The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RATNI KHASUZIYANTI BT MOHD KHALID Moe, 2021-01-19 11:29:49

Pakaian Tradisional dan Perhiasan Diri

Modul Pembelajaran Tingkatan 3

PAKAIAN TRADISIONAL DAN
PERHIASAN DIRI

Standard Kandungan 4.7 Pemahaman terhadap
Standard Pembelajaran pakaian tradisional dan
perhiasan diri

1.1.1 Mengetahui jenis pakaian
tradisional & perhiasan
diri mengikut kaum dan
etnik di Malaysia

1.1.2 Memperihalkan
sumbangan tokoh budaya
yang mengkaji pakaian
tradisional

Objektif Khusus Di akhir pembelajaran ini,
murid dapat:

1. Menjelaskan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 jenis pakaian
tradisional

2. Menyatakan 2 tokoh budayawan dan sumbangan mereka dalam
bidang tekstil

Tempoh 20/1/2021-21/1/2021 –
Perlaksanaan ( 1 hari)
Pentaksiran
Murid-murid ditafsir berdasarkan kepada
Sasaran Tahap Penguasaan (TP)
TP 1- Menyatakan jenis

pakaian tradisional & perhiasan
diri
TP 1- Menyatakan
sumbangan tokoh dan
budaya
TP 2- Menginterprasikan
jenis pakaian
tradisional

Murid Tingkatan 3

Pengenalan

 Menurut Kamus Dewan Pelajar Edisi Kedua Pakaian
membawa makna apa-apa sahaja yang dipakai di badan
seperti baju dan seluar. Manakala Tradisional bermaksud
bersifat atau bercorak tradisi; dan Masyarakat
merangkumi umat manusia, kelompok manusia,
komuniti, bangsa, kaum, suku, puak, kumpulan etnik, ras,
orang ramai, khalayak ramai.

 Pakaian mencerminkan adab dan perilaku masyarakat
pemiliknya

 Dalam tradisi budaya,pakaian dikaitkan dengan upacara
dan adat istiadat.

Pakaian Tradisional Di Malaysia

 Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan mempunyai pelbagai
pakaian tradisional . Contohnya,

 i. Melayu
 ii. Cina
 iii. India
 iv. lain-lain etnik

Pakaian Tradisional Melayu(LELAKI)

 Terbahagi kepada tiga
iaitu :

i Baju Melayu potongan
Teluk Belanga

ii Potongan Cekak Musang
Iii Baju Sikap.

Baju melayu cekak musang

Baju melayu teluk belanga

BAJU CEKAK MUSANG

 Baju Melayu potongan Cekak Musang
terkenal di kawasan tengah dan utara
Malaysia. Potongan tersebut merujuk
kepada cara jahitan pada leher baju
tersebut, potongan Cekak Musang
berbentuk seperti leher baju India hanya
bahagian penutup atau rumah butangnya
bertindan.

 Baju cekak musang juga dipakai dengan
lima butang sejajar.

 Pemakaian samping diikat ketepi dengan
keris hiasan disisip di hadapan.

BAJU MELAYU TELUK BELANGA

 Baju melayu teluk belanga
dipakai dengan satu butang
sebagai pelengkap gaya.

 Pemakaian kain atau samping di
bahagian luar turut dikenali
sebagai kain dagang luar.

BAJU SIKAP

• Baju Sikap berleher cekak
musang,dengan pemakaian satu butang

• Anak baju di bahagian dalam di
padankan dengan baju sikap
berpotongan lurus dengan belahan di
hadapan.

PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU(WANITA)

 Terdapat 5 jenis pakaian tradisional melayu wanita iaitu :
i.Baju Kurung Teluk
Belanga
ii. Baju Kurung Kedah
iii.Baju Kebaya
iv.Baju Kurung Cekak
Musang
v. Baju Riau Pahang

CONTOH BAJU TRADISIONAL MELAYU (WANITA)

Baju kurung cekak musang
Baju Riau Pahang

Baju Kurung Kedah

CONTOH BAJU TRADISIONAL MELAYU (WANITA)

Baju kebaya

Baju Kurung Teluk
Belanga

CIRI-CIRI BAJU TRADISIONAL MELAYU(WANITA)

BAJU KURUNG TELUK BELANGA
 Satu butang atau kerongsang dipakai dileher baju.
 Mempunyai kekek dan pesak di bahagian tepi.



BAJU KURUNG KEDAH
 Baju dipadankan dengan kain lipatan bertangkup atau berselisih di hadapan.

