2 Tajuk Muka Surat Sekapur Sireh Penasihat PIBG SKAP................................................................................3 Sekapur Sireh Yang Di-Pertua PIBG SKAP.......................................................................4 Notis Panggilan Mesyuarat.................................................................................................5 Atur Cara Majlis / Agenda Mesyuarat.................................................................................6 Senarai AJK PIBG Sesi 2022/23........................................................................................7 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47......................................................................8 - 17 Penyata Kewangan PIBG 2022.........................................................................................18 Usul-Usul AJK PIBG.........................................................................................................19 Jadual Kehadiran Mesyuarat AJK.....................................................................................20 Laporan Aktiviti PIBG Tahun Sesi 2022............................................................................21 Senarai AJK PIBG sesi 2023/24.......................................................................................22 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung............................................................................23 Penghargaan.....................................................................................................................24 Catatan Mesyuarat............................................................................................................25 ISI KANDUNGAN
3 Sekapur Sireh Penasihat PIBG SK Alor Pongsu Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekalung penghargaan dan titipan kasih atas komitmen YDP , Ahli Jawatankuasa PIBG dan semua ibu bapa penjaga dan waris murid serta warga guru SK Alor Pongsu yang memungkinkan Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke-48 dapat dilaksanakan. Sesungguhnya kebersamaan dan saling membahu antara pihak sekolah dan ibu bapa kita mampu mencernakecemerlangan kemenjadian permata berharga SK Alor Pongsu. Perlembagaan PIBG telah menggariskan tujuan, peranan dan fungsi PIBG untuk membantu sekolah dalam usaha merealisasikan kecemerlangan pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Generasi yang kita harapkan adalah “Anak yang Baik lagi Cerdik” dengan teras yang utuh seperti keteguhan rohani, keterampilan diri, sahsiah terpuji dan kemantapan jati diri selain kecemerlangan kognitif dan psikomotor. Dalam usaha untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti dengan memberi sumbangan dalam bentuk tenaga dankewangan. Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan komitmen ibu bapa. Akhir kata, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga danwaris murid atas kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan permata berharga SK Alor Pongsu. “Kok embun nan setitik nak dijadikan laut, tanah nan sekepal nak dijadikan gunung. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai” Saya yang menjalankan amanah, ZAMRI BIN ABDUL RANI Guru Besar SK Alor Pongsu
4 Sekapur Sireh Yang Di-pertua PIBG SKAP Assalammualaikum warahmatullahhi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bermesyuarat untuk kali ke-48. pertemuan kita hari ini merupakan medium perantaraan antara pihak ibu bapa dengan pihak sekolah. Keperihatinan ibu bapa dan penjaga pada hari ini menjadi penentu dan petunjuk yang baik kepada pihak sekolah untuk terus maju dan serta cemerlang sepertimana yang diharapkan oleh semua pihak. Ia juga menjadi petunjuk bagi membuktikan tuan-tuan dan puan-puan merupakan ibu bapa yang amat prihatin terhadap sekolah dan persekolahan anak-anak. Semoga keprihatinan ini dapat dijelmakan dengan memberi sokongan dan bantuan yang padu kepada jawatankuasa yang bakal dilantik nanti. Inilah tujuan utama pihak Kementerian Pendidikan mewujudkan program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah yang telah dikemas kini dengan mewujudkan (PIBKS) iaitu Penglibatan Ibu bapa, Komuniti dan Sektor Swasta. Hal ini menjadikan bidang pendidikan menjadi lebih luas dan mencabar. Saya mewakili AJK dan semua ahli PIBG SK Alor Pongsu ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada para penyumbang yang telah memberi sumbangan kepada PIBG sama ada dalam bentuk kewangan mahupun idea. Selain itu, ucapan terima kasih dan penghargaan juga terhadap segala sumbangan, komitmen dan pengorbanan setiap guru sekolah ini dalam usaha mereka untuk membimbing dan mendidik anak bangsa Akhir kalam, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG sesi 2022/223 yang bersamasama bekerja membantu pihak sekolah. Terima kasih juga kepada semua ahli yang banyak memberi pandangan, kritikan dan sumbangan kepada PIBG kali ini. Kepada jawatankuasa kerja yang bertungkus lumus memastikan perjalanan mesyuarat ini berjalan dengan baik saya amat hargai dan hanya Allah yang dapat membalasnya. ”SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH” ..................................................................... (EN. KHAIRIL ANUAR BIN ABDUL) Yang Di-Pertua PIBG SK Alor Pongsu
