26 April 2024 99
26 April 2024 100
26 April 2024 101
26 April 2024 102
26 April 2024 103
279 34 313 26 April 2024 104
7 .SALINAN REKOD BACAAN MURID 7 .SALINAN REKOD BACAAN MURID ULASAN BUKU 8 105
Nama buku: ULASAN BUKU 1 BAGAIMANAKAH KEADAANYA? SINDORM DOWN Penerbit: Penulis: Bahasa Buku ini bertajuk Bagaimanakah Keadaannya? Sindrom Down. Buku ini ialah terjemahan yang sah daripada buku What’s it Like? Down Syndrome yang ditulis oleh Angela Royston. Buku ini ialah karya terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia, nama penterjemah ialah Jurina Pieei. Cetakan pertama pada tahun 2010 dan tebal halaman ialah 31 halaman. Buku ini untuk mengetahui bagaimanakah keadaannya apabila menghidap Sindrom Down. Buku ini secara tidak langsung memperkenalkan kepada semua tentang keadaaan dan ketidakupayaan yang boleh menjejaskan penghidap Sindrom Down, rakan dan keluarga mereka. Selain itu buku ini mendedahkan maksud dan siapa penghidap Sindrom Down. INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA ANGELA ROYSTON BAHASA MELAYU Penterjemah: JURINA PIEEI 106
Kehidupan penghidap Sindrom Down adalah sama seperti orang lain cuma memerlukan lebih bantuan untuk menjalankan kehidupan harian. Mereka juga bermain bersama orang lain, merasa gembira, sedih dan terpinggir. Pergerakan otot mereka adalah lambat, sukar mengingat perkataan dan menggunakan isyarat tangan untuk berinteraksi dengan orang lain. Penghidap Sindrom Down boleh bekerja seperti biasa dan hidup berdikari. Dari buku ini juga dapat memberikan informasi bahawa masalah penghidap Sindrom Down dapat dikurangkan dengan bantuan doktor, pegawai pemulihan pertuturan, audiologi, terapi cara kerja, guru tadika dan guru sekolah. Dari segi judul, buku ini sudah sangat menarik untuk di beli. Penerangannya mudah difahami dan persembahan ilustrasinya sangat menarik. Sayangnya buku ini tidak menceritakan secara terperinci tentang penghidap Sindrom Down. Daripada hasil pembacaan buku, penghidap Sindrom Down iaitu anak istimewa ini boleh membesar dengan baik dan sempurna dengan penjagaan dan kasih sayang yang ikhlas daripada keluarga dan komuniti persekitarannya. Sekian, terima kasih. 107
Nama buku: ULASAN BUKU 2 BAGAIMANAKAH KEADAANYA? KANSER Penerbit: Penulis: Bahasa INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA ANGELA ROYSTON BAHASA MELAYU Penterjemah: MOHD NOR AZREN Buku ini bertajuk Bagaimanakah Keadaannya? Kanser. Buku ini ialah terjemahan yang sah daripada buku What’s it Like? Cancer yang ditulis oleh Angela Royston. Buku ini ialah karya terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia, nama penterjemah ialah Mohd Nor Azren. Cetakan pertama pada tahun 2010 dan tebal halaman ialah 31 halaman. Buku ini untuk mengetahui bagaimanakah keadaannya apabila menghidap kanser. Buku ini secara tidak langsung memperkenalkan kepada semua tentang keadaaan dan ketidakupayaan yang boleh menjejaskan mereka, rakan dan keluarga mereka. Buku ini menerangkan bahawa penyakit kanser boleh menjejaskan sel dan darah. Semua manusia berisiko untuk mendapat kanser disebabkan oleh gaya hidup. Kanser boleh dikesan melalui ujian darah, 108
ujian sampel tumor, dilihat melalui mikroskop oleh orang yang terlatih dan melalui pengimbas MRI. Dari buku ini juga dapat memberikan informasi cara kanser dirawat iaitu melalui pembedahan, rawatan radioterapi, rawatan kemoterapi serta mendapatkan bekalan ubat-ubatan. Pesakit kanser akan mendapat kesan sampingan selepas menerima rawatan seperti merasa sakit dan rambut gugur. Jika bernasib baik pesakit kanser semakin beransur pulih tetapi jika sebaliknya mereka akan menjalani rawatan semula. Kehidupan pesakit kanser adalah sama seperti orang lain. Buku ini juga memberikan info tentang cara mencegah penyakit kanser seperti memakai sunblock, tidak merokok dan minum arak serta makan makanan berkhasiat. Dari segi judul, buku ini sudah sangat menarik untuk di beli. Penerangannya mudah difahami dan persembahan ilustrasinya sangat menarik. Sayangnya buku ini terlalu ringkas dalam menerangkan penyakit kanser. Daripada hasil pembacaan buku, penyakit kanser bukan bererti anda sudah berada dipenghujung nyawa, malah kebanyakkan kanser boleh dirawat. Ramai pesakit kanser berjaya melawan penyakit ini dan hidup normal seperti orang lain. Sekian, terima kasih. 109