K AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN
SEKOLAH RENDAH NEGERI PERLIS 2021
O ANJURAN : MAJLIS GURU BESAR NEGERI PERLIS
07 DISEMBER 2021 ( SELASA
L HOTEL PUTRA REGENCY, KANGAR, PERLIS
)
O Slot 1 Slot 2
K 8.30 – 1.00 t.hari 2.30 – 3.3 - ptg.
I Pembentangan
Amalan Terbaik Wacana Ilmu
‘Pemimpin Dalam Ungkapan”
Kepimpinan
8 Pusat Penyampai :
Kecemerlangan Pendidikan Munsyi Mohd Salleh bin Hassan,
(PKP)
Ketua Jemaah Nazir Perlis
U Slot 3
M 3.45 – 5.00 ptg.
Ucaptama Kepimpinan #09 educators
&
Perasmian Penutupan
Oleh:
Cikgu Naharudeen bin Othman
Pengarah Pendidikan Perlis
\\
1.0 PENGENALAN
Kertas kerja ini bertujuan menyebarluaskan dan berkongsi amalan terbaik dalam
pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dam pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM0 2013-2025 kepada semua guru besar
negeri Perlis dalam pelbagai aspek antara sekolah-sekolah di negeri Perlis. Aspek-
aspek yang boleh dikongsi amalan terbaik termasuklah dari aspek pengurusan
kepimpinan, kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, kemenjadianj murid dan
sebagainya. Setiap Pusat Kecemerlangan Pendidikan (PKP) akan membentangkan
satu amalan terbaik dalam kalangan sekolah di PKP berkenaan yang boleh dijadikan
bahan rujukan kepada pemimpin sekolah-sekolah di negeri Perlis.
2.0 MATLAMAT
Melalui perkongsian ilmu dengan rakan-rakan guru besar di Perlis amnya
diharap dapat memantapkan kepimpinan sekolah dan membuka minda khasnya
pemimpin sekolah perlunya sentiasa memikirkan inovasi tertentu di sekolah masing-
masing dan negeri Perlis khasnya. Antara yang ditekankan dalam amalan terbaik ini
termasuklah ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim dan budaya sekolah,
infrastruktur dan infostruktur sekolah. Perkongsian seperti ini bagi membantu
perkembangan profesionalisma kepimpinan dan para guru di sekolah. Selain dapat
belajar antara satu sama lain, pendekatan yang digunakan juga boleh diaplikasikan
mengikut kesesuaian dan keperluan sekolah masing-masing. Perkongsian juga
secara tidak langsung memotivasikan pemimpin sekolah dan guru-guru lain untuk
menambahbaik keperluan bagi meningkatkan kualiti kepimpinan dan beraspirasi
tinggi.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mengaplikasi konsep dan Amalan Terbaik, khasnya dalam PdPc terbaik.
3.2 Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran
yang berbeza dalam membangunkan persekitaran pembelajaran yang
berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
3.3 Merancang, melaksana, memimpin program, bertanggungjawab,
bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam membangunkan
sekolah
3.4 Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara sekolah-
sekolah di negeri Perlis.
3.5 Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan,
amalan atau aktiviti.
