang ajar,

Ada rumah tidak dijaga, Ada mengaji tiada mengkaji,

Ada anak tidak dilatih, Ada mata tiada kuasa,

Ada ternakan tidak dibela, Ada kuat tiada buat,

Ada kebun tidak ditanam, Biarkan, biarkan ...!

Ada cerdik tidak selidik, Si Luncai terjun dengan labu-labunya.

7

4) GURINDAM

Gurindam adalah puisi tradisional yang yang diperkenalkan buat pertama kali oleh Raja Ali Haji
Gurindam disampaikan dalam keadaan serius untuk memberi penekanan terhadap masyarakat.
Namun, penggunaan bahasanya adalah riang dan gembira iaitu suatu nyanyian atau irama.

CIRI-CIRI CONTOH
GURINDAM

Terdapat gurindam yang terdiri daripada dua Jika kerja tidak amanah,
baris dalam setiap rangkap Rezeki banyak hidup musnah.

Bilangan rangkap boleh dicipta Jika kerja sambil lewa,
sehingga lengkap idea atau Hilang seri hilang ketawa.
pesanan yang ingin disampaikan.
Jika kerja tiada jujur,
Rima akhir setiap rangkap adalah 'a', 'a' dan Jalan hidup tiada lajur.
terdapat tiga hingga enam patah perkataan.
Jika kerja pentingkan diri,
Suku kata pula hanya lapan hingga Rugi hidup diri sendiri.
dua belas sahaja.
Jika kerja mencuri masa,
ini bermakna, rangkap gurindam adalah Akhirat nanti kita merasa.
paling pendek berbanding puisi-puisi lain
selain pantun dua kerat. Jika kerja tipu waktu,
Hidup serabut jiwa menggerutu.
Kebiasaannya dalam rangkap
tersebut mempunyai baris yang Jika kerja sekadar bekerja,
mana baris pertama dipanggil Tiada jalan untuk berjaya.
syarat manakala baris kedua pula
dipanggil akibat.

Oleh itu, isi-isi di dalam rangkap tersebut
adalah bernas yang mana masyarakat dapat
mengambil pengajaran daripada gurindam
tersebut.

8

PUISI MODEN

Puisi moden ini ialah seni penulisan yang menggunakan kata-kata tersusun indah untuk
menyampaikan maksud-maksud tertentu.

Puisi moden ini menceritakan berkaitan isu-isu semasa sama ada politik, ekonomi ataupun sosial.

Ia berfungsi sebagai medium untuk memberi pengajaran dan pendidikan kepada masyarakat
supaya lebih kreatif dan berjiwa seni.

Antara contoh puisi moden ialah SAJAK sahaja,

iri-cir ngenalanSajak merupakan satu bentuk karya lama seperti puisi tradisional yang terdiri
daripada pantun, syair, seloka dan gurindam.
PeSAJAK
Dalam pada itu, sajak ini dipengaruhi oleh bentuk dan unsur pantun
dan puisi.

Menurut Ghazali dan Jabar (2021), apabila sajak dibaca dan dihayati, kesan
estetik sajak dapat dirasai malah cuba dberi tafsiran disebalik penggunaan
bahasa yang disampaikan oleh pengarang.

C Puisi moden ini berbentuk bebas serta tiada ciri khusus yang perlu diikuti.

i Contohnya, seperti suku kata baris itu serta pembentukan rima.

Selain itu, sajak juga tidak terikat pada jumlah baris, perkataan, rangkap, rima dan lain-lain.

