CATATAN LOG ATAN LOG PENGAKAP INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS NAMA : GLORIA RIAU ANAK DEMONG UNIT / AMBILAN : REKA BENTUK & TEKNOLOGI (B) / AMBILAN JUN 2021 - 2026 SEKAWAN : SEKAWAN COKLAT ANGKA GILIRAN : 2021232340595 KURSUS : KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM PENGAKAP 1 PENSYARAH MOHAMMAD TAUFIQ CHENG BIN ABDULLAH
PENGHARGAAN Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kurnia-Nya, dapat saya menyempurnakan Tugasan 2 bagi kod kursus MPU 3431 iaitu Unit Beruniform - Pengakap I. Pertama-tamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kepada semua pensyarah pengakap iaitu Encik Nor Khaizam, Encik Mohamad Idris dan Encik Mohammad taufiq kerana bimbingan dan tunjuk ajar mereka membukakan jalan bagi saya menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga, saya menghadiahkan sekalung terima kasih buat rakan-rakan pengakap yang juga benyak membantu dalam proses menyiapkan tugasan ini. Cetusan idea dan sokongan dari kalian amatlah saya hargai walaupun ketika kalian juga menghadapi kesukaran dalam tugasan ini. Akhir madah, terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan amat bermakna buat saya kerana tanpan bantuan dan sokongan kalian, tugasa ini mungkin tidak dapat saya siapkan dengan sempurna. Sekian, terima kasih.
ISI KANDUNGAN 01 BIODATA PENGENALAN UNIT LAMBANG PENGAKAP LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA LAMBANG PENGAKAP DUNIA BENDERA PENGAKAP COGAN KATA PENGAKAP PERSETIAAN PENGAKAP LAGU PENGAKAP UNDANG-UNDANG PENGAKAP PENGASAS PENGAKAP SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP TUJUAN PENUBUHAN PENGAKAP ISTIADAT RASMI PENGAKAP STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PERINGKAT KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERINGKAT DAERAH PERINGKAT SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN KEAHLIAN PENGAKAP PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP PANGKAT / LENCANA PENGAKAP PERANCANGAN TAKWIM SEKOLAH RENDAH LAPORAN PERJUMPAAN MINGGUAN 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16 17 18
BIODATA NAMA : GLORIA RIAU ANAK DEMONG NOMBOR KAD PENGENALAN : 020525 - 13 - 0392 ANGKA GILIRAN : 2021232340595 ALAMAT : NO. 40, JALAN SU MEE, 96100 SARIKEI, SARAWAK NOMBOR TELEFON : 017 - 8033835 KAMPUS : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS KUMPULAN : PENGAKAP KLM 19 GLORIA RIAU ANAK DEMONG
PENGENALAN UNIT Persekutuan Pengakap Malaysia atau singkatannya PPM ialah sebuah pertubuhan bersatu sukarela untuk belia dan juga untuk semua masyarakat daripada pelbagai peringkat umur. Ia adalah sebahagian daripada Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia (World Organization of the Scout Movement), Persekutuan Pengakap Malaysia ditadbir oleh Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Pada masa ini, PPM adalah satu-satunya organisasi seumpamanya yang dikuatkuasakan oleh Akta Parlimen. UNIT PENGAKAP UNIT BERUNIFORM Merupakan satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan ahli dan mempunyai garis panduan khusus untuk diikuti. Pasukan Unit Beruniform adalah salah satu pasukan yang mesti disertai oleh pelajar di sekolah. Ini berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997 mengenai penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
PENGENALAN UNIT 1. AISYAH MAISARAH BINTI MOKHTAR 2. GLORIA RIAU ANAK DEMONG 3. NUR AMANINA SAFIAH BINTI HAMIDI 4. MUHAMMAD BURHANUDDIN BIN FARIZAL 5. NUR AINIL HUSNA BINTI HASHIMI 6. INTAN DENISSA BINTI ASRAFF FARIZ SEKAWAN COKLAT AHLI SEKAWAN Dari kiri :