4.0 PROGRAM
4.1 Kolokium Amalan Terbaik Guru Besar Negeri Perlis
4.2 Tarikh : 7 Disember 2021
4.3 Hari : Selasa
4.4 Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
4.5 Tempat : Hotel Putra Regency, Kangar, Perlis.
5.0 Jawatankuasa
5.1 Pengerusi : Cikgu Jafri bin Othman, YDP, MGB
N. Pengerusi : Cikgu Zaini Meh @ Hussin, Timbalan YDP, MGB
Setiausaha : Cikgu Zulkeflee bin Arshad
P. Setiausaha : Cikgu Shamsul bin Shuib @ Yaacob
Bendahari : Cikgu Haji Zairi bin Bakar
JK : Cikgu Khairuddin bin Abdul Manap
Cikgu Muhammad Hafiz bin Zainudin
Cikgu Musra bin Mat Saman
Cikgu Nordin bin Abdullah
Cikgu Zubir bin Ghazali
Cikgu Jamaludin bin Abu Hassan
Cikgu Hazimi bin Hussain
Cikgu Akmal binti Mat Rata
Cikgu Ong Hock Leng
Cikgu Norma binti Ishak
ATUR CARA KOLOKIUM AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN SEKOLAH
RENDAH NEGERI PERLIS 2021
8.00 pagi : Pendaftaran
8.15 pagi : Majlis bermula
: Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis/ YDP MGB Perlis
8.30 pagi : Bacaan Doa
: Slot 1
Pembentangan 1 - PKP Arau
Pembentangan 2 – PKP Jejawi
Pembentangan 3 – PKP Kangar
Pembentangan 4 – PKP Kuala Perlis
10.30 pagi : REHAT
11.00 pagi
Pembentangan 5 – PKP Padang Besar
Pembentangan 6 – PKP Paya
Pembentangan 7 – PKP Simpang Ampat
Pembentangan 8 – PKP Tambun Tulang
1.00 t. hari : REHAT
2.30 petang : Slot 2
Wacana Ilmu – “Pemimpin Dalam Ungkapan”
Penyampai : Munsyi Sallah bin Hassan,
Ketua Jemaah Nazir Perlis
3.45 petang : Slot 3
5.00 petang. : Ucaptama Kepimpinan #09educators dan
Perasmian Penutupan Kolokium Amalan Terbaik
Kepimpinan Sekolah Rendah Negeri Perlis 2021
oleh Yang Berusaha Cikgu Naharudeen bin Othman,
Pengarah Pendidikan Perlis,
Bersurai
SINOPSIS AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN SEKOLAH RENDAH
PKP ARAU
SK LKTP Chuping
Tajuk : Fb pdpr
Nama GB : JAMALUDIN JUSOH
Nama PKP : PKP Arau
Sinopsis :
Projek fb pdpr telah dilaksanakan mulai Januari 2021 seiring dengan adanya
PDPR berasaskan idea untuk menjadikan ianya pusat sehenti atau one stop
centre.
Ianya menjadi tempat penyimpanan data yg boleh di guna oleh murid, guru,
ibubapa dan pentadbir.
Kaedah mudah dan murah..kebolehan untuk di akses di mana2.
Mengguna pakai it untuk kemudahan semua pihak berkepentingan sepanjang
pdpr. Boleh di tambah baik dari masa ke semasa berdasarkan keperluan.
Menyimpan rekod selama mn perlu.
Fb ini memudahkan pihak pentadbiran untuk membuat pemantauan.
PKP JEJAWI
SK Jejawi
Jejawi One Data Centre merupakan satu inovasi pentadbiran dan pengurusan sekolah
yang berteraskan kepada ICT dan IOT, dimana ia berdasarkan gabungan google data
studio dan google sites.
Jejawi One Data Centre merupakan medium pengaksesan maklumat yang
mudah, cepat dan amat berkesan.
Jejawi One Data Centre merupakan satu plateform perkongsian maklumat asas
sekolah, perkhidmatan pegawai, aduan, disamping akses untuk pentaksiran dan
penilaian (PBD) dan perekodan semua aktiviti yang dijalankan di sekolah.
Jejawi One Data Centre dibangunkan dengan menggabungkan 20 sistem e-
Pengurusan induk yang merangkumi seluruh perjalanan sekolah.
Dari aspek kurikulum, Jejawi One data centre mempunyai 7 pengurusan eSistem iaitu:
i) E-Carian Data Spiderweb
ii) E-Data GC Murid
iii) E-PBD
iv) E-Slip PBD
v) E-Jadual Waktu
vi) E-Sijil
vii) E-Tasmik
Dari aspek Hal Ehwal Murid (HEM) pula terdapat 2 pengurusan eSistem yang utama :
i) E-Data Murid
ii) E-Data Bantuan
Dari aspek Kokurikulum , one data centre jejawi mempunyai 5 eSistem iaitu :
i) E-Data Rumah Sukan
ii) E-Kehadiran Kokurikulum
iii) E-Laporan Aktiviti
iv) E-Data Kokurikulum
v) E-Jawatan Kokurikulum
PKP KANGAR
SJK Tamil, Kangar
SINOPSIS PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK SEKOLAH
PENDIGITALAN SEKOLAH KE ARAH KELESTARIAN ICT
Latar Belakang
Teknologi merupakan pengetahuan tentang usaha manusia dalam mencipta sesuatu
dengan menggunakan pelbagai alat, sumber, teknik dan sistem untuk mengurus
kehidupan di samping meluaskan potensi manusia. Ternyata pendapat ini adalah selari
dengan kehendak semasa yang menganggapkan bahawa teknologi itu merupakan alat
yang boleh digunakan melalui kemahiran dan kepakaran pengetahuan yang ada bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi khususnya dalam aspek perekodan dan
penyebaran maklumat.
