EDUP3153 Pentaksiran dalam Pendidikan E - P O RT F O L I O TUGASAN 2: PENGHASILANPRODUK
:
KENALI SAYA NAMA: DAYANG NUR FARISHA BINTI ZAMRO ANGKA GILIRAN: 2021252340753 NO. MATRIK: P21250510 KURSUS: SEJARAH KELAS: 22Y
Menurut Tan J. Y. & Kenayathulla H.B. (2020), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dapat ditakrifkan sebagai sebuah penilaian atau pentaksiran yang dilakukan secara berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar maklumat mengenai kemajuan, perkembangan, pencapaian, dan kebolehan murid diukur dari semasa ke semasa. Lazimnya, PBD dinilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas. PBD membantu guru mengenal pasti dengan tepat tentang apa perkara yang akan dinilai, bagaimanakan perkara tersebut diukur, dan kriteria penilaian yang akan digunakan. Di samping itu, PBD turut ditafsir secara sumatif dan formatif yang melibatkan elemen belajar sebagai pembelajaran, belajar untuk pembelajaran, dan belajar tentang pembelajaran (Arumugham K.S. & Hishamuddin Jaafar, 2020). Antara aspek yang ditaksir dalam PBD ialah perkembangan kognitif, psikomotor, dan afektif seperti yang terdapat dalam DSKP bagi setiap subjek sama ada tahun satu hingga tahun enam. Selain daripada tiga aspek tadi, aspek yang diperlukan oleh murid pada era globalisasi ini ialah nilai dan kompetensi agar mereka bukan sahaja menguasai topik dan isi kandungan pembelajaran, malah dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian pada tahap yang optimum. Oleh hal yang demikian, pelaksanaan PBD yang dilakukan dengan baik dapat menunjukkan penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran yang telah ditetapkan seterusnya dapat digunakan untuk memudahkan ibu bapa dan pihak sekolah untuk membuat perancangan susulan agar penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran dapat ditambah baik. PENGENALAN
Bagi melengkapkan pengajian ijazah sarjana muda tahun dua semester dua, saya perlu menyelesaikan tugasan 2 iaitu penghasilan produk e-portfolio bagi kursus EDUP3153 (Pentaksiran dalam Pendidikan). Langkah pertama yang diambil ialah berhubung dengan seorang guru Sejarah (Pn. Amutha) dan seorang guru Pendidikan Agama Islam (Pn. Nurul Ain) daripada Sekolah Kebangsaan Kampung Muhibbah, Perak. Hal ni bertujuan untuk mendapatkan ketiga-tiga instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk dianalisis dan dinilai dalam e-portfolio. Alhamdulillah, guru-guru yang dihubungi memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses pengumpulan maklumat dijalankan. Saya telah memperoleh tiga instrumen PBD iaitu instrumen pentaksiran projek mini serta lembaran kerja daripada mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Islam. 3 INSTRUMEN PBD YANG DIPEROLEH PROJEK MINI LEMBARAN KERJA BERKUMPULAN LEMBARAN KERJA INDIVIDU
PENILAIAN INSTRUMEN PBD yang Dilaksanakan dalam Bilik Darjah di Sekolah
INSTRUMEN1 GAMBAR AKTIVITI PENTAKSIRAN BENTUK PEMERHATIAN
Bagi instrumen PBD pertama yang telah saya kumpul, instrumen pentaksiran yang digunakan ialah gambar aktiviti iaitu bagi mata pelajaran Sejarah tajuk 11: Kita Rakyat Malaysia. Kaedah yang telah digunakan oleh guru ialah kaedah pemerhatian. Bagi melaksanakan instrumen ini, guru menyediakan helaian-helaian kertas mengandungi gambar wau yang belum diwarnakan dan dihias serta mengedarkannya kepada murid-murid secara individu untuk ditaksir. Menurut pendapat saya, kaedah yang digunakan sangat bersesuaian dengan instrumen ini. Hal ini kerana melalui kaedah pemerhatian, guru dapat melihat dengan lebih jelas mengenai tahap kreativiti murid serta cara mereka mengekspresikan unsur seni ke dalam mata pelajaran Sejarah. Pelaksanaan aktiviti projek mini pula berjaya menarik perhatian murid untuk merasai pengalaman pembelajaran Sejarah yang bermakna kerana dilaksanakan di luar bilik darjah dan bukan hanya bergantung pada buku teks semata-mata (Hanita Ladjaharun, Mohd Mahzan Awang, & Asmahani Muhtar, 2022). KAEDAH
