The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mni6768, 2023-02-10 03:27:23

MESIN PENGASING BIJI CILI KERING MENGGUNAKAN KAWALAN MOTOR

DMU 2023 MESIN PENGASING BIJI CILI KERING

Keywords: MESIN PENGASING BIJI CILI KERING MENGGUNAKAN KAWALAN MOTOR

MESIN PENGASING BIJI CILI KERING MENGGUNAKAN KAWALAN MOTOR MUHAMAD ALIF ZAINIZAN BIN ABDUL RAZAK MUHAMMAD QAYYUM AZRY BIN ALIAS SESI 2 / 2021 ME-010-4:2012 TEKNOLOGI MEKANIKAL (PENYELENGGARAAN INDUSTRI) DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA BUKIT MERTAJAM


I PENGHARGAAN Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Muhammad Fiqri Ameer bin Yahya Arif, penyelia bagi pembangunan projek ini. Penghargaan dan Terima kasih juga kepada Puan Nor Rumaizah Binti Azmi selaku penyelaras projek tahun akhir , keseluruhan tenaga pengajar jabatan mekanikal yang telah banyak memberi pendedahan bermula dari semester 1 hingga semester 6. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam diatas kerjasama yang telah diberikan. Segala jasa baik daripada pihak institut amatlah dihargai. Selain itu , sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada keluarga saya , rakan-rakan dan semua tenaga pekerja yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan yang kuat sepanjang projek ini dijalankan. Akhir sekali , semua penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha menyempurnakan projek, semoga Allah S.W.T memberi balasan yang lebih baik kepada anda semua. Sekian , Terima Kasih.


II PENGAKUAN PELAJAR Saya akui projek ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan melanggar syarat yang tertera diatas, segala hasil kerja saya akan digagalkan dan didapati sebagai tidak melengkapi diploma dan bersetuju untuk dikenakan sebarang tindakan undang-undang dibawah peraturan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara ( IKTBN ) Bukit Mertajam. Tandatangan : Tarikh : 31/01/2023 Nama Pelajar : MUHAMMAD QAYYUM AZRY BIN ALIAS No Pelajar : 027291 Kursus : DIPLOMA PENYELENGGARAAN INDUSTRI ( TAHAP 4 ) Institut : INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA BUKIT MERTAJAM Tajuk Projek : MESIN PENGASING BIJI CILI KERING MENGGUNAKAN KAWALAN MOTOR


III PENGAKUAN PELAJAR Saya akui projek ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan melanggar syarat yang tertera diatas, segala hasil kerja saya akan digagalkan dan didapati sebagai tidak melengkapi diploma dan bersetuju untuk dikenakan sebarang tindakan undang-undang dibawah peraturan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara ( IKTBN ) Bukit Mertajam. Tandatangan : Tarikh : 31/01/2023 Nama Pelajar : MUHAMAD ALIF ZAINIZAN BIN ABDUL RAZAK No Pelajar : 023273 Kursus : DIPLOMA PENYELENGGARAAN INDUSTRI ( TAHAP 4 ) Institut : INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA BUKIT MERTAJAM Tajuk Projek : MESIN PENGASING BIJI CILI KERING MENGGUNAKAN KAWALAN MOTOR


IV PENGAKUAN PENYELIA Saya dengan ini memperakui bahawa telah membaca laporan ini dan segala yang terkandung adalah hasil kerja sebenar pelajar. Projek ini mematuhi skop dan kualiti serta memenuhi syarat dan undang-undang di bawah peraturan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara ( IKTBN ) Bukit Mertajam. Nama Penyelia : MUHAMMAD FIQRI AMEER BIN YAHYA ARIF Tandatangan : Tarikh : 01 /02/ 2023 PENGAKUAN PENYELARAS Saya dengan ini memperakui bahawa telah membaca laporan ini dan segala yang terkandung adalah hasil kerja sebenar pelajar. Projek ini mematuhi skop dan kualiti serta memenuhi syarat dan undang-undang di bawah peraturan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara ( IKTBN ) Bukit Mertajam. Nama Penyelia : PUAN NOR RUMAIZAH BINTI AZMI Tandatangan : Tarikh : 01/02/2023


