The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syza, 2022-07-09 04:23:50

JEJAK SEJARAH

JEJAK SEJARAH

JEJAK SEJARAH:

RENTAP PEJUANG
IBAN YANG PALING
DIGERUNI PENJAJAH
BROOKE

Rentap atau nama -ASAL USUL : SARAWAK
sebenarnya Libau anak

Ningkan, merupakan
seorang tokoh pahlawan -TAHUN LAHIR: 1800


Iban-Dayak dan
merupakan salah seorang -LIBAU YANG BERMAKSUD
wira Iban yang dikenali di PENGGONCANG DUNIA


Sarawak semasa
pemerintahan Raja Putih -MERUPAKAN PEMIMPIN
ORANG IBAN DI SUNGAI
atau nama sebenarnya SKRANG DAN SUNGAI SARIBAS
James Brooke.

Slogan Rentap atau turut
dikenali juga sebagai ‘Raja Darat’
yang paling terkenal dan sering
digunakan adalah ‘Agi idup, Agi

ngelaban’ yang membawa erti
‘Masih hidup, Masih tetap
berjuang’.

REN
TAPPerPiasddaa1l9amO
gdoase1r8a4h4SdkirKaanrga,nRgeanntap

bersama pasukannya buat pertama
kalinya bertempur dengan

pasukan James Brooke dan Kapten
Keppel.

Selepas usaha penentangan oleh Rentap di Beting Maru,

James Brooke telah membuat satu kubu di Nanga Skrang

dengan tujuan menyekat pergerakan orang-orang

Skrang ke arah Batang Lupar dan seterusnya keluar ke

KISAH DAN Laut China Selatan.



James Brooke membuat rancangan ini bertujuan untuk
menghalang kerjasama antara orang Skrang dengan

SUMBANGAN Linggir “Mali Lebu” dari Paku dan Aji Apai Limba dari
RENTAP
Padeh bagi mengamalkan aktiviti mengayau kepala

manusia.




Ia juga bertujuan untuk menyekat orang Skrang

daripada membeli barang keperluan seperti garam atau

menentang pemerintahan James Brooke di Sarawak pada

masa itu.

1. Pertempuran di Lintang Batang

Pada awal tahun 1853, beliau telah mengetuai pasukan orang Iban untuk

menyerang pasukan tentera James Brooke di kubu Nanga Skrang yang

diketuai oleh William Brereton. Maka, berlakulah pertempuran yang
sangat sengit di antara kedua-dua belah pihak di Lintang Batang.




Sbeemrnaasma apeLratyeamnpgutrealanhtemrseembbuut,nsue
hoAralanng lelaki pengikut Rentap yang
Lee dengan lembingnya dan

William Brereton telah melarikan diri dengan kecederaan parah.




Rentap dengan segera mengarahkan pasukannya pulang ke hulu Sungai

Skrang. Walau bagaimanapun, pengikut Brooke kemudiannya telah
memusnahkan dan membakar 20 buah rumah panjang yang menjadi

tempat kediaman bagi pengikut Rentap.

2. Membina Kubu Pertahanan Di Sungai Lang

Dengan itu, Rentap telah mengambil keputusan untuk berundur dan membina
kubu pertahanan di Sungai Lang, di hulu Sungai Skrang. Semasa mempertahankan

kubu tersebut, pasukan Rentap telah melaung-laungkan semangat perjuangan
mereka yang kental menggunakan “Agi Bedarah, Agi Ngelaban” yang membawa

erti “Selagi masih berdarah, Selagi itu tetap menentang” dan “Agi Idup, Agi
Ngelaban”.






Terdapat beberapa orang pasukan tentera James Brooke yang menghampiri kubu
pertahanan Rentap telah ditembak dan terkorban. Namun, angkatan Brooke
berjaya menyerang kubu pertahanan Rentap pada Ogos 1854, pada waktu
tersebut Rentap telah tercedera.


Rentap kemudiannya melarikan diri bersama pengikutnya di Bukit Sadok dan
telah membina kubunya di sana.

3. Pertahankan Kubu ‘Bujang Timpang Berang’

Kubu Bukit Sadok ini amat sukar ditakluk oleh pihak tentera James Brooke
kerana kedudukannya di atas puncak bukit yang tinggi dan dikelilingi oleh

tebing-tebing curam.

