ISI KANDUNGAN
Tinta Pen
En. Mohamad Akhir bin Abdul Latif. PPT
Pegawai Pendidikan Daerah Manjung.
En. Mohd Marzuki Bin Abdul Ghani
Timbalan PPD Pembelajaran
PPD Manjung.
Pn. Saimah Binti Hj Ugoh
School Improvement Specialist Coach (SISC + Tvet)
Pegawai Meja Guru Cemerlang
En. Shahril Bin Othman
Guru Besar SK Seri Samudera
Barisan Pentadbir Dan Pembentang
TEKNIK MNEMONIK KASUT ML:
DAPATKAH IA MENINGKATKAN
KEMAHIRANMURID SEKOLAH RENDAH
MENGUASAI PEMBINAAN AYAT MAJMUK? .......................................................................8-19
PENGGUNAAN ‘SMARTBOARD MAYA’
DAN KESANNYA TERHADAP PdPc MATEMATIK
DALAM KALANGAN 6 PROAKTIF
SEMASA PdPR. .................................................................................................................. 20-28
PENGUASAAN “GOLF”
DALAM KALANGAN MURID 5 INOVATIF
DAPAT MENINGKATKAN PdPc PENDIDIKAN ISLAM
SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) ........................................ 29-36
MENINGKATKAN PENGUASAAN
MURID PEMULIHAN KHAS TAHUN 2
MEMBACA PERKATAAN DIGRAF
DENGAN MENGGUNAKAN ‘KIT IQ’ ..............................................................................37-46
LAMPIRAN
Tinta pena
Assalamulaikum dan salam sejahtera
Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya, berkat kerjasama semua pihak
khususnya Pasukan INOVASI SKESES terdiri dari Guru Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,
Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pemulihan, hasil bimbingan dan sokongan En. Shahril bin
Othman Guru Besar SK Seri Samudera maka terhasilah Koleksi Kajian Tindakan STEM Digital
SKESES.
Adalah menjadi hasrat utama saya untuk melahirkan guru yang berkualiti tinggi,guru kompeten dan
berinspirasi tinggi mengaplikasi konsep dan amalan PdPc terbaik membangunkan kepakaran dalam
melahirkan modal insan yang unggul. Justeru amalan terbaik kajian dan penulisan dapat merefleksi
keberkesanan strategi pendekatan teknik dan kaedah dalam PdPc guru.
Dengan adanya inisiatif ini, kita telah menyediakan satu wadah kepada warga pendidik untuk meneroka
dan mencetus idea-idea amalan terbaik yang boleh dikongsi oleh warga pendidik untuk merealisasikan
hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Akhir kalam, saya mohon semua pendidik dapat memanfaatkan buku ini sepenuhnya. Banyak kajian
dibuat boleh dijadikan sebagai panduan dalam membangunkan guru yang berkualiti.
Terima kasih.
Blessed the Almighty Allah for giving His blessings as well as a heartfelt gratitude to all parties
involved especially the Innovation Team of the SKESES which consists of the Malay Language,
English Language, Mathematics, Sciences, Islamic Education and Remedial teachers. Together with
Encik Shahril bin Othman, the Headmaster of SK Seri Samudera who has consistently provided support
and guidance throughout the completion of the SKESES Digital STEM Action Research Collection.
It is my main aspiration to produce high quality, competent and inspirational teachers who uphold the
best teaching concepts and practices in their teachings with an aim to help nurturing quality human
capital. With that in mind, it is important for teachers to seek for innovation in their best practices and
being able to reflect the effectiveness of the strategies applied in their teaching approaches and methods.
With this initiative, we have provided a platform for teachers to explore and generate the best practices
ideas that can be shared in realizing the desired aspirations per the Malaysia Education Blueprint 2013-
2025.
In conclusion, I seek the cooperation of all teachers to refer to this book and apply the best practices of
innovation accordingly as it has many studies and guides to help the teachers in delivering quality
teaching.
Thank you.
En. Mohamad Akhir Bin Abdul Latif. PPT
Pegawai Pendidikan Daerah Manjung.
Tinta pena
Assalamulaikum dan salam sejahtera
Bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah dan kurnia-Nya, Tahniah dan sekalung
penghargaan diucapkan kerana berjaya menerbitkan buku Koleksi Kajian Tindakan STEM
Digital SKESES di bawah bimbingan dan sokongan En. Shahril Bin Othman, Guru Besar SK
Seri Samudera.
Seperti sedia maklum kajian tindakan merupakan amalan terbaik guru-guru untuk melahirkan
guru yang berkualiti tinggi, kompeten dan beraspirasi tinggi dalam mengaplikasi konsep dan
amalan PdPc terbaik serta membangunkan kepakaran untuk melahirkan modal insan yang
unggul.
Saya sangat berbesar hati dan mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam
penghasilan Kajian Tindakan sehingga berjaya menerbitkan Koleksi Kajian Tindakan STEM
Digital SKESES. Semoga usaha murni dan inisiatif terpuji guru-guru SK Seri Samudera
khususnya Pasukan INOVASI SKESES beroleh ganjaran yang setimpal.
Sekian, terima kasih.
All praises due to Allah, The Most Gracious and The Most Merciful for His countless
blessings. Congratulations to SK Seri Samudera for successfully publishing SKESES Digital
STEM Action Research Collection with the guidance and support of Encik Shahril bin Othman,
the Headmaster of SK Seri Samudera.
As far as we are all known, an action research functions as the best practice in producing high
quality, competent and highly aspiring teachers who are able to convey the best concepts and
practices in their teaching. This initiative eventually develops expertise in producing quality
human capital.
Therefore, I am very honored to congratulate all the participating teachers who have produced
innovations in their teaching along with the publication of this book. Hopefully, the
praiseworthy initiatives and efforts of SK Seri Samudera teachers, especially SKESES
Innovation Team, will be rewarded accordingly.
Tinta pena
Assalamulaikum dan salam sejahtera
Bismillahirahmanirahim, Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapat kita meneruskan usaha bagi meningkatkan pencapaian pendidikan anak-anak kita demi masa
depan Malaysia yang lebih gemilang. Bagi mendepani cabaran abad ke-21 yang lebih rencam dan
semakin kompleks, pastinya ilmu, kemahiran dan nilai yang bersesuaian perlu dibekalkan kepada para
guru untuk mendidik generasi Alpha Malaysia. Berkat kesungguhan pasukan guru-guru SK Seri
Samudera di bawah peneraju En. Shahril Bin Othman , guru besar SK Seri Samudera maka terhasillah
buku yang bertajuk Koleksi Kajian Tindakan STEM Digital SKESES. Buku ini adalah titipan karya
yang dihasilkan oleh warga pendidik SKESES terdiri daripada barisan kepimpinan pengurusan sekolah
dan guru-guru. Semoga dengan terhasilnya buku ini, dapat lagi menyemarakkan perkongsian ilmu di
kalangan guru-guru yang mungkin boleh dijadikan panduan dan rujukan semua .
Akhir kata,Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua penulis Kajian Tindakan STEM Digital
SKESES terutamanya kepada Pasukan Inovasi SKESES yang berjaya menghasilkan buku KOLEKSI
KAJIAN TINDAKAN STEM DIGITAL SKESES.
Tahniah Cikgu,
Sekian, Terima Kasih.
Tinta pena
Assalamulaikum dan salam sejahtera
Syukur ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita berjaya menerbitkan buku
Koleksi Kajian Tindakan STEM Digital SKESES buat julung-julung kalinya di SK Seri Samudera.
Dalam buku ini menghimpunkan amalan-amalan terbaik Kajian Tindakan yang dilakukan Pasukan
INOVASI SK Seri Samudera.
Saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua guru SK Seri Samudera khususnya
Pasukan INOVASI SKESES yang begitu komited dan berusaha gigih bagi melahirkan inovasi daripada
kajian tindakan yang telah dijalankan. Semangat yang ditunjukkan memberikan inspirasi kepada rakan-
rakan guru yang lain untuk turut berkarya khususnya menghasilkan inovasi.
Diharapkan koleksi ini akan dapat menjadi rujukan kepada sesiapa sahaja bagi kajian atau penggunaan
masa hadapan. Penghasilan bahan ilmiah yang baik dan berkualiti akan membantu ke arah kemenjadian
murid.
Sekian, terima kasih.
Barisan Pentadbir SKESES
Pn. Fauziah Binti Abd Ghani Pn. Sarina Binti Safari Pn. Jamalina Binti Samsudin
Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Hem Penolong Kanan Kokurikulum
Tajuk Dan Pembentangan Kajian Tindakan
TEKNIK MNEMONIK KASUT ML: DAPATKAH IA MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MURID SEKOLAH RENDAH MENGUASAI PEMBINAAN AYAT MAJMUK?
NOR HUWAIDA BINTI AYOB
[email protected]
FATIMAH BINTI ABUSTAN
[email protected]
RAZIAH BINTI SAHARI
[email protected]
NURUL FARAH IDAYU BINTI A RAZAK
[email protected]
SK SERI SAMUDERA
32040 SERI MANJUNG PERAK
Abstrak
Isu murid kurang mahir berbahasa Melayu penting diberi perhatian kerana ia bukan sahaja merupakan
bahasa kebangsaan, malah ia digunapakai oleh guru untuk menyampaikan subjek yang diajar kepada
murid di sekolah. Ramai murid sekolah rendah terutama murid tahun 6 diperhatikan mempunyai
masalah membina ayat majmuk dan gramatis dalam Bahasa Melayu. Isu ini mesti ditangani segera agar
pencapaian pembelajaran mereka tidak terkesan apabila mereka beralih ke sekolah menengah. Dalam
kajian ini, penyelidik bertujuan mengenal pasti samada teknik mnemonik dapat membantu murid
membina ayat majmuk dengan baik sehubungan dapatan kajian lepas tentang keberkesanannya sebagai
antara kaedah pembelajaran bagi membantu murid mahir berbahasa. Seiring hasrat meningkatkan
penguasaan ayat majmuk dalam kalangan murid sekolah rendah, teknik mnemonik KASUT ML telah
diaplikasikan sebagai alat berfikir yang berkesan membantu murid mengingati maklumat agar proses
mengingat menjadi mudah dengan menggunakan kata hubung yang sesuai bagi murid sekolah rendah.
Rekabentuk kajian menggunakan model penyelidikan tindakan yang dikemukakan oleh Kurt Lewin
(1946). Lima murid Tahun 6 Proaktif dari sekolah SK Seri Samudera telah dipilih sebagai sampel kajian
menggunakan instrumen Ujian Pra dan Ujian Post. Hasil mendapati kesemua mereka menunjukkan
peningkatan markah dalam Ujian Post berbanding markah Ujian Pra sebelum kaedah ini dilaksanakan.
Sebagai kesimpulan, teknik mnemonik melalui KASUT ML dapat membantu murid membina ayat
majmuk dengan mudah dan berkesan. Dapatan kajian ini penting terutamanya kepada guru-guru Bahasa
Melayu khasnya dan guru-guru subjek lain serta Kementerian Pelajaran amnya kerana teknik mnemonik
KASUT ML telah dibuktikan sebagai kaedah pengajaran yang berguna dan berkesan untuk
diaplikasikan dalam bilik darjah.
Kata kunci: Ayat Majmuk , Bahasa Melayu, Kata Hubung, Mengingat, Mnemonik
1.0 PENDAHULUAN
Ayat majmuk pula membawa maksud gabungan dua atau lebih ayat tunggal yang dibina dengan
menggunakan kata hubung. Lazimnya ayat majmuk lebih sesuai digunakan dalam penulisan karangan
yang melibatkan penghujahan isi dan fakta yang dibincangkan.