5 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR PONGSU 34300 BAGAN SERAI PERAK. ____________________________________________________________________________________________ Ruj. Kami : SKAP. 100-13/1/4(23) Tarikh : 10 Mei 2023 Kepada, Ibu bapa / Penjaga NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK ALOR PONGSU KALI KE- 48 DAN BORANG USUL Adalah dengan hormatnya, merujuk kepada perkara di atas. 2. Mesyuarat Agung PIBG SK Alor Pongsu kali ke-48 akan diadakan pada ketentuan berikut : Tarikh : 27 Mei 2023 ( SABTU ) Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu. 3. Sehubungan dengan itu, amatlah diharapkan tuan/puan dapat meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke mesyuarat agung tersebut. 4. Maklumat tentang borang usul. Borang usul sudahpun diedarkan kepada semua ibu bapa atau penjaga untuk diisi dan sudah dikembalikan sebelum atau pada 17.05.2023 (Rabu) melalui google form untuk tujuan penyemakan dan dipertimbangkan oleh AJK PIBG SKAP. Hanya usul yang dianggap penting dan sesuai sahaja yang akan dibawa dan dibahas dalam mesyuarat agung. Sekian harap maklum, terima kasih. Saya yang menurut perintah, ( KHAIRIL ANUAR BIN ABDUL ) Yang Di-Pertua PIBG, SK Alor Pongsu, 34300 Bagan Serai, Perak. Sk : Fail PIBG Guru Besar SKAP YDP PIBG SKAP SURAT PANGGILAN MESYUARAT
6 9.00 pagi - Pendaftaran - Ucapan Aluan Pengerusi Majlis 9.30 pagi - Bacaan Doa - Ucapan Aluan YDP PIBG SK Alor Pongsu (En. Khairil Anuar bin Abdul) Ucapan Penasihat PIBG SK Alor Pongsu (En.Zamri bin Abdul Rani) Ucapan Perasmi En. Mohamad Adhar bin Zakaria (Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kerian Pengurusan Sekolah) - Cabutan Nombor Bertuah Slot 1 - Penyampaian sijil dan cenderahati kepada AJK PIBG 10.30 pagi - Rehat 10.45 pagi - Mesyuarat Agung PIBG SKAP kali ke-48 dijalankan. - Cabutan Nombor Bertuah Slot 2 11.30 T.hari - Bersurai 1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat ( Yang Di-Pertua PIBG ) 2. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 3. Membentang dan menerima laporan tahunan. 4. Membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan berakhir pada 31 Disember 2022. 5. Membahaskan usul. 6. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2023 /24 7. Pemilihan Juruaudit Dalaman. 8. Ucapan Penangguhan ATUR CARA MAJLIS AGENDA MESYUARAT
7 Penasihat En.Zamri bin Abdul Rani Yang Di-Pertua En.Khairil Anuar bin Abdul Naib Yang Di-Pertua En. Zainal Abidin bin Ahmad Setiausaha En. Zainal Abidin bin Jaafar Pen. Setiausaha Pn. Zahurin binti Mohamad @ Awang Bendahari Pn. Zaitun binti Md. Rashid Pen. Bendahari Pn. Noorrezan bt. Othman Wakil Pentadbir Sekolah En. Ahmad Shaiful bin Mat Jamaludin ( PK Pentadbiran ) Pn. Nazirah bt. Mohamad Tanusi ( PK Hal Ehwal Murid ) Pn. Rohana bt. Hamat ( PK Kokurikulum ) En. Shaiful Rahman bin Mohamad ( PK Petang ) En. Badrul Hisham bin Yusop ( PK Pendidikan Khas ) Wakil Guru En. Zohari bin Othman En. Mohamad Hizar bin Abd. Hamid Pn. Nurul Syafiqah Alia binti Rusli Pn. Zuraidah bt Abdul Talib Pn. Norliza binti Othman Wakil Ibu bapa Pn. Raja Mazrina bt Raja Shaharudin Pn. Noranita bt Napiah Pn. Shamsiah binti Hamid En. Nazmi bin Abd. Halim Pn. Roslinda bt. Ishak Pn.Azrina bt Ismail Pemeriksa kira-kira En. Mohd Faishal bin Mohd Yusof En. Mohd Hafizi bin Ahmad (wakil guru) AHLI JAWATANKUASA SESI 2022/23
8 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-47 TAHUN 2022 TARIKH : 25 JUN 2022 HARI : SABTU MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR PONGSU KEHADIRAN : PENASIHAT : EN. MOHAMAD SALJI BIN HJ.YUNUS YANG DI PERTUA : EN. KHAIRIL ANUAR BIN ABDUL SETIAUSAHA : EN. ZAINAL ABIDIN BIN JAAFAR BENDAHARI : PN. ZAITUN BT. MD RASHID PEN. BENDAHARI : PN. NORREZAN BINTI OTHMAN AJK : PN. SHAMSIAH BT HAMID EN. ZOHARI BIN OTHMAN PN. NORLIZA BINTI OTHMAN PN. ZURAIDAH BT ABDUL TALIB PN. NURUL SHAFIQAH ALIA BINTI RUSLI JURU AUDIT : EN. MOHD HAFIZI BIN AHMAD EN. MOHD FAISHAL BI MOHD YUSOF AJK KSIB : EN. ROSLI BIN BAHAROM PN. SITI NORLILA BINTI ABDUL LATIF PN. NURUL AZIRA BINTI MOHD NOR AHLI TIDAK HADIR : PN. ZAHURIN BINTI MOHAMAD @ AWANG EN. MOHD.HIZAR BIN ABD.HAMID PN. NOR SHAKIRAH BINTI CHE OMAR JUMLAH KEHADIRAN : 190/593 ORANG
9 1. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG (EN. KHAIRIL ANUAR BIN ABDUL) 1.1 Merakamkan ribuan terima kasih kepada YB Dato Haji Sham bin Mat Sahat,Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Alor Pongsu En Salji Bin Yunus Guru Besar SK Alor Pongsu, Setiausaha PIBG, En. Zainal Abidin, AJK PIBG, barisan Penolong Kanan, ibu bapa dan guru-guru kerana sudi hadir pada mesyuarat PIBG Kali Ke-47 Tahun 2022. 1.2 Menzahirkan kesyukuran kerana dapat berkumpul lagi dalam Mesyuarat Agung kali ke-47 dan mengucapkan tahniah kepada para waris terutamanya kaum ibu yang menjadi majoriti yang hadir pada mesyuarat PIBG kali ini. Berharap kehadiran waris pada hari ini bukan kerana tarikan cabutan bertuah tetapi bagi mencari satu titik persamaan dan hala tuju Sk Alor Pongsu. 1.3 Mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Haji Sham Bin Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Alor Pongsu kerana sudi meluangkan masa bagi merasmikan mesyuarat PIBG kali ke-47 walaupun dalam keadaan yang amat sibuk. 1.4 Berharap dapat memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah sebagai insentif dan penghargaan buat mereka sekali gus menyuntik semangat mereka untuk terus mencipta kecemerlangan pada masa akan datang. 