The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penulisan Budaya Dan Pembelajaran

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aniq09-425, 2022-05-16 22:58:54

F9 Muhammad Aniq Irfan

Penulisan Budaya Dan Pembelajaran

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

NAMA MUHAMMAD ANIQ IRFAN BIN NORHIZAM

NO. KAD PENGENALAN 010125-03-0339
ANGKA GILIRAN 2020192340167
KUMPULAN KELAS F9
TAJUK TUGASAN PENULISAN ESEI
NAMA PENSYARAH DR SITI HALIMAH BT MD YASIN
TARIKH HANTAR 12 MEI 2022

Arahan: Sebagai seorang guru yang prihatin, cadangkan langkah-langkah menguruskan
bilik darjah mesra budaya dari aspek fizikal, emosi, social dan sosiolinguistik dalam satu
penulisan akademik secara digital (e-book).

1

ISI KANDUNGAN 3
PENGHARGAAN 4
PENGENALAN 4
KONSEP BILIK DARJAH MESRA BUDAYA 5
LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA 9
KESIMPULAN 11
SENARAI RUJUKAN

2

PENGHARGAAN
Penulis bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kurnian-Nya dapat juga penulis menyiapkan
tugasan yang telah diberikan dalam masa yang telah ditetapkan iaitu pada 12 Mei 2022. Sepanjang
penulis menyiapkan tugasan ini, pelbagai pengetahuan dan perkara baru dapat dipelajari oleh
penulis. Sedikit sebanyak penulis dapat menambah pengetahuannya tentang informasi mengenai
kursus Budaya Dan Pembelajaran. Oleh itu, di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan terima
kasih kepada pensyarah yang telah mengajar dalam kursus ini iaitu Dr Siti Halimah yang telah
banyak membantu menambahkan pengetahuan serta isi-isi dalam menghasilkan tugasan ini.
Penulis menjadikan bahan mengajar beliau sebagai sumber rujukan utamanya. Selain itu, penulis
juga ingin berterima kasih kepada kedua orang tua penulis yang banyak memberikan sokongan
moral dan bantuan kewangan supaya penulis dapat menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, penulis
turut berterima kasih kepada rakan seperjuangan yang telah banyak menghulurkan bantuan bagi
merealisasikan impian untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih ini juga
ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Segala
bantuan yang telah dihulurkan amatlah dihargai kerana tanpa bantuan semua, tugasan ini tidak
dapat dilaksanakan dengan sempurna.

3

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Menurut
Haminah (2010), aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang
menyeluruh oleh semua pihak. Kepelbagaian kaum ini telah membentuk kepelbagaian budaya dan
ia merupakan suatu keunikan dan keistimewaan di negara kita. Integrasi dan perpaduan kaum
memainkan peranan yang sangat besar dalam memajukan negara. Oleh yang demikian, kerajaan
menjadikan sektor pendidikan sebagai medium untuk memupuk perpaduan dan integrasi yang kuat
dia antara kaum di Malaysia. Pembentukan bilik darjah mesra budaya merupakan salah satu usaha
untuk merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang memberi
fokus terhadap perpaduan sebagai salah satu aspirasi sistem pendidikan negara. Bilik darjah
merupakan medan perjuangan utama seseorang guru dalam menjalankan tugas, peranan dan
tanggungjawab dengan sebaiknya untukmenyatupadukan murid pelbagai kaum (Hasani Dali dan
Johdi Salleh, 2016).

Pembentukan billik darjah mesra budaya adalah satu proses pembentukan suatu alam
pembelajaran yang kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) agar
objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011). Menurut Murray (2008), bilik darjah yang
mesra budaya ini dapat memberi kesan positif ke atas penyesuaian dan tingkah laku murid-murid.
Sehubungan itu, guru merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menyediakan persekitaran
fizikal bilik darjah yang efektif bagi membantu perkembangan murid dalam pembelajaran tanpa
sebarang masalah (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Bagi mewujudkan bilik darjah yang mesra
budaya, isu budaya dalam kalangan murid-murid pelbagai kaum perlulah dibanteras terlebih dahulu
untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang kondusif. Sehubungan itu, berdasarkan kerja kursus
Budaya dan Pembelajaran ini, saya dikehendaki menghasilkan penulisan akademik tentang
langkah-langkah menguruskan bilik darjah mesra budaya dari aspek fizikal, emosi, sosial dan
sosiolinguistik.