Ungkapan kata-kata dan bahasa-bahasa dipengaruhi oleh unsur-unsur irama, lagu dan juga
kehamonian

Contoh sajak Bintang

Suatu malam aku duduk Tetapi kata ibu
itu tidak perlu
di halaman rumah ayah sudah ada bintang
begitu juga ibu
kulihat cantiknya bintang-bintang menghias rumah sudah bercahaya
begitu juga jiwa mereka
langit yang terbentang aku ingin terbang ke bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu.
sana membawa pulang bintang-bintang

tentu ibu gembira

tentu ayah bahagia

melihat rumah ini

penuh dengan cahaya. 9

FUNGSI
KESUSASTERAAN

PENGENALAN

Sejak zaman-berzaman, sastera terhasil daripada kesedaran dan
kemahuan pengarang atau masyarakat untuk berkongsi dan
menyebarkan pengetahuan dan ilmu serta perkara-perkara mengenai
sejarah kehidupan mereka.

Mereka menghasilakn sesuatu karya bukan secara suka-
suka tetapi ada makna yang tersirat dan boleh difahami
oleh orang-orang tertentu sahaja.
ini kerana, mereka telah mengkaji karya mereka itu melalui
pengalaman dan pembacaan supaya hasilnya adalah berkualiti dan
dapat menarik minat orang lain untuk membacanya.
Dengan keadaan sedemikian, muncullah beberapa fungsi
sastera yang telah dihasilkan dari aspek HIBURAN,
PENDIDIKAN, DAKWAH dan SOSIAL.

10

1) HIBURAN

SANA SINI HIBURAN

HIBURAN ADALAH PENTING

Hampir seluruh jenis sastera mempunyai bentuk hiburan tetapi yang mebezakannya
adalah sedikit atau banyak hiburan tersebut.

dalam hal ini, hiburan adalah penting dalam sesuatu karya sastera kerana dengan
adanya hiburan akan membuatkan pembaca berasa lebi seronok dan terhibur.

Tanpa hiburan, sesuatu karya sastera dikatakan tidak indah sekaligus boleh
menyebabkan rasa bosan di kalangan para pembaca.

HIBURAN ADALAH LUCU

Menurut Harits et al. (2017), usaha hiburan merupakan setiap usaha komersial yang ruang 11
lingkup kegiatannya dimaksudkan untuk memberikan kesegaran rohani dan jasmani.

Berdasarkan pernyataan ini, emosi seseorang yang mendengar atau membaca karya
tersebut akan stabil kerana kata-kata yang diungkapkan adalah lucu, lembut dan
tersusun.

Dalam pada itu, antara contoh karya yang banyak menggunakan aspek hiburan adalah
cerita Pak Kaduk.

HIBURAN ADALAH PAK KADUK

Cerita Pak Kaduk in menunjukkan sikap lurus bendul dalam setiap tindakannya sehingga
kesemua peristiwa tersebut membawa mesej hiburan kepada pembacanya

Di samping itu, menurut Rontie et al. (2021), hiburan yang dipersembahkan itu pasti
menyelitkan didikan dan pengajaran kepada pendengar serta penonton yang sedang
menyaksikan persembahan tersebut.

oleh itu, jelaslah bahawa fungsi hiburan adalah penting kerana masyarakat akan
menerimanya sebagai medium untuk menghiburkan diri.

2)PENDIDIKAN/
PENGAJARAN

PENDIDIKAN MERUPAKAN ILMU

Sesebuah hasil karya itu membolehkan orang lain mendapat ilmu yang bermanfaat.

Begitu juga dengan pendidikan yang mana kesemua jenis karya mepunyai mesej yang
bermakna untuk disampaikan.

Menurut Nurohmah dan Shahid (2020), pendidikan berasal dari kata didik yang
bermaksud memelihara dan memberi latihan iaitu ajaran, tuntutan, pimpinan mengenai
akhlak dan kecerdasan fikiran.

PENDIDIKAN MEMBERI KESEDARAN

Berdasarkan ayat di atas, sesebuah karya boleh memberikan kesedaran atau pengajaran
kepada masyarakat supaya nilai-nilai baik tersebut dapat dicontohi dan diikuti.

Ini kerana, manusia bukanlah sebuah robot yang tiada perasaan dan jiwa untuk
mengambil sesuatu perkara sebagai pendidikan atau pengajaran.