Daripada kepentingan peranan teknologi yang amat luas ini bukan sahaja
mampu memperkembangkan keupayaan rutin pengurusan seharian, tetapi juga dapat
melakukan pengawalan dan semakan terhadap kualiti dan kecekapan serta
keberkesanan sesuatu tugasan termasuk proses dokumentasi di sekolah.
Maka, peranan ICT dapat ditonjolkan dalam usaha pendigitalan setiap urusan
penyimpanan dan usaha penyebaran maklumat di sekolah seiring dengan kehendak
dan keperluan semasa.
Justifikasi
Pendekatan ini mampu menjana kebitaraan warga sekolah termasuk murid-murid
dalam bidang pengurusan dan penyebarluasan maklumat dengan mengaplikasikan
perisian dan peranti yang saban hari mengalami pembaharuan. Dunia yang bakal
melangkah ke arah revolusi perindustrian 5.0 memperlihat perkembangan pesat dalam
bidang ICT yang mewujudkan dunia tanpa sempadan.
Matlamat (Output/Outcome).
Pembudayaan pendigitalan di sekolah dihasratkan dapat menjana impak yang berikut.
i. Semua guru, murid dan staff mahir dalam salah satu perisian penyimpanan
maklumat.
ii. Semua guru dapat menghasilkan bahan pengajaran digital yang komprehensif
dan canggih.
iii. Amalan konsep Paperless untuk pendokumentasian dan penyebaran maklumat
sekolah.
iv. Dapat mempromosikan pencapaian sekolah dan mewujudkan networking
dengan dunia luar.
Pelaksanaan Program
TEMPOH AKTIVITI CATATAN/TINDAKA
MASA N
Sepanjang PdPR Bengkel Penghasilan Bahan Guru Besar
Digital PdP
2 Ogos 2021 Penghasilan Buletin Sekolah (Fly Pengurus Projek
High)
4 Jun 2021 Pemurniaan Laman Web sekolah AJK
10 Okt 2021 Penghasilan e-modul Guru Besar
20 Okt 2021 Penjanaan program e-PBD AJK
24 Jan 2021 BOSS tracking system AJK
Sepanjang Tahun e-Panitia AJK
Sepanjang Tahun e-Poster AJK
Jan 2021 e-Takwim Pentadbir Sekolah
Sepanjang Tahun e-Slides/e-Video Semua Guru
Sepanjang Tahun Majlis/pertandingan online Semua Guru
Penutup
Usaha pendigitalan sekolah dengan pelaksanaan program yang dilaksanakan
secara berterusan dan interaktif dijangkakan dapat mengorak langkah ke arah perlestarian
ICT. Namun, proses perancangan dan penambahbaikkan aspek pendigitalan perlu dilakukan
secara berkala dan sentiasa mengambil kira perubahan semasa sehingga dapat mencapai
tahap pendigitalan yang optimum.
PKP KUALA PERLIS
SK Padang Besar Selatan
SINOPSIS PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK SEKOLAH
JET SKI: MENINGKATKAN INDEKS GEMBIRA WARGA SEKOLAH
1. Latar Belakang.
Berdasarkan analisa persekitaran telah didapati bahawa beberapa aspek utama perlu
disegerakan penambahbaikan . Tema Tourism(Pelancongan) telah dipilih oleh warga sekolah
bagi memudahkan prpses transformasi. Ini kerana ianya merupakan penanda aras kejayaan
sesebuah sekolah. Maka dua perkara utama dalam tunjang TS25 telah diberi keutamaan
dalam usaha meningkatkan indeks gembira sekolah iaitu kualiti guru serta persekitaran
pembelajaran bermakna(tumpuan luar bilik darjah dahulu). Ini penting agar member
semangat kepada guru untuk membekalkan ilmu yang jitu kepada setiap anak didik khasnya
Kemahiran Kalis Masa Depan.