Kemahiran membina ayat majmuk dalam penulisan merupakan satu kemahiran yang sangat penting
bagi murid menguasai kemahiran berbahasa Melayu. Murid-murid yang masih belum menguasai
kemahiran membina ayat majmuk akan menyebabkan mereka lemah terhadap pencapaian mereka. Oleh
yang demikian, satu tanggungjawab sebagai seorang guru ialah menyediakan kaedah pengajaran yang
sesuai dan berkesan yang menggalakkan penyertaan, penglibatan, dan kerjasama pelajar (Muhamad
Khairul Ahmad et al., 2019). Dengan ini, guru perlu menyediakan pengajaran berkualiti dan pendekatan
berpusatkan pelajar untuk memenuhi keperluan dan keutamaan pelajar (Men dan Nooreen Noordin,
2019).
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan ‘kemahiran’ bermaksud kepandaian atau
kecekapan seseorang individu. Manakala ‘berbahasa’ pula membawa maksud menggunakan bahasa
atau bercakap dalam sesuatu bahasa (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017). Maka definisi kemahiran
berbahasa boleh disimpulkan sebagai sesuatu kebolehan atau kepandaian seseorang individu itu bertutur
dalam suatu bahasa.
Secara etimologi , kata mnemonik berasal dari bahasa Yunani, terdiri dari leksikon berikut;"Mneme"
yang bermaksud "memori" , "techne" yang menyatakan "teknik ", dan akhiran " -ia " yang bermaksud
"tindakan". Ia dikenali sebagai mnemonik atau mnemonic iaitu perkataan atau nama yang digunakan
untuk memudahkan pengguna mengingat sesuatu maklumat (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017).
Dalam kajian ini, pengkaji cuba membantu meningkatkan kemahiran berbahasa murid sekolah rendah
terutama murid tahun 6 Proaktif dalam membina ayat majmuk , maka satu teknik mnemonik KASUT
ML telah diperkenalkan sebagai satu cara untuk meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk dan
menggunakan kata hubung yang betul. Kajian ini akan menggunakan pelajar Tahun 6 SK Seri Samudera
sebagai kajian kes.
1.1 Pernyataan Masalah
Isu penguasaan murid membina ayat majmuk dan gramatis di peringkat sekolah rendah terutama murid
tahun 6 perlu diberi perhatian agar pencapaian mereka tidak memberi kesan apabila mereka beralih ke
sekolah menengah. Berdasarkan kajian tinjauan latihan kerja harian dan pemerhatian yang dijalankan
selama tiga minggu kami dapati masih ada:
a) murid tidak mengingati kata hubung
b) murid tidak menguasai kemahiran membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang
betul
c) murid boleh membina ayat tunggal tetapi tidak mahir untuk menyambungkan ayat tersebut bagi
menghasilkan ayat yang gramatis
Jika perkara ini tidak ditangani dengan baik, masalah ini pasti menjadi lebih sukar dan dikhuatiri murid
akan terus melakukan kesilapan tersebut ketika membina ayat. Berdasarkan penyataan masalah di atas
pengkaji telah menghasilkan teknik mnemonik KASUT ML bagi mengingati kata hubung yang selalu
digunakan dalam pembinaan ayat majmuk. Melalui teknik ini pengkaji turut menerapkan elemen Didik
hibur untuk melihat pencapaian murid dalam mengingat dan membina ayat majmuk sama ada dapat
diatasi atau sebaliknya.
Dalam kajian ini, penyelidik bertujuan mengenal pasti samada teknik mnemonik dapat membantu murid
membina ayat majmuk dengan baik sehubungan dapatan kajian lepas tentang keberkesanannya sebagai
antara kaedah pembelajaran bagi membantu murid mahir berbahasa.
1.2 Persoalan Kajian
Soalan kajian ialah:
1. Adakah teknik mnemonik dapat meningkatkan tahap kemahiran berbahasa responden dalam
membina ayat majmuk?
2. Sejauh manakah teknik mnemonik dapat menarik minat responden dalam membina ayat
majmuk ?
1.3 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan peratus cemerlang dalam subjek Pemahaman dan
Penulisan Bahasa Melayu Tahun 6 .Selepas kajian ini selesai dijalankan, diharap responden akan
mencapai objektif berikut:
Objektif Umum
Meningkatkan peratus cemerlang dalam Penulisan Bahasa Malaysia Tahun 6. Selain itu, objektif kajian
ini untuk mengenal pasti adakah teknik mnemonik dapat membantu responden membina ayat majmuk
dengan baik.
Objektif Khusus
1. Murid boleh mengingat perkataan kata hubung dengan teknik yang mudah iaitu mnemonik
KASUT ML.
2. Murid boleh membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang betul iaitu
mnemonik KASUT ML.
3. Murid boleh membina ayat majmuk untuk menghasilkan ayat yang gramatis.
2.0 KAJIAN LITERATUR
Terdapat banyak kajian lampau yang menggunakan teknik mnemonik sebagai kaedah pengajaran dalam
PdPC.
Umi Fairus dan Fazlinda (2018) dalam kajian mereka bertajuk Teknik Mnemonik Akronim Dalam Mata
Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing bertujuan
mengkaji sejauh mana teknik mnemonik dapat menarik minat dan meningkatkan daya ingatan dalam
mata pelajaran RBT. Kajian ini melibatkan responden berbeza jantina seramai 86 pelajar dan borang
soal selidik yang mengandungi 22 item merupakan instrument kajian. Hasil dapatan mendapati
penggunaan teknik mnemonik berjaya menarik minat serta meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap
mata pelajaran RBT pelajar tahap dua sekolah rendah.
Selain daripada itu, Dyah Aminatun, Ngadiso dan Sri Marmanto pada 2019 telah melaksanakan satu
kajian menggunakan teknik mnenomik bagi pelajar gred 11 SMA Negeri 1 Ngemplak, Jawa Tengah.
Strategi mnemonik PLEASE telah diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran menulis Bahasa Inggeris
bagi pelajar yang berbeza aras penguasaan bahasa. Kajian kuasi eksperimen ini melibatkan 56 pelajar
yang dibahagiakan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
Kumpulan eksperimen menggunakan strategi mnemonik PLEASE manakala kumpulan kawalan
menggunakan strategi Guided Writing. Hasil kajian mendapati strategi PLEASE lebih efektif
berbanding strategi Guided Writing dalam pengajaran kemahiran menulis Bahasa Inggeris. Strategi
mnemonik PLEASE membolehkan murid mengingati langkah-langkah untuk membina karangan
berdasarkan kata kunci mnemonik PLEASE iaitu bermula dengan ayat pertama dan seterusnya
meletakkan maklumat dalam penulisan mereka sehingga lengkap. Strategi ini juga berpusatkan pelajar
kerana pelajar bebas mengembangkan idea berdasarkan mnemonik PLEASE.
Kajian Haritzah dan Soeharno (2020) juga mendapati teknik mnemonik berkesan dalam meningkatkan
kemahiran menulis Bahasa Inggeris bagi murid sekolah rendah. Kajian ini melibatkan dua kumpulan
murid Tahun 5 iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan di Samerang, Indonesia. Kumpulan
ekperimen mengikuti pembelajaran menggunakan strategi mnemonik manakala kumpulan kawalan
mengikuti pembelajaran menggunakan lembaran kerja. Intervensi dilaksanakan sebanyak empat kali
bagi kedua-dua kumpulan. Hasil kajian menunjukkan peningkatan markah dan kemahiran menulis
Bahasa Inggeris lebih berjaya bagi kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan.
Satu lagi kajian mengenai penggunaan mnemonik telah dilaksanakan oleh Norul Haida dan Normarini
pada 2020 di Sekolah Menengah Panchor, Negeri Sembilan. Kajian ini melibatkan 20 pelajar Tingkatan
1. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis teknik ingatan mnemonik MY HOUSE dalam meningkatkan
kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan
berdasarkan kekerapan dan peratusan jawapan yang diberikan pelajar. Dapatan kajian mendapati
responden bersetuju bahawa teknik mnemonik membantu meningkatkan kemahiran mengingat dan
seterusnya meningkatkan kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu.
Kesimpulanya kesemua dapatan ini telah mengenalpasti terdapat pelbagai kaedah mnemonik yang
boleh dilaksanakan dalam pengajaran. Ini bermakna terdapat peluang bagi penyelidik lain bagi
membina mnemonik yang baru.
3.0 METODOLOGI
3.1 Kumpulan sasaran
Populasi kajian adalah murid sekolah rendah. Sample kajian merupakan murid sekolah SK Seri
Samudera dan kajian ini melibatkan 5 orang peserta kajian dari kelas 6 Proaktif yang telah dikenal
pasti menghadapi masalah membina ayat majmuk khususnya dalam kemahiran menulis. Responden
terdiri daripada 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Kajian telah dilakukan selama tiga minggu.
Prestasi akademik responden tidak mencapai tahap cemerlang berbanding dengan murid lain.
3.2 Kaedah Pengumpulan Data
Reka bentuk penyelidikan adalah satu bentuk inkuiri dalam kualitatif, kuantitatif dan kaedah
pendekatan campuran menyediakan satu garis panduan atau arahan khusus sebagai prosedur dalam
sesuatu kajian (Cresswell, 2013) . Bagi mencapai objektif kajian, tindakan ini menggunakan kaedah
campuran iaitu kualitatif dan kuantitatif. Data diproses dan dianalisis dengan menggunakan statistik
mudah iaitu peratusan. Analisis data peserta kajian dalam aktiviti, lembaran kerja, Ujian Pra dan Ujian
Pos telah digunakan dalam kajian ini. Kaedah pemerhatian dalam kelas sebelum dan selepas aktiviti
pembelajaran juga digunakan bagi mengenal pasti sejauh mana penggunaan Teknik Mnemonik dalam
pengajaran dapat membantu responden menguasai kemahiran membina ayat majmuk dengan
menggunakan kata hubung yang betul.
3.3 Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan
Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan model penyelidikan tindakan yang dikemukakan oleh
Kurt Lewin (1946). Pengkaji juga telah membuat perancangan sendiri berpandukan model tersebut
mengikut kesesuaian aktiviti yang telah dilaksanakan.
Rajah 3.1
Carta Aliran Pelaksanaan Tindakan Berdasarkan Model Kurt Lewin 1946
TINJAUAN AWAL MERANCANG TINDAKAN
Pemerhatian Merancang teknik dan latihan
kemahiran menulis yang sesuai
Aktiviti 1: Lembaran Kerja menggunakan teknik MNEMONIK
Aktiviti 2: Analisis buku
TINDAKAN
latihan Aktiviti 4: Memperkenalkan Teknik
Aktiviti 3: Ujian Pra
MNEMONIK
REFLEKSI Aktiviti 5 : Lembaran Kerja
Membuat analisis dan Aktiviti 6 :Ujian Pos
refleksi berkaitan keputusan Aktiviti 7 : Borang Pemerhatian
yang dicapai serta beri
cadangan penambahbaikan PENGUMPULAN DATA
Analisis data secara kualitatif dan
Kuantitatif
Borang Pemerhatian
Berdasarkan model di atas, pengkaji telah membuat tinjauan awal mengenai masalah membina ayat
majmuk dengan melakukan pemerhatian di dalam kelas, analisis buku tulis dan Ujian Pra. Pengkaji
telah memberikan lembaran kerja dengan meminta responden menyenaraikan kata hubung untuk
lembaran 1 dan mengisi kata hubung yang betul dalam ayat yang diberikan untuk lembaran 2. Tujuan
pengkaji adalah untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan sedia ada responden.
Berdasarkan tinjauan dan pemerhatian yang diperolehi, pengkaji telah membuat beberapa perancangan
dari segi kaedah dan latihan yang sesuai bagi memperkukuhkan lagi penguasaan responden dalam
membina ayat majmuk.
Seterusnya pengkaji telah melaksanakan teknik mnemonik ini di dalam kelas selama 3 minggu bagi
meningkatkan penguasaan murid dalam membina ayat majmuk . Dalam pelan tindakan ini pengkaji
juga telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kelas, latihan dalam buku tulis dan lembaran kerja
termasuk Ujian Pos bagi melihat hasil kerja murid. Elemen didik hibur diperkenalkan dengan aktiviti
Lempar Dadu teknik mnemonik.