Misalnya, kisah Arnab dan Kura-kura yang sangat terkenal dengan hiburan serta unsur-
unsur yang dapat mendidik masyarakat supaya sentiasa sedar diri..

PENGAJARAN MEMBINA PENGETAHUAN 12

Cerita tersebut mengisahkan Si Kura-kura dinobatkan sebagai pemenang dalam suatu
perlumbaan larian menentang Si Arnab kerana sikap arnab yang sangat leka dan terlalu
yakin untuk sehingga dia tertidur akibat kekenyangan.

Ini dapat dikatakan bahawa orang yang lemah bukannya pada peluang untuk berjaya
manakala orang yang kuat bukan sentiasa akan dsanjung

Dalam pada itu, karya tersebut dapat memberi pendidikan terutamanya kepada orang
yang sentiasa bangga diri dan pada masa yang sama memberi semangat kepada orang
yang lemah.

3) DAKWAH

DAKWAH JALAN TERBAIK

Dakwah adalah mengajak atau menyeru ke arah kebaikan.

Namun begitu, dakwah dikatakan sebagai proses untuk menyampai pesan suci dari
Tuhan kepada manusia tertentu yang dipanggil sebagai dakwah.

Oleh yang demikian, dalam sastera ini terutamanya berkaitan dengan Islam perlu ada
ciri-ciri yang jelas, realistik supaya dapat menyatukan metamorfasa roh manusia dalam
jangkauan trensendensi.

CONTOH DAKWAH

Sastera Islam telah dibangunkan oleh pengaruh dakwah untuk membuat perubahan
penting dalam kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.

Misalnya, sajak 'Peringatan Kepada Manusia' oleh Suhaimi Haji Muhammad yang
merupakan sastera Islam yang menyeru beriman kepada Allah S.W.T.

Selain itu, terdapat juga hikayat seperti Hikayat tentang Nabi Muhammad S.A.W. yang
menceritakan kemuliaan baginda disisi Allah S.W.T.

HEBATNYA DAKWAH 13

Melalui sajak tersebut, penyajak akan merenung semula akan kisah silam mereka yang
berlandaskan Islam atau tidak.

Ini adalah suatu dakwah yang mana membolehkan seseorang itu kembali kepada
kebaikan.

Menurut Tahang et al. (2019), dengan dakwah, ajaran Islam dapat tersebar secara
meluas dalam masyarakat yang mana dimulai pada zaman Rasulullah SAW, dilanjutkan
kepada para sahabat, selanjutnya kepada generasi sesudahnya sampai kita sekarang.

Oleh itu, sastera-sastera terdahulu akan mudah untuk berkembang dan tersebar ke

4) KRITIKAN
SOSIAL

KRITIKAN ADALAH BAGUS

Menurut Kamus Dewan (2015), kritikan adalah analisis, penilaian, ulasan terhadap
sesuatu karya sastera.
Dalam sebuah penghasilan karya, walaupun terdapat kata-kata mempertahankan atau
mengkritik mengenai sesuatu, namun karya tersebut disampaikan dengan lontaran
bahasa yang baik dan kreatif.
Ini bertujuan kerana terdapat pelbagai jenis masyarakat yang mana latar belakang
kehidupan adalah tidak sama.

KRITIKAN ADALAH SEIMBANG

Misalnya, dalam novel Titis Darah Terakhir karya Adhyat Helmy telah menceritakan
berkaitan perjuangan hingga ke titisan yang terakhir untuk mempertahankan hak.
Berdasarkan ayat di atas, ia menyeru masyarakat untuk bersatu dalam melakukan
sesuatu tindakan dengan menyatakan dalam hasil karya sastera.
Oleh yang demikian, kritikan bukan hanya sekadar memuji-muji atau memburuk-burukan,
sebaliknya kritikan seharusnya seimbang kerana ia merupakan proses menambah baik
sesuatu karya (Sinar Online, 2017).

