The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sulaimansolehin, 2022-04-02 08:33:11

Melissa di Pantai Senja

The Codex of Words

Keywords: R. Pujangga

sebuah karya amatur

melissa di
pantai senja

r. pujangga

sebuah kompilasi kata

melissa di
pantai senja

r. pujangga

Hak Cipta 2022 Timun Publication Sdn. Bhd
Ini ialah penulisan Solehin Sulaiman
(R. Pujangga)
Emel: [email protected]
Instagram: leehin._14


Tahun terbit: Disember 2021

Penulis:
R. Pujangga

Editor:
R. Pujangga
Reka bentuk kulit:
R. Pujangga

Hak cipta adalah terpelihara. Tidak dibenarkan menerbit,
mengulang cetak, mengeluar ulang mana-mana bahagian
ilustrasi, fotografi, dan isi kandungan e-buku ini dalam apa
juga bentuk dan apa juga cara sama ada secara elektronik,

fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain yang direka
pada masa akan datang sebelum mendapat izin bertulis

dari Timun Publication Sdn. Bhd

i

ISI KANDUNGAN

SUBJEK M/S

Kata Penghargaan 01



02


Puisi Melayu Tradisonal 13



37


Puisi Moden 38



39

Glosari




Referensi




Siapa Aku ?

ii

KATA PENGHARGAAN

Dengan izin Tuhan yang Pemurah, telah
terbit karya kerdil ini daripada seorang
penulis amatur yang cetek ilmunya dalam
dunia kesusasteraan. Dengan adanya
bantuan teman dan keluarga, guru dan
masyarakat, alam dan kehidupan hasilnya
adalah kompilasi puisi penulis muda. Saya
tidak mampu memberi apa-apa, namun semoga
dengan karya ini dapatlah saya menyumbang
sedikit sebanyak untuk ummat dan bangsaku
sendiri sebagai ahli kerdil dalam anggota
masyarakat. Insyallah, semoga bermanfaat.

01

PUISI MELAYU
TRADISIONAL

02

PENGENALAN

Puisi Melayu Tradisonal merupakan sebuah
tradisi lisan yang bentuk dan kalimatnya sudah
tetap. Menurut kajian, puisi Melayu Tradisonal
merupakan suatu bentuk seni bahasa yang telah
lama wujud di Tanah Melayu dan digunakan dalam
kehidupan seharian. Malah ada juga yang
digunakan dalam adat istiadat, perundangan,
jual beli serta medium komunikasi. Puisi Melayu
Tradisonal mempamerkan ciri kesopanan dan
berbudi bahasa yang merupakan sifat lazim bagi
orang Melayu. Walaupun tujuannya untuk
menyindir atau mengkritik, akan tetapi gaya
bahasa dan pemilihan kata terlihat lemah lembut
tetapi agak pedas jika direnungkan maknanya.
Di dalam buku ini saya kongsikan 4 karya puisi
Melayu Tradisonal iaitu seloka, syair, dan
gurindam dan kesemuanya dipetik daripada Skrip
Bangsawan Gurindam Panji Mahkota 2021. Semoga
dengan karya yang dikongsi, dapat dijadikan
rujukan buat pembaca.

03

Gurindam Panji Mahkota

Ceritera bermula negri ternama
Di saat bahgia bala menimpa


Terpisah saudara sedekad lama
Kembali bersua meneraju bersama


Gapura Alam punca sengketa
Rakyat dihasut fitnah merata


Bangsa seteru diusir pergi
Cempaka dan Muslih bertakhta kembali

"Dipetik daripada skrip Bangsawan Gurindam Panji Mahkota 2020
versi Pertama"

*Diatur semula oleh: Yusrita Mohd. Yatim

04

"Walau seindah manapun sebuah
jalan cerita, pasti ada sisi gelap yang

ditemukan."