LAMBANG PENGAKAP Garisanluruspadakepala anak panah melambangkanseorang pengakap mestilahsentiasa beradapada arahyanglurus B serta betul intangpecah14 melambangkan14 buahnegeri di Malaysia 2 bintangpecah 5 melambangkan10 undang-undang pengakap Lingkarantali danikatan bukusila melambangkan persaudaraanpengakap Bulansabit melambangkanagama Islam sebagai agama rasmi Malaysoa 3 kelopak melambangkan persetiaanpengakap PengakapRemaja Pengakap Muda Pengakap Kanak-Kanak LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA
LAMBANG PENGAKAP Kelopaktengah melambangkan tanggungjawab kepada Kelopakkiri Tuhan melambangkan perkhidmatan untuk oranglain 2 bintangpecah 5 melambangkan10 undang-undang pengakap Lingkarantali danikatan bukusila melambangkan persaudaraanpengakap Ikatanputihpada kelopak melambangkan ikatankekeluargaan dalam kalanganahli pengakap Kelopakkanan melambangkan ketaatankepada undang-undang pengakap Kesucian Perkhidmatan dankepimpinan LAMBANG PENGAKAP DUNIA
BENDERA PENGAKAP BENDERA PENGAKAP MALAYSIA BENDERA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Warnahijaugelapadalahlambangpersekutuan
COGAN KATA PENGAKAP PENGAKAP KANAK-KANAK PENGAKAP MUDA PENGAKAP REMAJA PENGAKAP KELANA “Pandang Luas” “Selalu Bersedia” “Berkhidmat” “Buat Habis Baik” Cogan kata pengakap sentiasa dilafazkan, dihormati dan cogan katanya adalah berbeza mengikut unit-unit.
PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa dengan sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia, Yang saya, Dengan seberapa daya upaya saya, Akan, Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut undang-undang pengakap. CARA MELAFAZKAN PERSETIAAN
LAGU PENGAKAP MALAYSIA Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia
UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehoramtan dirinya. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan pemimpin pengakap, ibu bapa, majikan dan orang bawahannya. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. Pengakap adalah bersahabat kepada sekalian orang dan bersaudara kepada pengakap dari negeri, pangkat dan agama yang berbeza sekalipun. Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. DIPERCAYAI TAAT BERGUNA BERSAUDARA BERBUDI
UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibu bapa, ketua atau pemimpin pengakap dengan tiada bantahan. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di waktu susah. Pengakap adalah seorang yang berjimat cermat. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya, KASIHKAN BINATANG MENURUT PERINTAH TABAH HATI BERJIMAT SUCI FIKIRAN, PERKATAAN DAN PERBUATAN
PENGASAS PENGAKAP Pengakap telah diasaskan oleh seorang lelaki berbangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth BadenPowell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857 dan meninggal dunia pada 8 Januari 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth. Lord Baden-Powell
SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau). Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India.
SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera simpanan ketika berumur 50 tahun.
SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budakbudak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Budakbudak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.
SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negaranegara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan ” Lord Baden Of Gillwell ” kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84.