V ABSTRAK Perusahaan V ndustry makanan berasaskan cili kering semakin mendapat permintaan dan sedang diusahakan oleh pengusaha cili kering secara komersial. Namun begitu , terdapat isu penggunaan tenaga kerja bagi mengasingkan biji kering untuk pemprosesan produk tertentu seperti pembuatan sos cili yang sedia ada. Cili kering juga salah satu bahan makanan yang selalu digunakan dalam masakan, penghasilan makanan ringan dan sebagainya. Dalam kemajuan teknologi pada zaman ini pengasingan biji cili kering seringkali mengunakan tenaga kerja yang banyak dan juga masa yang lama bagi mengasingkan biji cili kering secara manual. Oleh itu , projek yang akan kami hasilkan ini adalah sebuah mesin yang dinamakan Mesin Pengasing Biji Cili Kering Menggunakan Kawalan Motor . Mesin ini dicipta agar sesuai digunakan dalam V ndustry pemprosesan makanan. Mesin ini menggunakan bilah pisau yang direka bagi mengasingkan biji cili kering dengan mudah. Pada masa yang sama , mesin ini juga tidak mengambil masa yang lama untuk mengasingkan biji cili kering dengan menggunakan Vndust kawalan motor. Mesin Pengasing biji cili kering ini direka khas untuk memudahkan urusan pengusaha Industri Kecil Sederhana ( IKS ) dan mudah diselenggara.


VI ABSTRACT Food industry enterprises based on dry chilies are increasingly in demand and are being worked on by commercial dry chili operators. However, there is the issue of using manpower to separate dry seeds for the processing of certain products such as the manufacture of existing chili sauce. Dried chilies are also one of the food ingredients that are always used in cooking, the production of snacks and so on. In the advancement of technology in this day and age, the separation of dry chili seeds often uses a lot of labor and also a long time to separate dry chili seeds manually. Therefore, the project that we will produce is a machine called a Dry Chili Seed Separator Machine Using Motor Control. This machine is designed to be suitable for use in the food processing industry. This machine uses a knife blade designed to separate dry chili seeds easily. At the same time, this machine also does not take a long time to separate dry chili seeds by using a motor control system. This dry chili seed sorting machine is specially designed to facilitate the business of Small and Medium industry (SMI) and is easy to maintain.


VII ISI KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGHARGAAN I PENGAKUAN PENGARANG II , III , IV PENGAKUAN PENYELIA DAN PENYELARAS V ABSTRAK VI ABSTRACT VII BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN LAPORAN 1-2 1.2 OBJEKTIF LAPORAN 3 1.3 PENGENALAN PROJEK 4 1.4 OBJEKTIF PROJEK 5 1.5 PENYATAAN MASALAH 6 1.6 METODOLOGI 7 1.7 FAEDAH JANGKAAN 8 1.8 KESIMPULAN 9


VIII BAB PERKARA HALAMAN BAB 2 SOROTAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN 10 2.2 PENYATAAN MASALAH 11 2.3 OBJEKTIF KAJIAN 2.4 PERBANDINGAN DI ANTARA MANUAL/MODEN 12 2.5 JENIS-JENIS MESIN PENGASING BIJI KERING YANG ADA DIPASARAN 13-14 2.6 TEKNIK KAJIAN 15 2.7 RUMUSAN 16 BAB 3 METODOLOGI 3.1 PENGENALAN 17 3.2 GANTT CHART 18 3.2.1 METODOLOGI TERBAHAGI KEPADA BEBERAPA PERINGKAT 19 3.3 PROSES PERLAKSANAAN PROJEK 20 3.4 WATERFALL DIAGRAM 21 3.5 BORANG SOAL SELIDIK ( KAKITANGAN DEWAN MAKAN ) 22 3.5.1 BORANG KAJI SELIDIK ( KAKITANGAN KAFETERIA) 23 3.6 PERBINCANGAN SOAL SELIDIK ( KAKITANGAN DEWAN MAKAN ) 24 3.6.1 PERBINCANGAN SOAL SELIDIK ( KAKITANGAN KAFETERIA ) 25 3.7 BLOK DIAGRAM 26 3.8 LAKARAN LITAR PROJEK 27


