The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by stfau06, 2022-04-20 10:36:28

KOLEKSI INOVASI SKESES

INOVASI KEBANGSAAN

1

ISI KANDUNGAN

Tinta Pen

En. Mohamad Akhir bin Abdul Latif. PPT
Pegawai Pendidikan Daerah Manjung.
En. Mohd Marzuki Bin Abdul Ghani
Timbalan PPD Pembelajaran
PPD Manjung.
Pn. Saimah Binti Hj Ugoh
School Improvement Specialist Coach (SISC + Tvet)
Pegawai Meja Guru Cemerlang
En. Shahril Bin Othman
Guru Besar SK Seri Samudera
Barisan Pentadbir Dan Pembentang
KIT IQ................................................................................................................................8-114
KIT EGGRO. ........................................................................................................... 15-22
K.A.S.U.T. M.L. ...................................................................................................... 23-29
I - ELIT ..............................................................................................................................30-33

LAMPIRAN

2

Tinta pena

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya, berkat kerjasama semua pihak
khususnya Pasukan INOVASI SKESES terdiri dari Guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sains, Pendidikan Islam dan Pemulihan, hasil bimbingan dan sokongan En. Shahril bin Othman Guru
Besar SK Seri Samudera maka terhasilah KOLEKSI INOVASI SKESES.

Adalah menjadi hasrat utama saya untuk melahirkan guru yang berkualiti tinggi,guru kompeten dan
berinspirasi tinggi mengaplikasi konsep dan amalan PdPc terbaik membangunkan kepakaran dalam
melahirkan modal insan yang unggul. Justeru amalan terbaik inovasi dan dapat merefleksi
keberkesanan strategi pendekatan teknik dan kaedah dalam PdPc guru.

Dengan adanya inisiatif ini, kita telah menyediakan satu wadah kepada warga pendidik untuk meneroka
dan mencetus idea-idea amalan terbaik yang boleh dikongsi oleh warga pendidik untuk merealisasikan
3asrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Akhir kalam, saya mohon semua pendidik dapat memanfaatkan buku ini sepenuhnya. Banyak kajian
dibuat boleh dijadikan sebagai panduan dalam membangunkan guru yang berkualiti.

Sekian , terima kasih.

Blessed the Almighty Allah for giving His blessings as well as a heartfelt gratitude to all parties
involved especially the Innovation Team of SKESES which consists of the Malay Language, English
Language, Mathematics, Sciences, Islamic Education and Remedial teachers. Together with Encik
Shahril bin Othman, the Headmaster of SK Seri Samudera who has consistently provided support and
guidance throughout the completion of the SKESES Innovation Collection book.

It is my main aspiration to produce high quality, competent and inspirational teachers who uphold the
best teaching concepts and practices in their teachings with an aim to help nurturing quality human
capital. With that in mind, it is important for teachers to seek for innovation in their best practices and
being able to reflect the effectiveness of the strategies applied in their teaching approaches and methods.

With this initiative, we have provided a platform for teachers to explore and generate the best practices
ideas that can be shared in realizing the desired aspirations per the Malaysia Education Blueprint 2013-
2025.

In conclusion, I seek the cooperation of all teachers to refer to this book and apply the best practices of
innovation accordingly as it has many studies and guides to help the teachers in delivering quality
teaching.

Thank you.

En. Mohamad Akhir Bin Abdul Latif. PPT
Pegawai Pendidikan Daerah Manjung.

3

Tinta pena

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah dan kurnia-Nya, Tahniah dan sekalung
penghargaan diucapkan kerana berjaya menerbitkan buku KOLEKSI INOVASI SKESES di bawah
bimbingan dan sokongan En. Shahril Bin Othman, Guru Besar SK Seri Samudera.
Seperti sedia maklum kajian tindakan merupakan amalan terbaik guru-guru untuk melahirkan guru yang
berkualiti tinggi, kompeten dan beraspirasi tinggi dalam mengaplikasi konsep dan amalan PdPc terbaik
serta membangunkan kepakaran untuk melahirkan modal insan yang unggul.
Saya sangat berbesar hati dan mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam penghasilan
INOVASI sehingga berjaya menerbitkan Koleksi Inovasi SKESES. Semoga usaha murni dan inisiatif
terpuji guru-guru SK Seri Samudera khususnya Pasukan INOVASI SKESES beroleh ganjaran yang
setimpal.