Hanya terdapat satu jalan sempit di atas gaung yang begitu curam untuk


sampai ske
utbeubainl iletebliahhkduirpaenrgkuduataoklaekhi.pagar kayu
ke kubu Rentap. Sekeliling
tebelian yang keras dan

Kali ini, Rentap juga telah mempunyai sebatang meriam yang besar untuk
mempertahankan kubunya yang dikenali sebagai ‘Bujang Timpang Berang’.
Meriam ini telah dihasilkan oleh rakan seperjuangannya iaitu Aji Apai Limba.

Aji Apai Limba telah terkorban ditembak oleh pasukan James Brooke di Sungai
Langit sebelum menyerang Rentap di kubunya di Bukit Sadok.

4. Serangan Di Bukit Sadok

Tentera James Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap di
Bukit Sadok tersebut. Cubaan pertama adalah pada Jun 1857 dan semasa serangan
ini, seorang anggota pasukan James Brooke telah ditembak dan dibawa turun ke

bawah bukit.

Melihat kejadian tersebut, Rentap dan pengikutnya menjerit kegembiraan dan


telah memukul gong mereka
sebagai tanda kemenangan.

Pada tahun 1858, pasukan James Brooke telah membuat serangan kali kedua ke
atas kubu Rentap di atas Bukit Sadok. Namun tembakan meriam mereka tidak

dapat menembusi pagar kubu Rentap di Bukit Sadok tersebut.

Akibat kejadian tersebut, pasukan Rentap telah melaungkan dengan megah
kepada pasukan Brooke untuk menggunakan meriam yang lebih besar lagi pada

masa akan datang sekiranya ingin menyerang kubu mereka.

Serangan James Brooke Tidak Terhenti

Namun pada tahun 1861, barulah serangan pasukan Brooke berjaya
menawan kubu Rentap di Bukit Sadok setelah menggunakan satu
meriam besar yang dipanggil sebagai “Bujang Sadok”.




Meriam tersebut digunakan untuk menembak dan merobohkan pagar
kubu Rentap di Bukit Sadok. Sebelum pertempuran, pasukan James
Brooke telah memberikan pengampunan kepada abang-abang arwah

Aji yang telah ditembak mati oleh pasukan Brooke di Sungai Langit.

Tawaran Kepada Rentap Dan
Pengikutnya

Abang arwah Aji tersebut adalah Nanang dan Luyoh yang telah
menyerah diri dan dihukum membayar 40 biji tempayan rusa.

Tawaran yang sama telah dicadangkan kepada Rentap dan
pengikutnya dengan denda sebanyak 12 biji tempayan dan

meninggalkan kubu itu dengan segera.

Namun, Rentap telah menolak tawaran tersebut walaupun telah
diberitahu pasukan James Brooke akan menyerang menggunakan

meriam yang lebih besar dalam serangan kali ketiga ini.

Peperangan Rentap Dan James Brooke Tercetus Lagi

Kesemua wanita dan kanak-kanak telah diarahkan untuk meninggalkan
kubu tersebut dan sewaktu pasukan Rentap berperang dengan pasukan

James Brooke, seorang pengendali meriam Rentap dan beberapa
rakannya telah terkorban.

Ianya adalah akibat terkena tembakan meriam pasukan James Brooke.
Selepas itu, kubu dan rumah tempat kediaman Rentap dan para

pengikutnya telah dibakar oleh pasukan James Brooke pada 20 Oktober
1861.

Akibat kekalahan tersebut, Rentap telah berundur ke Bukit Lanjak
Entimau yang telah menjadi punca-punca air Batang Skrang, Lemanak dan

Engkari pada masa kini.

Penghijarahan Rentap

Selepas itu, Rentap telah berpindah ke Ulu Entabai di sebuah sungai cawangan kepada
Sungai Kanowit dan Julau. Di sana, beliau telah membina kubu di Bukit Stulak.

Pada usianya yang semakin tua, Rentap dan para pengikutnya telah berpindah ke
Bukit Sibau yang merupakan kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa
tahun kemudian, Rentap telah meninggal dunia pada usia lebih kurang 70 tahun di

situ.

Mayat dan keranda Rentap tidak ditanam dalam tanah seperti biasa, sebaliknya
diletakkan dalam satu pondok sebagai tanda hormat kepada seseorang yang telah

dianggap sebagai pahlawan dan bangsawan terulung.

Akhir kata, Rentap merupakan pejuang sejati kerana dia tidak pernah tunduk kepada
pemerintah James Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga kini, makam Rentap
telah dibaik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya yang amat

besar.


Click to View FlipBook Version