Empat perkara utama untuk ditambahbaik iaitu Pengwajahan sekolah, Persekitaran
Pembelajaran Bermakna, Green Screen dan Penubuhan Panel Penilaian TP tahun 6.
Maka dengan pemilihan MLT yang tepat serta taklimat yang jitu, maka projek ini
direalisasaikan. Antaranya membentuk pasukan serta PLC(Horizontal, Vertical)
2. Justifikasi.
Projek ini amat perlu disegerakan kerana suara guru yang mahu perubahan . Bermula dari
pintu pagar sekolah semestinya menampakkan kegembiraan.Wajah sekolah yang ceria amat
membantu kemenjadian murid. Begitu juga dengan mewujudkan Green Screen, Outdoor
Learning Project serta Panel Penilaian TP akan menjadi sekolah ini lebih bermakna kerana
kualiti guru serta murid adalah terjamin.
3. Matlamat(Output/Outcome).
Murid-murid akan lebih berjaya jika keperluan mereka dipenuhi dengan cara yang lebih baik.
Mereka perlukan segala kemahiran serta suasana pembelajaran
yang bermakna.. KKMH setiap murid telah diolah dengan rapi melalui OLP. Untuk
menghasilkan murid yang cemerlang maka penilaian terhadap mereka mestilah adil .Maka
beberapa perkara utama ini telah direalisasikan bahi meningkatkan indeks kegembiraan
warga sekolah.
4.Tentatif/Program/Projek/Aktiviti.
TARIKH AKTIVITI CATATAN/
TINDAKAN
JANUARI Perancangan halatuju TS25 (2021-2023) kepada SLT Guru Besar
SLT
2021 ke arah peningkatan indeks kegembiraan.
Februari 2021 Membentuk pasukan SLT dan MLT dan Guru Besar, MLT
membentangkan hasrat pengwajahan sekolah. SLT
Keutamaan kepada kualiti guru serta persekitaran
pembelajaran bermakna.
Perkongsian idea bersama guru-guru dan AKP.(Green Guru Besar,
screen, OLP serta mengwajahkan sekolah)
Guru-guru dan
AKP.
Mac 2021 Panitia berkarya dengan OLP. Guru Besar
Perancangan MLT melalui panitia masing-masing MLT
Panitia
Bengkel OLP bersama SISC+ dan konsultan.fasa 1(NA Guru Besar
Smart Centre) SISC+
MLT
Mac 2021- Pendedahan kepada MLT serta guru-guru tentang OLP Guru Besar
Julai 2021 serta pengwajahan sekolah yang memberi impak MLT
maksima kepada kemenjadian murid.
Guru-Guru
Projek pengwajahan serta OLP fasa 1bermula Guru-Guru
PBD ( JUN 2021) diberi penekanan oleh SLT kepada MLT
MLT dan para guru. SISC+
AKP
OGOS 2021- Ke arah kemenjadian murid Guru Besar
Oktober 2021 MLT
Panel penetapan TP PBD tahun 6 serta pelunjuran
kemasukan murid ke sekolah-sekolah khusus dan Guru Tahun 6
terpilih. Promosi secara besar-besaran untuk murid dan Teacher Leader
ibubapa.
SISC+
Penjaminan kualiti tahun 6
SIP Patner
NOVEMBER Pemantapan program Guru Besar
2021
Tindak susul pengwajahan sekolah, OLP serta MLT/TEACHER
memantapkan myPERKASAKU khasnya penggunaan LEADER(TL)
modul-modul pdpc terkini.
Guru-Guru
Promosi Murid-Murid 6 Ke Sekolah-sekolah terpilih.
Fasa 2 OLP serta Bengkel modul-modul pembelajaran Guru Besar
terkini. SLT
Bertema MLT
Modular TL
Projek
Amali Sains GURU-GURU
Tindak susul:
1.Model MRSM
2. Model SBP
5. Pelan kontigensi.
Setiap guru mempunyai tanggungjawab masing-masing. MLT sentiasa bersedia
sentiasa bersedia untuk menjalankan projek berdasarkan situasi .