Sekian, terima kasih.

All praises due to Allah, The Most Gracious and The Most Merciful for His countless blessings.
Congratulations to SK Seri Samudera for successfully publishing SKESES Innovation Collection book
with the guidance and support of Encik Shahril bin Othman, the Headmaster of SK Seri Samudera.
As far as we are all known, an action research functions as the best practice in producing high quality,
competent and highly aspiring teachers who are able to convey the best concepts and practices in their
teaching. This initiative eventually develops expertise in producing quality human capital.
Therefore, I am very honored to congratulate all the participating teachers who have produced
innovations in their teaching along with the publication of this book. Hopefully, the praiseworthy
initiatives and efforts of SK Seri Samudera teachers, especially SKESES Innovation Team, will be
rewarded accordingly.

Thank you.

En. Mohd Marzuki Bin Abdul Ghani
Timbalan PPD Pembelajaran
PPD Manjung.

4

Tinta pena

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Bismillahirahmanirahim, Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapat kita meneruskan usaha bagi meningkatkan pencapaian pendidikan anak-anak kita demi masa
depan Malaysia yang lebih gemilang. Bagi mendepani cabaran abad ke-21 yang lebih rencam dan
semakin kompleks, pastinya ilmu, kemahiran dan nilai yang bersesuaian perlu dibekalkan kepada para
guru untuk mendidik generasi Alpha Malaysia. Berkat kesungguhan pasukan guru-guru SK Seri
Samudera di bawah peneraju En. Shahril Bin Othman , guru besar SK Seri Samudera maka terhasillah
buku yang bertajuk Koleksi Inovasi SKESES. Buku ini adalah titipan karya yang dihasilkan oleh warga
pendidik SKESES terdiri daripada barisan kepimpinan pengurusan sekolah dan guru-guru. Semoga
dengan terhasilnya buku ini, dapat lagi menyemarakkan perkongsian ilmu di kalangan guru-guru yang
mungkin boleh dijadikan panduan dan rujukan semua .
Akhir kata,Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua pasukan Inovasi SKESES terutamanya
berjaya menghasilkan buku KOLEKSI INOVASI SKESES.
Tahniah Cikgu,
Sekian, Terima Kasih.

Pn. Saimah Binti Hj Ugoh
School Improvement Specialist Coach (SISC + Tvet)
Pegawai Meja Guru Cemerlang

5

Tinta pena

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Syukur ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita berjaya menerbitkan buku
Koleksi Inovasi SKESES buat julung-julung kalinya di SK Seri Samudera. Dalam buku ini
menghimpunkan amalan-amalan terbaik Kajian Tindakan yang dilakukan Pasukan INOVASI SK Seri
Samudera.
Saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua guru SK Seri Samudera khususnya
Pasukan INOVASI SKESES yang begitu komited dan berusaha gigih bagi melahirkan inovasi daripada
kajian tindakan yang telah dijalankan. Semangat yang ditunjukkan memberikan inspirasi kepada rakan-
rakan guru yang lain untuk turut berkarya khususnya menghasilkan inovasi.
Diharapkan koleksi ini akan dapat menjadi rujukan kepada sesiapa sahaja bagi kajian atau penggunaan
masa hadapan. Penghasilan bahan ilmiah yang baik dan berkualiti akan membantu ke arah kemenjadian
murid.

Sekian, terima kasih.

En. Shahril Bin Othman
Guru Besar SK Seri Samudera

6

Barisan Pentadbir SKESES

Pn. Fauziah Binti Abd Ghani Pn. Sarina Binti Safari Pn. Jamalina Binti Samsudin
Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Hem Penolong Kanan Kokurikulum

Tajuk Dan Pembentangan Inovasi

Bahasa Arab

Narimah Abyad Binti Arshad (Ketua)
Norsyafiqah Liyana Binti Mohd Shafiq Ong
Mazuwi Binti Sapin
Siti Fauziah Binti Mohd Noh
Nor hasliza Binti Hasan Basri