Memberikan latihan kepemimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. Melatih generasi muda bagi melahirkan individu pengakap yang mempunyai potensi dari segi JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) dengan berpegang kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Memupuk ahli yang bertanggungjawab terhadap masyarakat, negara dan antarabanga. TUJUAN PENUBUHAN PENGAKAP
Istiadat Laung Agung merupakan satu Istiadat yang penting dan hanya terdapat di dalam Unit Pengakap KanakKanak sahaja. Istiadat ini tidak dilakukan dalam unit-unit pengakap yang lain. Istiadat Laung Agung dilakukan oleh Pengakap KanakKanak di seluruh dunia. Laung Agung atau nama asalnya Laung Tuk Guru (Grand Howl) dilakukan sama seperti situasi keluarga serigala berhimpun mengelilingi batu untuk bermesyuarat. Dalam mesyuarat tersebut, Akela atau ketua serigala berada di tengah-tengah bulatan. Istiadat Laung Agung dilakukan untuk menunjukkan bahawa mereka boleh melaksanakan sesuatu dengan "Buat Habis Baik". ISTIADAT RASMI PENGAKAP ISTIADAT LAUNG AGUNG
1. AKELA (Pemimpin/Jurulatih) berdiri dalam keadaan SEDIA lalu berteriak "PEK!" (Semua PKK berdiri dalam keadaan SEDIA) 2. Setelah semua PKK dalam keadaan SEDIA, AKELA berteriak"PEK! PEK! PEK!” 3. Semua PKK berlari-lari anak ke arah AKELA sambil menyahut "P...E....K....!" lalu mengelilingi AKELA 4. AKELA mendepaka kedua-dua tangan hingga ke paras bahu untuk memerintahkan PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan di antara satu sama lain dalam sekawan yang sama 5. Apabila bulatan telah sempurna dilakukan, AKELA yang berada di tengah-tengah bulatan akan menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha untuk meminta PKK menjatuhkan tangan masing-masing. 6. AKELA kemudian mengangkat/mendepakan tangan sekali lagi tetapi kali ini mengatasi sedikit paras bahu untuk meminta PKK mengangkat tumit. 7. AKELA menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha. PKK akan duduk mencangkung dengan kedua-dua belah jari tangan mencecah ke bumi sambil berteriak "AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK! ISTIADAT RASMI PENGAKAP ISTIADAT LAUNG AGUNG
ISTIADAT RASMI PENGAKAP ISTIADAT MELANTIK Istiadat Melantik akan diadakan apabila ada ahli atau adik baharu yang ingin menjadi ahli Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja atau Pengakap Kelana. Sebelum istiadat ini dilaksanakan, pemimpin/Akela perlu menyediakan lencana keahlian, skaf, wogel dan topi mengikut bilangan adik baharu pengakap.
ISTIADAT RASMI PENGAKAP ISTIADAT MELANTIK 1. Istiadat Melantik akan dimulakan dengan melakukan Istiadat Laung Agung terlebih dahulu. 2. Adik (ahli) baharu berdiri dalam keadaan SEDIA dalam satu barisan di luar bulatan, bersedia untuk dibawa masuk ke dalam bulatan oleh seorang petugas atau Ketua Sekawan yang bertugas. 3. Petugas akan membawa masuk adik baharu ke dalam bulatan lalu berdiri tegak di hadapan Akela. Petugas akan kembali ke tempal asal setelah adik baharu berdiri di hadapan Akela. 4. Penolong Pemimpin Pengakap akan bergerak masuk ke dalam bulatan lalu berdiri di sebelah Pemimpin/Akela dengan membawa lencana keahlian, skaf, wogel dan forage cap mengikut bilangan adik baharu pengakap. 5. Akela melafazkan Persetiaan Pengakap diikuti oleh Adik Baharu. 6. Akela berjabat tangan dengan Adik Baharu dan menyematkan lencana keahlian, menyarungkan skaf dan memakaikan forage cap kepada Adik Baharu.