Teknik Mnemonik KASUT ML
Murid terlebih dahulu didedahkan dengan penggunaan mnemonik K.A. S. U. T M. L bagi mengingat
dan menggunakan kata hubung dalam membina ayat.
K – kerana
A – agar/apabila
S – supaya/sambil
U – untuk
T – tetapi/tatkala
M -manakala
L – lalu/lantas
Aktiviti Teknik Mnemonik KASUT ML - Lempar Dadu
1. Responden dikehendaki duduk dalam bulatan dan dibekalkan dengan sebiji dadu yang
tertera huruf KASUT ML
2. Guru memaparkan gambar tunggal pelbagai aktiviti.
3. Muzik dimainkan sambil dadu dipegang seorang demi seorang sehingga muzik dihentikan.
4. Responden terpilih diminta melempar dadu dan menyebut kata hubung tersebut berdasarkan
huruf yang tertera pada dadu tersebut contoh Huruf K untuk Kerana.
5. Responden diminta membina ayat majmuk berdasarkan kata hubung dan gambar yang
dipaparkan.
6. Setiap jawapan yang betul diberi dua markah.
7. Responden yang mengumpul markah tertinggi dikira sebagai pemenang.
8. Responden yang membuat kesalahan akan didenda dengan melukis orang lidi yang dimulai
dengan melukis kepala, tangan dan kaki.
9. Responden yang menyiapkan orang lidi dahulu dikira tewas.
Aktiviti Teknik Mnemonik KASUT ML - Kotak Beracun
Alatan teknik mnemonik ini akan diubah setiap kali PdPc dijalankan bagi mengelakkan murid menjadi
bosan. Pengkaji boleh menukar dadu kepada kotak beracun dengan menggunakan teknik yang sama.
1. Responden dikehendaki duduk dalam bulatan dan diminta memegang kotak beracun.
2. Guru memaparkan gambar tunggal pelbagai aktiviti.
3. Muzik dimainkan sambil kotak beraacun dipegang seorang demi seorang sehingga muzik
dihentikan.
4. Responden diminta mengambil satu tutup botol yang terdapat dalam kotak dan menyatakan
kata hubung berdasarkan huruf yang tertera pada tutup botol tersebut. Contoh L untuk lalu,
kemudian responden diminta membina ayat majmuk berdasarkan kata hubung dan gambar
yang dipaparkan.
5. Setiap jawapan yang betul diberi dua markah.
6. Responden yang mengumpul markah tertinggi dikira sebagai pemenang.
7. Responden yang membuat kesalahan akan didenda dengan melukis orang lidi yang dimulai
dengan melukis kepala, tangan dan kaki.
8. Respondon yang menyiapkan orang lidi dahulu dikira tewas.
Borang pemerhatian digunakan setiap kali pengajaran diadakan. Pemerhatian dilakukan sebelum, dan
selepas aktiviti pengajaran dijalankan. Langkah seterusnya, daripada hasil pengumpulan data yang
dikumpul dan tinjauan yang dilakukan dalam kelas, didapati terdapat perubahan positif yang ketara
terhadap penguasaan kemahiran menulis ayat majmuk. Akhir sekali, pengkaji telah membuat rumusan
dan refleksi iaitu hasil daripada dapatan kajian dan membuat kesimpulan serta cadangan
penambahbaikan terhadap kajian ini.
4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Jadual 4.1
Perbandingan Pencapaian Responden Dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
Bil Responden Pemerhatian Awal Ujian Ujian Pos Peratus Peningkatan
Pra
12 3 30
30
1 Responden 1 Lemah Lemah Lemah 55 85 30
25
2 Responden 2 Lemah Lemah Lemah 50 80 35
3 Responden 3 Lemah Lemah Lemah 45 75
4 Responden 4 Lemah Lemah Lemah 40 65
5 Responden 5 Lemah Lemah Lemah 45 80
Rajah 4.1
Graf Pencapaian Responden Ujian Pra dan Ujian Pos
Perbandingan Pencapaian Responden
Dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
Markah 90
80
70 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5
60 50 45 40 45
50 80 75 65 80
40
30
20
10
0
Responden 1
Pre Test (%) 55
Post Test (%) 85
Soalan Kajian 1:
Adakah teknik mnemonik dapat meningkatkan tahap kemahiran berbahasa murid
dalam membina ayat majmuk?
Berdasarkan Jadual 4.1 dan Rajah 4.1, jelas menunjukkan bahawa kelima-lima responden
menunjukkan peningkatan dalam penguasaan kemahiran mengingat kata hubung dengan mudah dan
membina ayat majmuk berdasarkan kata hubung tersebut. Responden 1 menunjukkan peningkatan
markah sebanyak 30 peratus. Begitu juga dengan Responden 2 dan Responden 3 juga menunjukkan
peningkatan yang sama. Responden 4 pula menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus. Dari segi
peratusan peningkatan, Responden 5 menunjukkan peningkatan markah yang paling tinggi dengan
peningkatan markah sebanyak 35 peratus, manakala Responden 4 menunjukkan peningkatan terendah
iaitu sebanyak 25 peratus.
Walaupun Responden 4 mendapat markah terendah dalam Ujian Pos tetapi tetap menunjukkan
peningkatan dari segi peratusan markah. Responden 4 masih perlu dibimbing lagi secara berterusan
bagi mengenal pasti masalah beliau. Secara tidak langsung dapatan menunjukkan bahawa teknik
mnemonik yang dijalankan dalam pengajaran Bahasa Melayu bukan sahaja dapat membantu
meningkatkan penguasaan kemahiran yang diajar, malah responden juga dapat belajar dengan penuh
minat dan gembira.
Daripada analisa tersebut juga didapati lima orang responden telah berjaya menunjukkan prestasi yang
meningkat dari segi gred, di mana tiga orang responden mendapat gred A dalam Ujian Pos, manakala
dua responden lagi juga menunjukkan peningkatan dari gred C ke gred B berbanding dengan Ujian pra
yang mendapat gred C pada keseluruhannya. Dapatan kajian keseluruhannya menunjukkan bahawa
terdapat perubahan yang positif dalam penguasaan kemahiran membina ayat majmuk.
Hasil kajian ini adalah selaras dengan hasil kajian Dyah Aminatun, Ngadiso dan Sri Marmanto (2019)
dan Haritzah dan Soeharno (2020) yang menyokong bahawa teknik mnemonik dapat meningkatkan
kemahiran menulis pelajar dalam mata pelajaran bahasa. Selain itu, pelajar juga dapat menguasai
kemahiran mengingat dengan mudah dan berkesan berpandukan kata kunci mnemonik (Umi Fairus dan
Fazlinda, 2018; Dyah Aminatun, Ngadiso dan Sri Marmanto, 2019; Norul Haida dan Normarini, 2020).
Soalan Kajian 2:
Sejauh manakah teknik Mnemonik dapat menarik minat responden dalam membina ayat
majmuk ?
Proses pengajaran dan pembelajaran berbentuk didik hibur telah berjaya meningkatkan
pencapaian responden dalam Ujian Pos berbanding ujian pra. Kelima-lima responden dapat
memberi tumpuan terhadap pengajaran guru dan berasa seronok kerana berpeluang melibatkan
diri dalam aktiviti tersebut.
Dapatan kajian juga telah dilakukan melalui teknik pemerhatian sebelum pengajaran, semasa
aktiviti dijalankan dan selepas melaksanakan pengajaran. Aspek yang dilihat adalah melihat
tingkah laku, kelima-lima responden. Pengkaji mendapati bahawa pada peringkat awal
sebelum teknik mnemonik dimulakan responden kurang menumpukan perhatian, suka
membuat kerja lain dan sering mendiamkan diri apabila ditanya. Walau bagaimanapun, ketika
pengkaji mula memperkenalkan aktiviti mnemonik responden mula berasa seronok dan aktif
mengambil bahagian dalam aktiviti itu.
Selepas aktiviti mnemonik dijalankan responden lebih berminat untuk menjawab soalan Ujian
Pos dan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian masing-masing. Dapatan kajian Umi
Fairus dan Fazlinda (2018) juga mendapati penggunaan teknik mnemonik berjaya menarik
minat murid sekolah rendah dalam pembelajaran.
Maklumat Pemerhatian : Fatimah bt Abustan
Nama Pemerhati :5
Responden : Bilik darjah
Tempat Pemerhatian : 8.00-9.00 pagi
Waktu Pemerhatian
Jadual 4.2
Pemerhatian Sebelum Aktiviti Mnemonik
Item Nota Pemerhatian
R1 R2 R3 R4 R5
Perhati tabiat Melukis
1. responden Suka Menyendiri Tidur Suka Termenung
sebelum masuk bermain bermain
Kurang
kelas tumpuan
Kurang
Perhati tabiat Kurang Senyum Melukis Bermain memberi
2. responden ketika cergas respon
guru masuk kelas Tidak siap
Perhati apa Masih
menyiapkan
3. reponden buat Kurang Kurang Kurang Kurang
ketika guru tumpuan tumpuan tumpuan tumpuan kerja
sedang mengajar
Perhati reaksi Kurang Kurang Kurang Kurang
4. reponden apabila memberi memberi memberi memberi
diajukan soalan respon respon respon respon
Perhati reakasi Jarang Tidak
menyiapkan bawa
5. responden apabila Tidak siap Tidak siap buku
diberi kerja tugasan latihan
bertulis.
Perhati tabiat
responden apabila Masih Masih Masih cuba Menulis
menulis
6. guru hendak menyiapkan menyiapkan atas
meninggalkan kerja kerja kertas
kelas
Jadual 4.3
Pemerhatian Selepas Aktiviti Mnemonik
Item Nota Pemerhatian
R2 R3 R4
R1 R5
Perhati tabiat Lebih Lebih Lebih Lebih
ceria ceria ceria ceria
1. respondon sebelum Lebih ceria
masuk kelas
Perhati tabiat Suka Suka Suka Suka Suka
tersenyum
2. responden ketika tersenyum tersenyum tersenyum tersenyum
guru masuk kelas
Perhati apa
3. responden buat Beri Beri Beri Beri Beri
ketika guru sedang perhatian perhatian perhatian perhatian perhatian
mengajar.
Perhati reaksi Berminat Berminat Berminat Berminat Berminat
melibatkan melibatkan melibatkan melibatkan melibatkan
4. responden apabila
bermain permainan diri diri diri diri diri
Bahasa
Perhati reaksi Cuba yang Cuba yang Cuba yang Cuba yang Cuba yang
terbaik
5. responden apabila terbaik terbaik terbaik terbaik
diberi kerja bertulis
Perhati tabiat
6. responden apabila Ceria dan Ceria dan Ceria dan Ceria dan Ceria dan
guru hendak tersenyum tersenyum tersenyum tersenyum tersenyum
meninggalkan kelas
Dapatan kajian menunjukkan sikap, minat dan tingkah laku responden juga menjadi faktor
kelemahan yang boleh menyebabkan responden gagal menguasai kemahiran yang diajar.
Antara tingkah laku yang dikenal pasti adalah kurang memberi tumpuan semasa pengajaran
guru di dalam bilik darjah, suka bermain dan agak pasif. Ini terjadi kerana kemungkinan
pengajaran pengkaji kurang menarik dan hanya menggunakan alat bantu mengajar seperti kad
imbasan atau papan putih sahaja. Sikap responden yang cepat bosan semasa pengajaran guru
berlangsung juga boleh mempengaruhi tahap penguasaan responden dalam kemahiran yang
dipelajari.
Selepas aktiviti permainan diperkenalkan responden berubah menjadi lebih ceria, berminat,
sentiasa senyum dan berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti permainan.Dapatan kajian
ini menyokong hasil dapatan kajian Umi Fairus dan Fazlinda (2018) yang menyatakan bahawa
aktiviti-aktiviti mnemonik dapat menarik minat pelajar ketika pengajaran guru dalam bilik
darjah dan dapat mengelakkan mereka daripada cepat bosan.