7

KIT IQ

PENERANGAN INOVASI PDPC DIDIK HIBUR: Foto pencipta:
(SAMNOVA2022-057) KIT IQ

1. Biodata Pencipta Inovasi
Latar belakang pencipta:
Haslina Binti Sanusi bertugas di SK Seri Samudera, Manjung Perak.
Pengalaman mengajar 27 tahun dalam Mata Pelajaran Pemulihan
Khas. Pencapaian akademik tertinggi Ijazah Sarjana Muda
Kesusasteraan(Sejarah).Guru Inovatif Negeri Perak Tahun
2007Jurulatih Kebangsaan 2016-2017 dan Guru Inovatif Sambutan
Hari Guru Daerah Manjung Tahun 2008.Jurulatih Negeri dan Daerah
2016-kini.Anugerah Perkidmatan Cemerlang 2003 dan 2016.

2. Idea dan Inovasi Inovasi Permainan Didik hibur ini adalah berfokuskan kepada
Autentik kemahiran mengeja suku kata dan perkataan bagi murid yang
tidak menguasai 2M. Inovasi ini adalah penambahbaikan
3. Mekanik Gamifikasi daripada inovasi Double Spell yang direka oleh pencipta ketika
menyertai Anugerah Gemilang Akademik Negeri Perak yang
telah meraih Johan Guru Inovatif pada Tahun 2007 . Ia amat
membantu murid mengingati suku kata dan membina
perkataan bermakna.Murid boleh mengeja dengan betul
secara lisan dan bertulis bagi setiap perkataan yang diuji
sehingga dapat membaca dengan lancar.

Syarat permainan:
1.Murid yang ingin menyertai permainan ini perlulah
menguasai kemahiran yang telah guru ajarkan pada waktu
PDPc. Bagi yang belum menguasai kemahiran mereka tetap
diberi peluang untuk mencuba tetapi mengikut tahap
pencapaian mereka ketika itu.
2.Murid dibekalkan dengan papan yang dilengkapi litar dengan
alat mainan dan mentol.Papan ini merupakan satu tapak
permainan memadan yang sesuai digunakan untuk semua
kemahiran.
3.Permainan adalah sesuai untuk semua tahap murid.
4.Permainan terdiri daripada aktiviti memadan suku kata
menjadi perkataan yang betul. Ketika bermain seandainya
jawapan yang dipadankan betul muzik akan berbunyi atau
mentol akan menyala.Sekiranya jawapan salah muzik tidak
berbunyi dan mentol tidak menyala.
5.Pencatat markah akan merekodkan markah yang diperolehi.
6.Pemain yang berjaya menyelesaikan tugasan atau paling
banyak menjawab dengan betul dalam tempoh masa yang
ditetapkan akan dikira sebagai pemenang dan mendapat
ganjaran iaitu boleh menyertai permainan seterusnya.Bagi
pemain yang kalah perlu berada diruangan interpersonal untuk
menghafal semula semua suku kata dengan kaedah nyanyian.
7.Pemenang juga turut akan diberikan sticker. Murid yang
berjaya mengumpul 5 sticker boleh menebus hadiah menarik.

4. Nilai Bermain Permainan sebegini boleh diulang main bagi setiap kemahiran
Semula yang dipelajari oleh murid samada secara individu mahupun
berkumpulan.

