Kronologi Pendidikan STEM di Malaysia
Sejarah kronologi Pendidikan STEM di Malaysia bermula lebih awal daripada yang kita
sangkakan. Walaupun mutakhir ini pendidikan STEM sering diperkatakan, sebenarnya di
Malaysia usaha mengetengahkan sains dan teknologi telah bermula sejak tahun 60-an
lagi. Jom kita ikuti sejarah kronologi Pendidikan STEM di Malaysia dengan lebih lanjut.
Kronologi Pendidikan STEM di Malaysia
Dasar 60 : 40
JKPPT (1967) mengesyorkan unjuran nisbah murid peringkat menengah atas di Malaysia
ialah 2:3 (40:60) bagi aliran Sastera berbanding aliran Sains dan Teknik mulai tahun
1970.
Pembelajaran bersepadu merangkumi disiplin Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar dengan menghubungkan
institusi pendidikan, komuniti dan industri untuk melahirkan bakat dan masyarakat
berliterasi STEM.
Inisiatif Memperkukuhkan STEM dalam PPPM
Gelombang I (2013 - 2015) - tumpuan kepada pengukuhan asas program sedia ada
Gelombang II (2016 - 2020) - memberi penekanan kepada pembinaan atas asas yang
disediakan
Gelombang III (2021 - 2025) - menilai kejayaan semua inisiatif daripada kedua-dua
gelombang terdahulu
IPD STEM
IPD atau International Policy Dialogue on Science, Technology, Engineering and
Mathematics Education (IPD STEM) adalah bertujuan bagi mewujudkan rangkaian
kerjasama antara penggubal dasar dan pelaksana berkongsi ilmu pengetahuan,
pengalaman dan amalan terbaik dalam melaksanakan program pendidikan STEM.
Dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Kementerian
Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi, satu pelan tindakan yang dinamakan
Pelan Tindakan STEM Nasional 2017 - 2025 telah dibangunkan bagi menyokong usaha
menyemarakkan aktiviti STEM di Malaysia.