1.5 Menyeru agar ibu bapa menyumbang idea dalam mencantikkan bilik darjah anak – anak bagi memastikan anak – anak dapat belajar dalam keadaan kondusif. Diharap ibu bapa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah dengan bersama-sama bergandingan bahu membantu pihak sekolah dari pelbagai aspek. 1.6 Mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada sumbangan PIBG dan hadiahhadiah cabutan bertuah dan diharap sumbangan ini akan menjadi amal jariah dan bekalan kita di akhirat kelak. 1.7 Memohon ahli PIBG sekolah agar dapat menyuarakan hasrat dan pendapat dengan menggunakan bahasa yang baik dan sopan supaya dapat mencari kata putus untuk kebaikan sekolah. 2. UCAPAN PENASIHAT PIBG (EN MOHAMAD SALJI BIN HJ.YUNUS) 2.1 Mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan dan ibu bapa.Mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Haji Sham Bin Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Alor Pongsu kerana sudi meluangkan masa bagi merasmikan mesyuarat PIBG kali ke-47. 2.2 Mengucapkan terima kasih kepada En. Khairil Anuar bin Abdul , Yang Di-Pertua PIBG, Naib Yang Dipertua PIBG, barisan Penolong Kanan, guru-guru dan semua ibu bapa yang menghadiri mesyuarat PIBG kali ke47 dan mengucapkan tahniah di atas kehadiran yang sangat memberansangkan. 2.3 Selaku penasihat PIBG SK Alor Pongsu, yang mula berkhidmat pada Januari 2017 menggantikan En. Yeop dan mesyurat PIBG kali ini adalah yang terakhir bagi beliau sebelum bersara wajib pada tahun hadapan. 2.4 Tahun 2022 telah bermula untuk menjalankan aktiviti secara bersemuka sama ada di peringkat sekolah atau peringkat negeri iaitu pelbagai program kokurikulum telah dijalankan di peringkat daerah dan akan memberi kejayaan sekiranya pelajar dan guru memberi komitmen yang terbaik.
10 2.5 SKAP dilabelkan sebagai sekolah luar bandar berbanding SK Changkat Lobak. Oleh itu, beliau berhasrat untuk merapatkan jurang antara sekolah bandar dengan sekolah luar bandar dengan melihat kepada beberapa perkara untuk memastikan pelajar-pelajar di SKAP dapat bersaing di semua peringkat sama ada peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. 2.6 Begitu juga pembangunan di SKAP, pihak sekolah akan memastikan pelajar mempunyai keperluan yang sama rata dengan sekolah-sekolah lain. Untuk maklumat semua, pihak sekolah telah menempatkan 11 smart TV untuk kegunaan pelajar-pelajar dan guru-guru semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan akan ada penambahan dari semasa ke semasa agar semua kelas mempunyai smart TV kelak. 2.7 Mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan sumbangan PIBG serta usaha yang telah dilakukan oleh pengerusi iaitu telah berjaya menyediakan 11 buah smart tv dan akan diperbanyakkan lagi secara keseluruhan bagi memastikan pelajar dapat belajar secara terus dan dapat berinovasi ke arah pembelajaran abad ke-21. 2.6 Hal ini penting untuk meningkatkan kualiti prasarana seiring dengan pengajaran guru. Ini adalah permulaan dalam memastikan murid dapat belajar dengan selesa dan kondusif selaras dengan arus peredaran masa kini ke arah pembelajaran abad ke-21. 2.7 Berhasrat untuk merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar dengan melihat kemudahan dari segi infrastruktur sekolah dan sk alor pongsu adalah salah sebuah sekolah yang mendapat peruntukkan pusat sumber di bawah bank dunia dan peruntukkan ini sudah tiada. Oleh itu, beliau ingin meningkatkan peranan pusat sumber kerana pusat sumber sebagai nadi kepada maklumat sekolah dengan menerapkan konsep sekolah dalam pusat sumber iaitu keseluruhan kawasan sekolah adalah di bawah program pusat sumber dan induknya adalah di pusat sumber sekolah. 2.8 Seiring dengan peredaran zaman, segala maklumat diperolehi secara maya dan oleh itu kita perlu menyediakan pelajar-pelajar dengan kemudahan ke arah pembelajaran abad ke-21 dan berhasrat menyediakan pusat sumber abad ke-21 iaitu pusat sumber yang mempunyai kemudahan-kemudahan dari segi mengakses maklumat dan kemudahan internet. 2.9 Untuk melaksanakan tranformasi pusat sumber, sekolah memerlukan perubahan dari segi bangunan, susun atur dan sebagainya bagi memperkasakan pusat sumber sekolah dan meningkatkan peranan pengawas pusat sumber dengan lebih luas terutama dalam proses peminjaman buku secara maya seperti membuat pesanan buku secara maya. Hal ini akan memudahkan kecekapan pengurusan pusat sumber. 2.10 Beliau bercadang untuk menjadikan pusat sumber sebagai pusat pendidikan dan memberi nama mengikut tokoh ilmuan islam sebagai contoh dan di dalam kelas juga sebagai salah satu cabang daripada pusat sumber. Kekurangan bangunan bukanlah satu alasan sekolah tidak dapat melaksanakan konsep sekolah dalam pusat sumber tetapi perlu dilihat apa yang boleh disediakan untuk menjamin kemenjadian murid agar dapat merapatkan jurang antara sekolah bandar dengan sekolah luar bandar dan seterusnya pelajar-pelajar dapat bersaing pada peringkat yang lebih tinggi. 2.11 Sememangnya kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada pengurusan pentadibiran, guru, kebersamaan ibu bapa, NGO swasta dan komuniti. PIBG mungkin boleh keluar dari kepompong sedia ada terutama dari aspek pengurusan untuk mendapat inspirasi dari sekolah lain yang menjadi contoh dalam memperkasakan sekolah.