8

5. Faktor Keseronokan 1.Kerja berpasukan:Murid bekerjasama dalam kumpulan dan
saling bantu menbantu untuk mencapai target.
6. Kebolehlaksanaan 2.Meneroka:Kad yang ditampal pada papan litar mendorong
Inovasi murid mengingati suku kata dan mencari jawapan dan saling
bertukar idea bagi menyelesaikan misi.Situasi ini telah
7. Penyebarluasan dan mewujudkan pembelajaran aktif menyeronokkan dan tidak
Ubiquitous membosankan.
3.Bermain & Menyanyi:Meningkatkan ingatan murid.Murid
8. Kemudahan berminat dan seronok belajar sambil bermain dan
Penggunaan menyanyikan suku kata.
4.Ganjaran:Pemenang diberi sticker dan hadiah.
9. Paparan Muka
Estetik Inovasi KIT IQ boleh dilaksanakan secara bersemuka di dalam
bilik darjah mahupun secara maya. Serta boleh dilaksanakan
10. Kesan Positif Inovasi secara individu mahupun berkumpulan.
Negeri:Pameran Perkhemahan Ko Kurikulum Pemulihan Khas
11. Potensi Inovasi Negeri Perak.Perkongsian Amalan terbaik Daerah Mualim,
12. Hubungi kami Perak.
Daerah: Pembentangan Inovasi menjana Sifar 3M Daerah
Manjung.
Sekolah:PLC, Kajian Tindakan Sekolah Amanah.
Pembentangan Inovasi kepada Pentadbir dan team Inovasi &
Penyelidikan Sekolah(semua Panitia)
Komuniti:Dalam telegram group ibu bapa murid Pemulihan
dan Youtube.
1.Mobile: Mudah dibawa ke merata tempat kerana ia tidak
terlalu berat.
2.Praktikal: Boleh disuai guna bagi semua mata pelajaran.
3.Pembelajaran kendiri:Murid boleh mengingat jawapan bagi
konstruk yang diuji kerana permainan ini mendorong minat dan
keyakinan murid untuk belajar kerana permainan seperti ini
jarang dijumpai di pasaran.
4.Kos Murah: Dari alat mainan yang tidak digunakan lagi dan
bahan mudah didapati di sekolah. RM15 bagi setiap set
permainan.
Inovasi KIT IQ hanyalah berasaskan set bahan yang terdiri
daripada sekeping kad yang dilengkapi litar,alat mainan
terpakai,mentol dan kad-kad suku kata/perkataan/gambar.
-Membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan
cepat dan mencapai TP3 ke atas.
-Murid membuat imlak dengan betul.
-Meningkatkan pencapaian murid bagi mata pelajaran lain.
-Merentas Kurikulum mata pelajaran Sains, Matematik Bahasa
Inggeris dan mata pelajaran-mata pelajaran lain.
-Menarik minat murid,meningkatkan keyakinan diri murid dan
keterampilan diri yang menyerlah.
-Membantu pencapaian 100% lulus bagi 3 Mata Pelajaran
dalam UPSR sebelum ini iaitu Pemahaman dan Penulisan
Bahasa Melayu dan Mata Pelajaran Sains.
Boleh diaplikasi oleh murid pra sekolah, sekolah rendah dan
menengah.
05-6881909 (SK Seri Samudera)

9

10

11

12

13

14

KIT EGGRO

PENERANGAN INOVASI PDPC DIDIK HIBUR:

(ID) kit EGGRO dalam membundarkan nombor Matematik tahun 3

1. Biodata Pencipta Inovasi Foto pencipta:

Latar belakang pencipta:

Zahariah bt Mohammed Zain . Guru Sains dan
Matematik SK Seri Samudera Manjung Perak.

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Melayu di
Asia Education University (AeU) Pengalaman
mengajar 25 tahun

2. “Kit EGGRO” adalah akronim dari Egg Round Off yang iaitu
penggunaan “telur “ dalam membundarkan nombor. Penggunaan
Idea dan Inovasi “telur” menggantikan digit sifar /0 merupakan satu idea yang
Autentik
difikirkan menarik dan mudah diingati bagi murid yang lemah

dalam tajuk bundaran nombor.Pada asalnya Kit EGGRO

dicipta adalah untuk membantu murid tahun 3 Proaktif yang

masih gagal memahami membundarkan nombor kepada rumah
puluh dan rataus yang hampir.

3. Syarat permainan:

Murid didedahkan dengan kefahaman mengenai:

Nombor jiran yang dikenali sebagai “Rumah besar” dan “Rumah
Kecil”

Mekanik Gamifikasi 1. Murid memilih KAD 1, KAD 2, KAD 3 atau KAD 4
untuk mencuba menjawab soalan bundar menggunakan

KIT EGGRO
2. Murid meletakan kad-kad nombor di petak –petak kek

dengan betul di ruang SOALAN
3. Kad-kad nombor dari ruangan SOALAN di alihkan ke

ruangan SEMAKAN dengan menggunakan magic pen. Di
ruangan SEMAKAN ini murid mula meletakan telur (bola
ping pong).
4. Buat semakan juga, sama ada JIRAN rumah tersebut ada
kah “RUMAH BESAR “atau “RUMAH KECIL” yang
perlu beri “1” atau “0”
5. Gerakan semua nombor di ruangan SEMAKAN ke ruang
JAWAPAN
6. Gantikan “telur” dengan nombor sifar ( 0).