Melalui projek mini yang dijalankan, murid-murid perlu mewarna, menghias, dan menggunting wau daripada kotak secara individu. Bahan dan alatan seperti pensil warna, kotak, gam, gunting, kertas warna, dan hiasan-hiasan lain dibawa sendiri oleh murid supaya mereka dapat menghias wau tersebut mengikut cita rasa mereka. Setelah guru menerangkan mengenai jenis permainan tradisional di kawasan lapang bagi masyarakat di Malaysia, murid-murid diberikan gambar wau yang belum diwarnakan dan dihias agar mereka dapat melaksanakan projek tersebut ketika sesi PdP berlangsung. Pada pandangan saya, idea guru ini untuk melengkapkan instrumen beliau adalah bernas. Hal ini demikian kerana menurut Nurul Nuraina Anuar & Nur Nafishah Azmi (2020), murid bebas berkarya bagi melengkapkan tugasan yang diberikan sekali gus meningkatkan keyakinan dan keseronokan mereka untuk belajar Sejarah. AKTIVITI
Guru telah merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek mini kepada murid. Beliau turut menitikberatkan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP), dan Standard Prestasi yang bersesuaian dengan instrumen gambar aktiviti tersebut. Bagi Standard Kandungan, beliau mengetengahkan 11.1 Kaum di Malaysia. Bagi Standard Pembelajaran pula, beliau telah memilih 11.1.4 Menyenaraikan jenis permainan tradisional masyarakat di Malaysia dan K11.1.7 Menerangkan kepentingan menghargai keunikan budaya tempatan. Selain daripada SK dan SP, beliau turut mengutamakan Standard Prestasi yang terkandung dalam DSKP TP 4 (mencirikan kepelbagaian kaum di Malaysia) dan TP 5 (menilai kepentingan keunikan kepelbagaian kaum di Malaysia). Jelaslah, instrumen PBD yang dilaksanakan menepati kandungan DSKP Sejarah Tahun 6. TAJUK PDP (STANDARDPEMBELAJARAN DANSTANDARDPRESTASI)
Instrumen gambar aktiviti yang digunakan oleh guru berupaya untuk mentafsir murid dengan baik kerana melalui gambar, guru dapat memantau kesungguhan murid bagi menyiapkan wau tersebut. Di samping itu, guru dapat melihat hasil kerja murid pada akhir sesi pembelajaran dan menilai perkembangan mereka dari semasa ke semasa. Bagi murid, mereka tidak akan berasa tertekan kerana tugas yang diberikan bukan hanya melibatkan pemahaman semata-mata, malah turut melibatkan kreativiti dan penerapan unsur seni dalam menyiapkan tugasan itu (Mohd Isha Awang & Nurulwahida Hj Azid @ Aziz, 2020). Jelaslah bahawa, instrumen gambar aktiviti yang dihasilkan oleh guru dapat mentafsir murid pada tahap yang baik. KEUPAYAANINSTRUMENMENTAFSIR MURID
INSTRUMEN2 LEMBARAN KERJA (BERKUMPULAN) MATA PELAJARAN SEJARAH
Kedua, instrumen PBD yang dapat saya kumpulkan ialah lembaran kerja. Instrumen ini disediakan oleh guru mata pelajaran Sejarah bagi Tajuk 4: Kerajaan Melayu Awal. Bagi memastikan instrumen ini dapat dilengkapkan oleh murid, guru tersebut menggunakan kaedah bertulis. Beliau menyediakan lembaran kerja ini kemudian mengedarkannya kepada murid-murid agar mereka dapat ditaksir secara berkumpulan. Pada pendapat saya, kaedah bertulis sesuai kerana apabila menulis, murid boleh memproses maklumat yang diterima dengan lebih mendalam berbanding kaedah pembelajaran secara lisan atau pendengaran. Di samping itu, melalui kaedah bertulis juga, murid dapat mengaitkan perkara-perkara yang telah dipelajari dengan lebih kukuh serta membuat rumusan berdasarkan pemikiran mereka dengan cara yang tersendiri. KAEDAH
Selanjutnya, bagi melaksanakan instrumen lembaran kerja ini, guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada lima orang murid. Secara berkumpulan, mereka perlu menyelesaikan teka silang kata mengenai hubungan diplomatik kerajaan melayu awal yang terdapat dalam lembaran kerja tersebut. Berdasarkan penelitian yang telah dibuat, saya berpendapat aktiviti ini kurang sesuai untuk dijalankan dalam kumpulan yang ramai kerana tidak semua murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti tersebut. Bukan semua murid berpeluang untuk mengutarakan idea mahupun pendapat dalam perbincangan kerana sesetengah murid yang lebih pintar mendominasi kumpulan tersebut. Akibatnya, murid yang pasif dan kurang pintar akan dipinggirkan serta hanya mengharapkan rakan-rakan yang lain untuk menyelesaikannya. Walaupun begitu, kaedah dan aktiviti yang dilakukan mampu untuk menguji murid tentang topik pembelajaran yang diajar disebabkan lembaran kerja yang merangkumi Standard Pembelajaran yang difokuskan. AKTIVITI