- Samsoul -

05

Seloka Mak Inang

Kenal, kenal itu Mak Inang
Suara gempita riuh sekampung
Bila dah senja menjadi singa
Habis semua diterkamnya


Setiap masa ada tak kena
Janganlah lambat marahlah dia
Tak sanggup dengar leternya lebih
Mulutnya bising tak letih-letih
Ehh, tak letih betullah


Gayanya lenggang bila berjalan
Bagaikan pulangnya petang
Badan gedempol dah macam deram
Masuk ke dapur tak cukup ruang
Habis semua jadi lintang pukang


Lidahnya tajam lepas sembarang
Siapa mendengar hati tertikam
Ehh engkau pun juga apa yang kurang
Seperti api di dalam sekam
Habis terpalit semua orang


Sunggu begitu sikap Mak Inang
Cakna orangnya bukan temberang
Raut wajahnya nampak garang
Tetapi hidup banyak bertimbang
Siapa yang sedih menjadi girang

"Dipetik daripada skrip Bangsawan Gurindam Panji Mahkota 2020
versi Pertama"

06

"Hendak melihat orang bukan sekadar
melihat, lihatlah orang lalu berfikir,

bukan melihat dan terus menilai."

- Samsoul -

07

Budi Yang Terakhir

Luas hikayat digempar gempur

Turunnya sultan pergi bertempur

Tanahnya luas tambah berlumpur

Raja dan hamba beraduk campur




Semboyan bergema dipalu gendang

Dipacu kuda dilepas kandang

Beribu orang besar dan sedang

Kaki dipasak gagah menghadang




Hendak dilawan tentera seberang

Berbadan kekar mukanya garang

Kiri berkeris kanan berpedang

Pencak dibuka pantas menyerang




Berturut hari perang bersambung

Malam tak henti siang bersambung

Ramailah mati nyawa melambung

Bertikam keris sabung menyabung




Hikayat takdir sudah ditentu

Nyawa baginda cumalah satu

Dipanah penjurit sepuluh batu

Nafas yang akhir habis di ditu




Gundah gulana Panji Mahkota

Perginya semarak ditinggal takhta

Beralih ganti putera tercinta

Diarak masyhur berair mata

"Dipetik daripada skrip Bangsawan Gurindam Panji Mahkota 2020

versi Pertama" 08

"Selagi hayat dikandung tanah, jadilah
petani menanam budi."

- LeeHin -

09

PUISI MODEN

10

PENGENALAN

Puisi ialah sejenis bentuk karya sastera yang
menzahirkan pemikiran, perasaan dan falsafah
seseorang pemuisi. Kata Prof. Dato' Dr. Zurinah
Hassan, puisi merupakan sebuah karya sastera
yang mengemukakan pemikiran (tema) melalui
sentuhan perasaan. Bentuknya tidak terikat,
malah bergantung kepada penulis itu sendiri
sama ada dari segi bilangan rangkap, bilangan
kata setiap baris, rima akhir atau pemilihan
kata. Ringkas dan jimat kata merupakan salah
satu konsep penting di dalam penulisan puisi
moden. Hal ini kerana kebiasaannya, puisi moden
bentuknya lebih pendek dan pemilihan kata
merupakan perkara yang sering ditekankan bagi
mencapai suatu maksud hanya dengan perkataan
yang sedikit.
Di dalam buku ini, saya kongsikan sebanyak 12
puisi moden yang mencakupi pelbagai tema yang
telah diubah suai bagi tujuan penerbitan.

Semoga dengan karya yang dikongsi, dapat
dijadikan rujukan malah pengajaran buat
renungan pembaca.

11

Sulaman Silam

Kalaulah duka tidak dicantas
Matilah jiwa hilanglah waras


Hati merindu jauh kelana
Batin terkurung jasad terpasung


Janji berkasih nukilan takdir
Kalaupun mati bersama pergi


Jiwa kosong tidak berisi
Hadirnya dia membawa seri


Kubawa datang kesumat
Membalas darah luka berparut


Diikat rapat hubungan bersemi
Dirobek sendiri terputus abadi

"Dipetik daripada teaser trailer Bangsawan Gurindam Panji Mahkota"

12

"Diri disanjung si pujangga tua,
Orangnya cerdik agama di dada;

Jatuhnya darjat kerana dua,
Cetek ilmunya hormat tiada.