7. Sebut jawapan dan tulis di KAD anda
8. Ulangi nombor soalan seterusnya. Setelah siap semak

jawapan anda

15

4. 9. Ganjaran akan diberi, jika semua soalan betul
Nilai Bermain Kit EGGRO ini yang diolah seperti satu permainan amat sesuai
Semula digunakan untuk semua golongan murid sekolah rendah mahu
pun sekolah menengah . Murid boleh bermain sebanyak 4
5. pusingan.

Faktor Keseronokan 1.Kerja berpasukan:Murid bekerjasama dalam kumpulan dan
saling bantu menbantu untuk menyelesaikan tugasan.
6.
Kebolehlaksanaan 2.Meneroka: Murid boleh menjana idea dengan membina soalan
Inovasi sendiri dan mendapatkan jawapannya.

7. 3.Bermain: Murid seronok belajar sambil bermain semasa
menggunakan Kit EGGRO.
Penyebarluasan dan
Ubiquitous 4.Ganjaran:Peserta yang berjaya menyiapkan semua kad soalan
dengan betul, diberi ganjaran.
8.
Kemudahan Kit EGGRO boleh dilaksanakan secara bersemuka di dalam bilik
Penggunaan darjah. Namun begitu, murid boleh mengaplikasikan Kit EGGRO
ini di rumah dengan menggunakan bahan terbuang (bekas telur).
Aktiviti boleh dilaksanakan secara individu mahupun
berkumpulan.

Antarabangsa: Tiada

Kebangsaan: SK Pasir Putih dan SK Tanjung Puteri Resort Pasir
Gudang Johor

Negeri: Guru Pelatih Sem 5 IPG Ipoh Perak, Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Sultan Azlan Syah
(USAS),

Daerah: PPD Manjung

Sekolah: SAR Seri At Taalim Seri Manjung . Pelajar SABK
Mahad Islahiyah Irdiniah Manjung .Team Inovasi &
Penyelidikan Sekolah(semua Panitia)

Komuniti:PIBG SK Seri Samudera dan Pusat Tuisyen
Cemerlang Jaya Fasa 2A

1.Mobile: Ringan , selamat dan mudah dibawa

2.Praktikal: Sesuai untuk subjek Matematik bagi Tahap 1 dan
Tahap 2.

3.Pembelajaran kendiri:Murid boleh melaksanakannya dengan
mengaplikasikan teknik EGGRO di atas sekeping kertas setelah
mereka mahir dengan tajuk membundarkan nombor ini.

16

9. Paparan Muka 4.Kos Murah: Kos tiada kerana menggunakan bahan terbuang,
Estetik bahan cetak menggunakan kemudahan sekolah, bola ping pong
menggunakan alatan sukan sekolah
10.
Inovasi Kit EGGRO berasaskan sekeping papan kek yang
Kesan Positif Inovasi diubahsuai bersama sarang coklat, botol dan bola ping pong.

11. - Murid menguasai Kit EGGRO untuk membundar nombor
Potensi Inovasi dengan betul.

12. Hubungi kami - Murid mahir menggunakan Kit EGGRO bagi menyelesaikan
konsep membundar nombor dengan betul.

- Tahap penguasaan murid meningkat apabila mengaplikasi Kit
EGGRO dengan betul.

- Murid menunjukkan minat terhadap Kit EGGRO kerana
berunsur didik hibur.

- Kit EGGRO telah merubah sikap murid menjadi aktif,
berdisiplin dan bekerjasama dalam satu pasukan.

- Kit EGGRO memberi manfaat kepada guru Matematik Tahun
1 hingga Tahun 6.

- Kit EGGRO dapat meningkatkan prestasi PdPc Matematik.
- Diaplikasikan kepada semua murid Tahun 1-6 mengikut aras.
- Inovasi ini boleh dikongsi dan dipraktikkan ke sekolah lain

melalui aplikasi Telegram atau WhatsApp peringkat daerah.
- Dikongsi dengan Universiti tempatan melalui saluran

Youtube.
- Dikongsikan ke peringkat negeri melalui saluran Unit Sumber

Teknologi Pendidikan Daerah Manjung.
- Memberi peluang dan ruang serta berkeyakinan untuk

menyertai pertandingan ke peringkat kebangsaan.
05-6881909 (SK Seri Samudera)

17

18

19

20

21

22

K.A.S.U.T. M.L.