IX 3.9 REKABENTUK PROJEK 28 3.10 SENARAI PERALATAN 29-30 3.11 PANDANGAN PROJEK 31 3.12 KAEDAH PEMBANGUNAN PROJEK 32 3.13 PENGUJIAN PROJEK 33 3.14 PROSES PEMBANGUNAN PROJEK 34-39 3.15 KOS PENGIRAAN PROJEK 40 3.16 KOMPONEN YANG DIGUNAKAN PADA PROJEK 41-46 3.17 KESELAMATAN DALAM PENGUJIAN 47 3.18 TINGKAH LAKU DAN PAKAIAN 3.19 KESELAMATAN DIRI 48 3.20 KESELAMATAN DI BENGKEL 3.21 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 49-50


X BAB PERKARA HALAMAN BAB 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 4.1 PENGENALAN 51 4.2 PROSES PENGUJIAN PROJEK 4.3 PENGUJIAN KEFUNGSIAN PROJEK 52 4.4 PENGUJIAN KETAHANAN PROJEK 53 4.5 PENGUJIAN KESELAMATAN PROJEK 54 4.6 PURATA MASA YANG DIAMBIL 55 4.7 CARTA PERBANDINGAN 56 4.8 PERBINCANGAN 57 4.8.1 PENILAIAN 4.9 KELEBIHAN PROJEK 58 BAB 5 5.1 KESIMPULAN 59 5.2 CADANGAN 60 5.3 LAMPIRAN 61-73


XI DAFTAR JADUAL NO TAJUK HALAMAN 1.1 JADUAL PERBANDINGAN 12 1.2 CARTA ALIR PROJEK 20 1.3 WATERFALL DIAGRAM 21 1.4 BLOK DIAGRAM 26 1.5 JADUAL LIST PERALATAN 30 1.6 PEMILIHAN PERALATAN PENGUJIAN 33 1.7 PEMBANGUNAN KERJA PROJEK 34 1.8 JADUAL HARGA PERALATAN 40 1.9 JADUAL PERALATAN 41 2.0 JADUAL KESELAMATAN 49 4.12 PENGUJIAN KEFUNGSIAN PROJEK 52 2.1 PENGUJIAN KETAHANAN PROJEK 53 2.2 PENGUJIAN KESELAMATAN PROJEK 54 2.3 PURATA MASA YANG DIAMBIL 55


XII DAFTAR GAMBARAJAH NO TAJUK HALAMAN 1.1 JENIS MESIN PENGASING BIJI CILI KERING 13-14 1.2 JENIS MESIN PENGASING BIJI CILI KERING 1.3 GANTT CHART 18 1.4 BORANG SOAL SELIDIK ( KAKITANGAN DEWAN MAKAN ) 22 1.5 BORANG SOAL SELIDIK ( KAKITANGAN KAFETERIA ) 23 1.6 SESI TEMUBUAL ( KAKITANGAN DEWAN MAKAN ) 24 1.7 SESI TEMUBUAL ( KAKITANGAN KAFETERIA ) 25 1.8 GAMBAR LAKARAN LITAR 27 1.9 GAMBAR LAKARAN PROJEK 28 2.0 RAJAH LIST PERALATAN 29 2.1 GAMBAR PANDANGAN PROJEK 31 2.2 PENUKARAN PENAPIS BIJI CILI KERING 32


XIII DAFTAR LAMPIRAN NO PERKARA 1 GAMBAR KERJA 2 RUJUKAN


1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN LAPORAN Projek tahun akhir adalah salah satu bentuk tugasan yang telah dirangka oleh Kementerian Belia dan Sukan berpandukan panduan daripada jabatan pembangunan kemahiran. Projek tahun akhir ini diwujudkan adalah untuk mendedahkan pelajar kepada kemahiran dan pengetahuan dalam menghasilkan sesuatu projek yang telah direkabentuk dan dirancan. Projek tahum akhir ini juga adalah merupakan syarat wajib yang perlu dilalui oleh pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara sebelum diiktiraf sebagai graduan diploma. Setiap pelajar dikehendaki untuk menghasilkan projek secara berkumpulan Para pelajar dikehendaki untuk merangka dan melaksanakan projek mengikut kreativiti masing-masing. Masa untuk menyiapkan projek ditetapkan oleh pihak 1ndustry1. Penilaian ke atas setiap projek yang telah dilaksanakan berdasarkan kepada masa yang telah ditetapkan. Dengan adanya projek tahun akhir ini secara tidak langsung dapat menilai dan mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam , sama ada pengetahuan teori atau pratikal. Selain itu , pelajar juga dapat meluaskan pengalaman mereka dalam proses menyiapkan tugasan yang diberi.