7. Adik Baharu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada Pemimpin/Akela. Adik Baharu berpusing lalu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada PEK. PEK membalas tabik hormat sebagai tanda mengalu-alukan kehadiran Adik Baharu ke dalam PEK. 8. Ketua Sekawan membawa Adik Baharu untuk diperkenalkan kepada Sekawan. 9. Istiadat Melantik diakhiri dengan Istiadat Laung Agung yang buat pertama kalinya disertai oleh Adik Baharu. 10. Sekiranya keseluruhan PEK merupakan ahli baharu dalam PKK, maka Istiadat Melantik akan diadakan dalam dua peringkat. Ketua Sekawan akan dilantik terlebih dahulu diikuti oleh Adik Baharu yang lain. ISTIADAT RASMI PENGAKAP ISTIADAT MELANTIK
Istiadat Meningkat Naik akan diadakan atas faktor seperti yang berikut: a) Apabila Pengakap Kanak-kanak meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Muda b) Apabila ahli Pengakap Muda meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Remaja c) Ahli Pengakap Remaja meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Kelana ISTIADAT RASMI PENGAKAP ISTIADAT MENINGKAT NAIK
1. PKK dalam PEK dan PM dalam TRUP berdiri dalam bentuk ladam kuda berhadapan di antara satu sama lain. 2. Pemimpin PKK/Akela memulakan istiadat dengan membuat Istiadat Laung Agung dalam kawasan PKK. Setelah selesai, Pemimpin/Akela mara ke garisan pemisah di antara PKK dan PM. 3. Manakala Pemimpin PM pula memberikan arahan, "TRUP! TRUP. SEDIA!" Setelah Trup dalam keadaan SEDIA, Pemimpin P/Akela menerangkan dengan ringkas tujuan Istiadat Meningkat Naik diadakan. 4. Pemimpin PKK/Akela memanggil PKK yang akan meningkat naik bergerak ke garisan pemisah. PKK yang meningkat naik akan: a) bergerak satu langkah ke hadapan, kanan pusing dan terus bersalam dengan PEK b) bergerak ke garisan pemisah dan berhenti di hadapan Pemimpin PKK/Akela c) Pemimpin PKK/Akela memberikan pesanan terakhir kepada PKK ISTIADAT RASMI PENGAKAP ISTIADAT MENINGKAT NAIK
d) PKK mengucapkan terima kasih atas tunjukan ajar Pemimpin dan Penolong Pemimpin sepanjang berada di dalam PEK 5. PKK bersalaman dengan Pemimpin PKK/Akela, Penolong Pemimpin dan PEK 5. Akhirnya, Pemimpin/Akela memimpin PKK melangkah garisan (tali) pemisah dengan menggunakan tangan kiri lalu menyerahkan PKK kepada Pemimpin PM/Akela dan Ketua Patrol yang sedang menunggu dalam kawasan PM. 6. Pemimpin PKK/Akela mengarahkan PEK membuat Laung Agung penutup sebagai tanda Istiadat Meningkat Naik tamat dengan berteriak "BERSURAI". ISTIADAT RASMI PENGAKAP ISTIADAT MENINGKAT NAIK
ISTIADAT RASMI PENGAKAP ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA Istiadat Menaikkan Bendera diadakan pada setiap pagi dan hanya dilaksanakan oleh Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Kelana. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi. 1. 2. Bendera sudah siap diikat pada tali tiang bendera pada awal pagi oleh Sekawan Bertugas. 3. Kumpulan pengakap berada di hadapan tiang bendera, sama ada dalam bentuk ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera mengikut Patrol. 4. Pemimpin Pengakap berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang bendera manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera. 5. Pemimpin memberikan arahan "TRUP! TRUP... SEDIA! Trup berdiri tegak dalam keadaan SEDIA.
ISTIADAT RASMI PENGAKAP ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA 6. Pemimpin berteriak "BENDERA!" Seorang PM/PR/PK daripada Patrol Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Jika dalam keadaan ladam kuda, PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera. 7. Petugas menaikkan bendera secara perlahan-lahan seiring dengan nyanyian lagu NEGARAKU hingga ke puncak tiang bendera. 8. Setelah bendera berada di puncak tiang bendera, petugas mengikat tali bendera pada tiang bendera lalu berundur satu langkah kemudian berteriak "APP" sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap. 9. Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak "AP!" lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap. 10. Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal 11. Pemimpin berteriak "LAGU PENGAKAP MALAYSIA” 12. Pemimpin kemudian berteriak "DOA!" dan seorang PM/PR/PK Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak "APP" Trup dan semuayang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas.
