The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabilahramlan71, 2021-08-10 11:24:13

pertandingan azan dan selawat

kerja kursus koko

Keywords: azan dan iqamat

KERTAS KERJA PROGRAM
PERTANDINGAN AZAN DAN IQAMAT 2021

PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH
02 OGOS – 06 OGOS 2021

HARI
ISNIN - JUMAAT

TEMPAT
LOKASI KEDIAMAN MASING-MASING

ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK (FELDA) PALONG 1

KERTAS KERJA PROGRAM
PERTANDINGAN AZAN DAN IQAMAT

PERINGKAT SEKOLAH
1.0 PROGRAM

Pertandingan Azan dan Iqamat Online 2021

2.0 ANJURAN
2.1 Panitia Pendidikan Islam SK (Felda) Palong 1

3.0 PENDAHULUAN
Azan dan Iqamat merupakan salah satu daripada cabang Kesenian Islam sejak zaman
Rasulullah SAW lagi. Hukum melaungkan azan dan Iqamat adalah sunnat muakkad untuk
semua solat fardhu. Panitia Pendidikan Islam sentiasa merancang dan melaksanakan program-
program dan juga aktiviti-aktiviti yang dapat membantu murid-murid meningkatkan
kefahaman dan mencungkil bakat-bakat baru. Bagi program pertandingan azan dan selawat ini
adalah program pertama kali diadakan.

4.0 RASIONAL
Pertandingan ini adalah untuk meningkatkan lagi kefahaman murid mengenai azan dan iqamat.

Murid boleh mengaplikasikan azan dan iqamat ini dalam kehidupan seharian mereka.

5.0 MATLAMAT
Pertandingan azan dan iqamat ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memberikan
pendedahan secara praktikal kepada murid tentang tata cara pelaksanaan azan dan iqamat yang
betul selain meningkatkan penghayatan mereka terhadap amalan ibadah.

6.0 OBJEKTIF

Objektif pertandingan adalah untuk:

5.1 Memberi peluang kepada murid mempamerkan bakat mereka mengikut gaya
tersendiri.

5.2 Memperkenalkan salah satu cabang kesenian dalam Islam kepada murid.
5.2 Mempertingkatkan potensi diri dan sahsiah dalam memenuhi tuntutan rohani.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid tahap 2 yang beragama Islam sahaja.
Pertandingan azan terbuka kepada murid lelaki manakala pertandingan iqamat terbuka kepada
murid perempuan.

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Jawatan Kuasa Induk

Pengerusi : En. Lokman Bin Said (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Pn Anita Binti Bosman (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn Rozalita (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 2 : En Mohd Zamri Binti Yusof (GPK HEM )
Penyelaras Program : En. Mohd Zulkifli Bin Mohd Nor (Ketua Panitia)
Naib Penyelaras Program : En Ahmad Anas Bin Mohamad
Setiausaha : Cik Fatin Nabilah binti Ramlan
Bendahari : Pn. Siti Mariam Binti Aziz

Jawatankuasa Pelaksana

Urusetia : Cik Fatin Nabilah Binti Ramlan
Pengadil (Azan) : En. Mohd Zulkifli Bin Mohd Nor
: En Ahmad Anas Bin Mohamad
Pengadil (Iqamat) : Pn. Siti Mariam Binti Aziz
: Cik Fatin Nabilah Binti Ramlan
Teknikal : En. Mohd Zulkifli Bin Mohd Nor
Multimedia : En. Ahmad Anas Bin Mohamad
Cenderahati : Pn. Siti Mariam Binti Aziz

9.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA
9.1 Penyelaras Program/ Naib Penyelaras Program

9.1.1 Memastikan pertandingan yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

9.1.2 Memberi taklimat pertandingan kepada Jawatankuasa Pelaksana.

9.1.3 Mengumpul maklumat perkembangan pelaksanaan daripada semua
jawatankuasa kecil.

9.2 Bendahari
9.2.1 Membuat anggaran perbelanjaan untuk pertandingan.
9.2.2 Membuat laporan kewangan selepas pertandingan.

9.3 Setiausaha

9.3.1 Menyediakan kertas kerja pertandingan.
9.3.2 Membentuk jawatankuasa.
9.3.3 Menyediakan surat-menyurat berkaitan pertandingan.
9.3.4 Membuat laporan pertandingan.