2 Pelajar juga turut diberikan tugasan untuk menyediakan buku laporan harian atau dikenali sebagai buku log bertujuan untuk merekodkan aktiviti sepanjang tempoh menyiapkan projek. Buku laporan harian tersebut adalah sebagai bukti yang menunjukan pelajar menjalankan kerja-kerja yang dilakukan dalam menyiapkan projek. Buku laporan harian ini juga menjadi rujukan pelajar untuk membuat laporan eksekutif . Laporan harian ini juga turut mmbantu penyelia dan penyelaras memantau perkembangan projek sekaligus melatih pelajar lebih berdisplin menjalankan tugas mengikut perancangan. Diharapkan dengan adanya projek tahun akhir ini dapat memberi kami pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna terutamanya dalam bidang yang kami ceburi ini iaitu bidang Penyelenggaraan Industri.


3 1.2 OBJEKTIF LAPORAN Laporan projek akhir merupakan laporan yang penting dalam menyiapkan projek tahun akhir. Laporan projk digunakan untuk merekodkan aktiviti yang dilakukan sepanjang proses dalam menyiapkan projek tahun akhir. Diantaranya objektif laporan adalah ; i. Mencatat dan merekodkan proses kerja yang dilakukan sepanjang menyiapkan pelaksanan projek. ii. Sebagai memenuhi sebahagian kriteria dalam permarkahan untuk projek. iii. Membantu pelajar untuk menyiapkan projek dengan lebih sistematik dan mengikut perkembangan seperti yang telah dirancangkan sebelum ini. iv. Merupakan rujukan kepada pelajar untuk membuat laporan eksekutif. v. Merupakan rujukan kepada penyelia , penyelaras dan pengajar untuk memantau perkembangan projek. vi. Sebarang permasalahan yang berlaku dalam menyiapkan projek dapat diketahui dan akan dapat diselesaikan dengan segera. vii. Perkembangan dan permasalahan dalam menyiapkan projek dapat diketahui dengan lebih jelas. viii. Membantu perlajar menyiapkan projek mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.


4 1.3 PENGENALAN PROJEK Projek yang telah kami hasilkan adalah sejenis mesin yang dinamakan MESIN PENGASING BIJI CILI KERING MENGGUNAKAN SISTEM KAWALAN MOTOR. Mesin ini adalah sejenis mesin yang digunakan untuk mengasingkan biji cili kering tanpa mengunakan tenaga manusia. Mesin pengasing biji cili kering ini direka khas untuk memudahkan urusan pengusaha Industri Kecil Sederhana (IKS) , pengusaha peniaga kecilan untuk memudahkan proses pengasingan biji cili kering. Mesin ini dicipta agar sesuai digunakan dalam 4 ndustry pemakanan. Cili kering adalah salah satu bahan utama bagi menghasilkan makanan ringan dan juga masakan berasaskan cili kering. Mesin ini dihidupkan dengan menggunakan 4 ndust yang direka khas mengunakan kuasa motor dan juga kuasa eletrik. Mesin ini mempunyai bilah pisau yang direka khas untuk mengasingkan biji cili kering. Mesin ini juga direkabentuk dengan bentuk yang ringkas dan sesuai dengan ciri-ciri bersih untuk pemprosesan makanan. Mesin pengasingan biji kering juga dapat melihat bagaimana kami mengaplikasikan apa yang telah dipelajari. Sistem yang telah kami terapkan adalah 4ndust yang telah dipelajari dan boleh diguna pakai untuk membolehkan mesin pengasing biji cili kering ini berfungsi seperti yang dihendaki.


5 1.4 OBJEKTIF PROJEK Setiap produk yang dihasilkan sudah pasti mempunyai objektifnya yang tersendiri. Sebelum kami memulakan proses menghasilkan mesin mengasingkan biji cili kering ini kami perlu mengetahui objektif projek yang kami hasilkan ini. Berikut adalah objektif kami menghasilkan Pengasing Cili Kering ini. i. Merekabentuk alat pengasingan biji kering yang mudah dikendalikan ii. Mencipta alat pengasingan biji kering yang boleh mengasingkan biji cili kering dalam kuantiti yang banyak serta pantas. iii. Membuat mesin pengasingan biji cili kering yang mudah dibawa.