11 2.12 Mohon agar AJK PIBG bersama – sama meningkatkan penyertaan dan penglibatan dalam aktiviti di peringkat sekolah. Hal ini kerana tiga komponen utama dalam TS25 iaitu guru berkualiti, pemimpin berkesan dan sokongan PIBG dan komuniti perlulah bergerak untuk melihat kepada transfromasi yang boleh dilakukan. 2.13 Mengharapkan agar organisasi PIBG dapat memantapkan lagi kegiatan dan berdaya saing serta bergerak dengan lebih sistematik dan terancang. AJK baru PIBG 2022/2023 dapat memantapkan peranan dan seiring dalam situasi negara maju dan PIBG yang cemerlang. Beliau berharap AJK PIBG perlu berfikir jauh dalam skop yang lebih luas dan global berdasarkan pengalaman lalu sebagai panduan meningkatkan kualiti PIBG. 2.14 Mengucapkan terima kasih kepada YB Dato Hj. Sham bin Mat Sahat di atas segala bantuan dan sumbangan yang telah diberikan dalam membantu Sk Alor Pongsu dan akan menjemput beliau merasmikan pusat sumber yang telah ditranformasikan iaitu Pusat Sumber Abad 21 apabila telah siap dilaksanakan. 2.15 Untuk makluman semua, seperti yang dimaklumkan oleh menteri kanan pendidikan berkaitan dengan pentadbiran ada penambahbaikan dari segi pentaksiran bilik darjah iaitu pada tahap 2 ada pentaksiran pertengahan tahun dan pentaksiran akhir tahun. Soalan akan disediakan di peringkat kementerian dan bukan lagi pada peringkat sekolah. Sekolah boleh memilih set-set soalan untuk diberikan kepada pelajar. 2.16 Konsep ’Sekolah Sejahtera’ juga diterapkan di sekolah supaya pelajar-pelajar berasa seronok untuk datang ke sekolah dengan mewujudkan suasana sejahtera di sekolah agar semua warga sekolah termasuk ibu bapa turut merasai keseronokan dan keselesaan berada di sekolah kerana kawasan sekolah bukanlah menjadi kawasan larangan buat ibu bapa. 3. UCAPAN PERASMI (YB DATO HJ. SHAM BIN MAT SAHAT) 3.1 Mengucapkan kata-kata aluan kepada Tuan Guru Besar, En. Salji bin Yunus, En. Khairil Anuar bin Abdul ,Yang Di-Pertua PIBG, Naib Yang Dipertua PIBG, barisan Penolong Kanan, guru-guru dan semua ibu bapa yang menghadiri mesyuarat. 3.2 Mengucapkan terima kasih kepada PIBG dan pentadbiran sekolah kerana sudi menjemput beliau merasmikan mesyuarat PIBG kali ke-47 dan bersyukur kerana dipertemukan di sekolah Alor Pongsu. 3.3 Pertama kali bersemuka setelah dua tahun negara dilanda pandemik covid 19 dan kini berada dalam era endemik di mana semua aktiviti boleh dijalankan secara bersemuka termasuklah guru-guru dapat menjalankan pdp secara bersemuka. 3.4 Memahami tuntutan ppd yang mahu semua sek daerah kerian mengadakan mesyuarat PIBG sebelum Julai. 3.5 Menjadi kebiasaan kaum ibu mendominasi kehadiran dalam mesyuarat PIBG tidak kira di sekolah mana sekalipun dan mengucapkan tahniah di atas kehadiran para waris yang sangat memberansangkan berbanding dengan sekolah lain. 3.6 Peranan ibu bapa dalam PIBG adalah untuk membantu pentadbiran sekolah bagi memastikan anakanak dapat belajar dengan selesa dan dapat menimba ilmu dengan baik untuk menjadi insan yang berguna pada masa akan datang.
