PERLEMBAGAAN
MAJLIS GURU BESAR NEGERI PERLIS
FASAL 1
1. NAMA DAN TEMPAT
1.1. Nama Majlis ini ialah Majlis Guru Besar Negeri Perlis atau ringkasnya
MGBNPs dan selepas ini disebut Majlis.
1.2. Pejabat Majlis ini ialah di sekolah Setiausaha bertugas atau ditentukan oleh
Ahli Jawatankuasa Tadbir Majlis ini.
1.3. Tempat mesyuarat Majlis akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tadbir
Majlis dari semasa ke semasa.
FASAL 2
2. DEFINISI
2.1. Perkataan Guru Besar bermaksud semua guru yang dilantik oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Guru Besar di sekolah rendah
dalam Negeri Perlis.
2.2. Pendaftar maknanya Pengarah Pendidikan Negeri Perlis.
2.3. Penasihat maknanya Pengarah Pendidikan Negeri Perlis.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Negeri Perlis
1/16
2.4. Penasihat 2 maknanya Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan
Sekolah
2.5. Pegawai Perhubungan maknanya Ketua Penolong Pengarah (Kanan)
Unit Prasekolah & Rendah
2.6. Ahli maknanya Guru-guru Besar Sekolah Rendah di bawah pentadbiran
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.
2.7. Pegawai Tadbir Majlis maknanya Guru Besar yang dipilih atau dilantik
dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Negeri Perlis yang terdiri daripada
Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Setiausaha, Penolong
Setiausaha, Bendahari.
2.8. Ahli Exco Majlis maknanya Pengerusi Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Negeri Perlis dan seorang wakil daripada Guru Besar SJKC / SJKT serta
seorang wakil Guru Besar perempuan.
2.9. Jawatankuasa Tadbir Majlis merupakan sebuah jawatankuasa yang
bertanggungjawab mentadbir urus Majlis dengan diketuai oleh YDP dan
barisan PegawaiTadbir Majlis yang lain bersama-sama dengan barisan Ahli
Exco Majlis.
2.10. Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) maknanya Majlis
peringkat kebangsaan yang menggabungkan semua Majlis Guru Besar
Negeri dan Wilayah Persekutuan.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Negeri Perlis
2/16
FASAL 3
3. TUJUAN
3.1. Mengeratkan hubungan muhibah di antara Guru-guru Besar di semua
peringkat dan semua jenis sekolah rendah dalam pentadbiran Jabatan
Pendidikan Negeri Perlis.
3.2. Membantu memastikan Majlis Guru Besar Negeri memberi kerjasama
kepada Jabatan Pendidikan Negeri dalam usaha melicinkan pelaksanaan
dan kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan serta program dan aktiviti
pendidikan
3.3. Bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pengalaman-pengalaman
pentadbiran dan pendapat-pendapat yang boleh meningkatkan prestasi
pengurusan sekolah, dan pengajaran & pembelajaran di sekolah-sekolah
rendah Negeri Perlis.
3.4. Mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
3.5. Berusaha meningkatkan kerja berprestasi tinggi dalam perkhidmatan dan
profesion guru besar.
3.6. Berusaha meningkatkan kebajikan, kemasyarakatan dan tatasusila guru
besar.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Negeri Perlis
3/16
FASAL 4
4. KEAHLIAN
4.1. Keahlian Majlis Guru Besar Negeri Perlis terdiri daripada Guru-Guru Besar
sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan kerajaan dalam
pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.
FASAL 5
5. KEWAJIBAN AHLI
5.1. Mematuhi Perlembagaan
5.2. Menjelaskan yuran mengikut kehendak perlembagaan
5.3. Melaksana segala keputusan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa
Tadbir Majlis atau dalam Persidangan Perwakilan Kebangsaan Biasa / Luar
Biasa.
5.4. Menyokong segala usaha, aktiviti dan program yang dianjur dan
dikelolakan oleh Majlis.
FASAL 6
6. HAK AHLI
6.1. Mendapat faedah mengikut Fasal 3
6.2. Hak bersuara
6.3. Hak mengundi (tertakluk kepada Yuran Tahunan telah dijelaskan).
Perlembagaan Majlis Guru Besar Negeri Perlis
4/16
FASAL 7
7. PELUCUTAN KEAHLIAN
7.1. Mana-mana ahli yang tidak mematuhi perlembagaan, peraturan atau
arahan Jawatankuasa Tadbir Majlis maka keanggotaannya boleh
digantung atau diberhentikan daripada menjadi ahli setelah diputuskan oleh
Jawatankuasa Tadbir Majlis.