Sistem sokongan daripada SISC+, SIP+ dan konsultant-NA Smart Centre dan ALP
konsultant
SISC+ - MARSUZAINA BT MARDIPI
SIP+ - NORAZLINA BT HASSAN
NA SMART CENTRE - NURUL ATIQAH BT JAAFAR SEDEK
ALP - APPLIED LEADERSHIP PROGRAMME
Cikgu Hamzan bin Hussein
GB SK Padang Besar (S)
PKP PADANG BESAR
SK Felda Rimba Mas
Projek ‘Raspberry Pi’
Pandemik global yang telah mengakibatkan kemusnahan kesihatan, ekonomi, dan impak
pendidikan di seluruh dunia, misi kami di SKFRM untuk mendemokrasikan pengkomputeran
supaya menjadi lebih relevan.
Pada masa yang sama, komputer dan teknologi digital telah memainkan peranan yang lebih
penting dalam hidup kita berbanding sebelum ini. Transformasi digital menjadikan lebih
penting bagi semua pelajar sekolah, walau apa pun latar belakang mereka.
Berdasarkan latar belakang ini, kami di SKFRM akan membantu pelajar kami untuk terus
belajar dan berseronok dengan teknologi melalui projek Raspberry Pi.
Projek Raspberry Pi ini memberi peluang yang bermakna kepada ibubapa dan pelajar untuk
memiliki komputer yang hebat dengan harga yang rendah. Selain itu kami di SKFRM juga
akan memberi sokongan atau bantuan “support system” kepada ibubapa dan pelajar bagi
memastikan projek ini berjaya dengan memberi pengalaman yang sangat bermakna.
Akhir sekali adalah diharapkan projek ini dapat memberi impak yang positif kepada
Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran berkesan dan seterusnya kemenjadian murid dapat
direalisasikan.
PKP PAYA
SK Panggas
GASANIA : IMPLEMENTASI MENINGKATKAN ENROLMEN MURID PRASEKOLAH
SALMIAH BINTI MD ALI
Guru Besar SK PANGGAS, Perlis
[email protected]
SUZANA BINTI SULAIMAN
Penolong Kanan HEM SK PANGGAS, Perlis
[email protected]
ALIF BAHARI BIN ABU BAKAR
Guru Perpustakaan dan Media SK PANGGAS, PERLIS
[email protected]
Fenomena penurunan enrolmen murid Prasekolah SK Panggas pada tahun 2021 amat
membimbangkan. Analisis data menunjukkan bilangan pendaftaran pada Januari 2021
hanyalah seorang murid berbanding 5 orang murid yang berdaftar pada tahun 2020.
Tindakan segera perlu dilakukan bagi mengelakkan kelas Prasekolah di SK Panggas
mengalami kemerosotan pendaftaran murid sehingga membawa penutupan kelas tersebut.
Inovasi mewujudkan Gasania sebagai daya tarikan untuk menambah enrolmen murid
Prasekolah. Gasania menawarkan pembelajaran bermaklumat melalui bermain sambil
belajar dan penerapan kemahiran kalis masa hadapan. Inovasi ini disebarluas melalui
lawatan dan hebahan kepada ibu bapa dan komuniti di sekitar Panggas. Kesan daripada
pelbagai tindakan yang dijalankan dalam program Gasania ternyata berlaku peningkatan
penambahan enrolmen seramai 10 orang murid pada bulan Oktober 2021 dan diharapkan
enrolmen ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa.
Kata Kunci : Enrolmen Murid, pengurusan pendaftaran murid Prasekolah
PKP SIMPANG AMPAT
SK Utan Aji
WHITE EAGLE
LEAD THE WAY TO INNOVATION, CREATIVE AND AMAZING SKILLS
SINOPSIS PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK SEKOLAH
PROJEK PENGHASILAN TANAH ORGANIK MINERAL BERKUALITI TINGGI
DAN SEMAIAN POKOK TUNERA
1. Latar Belakang.
Projek Penghasilan Tanah Organik Mineral Berkualiti Tinggi Dan Semaian Pokok Tunera
adalah satu projek atau aktiviti yang dijalankan untuk murid-murid Tahun 4,5 dan 6 sesi 2021
dan murid PPKI. Projek ini merupakan salah satu persediaan pelajar menceburi bidang
kemahiran. Selari dengan enam Kemahiran Kalis Masa Hadapan (KKMH) yang terdapat di
dalam Taksonomi #09Educators.