ISTIADAT RASMI PENGAKAP ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA 12. Pemimpin kemudian berteriak "DOA!" dan seorang PM/PR/PK Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak "APP" Trup dan semuayang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas. 13. PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing dengan cara menundukkan kepala. 14. Petugas kemudian akan berteriak "AP!" sebagai menandakan doa selesai dibacakan dan Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal. 15. Pemimpin berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera,kemudian berteriak "SENANG DIRI!" 16. Pemimpin memberi nasihat/kata-kata perangsang, taklimat dan lain-lain kepada Trup. 17. Setelah selesai memberikan ucapan. pemimpin memberikan arahan "Trup... SEDIA!" "KELUAR... BARIS! sebagai menandakan Istiadat Mengibarkan Bendera selesai.
ISTIADAT RASMI PENGAKAP ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA 1. Dua orang petugas yang lengkap beruniform diperlukan untuk melaksanakan tugas menurunkan bendera, jika satu bendera sahaja diturunkan. Empat orang petugas diperlukan jika dua bendera diturunkan 2. Jika PKK, Pemimpin/AKELA akan melaksanakan Istiadat Laung Agung terlebih dahulu Jika PM/PR/PK. Trup atau kumpulan pengakap berada di hadapan liang bendera sama ada dalam bentuk ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera mengikut Patrol 3. Jika PKK, Pemimpin/AKELA akan berdiri dalam keadan SEDIA di tengah-tengah bulatan laung agung. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera.
ISTIADAT RASMI PENGAKAP ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA Jika PM/PR/PK, Pemimpin berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang bendera. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera. 4. Jika PM/PR/PK, Pemimpin memberikan arahan "TRUP! TRUP... SEDIA!" Trup berdiri tegak dalam keadaan SEDIA. 5. Pemimpin berteriak "BENDERA!" Dua orang ahli PM/PR/PK daripada Sekawan atau Patrol Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Jika dalam bentuk ladam kuda atau bulatan. PKK/PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera 6. Setelah berada di hadapan tiang bendera, petugas di hadapan kemudian berteriak AP!" sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh PEK atau Trup, pemimpin dan penolong-penolong pemimpin pengakap. 7. Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak "AP!" lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh PEK/Trup, pemimpin dan penolong- penolong pemimpin pengakap.
ISTIADAT RASMI PENGAKAP ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA 8. Kedua-dua petugas melangkah satu langkah ke hadapan tiang bendera. Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada tiang bendera dan menurunkan bendera secara perlahan-lahan. 9. Setelah bendera diturunkan, petugas yang berada di belakang akan menyambut hujung bendera lalu diletakkan di atas bahu kedua-dua petugas sebelum bendera tersebut mencecah tanah. 10. Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada bendera kemudian berpusing ke belakang untuk melipatkan bendera secara bersama-sama 11. Setelah bendera dilipat dalam bentuk segi tiga, petugas di hadapan akan memegang bendera tersebut dengan tangan kiri. 12. Petugas di hadapan akan berteriak "APP" secara perlahan dan kedua-dua petugas akan mula bergerak. Petugas di belakang akan berkawad kembali ke tempat asal, manakala petugas di hadapan akan berkawad selaku terima gaji untuk menyerahkan bendera tersebut kepada Pemimpin/AKELA, sama ada di sebelah kiri tiang bendera (PM/PR/PK) sebelum kembali ke tempat asal.
ISTIADAT RASMI PENGAKAP ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA 13. Pemimpin/AKELA kemudian berteriak "DOA!" dan seorang PKK/PM/PR/PK Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak "AP!" PEK/Trup dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas 14 PKK/PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing dengan cara menundukkan kepala 18. Petugas kemudian akan berteriak "APP" sebagai menandakan doa selesai dibacakan dan PEK/Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan atau mengangkatkan kepala. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal 16. Pemimpin/AKELA yang berdiri di sebelah kiri liang bendera, kemudian berteriak "SENANG DIRI Pemimpin / AKELA memberikan ucapan ringkas dalam bentuk nasihat atau rangsangan kepada PEK/Trup. (Ada juga Pemimpin/AKELA yang meminta Ketua Pemimpin, Ketua Kursus atau Ketua Jurulatih untuk memberikan ucapan ringkas dalam istiadat ini). 17. Setelah selesai memberikan ucapan, Pemimpin/AKELA memberikan arahan "PEK/Trup... SEDIAI" BERSU...RAI!" sebagai menandakan Istiadat Menurunkan Bendera selesai dan aktiviti perkhemahan berakhir (dengan PEK/Trup bersalam- salaman dengan pemimpin dan penolong- penolong pemimpin sambil menyanyikan beberapa lagu perpisahan.