9.4 Urusetia

9.4.1 Menguruskan persediaan bahan dan peralatan.
9.4.2 Memastikan peserta maklum dengan syarat pertandingan.

9.5 Juri

9.5.1 Mengadili pertandingan sepanjang majlis berlangsung.
9.5.2 Memberikan markah kepada peserta.

9.6 Teknikal

9.6.1 Menyediakan syarat pertandingan.
9.6.2 Menyediakan format pemarkahan untuk para hakim.
9.6.3 Memastikan kesesuaian tempat pertandingan.

9.7 Multimedia

9.7.1 Mengambil gambar-gambar untuk dokumentasi.
9.7.2
Menyerahkan segala rakaman dan gambar kepada urusetia dan setiausaha untuk
dokumentasi.

9.8 Cenderahati
9.8.1 Menyediakan sijil dan hadiah untuk peserta dan pemenang.

10.0 BUTIRAN PROGRAM

Hari : Isnin - Jumaat
Tarikh : 02 Ogos– 06 Ogos 2021
Tempat : Kediaman masing-masing

11.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN
8.1
Pertandingan azan akan disertai oleh murid lelaki manakala pertandingan
8.2 iqamat akan disertai oleh murid perempuan.
8.3 Pertandingan akan berlangsung di kediaman masing-masing.
8.4 Pertandingan akan bermula tepat pada 02 Ogos sehingga 06 Ogos 2021.
Peserta bebas untuk menyampaikan laungan azan dan iqamat yang bersesuaian dengan
8.5 cara penyampaian masing-masing.
Masa bagi setiap peserta melaungkan azan dan iqamat adalah sekurang kurangnya 10
8.6 hingga 15 minit.
8.7 Keputusan akan dicatat pada akhir aktiviti oleh para juri.
Keputusan pemenang dan penyampaian hadiah dan sijil setelah sesi persekolahan
dibuka.

12.0 PERATURAN PERTANDINGAN
12.1
12.2 Penyertaan adalah secara individu, tidak dibenarkan secara berpasangan atau
12.3 berkumpulan.
12.5 Peserta perlulah memperdengarkan laungan azan dan iqamat secara tertib
dan muwalat (berturut-turut).
Masa yang diperuntukkan bagi setiap persembahan peserta adalah antara 10
sehingga 15 minit sahaja.
Pakaian peserta hendaklah menutup aurat, sopan dan bersesuaian dengan pertandingan.

13.0 SISTEM PEMARKAHAN

Pertandingan ini diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh juri yang dilantik.
Berikut merupakan pecahan markah bagi pertandingan azan dan iqamat:

13.1 Pertandingan Azan & Iqamat Markah (%)
Bil Aspek 20
1 Fasohah (Kelancaran dan kefasihan sebutan) 20
2 Tarannum/Lagu yang merdu dan menarik 20
3 Lafaz mengikut susunan yang tepat dan betul.
Penampilan yang sopan, menarik dan 20
4 bersesuaian.
Persembahan yang kemas, mantap dan 20
5 tersusun. 100
Jumlah

6.0 PERBELANJAAN RM
Sumber Kewangan 220
1. PENDAPATAN RM220
1.1 Panitia Pendidikan Islam
JUMLAH PENDAPATAN

Anggaran Perbelanjaan HARGA KUANTITI JUMLAH (RM)
RM 30.00 2 unit RM 60.00
BIL PERKARA RM 25.00 2 unit RM 50.00
1 Tempat Pertama RM 20.00 2 unit RM 40.00
2 Tempat Kedua RM70.00 1 rim RM 70.00
3 Tempat ketiga RM 220.00
4 Sijil
Jumlah

9.0 PENUTUP
Panitia Pendidikan Islam berharap agar program ini dapat memberi pengalaman yang
bermakna kepada murid-murid dan seterusnya mengamalkan pengetahuan serta kemahiran
yang dimiliki sebaiknya untuk masa depan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

......................................................... ...............................................
(FATIN NABILAH BINTI (MOHD ZULKIFLI BIN
RAMLAN) MOHD NOR )
GURU PENDIDIKAN ISLAM KETUA PANITIA
SK (FELDA) PALONG 1. PENDIDIKAN IS.LAM
SK (FELDA) PALONG 1
Disahkan oleh,

.....................................................
(EN LOKMAN BIN SAID
GURU BESAR
SK (FELDA PALONG 1


Click to View FlipBook Version