PENERANGAN INOVASI PDPC DIDIK HIBUR:
(SAMNOVA2022-059) TEKNIK MNEMONIK K.A.S.U.T. M.L.

1. Biodata Pencipta Inovasi Foto pencipta:

Latar belakang pencipta:

Fatimah bt Abustan. , bertugas di SK Seri Samudera,

Manjung Perak. Pengalaman mengajar 30 tahun dalam

subjek Bahasa Melayu merangkap Ketua Panitia dan

berpengalaman menanda kertas Bahasa Melayu 012

selama 18 tahun.

2. Idea dan Inovasi Inovasi Permainan Didik hibur ini adalah berfokuskan kepada

Autentik kemahiran membina Ayat Majmuk murid tahun 6. Ini merupakan

penambahbaikan daripada inovasi Mnemonik membina ayat

tunggal bagi murid tahap 1. Teknik ini membantu murid yang

sukar membina ayat dan sering melakukan kesilapan dalam

membina ayat

3. Mekanik Gamifikasi Syarat permainan:

Mnemonik Lempar Dadu/Kotak Beracun

Murid terlebih dahulu didedahkan dengan penggunaan

Mnemonik K. A. S. U. T M. L bagi mengingat dan

menggunakan kata hubung dalam membina ayat.
 K – kerana
 A – agar/apabila
 S – supaya/sambil
 U – untuk
 T – tetapi
 M -manakala
 L – lalu/lantas

1. Murid dikehendaki duduk dalam bulatan dan
dibekalkan dengan sebiji dadu/Kotak Beracun yang
tertera huruf KASUT ML

2. Guru memaparkan gambar tunggal pelbagai aktiviti.
3. Muzik dimainkan sambil dadu/kotak beracun dipegang

seorang demi seorang sehingga muzik dihentikan.
4. Murid diminta menyebut kata hubung tersebut dan

cuba membina ayat majmuk berdasarkan gambar yang
dipaparkan.
5. Setiap jawapan yang betul diberi dua markah.
6. Murid yang mengumpul markah tertinggi dikira
sebagai pemenang.
7. Murid yang membuat kesalahan akan didenda dengan
melukis orang lidi yang dimulai dengan melukis
kepala, tangan dan kaki.
8. Murid yang menyiapkan orang lidi dahulu dikira tewas.

4. Nilai Bermain Permainan sebegini boleh diulang main bagi setiap tajuk yang

Semula dipelajari oleh murid samada secara individu mahupun

berkumpulan.

23

5. Faktor Keseronokan 1.Kerja berpasukan:Murid bekerjasama dalam kumpulan dan

saling menbantu untuk mencapai target

2.Meneroka:Dengan perolehan huruf tersebut murid dapat

meneroka lebih banyak idea dan kosa kata di samping saling

bertukar idea bagi menyelesaikan misi permainan.Situasi ini

telah mewujudkan pembelajaran aktif dan ceria.

3.Bermain & Gerakan: Murid seronok menjana idea membina

ayat majmuk berdasarkan gambar sambil bermain dan bergerak

melempar dadu dengan iringan muzik.

4.Ganjaran:Pemenang diberi ganjaran/pujian manakala yang

tewas diberi motivasi agar lebih bersemangat untuk mencuba

membina ayat majmuk dengan lebih baik dalam pusingan

seterusnya.

6. Kebolehlaksanaan Inovasi Mnemonik boleh dilaksanakan secara bersemuka di

Inovasi dalam bilik darjah mahupun secara maya.

7. Penyebarluasan dan Antarabangsa:

Ubiquitous Kebangsaan:

Negeri:

Daerah: -

Sekolah:PLC SK Changkat Chermin, Kajian Tindakan Sekolah

Amanah,-Panitia Bahasa Melayu, Pembentangan Inovasi kepada

Pentadbir dan team Inovasi & Penyelidikan Sekolah(semua

Panitia)

Komuniti:

8. Kemudahan 1.Mobile: Mudah dibawa dan ringan (hanya sebuah kotak

Penggunaan berbentuk dadu)

2.Praktikal: Sesuai diguna dalam semua subjek.