6 1.5 PENYATAAN MASALAH Untuk menghasilkan projek ini , masalah perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mengurangkan masalah serta meningkatkan lagi mutu kerja bagi menghasilkan projek ini. i. Tempoh pengasingan biji cili kering secara manual mengambil masa yang terlalu lama ii. Memerlukan tenaga kerja yang banyak iii. Mesin memerlukan ruang yang terlalu banyak


7 1.6 METODOLOGI Projek yang dibangunkan menggunakan sebuah motor RADIATOR AIRCOND untuk menggerakkan Bilah pisau dengan menggunakan konsep pengasingan dan penapisan bagi mengasingkan biji cili kering. Dalam proses untuk merekabentuk sesuatu produk pelbagai kriteria dan objektif penghasilan produk perlu dikenalpasti. Ini termasuklah saiz , keselesaan , keselamatan , bahan yang digunakan , kehendak pelanggan , dan banyunak lagi kriteria yang perlu diberi perhatian. Kesemua kriteria dan objektif yang telah dikenalpasti perlulah dikaji untuk memastikan rekabentuk yang akan dibuat mencapai keputusan yang memuaskan dan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Alat ini juga mudah dibawa dan tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak. Pembangunan projek melibatkan proses reka bentuk , pemasangan komponen eletrik dan mekanikal. Selain itu , proses ini telah diuji dengan ujian tradisional dan moden bagi penambahbaikan telah dibuat.


8 1.7 FAEDAH JANGKAAN Projek ini dinamakan “ Mesin Pengasing Biji Cili Kering Menggunakan Sistem Motor ” beroperasi secara 8ndustry8 dengan menggunakan konsep pusingan bilah menggunakan motor radiator. Ia akan berfungsi untuk mengasingkan biji cili kering dengan baik. Di antara beberapa kelebihan projek ini ialah : i. Mesin ini tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mengendalikan dan ia sangat mudah digunakan dan selamat ii. Kerja-kerja pengasingan biji cii kering ini lebih cepat dan mudah kerana tidak menggunakan tenaga kerja yang ramai. iii. Mesin ini dapat dikawal dengan kawalan push button ON / OFF yang disetkan untuk menjalankan dan menghentikan kawalan motor. iv. Mampu menjimatkan masa dan menambahkan produktiviti khususnya 8ndustry kecil dan sederhana ( IKS ) , peniaga kecil.


9 1.8 KESIMPULAN Secara kesimpulannya , projek Mesin Pengasing Biji Cili Kering Menggunakan Sistem Kawalan Motor yang telah kami bangunkan dalam tempoh 2 bulan 13 hari dengan 9ndustry9 kumpulan dan panduan penyelia projek. Projek ini kami fokuskan untuk kemudahan peniaga kecil yang telah dirancang dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Mesin yang kami bangunkan terdapat perbezaan antara mesin-mesin yang sedia ada dipasaran. Iaitu mesin kami lebih ringan dan mudah dibawa kemana sahaja. Is juga tidak menggunakan kos yang terlalu mahal. Selain itu, mesin kami juga dapat menjimatkan ruang yang banyak kerana kami bangunkan mesin ini tidak terlalu besar dan lebar yang akan memakan ruang yang banyak.


10 BAB 2 SOROTAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN Kajian literatur menerangkan segala teori atau penulisan yang berkaitan dengan projek yang dilaksanakan pada semester akhir kami. Dengan adanya kajian literature dan objektif kajian, segala maklumat yang diperlukan mengenai projek MESIN PENGASING BIJI CILI KERING MENGGUNAKAN KAWALAN MOTOR dapat diketahui serta membantu dalam mencapai objektif projek yang kami laksanakan. Dalam kajian ini kami membuat beberapa soal selidik dengan pengusaha Industri Kecil Dan Sederhana contohnya seperting Catering untuk memberi keterangan dan maklumbalas untuk projek yang kami lakukan ini. Memberi 10ndus pada padangan , tahap kepuasan dan juga 10ndust penambahbaikan dari segi masa, kebersihan dan tenaga kerja. Dalam kajian literatur ini sedikit sebanyak memberikan pengetahuan dalam menilai sesuatu yang digunakan berdasarkan maklumat yang telah diperolehi dari sumber Google , Youtube dan Internet. Bukan itu sahaja, malahan segala teori yang dikaji dapat dipratikkan semasa melaksanakan projek ini.