- Samsoul -

13

Kelam

Hitam

Warna air kopi yang hitam

Menjadi warna segenap jiwa yang kelam

Seharian hidupku menanti penuh hiba

Menunggu cahaya yang tak kunjung tiba

Bila, dimana, siapa saja

Pimpin tanganku walau hari mula senja

Kerna aku tak punya sesiapa

Hanya roh yang duka nestapa

Hadirkanlah walau setitis cahaya

Buat aku sang hamba sahaya

Perlahan api membakar diri

Di dalam sepi meringkuk sendiri

-r. pujangga-

14

"Kelemahan paling besar bagi manusia
ialah apabila dia berseorangan."

- Samsoul-

15

Dikala Pena Berbicara

Dikala pena berbicara
Segala yang terhijab pasti terbuka
dan yang terbuka terhijab kembali


Dikala pena berbicara
Segala yang bohong menjadi benar
dan yang benar menjadi bohong


Dikala pena berbicara
Kau boleh mancari kawan
kau mampu mencipta lawan


Pena yang ku sangka mati
bagaikan bernyawa mencipta
sisi hitam dan putih dunia

-r. pujangga-

16

"Setiap manusia adalah seniman, hidupmu
adalah karyamu."

- Aisya Baharin -

17

Perjanjian

Perjanjian itu mengikat manusia
di atas amanah dan percaya


Mana janji yang utuh terbakar jua
dengan khianat yang bermuka dua

Akan ku pegang kata sang tua
kalau hendak membina percaya
dirikan dahulu tiang keraguan

-r. pujangga-

18

"Berjanji itu bukan sekadar kata-kata
semata, ia umpama sebuah sumpah yang

tidak akan terlerai walau tubuh kau
terurai selagi tidak dilunas ."

- Samsoul -

19

Jiwa Yang Hidup

Manusia itu hidup, bukannya mati
Hendak tahu hidupkah manusia
Lihat pada wajahnya
apakah penuh seri atau bermasam muka


Lihat pada peribadinya
apakah semangatnya membara atau gundah gulana


Lihat pada hatinya
apakah bersih atau gelap gelita


Dan lihat juga pada dirinya
apakah sekadar hidup atau mencari makna kehidupan

-r. pujangga-

20

"Hidup ini ialah tidur yang memenatkan.
Dan mati itu ialah sedar yang menakutkan

dan menyakitkan."

- Lilith Alai’syah, The Sultanate Lord Empero -

21

Bukan Sekadar Menulis

Bukan sekadar tinta
bukan sekadar tulisan
tetapi menyampaikan pesan


Terkadang yang hati
tidak terzahir di lidah
tapi terpacul
pada pena yang petah


Menulis bukan sekadar
pelipur asmara semata
tetapi minda bekerja mencari erti
barangkali serangkai frasa
menjolok makna hikayat sastera

-r. pujangga-

22

“Jika kau bukan anak Raja, juga bukan
anak Ulama' besar, maka menulislah."

- Imam Al-Ghazali -

23

Kata Tentang Cinta?

Cinta itu sebuah ungkapan suci

usah cacatkan ia dengan keinginan peribadi




Cinta itu tidak sempurna

terimalah ia tanpa dipaksa walau tidak sempurna




Cinta itu tinggi maknanya

usah berikan pada dia yang belum tentu kau punya




Belajarlah menerima

maka akan kau temu apa itu Cinta

-r. pujangga-

24

"Cinta itu tidak semestinya memiliki dan
menyukai seseorang itu, adakah ianya
perlu kesempurnaan sahaja tanpa perlu
menerima cacat celanya dia?"