12 3.7 Ibu bapa mesti ada niat di dalam hati untuk melihat anak-anak berjaya dan mendapat didikan daripada guru yang sememangnya telah berikrar untuk mendidik anak-anak yang dihantar ke sekolah untuk mengajar anak bangsa menjadi manusia yang berguna pada masa akan datang. 3.8 PIBG adalah sebagai medium untuk memastikan pentadbiran sekolah berjalan lancar dan merancang apa jua aktiviti bagi memastikan murid-murid SK Alor Pongsu dapat belajar dengan baik dan selesa. 3.9 Mengingatkan ibu bapa untuk membayar yuran PIBG dengan meletakkan keutamaan pembelajaran anak-anak. 3.10 Berharap mesyurat PIBG dapat berjalan dengan lancar dan pemilihan jawatan kuasa yang baru dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik dan memberi komitmen yang sepenuhnya demi kepentingan pembelajaran anak-anak 3.11 Beliau tidak pernah lokek atau kedekut untuk menyumbang hampir separuh peruntukkan beliau di semua sekolah kawasan dun Alor Pongsu 3.12 Beliau memberi peruntukkan RM 30 000 untuk menaik taraf pusat sumber sekolah untuk faedah dan kemudahan murid-murid Sk Alor Pongsu. 3.13 Minta SU PIBG menulis surat melalui beliau kepada Perbadanan Pertanian Negeri Perak untuk memohon 3 buah smart TV dan Perbadanan Menteri Besar untuk memohon 3 buah lagi smart TV. 3.14 Beliau merasmikan mesyuarat PIBG kali ke-47 dengan lafaz Bismillah. 4. AGENDA MESYUARAT AGENDA 1 1.1 Yang dipertua PIBG dilantik sebagai pengerusi sementara bagi mengendalikan mesyuarat PIBG kali ke-47. 1.2 Kata-kata aluan dan mengalu – alukan kehadiran semua ahli. 1.3 Harapan agar para hadirin menggunakan bahasa yang baik dalam menyuarakan idea dan pendapat bagi memastikan kelancaran mesyuarat sekaligus menyumbang kepada kemenjadian murid. 1.4 Mengucapkan terima kasih kepada semua waris murid yang menyumbang kepada sumbangan PIBG dan semua pihak di atas kepercayaan yang telah diberikan dalam menerajui PIBG bagi sesi lalu dan memohon maaf atas kekurangan yang berlaku. 1.5 Ibu bapa sebagai tunjang dalam membantu anak-anak dari segi sumber kewangan untuk melancarkan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di sekolah yang memerlukan dana untuk menambah baik seperti laman ceria sebagai daya tarikan untuk murid datang ke sekolah. 1.6 Kewangan PIBG harus kuat bagi memastikan sekolah kita seiring dengan sekolah bandar. AGENDA 2 2.1 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 tahun 2021. 2.2 Minit dibentangkan oleh setiausaha En. Zainal Abidin bin Jaafar.
13 Dicadang diterima dan disahkan oleh Pn. Siti Norhuwaina binti Abd Halim Disokong oleh Pn. Rohaya binti Sulaiman AGENDA 3 3.1 Membentangkan laporan aktiviti PIBG sepanjang 2021. 3.2 Laporan aktiviti dibentangkan oleh setiausaha En. Zainal Abidin bin Jaafar. Mohon semua ahli PIBG rujuk program PIBG sesi 2021/2022 dalam buku program muka surat 20. AGENDA 4 4.1 Membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan bertarikh 1 Januari 2021 dan berakhir pada 31 Disember 2021. 4.2 Bendahari PIBG Pn. Zaitun bin Md Rashid membentang penyata kewangan PIBG SK Alor Pongsu untuk disahkan. Dicadang diterima oleh Pn. Rafizah binti Hamzah Disokong oleh Pn. Samara binti Mohd Kardi 4.3 Rujuk penyata kewangan PIBG 2021 dalam buku program muka surat 17. AGENDA 5 5.1 Membahaskan usul-usul daripada ibu bapa 1. En. Borhan bin Shamsudin Ruang parkir di luar pagar di tempat menunggu Tahun 1 sangat bahaya dengan kon berselerak serta lubanglubang longkang yang tidak dibaiki terlalu lama oleh pihak berwajib. Mohon tindakan segera sebelum sesuatu kemalangan di luar jangkaan berlaku. Maklum balas YDP PIBG Kawasan menunggu yang berada di luar adalah di luar bidang kuasa sekolah. Surat pemohonan kepada JKR untuk membaik pulih kawasan tersebut dengan mentar baru,menutup lubang dan arahan kepada lori yang lebih muatan agar tidak meletak kenderaan mereka telah dihantar kepada JKR dan setakat ini masih belum mendapat sebarang maklum balas. Tindakan susulan telah diambil dengan menghantar surat susulan untuk kali