5.0 KESIMPULAN
Berdasarkan hasil kajian teknik mnemonik KASUT ML telah meningkatkan tahap kemahiran
berbahasa murid untuk membina ayat majmuk. Teknik ini juga dapat membantu murid
menguasai kemahiran mengingat kata hubung dan prosess mengingat menjadi lebih mudah.
Selain itu, hasil kajian mendapati murid lebih berminat dalam membina ayat majmuk dengan
teknik mnemonik KASUT ML. Oleh yang demikian, teknik mnemonik KASUT ML amat
berkesan bagi membantu guru dalam pengajaran kemahiran membina ayat majmuk dan
menjadi satu inisiatif baharu dalam menarik minat murid dalam kemahiran menulis. Aspek
didik hibur dalam teknik mnemonik KASUL ML juga dapat memberi keseronokan kepada
murid dalam pembelajaran mereka. Pengkaji mencadangkan agar kajian seterusnya boleh
diperkembangkan lagi dengan memastikan jumlah peserta kajian lebih luas supaya hasil
dapatan kajian boleh mewakili keseluruhan murid di sekolah ini. Kajian ini juga boleh
diteruskan di dalam kajian subjek lain seperti subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan
sebagainya.
Rujukan
Ahmad, M. K., Adnan, A. H. M., Azamri, N. M., Idris, K. B., Norafand, N. N., & Ishak, N. I.
(2019, February). Education 4.0 technologies for English language teaching and learning
in the Malaysian context. In Proceedings of the International Invention, Innovative &
Creative (InIIC) Conference, Series (pp. 6-16).
Aminatun, D., Ngadiso, N., & Marmanto, S. (2019). Applying PLEASE strategy to teach
writing skill on students with different linguistic intelligence. Teknosastik, 16(1), 34-
40.
Creswell, J. W. (2013). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods
approaches. Sage publications.
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Retrieved from
https://prpm.dbp.gov.my/
Jamik, H. N., & Soeharno, S. (2020). The Implementation of Mnemonic Method to Improve
the Primary School Learners’ English Writing Skills. Journal of Primary
Education, 9(4), 422-428.
Jamil, U. F. M., & Ab Halim, F. (2018). Kaedah mnemonik akronim dalam mata pelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing. Online
Journal for TVET Practitioners, 3(1).
Lewin, K. (1946). Action research and minority problems. Journal of social issues, 2(4), 34-
46.
Men, L. K., & Noordin, N. (2019). Senior Meets Junior Digital Natives: TESLians Integrating
Technology in their Teaching Practice. International Journal of Education and Literacy
Studies, 7(4), 150-157.
Reduzan, N. H., & NORZAN, N. (2020). Mnemonic Memory Techniques Improves Writing
Skills In Malay Language. Elementary Education Online, 19(4), 20-23.
PENGGUNAAN ‘SMARTBOARD MAYA’
DAN KESANNYA TERHADAP PdPc MATEMATIK
DALAM KALANGAN 6 PROAKTIF
SEMASA PdPR.
NORLIE ASHIKIN BINTI BAKAR
SK Seri Samudera
[email protected]
ZAHARIAH BINTI MOHAMMED ZAIN
SK Seri Samudera
[email protected]
SHAHRIL BIN OTHMAN
SK Seri Samudera
[email protected]
FAUZIAH BINTI ABDUL GHANI
SK Seri Samudera
[email protected]
Abstrak
Dalam kajian ini, penggunaan aplikasi ‘Smartboard Maya’ dan kesannya terhadap PdPc Matematik
dalam kalangan 6 Proaktif semasa PdPR dapat meningkatkan kehadiran dan pencapaian murid dalam
kelas PdPR. Tinjauan awal mendapati kehadiran awal ke kelas PdPR Matematik kurang
memberangsangkan, bosan, tidak dapat menunjukkan jalan kerja dan tidak aktif dalam PdPc PdPR.
Tujuan kajian dilaksanakan untuk meningkatkan kehadiran dan pencapaian dalam subjek Matematik
Tahun 6. Kajian kualitatif dan kuantitatif melibatkan instrumen pemerhatian, chat/pool telegram,
rakaman video dan soal selidik. Hasil dapatan mendapati peningkatan kehadiran 20 orang daripada 10
orang. Murid tahu menggunakan aplikasi 81.8% manakala minat 100%, sikap 97%, meningkatkan
prestasi Matematik 84.8% dan tahap penguasaan 5 terhadap aplikasi 54.5%. Hasil kajian yang telah
dijalankan telah menunjukkan penggunaan ‘Smartboard Maya’ berjaya meningkatkan kehadiran dan
prestasi Matematik 6 Proaktif. Di harap, kajian ini dapat diaplikasikan kepada murid kelas lain.
Kata Kunci: Aplikasi ‘Smartboard Maya’, kehadiran, matematik, prestasi, PdPc, PdPR.
PENDAHULUAN
PENGENALAN
Transformasi dalam pendidikan mutakhir berlaku dengan drastik di seluruh dunia khususnya berkaitan
dengan kaedah penyampaian pengajaran di sekolah. Oleh itu, institusi pendidikan di negara kita turut
menerima kesan daripada transformasi pendidikan pada peringkat global, sama ada di sekolah rendah.
Perubahan yang paling ketara dalam pendidikan adalah dari segi penyampaian kurikulum iaitu bermula
dari kaedah penyampaian secara fizikal di dalam kelas hingga munculnya e-pembelajaran secara maya.
Justeru, satu kaedah pengajaran dan pembelajaran menerusi e-pembelajaran yang popular dan banyak
digunakan oleh warga pendidik di negara kita ialah Google Classroom, ini sejajar dengan Chung (2018).
Dalam kajian ini, ‘Smartboard Maya’ merupakan satu alat digital yang berguna dan sesuai dengan
pembelajaran abad ke-21 kerana penggunaan alat digital dapat mentransformasikan kaedah pengajaran
dan pembelajaran bagi membina kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritikal, kreativiti dan
kemahiran berkolaboratif dalam kalangan pelajar. Menurut Chung dan Sara Beden, Edwards (2020),
‘Smartboard Maya’ pula ialah satu alat inovatif yang membolehkan para guru berinteraksi dengan
pelajar dengan menggunakan ‘gaya papan’ putih. Smartboard ialah alat interaktif papan putih yang
mana pada asasnya, apa-apa yang ditulis pada papan tersebut akan kelihatan seolah-olah waktu sebenar
‘real-time’ oleh para pelajar, walaupun guru sedang mengajar para pelajar melalui Google Meet atau
Zoom.
Dalam konteks kajian ini, ‘Smartboard Maya’ (Whiteboard Fi) digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, supaya proses pembelajaran berlaku tidak kaku, suram dan menyeronokkan. Hal
demikian ini, ‘Smartboard Maya’ dapat membantu murid meningkatkan kehadiran dan prestasi dalam
pengajaran, walau bagaimanapun murid perlu mempunyai gajet dan wifi untuk menjadikan proses
pengajaran berjalan lancar.
LATAR BELAKANG
Latar Belakang Umum
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan ‘Smartboard Maya’ dalam usaha meningkatkan
kehadiran dan pencapaian Matematik dalam kalangan murid 6 Proaktif di SK Seri Samudera di mana
penggunaan ‘Smartboard Maya’ ini dapat membantu proses pengajaran berkesan. Di samping memberi
perhatian kepada peningkatan kehadiran murid semasa PdPc bagi Mata Pelajaran Matematik. Diharap
kajian tindakan ini dapat menyelesaikan persoalan dan kesannya terhadap kehadiran murid dalam
kalangan 6 Proaktif sekaligus menjadikan mata Pelajaran Matematik di minati. Semoga kajian ini
menjadi satu inovasi serta implementasi di peringkat Sekolah Rendah dan Menengah sekirannya
berlaku pandemik.
Latar Belakang Khusus
Dalam kajian ini, ‘Smartboard Maya’ digunakan untuk subjek Matematik tahun 6 Proaktif di SK Seri
Samudera.Sehubungan dengan itu, murid perlu tahu menggunakan ‘Smartboard Maya’ di samping
menunjukkan minat terhadap penggunaannya, manakala sikap memainkan peranan penting bagi
meningkatkan kualiti PdPc Matematik berjalan dengan baik sewaktu dalam talian.
OBJEKTIF UMUM KAJIAN
Bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan ‘Smartboard Maya’ dalam usaha meningkatkan kehadiran
dan pencapaian Matematik dalam kalangan murid 6 Proaktif.
OBJEKTIF KAJIAN
1) Murid tahu menggunakan ‘Smartboard Maya’ dalam subjek Matematik.
2) Memastikan kehadiran dan pencapaian murid meningkat dalam subjek Matematik
3) Mengenal pasti minat dan sikap murid terhadap penggunaan ‘Smartboard Maya’ dalam subjek
Matematik.
PERSOALAN KAJIAN
1) Adakah murid tahu menggunakan ‘Smartboard Maya dalam subjek Matematik?
2) Adakah kehadiran dan pencapaian murid meningkat dalam subjek Matematik?
3) Adakah minat dan sikap murid berubah terhadap penggunaan ‘Smartboard Maya’ dalam subjek
Matematik?
PENYATAAN MASALAH
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah merubah norma pendidikan sudah pastinya memberikan
kesan atau impak terhadap pelaksanaan PdPc. Menurut Norazlin dan Siti Rahaimah (2019) menyatakan
bahawa pemilihan strategi, kaedah, pendekatan dan resos boleh mempengaruhi amalan pengajaran
dalam talian yang berkesan sepanjang pandemik dan guru dan murid terpaksa bergantung pada aplikasi
TMK untuk melaksanakan PdPc dalam talian.
Dalam kajian ini, semasa PdPc di jalankan atas talian (Google Meet) mendapati kehadiran murid kurang
memberangsangkan. Murid berasa bosan dan kurang memberi sambutan dan maklum balas. Ini
sependapat Shazarina (2020), bahawa perubahan ini telah membawa kebimbangan dalam kalangan
murid mahupun guru juga turut berhadapan dengan keresahan yang tersendiri. Hal ini menunjukkan
sekiranya kehadiran tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, akan menyebabkan murid tercicir dalam
subjek Matematik. Walaupun guru bersemangat dalam menyediakan bahan-bahan PdPc, namun jika
tidak mempunyai penyertaan dan kesediaan daripada pelajar maka objektif sesi PdPc tidak dapat dicapai
dengan sempurna (Muniroh 2020). Pernyataan ini sokong oleh Siti Balqis dan Muniroh (2020) yang
menyatakan bahawa terdapat segilintir murid tidak memberi kerjasama dan masih belum bersedia
dengan PdPc dalam talian. Walau bagaimanapun, terdapat juga masalah yang dihadapi oleh pelajar
untuk pembelajaran atas talian seperti kurang disiplin diri, kesesuaian bahan pembelajaran, kemudahan
capaian internet, persekitaran pembelajaran yang baik semasa pengasingan diri di rumah (Bao, 2020).
Tinjauan mendapati sekiranya PdPc atas talian berlangsung, guru tidak dapat melihat dengan jelas cara
pengiraan murid dan ini menyebabkan kesukaran guru dan murid itu sendiri menentukan proses
penilaian berlaku dengan betul bagi subjek Matematik. Menurut Smith dan Ferguson (2005), salah satu
punca utama berlakunya penurunan dalam pembelajaran matematik secara dalam talian adalah kerana
persekitaran ini tidak sesuai terhadap subjek matematik di mana cabaran tertentu seperti penyelesaian
masalah dalam pendidikan matematik menjadi lebih sukar untuk mengajar dan belajar dalam talian.
Sedangkan penyelesaian masalah adalah penting dalam pendidikan matematik.