- Hafiz Ibrahim, Ambivalen -

25

Bagaikan Sebatang Lilin

Dia itu bagaikan sebatang lilin
menjadi pelita ganti lampu yang mati


Dia membara dengan hebat
walau cahyanya malap di dalam gelap


Dia bangga tegak berdiri
meski diselimuti bayangan sendiri


Marak menyala membawa terang
di dalam sedar membakar diri


Bagaikan sebatang lilin
kembalinya lampu ditinggalkan sendiri

-r. pujangga-

26

"Berkorban bukan bermakna kamu perlu
mati untuk orang lain, tetapi kerelaan hati
untuk melakukan sesuatu untuk orang lain
meski dia tahu kerugian itu di pihaknya."

- r. pujangga -

27

Langit & Bumi

Pabila Langit berbisik pada Bumi
turunlah belaian bayu
menceritakan kisah Langit pada Bumi


Pabila Langit sedang bersedih
datanglah ia kepada Bumi
membawa tangisan hujan rahmat Ilahi


Pabila Langit sedang gembira
tersenyum ia pada Bumi
dengan cahya mentari terlihat indah


Pabila Langit sedang marah
pantas ia datang pada Bumi
diiringi ribut dan sambaran petir


Daripada Langit dan Bumi
aku mendalami makna persahabatan
di antara Langit dan Bumi
tatkala Langit berlari, di situ Bumi berdiri

-r. pujangga-

28

"Kita datang daripada alam, apakah
sukar untuk merenung dan belajar

daripada alam?"

- LeeHin -

29

Menari Sang Pari-Pari

Bagaikan pari-pari yang menari

di atas pentas berlantaikan resah

terus menari tanpa lelah




Putarlah bermacam melodi

petiklah segala perkusi

walau pantas rentak bernyanyi

dia akan terus menari

walau di atas sambaran api

seperti boneka yang jiwanya mati

di atas telapak dayus insani




Hakikat dunia sudah begini

kebebasan dan keadilan ada harganya

bukan sekadar kata

berteraskan ilham dan simpati

-r. pujangga-

30

"Hakikat dunia sudah lama begini, setiap
yang ada pasti ada harganya. Walaupun
kau sekadar menguap ada harga yang

perlu dibayar."

- LeeHin -

31

Sumpahku di Pantai Senja

Bisikan pilu sang bayu menemani
tirai mentari di ufuk timur
senandung gundah pesisir pantai
menjadi perkusi ombak yang membelai
alam seolah-olah turut meratapi
hilangnya permata yang kucintai


Di pantai ini aku bersumpah
walau ke Barat jasadku merantau
meski ke Timur menempuh ranjau
jiwaku akan tetap di sini
terus mendampingi dia
Melissa di pantai senja
sehingga Izrail menjemput nyawa

-r. pujangga-

32

"Benda yang paling berharga selalunya
kecil dan terlalu rapuh."

- Milim Nava -

33

Dibalik Senyuman

Senyuman adalah ekspresi
menyimpan serangkai makna
dibalik topeng identiti
Ia selalunya palsu
diam menutup sisi lain dunia
sekadar penyedap hati manusia


Banyaknya sekadar senyuman dusta
dengan khianat melalui percaya
Banyak juga yang menyorok derita
daripada mereka yang tidak tahu apa-apa
Bertahan hidup di masa ini
usah percaya pada senyum yang diberi
kalau tidak difikir dan fahami
kelak tertipu oleh bangsa sendiri

-r. pujangga-

34

"Tidak semua yang zahir, serupa dengan
yang batin."