7.2. Mana-mana ahli yang telah digantung atau diberhentikan keanggotaannya
maka ia boleh membuat rayuan bertulis kepada Yang Dipertua untuk
dipertimbangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis. Keputusan
majoriti Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis adalah muktamad.
7.3. Mana-mana ahli yang telah bersara, berhenti tugas oleh pendaftar, pindah
tugas di luar negeri Perlis, pindah tugas ke Kementerian Pendidikan
Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, atau lain-lain agensi telah lucut
keahlian.
FASAL 8
8. PENTADBIRAN
8.1 : Penasihat
8.2 : Penasihat 2
8.3 : Pegawai Perhubungan
8.4 : Majlis Guru Besar Perlis akan ditadbir oleh Jawatankuasa
Tadbir Majlis yang terdiri daripada:
Lima orang Pegawai Tadbir Majlis seperti berikut:
8.4.1 Seorang Yang Dipertua
8.4.2 Seorang Timbalan Yang Dipertua
Perlembagaan Majlis Guru Besar Negeri Perlis
5/16
8.4.3 Seorang Setiausaha
8.4.4 Seorang Penolong Setiausaha
8.4.5 Seorang Bendahari
8.1.1. Ahli Exco Majlis yang terdiri daripada Pengerusi Pusat
Kecemerlangan Pendidikan Di Negeri Perlis dan seorang wakil
SJKC / SJKT serta seorang wakil Guru Besar perempuan.
8.2. Pegawai Tadbir Majlis ini diberi kuasa untuk melantik mana-mana Pegawai
Tadbir Majlis atau Ahli Exco Majlis jika berlaku kekosongan jawatan
Pegawai Tadbir Majlis.
8.3. Jawatankuasa Tadbir Majlis diberi kuasa menubuhkan Jawatankuasa Kecil.
8.4. Mana-mana EXCO yang dilantik sebagai menjadi Pegawai Tadbir Majlis,
maka calon pengganti kuota Ahli Exco Majlisnya berdasarkan jawatan
yang disandang oleh calon tersebut .
.
FASAL 9
9. MESYUARAT-MESYUARAT
9.1. Mesyuarat Agung Perwakilan Negeri hendaklah diadakan setiap tahun
sebelum bulan Ogos tahun tersebut kecuali mendapat kebenaran bertulis
daripada Pendaftar.
9.2. Mesyuarat Agung Perwakilan ini diadakan untuk membentang dan
meluluskan hal-hal seperti berikut:
9.2.1. Menerima dan mengesahkan Peringatan Mesyuarat Agung
Perwakilan Negeri yang lepas.
9.2.2. Menerima dan mengesahkan Laporan Tahunan Jawatankuasa
Tadbir Majlis.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Negeri Perlis
6/16
9.2.3. Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan Majlis.
9.2.4. Membentang dan menerima Anggaran Pendapatan dan
Perbelanjaan Tahunan
9.2.5. Setiap tiga (3) tahun melantik seorang Pengerusi Tetap dan
seorang Timbalan Pengerusi Tetap;
9.2.6. Setiap tiga (3) tahun memilih Pegawai-Pegawai Tadbir Majlis bagi
jawatan dalam Fasal 8 (Ceraian 8.4.1 hingga 8.4.2) iaitu Yang
Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua
* Jawatan 8.4.1. - 8.4.2 ini hendaklah dipilih dari kalangan
Pegawai Tadbir Majlis (yang baru dibubarkan) atau di
kalangan Pengerusi Pusat Kecemerlangan Pendidikan.
*Jawatan dalam Fasal 8 (Ceraian 8.4.3 hingga 8.4.5) iaitu
Setiausaha, Bendahari dan Penolong Setiausaha adalah
lantikan oleh Yang Dipertua dari kalangan Pegawai Tadbir
Majlis (yang baru dibubarkan) atau di kalangan EXCO majlis.
9.2.7. Setiap tiga (3) tahun memilih dua orang Juruaudit Dalam.
* Tidak boleh dipilih dari kalangan mana-mana anggota
Jawatankuasa Tadbir Majlis
9.2.8. Setiap tiga (3) tahun melantik seorang Pengerusi Tetap dan
seorang Timbalan Pengerusi Tetap.
* Tidak boleh dilantik dari kalangan mana-mana anggota
Jawatankuasa Tadbir Majlis.