IMPLIKASI KAJIAN
Dalam kajian ini, pemerhatian telah dibuat ke atas murid sebelum pelaksanaan ‘Smartboard Maya’,
murid kurang berpengetahuan, kurang mahir dan kurang minat sekaligus kehadiran tidak memuaskan
dan menyebabkan kelas PdPc Matematik tidak berjalan dengan baik. Namun apabila di minta untuk
melibatkan diri dalam kajian ini, murid memberi kerjasama yang jitu. 33 orang murid 6 Proaktif
memberi respon perspektif positif, sekaligus meningkatkan pengetahuan, mahir, minat dan sikap
mereka serta kehadiran dan prestasi Matematik meningkat. Dalam masa yang sama, aplikasi
‘Smartboard Maya’ telah berjaya menarik minat murid. Satu perubahan telah ditunjukkan dari segi
kehadiran, prestasi, minat dan sikap terhadap PdPc Matematik. Murid rasa diberi perhatian serta yakin
bersama rakan-rakan yang lain di dalam talian. Murid juga memberi kerjasama dalam semua aktiviti
yang dirancang, malah tidak rasa tertekan mengikuti setiap aktiviti, serta berani mencuba walaupun
melakukan kesilapan pada awalnya.
KAJIAN LITERATUR
Menurut Saifuddin (2016), pembelajaran online merupakan salah satu bentuk manfaat yang dapat
meningkatkan kualiti proses pembelajaran. Justeru itu, proses pembelajaran yang berterusan dapat
disampaikan kepada para murid dalam mengaplikasikannya seperti Google Classroom, Google Meet,
Blog, WhatsApp, Telegram dan mel-elektronik adalah antara contoh medium atas talian yang sering
digunakan dalam proses pembelajaran, medium atas talian ini dapat membantu murid bagi proses
pembelajaran di rumah dalam era pandemik Covid-19. Begitu juga dengan aplikasi ‘Smartboard Maya’.
Dalam pada itu, Menurut Farmer, Yue dan Brooks (2008), mereka menyifatkan penggunaan blog
sebagai alat yang berkesan untuk menjana pembelajaran. Selain dari itu, penggunaan ‘Smartboard
Maya’ juga tidak ketinggalan sebagai medium teknologi membantu murid belajar secara atas talian
dengan guru dan rakan-rakan. Hal demikian ini, ‘Smartboard Maya’ membantu murid belajar dengan
rakan lain ataupun berkongsi maklumat dengan rakan lain. Bakat pengiraan murid juga boleh
diketengahkan dan disemak oleh rakan.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Min dan Siegel (2011), membincangkan tentang pengaruh
teknologi Smart Board terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti bilik darjah. Hasil pemerhatian
menunjukkan bahawa pengajaran yang berkesan tanpa teknologi boleh menggalakkan tahap
penglibatan pelajar. Walaubagaimanapun, integrasi teknologi Smart Board boleh meningkatkan tingkah
laku pelajar dalam menjalankan tugas. Di samping itu, pengajaran yang berkesan dengan teknologi
Smart Board boleh mengekalkan tahap penglibatan pelajar sepanjang pengajaran dan pembelajaran
Menurut Spear (2011), kajian yang telah dijalankan untuk menyiasat tentang penggunaan teknologi
Smart Board dalam pengajaran Matematik untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. Hasil kajian
beliau mengesahkan bahawa penggunaan teknologi di dalam bilik darjah boleh meningkatkan
pembelajaran pelajar.
Kesimpulan, penggunaan ‘Smartboard Maya’ memberi impak yang positif kepada murid.
Penggunaannya bukan hanya di negara kita sahaja, malahan kajian lepas menunjukkan penggunaan
‘Smartboard Maya’ telah dipraktikkan di luar negara contohnya, Indonesia.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian dan soal selidik.
Menurut John W. Cresswell (2008), kajian kuantitatif adalah jenis penyelidikan pendidikan di mana
pengkaji memutuskan apa yang hendak dikaji, bertanya soalan yang khusus, mengecilkan skop soalan,
mengumpul data yang boleh dikuantitatifkan daripada peserta, menganalisa nombor-nombor tersebut
menggunakan statistik dan menjalankan inkuiri dalam bentuk yang objektif dan tidak bias.
Rajah 1 Menunjukkan penggunaan ‘Smartboard Maya’.
INSTRUMEN KAJIAN
Pemerhatian
Pemerhatian terhadap murid semasa proses PdPc dalam talian mendapati Kehadiran murid ke kelas
google meet kurang memuaskan manakala Tahap Penguasaan dalam PBD juga pada tahap minimum.
Bagi menarik perhatian murid, pengkaji telah merancang untuk menggunakan ‘Smartboard Maya’
semasa pengajaran Matematik bagi menarik minat murid di samping meningkatkan tahap penguasaan
murid. Instrumen pemerhatian dalam kajian ini merujuk kepada Norris dan Dattilo (1999) dan
diubahsuai mengikut kesesuaian kajian.
Soal selidik
Satu kajian soal selidik menggunakan platform google form dilinkkan
(https://forms.gle/8sC5pZwJEnPvuPfo7) kemudian di hantar ke aplikasi telegram bagi mendapatkan
respons murid. Menurut Tan (2007), pengumpulan data soal selidik diperoleh daripada kaedah google
form.
PESERTA KAJIAN
Dalam kajian ini mengandungi maklumat kumpulan sasaran yang dijelaskan. Seramai 33 orang murid
yang terlibat terdiri daripada murid 6 Proaktif ,18 orang lelaki (55%) dan 15 orang perempuan (45%).
Rajah 2 (Model Lewin, 1948)
Dalam kajian ini, rajah 2 digunakan untuk mengenal pasti fokus isu yang menjadi keperihatinan.
Pengumpulan data awal bagi mengesahkan dan mengenal pasti isu sebenar.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Pemerhatian
Rajah 3: (Menunjukkan pemerhatian ke atas data kehadiran)
Berdasarkan pemerhatian, data kehadiran murid ke kelas menunjukkan peningkatan yang positif dan
sangat membanggakan. Kehadiran murid makin meningkat dari hari ke sehari selepas penggunaan
‘Smartboard Maya’ diaplikasikan semasa google meet. Perubahan yang amat ketara dapat dilihat
berbanding sebelum penggunaan.
Rajah 4 : ( Menunjukkan pemerhatian ke atas data Tahap Penguasaan dalam PBD)
Berdasarkan pemerhatian terhadap data Tahap Penguasaan dalam PBD, dapat dilihat peningkatan yang
positif terhadap tahap penguasaan murid selepas menggunakan ‘Smartboard Maya’. Peningkatan dapat
dilihat dengan jelas peningkatan pada TP 4 dan TP 5 yang mana sebelum ini, murid hanya berada pada
tahap penguasaan minima.
Soal Selidik
Rajah 5: (Menunjukkan soalan, bilangan murid, perkara serta peratusan sasaran 6 Proaktif)
SOALAN BIL MURID PERKARA PERATUS
1. Adakah anda tahu menggunakan 27 Tahu 82%
‘Smartboard Maya’? Tidak Tahu 18%
Ya 100%
6 Tidak
Suka 97%
2. Adakah anda minat 33 Tidak Suka 3%
menggunakannya? 85%
Ya 15%
3. Bagaimanakah sikap anda 32 Tidak 6%
6%
apabila menggunakannya bagi 1 Tahap 1 12%
Tahap 2 21%
Subjek Matematik? Tahap 3 56%
Tahap 4
4. Adakah aplikasi ‘Smartboard 28 Tahap 5
Maya dapat meningkatkan prestasi 5
Matematik anda?
5. Berikan tahap penguasaan anda 2
terhadap aplikasi ‘Smartboard 2
Maya’?
4
7
18
Hasil kajian soal selidik yang dilinkkan dalam Telegram 6 Proaktif mendapati seramai 33 daripada 33
orang murid memberikan respons dan maklum balas. Dapatlah dirumuskan 82% murid tahu
menggunakan ‘Smartboard Maya’, 100% murid minta menggunakannya, 97% menyatakan sikap
berubah selepas menggunakannya, dan 85% murid menayatakan aplikasi ‘Smartboard Maya’ boleh
meningkatkan prestasi Matematik. Manakala tahap penguasaan murid terhadap ‘Smartboard Maya’
pada tahap 5 sebanyak 56%, tahap 4 21% dan dan 12% untuk tahap 3.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan hasil kajian yang telah dijalankan melalui pemerhatian dan soal selidik dalam
Google Form, kajian ini telah menjawab persoalan dan objektif. Murid tahu dan mahir, minat dan sikap
terhadap penguasaan ‘Smartboard Maya’ semasa PdPc Matematik, secara tidak langsung memberi
kesan positif dan dapat meningkatkan kehadiran dan pencapaian mereka. Mereka lebih yakin berada
bersama rakan sekelas melakukan aktiviti PdPc secara dalam talian semasa di rumah menggantikan
kaedah PdPc secara bersemuka.
.
IMPLIKASI KAJIAN
Terhadap Peserta Kajian
Hasil pemerhatian yang ditunjukkan oleh murid sebelum pelaksanaan kajian ini menunjukkan
pengetahuan, mahir dan minat terhadap kehadiran ke kelas PdPc Matematik kurang membanggakan.
Namun apabila di minta untuk melibatkan diri dalam kajian ini, murid memberi kerjasama yang jitu. 33
daripada 33 orang murid 6 Proaktif memberi respon perspektif positif, sekaligus meningkatkan
pengetahuan, mahir, minat dan sikap sekaligus dapat meningkatkan kehadiran dan pencapaian ke kelas
PdPc Matematik.
Terhadap Amalan Kendiri
Melalui ‘Smartboard Maya’ satu perubahan telah ditunjukkan oleh murid dari segi penguasaan dan
minat terhadap PdPc Matematik. Murid rasa diberi perhatian serta yakin bersama rakan-rakan yang lain
di dalam talian . Murid juga memberi kerjasama dalam semua aktiviti yang dirancang, malah tidak rasa
tertekan mengikuti setiap aktiviti, serta berani mencuba walaupun melakukan kesilapan pada awalnya
Terhadap Kurikulum
Kajian ini menunjukkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan ‘Smartboard Maya’ berpotensi
meningkatkan kehadiran dan pencapaian Matematik di samping dapat meningkatkan keyakinan murid
untuk menguasai objektif pembelajaran.
RUMUSAN
Penggunaan ‘Smartboard Maya’ dilihat mampu membantu murid menguasai pembelajaran. Pemilihan
platform bersesuaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi menarik minat
murid untuk hadir dan menguasai tajuk pengajaran. Bagi memastikan sikap dan motivasi murid sentiasa
berada dalam keadaan positif, guru perlu bijak menggunakan teknik dan kaedah pengajaran yang
bersesuaian. Pandemik Covid-19 memberikan impak yang sangat besar kepada orang ramai
terutamanya murid-murid sekolah kerana mereka tidak mahir dalam menguruskan emosi dengan baik.
Oleh itu, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni serta unsur kecindan bagi menarik perhatian murid
sepanjang proses PdPr berlangsung. Langkah ini secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi
murid-murid untuk terus kekal belajar secara dalam talian. Pemberian ganjaran dan pujian juga
merupakan salah cara yang boleh digunakan oleh guru. Kesimpulannya, penularan wabak Covid-19
perlu dilihat secara positif oleh guru-guru yang mana mereka perlu berusaha untuk menjadi lebih kreatif
dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran. Guru-guru perlu berani untuk berubah dengan
meningkatkan keupayaan mereka untuk mendidik seiring dengan kemajuan teknologi.
RUJUKAN
Abd Fattah, T., Yahya, F. H., Siraj, S., Kurniawan, H., & Zain, R. M. (2021). Need Analysis for
Development of Pedagogical Model Integration of Visualization Technology to Enhance Performance
in Geometry. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(2), 110-121.
Apfandi, N., Maarof, N. H., Zin, N. S. M., Joli, N. S., & Yusof, R. (2021). Kajian Amalan Penggunaan
Medium Atas Talian Oleh Pelajar Bagi Proses Pembelajaran Di Rumah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3),
285-295
Feng, F. L. Y., Fen, K. G., Liang, K. P., & Shin, L. H. (2021). KAEDAH PENGAJARAN DALAM
TALIAN GURU BAHASA MELAYU DAN MOTIVASI MURID SEKOLAH JENIS
KEBANGSAAN CINA SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (A View
into Online Teaching Methods of Malay Language Teachers and Students' Motivation in Primary
School during Movement Control Order). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1), 57-74.