- LeeHin -

35

GLOSARI

1. Asmara - Cinta kasih; berahi
2. Cakna - Prihatin, ambil berat
3. Dayus - Hina dan keji; tidak bersifat kelelakian;


pengecut
4. Gempita - Riuh; gempar
5. Hikayat - Cerita lama; riwayat, sejarah
6. Kekar - Tegap dan kuat
7. Kelana - Pcengembara, perantau
8. Nestapa - Susah hati; dukacita
9. Pelipur - Penghibur
10. Sahaya - Abdi, hamba
11. Semarak - Cahaya; seri
12. Semboyan - Alamat untuk memberitahu; isyarat
13. Sengketa - Perselisihan, pergaduhan
14. Seteru - Musuh
15. Terpasung - Terbelenggu
16. Tinta - Dakwat

36

REFERENSI

• Carian Umum. (n.d.). Retrieved March 31, 2022, from

https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kamus+online




• Tajudin, A., & Tajuid, M. F. (2009). Kamus Pelajar

Bahasa Malaysia (2nd ed.). Dewan Bahasa dan Pustaka.




• Abdul Latiff, M. K., & Md. Zain, R. (2020). Kamus

Bahasa Melayu Klasik - Bahasa Melayu Moden. Telaga

Biru.




• Sistem Guru Online. (2017, March 18). Definisi Puisi melayu

tradisional. Sistem Guru Online. Retrieved April 1, 2022,

from https://www.sistemguruonline.my/2015/12/definisi-

puisi-melayu-tradisiona.html




• Noor, R. M. (1970, January 1). Puisi tradisional. PUISI

TRADISIONAL. Retrieved April 1, 2022, from

http://cikgurohanasmkkamil.blogspot.com/2010/10/puisi-

tradisional-definisi-puisi.html?m=1




• Madani, S. K. (2021, June 30). Suara Kreatif Madani -

Teknikal Penulisan Kreatif. Facebook. Retrieved April 1,

2022, from

https://www.facebook.com/109191804749271/videos/855

281448410601/

37

SIAPA AKU ?

R. Pujangga, atau nama

sebenarnya Solehin Bin

Sulaiman merupakan

seorang penulis muda yang

baru menceburi bidang

penulisan sebagai penulis

amatur. Mendapat

pendidikan rendah di

Pekan Nenas, PontianSelkaolluahmeKleabnajnugtskaaann pengajian

peringkat menengah di SMK Dato' Penggawa Barat,

Pontian dan berpindah ke MRSM Tun Dr. Ismail,

Pontian.




Pada mulanya beliau sekadar seorang yang gemar

membaca. Novel Fixi, majalah, surat khabar,

komik, buku teks sekolah sehinggalah buku

pinjaman kawan.




Minatnya dalam bidang puisi bermula di

Tingkatan 3 apabila ditugaskan bersama rakan

sepasukan untuk mengarang skrip teater

Bangsawan Gurindam Panji Mahkota.

Bertanggungjawab untuk mencipta puisi Melayu

Tradisional, dari situ pengalaman menambah ilmu

dan pengetahuannya tentang puisi Melayu

Tradisional dan mula berjinak dengan puisi

moden.

38

Beliau pernah menghantar karyanya untuk
diterbitkan di di dalam majalah sekolah sebagai
Karya Pelajar.


Antara karya yang pernah dihasilkan ialah puisi
Hati & Jiwa, Sang Seteru serta buku digital
terbitan peribadi Melissa di Pantai Senja.
Sebagai penulis beliau berharap dengan hasil
karya curahan minda, beliau dapat menyampaikan
pengajaran dan nilai murni kepada masyarakat
walaupun melalui mata pena.

39

melissa di
pantai senja

Hati merindu jauh kelana
Batin terkurung jasad terpasung



Janji berkasih nukilan takdir

Kalaupun mati bersama pergi

- Sulaman Silam -

Banyaknya sekadar senyuman dusta
dengan khianat melalui percaya



Banyak juga yang menyorok derita
daripada mereka yang tidak tahu apa-apa

- Dibalik Senyuman -

Senandung gundah pesisir pantai
menjadi perkusi ombak yang membelai

Alam seolah-olah turut meratapi
hilangnya permata yang kucintai

- Sumpahku di Pantai Senja -


Click to View FlipBook Version