11 2.2 PENYATAAN MASALAH Berdasarkan kajian yang kami buat daripada pemerhatian dan sumber Internet , proses mengasingkan biji cili kering ini mempunyai beberapa masalah ; ⚫ Mesin kami menggunakan 11 ndust kawalan motor berbanding mesin dipasaran yang menggunakan tenaga manusia. ⚫ Mesin pengasingan biji cili kering sedia ada kurang ciri-ciri keselamatan dan kebersihan , kami menambah beberapa ciri-ciri keselamatan dan kebersihan pada mesin yang dihasilkan oleh kami. ⚫ Terdapat perbandingan harga dengan mesin dipasaran. 2.3 OBJEKTIF KAJIAN Projek ini bertujuan untuk memudahkan proses pengasingan biji cili kering dilakukan untuk mengenalpasti masalah yang timbul untuk pengguna Industri Kecil dan sederhana ( IKS ) dan pengusaha 11ndustry, peniaga kecil. Oleh itu , kami berharap projek ini akan dapat mencapai objektif berikut ; ⚫ Projek ini dapat menjimatkan kos elektrik ⚫ Mesin ini juga dapat menghindari dari masalah kebersihan dan keselamatan. ⚫ Dapat dipasarkan di 11ndustry kecil-kecilan dan sederhana.


12 2.4 PERBANDINGGAN DI ANTARA OPERASI MANUAL DAN MODEN jadual 1.1: Perbandingan Operasi Manual dan Moden MANUAL MODEN MASA : 30 minit untuk 1KG cili kering TENAGA : Menggunakan tenaga yang kuat KOS : - RUANG : - MASA : 5 minit untuk 1KG cili kering TENAGA : Tidak menggunakan tenaga yang kuat KOS : RM3500 1 unit RUANG : Menggunakan ruang yang luas


13 2.5 JENIS-JENIS MESIN PENGASING BIJI CILI KERING YANG ADA DIPASARAN 1. Rajah 1.1: Jenis Mesin Pengasing JENAMA Mesin Pengasing Biji Cili Kering ( BioloMix Dry chili Extract ) SPESIFIKASI POWER : Auto DIMENSIONS : 39X25X28 CM HARGA RM 800.00 1 Unit


14 2. Rajah 1.2: Jenis Mesin Pengasing JENAMA ZullDesign Autotronic Industries SPESIFIKASI MODEL : BCG-7 VOLTAGE : 240 V POWER : 1HP DEMENSION : 440/690/920MM HARGA RM3500 1 Unit


15 2.6 TEKNIK KAJIAN Sebelum membuat atau membangunkan projek, banyak perkara atau aspekaspek yang perlu dititik berat dan dikaji dengan teliti untuk memastikan projek ini berjalan lancar dan selamat. Bagi membangunkan projek ini kami telah mengedarkan borang soal selidik kepada kakitangan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam , pihak Industri Kecil dan Sederhana ( IKS ) dan peniaga kecil bagi mendapatkan maklumbalas tentang projek “MESIN PENGASING BIJI CILI KERING MENGGUNAKAN KAWALAN MOTOR” . Antara tujuan utama mengedarkan borang soal selidik kepada pengawai dan pengajar supaya kami dapat mengetahui di mana kelebihan dan kelemahan pada projek. Apabila telah mengenalpasti kelebihan dan kekurangan projek, kita dapat melakukan sedikit perubahan pada projek supaya mencapai tahap kepuasan yang maksima. Soalan soal selidik adalah seperti di lampiran. Selain itu, kami ingin mendengar pendapat daripada pihak lain. Kami melakukan sesi temu bual untuk mengetahui masalah yang sering dihadapi oleh pihak perusaha kecil- kecilan untuk melakukan proses pengasingan biji cili kering tersebut. Daripada kajian yang dibuat , kami mendapati ramai yang menginginkan mesin pengasingan biji cili kering menggunakan kawalan motor yang lebih mudah dikehendaki , lebih selamat dan menjimatkan masa.