Guru memberikan lembaran kerja yang bertepatan dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah Tahun 4 serta menitikberatkan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, dan Standard Prestasi yang bersesuaian dengan instrumen lembaran kerja itu. Bagi Standard Kandungan, guru telah memilih 4.1 Kerajaan Melayu Awal manakala bagi Standard Pembelajaran pula, beliau memilih 4.1.3 Menjelaskan hubungan diplomatik Kerajaan Melayu Awal di Kepulauan Melayu serta K4.1.5 Menerangkan kepentingan menjalin hubungan diplomatik. Selain daripada itu, Standard Prestasi turut diambilkira, iaitu TP 2 (menerangkan maklumat kerajaan Melayu Awal dengan contoh) dan TP 3 (menjelaskan maklumat kerajaan Melayu Awal dalam pelbagai situasi). Hal ini menunjukkan bahawa instrumen PBD yang dilaksanakan menepati kandungan DSKP Sejarah Tahun 4. TAJUK PDP (STANDARDPEMBELAJARAN DANSTANDARDPRESTASI)
Menurut Anisa Solehah Nurwendah, Sanjaya Y., & Kusumastuti M.N. (2023), instrumen lembaran kerja yang digunakan oleh guru mampu untuk mentafsir pemahaman murid terhadap topik tersebut dengan baik. Di samping belajar, murid-murid turut dapat bermain dan berkomunikasi dalam kumpulan. Dalam konteks ini, lembaran kerja mengenai Hubungan Diplomatik Kerajaan Melayu Awal dapat menggalakkan daya berfikir murid melalui teka silang kata tersebut. Berdasarkan klu yang diberi, mereka perlu memikirkan jawapan yang betul dan mengisi jawapan pada kotak-kotak kecil yang disedaiakan. Daripada aspek ini, kecekapan mereka berfikir dan menyelesaikan masalah dengan pantas dapat dilihat dan ditafsir oleh guru. Secara tidak langsung, mereka lebih mudah faham perkara yang dipelajari. Benarlah, instrumen lembaran kerja yang diberikan ini boleh membantu guru mengenal pasti pemahaman murid terhadap topik yang dipelajari. KEUPAYAANINSTRUMENMENTAFSIR MURID
INSTRUMEN3 LEMBARAN KERJA (INDIVIDU) MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Instrumen PBD terakhir yang dapat saya kumpulkan ialah lembaran kerja iaitu bagi mata pelajaran Pendidikan Agama Islam topik sunat ab’ad dan sunat haiat. Kaedah yang digunakan oleh ustazah untuk memastikan instrumen lembaran kerja ini dapat disiapkan oleh murid ialah kaedah bertulis. Ustazah menyediakan lembaran kerja ini dan mengedarkannya kepada murid-murid secara individu untuk ditaksir. Berdasarkan pandangan saya, kaedah yang digunakan adalah sangat sesuai kerana melalui lembaran kerja secara bertulis, murid-murid dapat diberikan peluang untuk dinilai dengan lebih mendalam secara individu. Sebagai seorang guru, instrumen yang diberikan ini dapat melihat tahap penguasaan murid terhadap sesuatu tajuk yang dipelajari dengan lebih jelas, tepat, dan mudah. KAEDAH
Seterusnya, bagi melaksanakan instrumen lembaran kerja ini, ustazah mengetengahkan aktiviti yang dilakukan secara individu. Setelah murid mempelajari topik tersebut, ustazah mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid dan mereka perlu menyelesaikannya di dalam kelas sambil dipantau oleh ustazah. Dalam konteks ini, setelah murid-murid mempelajari topik sunat ab’ad dan sunat haiat, mereka diberikan lembaran kerja yang berkaitan dengan topik tersebut. Berdasarkan pandangan saya, aktiviti yang dijalankan oleh ustazah untuk menyelesaikan instrumen ini amat sesuai kerana apabila dilakukan secara individu, setiap murid dapat memupuk sifat berdikari untuk menyelesaikan lembaran kerja yang diberikan. Mereka bebas menyatakan idea atau isi topik yang telah dipelajari tanpa bergantung pada usaha mana-mana murid. AKTIVITI