KONSEP BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), bilik darjah dapat ditakrifkan sebagai ruang
tertentu yang menjadi tempat murid untuk belajar bagi menerima seberapa banyak input berguna
sebagai persediaan untuk cemerlang dari semua aspek kehidupan. Mesra pula membawa erti
keselesaan, keceriaan, dan kegembiraan (Syed Ismail dan Ahmad Subki Miskon,2010)

4

Mesra dapat diwujudkan melalui perhubungan sesama manusia yang terjalin berdasarkan
nilai-nilai murni dan ia dapat meningkatkan persefahaman, toleransi dan saling hormat-
menghormati. Manakala, menurut Levin dan Nolan (2000) budaya didefinisikan sebagai cara hidup
manusia yang melibatkan kepercayaan, agama, adat resam, bahasa, ekonomi, politik, dan
sebagainya. Perbezaan setiap masyarakat dapat dilihat melalui kepelbagaian budaya yang
ditunjukkan. Secara amnya, bilik darjah mesra budaya ialah suasana bilik darjah yang selasa dan
kondusif untuk menjalankan sesi PdP tanpa menafikan hak-hak kesamarataan murid walaupun
mereka datang dari pelbagai kaum dan mempunyai latar belakang yang berbeza antara satu sama
lain. Hal ini disokong oleh Noriati A. Rashid et al. (2014), yang menyatakan bahawa persekitaran
bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsur fizikal semata- mata tetapi persekitaran bilik darjah
turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan. Oleh itu, guru-guru di sekolah
perlulah memastikan elemen mesra budaya dapat diintergrasikan dengan baik di dalam bilik darjah
semasa sesi PdP agar suasana yang harmoni dari aspek pengurusan perkembangan sosiobudaya
murid dan penyediaan bahan-bahan PdP dapat diwujudkan.

LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Seperti mana yang diketahui, sekolah merupakan titik permulaan kepada penyatuan kaum di
Malaysia. Oleh yang demikian, pelbagai perkara yang menjurus ke arah perpaduan kaum haruslah
diimplementasikan oleh pihak sekolah khususnya guru untuk mewujudkan persefahaman dalam
kalangan murid yang berbeza latar belakang. Maka, guru hendaklah menyediakan langkah-
langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya di sekolah agar integrasi nasional antara murid
dapat dibentuk. Menurut Kilgour (2006), bilik seni yang ideal perlulah mematuhi tiga komponen
utama iaitu persekitaran pembelajaran perlulah merangkumi aspek fizikal, sosial dan emosi. Maka
langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya adalah seperti berikut:

i. Aspek Fizikal

Penyusunan susun atur perabot adalah amat penting kerana ianya akan
mempengaruhi ruang yang ada di dalam bilik darjah (Ahmad Sobri Shuib, 2011).
Contohnya meja murid yang diletakkan diruang tengah dan meja guru yang diletakkan
dihadapan dapat memudahkan penyampaian isi pengajaran Melalui susunan perabot
yang strategik ini, murid-murid dapat melihat guru dengan mudah dan memberikan
penglibatan secara aktif melalui susunan meja secara berkumpulan.

5

Secara tidak langsung, susunan meja secara berkumpulan ini juga melibatkan aspek
sosial apabila murid-murid boleh bekerjasama, berkomunikasi dan berkongsi pelbagai
pendapat dengan teratur dan selesa (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel,
2009). Guru juga hendaklah menyusun kerusi dan meja murid yang terdiri daripada
pelbagai kaum secara berkumpulan. Menurut Najeemah (2009), guru seharusnya
menyusun murid dalam satu kumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai
taburan kaum yang sama dengan kumpulan yang lain. Hal ini secara tidak langsung
dapat mewujudkan persefahaman antara murid yang berlainan kaum menerusi aktiviti
perbincangan secara dalam kumpulan yang dilakukan. Murid-murid akan sentiasa
bekerjasama antara satu sama lain semasa menjalankan aktiviti pembelajaran di
dalam bilik darjah. Selain itu, mereka boleh belajar untuk berkongsi idea dan saling
menerima pendapat antara satu dengan yang lain secara terbuka meskipun berbeza
latar belakang. Susunan kerusi dan meja yang sedemikian juga bertepatan dengan
pembelajaran abad ke-21 yang mana menekankan aktiviti pembelajaran secara
koperatif. Jelaslah, kaedah susunan kerusi dan meja yang sebegini hendaklah
diaplikasikan di dalam bilik darjah mesra budaya kerana ia sememangnya dapat
memupuk perpaduan disamping mewujudkan komunikasi yangberkesan antara murid.