14

MANIFESTASI AKAL
BUDI MASYARAKAT
MELAYU DALAM KARYA
PUISI TRADISIONAL

PENGENALAN 100%

ASLI

Akal budi merujuk kepada tindakan atau tanggapan seseorang itu
terhadap keindahan dan kehalusan jiwa sesuatu perkara.

Menurut Hasimah (2014), akal budi bukan sahaja bermaksud
mempunyai akal secara lahiriah tetapi menggunakan akal ,
berfikiran waras, rasional dalam menuturkan bahasa dan bijak
mengungkap makna.

Berdasarkan ayat tersebut, seseorang itu dapat memahami maksud yang
tersirat dalam sesebuah kerya misalnya puisi, peribahasa dan lain-lain.

Penggunaan bahasa yang tersirat ini penting supaya orang lain
dapat berfikir dengan lebih mendalam terhadap sesuatu karya.

15

MANIFESTASI
PANTUN

Pantun dianalisis berkaitan isi kandungan dan falsafah pantun yang ingin
disampaikan oleh masyarakat terdahulu.

Ini kerana, peranan pantun adalah sebagai alat untuk mendapat gambaran
masyarakat seperti gambaran minda dam pemikiran masyarakat Melayu,
pandangan hidup, harapan dan cita-cita (A. Halim et al., 2011).

Oleh itu, salah satu contoh pantun adalah :

Kalau bertanak dengan menggulai,
Mengacau gulai pecah isinya,

Kalau gelak jangan mengilai,
Kalau mengilai rendah budinya.

Berdasarkan serangkap pantun di atas, ia menyampaikan beberapa
mesej kepada masyarakat berkaitan adab yang perlu dijaga dalam
kehidupan sehariaan.

Antaranya ialah sikap atau perilaku seseorang itu mestilah menjaga
batasan iaitu tidak ketawa dengan terlalu kuat sehingga suaranya di
anggap seperti mengilai.

Dalam pada itu, ketawa yang tidak beradab ini akan menimbulkan
perasaan tidak selesa terhadap orang sekeliling.

Selain itu, orang yang ketawa sehingga mengilai dikatakan rendah
budinya kerana harga dirinya dan maruah hilang daripada pandangan
masyarakat.

Kesimpulannya, kita perlu mengawal diri kita dan tidak mengikut hawa
nafsu semata-mata untuk memenuhi kehendak diri.

16

MANIFESTASI
SYAIR

Menganalisis sesuatu Menurut Ahmad Muzakki

karya yang disampaikan (2006) berpendapat

dalam bentuk penceritaan bahawa syair bererti

yang mana banyak berkait nyanyian, lantunan, atau

dengan kehidupan. melagukan.

Contoh Syair Wahai Muda, kenali dirimu,
Perahu Rangkap 2 Ialah perahu tamsil dirimu,
karya Hamzah Fansuri Tiadalah berapa lama hidupmu,
Ke akhirat jua kekal abadimu.

Berdasarkan rangkap syair tersebut, Sekiranya diri sendiri sudah kenal sudah
sudah jelas bahawa penyair menyuruh pun kenal, maka barulah kita akan
generasi sekarang membuka fikiran mengenal akan Allah yang mencipta kita.
dengan luas untuk mengenali diri
dengan lebih mendalam. Selain itu, penyair menganggap
kehidupan manusia ibarat perahu yang
Begitu juga dengan manusia yang mana mana banyak rintangan omban yang
banyak dugaan yang akan dihadapi dari perlu ditempuhi.
semasa ke semasa.

Dalam pada itu, kehidupan manusia di Akhir sekali, penyair juga mengatakan
dunia ini hanyalah sementara yang bahawa tempat yang abadi adalah di
mana yang mana sebagai tempat untuk akhirat iaitu dalam syurga Allah SWT.
untuk diuji yang mana manusia boleh tinggal buat
selamanya.