3.Pembelajaran kendiri:Murid boleh menjana idea

menggunakan kata hubung untuk membina ayat majmuk.

4.Kos Rendah: Penggunaan bahan terbuang seperti kotak, surat

khabar, penutup botol atau bola ping pong.

9. Paparan Muka Inovasi Mnemonik KASUT ML berasaskan sebiji dadu berhuruf

Estetik KASUT ML atau sebuah kotak lut sinar yang mengandungi

penutup botol, tertera huruf K.A.S.U.T. M.L dan cebisan-cebisan

akhbar.

10. Kesan Positif Inovasi -Murid mengingat kata hubung mnemonik K.A.S.U.T.M.L.

-Membantu murid menguasai kemahiran membina ayat

majmuk dan gramatis.

-Membantu murid menulis karangan dengan idea yang

bernas dan pelbagai jenis ayat serta mencapai sekurang-

kurangnya Tahap Penguasaan 4 dan 5.

-Meningkatkan data pencapaian murid bahagian Pemahaman dan

Penulisan.

-Merentas Kurikulum mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa

Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains.

11. Potensi Inovasi Boleh diaplikasikan kepada murid prasekolah, sekolah rendah,

menengah, (kemahiran membina ayat dalam mata pelajaran lain

yang bersesuaian.

12. Hubungi kami 05-6881909 (SK Seri Samudera)

24

25

26

27

28

29

I-ELIT

PENERANGAN INOVASI PDPC DIDIK HIBUR:
(ID) I-ELIT (Intelligent-Easy Spelling For Literate)

1. Biodata Pencipta Inovasi Foto

Latar belakang pencipta: Pencipta

Narimah Abyad binti Arshad, GC B.Arab, bertugas di

SK Seri Samudera, Manjung Perak. Pengalaman

mengajar 13 tahun dalam subjek B.Arab dan

Pendidikan Islam, pencapaian akademik tertinggi

Ijazah Sarjana Muda Fiqh & Usul Fiqh UIAM.

2. Inovasi Permainan Didik hibur ini adalah berfokuskan

kepada kemahiran membaca Bahasa Arab murid tahun 1.

Inovasi ini adalah penambahbaikan daripada inovasi E-LIT.
Ia amat membantu murid yang “zero” penguasaan

Idea dan Inovasi kemahiran membaca samada Muslim mahupun Non

Autentik Muslim kerana ia berasaskan kemahiran membaca Bahasa

Melayu yang menjalinkan padanan huruf konsonan dan

vokal bagi membantu murid mengenal huruf Hijaiyyah,

mendapatkan bunyi atau cara sebutan suku kata,

perkataan, frasa dan ayat Bahasa Arab yang diuji.

3. Syarat permainan:

1.Murid dibekalkan Kad I-ELIT secara individu bagi

menyelesaikan tugasan (permainan) yang diberi secara

berkumpulan

2.Permainan adalah berbeza mengikut tahap kecerdasan

murid (LA=Low Achievement,MA=Moderate Achievement

dan HA=High Achivement) masih dalam tajuk/ standard

kandungan pembelajaran yang sama

3.Permainan terdiri daripada dua level, iaitu level menguji

Mekanik Gamifikasi tahap penguasaan murid terhadap cara guna inovasi, dan

level ke dua menguji kemahiran membaca murid

4.Permainan ini, adalah mengikut peruntukan masa (guru

akan menamatkan permainan sekiranya lagu yang

dimainkan diberhentikan)

4.Kumpulan yang berjaya menyelesaikan tugasan atau

paling banyak menjawab dengan betul dalam tempoh masa

(sebelum lagu ditamatkan),akan dikira sebagai pemenang.

5.Pemenang akan diberikan sticker. Murid yang berjaya

mengumpul 5 sticker boleh menebus hadiah

4. Nilai Bermain Permainan sebegini boleh diulang main bagi setiap tajuk
Semula yang dipelajari oleh murid samada secara individu
mahupun berkumpulan.