Gambar 1 : Susunan meja secara berkumpulan
Selain daripada susunan kerusi dan meja murid, guru juga perlu menyediakan
sudut-sudu tertentu di dalam kelas. Contohnya, guru menyediakansatu sudut dan
ruang bacaan yang menarik di dalam bilik darjah. Guru boleh mempamerkan bahan-
bahan yang menarik tentang budaya dan etnik pelbagai kaum di ruang yang
disediakan. Guru juga boleh menyediakan bahan bacaan yang

6

mengandungi nilai-nilai perpaduan dan persefahaman antara pelbagai kaum dengan
mengaplikasikan penggunaan peta I-think sepertimana yang diberi penekanan dalam
pembelajaran abad ke-21. Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang
kepelbagaian kaum di Malaysia. Menurut Noriati A. Rashid (2014), pengurusan bilik
darjah yang baik seharusnya membolehkan murid meningkatkan ilmu pengetahuan
melalui pembacaan. Hal ini secara tidak langsung dapat mendorong murid untuk
mengimplementasikan pengetahuan yang diperoleh daripada sudut dan ruang
bacaan tersebut dalam konteks kehidupan seharian untuk mewujudkan budaya yang
mesra dan santai. Sudut permainan juga penting untuk berada di dalam bilik darjah
mesra budaya. Hal ini kerana menurut Sharifah dan Aliza (2011), guru perlu
menyediakan ruang bermain dengan pelbagai bahan permainan kerana ruang ini
dapat merangsang murid-murid bersesuaian dengan perkembangan mereka dari segi
bahasa, kognitif, sosial, emosi dan fizikal termasuklah mempelajari tentang diri sendiri
dan individu lain. Jadi, bilik darjahmesra budaya dapat diwujudkan sekiranya guru
menyediakan satu sudut khas untuk meningkatkan pengetahuan murid tentang
kepentingan menjaga perpaduan danpersefahaman antara kaum.

Gambar 2: Sudut bacaan di dalam bilik darjah
ii. Aspek sosioemosi

Antara langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya yang boleh diamalkan oleh guru
ialah dengan memastikan persekitaran sosioemosi murid berada dalam

7

keadaan yang baik. Persekitaran sosioemosi yang baik di dalam kelas dapat
mewujudkan minat dalam diri murid untuk belajar (Norzaini Azman dan Mohammed
Sani Ibrahim, 2007). Guru perlu membimbing murid secara sama rata tanpa mengira
perbezaan latar belakang atau prestasi pencapaian akademik mereka. Hal ini supaya
murid berasa gembira dan tidak berasa tersisih semasa berada di dalam bilikdarjah.
Tambahan lagi, guru mestilah sentiasa memberi galakan dan pujian kepada murid
apabila mereka berjaya membuat sesuatu perkara agar mereka rasa dihargai dan
disayangi. Menurut Gallagher et al. (2013), seseorang murid akan membentuk
hubungan dengan individu dewasa yang cukup prihatin terhadap diri mereka dan
secara tidak langsung individu dewasa itu dapat membantu murid-murid untuk
membina idea tentang diri mereka sendiri. Akan tetapi, selain membina hubungan
yang baik dengan guru, murid juga perlu membina hubungan yang baik denganrakan
sebaya. Dengan cara ini, hubungan yang erat antara murid dapat dibentukdan
mereka akan saling mengenali serta memahami tentang kepelbagaian budaya yang
ada dalam kalangan mereka. Jadi, jelaslah bahawa persekitaran emosi murid yang
baik dapat mewujudkan unsur persefahaman dalam kalangan murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan latar belakang.

iii. Aspek sosial dan sosiolinguistik

Antara langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya yang boleh dilakukan dari
aspek sosial dan sosiolinguistik oleh guru ialah dengan memilih sumber PdP yang
menyeronokkan dan bermakna. Ianya bersesuaian dengan pembelajaran abad ke- 21
yang menekankan penggunaaan pelbagai sumber semasa sesi PdP. Menurut Noriati
A. Rashid (2014), pemilihan sumber untuk aktiviti PdP memainkan peranan yang
penting untuk memastikan murid dari pelbagai kaum dapat belajar dalamsuasana
sosial yang gembira dan selesa. Guru seharusnya mempelbagaikan sumber PdP
mengikut kepelbagaian latar belakang muridnya. Hal disokong oleh Wong Kiet Wah
et al. (2016), yang menyatakan bahawa kepelbagai sumber pelbagai, kaedah dan
teknik pengajaran akan dapat meningkatkan perkembangan pengetahuan kanak-
kanak dengan cepat dan berkesan. Sebagai contoh, guru boleh memilih sumber
bahan pembelajaran yang mengandungi ciri-ciri budaya sesuatu etnik bagi memupuk
persefahaman dan perkongsian nilai budaya. Kepelbagaian sumber yang berlatar
belakangkan budaya dan amalan hidup yang berbeza mampu