16 2.7 RUMUSAN Kajian yang dilakukan selama kira-kira 6 bulan ini memberikan kami pelbagai pengalaman baru dan menarik. Kami juga dapat meluaskan pengalaman dalam proses menyiapkan tugasan. Projek yang kami sendiri cipta ini memberikan satu pembelajaran yang baru pada diri kami sendiri. Projek Mesin Pengasingan Biji Cili Kering Menggunakan Motor yang kami laksanakan ini akan membantu pengguna yang memerlukan. Selain itu , projek ini juga memudahkan proses pengasingan biji kering secara automatik berbanding cara manual yang mengambil masa yang agak lama berbanding adanya mesin yang kami cipta. Mesin Pengasingan Biji Cili Kering ini dapat mengurangkan masa yang diambil berbanding cara manual. Mesin ini juga sesuai digunakan kerana lebih selamat semasa pengasingan biji cili kering dengan kuantiti yang lebih banyak.


17 BAB 3 METODOLOGI Metodologi merupakan kaedah dan teknik merekabentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Projek ini dibangunkan dengan mempunyai fungsi yang tersendiri iaitu dapat memudahkan para peniaga atau pengusaha untuk mengasingkan biji cili kering. Projek ini menggunakan sistem kawalan motor. Berfungsi dengan menekan suis buka dan tutup ( ON / OFF ). Selain itu, terdapat juga peralatan sampingan yang digunakan bagi melaksanakan projek ini antaranya ialah kimpalan arka, kimpalan MIG dan pemotong besi. Peralatan seperti ini dapat membantu dalam proses pemasangan projek.


18 3.2 GANTT CHART Gantt Chart Semester 5 Gantt Chart Semester 6 FEB 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 1 2 3 4 5 PERANCANGAN PERLAKSANAAN AHLI KUMPULAN CUTI PEPERIKSAAN AKHIR MUHAMAD ALIF ZAINIZAN BIN ABDUL RAZAK MUHAMMAD QAYYUM AZRY BIN ALIAS NAMA PENYELIA NAMA PENYELARAS EN.MUHAMMAD FIQRI AMEER PUAN RUMAIZAH BINTI AZMI PERSIAPAN/LATIHAN PEMBENTANGAN PROJEK PENAMBAHBAIKAN SISTEM DAN KEKEMASAN MENYIAPKAN LAPORAN AKHIR MENGUJI KESELURUHAN PROJEK MENYIAPKAN LAPORAN PTA DAN BAHAN PEMBENTANGAN PERBINCANGAN PROJEK BERSAMA PENYELIA PERKARA PEMBENTANGAN PTA BERSAMA PANEL LUAR PRA PEMBENTANGAN PROJEK AKHIR MEMBETULKAN KESALAHAN LAPORAN SENARAI MEMBELI BAHAN PERALATAN MEMBUAT KAJIAN REKA BENTUK PROJEK PENGHASILAN PROJEK DISEMBER JANUARI PETUNJUK BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 0 1 1 1 2 TAHUN 2021/2022 OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER


19 3.2.1 Metodologi terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ; i. Mengumpul data dan maklumat berkaitan dengan kajian. ii. Menerangkan secara ringkas bagaimana kaedah-kaedah atau tatacara yang digunakan bagi menjalankan projek. iii. Menyediakan jadual perancangan kerja ( Gantt Chart ) sepanjang semester berdasarkan takwim semester. iv. Menyenaraikan bahan dan peralatan yang perlu digunakan bagi menjalankan projek v. Menganggarkan jumlah kos yang akan terlibat dalam penghasilan projek.


20 3.3 PROSES PELAKSANAAN PROJEK Secara ringkasnya pembangunan projek boleh diringkaskan seperti carta alir dibawah ; Jadual 1.2: Carta Alir Projek Pembangunan projek dan pengujian Menyediakan laporan dan membuat semakan dengan penyelia Pra pembentangan projek Pembentangan projek TAMAT Mengadakan perbincangan bersama penyelia bagi memilih tajuk projek Membuat lakaran projek MULA Mengenalpasti dan membeli komponen projek Membuat litar elektrik projek Tidak Memasang komponen dan membuat kekemasan pada projek


21 3.4 WATERFALL DIAGRAM Pembangunan projek Mesin Pengasing Biji Cili Kering Menggunakan Kawalan Motor ini mengambil konsep waterfall diagram kerana projek ini 100% direka bentuk dan dibangunkan oleh ahli kumpulan sendiri Jadual 1.3: Waterfall Diagram Kenalpasti keperluan Analisa Rekabentuk Pembuatan dan pemasangan Pengujian Penerimaan