14 keempat dan masih belum mendapat maklum balas dari JKR. Seandainya PIBG sekolah mempunyai kewangan yang kuat, kita dibenarkan untuk membaik pulih kawasan tersebut tetapi memandangkan kewangan PIBG tidak kukuh, beliau tidak mengeluarkan duit untuk menambah baik kawasan tersebut. 2. En. Mohd Firdaus bin Jamaludin Memohon penambahan bonggol bagi menghalang kelajuan di hadapan sekolah Maklum balas YDP PIBG Permohonan untuk menambah bonggol telah disertakan dalam isi kandungan surat kepada JKR. Pihak JKR telah menebalkan garisan kuning pada 22 Jun yang lalu.Permohonan untuk membuat smart cross atau zebra cross yang ada bonggol seperti di sek Men Alor Pongsu tidak diluluskan buat sementara waktu dengan alasan kawasan sekolah terlalu dekat dengan selekoh. 3. Siti Sarah Mohon menangani isu beg berat dengan mencadangkan supaya sebahagian buku disimpan di dalam kelas, iaitu dalam bekas yang disediakan sendiri oleh ibu bapa agar murid tidak perlu memikul beg yang berat terutama bagi murid yang berada di kelas tingkat atas. Maklum Balas Guru Besar Guru Besar memaklumkan bahawa jadual waktu telah dikemaskini iaitu hanya 4 subjek sahaja sehari. Murid sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut jadual waktu dengan betul. Ibu bapa memainkan peranan bagi memastikan murid membawa buku mengikut jadual yang betul supaya isu beg berat di kalangan murid sekolah dapat ditangani. Pihak kerajaan akan menyumbangkan rak almari utk meletakkan buku-buku murid terutama kepada sekolah dua sesi. Pihak PPD telah memaklumkan sekolah Alor Pongsu telah tersenarai sebagai penerima bantuan rak almari buku untuk pelajar. 4. Pn. Norma binti Che Awang Memohon pihak sekolah agar memastikan makanan yang dijual di kantin dan makanan untuk murid RMT tidak terlalu pedas dan berminyak. Maklum balas daripada Pk Hem Pk Hem memaklumkan kepada semua hadirin bahawa pengusaha kantin adalah pengusaha yang baru. Penambah baikan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Beliau akan memaklumkan perkara tersebut kepada pengusaha kantin yang baru dalam masa terdekat.
15 5. Safinah binti Mohamad Yunus Memohon agar pihak sekolah mewujudkan tar di bahagian menunggu ibu bapa di luar pagar sekolah agar urusan keluar masuk kenderaan yang bersilih ganti berjalan lancar dan selamat. Maklum balas daripada YDP PIBG Sama dengan usul yang pertama. Surat telah dihantar kepada JKR dan oleh kerana kekurangan dana meraka tidak dapat mewujudkan tar di kawasan menunggu ibu bapa. 6. Usul ibu bapa Mohon untuk membuka semula pintu pagar D bagi memudahkan penduduk berdekatan menghantar dan mengambil anak. Maklum balas daripada Tuan Guru Besar Guru besar bersetuju untuk membuka pintu pagar D hanya pada waktu pagi dan dipersetujui oleh semua pihak walaupun pada mulanya ada kekangan untuk meluluskan usul ini tetapi atas desakan dan permintaan ramai daripada ibu bapa guru besar bersetuju untuk membuka pagar D hanya pada waktu pagi dan bersyarat. Ibu bapa hanya perlu menghantar anak tanpa memakir kenderaan mereka kerana dikuatiri akan menganggu lalu lintas penduduk di kawasan tersebut. Usul AJK PIBG 1. Membuat usul bayaran tambahan untuk sesi persekolahan 2022 adalah seperti berikut dan dikutip di awal sesi persekolahan 2022 • Sumbangan Hari Anugerah/PROKES/ICT RM10.00 • Program Peningkatan Menguasai Tahap Minimum Tahun 6 RM80.00 • Program Peningkatan Menguasai Tahap Minimum Tahun 1 – 5 RM60.00 • Sumbangan Ahli PIBG Setiap Satu Keluarga RM50.00 • Program Transisi Tahun 1 RM20.00 Semua usul daripada AJK PIBG di atas diterima oleh semua ahli. AGENDA 6 6.1 Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 6.2 Cadangan dipersetujui sebulat suara oleh ahli PIBG dan melantik En. Mohd Salji Bin Yunus sebagai pengerusi sementara.