9.2.9. Menerima cadangan-cadangan dan usul-usul oleh perwakilan
atau daripada Jawatankuasa Tadbir.
9.2.10. Sekiranya berlaku kekosongan jawatan mana-mana Juruaudit
Dalam atau Pengerusi Tetap atau Timbalan Pengerusi Tetap,
Jawatankuasa Tadbir Majlis ini diberi kuasa untuk melantik
dengan kadar segera mana-mana ahli untuk menggantikannya.
9.3. Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis hendaklah diadakan sekurang-
kurangnya tiga (3) bulan sekali. Mana-mana Ahli Jawatankuasa Tadbir
Majlis yang tidak dapat hadir perlu dinyatakan secara bersurat.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Negeri Perlis
7/16
9.4. Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa boleh diadakan dalam mana-
mana keadaan berikut:
9.4.1. apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Tadbir
9.4.2. atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya 1/3 daripada
jumlah ahli Majlis Guru Besar Negeri Perlis.
9.4.3. atas arahan Pendaftar
9.5. Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa
9.5.1. hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh
keputusan Jawatankuasa Tadbir, atau tarikh penerimaan
permintaan Ahli Majlis Guru Besar atau tarikh arahan Pendaftar
mengikut mana yang berkenaan.
9.5.2. Notis Bertulis Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa hendaklah
dikemukakan kepada perwakilan selewat-lewatnya 7 hari dari
tarikh persidangan hendak diadakan dan perlu menyatakan tujuan
persidangan tersebut diadakan.
9.5.3. Urusan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa hendaklah
dihadkan kepada tujuan persidangan tersebut sahaja.
9.6. Mesyuarat Agung Perwakilan Biasa dan Luar Biasa hendaklah
dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap dan dibantu oleh Timbalan Pengerusi
Tetap Persidangan.
9.7. Pengerusi Tetap Persidangan mempunyai hak undi pemutus yang
muktamad sekiranya tiada majoriti
Perlembagaan Majlis Guru Besar Negeri Perlis
8/16
FASAL 10
10. KUORUM
10.1. Ahli-ahli Mesyuarat Agung Perwakilan adalah terdiri daripada ;
10.1.1. Semua Pegawai Tadbir Majlis dan Ahli Jawatankuasa Tadbir
Majlis.
Semua orang ahli yang telah membayar Yuran Tahunan layak
menjadi perwakilan.
10.2. Kuorum Mesyuarat Agung Perwakilan Biasa atau Luar Biasa hendaklah
tidak kurang daripada tiga kali jumlah bilangan Pegawai Tadbir Majlis dan
Jawatankuasa Tadbir Majlis
10.3. Kuorum Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah sekurang-kurangnya satu
perdua ( ½ ) daripada jumlah Pegawai Tadbir Majlis dan Ahli Exco.
FASAL 11
11. TANGGUNGJAWAB
11.1. Yang Dipertua
11.1.1. Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir
Majlis.
11.1.2. Mempunyai hak undi pemutus yang muktamad
11.1.3. Menandatangani Peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir
Majlis yang diluluskan.
11.1.4. Mengawasi pentadbiran Majlis
11.1.5. Memerhati bahawa undang-undang yang termaktub dalam
perlembagaan ini dipatuhi oleh Ahli-ahli Gabungan Majlis.
11.1.6. Menghadiri dalam mana-mana majlis perjumpaan mesyuarat jika
diundang oleh mana-mana pihak.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Negeri Perlis
9/16
11.1.7. Mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar, ulasan dan sebarang
maklumat mengenai perjalanan badan ini dari semasa ke
semasa.
11.1.8. Menjadi penandatangan sebarang cek dan baucar pembayaran
atau pelulus transaksi dalam talian bagi pihak Majlis
11.1.9. Menjadi Pengerusi Disiplin dan Tatatertib Majlis.
11.1.10. Menjadi Ahli Exco Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia.
11.2. Timbalan Yang Dipertua
11.2.1. Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke semasa.
11.2.2. Membantu Yang Dipertua Majlis dan menjalankan tugas Yang
Dipertua semasa ketiadaannya atau apabila diarahkan.
11.2.3. Tugas-tugasnya adalah seperti terkandung di dalam Fasal 11.1
kecuali 11.1.8
11.2.4. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.3. Setiausaha
11.3.1. Bertanggungjawab secara langsung kepada Yang Dipertua.
11.3.2. Mencatat segala peringatan mesyuarat majlis.
11.3.3. Bertanggungjawab tentang hal surat-menyurat.
11.3.4. Menjalankan atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke semasa.
11.3.5. Menyedia Laporan Tahunan.
11.3.6. Menyimpan semua surat-menyurat atau semua dokumen Majlis.
11.3.7. Menyimpan semua data peribadi Pegawai dan Jawatankuasa
Tadbir.