Apabila penelitian telah dilakukan, sebelum ustazah mengedarkan lembaran kerja tersebut, beliau telah merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Agama Islam Tahun 3 serta turut menitikberatkan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, dan Standard Prestasi yang bersesuaian dengan instrumen lembaran kerja itu. Standard Kandungan yang diketengahkan oleh beliau ialah 4.3 Merumus konsep sunat ab’ad dan sunat haiat serta mengamalkan dalam solat secara beradab dan istiqamah. Standard pembelajaran yang dipilih pula ialah 4.3.1 Menyatakan pengertian sunat ab’ad dan sunat haiat dan 4.3.2 Menerangkan perkara-perkara sunat ab’ad dan sunat haiat. Bukan itu sahaja, malah ustazah juga telah merujuk kepada Standard Prestasi yang terkandung dalam DSKP TP 1 (menyatakan perkara sunat ab’ad dan sunat haiat) dan TP2 (menerangkan perkara sunat ab’ad dan sunat haiat). Jelaslah bahawa instrumen PBD yang dilaksanakan menepati kandungan DSKP Pendidikan Agama Islam Tahun 3. TAJUK PDP (STANDARDPEMBELAJARAN DANSTANDARDPRESTASI)
Keupayaan sesebuah instrumen dalam mentafsir murid amat penting kerana dapat membantu guru untuk mengenal pasti perkembangan murid terhadap sesuatu topik yang dipelajari seterusnya membolehkan guru membuat tindakan susulan seperti pengukuhan agar kaedah pembelajaran dapat disesuaikan dengan keperluan murid dengan lebih berkesan (Rosmah Abd. Ghani, 2020). Dalam konteks ini, instrumen lembaran kerja bertajuk sunat ab’ad dan sunat haiat yang digunakan oleh ustazah berupaya untuk mentafsir murid dengan baik. Bagi murid, mereka dapat mengaplikasikan tajuk yang telah mereka pelajari secara langsung dalam lembaran kerja yang telah diberikan kepada mereka. Hal ini dapat mengukuhkan pengetahuan serta ingatan mereka terhadap topik tersebut. Misalnya, mereka perlu mengisi tempat kosong berkaitan sunat ab’ad dan sunat haiat dengan jawapan yang betul. Terdapat murid yang dapat menjawab semua soalan dengan betul, namun terdapat juga murid yang tidak dapat menjawab semua soalan dengan betul. Izharlah, instrumen lembaran kerja yang diberikan dilihat mampu mengenal pasti kemampuan murid terhadap topik yang dipelajari. KEUPAYAANINSTRUMENMENTAFSIR MURID
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Tidak dapat dinafikan bahawa usaha yang telah dilaksanakan oleh guru-guru tersebut melalui ketiga-tiga instrumen pentaksiran yang dibuat berada pada tahap yang memuaskan. Namun, cadangan penambahbaikan masih perlu diberi agar instrumen pentaksiran serta kaedah dan aktiviti yang digunakan dapat ditambahbaik pada masa akan datang. Justeru, bagi instrumen satu iaitu gambar aktiviti, guru perlu memperbanyakkan gambar yang melibatkan hasil akhir murid setelah selesai menyiapkan wau itu supaya guru lebih mudah untuk mentafsir murid berdasarkan karya mereka. Berdasarkan pelaksanaan aktiviti melalui instrumen kedua iaitu lembaran kerja secara berkumpulan pula, guru itu perlu mengurangkan bilangan ahli kumpulan kepada dua atau tiga orang murid sahaja supaya mereka dapat berkolaborasi pada tahap yang optimum bagi menyelesaikan lembaran kerja tersebut. Akhir sekali, bagi instrumen lembaran kerja individu pula, guru perlu memperbanyakkan jumlah soalan agar dapat mengukuhkan pemahaman murid tentang topik yang dipelajari.
PENUTUP Kesimpulannya, PBD amat penting supaya guru peka dengan kemampuan murid di dalam kelas. Tindakan susulan perlulah dilakukan dengan segera kepada murid yang memerlukan agar mereka dapat menguasai isi kandungan pembelajaran dengan baik. Instrumen-instrumen pentaksiran seperti yang terdapat dalam eportfolio ini haruslah dilakukan oleh guru secara berterusan agar rekod perkembangan pembelajaran murid cemerlang, sederhana, dan lemah dapat disimpan dan digunakan sebagai bukti pada masa akan datang.
RUJUKAN