Mahad, I., Magesvaran, U., & Hamzah, I. N. S. (2021). SIKAP DAN MOTIVASI MURID SEKOLAH
RENDAH TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM TALIAN SEPANJANG
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (Attitude and Motivation Primary School Student toward
Malay Language Online Learning During Movement Control Order). Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 11(1), 16-28.
Mustapah, J., & Rosli, R. (2021). Tahap Kepuasan Pembelajaran Matematik Atas Talian Semasa
Pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(4), 1-20.
Pramesti, P. (2021). Persepsi Mahasiswa terhadap Pembelajaran Daring di Politeknik LP3I Kampus
Utama Bandung (Studi Kasus Pada Mahasiswa di Mata Kuliah Archive Management). ATRABIS:
Jurnal Administrasi Bisnis (e-Journal), 7(2), 169-181.
PENGUASAAN “GOLF”
DALAM KALANGAN MURID 5 INOVATIF
DAPAT MENINGKATKAN PdPc PENDIDIKAN ISLAM
SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
SITI FAUZIAH BINTI MOHD NOH
SK Seri Samudera
[email protected]
NURSYAFIQAH LIYANA BINTI MOHD SHAFIQ ONG
SK Seri Samudera
[email protected]
MAZUWI BINTI SAPIIN
SK Seri Samudera
[email protected]
SURIA BINTI MUSTAPHA
SK Seri Samudera
[email protected]
Abstrak
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini telah merubah situasi semasa, terutamanya sektor
pendidikan di Malaysia. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan kepada murid lima
Inovatif. Pembelajaran secara fizikal terpaksa bertukar kepada pembelajaran secara dalam talian
disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tinjauan awal mendapati murid kurang menunjukkan
minat terhadap PdPc Pendidikan Islam melalui pengumpulan data secara pemerhatian.Tujuan kajian
dijalankan untuk mengetahui penguasaan google form sebagai kaedah PdPc bagi menggantikan kaedah
PdPc secara bersemuka. Kajian kuantitatif dan kualitatif ini mensasarkan seramai 35 murid 5Inovatif
terdiri 21 lelaki 14 perempuan. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap penguasaan pengetahuan 75%,
mahir 65 % , minat 95%, sikap 65%. Secara keseluruhanya hal ini menjelaskan bahawa majoriti murid
bersetuju bahawa google form dapat meningkatkan prestasi PdPc Pendidikan Islam. Melalui kajian ini
diharapkan google form dapat membantu murid menguasai hasil pembelajaran serta dapat menyumbang
kepada peningkatan prestasi murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sepanjang Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
Kata Kunci : Google Form, Pendemik Covid 19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
Pendidikan Islam, PdPc.
PENDAHULUAN
Pandemik COVID-19 telah membawa suatu perubahan yang besar kepada dunia kini dalam pelbagai
sektor dan industri. Antara perubahan besar yang terkesan akibat dari pendemik ialah sistem pendidikan
sesebuah negara. Hal ini boleh dilihat melalui perubahan medium pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang dilaksanakan kini.
Kini, sektor Pendidikan Islam di Malaysia turut memperlihatkan para guru Pendidikan Islam
mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Oleh itu, beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam dalam
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang pendemik COVID 19.
Justeru, melalui pembelajaran dalam talian, penglibatan guru, ibu bapa dan murid amat penting dalam
memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Ini bermakna, kemahiran guru dalam
menggunakan peralatan elektronik seperti komputer, internet, Microsoft PowerPoint, video serta
aplikasi dalam talian sangat diperlukan dalam memastikan murid mendapat kefahaman, minat dan
komitmen dalam sesi pembelajaran. Komunikasi antara guru dan ibu bapa sangat penting semasa
tempoh PKP ini untuk memastikan waktu murid di isi dengan sesuatu yang bermakna dan ilmiah.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Atas kesedaran dan ingin tahu dengan mendalam setelah permerhatian dan membuat muhasabah,
pengkaji mula merancang serta memberi fokus kepada penghasilan kajian terhadap murid 5 Inovatif.
Dalam kajian ini juga pengkaji ingin mengetahui adakah murid tahu, minat serta menunjukkan sikap
terhadap penggunaan google form dan kesan terhadap diri apabila menggunakannya semasa PdPc
Pendidikan Islam.
Hasil perbincangan dengan rakan sejawat melalui Professional Learning Community (PLC)
menggunakan medium google meet , pengkaji mengutarakan pandangan untuk melaksanakan kajian
tindakan terhadap murid 5 Inovatif untuk melihat sejauh mana keberkesanan google form dan kesannya
terhadap prestasi PdPc Pendidikan Islam. Dapatan perbincangan tersebut, mereka menyokong
sepenuhnya kajian ini perlu dilaksanakan lebih-lebih lagi di musim pendemik covid 19.
Kajian ini dijalankan untuk memastikan murid tahun 5 Inovatif dapat menguasai google form dengan
baik sejajar dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (2020). Pengajaran dan pembelajaran
di rumah (PdPR) secara dalam talian menggantikan pembelajaran secara bersemuka sepanjang
pandemik Covid-19 iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
OBJEKTIF UMUM KAJIAN
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan google form dalam usaha meningkatkan prestasi
PdPc Pendidikan Islam 5 Inovatif SK Seri Samudera.
OBJEKTIF KAJIAN
1) Murid tahu menggunakan google form.
2) Murid mahir, minat dan sikap menggunakan google form.
3) Murid dapat meningkatkan prestasi PdPc Pendidikan Islam
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
PERSOALAN KAJIAN
1) Adakah murid tahu menggunakan google form?
2) Adakah murid minat menggunakan google form?
3) Adakah murid dapat meningkatkan prestasi PdPc Pendidikan Islam
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
PENYATAAN MASALAH
Pendidikan Islam sering di ambil mudah dan di pandang sebagai mata pelajaran elektif sebilangan
murid. Hal ini kerana mereka menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam kurang penting. Mereka
mengangap mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai satu bebanan kepada mereka kerana terpaksa
berhadapan dengan pecahan bidang yang terdapat dalam mata pelajaran tersebut seperti
quran,aqidah,ibadah,adab jawi, sirah dan amali. Kajian dilakukan oleh (Kamarul Azmi et al., 2012)
mendapati Guru Pendidikan Islam menyampaikan pengajaran menggunakan 80% kaedah kuliah dan
syarahan dalam suatu masa diperuntukkan. Ini menyebabkan wujudkan elemen kebosanan, tiada
kefahaman, tidak dapat mengaitkan dengan situasi semasa, mengantuk dan hilang tumpuan di kalangan
pelajar. Ini disokong oleh kajian (Siti Marlina, 2013).
Sebagai contoh bidang tilawah Al-Quran mempunyai beberapa pecahan kemahiran yang perlu
dipelajari dan dikuasai seperti bacaan surah, hafazan,dan pengertian surah dan sebagainya. Ini
menyebabkan mereka terasa terbeban. Manakala hafazan pula memerlukan penumpuan yang penuh dan
teliti terhadap surah-surah yang di hafal berbeza dengan mata pelajaran yang lain.
IMPLIKASI KAJIAN
Kajian ini adalah memastikan agar murid 5 Inovatif menerima dan melaksnakan tugasan yang diberikan
oleh guru dengan menggunakan medium google form sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kajian ini juga memberi perhatian kepada kesannya terhadap prestasi PdPc Pendidikan Islam.
Bagi memastikan murid tidak keciciran dari mendapatkan pembelajaran dan pendidikan dalam tempoh
PKP, guru perlu mengharungi kebiasaan baharu atau lebih dikenali sebagai the new normal dalam
proses PdPc. Diharap kajian tindakan ini dapat menyelesaikan persoalan dan kesannya terhadap prestasi
PdPc Pendidikan Islam dalam kalangan 5 Inovatif sekaligus menjadikan mata Pelajaran Pendidikan
Islam di minati. Semoga kajian ini menjadi satu inovasi serta implementasi di peringkat Sekolah Rendah
dan Menengah sekirannya berlaku pendemik.
KAJIAN LITERATUR
Menurut KPM (2013), guru adalah penggerak kepada kesinambungan kurikulum. Dalam erti kata lain,
keberkesanan pengajaran diukur berdasarkan sejauh mana tercapainya objektif yang dirancang dan
dilaksankaan. Keberkesanan PdPc memerlukan kesediaan dari semua pihak dalam memastikan visi dan
misi pendidikan negara tercapai. Oleh itu, jelaslah bahawa keberkesanan PdPc Pendidikan Islam amat
bergantung kepada pengetahuan dan kesediaan guru untuk melaksanakan pengajaran menggunakan
teknik dan kaedah yang berkesan terutama penggunaan digital.
Banyak kajian telah dijalankan terhadap dalam penggunaan multimedia dan teknologi digital tetapi
tidak banyak kajian yang mengkhususkan kepada penggunaan aplikasi tersebut lebih-lebih lagi subjek
Pendidikan Islam.
Antaranya ialah kajian kesediaan guru Sains dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan
komputer dalam proses PdPc oleh Mohd Izham dan Noraini (2007) mendapati bahawa tahap kesediaan
guru Sains dari semua aspek yang dikaji adalah berada pada tahap sederhana manakala.kajian Sharifah
Nor dan Kamarul Azman (2011) juga menunjukkan kesediaan guru terhadap penggunaan ICT berada
pada tahap sederhana.
Sebagai kesimpulan Pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan akibat daripada perkembangan
Revolusi Industri 4.0. Revolusi Industri merupakan satu bentuk kemajuan dalam peradaban dan
ketamadunan manusia (Mohamad, 2018). Revolusi Industri 4.0 adalah berkait rapat dengan aplikasi
teknologi moden. menurut Djamilah &Lazwardi (2020), Salah satu web yang mudah diakses,
sederhana, dan cukup baik untuk dikembangkan sebagai alat untuk para pengajar maupun pelajar dalam
proses pembelajaran iaitu Google Form khususnya dalam kajian ini.
METODOLOGI
Dalam kajian ini pendekatan digunakan adalah kualitatif dan kuantitatif. Bagi pendekatan kualitatif
pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian (Bogdan & Baikun 2003; Merriam 1988) manakala
pendekatan kuantitatif instrumen soal selidik digunakan (Mohd Sheffie,1991). Soal selidik yang
digunakan mengandungi enam soalan.
INSTRUMEN KAJIAN
Pemerhatian
Pemerhatian terhadap murid semasa proses (PdPc) dalam talian secara langsung contohnya
pengedarkan tugasan secara word murid kurang berminat dan menunjukkan respon yang tidak
memberansangkan. Bagi menarik perhatian murid ,pengkaji telah merancang aktiviti dengan
mewujudkan tugasan-tugasan yang berbentuk google form, kemudian dihantar group telegram 5
Inovatif. Namun demikian aktiviti ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan sedia ada
murid tentang penguasaan google form. Tempoh masa yang diambil sepanjang tempoh Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Soal selidik
Satu kajian soal selidik menggunakan flatform google form dilinkkan
(https://forms.gle/fiRAAzqT7iJUhhSf6) kemudian di hantar ke aplikasi telegram 5 Inovatif bagi
membolehkan murid merespon kajian tersebut.
PESERTA KAJIAN
Peserta kajian terdiri 35 orang murid 5 Inovatif 21 lelaki dan 14 perempuan. Kesemua murid tersebut
mempunyai gajet dan email.
Rajah 1 (Model Lewim, 1948)
Dalam kajian ini rajah 1 digunakan untuk mengenal pasti fokus isu yang menjadi keperihatinan.