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PERINGKAT KEBANGSAAN
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PERINGKAT NEGERI
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PERINGKAT DAERAH
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
PENGURUSAN KEAHLIAN PENGAKAP Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja. Boleh diwujudkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu. Satu kumpulan boleh ditubuhkan dengan 18 orang ahli dan 2 pemimpin. Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada beberapa pasukan. PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN JENIS BORANG PENDAFTARAN Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM. Gunakan beberapa jenis borang: 1. Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) 2. Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) 3. Borang PPM 1B (Borang Kawalan) 4. Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/ Penolong) Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM. 5.
PENGURUSAN KEAHLIAN PENGAKAP BORANG PENDAFTARAN AHLI PENGAKAP (PPM 1A)
PENGURUSAN KEAHLIAN PENGAKAP BORANG PERMOHONAN TAULIAH PEMIMPIN (PPM 9A)
PENGURUSAN KEAHLIAN PENGAKAP YURAN PENDAFTARAN Kumpulan/Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/anggota yang lama perlu diperbaharuhi pendaftaran kumpulan dengan PPM. Yuran pendafataran: Kumpulan : RM 30.00 (setahun) Ahli Pengakap : RM 5.00 (setahun) Pemimpin/ Penolong Pemimpin : RM 10.00 (setahun) Kumpulan/anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap. Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya. - gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44-47) Pemimpin kumpulan secara automtaik digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya (Peraturan 80) Pengantungan itu sementara, Pesuruhjaya Daerah maklumkan kepada kuasa penganjur iaitu memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera. Pesuruhjaya Daerah menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah-tauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran.
PENGURUSAN KEAHLIAN PENGAKAP TAULIAH PEMIMPIN Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM: 1.Tauliah Sementara 2.Tauliah Tetap Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua. Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Tiga. Pemimpin perlu memohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain.
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP PENGAKAP KENAK-KANAK, MUDA DAN REMAJA (PEREMPUAN)
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP PENGAKAP KENAK-KANAK, MUDA DAN REMAJA (LELAKI)
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP LENCANA-LENCANA PADA PAKAIAN SERAGAM
PANGKAT / LENCANA PENGAKAP LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP Sebelum dilantik menjadi ahli, seseorang kanak-kanak itu akan diuji dalam perkara-perkara yang terkandung dalam silibus Lencana Keahlian (Rujuk Buku Skim Pengakap KanakKanak) LENCANA WAJIB Setelah lulus lencana keahlian, PKK dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan SATU lencana wajib mengikut minat mereka (Ahli Renang / Penunggang Basikal) LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP (KERIS GANGSA) Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang pengakap Kanak-kanak itu mestilah mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu. Setelah lulus Lencana Wajib, PKK dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran mengikut minat dan kesukaannya.
PANGKAT / LENCANA PENGAKAP LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP (KERIS PERAK) Selang tarikh lulus antara lencana keris gangsa dengan keris perak adalah 6 bulan. Setelah lulus Lencana Keris Gangsa, PKK dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan mengikut minat dan kesukaannya. Setelah lulus Lencana Kepandaian kategori Pengetahuan, PKK dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian kategori Perkhidmatan mengikut minat dan kesukaannya. LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP (KERIS EMAS) Sebelum layak lulus Lencana Keris Emas, PKK mestilah lulus Lencana Keris Perak dan Lencana Kepandaian (DUA Lencana kategori Pengetahuan dan DUA Lencana kategori Perkhidmatan) terlebih dahlu. Selang tarikh lulus antara lencana keris perak dengan keris emas adalah 6 bulan.