11.3.8. Menjadi penandatangan sebarang cek dan baucar pembayaran
atau pelulus transaksi dalam talian bagi pihak Majlis apabila
Perlembagaan Majlis Guru Besar Negeri Perlis
10/16
ketiadaan Yang Dipertua atau dalam keadaan mematuhi
keperluan ketetapan pihak bank.
11.3.9. Bertanggungjawab mengeluarkan sebarang maklumat dan siaran
berita, mengenai aktiviti Majlis kepada media massa setelah
mendapat persetujuan Yang Dipertua.
11.3.10. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.3.11. Memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis, Mesyuarat
Agung Perwakilan Biasa dan Luar Biasa pada bila-bila masa
yang dikehendaki.
11.3.12. Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat
dan dokumentasi.
11.3.13. Menjadi Ahli Exco Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia.
11.4. Penolong Setiausaha
11.4.1. Membantu kerja-kerja Setiausaha.
11.4.2. Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaannya atau
apabila diarahkan seperti FASAL 11.5 kecuali 11.5.8.
11.4.3. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.5. Bendahari
11.5.1. Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan.
11.5.2. Menerima dan menyimpan di bank yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Tadbir segala wang kepunyaan Majlis.
11.5.3. Menyimpan dan mengemaskini segala buku kira-kira kepunyaan
Majlis ini.
11.5.4. Menyedia laporan kira-kira Tahunan Majlis ataupun kira-kira
semasa jika dikehendaki oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.5.5. Membentangkan akaun dalam mesyuarat jawatankuasa dan
dalam Mesyuarat Agung Perwakilan
Perlembagaan Majlis Guru Besar Negeri Perlis
11/16
11.5.6. Membayar bil-bil Majlis
11.5.7. Menjadi penandatangan sebarang cek dan baucar pembayaran
atau pelulus transaksi dalam talian bagi pihak Majlis
11.5.8. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.5.9. Melaporkan kepada Ahli-Ahli dan Jawatankuasa Tadbir Majlis
kedudukan harta, kewangan dan apa-apa milik Majlis.
11.5.10. Mengutip Yuran Tahunan Ahli sebelum bulan Mei setiap tahun
11.5.11. Memastikan pembayaran Yuran Tahunan Ahli dibuat kepada
Bendahari Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia diselesaikan
sebelum bulan Julai setiap tahun.
11.6. Ahli Exco Majlis
11.6.1. Menjadi penghubung dan penyampai maklumat antara MGB
masing-masing dengan Majlis
11.6.2. Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke semasa.
11.6.3. Menyedia Laporan Tahunan MGB masing-masing
11.6.4. Menyediakan Laporan Aktiviti apabila dikehendaki
11.6.5. Membantu mengurus pembayaran Yuran Tahunan Ahli MGB
masing-masing dibayar kepada Bendahari Majlis sebelum bulan
Mei setiap tahun.
11.6.6. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.6.7. Sentiasa bersedia dan aktif memberi buah fikiran dalam setiap
mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Negeri Perlis
12/16
11.7. Jawatankuasa Tadbir Majlis
11.7.1. Mengawal perjalanan dan menyelesaikan masalah-masalah
Majlis Guru Besar Negeri dan Pusat Kecemerlangan Pendidikan
11.7.2. Menetapkan tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir dan
Mesyuarat Agung Perwakilan Biasa, Luar Biasa Majlis Guru
Besar Negeri.
11.7.3. Mengawal dan menentukan perbelanjaan dan menamakan
mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan
tempat menyimpan wang.
11.7.4. Menunaikan dan melaksanakan segala syarat yang dikehendaki
oleh Perlembagaan.
11.7.5. Bekerjasama dengan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia,
Pusat Kecemerlangan Pendidikan, agensi-agensi yang
dibenarkan oleh Pendaftar, Jabatan dan Kementerian Pendidikan
Malaysia, Negeri Perlis.
FASAL 12
12. KEWANGAN
12.1. Tahun Kewangan Majlis
12.1.1. Tahunan Kewangan Majlis ini bermula daripada 1 Januari hingga
31 Disember setiap tahun dan hendaklah diaudit oleh Juruaudit
Dalam.