16 AJK PIBG (Wakil Ibu Bapa) sesi 2022/2023 1. En. Khairil Anuar bin Abdul (YDP) 2. En. Zainal Abidin bin Ahmad (NYDP) 3. En. Nazmi bin Abdul Halim 4. Pn. Raja Mazrina binti Raja Shaharudin 5. Pn. Shamsiah bt Hamid 6. Pn. Roslinda binti Ishak 7. Pn. Azrina binti Ismail 8. Pn. Noranita binti Napiah 9. En. Mohd Faishal b. Mohd Yusof (Juruaudit) Wakil AJK KSIB (2022/2023) 1. En Rosli bin Baharom (Biro Keselamatan) 2. En. Redzuan bin Wahab(Biro Kokurikulum dan Sukan) 3. Pn. Siti Norlila binti Abdulatif ( Biro Akademik) 4. Pn. Nurul Azira binti Mohd Nor (Biro Keceriaan) 5. Pn. Norma binti Che wang (Biro Maklumat) 6. En. Borhan bin Shamsudin (Biro Pembangunan Sahsiah) AJK PIBG (wakil guru) sesi 2022/ 2023 Setiausaha - EN. ZAINAL ABIDIN B JAAFAR Penolong Setiausaha - PN. ZAHURIN BT MOHAMAD @ AWANG Bendahari - PN. ZAITUN BT MD RASHID Pen. Bendahari - PN. NOORREZAN BT OTHMAN AJK 1) EN. MOHAMAD HIZAR B ABD HAMID 2) NURUL SHAFIQAH ALIA BINTI RUSLI 3) EN. ZOHARI B OTHMAN 4) PN. ZURAIDAH BT ABDUL TALIB 5) PN. NORLIZA BT OTHMAN Juruaudit - EN. MOHD HAFIZI BIN AHMAD
17 AGENDA 5 Ucapan Penangguhan YDP PIBG yang baru dilantik bagi sesi 2022/2023 mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan yang baharu dilantik. PIBG yang wujud sekarang telah bertindak mengikut saluran yang betul. Setiap biro perlu menyediakan satu program untuk dibentang dalam mesyuarat AJK PIBG yang akan dillaksanakan nanti. Beliau berharap semua AJK PIBG dapat memberikan komitmen untuk melahirkan PIBG yang cemerlang dalam meningkatkan kecemerlangan murid – murid SK Alor Pongsu dan membuat transformasi dalam pengurusan PIBG. YDP berharap ahli-ahli PIBG dapat bersama-sama membantu dan menjayakan aktiviti dan program yang dirancang oleh pihak sekolah dan memberi kerjasama yang baik sepanjang program dijalankan. YDP menjemput semua AJK Sesi 2022/2023 untuk berada di barisan hadapan bagi sesi pengenalan kepada semua ahli dan sesi fotografi. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.20 tengah hari. Minit disediakan oleh, Minit disemak oleh, ……………………………..................... .......………………................................... Minit disahkan oleh, ......................................................... ( EN. ZAINAL ABIDIN B JAAFAR) SETIAUSAHA PIBG SK ALOR PONGSU (EN. KHAIRIL ANUAR BIN ABDUL) YANG DI-PERTUA PIBG SK ALOR PONGSU (EN MOHAMAD SALJI B. YUNUS) PENASIHAT PIBG SK ALOR PONGSU
18 PENYATA KEWANGAN
19 Daripada Pn. Nurul Azira binti Mohamad Nor (AJK PIBG) membuat usul bayaran tambahan untuk sesi persekolahan 2023 adalah seperti berikut dan dikutip pada sesi persekolahan 2023. • Sumbangan ahli PIBG setiap satu keluarga RM 50.00 • Sumbangan MAM / PROKES / ICT RM 10.00 • Program Meningkatkan Tahap Minima (MTM) Tahun 1-3 RM 47.90 Tahun 4 RM 89.10 Tahun 5 dan 6 RM 90.10 • Program Berwatak PPKI RM 30.00 Akan dibaca oleh pembawa usul tersebut sewaktu dalam mesyuarat USUL-USUL AJK PIBG USUL-USUL AHLI PIBG
20 BIL NAMA 13.10. 2022 19.01. 2023 05. 05. 2023 19.05. 2023 1. EN.KHAIRIL ANUAR BIN ABDUL (YDP) / / # # 2. EN.ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (NYDP) / / / / 3. EN.ZAINAL ABIDIN BIN JAAFAR / / / / 4. PN. ZAITUN BINTI MD. RASHID / / / / 5. PN. ZAHURIN BINTI MOHAMAD @ AWANG / # # # 6. NURUL SYAFIQAH ALIA BT RUSLI # # # / 7. PN.ZURAIDAH BT ABDUL TALIB / / / 0 8. EN.ZOHARI BIN OTHMAN / 0 / / 9. PN. NOORREZAN BT. OTHMAN 0 0 0 / 10. EN.MOHD HIZAR BIN ABDUL HAMID 0 0 0 0 11. EN. MOHD HAFIZI BIN AHMAD (JURUAUDIT) 0 0 0 0 12. PN. NORLIZA BT OTHMAN 0 0 0 0 13. PN. RAJA MAZRINA BT. RAJA SHAHARUDIN / / 0 / 14. PN. AZRINA BT. ISMAIL / / / / 15. PN.SHAMSIAH BT HAMID / / / / 16. EN. NAZMI BIN ABD. HALIM 0 / 0 0 17. PN. NORANITA BT. NAPIAH / / / / 18 PN. ROSLINDA BT. ISHAK 0 / # # 19. EN.MOHD.FAISHAL BIN MOHD.YUSOF (JURUAUDIT) 0 0 0 0 20. EN. REDZUAN BIN WAHAB (KISB) BIRO KOKU DAN SUKAN 0 0 0 0 21. EN.ROSLI B. BAHAROM (KSIB) BIRO KESELAMATAN / / 0 0 22. PN.SITI NORLILA BT. ABD. LATIF (B. AKADEMIK) / / / / 23. PN. NURUL AZIRA BT. MOHD NOR (KSIB) B. KECERIAAN / / / / 24. PN. NORMA BT. CHE AWANG (KSIB) BIRO MAKLUMAT / / / 0 25. EN. BORHAN BIN SHAMSUDIN (KSIB) B. PEM. SAHSIAH 0 / 0 # # AJK yang tidak hadir adalah bersebab KEHADIRAN MESYUARAT AJK