8

menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran tanpa rasa bosan. Murid juga
dapat melihat persamaan dan perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat
yang ada di Malaysia ini. Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025), Kementerian Pendidikan Malaysia menuntut agar setiap murid menghayati dan
menerima perbezaan sesama kaum. Jadi, jelaslah disini bahawa pemilihan sumber
PdP yang menyeronokkan dan bermakna sangat penting untuk mewujudkan
persefahaman suasana bilik darjah yang mesra budaya.

iv. Aspek tambah nilai

Tambahan lagi, guru juga boleh mewujudkan pengurusan bilik darjah yang mesra
budaya dengan menekankan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ketika
melaksanakan sesi PdP di dalam bilik darjah. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
merupakan unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses PdP selain yang
ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen ini diterapkan bertujuan untuk
mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan sertadapat
menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Dalam hal ini, Elemen Merentas
Kurikulum (EMK) yang bersesuaian dengan konsep bilik darjah mesra budaya ialah
penerapan nilai murni dalam kalangan murid. Sebagai contoh, guru boleh menerapkan
pelbagai nilai murni dalam kalangan murid seperti hormat- menghormati, kerjasama
dan semangat bermasyarakat bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan
murid dari pelbagai kaum. Menurut Noriati A. Rashid (2014), pemupukan nilai murni
dalam kalangan murid dari pelbagai kaum adalah penting untuk memastikan murid
menghormati aspek perbezaan dalam kalangan mereka. Selain itu, murid juga akan
belajar untuk menerima dan menghayati perbezaan antara satu sama lain. Jadi boleh
disimpulkan disini bahawa pelaksanaan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dapat
mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya menerusi penerapan nilai murni
yang dapat memupuk sifat menerima dan menghayati perbezaan kaum dan budaya
dalam kalangan murid.

KESIMPULAN

Sebagaimana yang sudah sedia maklum, sekolah merupakan salah satu platform utama untuk
membina perpaduan dalam kalangan murid. Bilik darjah mesra budaya dilihat sebagai medium
yang efektif dalam menjayakan hasrat murni Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025). Bilik darjah bukan lagi hanya sebagai tempat untuk belajar menulis, mengira dan
membaca tetapi ia juga berperanan untuk mewujudkan konsep penerimaan dan persefahaman

9

dalam kalangan murid yang terdiri daripada latar belakang yang berbeza. Perkara tersebut secara
tidak langsung dapat menanamkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan murid. Jadi,
semua pihak hendaklah berganding bahu dalam memastikan bilik darjah mesra budaya dapat
diuruskan dan dikendalikan dengan lebih efektif. Jelaslah bahawa pelaksanaan PdP dalam bilik
darjah mesra budaya ini sangat signifikan kerana melalui pelaksanaan bilik darjah mesra budaya
inilah, hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari
pelbagai aspek dapat dicapai.

10

SENARAI RUJUKAN
Ahmad Sobri Shuib. (2011). Teknik Susun Atur Peralatan dan Perabot. Sasbadi Sdn. Bhd.
Haliza Hamzah & Samuel, J.N. (2009). Siri Pendidikan Guru: Pengurusan Bilik Darjah Dan

Tingkah Laku. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hasani Dali & Johdi Salleh. (2016). Pengurusan Bilik Darjah. Sasbadi Sdn. Bhd.
Haminah Haji Suhaibo. 2010. Pemupukan Petriotisme Dalam Pendidikan Sejarah Tingkatan Satu.

Jurnal Penyelidikan IPG KBL. 20-40.
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2010). Budaya dan pembelajaran.

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Levin, J. & Nolan, J.F. (2000). Principles of classroom management: A profesional decision

making model. Mc Hawgrill.
Dewan Bahasa & Pustaka. (2016). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-

2025). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (3rd ed.). Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.
Najeemah. (2009). Konsep Pendidikan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Noriati Abd. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah Abd. Majid.

(2014). Budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Norzaini Azman & Mohammed Sani Ibrahim. (2007). Profesion perguruan. Penerbitan Fakulti

Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan Kanak-kanak
Edisi kedua. Oxford Fajar Sdn Bhd.

11

MUHAMMAD ANIQ IRFAN BIN NORHIZAM F9

12


Click to View FlipBook Version