22 3.5 BORANG SOAL SELIDIK BERSAMA KAKITANGAN DEWAN MAKAN IKTBN BM Rajah 1.4: Borang Kaji Soal Selidik


23 3.5.1 BORANG SOAL SELIDIK BERSAMA KAKITANGAN KAFETERIA IKTBN BM Rajah 1.5: Borang Soal Selidik


24 3.6 PERBINCANGAN SOAL SELIDIK BERSAMA KAKITANGAN DEWAN MAKAN IKTBN BM Rajah 1.6: Sesi Temubual


25 3.6.1 PERBINCANGAN SOAL SELIDIK BERSAMA KAKITANGAN KAFETERIA IKTBN BM Rajah 1.7: Sesi Temubual


26 3.7 BLOK DIAGRAM Operasi ini melibatkan program seperti blok diagram dibawah ; Jadual 1.8: Blok Diagram HIDUPKAN BEKALAN KUASA TEKAN PUSH BUTTON ON/OFF HASIL PENGASINGAN BIJI CILI KERING


27 3.8 LAKARAN LITAR PROJEK Kawalan bagi projek ini menggunakan litar seperti litar dibawah ; Rajah 1.8: Lakaran Litar


28 3.9 REKABENTUK PROJEK Hasil daripada perbincangan bersama penyelia, kami telah menghasilkan draf seperti dibawah ; Rajah 1.9: Gambar Lakaran Projek


29 3.10 SENARAI PERALATAN Rajah 2.0: Rajah List Peralatan


30 Jadual 1.5 : Jadual List Peralatan PART LIST ITEM QYT PART NAME DESCRIPTION 1 1 RANGKA 2 4 WHEEL 3 1 MOTOR PENGISAR 4 1 BLENDER 5 1 SHAFT SHAKER 6 1 COVER TRANSPARENT 7 2 ENGSEL 8 1 PINTU 9 1 CORONG 10 1 SWITCH BOX 11 1 GRILL 12 1 MOTOR


31 3.11 PANDANGAN PROJEK Rajah 2.1: Gambar Pandangan Projek PANDANGAN ATAS PANDANGAN HADAPAN PANDANGAN SISI


32 3.12 KAEDAH PEMBANGUNAN PROJEK PENGUJIAN KESILAPAN PADA BARANG PROJEK A. Rajah 2.2: Penukaran Penapis Biji Cili Kering Kami menukar penapis biji cili kering yang tidak sesuai kerana penapis terlalu lembut dan mempunyai saiz lubang yang kurang tidak sesuai untuk menapis biji cili kering untuk diasing dengan sempurna.


33 3.13 PENGUJIAN PROJEK Untuk menguji projek , kami telah melakukan ujian terhadap komponen projek dan fungsi terhadap kefungsian projek : Jadual 1.6: Pemilihan Peralatan Pengujian 1) Power Supply Kami membuat pengujian pengunaan power supply yang bersesuaian iaitu 240 V 2) Motor Radiator Kipas Kami membuat pengujian kefungsian motor terhadap komponen yang akan digerakan untuk memotong cili kering. 3) Motor Power Window Kami membuat pengujian kefungsian motor terhadap komponen yang akan digerakan untuk mengasing biji cili kering dan cili kering yang telah dipotong.


34 3.14 PROSES PEMBANGUNAN KERJA PROJEK Proses-proses membangunkan projek Mesin Pengasing Biji Cili Kering Menggunakan Sistem Kawalan Motor seperti dibawah : Membuat proses pengukuran dan penandaan pada besi holo untuk dipotong. Membuat proses pengukuran dan penandaan pada besi angle bar. Membuat proses pemotongan setelah selesai membuat penandaan dan pengukuran


35 Membuat proses penyantuman mengikut lakaran projek yang diukur. Membuat proses penyamtuman pada bahagian atas dan bawah yang mengikut lakaran projek yang diukur. Membuat proses penyamtuman pada bahagian luar projek yang mengikut lakaran projek yang diukur.


36 Mengasah bahagian yang telah di welding agar kelihatan kemas Memotong bahagian yang tidak digunakan. Mengasah bahagian yang telah dipotong agar kelihatan kemas.


Click to View FlipBook Version