21 1. Hari Sukan Negara 08.10.2022 2. Kejohanan Olahraga SKAP 30.10.2022 (Padang Sintetik Bagan Serai) 3. Majlis Apresiasi Murid 2022 11.02.2023 4. Gotong-royong Transformasi Pusat Sumber SKAP 28.01.2023 5. Majlis Persaraan Guru Besar - Dewan Sk. Alor Pongsu 16.02.2023 - Dewan Dato‘ Zainal Abidin 10.03.2023 6. Bantuan Prihatin SKAP 2023 09.04.2023 7. Majlis Iftar SKAP 2023 12.04.2023 8. Sambutan Hari Guru dan Hari Raya SKAP 16.05.2023 PROGRAM/AKTIVITI PIBG
22 JAWATAN NAMA Yang Di-Pertua Naib Yang Di-Pertua Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari Pen. Bendahari AJK Guru AJK Guru AJK Guru AJK Guru AJK Guru AJK Ibu bapa AJK Ibu bapa AJK Ibu bapa AJK Ibu bapa AJK Ibu bapa AJK Ibu bapa Juruaudit Juruaudit SENARAI AJK PIBG SESI 2023/24
23 PENYAMBUT TETAMU En.Khairil Anuar b. Abdul (YDP PIBG) En.Zamri bin Abdul Rani (GURU BESAR) En. Zainal Abidin b.Ahmad (NYDP PIBG) En. Ahmad Shaiful bin Mat Jamaludin (PKI) Pn. Nazirah binti mohd Tanusi (PK HEM) Pn. Rohana binti Hamat (PK KOKU) En. Badrul Hisham b. Yusop (PKPK) En. Shaiful Rahman bin Mohamad (PKPTG) AJK PIBG PENDAFTARAN / NAMA BERTUAH Pn. Siti Muzalifah bt Mohd Ghazali (K) Cik Mary Gunaseli A/P Rajaretnam Pn. Zaitun bt Md. Rashid Pn.Hamidah bt Abdullah Pn. Mahani bt Sanin PENGACARA MAJLIS En. Mohd. Hafizi b Ahmad Pn. Norazah bt Mohd.Ibrahim BACAAN DOA En. Mohd Faizil bin Kamaruddin En. Mohd Zamri b Adom PERSIAPAN PENTAS / BACKDROP Pn. Nor Amina bt Che Sa(K) Pn. Zahidah bt Mustaffa Pn. Siti Rauzoh bt Md Noor Pn. Norjiha bt. Abu Bakar Pn. Salawati bt Ayob Pn. Zuraidah bt Abd.Talib Pn. Zunaidah bt M.Zaini Pn. Noor Hidayah bt Arsad PERSIAPAN DEWAN En. Zohari b Othman (K) Ustaz Faizil b. Kamaruddin En. Zainal Abidin b. Jaafar En. Mohd.Azham b Abd Aziz En. Rosli b.Omar En. Saharuddin b Hamdan En.Ahmad @ Mohamad b. Ariffin PENCATAT MINIT Pn. Norhidayah bt Said Pn. Nur Afni Haniza bt Shahidan HADIAH / CENDERAHATI / CABUTAN BERTUAH Cik Mazita bt Mustaffa (K) Pn. Nor Shamsiah bt Abd Wahab Pn. Rohaida bt Din Pn. Nurul Shafiqah Alia bt Rusli Pn. Elliya bt Mohd Shufian Pn. Nur Izzah Izzati bt. Mat Fadzil SIARAYA / SERANTA En. Sharul Azlan b Sungit (K) En. Dzulyazri b Yaakob BUKU PROGRAM En Budiman b Samsuri (K) En. Fadzil Asmat b Abd Shukor Kakitangan Pejabat JAMUAN IBU BAPA Pn. Pn.Hjh.Normah bt Abd Ghani (K) Pn. Norhayati bt Mokhtar Pn. Balkis bt Amran Pn. Rosnani bt Jalani Pn.Norizan bt Masrion Pn. Fadliah bt Sabli Pn. Nor Azean bt Tarmizi Pn. Noor Zahurin bt Mohamad Pn. Wan Fahimah bt W. Jusoh SIJIL En.Rosmadi b. Abd .Aziz Pn. Hafizah bt Mustaffa JURU GAMBAR En.Halib b. Ahmad En.Mohd.Zamri b.Jamaludin USUL MESYUARAT AGUNG Pn. Noorrezan bt Othman En. Syahril Anwar b.M Shariff AJK PELAKSANA MESYUARAT
24 Pihak PIBG SK Alor Pongsu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami kepada semua barisan AJK PIBG sesi 2022/23 yang telah menjalankan tugas dengan baik. PIBG juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma-penderma yang telah memberi sumbangan anda bagi menjayakan majlis ini. Tidak lupa juga PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kerja yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan mesyuarat agung ini dapat dijalankan dengan jayanya. Tahniah kepada AJK PIBG yang baru bagi sesi 2023/24. Jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Semoga SKAP dapat mencapai visi & misi yang diharapkan. Penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang Yop Zainan SDN BHD ( Pengusaha Kilang Beras Baiduri (50 kotak makanan) ZZ Famili Mart Pembakar roti / periuk nasi Kedai Runcit C&Q (50 kampit beras, 100 bungkus milo, 100 bungkus bihun) TZ Capati Kambing (8 hamper) Pengusaha Kantin (Ahmad Amran bin Ishak) ( 5 hamper ) Kedai Runcit Sri Tujuh ( kipas angin ) Putera Jebat ( 2 hamper ) Kedai Makan Kampung People ( 15 hamper ) Kedai Runcit Hadi ( 2 hamper ) Kedai Nasi Lemak Mamu ( 3 hamper ) Penderma Individu PENGHARGAAN
25 CATATAN MESYUARAT