Pengumpulan data awal bagi mengesahkan dan mengenal pasti isu sebenar.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Pemerhatian
Rajah 2 : (Menunjukkan pemerhatian ke atas Link Google Form)
Berdasarkan pemerhatian terhadap google form yang telah dilinkkan ke kumpulan sasaran mendapati
murid telah terima dan melihat tugasan di hantar. ini dibuktikan dengan melihat simbol atau icon
“MATA” menunjukkan setiap kali tugasan di hantar melalui google form mencapai seratus lebih kali di
lihat oleh murid. Hal ini menunjukkan bahawa segala tugasan diterima tanpa gagal. Oleh yang demikian
google form sangat membantu murid sepanjang PdPc (PKP) berlangsung, malahan murid dapat
memberit tumpuan dan kerjasama serta seronok bersama-sama rakan sekelas dalam talian.
Soal Selidik
Rajah 3 (Menunjukan Colum dan Carta Pie Respon Kajian Penguasaan Google Form)
Hasil kajian soal selidik yang telah dilinkkan dalam telegram 5 Inovatif mendapati seramai 20 daripada
35 orang murid telah memberi respon dan maklum balas. Respon berbentuk soalan tertutup dan terbuka
(Bebas mengemukan pandangan) telah di respon. Dapatlah dirumuskan bahawa seramai 15 (75.%)
merspon “tahu” 5 (25%) “Tidak Tahu” manakala 13 (65%) “Mahir” , 7 (35.%) “Tidak Mahir”, 19 (95%)
“Minat”, 1 (5%) “Tidak Minat”, 13 (65%) “Berubah”, 7 (35%) “Tidak Berubah”, 10 (50%) memberi
tahap penguasan 5, 7 (35%) 4 dan 3 (15%) 3. Sementara soalan memberi pandangan rata-rata menjawab
“Seronok”. Secara keseluruhanya hal ini menjelaskan majoriti murid bersetuju google form dapat
meningkatkan prestasi PdPc Pendidikan Islam.
Jadual 1 (Menunjukkan Bilangan Soalan, Murid,Serta Peratusan Sasaran 5 Inovatif)
Bil Soalan Bil Murid Perkara Peratus %
Tahu 75%
1 Adakah anda tahu menggunakan google 15 25%
Tidak Tahu 65%
form? 5 Mahir 35%
95%
2 Adakah anda mahir menggunakan 13 Tidak Mahir 5%
Minat 65%
google form? 7 35%
Tidak Mint 50%
3 Adakah anda minat menggunakan 19 Berubah 35%
15%
google form? 1 Tidak Berubah 100%
TP5
4 Adakah sika panda berubah bila 13 TP4
TP3
menggunakan google form? 7
Seronok
5 Tahap penguasaan anda bila 10
menggunakan google form?. 7
3
6 Huraikan pengalaman dan penguasaan 20
anda bila menggunakan google form
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP)?
Daripada paparan maklumat dalam jadual di atas, penyertaan kumpulan sasaran 5 Inovatif, secara
keseluruhanya, 20 daripada 35 orang murid merespon soal selidik. Maka dapatlah dirumuskan 75%
murid tahu, 65% mahir menggunakan google form sementara 95% murid menyatakan minat dan 65 %
berubah apabila menggunakan google form. Manakala tahap penguasaan 50% TP5, 35% TP4 dan 15%
TP3, 100% menyatakan seronok. Walaubagaimana pun bagi murid yang belum menguasai akan diberi
pendedahan secara berskala, bimbingan serta tutorial berterusan.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan hasil kajian yang telah dijalankan melalui pemerhatian, serta soal selidik dalam
telegram, kajian ini telah menjawab persoalan dan objektif. Murid tahu dan mahir, minat dan sikap
terhadap penguasaan google form semasa PdPc Pendidikan Islam, secara tidak langsung memberi kesan
positif dan dapat meningkat prestasi mereka. Mereka lebih yakin berada bersama rakan sekelas
melakukan aktiviti PdPc secara dalam talian semasa di rumah menggantikan kaedah PdPc secara
bersemuka. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan menjadi satu alasan bagi murid 5 Inovatif untuk
tidak mengikuti PdPc Pendidikan Islam.
IMPLIKASI KAJIAN
Terhadap Peserta Kajian
Hasil pemerhatian yang ditunjukkan oleh murid sebelum pelaksanaan kajian ini menunjukkan
pengetahuan dan mahir minat terhadap peningkatan prestasi PdPc Pendidikan Islam kurang
membanggakan. Namun apabila di minta untuk melibatkan diri dalam kajian ini murid memberi
kerjasama yang jitu. 20 daripada 35 orang murid telah mewakili 5 Inovatif dengan memberi respon
perspektif positif, sekaligus meningkatkan pengetahuan, mahir, minat dan sikap sekaligus dapat
meningkatkan prestasi PdPc Pendidikan Islam Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Terhadap Amalan Kendiri
Melalui google form satu perubahan telah ditunjukkan oleh murid dari segi penguasaan dan minat
terhadap PdPc Pendidikan Islam murid rasa diberi perhatian serta yakin bersama rakan-rakan yang lain
di dalam talian . Murid juga memberi kerjasama dalam semua aktiviti yang dirancang, malah tidak rasa
tertekan mengikuti setiap aktiviti, serta berani mencuba walaupun melakukan kesilapan pada awalnya.
Terhadap Kurikulum
Kajian ini menunjukkan pengajaran dan pembelajaran melalui google form berpotensi untuk
meningkatkan PdPc Pendidikan Islam di samping meningkatkan keyakinan murid untuk menguasai
objektif pembelajaran.
RUMUSAN
Jika pelajar lebih tertarik kepada facebook berbanding portal e-pembelajaran maka google form juga
mampu dijadikan platform untuk pembelajaran ianya dapat membantu menguasai hasil pembelajaran.
Jelas bahawa keupayaan memberikan khidmat pendidikan yang terbaik kepada murid semasa wabak
COVID 19. Semoga perkongsian ini dapat membantu buat guru-guru bagi memastikan murid tidak jauh
ketinggalan dan keciciran. Diharap kajian ini dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi murid
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
RUJUKAN
bin Othman, M. S., bin Abd Latif, M. A., & bin Husin, A. Z. (2021). CABARAN DAN HALANGAN
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM YANG
MENGINTERGRASIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI. Jurnal Penyelidikan
Dedikasi, 17, 150-168.
Lubis, M. A., Hassan, W. N. S. W., & Hamzah, M. I. (2017). Tahap pengetahuan dan kesediaan guru-
guru pendidikan Islam sekolah menengah di Selangor terhadap penggunaan multimedia dalam
pengajaran pendidikan Islam. ASEAN COMPARATIVE EDUCATION RESEARCH JOURNAL ON
ISLAM AND CIVILIZATION (ACER-J). eISSN2600-769X, 1(1), 1-13.
Mulatsih, B. (2020). Penerapan aplikasi Google Classroom, Google Form, dan Quizizz dalam
pembelajaran kimia di masa pandemi Covid-19. Ideguru: Jurnal Karya Ilmiah Guru, 5(1), 16-26.
Mulyadi, E. (2020). Pembelajaran Daring Fisika Melalui WhatsApp, Google Form, dan Email Dalam
Capaian Presensi Aktif Dan Hasil Belajar Peserta Didik. Ideguru: Jurnal Karya Ilmiah Guru, 5(1), 34-
41.
Parinata, D., & Puspaningtyas, N. D. (2021). Optimalisasi Penggunaan Google Form terhadap
Pembelajaran Matematika. MATHEMA: JURNAL PENDIDIKAN MATEMATIKA, 3(1), 56-65.
Lestari, W. I., & Putra, E. D. (2020). Efektivitas Pembelajaran Matematika Menggunakan Media
Pemberian Tugas Google Form Di Masa Pandemi Covid-19 Terhadap Hasil Belajar Siswa. Laplace:
Jurnal Pendidikan Matematika, 3(2), 129-141.
Daniati, D., Ismanto, B., & Luhsasi, D. I. (2020). Upaya Peningkatan Motivasi dan Hasil Belajar
Mahasiswa dengan Penerapan Model Pembelajaran E–Learning Berbasis Google Classroom pada Masa
Pandemi Covid-19. Jurnal Kependidikan: Jurnal Hasil Penelitian Dan Kajian Kepustakaan Di Bidang
Pendidikan, Pengajaran Dan Pembelajaran, 6(3), 601-608
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID PEMULIHAN KHAS TAHUN 2
MEMBACA PERKATAAN DIGRAF DENGAN MENGGUNAKAN ‘KIT IQ’
OLEH
HASLINA BINTI SANUSI
[email protected]
NOR HASINAH BT HUSIN
[email protected]
ROEJALINA BINTI AHMAD JAWAWI
[email protected]
NURUL WAHIDA BINTI AHMAD SOBRI
[email protected]
SK SERI SAMUDERA
32040 SERI MANJUNG PERAK
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid pemulihan khas meningkatkan kemahiran menguasai suku
kata dan mengeja perkataan digraf dengan tepat dan cepat. Sasaran 4 orang murid pemulihan. Tinjauan
awal dibuat melalui ujian pra dan pemerhatian didapati murid hanya berada pada Konstruk 1(K1) dan
Konstruk 2(K2) sahaja kurang berminat dan tercicir dalam menguasai isi pelajaran. Latihan bertulis
menunjukkan mereka banyak melakukan kesilapan ketika mengeja disebabkan gagal menguasai suku
kata. Oleh itu, “KIT IQ” telah diperkenalkan kepada murid sebagai satu cara untuk mengatasi masalah
ini. Keberkesanan penggunaannya memberi impak yang cukup positif dan amat berkesan bagi
mengatasi masalah membaca dan menulis. Kaedah nyanyian boleh meningkatkan ingatan murid untuk
menghafal manakala muzik pula membantu kanak-kanak dalam mengembangkan kemahiran
mendengar serta ingatan kanak-kanak. Intervensi berjaya meningkatkan penguasaan murid 100%
membaca perkataan dan mengingat suku kata . Diharap “KIT IQ” dapat membantu pengguna dan
disebarluaskan ke seluruh Malaysia.
Kata Kunci : ‘KIT IQ’, mengeja, membaca perkataan murid Pemulihan.
PENDAHULUAN
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid pemulihan meningkatkan kemahiran menguasai
perkataan yang mengandungi digraf yang melibatkan 4 orang murid pemulihan. Tinjauan awal
dibuat melalui ujian dan pemerhatian didapati murid hanya berada pada Konstruk 1(K1) dan
Konstruk 2(K2) sahaja . Oleh itu, “KIT IQ” telah diperkenalkan kepada murid sebagai satu
cara untuk mengatasi masalah ini. Kaedah nyanyian(Rabiatul Adawaiyah) boleh meningkatkan
ingatan murid untuk menghafal fakta. Muzik dapat membantu kanak-kanak dalam
mengembangkan kemahiran mendengar dan ingatan kanak-kanak(Aizenman,Gold dan
Sekular,2013). Intervensi ini telah berjaya meningkatkan penguasaan murid membaca
perkataan digraf. Gaya pembelajaran murid terutama di peringkat sekolah rendah perlu diberi
penekanan oleh guru bagi menjamin keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran (PdP)
lebih-lebih lagi kepada murid yang kurang berminat dan tercicir dalam menguasai isi pelajaran
seperti yang terkandung di dalam Teori Gaya Pembelajaran (VAK) Visual, Auditori,
Kinestetik. Pengkaji amat sensitif akan permasalahan ini dan telah menghasilkan intervensi
‘KIT IQ.’ Tujuannya untuk membantu murid mengingat suku kata digraf ini kerana masalah
yang timbul berpunca daripada murid mudah lupa akan apa yang telah dipelajari dan suku kata
digraf juga merupakan kemahiran yang paling sukar bagi murid kami. Latihan bertulis
menunjukkan mereka banyak melakukan kesilapan ketika mengeja disebabkan gagal
menguasai suku kata. Sebelum sampai pada kemahiran ini kami perlu memastikan murid
menguasai K1-K8 dahulu. Pengajaran secara nyanyian suku kata digraf sehingga menguasai
dan penggunaan ‘KIT IQ’ ketika bersemuka dapat mengatasi pemasalahan kajian kami.