Oleh itu, persiapkanlah diri kita dengan mengenali maha pencipta kerana
khidupan dunia adalah sementara, abadi jualah kekal abadi

17

MANIFESTASI SELOKA

Menganalisis sesuatu karya yang mengandungi unsur jenaka, sindiran, gurauan dan
ejekan.

Menurut Ab Jabar (2019), kritikan dan sindiran ini amat tajam dan disampaikan
secara berlapik dan berkias dalam nada bergurau.

Seloka sesuai dengan sifat orang melayu yang lembut dan perlu ditegur secara
berlapik.

Contoh Seloka : Pak Pandir

Anak dipijak dagang dijinjing Buntut kena cangkuk onak,
Kucing dibunuh tikus dibela Gunting makan di hujung
Harta habis badan tergadai Pak pandir juga menanggung.
Mendengar gelagak dagang Apa didengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang Gelagak rambutan jantan:
Mendengar guruh dilangit Orang berbunga, dia berbunga
Air di tempayan dicurahkan Orang berbuah, dia haram
Mulut kena suap pisang Kilat memancar hujan tak jadi

Watak Pak Pandir adalah seorang lelaki yang bersifat sangat lurus bendul
dalam menjalani kehidupannya.

Berdasarkan petikan seloka tersebut iaitu 'Anak dipijak dagang dijinjing'
menunjukkan bahawa Pak Pandir terlalu melebihkan orang luar berbanding
ahli keluarga seperti anak-anak dan isteri.

Kebiasaannya, sifat tersebut ada dalam diri orang Melayu kerana sentiasa
bertolak ansur dan pada masa yang sama mereka tidak sedar bahawa diri
mereka sedang ditolak beransur-ansur.

dalam hal ini jelas menunjukkan bahawa di dalam jenaka tersebut
terdapat unsur sindiran untuk segenap masyarakat.

#SELOKA PAK PANDIR 18

Any City, Friday, May 21 2020 A BOOK REPORT

MANIFESTASI GURINDAM

Menganalisis berkaitan pengajaran, nasihat, kebenaran dan juga perasaan cinta
terhadap sesuatu perkara.

Menurut Hamzah dan Radzi (2021), gurindam sebagai sebuah puisi berirama
kerana kebergantungan kepada bunyi sebutan hujungnya dan juga berfungsi
sebagai bidalan.

CONTOH GURINDAM Barang siapa tiada memegang agama,
DUA BELAS PASAL sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
PERTAMA KARYA RAJA maka ia itulah orang ma'rifat
ALI HAJI Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang
bahari.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.

Berdasarkan gurindam tersebut iaitu "barang siapa tiada memegang
agama" menyatakan bahawa orang yang tidak mempunyai agama
menyebabkan kehidupannya tiada pegangan yang kukuh untuk
dijadikan panduan.

Namun, bagi orang yang ada agama tetapi tidak mengenali Allah,
kehidupannya juga akan sentiasa resah kerana hidupnya tidak diberkati
ilahi.

Selain itu, dalam gurindam tersebut terdapat baris ayat yang
menyatakan "barang siapa mengenal yang empat".

Dalam gal ini, maksud empat tersebut ialah syari'at, ma'rifat, tarikat
dan hakikat.

Keempat-empat itu adalah ilmu tasawuf yang mana semua manusia
perlu mempelajarinya supaya kehidupan lebih bermakna.

19

RUJUKAN

Ab Jabar, N. (2019). Keunggulan ikon membawa teladan dalam seloka
Melayu. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 7(1), 172-191.

A. Halim Ali, Mana Sikana & Mohd Rosli Saludin (2011). Prosiding Sastera
Membina Peradaban Bangsa. Budiman Malaysia.

Akhmad Muzzaki. (2006). Kesusastraan Arab (Pengantar Teori dan
Terapan).

Jogjakarta: AR-Ruzz Media.

Anggraini, D. (2020). Variasi tindak tutur dalam Cerpen ‘Pispot’ karya
Hamsad Rangkuti. Jubindo: Jurnal Ilmu Pendidikan Bahasa Dan Sastra
Indonesia, 5(2), 111-119.