BAJU KEBAYA
 Lazimnya berbelah dibahagian hadapan
 Dikemaskan dengan pemakaian kerongsang ibu dan anak tiga sejajar.

BAJU KURUNG CEKAK MUSANG
 Pemakaian tiga butang di dada
 Diperindahkan dengan sanggul lintang di kepala sebagai perhiasan

BAJU RIAU PAHANG
 Berleher cekak musang dengan potongan pesak gantung
 Pemakaianya dengan perhiasan dokoh
 Sanggul lintang dan gendik sebagai penyeri wajah

PAKAIAN TRADISIONAL CINA (PEREMPUAN)

 Ceongsam iaitu pakaian potongan
labuh atau singkat serta berbelah di
bahagian tepi.

 Bahagian leher mempunyai
 persamaan dengan pola cekak

musang
 Butang dalam kedudukan serong di

dada.
 Mempunyai bentuk yang sendat di

bahagian pinggang
 Jenis fabrik yang digunakan ialah

sutera atau broked

PAKAIAN TRADISIONAL CINA (LELAKI)

Samfu

 Terdiri daripada padanan baju dan
seluar.

 Mempunyai belahan di bahagian
hadapan

 Diperkemaskan dengan pemakaian
kancing

PAKAIAN TRADISIONAL INDIA (WANITA)

SARI

 Menggunakan kain ela
bersaiz antara 5.5
sehingga 6 meter
panjang.

PAKAIAN TRADISIONAL INDIA (LELAKI)

Dhoti thundu
Doti
i.Ialah kain yang dililit dibahagian
pinggang dan diikat pada celah peha
dan kemudian disangkut pada bahu
ii.Thundu diletakkan di bahu sebagai
selempang
Iii Baju lelaki kaum india dipanggil
sebagai jippa.

Jippa

Pakaian Kaum Etnik Lain(Iban)

Pakaian Kaum Etnik Lain(KADAZAN)



PERHIASAN DIRI MASYARAKAT MELAYU

PERHIASAN DIRI MASYARAKAT CINA

PERHIASAN WANITA
PERHIASAN LELAKI

PERHIASAN DIRI MASYARAKAT INDIA

PERHIASAN WANITA

Tokoh Budaya

 Prof. Dr. Siti Zainon Ismail dan
Sharifah Azah Syed Mohd
AlSagoff(azah Aziz)

 Merupakan tokoh budayawan
yang tidak asing dalam bidang
berkaitan dengan tekstil dan
busana tradisi Melayu.

SUMBANGAN TOKOH BUDAYA
(PROF.DR.SITI ZAINON ISMAIL)

 Menyumbang ilmu sebagai
tutor,pensyarah serta Profesor
Madya sehingga tahun 2007 di UKM

 Memberi sumbangan ilmu sebagai
Professor Sejarah Seni dan
Estetika serta Falsafah Kebudayaan
dan Kesenian di UMS

 Antara buku beliau Tekstil Tenunan
Melayu,Busana Melayu Johor dan
Pakaian cara Melayu

SUMBANGAN TOKOH BUDAYA
(SHARIFAH AZAH SYED MOHD ALSAGOFF)

 Sumbangan beliau mengenai tekstil
dan busana Melayu ialah Songket :
Satu warisan Malaysia dan Rupa &
Gaya :Busana Melayu

 Menghasilkan penulisan buku Rupa
& gaya : Busana Melayu

 Memartabatkan pakaian tradisional
Melayu melalui
rencana,ceramah,seminar dan
pertunjukan pakaian kepada
masyarakat tempatan dan
antarabangsa.

LATIHAN

1.Namakan jenis-jenis pakaian tradisional di bawah ini

12 3 45

2.Isi tempat kosong dengan jawapan yang tepat

1. Pakaian mencerminkan………………………dan perilaku masyarakat
pemiliknya.

2. Dalam tradisi budaya ,pakaian dikaitkan dengan
……………….dan………..

3. Tiga jenis pakaian tradisional Melayu
(lelaki)………………..,……………dan……………

4. Baju Melayu Cekak Musang memakai …………….butang sejajar.
5. Baju kurung Teluk Belanga mempunyai…………dan ………….
6. Baju Kebaya dipadankan dengan pemakaian……………………….
7. Nyatakan 2 perhiasan diri masyarakat Melayu di bahagian kepala.

3.Berdasarkan gambar dibawah, nyatakan jenis-jenis Perhiasan Diri yang dipakai
oleh masyarakat di Malaysia.

a b cd

e fg


Click to View FlipBook Version