KAJIAN LITERATUR
Menurut Piaget, perkembangan intelektual kanak-kanak tidak bergantung kepada pengajaran secara
langsung orang dewasa. Sebaliknya, perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi antara
dua faktor utama iaitu faktor keturunan (baka) dan faktor persekitaran. Kanak-kanak lahir dengan
kebolehan mental semula jadi untuk belajar. Piaget percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi.
Interaksi mereka dengan persekitaran semasa membesar membantu mereka mencipta dengan sendiri
tanpa pertolongan orang dewasa, pengetahuan atau skema. Pengetahuan baru sentiasa menggantikan
skema yang lama dalam proses yang dikenali sebagai asimilasi, akomodasi dan ekuiliberasi. Piaget juga
menekankan bahawa perkembangan intelektual menguasai semua aspek perkembangan yang lain
seperti emosi, sosial dan moral. Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui
pengalaman dan melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan
merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk
membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Maka, dari
keseluruhannya, kami telah mendapati bahawa Dengan itu kami menggunakan intervensi ini
dalam pengajaran dan pembelajaran kami, kami yakin bahan kami membantu subjek kajian
menguasai suku kata digraf dengan lebih cepat dan efektif.
REFLEKSI
Saringan linus 2020 mendapati 17% murid Tahun 2 tidak boleh membaca. Ini kerana keupayaan
kognitif yang rendah menyebabkan kesukaran menyimpan maklumat dan mengingat semula menjadi
faktor utama mereka mudah lupa terhadap isi pelajaran yang telah diajar. Murid ini adalah murid yang
berada pada K1 dan K2. Selain itu mereka juga tidak dapat memberi tumpuan terhadap pengajaran
guru terutamanya ketika mengeja perkataan yang mengandungi digraf walaupun telah diajar
berulangkali.
Berdasarkan temubual dengan guru tahap dua dan guru mata pelajaran pengkaji mendapati bahawa
30% guru memaklumkan bahawa murid-murid yang masuk Tahap Dua membuat kesilapan ejaan ketika
membina ayat mudah terutamanya dalam mengeja perkataan yang mengandungi digraf contohnya:
Ali menapu sampah di halaman rumah.
Ali meyapu sampah di halaman rumah.
Contoh 2
Kakak meyiram pokok
Kakak menonton televisen
Contoh 3
nyana kha ka nga ga
Pengkaji telah menjalankan kajian dan melaksanakan intervensi ‘KIT IQ’ untuk mengatasi masalah
ini.
FOKUS KAJIAN
1. Meningkatkan penguasaan murid dalam mengeja perkataan.
2. Menekankan pada suku kata.
3. Memastikan murid menulis perkataan dengan betul.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Meningkatkan kemahiran mengeja suku kata dan perkataan digraf.
2. Meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid pemulihan.
3. Meningkatkan keyakinan murid atas keupayaan diri.
KUMPULAN SASARAN
4 orang murid Pemulihan Khas Tahun 2 yang berada pada awalnya dalam Konstruk 1 dan Konstruk 2.
Murid ini terdiri daripada 3 orang murid perempuan dan seorang murid lelaki.
PELAKSANAAN KAJIAN
Dalam kajian ini menggunakan Model Kurt Lewin (1946-1948) untuk mengenal pasti dan menangani
masalah yang wujud melalui pengumpulan data.
Kemahiran Digraf berada pada Konstruk 9,dengan itu sebelum sampai pada kemahiran digraf kami
perlu memastikan murid menguasai Konstruk 1-Konstruk 8 dahulu.
Contoh suku kata digraf yang perlu dihafal ialah:
nya nyi nyu nye nyo
nga ngi ngu nge ngo
ngun ngat ngit ngan nyet
kha khi khu khe khat
sya syi syu syak tra kra
Murid tidak perlu hafal semua suku kata digraf, hanya yang guru berikan sahaja untuk membantu
mereka mengingat.Terlalu banyak isi pelajaran menyebabkan murid tertekan dan hilang minat untuk
belajar. `Kit IQ’ menarik minat kerana murid hanya perlu menghafal sedikit sahaja suku kata.
Papan litar pula di sambungkan dengan alat mainan dan mentol. Permainan ini dapat menarik minat
murid kerana kanak-kanak dan mainan tidak dapat dipisahkan walaupun zaman multimedia ini kita
tidak boleh menafikan keinginan kanak-kanak bermain dengan alat mainan.
Pelaksanaan ketika PDPR
Murid ikuti video suku kata secara nyanyian dan kemudian merakam video ejaan seperti yang guru
arahkan. Latihan di hantar dalam Telegram kepada guru.
PELAKSANAAN KAJIAN-INTERVENSI
INTERVENSI-`KIT IQ’
1. Kaedah nyanyian membolehkan murid mengingat suku kata.
2. Penggunaan set `Kit IQ’ iaitu mengandungi kad-kad suku kata,papan litar Muzik dan
Mentol.
PELAKSANAAN KAJIAN-INTERVENSI-INOVASI
1. Murid diperkenalkan dengan `KIT IQ’ yang mengandungi set suku kata yang terpilih, papan
litar Muzik/Mentol ketika bersemuka pada bulan Mac-Mei. Kad sukukata boleh diubah dan
ditukar pada papan litar. Murid perlu memadankan suku kata menjadi perkataan digraf.
Muzik/Mentol akan berbunyi/menyala sekiranya jawapan betul.
2. Latih tubi ejaan dengan bahan daripada powerpoint.(Ketika PDPR)
3. Latih tubi berterusan dan penekanan terhadap ejaan bertulis untuk mengatasi
kelemahan murid.
4. Fokus pada suku kata penting sahaja untuk membantu murid yang tidak berupaya
mengingat terlalu banyak isi pelajaran.
5. Latihan ejaan secara imlak melalui video guru dan Voice Chat serta rakaman video
ejaan melalui melalui medium whatsapp dan telegram ketika PDPR pada Mei-Julai.
PELAKSANAAN KAJIAN-INTERVENSI
1. Nyanyian suku kata ketika bersemuka.(Mac-Mei)
2. Murid diperkenalkan dengan `KIT IQ’ yang mengandungi set suku kata yang terpilih.
(Mac-Mei)
3. Latihtubi ejaan dengan bahan daripada powerpoint.(PDPR Jun-Julai)
4. Latihan ejaan ketika PDPR.
5. Mengatasi kesalahan membatangkan suku kata iaitu eja lain bunyi lain contoh:
-bangau jadi tungau.
-Penyu jadi Penu
DAPATAN KAJIAN
Penilaian Prestasi melalui latihan/kerja rumah,ujian Pra ,Ujian Pos dan Saringan 2 Linus. Hasil dapatan
yang diperolehi terdapat perbezaan ketara dalam:
⬩ Keputusan ujian pos
⬩ Keputusan Saringan 2 Linus. Murid terlibat melepasi saringan tersebut.
Impak kepada diri
Selepas kami melaksanakan intervensi ini kami dapati:
Objektif Kajian Tindakan kami telah tercapai.
Data Pemulihan Khas dapat dikurangkan.
Beban berkurangan dalam membina BBM kerana intervensi ini membantu murid boleh
membaca dengan cepat.
Impak kepada murid
Murid lebih yakin dan cepat mengingat.
Reaksi positif ibu bapa, murid dan guru kelas.
Peningkatan pencapaian murid melalui latihan bertulis,rakaman video murid,ujian pos dan
saringan Linus.
Perubahan tingkah laku murid yang aktif,berkeyakinan dan bermotivasi..
Murid boleh membaca suku kata dengan lancar tanpa bantuan melalui rakaman video murid
ketika PDPR.
Tiada kesalahan dalam mengeja perkataan digraf ketika guru menguji melalui video call.
PENUTUP
Kesimpulannya melalui penggunaan “Kit IQ” semua murid telah melepasi saringan Linus dan
boleh membaca dengan baik. “KIT IQ” berjaya meningkatkan pencapaian murid kerana ia
memberi fokus pada suku kata penting sahaja untuk membantu murid yang tidak berupaya
mengingat terlalu banyak isi pelajaran. Latih tubi berterusan dan penekanan terhadap suku kata
dapat mengatasi kelemahan murid.Kami bercadang untuk berkongsi penggunaan pelan intervensi
ini dengan guru lain dan murid yang memerlukan.
BIBLIOGRAFI
Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis Panduan Kursus Penyelidikan Tindakan Maktab
Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Carol Turkington and Joseph R. Harris, (2003).Understanding
Learning Disabilities. Checkmark Books: New York.
Jabatan Pendidikan Khas.(1999),Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan
Khas(Masalah Penguasaan 3M):Kementerian Pelajaran Malaysia.
K. A Razhiyah, 2006. Mengapa Kanak-kanak Sukar Belajar:Kuala
Lumpur, Malaysia : PTS ProfessionalSdn Bhd.
Kusumawarti, E., & Subiyantoro, S. (2020). The Effectiveness of
Visualization, Auditory, Kinesthetic (VAK) Model toward Writing
Narrative: Linguistic Intelligence Perspective. International Journal of
Instruction, 13(4), 677-694.
Nik Eliani Nik Nawi &Othman Ahamad.(1999)Bacalah Anakku,Kota Bharu:One Stop
Language & Computer Consultancy.
Zamhuri Haji Ahmad.(2005)Asbalis 3,Ipoh:Percetakan Zainon Kassim Sdn. Bhd.
LAMPIRAN
PENYELIDIKAN PINANG 2022
PINANG IPGKPP <[email protected]>
Rab, 23 Mac,
2:32 PG
kepada abizan, akmal_arif19, chicahfelicia, g-49508803, g-50026535, g-60246378, g-
63263036, g-
96212548, hemarani, hsdesamanjung, mohdafifi, nnadiahholic, norhuwaidaayob, norlieashikin,
norlizawatybaharin, raynertangkui, sirchin87, sirosa77, saya, sures_2032, weiwei524, yattfaez
ahaziz, yusufaisyah87, zimah.nora06
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Penyertaan YBrs Dr/Datin/Tuan/Puan telah diterima untuk dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan STEM Digital PINANG
2022 Peringkat Kebangsaan pada 11-12 Mei 2022. Berikut merupakan maklumat lengkap tentang penyertaan YBrs
Dr/Datin/Tuan/Puan.
Mod Pembentangan: Maya
Subtema: Pedagogi
Kod kertas penyelidikan: B4PM
Bersama-sama dengan ini dilampirkan dokumen-dokumen berikut untuk tindakan lanjut dari semua peserta Seminar
Penyelidikan STEM Digital PINANG 2022 Peringkat Kebangsaan.
a) Google Form penghantaran video pembentangan, kertas penyelidikan lengkap (mengikut format yang telah ditetapkan
oleh pihak penganjur) serta pautan kepada video pembentangan. Sila lengkapkan Google Form ini selewat-lewatnya 6 April
2022.
Pautan Google Form: https://forms.gle/XebQnisqMpS9t2ss9
b) Template kertas penyelidikan lengkap (juga boleh diakses melalui bahagian Garis Panduan Penyelidikan di laman web
rasmi PINANG 2022 www.pinang2022.my).
c) Buku Panduan Peserta Seminar Penyelidikan STEM Digital PINANG 2022 Peringkat Kebangsaan.
d) YBrs Dr/Datin/Tuan/Puan juga adalah dijemput untuk menyertai kumpulan telegram Seminar Penyelidikan STEM Digital
PINANG 2022 Peringkat Kebangsaan melalui pautan https://t.me/+On6BgI5Y8c04ZDdl bagi mempermudahkan komunikasi
antara penganjur dengan semua peserta Seminar Penyelidikan STEM Digital PINANG 2022 Peringkat Kebangsaan.
Selamat Datang ke Seminar Penyelidikan STEM Digital PINANG 2022 Peringkat Kebangsaan.
Penyelaras Penyelidikan
Seminar Penyelidikan STEM Digital PINANG 2022 Peringkat Kebangsaan.