Atoh, N., Ramli, S., Arifin, Z., & Idris, Z. (2020). Konsep puisi tradisional
antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu. SIBAWAYH
Arabic Language and Education, 1(1), 1-15.

Felta, F. (2021, June 2). Prosa (Suatu pengantar).
https://doi.org/10.31219/osf.io/2kuw

Ghazali, M. F., & Jabar, N. A. (2021). Gaya bahasa dalam

kepengarangan

puisi: Kajian perbandingan stilistik penerima SEA Write Award

Malaysia

(Usman Awang) dan Indonesia (Afrizal Malna). International Online

Journal

of Language, Communication, and Humanities, 4(1), 75-91.

Hamzah, N., & Radzi, S. B. M. (2021). Menyelusur hayat gurindam: satu
tinjauan definisi dari kaca mata sarjana [tracking the life of gurindam:

a
review of definitions from a scholar’s view] . AL-QIYAM International
Social Science and Humanities Journal, 4(1), 47-58.

HARITS, M, HIBURAN, T. Y. P. I. T., & YANG, M., (2017). Tinjuan yuridis
pemberian Izin Tempat Hiburan malam yg terjadi di kota palembang ,
Peraturan Daerah, Kota Palembang.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Lafamane, F. (2020, July 29). Karya sastra (puisi, prosa, drama).
https://doi.org/10.31219/osf.io/bp6eh.

Nikmah Sunarjo. (2001). Analisis struktural dan nilai budaya syair bertema
Sejarah. Jakarta: Pusat Bahasa Depdikbud.

20

Nor Hashimah Jalaluddin, Anida Sarudin & Zaharani Ahmad. 2012. Peluasan
makna alim: Analisis semantik kognitif. Gema Online™ Journal of
Language Studies, Volume 12 (2), 457-473.

Nurrohmah, M. R., & Syahid, A. (2020). Tujuan pendidikan perspektif al
Quran dan pendidikan barat. Attractive: Innovative Education Journal,
2(2), 34-44. doi: http://dx.doi.org/10.51278/aj.v2i2.48.

Pentingnya Kritikan Sastera. (2017, January 14). Sinar Online.
http://www.sinarharian.com.my/rencana/pentingnya-kritikan-sastera.

Rachmat Djoko Pradopo. (2005). Pengkajian puisi: Analisis Strata Norma
dan

Analisis Struktural dan Semiotik. Jogjakarta: Gajah Mada University
Press.

Riantiarno, N. (2011). Kitab Teater: Tanya jawab seputar seni pertunjukan.
PT

Gramedia Widiasarana Indonesia

ROMTIE, I., AMAT, A., & SAMAD, L. A. (2021). Nyanyian panton sebagai
medium hiburan dan pendidikan masyarakat cocos di sabah: Panton
Songs as an Entertainment and Education Medium for the Cocos
Community in Sabah. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa
(PPIB). https://doi.org/10.51200/manu.v0i0.1876\

Saludin, M. R. (2013). Puisi Melayu tradisional. Jurnal Peradaban Melayu,
8,

1-13.

Shahnon Ahmad (1987). Polemik sastera Islam-Kassim Ahmad, Shahnon
Ahmad. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abd. Aziz (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tahang, H., Wekke, I. S., & Fatimah, F. (2019, June 13). Dakwah
Muhammadiyah Melalui Lembaga Pendidikan.
https://doi.org/10.31227/osf.io/scjnq

Zakaria, N., Abdullah, A., Syed Zakaria, S. Z., Abdul Mutalib, M. H., Lambri,
A., Jamaldin, S. S., Sulaiman, M., & Derak, R. (2017). Akal budi dan
cerminan jati diri Melayu dalam pantun: Akal Budi and Reflection of
Malay Identity in Pantun. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal
(JSASS), 4(2), 89-97'

21


Click to View FlipBook Version