Projek ini akan memberi impak kepada murid menerusi KKMH (ICT, IOT, Intrepreneurship,
Agriculture, Event Management Dan Communication)
Projek ini adalah di bawah seliaan Panitia RBT dan Panitia Sains dan merupakan projek
yang mendapat sokongan serta kerjasama pemegang taruh iaitu PIBG Sekolah Kebangsaan
Utan Aji. Pihak PIBG akan sama-sama membantu pihak sekolah untuk menjayakan projek
ini.
2. Justifikasi.
Projek ini diadakan untuk mendedahkan murid-murid tahap 2 dengan kemahiran dan
pengetahuan agar mereka dapat menghadapi masa hadapan dengan lebih bersedia.
Kemahiran yang akan mereka pelajari semasa menceburi projek ini merupakan kemahiran
yang bakal mendidik mereka agar lebih berdikari dalam menempuh kehidupan yang serba
mencabar.
3. Matlamat (Output/Outcome).
Menyediakan murid-murid ke arah kemahiran merancang masa hadapan dengan lebih
sempurna. Kemahiran-kemahiran yang mereka pelajari akan digunakan untuk berusaha dan
menguruskan kehidupan di masa hadapan mereka sendiri.
Enam kemahiran kalis masa hadapan yang terkandung semasa mereka melaksanakan projek
ini merupakan kemahiran yang amat berguna agar mereka akan terus berdikari dan bukan
hanya bergantung kepada kerja makan gaji semata-mata.
Tentatif Program/Projek/Aktiviti.
TARIKH AKTIVITI CATATAN/TINDAKAN
1 Okt 2021 Membentuk jawatankuasa yang Guru Besar
terdiri daripada Guru (Panitia RBT
dan Sains), Wakil PIBG dan
murid-murid sasaran
2 Okt 2021 Pembelian barangan keperluan Pengurus Projek
4 Okt 2021 Persediaan Tapak Projek AJK
10 Okt 2021 Taklimat kepada AJK Guru dan Guru Besar
PIBG
20 Okt 2021 Kursus kepada kumpulan sasaran AJK
24 Okt 2021 Kerja-kerja pembungkusan (murid AJK
tahap 2)
30 Okt 2021 Semaian anak pokok oleh murid AJK
PPKI
1 Nov 2021 Membuat pasaran/jualan AJK
• Kerja-kerja pembungkusan dan pemasaran akan berlaku secara
berterusan.
Pelan kontigensi.
i) Bekalan Bahan Mentah.
Bahan Mentah seperti tanah, sekam dan dolomite yang merupakan bahan utama dalam
pembuatan tanah mineral ini akan dipastikan mencukupi. Oleh itu organisasi ini akan
membuat MoU besama syarikat Misi Nursery agar syarikat tersebut boleh membekal bahan
mentah secara berkala kepada sekolah.
Oleh itu, operasi projek ini akan dapat diteruskan tanpa ada masalah untuk mendapatkan
bahan mentah.
ii) Kepuasan Pengguna
Pengeluaran tanah mineral ini merupakan tanah yang berkualiti tinggi untuk pelbagai
tumbuhan sama ada pokok buah-buahan, sayur-sayuran dan juga tumbuhan taman.
Kandungan mineralnya sesuai dengan keperluan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu, dijangkakan
permintaan pelanggan terhadap tanah ini akan sentiasa ada.
iii) Kecederaan
Kecederaan di tapak projek boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, poster
Utamakan Keselamatan disediakan di tapak projek sebai peringatan.
Disamping itu, penyediaan Peti Rawatan Kecemasan diutamakan sebagai langkah awal
rawatan.
Guru akan sentiasa Bersama dengan murid-murid ketika kerja-kerja campuran dan
pembungkisan dilakukan bagi mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh mendatangkan
kecederaan.
iv) Bencana
Bencana alam seperti hujan yang lebat boleh menyebabkan kerosakan pada bahan mentah
dan tanah yang telah siap dibungkus.