12.2. Yuran
12.2.1. Yuran Tahunan Ahli bagi tiap-tiap Guru Besar ialah sebanyak
RM50.
12.2.2. Yuran Tahunan Ahli akan diperuntukkan RM40 kepada Majlis
Guru Besar Negeri dan RM10 kepada Gabungan Majlis Guru
Besar Malaysia.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Negeri Perlis
13/16
12.3. Derma
12.3.1. Dengan persetujuan daripada Pendaftar, Majlis dibolehkan
memungut derma atau sumbangan daripada orang ramai atau
syarikat bagi tujuan menambah kewangan.
12.3.2. Dengan persetujuan daripada Pendaftar, Majlis dibolehkan
membuat perjanjian dengan agensi perniagaan bagi mencetak,
mengedar bahan-bahan pengeluarannya atau apa-apa jua
kerjasama dengan mana-mana agensi yang berkaitan.
12.3.3. Semua sumbangan derma yang diterima daripada mana-mana
pihak hendaklah diluluskan dan dipersetujui terlebih dahulu oleh
Jawatankuasa Tadbir Majlis.
12.3.4. Wang Majlis ini hendaklah disimpan di mana-mana bank yang
diluluskan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis.
FASAL 13
13. PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1. Sebarang pindaan Perlembagaan Majlis ini tidak boleh dilakukan kecuali
mendapat kelulusan sekurang-kurangnya dua per tiga (⅔) jumlah
perwakilan yang hadir dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Biasa atau
Luar Biasa.
13.2. Sebarang permohonan pindaan perlembagaan Majlis ini mengikut FASAL
13.1 hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Majlis untuk kelulusan
terlebih dahulu.
13.3. Pendaftar berhak meluluskan atau tidak sebarang pindaan yang
dicadangkan.
13.4. Pindaan kepada perlembagaan akan berkuatkuasa mulai daripada tarikh
permohonan pindaan diluluskan oleh Pendaftar Majlis.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Negeri Perlis
14/16
FASAL 14
14. PEMEGANG AMANAH
14.1. Mana-mana Majlis Guru Besar sama ada Malaysia atau Negeri mestilah
membuka akaun di mana-mana Bank Tempatan di Malaysia yang
mudah bagi Pegawai-pegawai Majlis Guru Besar menyimpan wang atau
harta atau berurus niaga.
14.2. Pegawai-pegawai memegang amanah Majlis terdiri daripada Yang
Dipertua, Setiausaha dan Bendahari (penandatangan cek).
14.3. Pengeluaran kewangan hanya dibenarkan jika ada dua daripada tiga
orang penandatangan cek.
14.4. Bendahari dibenarkan hanya memegang wang tunai Majlis ini tidak lebih
daripada RM500 dalam satu-satu masa.
14.5. Bendahari tidak dibenarkan mengeluarkan atau menggunakan wang lebih
daripada RM1000 tanpa kebenaran Jawatankuasa Tadbir Majlis.
14.6. Pengauditan Tahunan Kewangan Majlis ialah dari 1hb. Januari hingga
31hb. Disember setiap tahun.
FASAL 15
15. PENTAFSIRAN
15.1. Jika terdapat sebarang kekeliruan berkaitan pentafsiran Perlembagaan
Majlis, maka hendaklah dirujukkan kepada Jawatankuasa Tadbir Majlis
ini. Pentafsiran yang dibuat oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis adalah
muktamad.
Perlembagaan Majlis Guru Besar Negeri Perlis
15/16
FASAL 16
16. PEMBUBARAN
16.1. Gabungan Majlis ini tidak boleh dibubarkan tanpa mendapat persetujuan
daripada Pendaftar Majlis.
16.2. Sekiranya Majlis ini dibubarkan, segala hutang-hutang Majlis ini
hendaklah dijelaskan. Wang yang berlebihan itu hendaklah dibahagi-
bahagikan kepada ahli-ahli Majlis ataupun mengikut budi bicara dan
keputusan Jawatankuasa Tadbir Majlis bagi tujuan kepentingan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sekolah-sekolah rendah
seluruh negeri.
FASAL 17
17. PERTIKAIAN
Sebarang pertikaian yang berlaku tidak boleh dibawa ke mahkamah.Ia
hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh
Pendaftar Majlis.
MAJLIS GURU BESAR NEGERI PERLIS
2021
- TAMAT -
Perlembagaan Majlis Guru Besar Negeri Perlis
16/16