5. 1.Kerja berpasukan:Murid bekerjasama dalam kumpulan

dan saling bantu menbantu untuk mencapai target

2.Meneroka:Dengan bekalan kad inovasi I-ELIT murid

dapat meneroka jawapan dan saling bertukar idea bagi

Faktor Keseronokan menyelesaikan misi permainan.Situasi ini telah

mewujudkan pembelajaran aktif.

3.Bermain & Menyanyi:Murid seronok belajar sambil

bermain dan menyanyikan lagu mengikut rentak tertentu

4.Ganjaran:Pemenang diberi sticker dan hadiah

6. Kebolehlaksanaan Inovasi I-ELIT boleh dilaksanakan secara bersemuka di
Inovasi dalam bilik darjah mahupun secara maya. Serta boleh
dilaksanakan secara individu mahupun berkumpulan.

30

7. Antarabangsa:MARNet Conference
Kebangsaan:EsahConfed’21,Multaqa GPI, Zon Utara
Penyebarluasan dan USM P.Pinang, SMKA/SABK KPM, pelajar intern SK Jelok
Ubiquitous Kajang, Selangor
Negeri:Kem Literasi al Quran bersama JU P.Islam Negeri
8. Perak dan murid sekolah-sekolah Kinta Utara anjuran SPI
Kemudahan JPN menggunakan I-ELIT
Penggunaan Daerah: -Digunapakai dalam kelas Bahasa Arab
Percuma,Simposium Kajian Tindakan P.Islam PPD
9. Manjung, Perkongsian dalam youtube kepada GBA, 42
Paparan Muka sekolah Daerah Kinta Selatan (Rendah dan Menengah),
Estetik Mahasiswa KUISAS (Fasilitator Kem Literasi al Quran
murid sekolah menengah peringkat Daerah Kinta Selatan)
10. Sekolah:PLC SK Kayan, Kajian Tindakan sekolah-Paniti
Kesan Positif Inovasi P.Islam, Pembentangan Inovasi kepada Pentadbir dan
team Inovasi & Penyelidikan Sekolah(semua Panitia)
11. Komuniti:PIBG SK Kayan, SRAR Kayan, TABIKA KEMAS
Potensi Inovasi Fasa 3C,Manjung, Masjid Ismailiyyah Qoryah Sungai
Tiram,Penduduk Taman Meru Ipoh
12. Hubungi kami 1.Mobile: Mudah dibawa ke merata tempat kerana ia ringan
(hanya sekeping kad)
2.Praktikal: Boleh disuai guna bagi semua buku B.Arab
Tahun 1-6 atau buku Iqrok (Asas pembelajaran al Quran)
3.Pembelajaran kendiri:Murid boleh meneroka jawapan
bagi konstruk yang diuji kerana kad I-ELIT mengandungi
panduan wakil konsonan dan 9 formula asas yang
membantu murid mendapatkan cara sebutan atau
membaca konstruk yang diuji.
4.Kos Murah: RM2 bagi sekeping kad

Inovasi I-ELIT hanyalah berasaskan sekeping kad yang
mengandungi 4 perkara utama iaitu nombor bilangan bagi
29 huruf Hijaiyyah, bentuk huruf tunggal, wakil konsonan
serta bentuk huruf bersambung di halaman
hadapan.Manakala di halaman belakang pula
mengandungi 9 formula asas kemahiran membaca B.Arab.
-Membantu murid menguasai kemahiran membaca al
Quran lebih awal dari tempoh yang ditetapkan oleh KPM.
-Membantu murid muslim & Non Muslim menguasai
kemahiran membaca B.Arab dan melepasi TP3
-Membantu murid Muslim & Non Muslim membuat imlak
dengan betul
-Meningkatkan data pencapaian murid bagi kedua-dua
subjek al Quran dan Bahasa Arab
-Merentas Kurikulum subjek P.Islam, Muzik, B.M dan Math

Boleh digunapakai kepada murid pra, sekolah rendah,
menengah,IPTA/IPTS/ samada bagi subjek B.Arab
(kemahiran membaca) atau al Quran, tahfiz(kemahiran
membuat imlak) dan juga semua lapisan masyarakat
Muslim,saudara baru(Muallaf) dan Non Muslim.

05-6881909 (SK Seri Samudera)

31

32

33


Click to View FlipBook Version