Maka, tempat yang dapat melindungi bahan-bahan ini dari rosak disediakan seperti khemah
dan setor penyimpanan.
Cikgu Zuel Azwar bin Desa
GB SK Utan Aji
PKP TAMBUN TULANG
SK Tambun Tulang
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBUN TULANG
ARAU PERLIS
SINOPSIS PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBUN TULANG TV ( SKTTTV)
SKTT TV merupakan saluran YouTube yang menjadi platform digital rasmi Sekolah
Kebangsaan Tambun Tulang. SKTT TV telah ditubuhkan pada bulan November 2018, pada
mulanya untuk mempromosi video aktiviti-aktiviti sekolah tetapi semakin lama SKTT TV
berkembang menjadi platform ilmu dan maklumat kepada masyarakat. Maklumat dan
perkembangan terkini berkaitan persekolahan disampaikan kepada ibu bapa, waris dan
masyarakat dengan lebih mudah dan menarik. Selain itu SKTT TV juga menjadi satu ruang
untuk mencungkil bakat dan kebolehan murid-murid dalam bidang media serta menguasai
kemahiran teknologi maklumat seperti yang terdapat dalam taksonomi JPN Perlis iaitu
Internet Of Thinking. Guru dan murid Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang juga menjadikan
SKTT TV sebagai satu platform pembelajaran dan pengajaran secara “ On The Go” iaitu
pembelajaran dan pengajaran boleh berlaku dimana-mana sahaja.
Apabila fasa pandemik COVID19 berlaku pada awal tahun 2020 dimana guru dan
murid perlu melakukan pengajaran dan pembelajaran di rumah SKTT TV menjadi lebih aktif
dan relevan. SKTT TV sebagai platform PDPC “On The GO” banyak memberi manfaat
kepada warga SKTT dalam PDPC yang dijalankan di rumah tetapi juga dalam pelbagai
bidang seperti aktiviti Hal Ehwal Murid, Kokurikulum, pembentukan sahsiah dan lain lain.
Projek SKTT TV dimulakan oleh beberapa orang guru iaitu Cikgu Zatusy, Cikgu
Aimi dan Cikgu Faizun yang seterusnya menjadi penggerak kepada guru-guru lain dalam
menyediakan kandungan video yang bermanfaat dan melaksanakan pdpc secara atas talian di
sekolah ini. Sekolah ini juga mempunyai seorang guru Microsoft Innovative Educator
Expert dan dua orang guru yang mempunyai Google Certified Trainer Level 1.
Selain daripada itu, guru-guru yang terlibat dalam Akademi Youtuber banyak
membantu kepada kejayaan pelaksanaan SKTT TV. Guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah
turut mengadakan Live Online Class Bahasa Inggeris secara percuma. Penonton yang
menyertai kelas tersebut bukan hanya murid-murid dari SKTT tapi juga dari pelbagai sekolah
dalam Perlis dan ada juga dari pelbagai negeri.
Kejayaan dan impak SKTT TV di sekolah dapat dilihat daripada pelbagai penyertaan,
aktiviti dan kejayaan yang dicapai dari tahun 2019 hinggalah 2021. Semoga perkongsian
amalan terbaik di Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang ini dapat memberi sedikit sebanyak
manfaat kepada semua warga pendidik di negeri Perlis. Walaupun SKTT TV ini cuma satu
usaha yang kecil dalam perkembangan teknologi sekarang tetapi kami yakin ini permulaan
yang baik dari Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang untuk menyampaikan ilmu kepada
masyarakat..
PENGHARGAAN
PENGARAH PENDIDIKAN,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS
KETUA NAZIR NEGERI PERLIS
TIMBALAN PENGARAH PENDIDKAN PERLIS,
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
SIP+
YDP MGB
TIMBALAN YDP MGB
PEGAWAI MGB PERLIS
EXCO MGB PERLIS
PENGERUSI-PENGERUSI PKP
PEMBENTANG-PEMBENTANG
AMALAN TERBAIK TERBAIK SEKOLAH RENDAH
GURU-GURU BESAR PERLIS
WAKIL-WAKIL GURU BESAR