SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RANGIN, Modul 6
25150 KUANTAN, PAHANG. (CBA4093)
Templat Perancangan PdP – KmR
Matapelajaran : Sains (Tuan rumah), Pendidikan Seni Visual,
Matematik & Bahasa Melayu
Peringkat 1 : Hasil Diharapkan (Desired Result)
Hasil Pembelajaran (G) :
SN : Murid dapat mengelaskan haiwan berdasarkan ciri-ciri khusus.
PSV : Murid dapat menzahirkan idea melalui pelbagai sumber kajian dan teknololgi dengan
mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan
teknik dalam penghasilan diorama.
MT : Murid dapat mencari isipadu sesuatu bentuk.
BM : Murid dapat:
1) Menjelaskan maklumat pada tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang tinggi, berupaya
mengungkapkan idea dengan jelas dan terperinci, berkomunikasi secara efektif serta mengaplikasikan
pengetahuan bahasa yang lebih kompleks.
2) Membina dan menulis ayat untuk menghasilkan penulisan imaginatif dan deskriptif menggunakan bahasa
yang santun pada tahap yang sangat terperinci.
Kriteria Kejayaan :
SN : Murid dapat mengelaskan haiwan kepada sekurang – kurangnya 3 kumpulan mengikut ciri
khusus yang betul.
PSV : Murid dapat …..
1. Meneroka maklumat mengenai maksud binaan diaroma daripada pelbagai sumber media.
2. Menggunakan bahasa seni dalam penghasilan karya dengan mengakses pelbagai sumber maklumat daripada
pelbagai media seperti di YouTube.
3. Mengaplikasikan gabungan media, proses dan teknik dalam penghasilan karya dengan membentangkan
projek sama ada secara dalam talian, luar talian atau off-site.
1
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RANGIN, Modul 6
25150 KUANTAN, PAHANG. (CBA4093)
MT : Murid dapat mencari isipadu bentuk kuboid dengan betul.
BM : Murid dapat ……
1. Menjelaskan dan membanding beza sekurang-kurangnya tiga maklumat tentang haiwan vertebrata dan
invertebrata menggunakan idea yang kritis dan kreatif.
2. Menganalisis dan menulis sekurang-kurangnya empat maklumat tentang kelebihan dari segi sistem
rangka dalam haiwan vertebrata berbanding invertebrata.
Kefahaman (U) : Soalan Pencetus Idea (Essential Question ) (Q) :
MENYIASAT HAIWAN VERTEBRATA DAN SN
INVERTEBRATA 1. Berapakah kumpulan haiwan yang kamu tahu?
2. Bagaimanakah kamu mengklasifikasikan haiwan
mengikut ciri-ciri khusus mereka?
PSV
1. Bagaimanakah anda mengaplikasikan gabungan
media, proses dan teknik dalam penghasilan
diorama?
2. Bagaimana seorang pelukis/pereka menzahirkan
idea mereka dalam membentuk dan membuat
binaan?
3. Adakah anda berasa seronok mengakses bahan
pembelajaran menggunakan alatan digital atau
sumber internet untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan?
MT
1. Berapakah panjang bentuk ini?
2. Berapakan lebar bentuk ini?
3. Berapakan tinggi bentuk ini?
4. Apakah keperluan menggunakan bentuk dua
dimensi dan bentuk tiga dimensi yang melibatkan
luas permukaan dan isipadu?
BM
1. Apakah perbezaan kumpulan haiwan yang kamu
tahu?
2. Pada pendapat kamu, apakah kelebihan haiwan
vertebrata berbanding haiwan invertebrata dari
segi fungsi rangka dalam haiwan?
2
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RANGIN, Modul 6
25150 KUANTAN, PAHANG. (CBA4093)
Pengetahuan (K) : Kemahiran (S) :
Pelajar mengetahui ……. Pelajar boleh membuat / melakukan ………
SN : Menyatakan kumpulan – kumpulan SN : Mengklasifikasikan haiwan berdasarkan
haiwan berdasarkan ciri – ciri khusus. ciri khusus yang ada.
PSV : Menzahirkan idea dan memahami bahasa PSV : Kemahiran asas melakar, mewarna,
seni visual, media, proses dan teknik mengunting dan membuat binaan seperti
dalam penghasilan diodrama menampal serta memilih bahan dan media
menggunakan teknik gabungan media. yang bersesuaian.
MT : Rumus isipadu kuboid MT : Mencari panjang, lebar dan tinggi
bentuk kuboid.
BM : Menjelaskan maklumat secara kritis dan
kreatif serta menulis untuk BM : Menjelaskan dan membanding beza
menyampaikan maklumat menggunakan maklumat tentang haiwan vertebrata
bahasa yang santun. dan invertebrata menggunakan idea
yang kritis dan kreatif serta
mengaplikasikan pengetahuan bahasa
yang lebih kompleks.
TP 6 :
SN : Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif tentang organ pernafasan haiwan serta
pengkelasan haiwan vertebrata dan ciri khusus bagi setiap kelas serta
mempersembahkannya.
PSV : Menjana idea kreatif dalam penerokaan.
MT : Menyelesaikan masalah harian bukan rutin melibatkan ruang secara kreatif dan inovatif.
BM : Berkomunikasi untuk menjelaskan maklumat secara kritis dan kreatif, bersoal jawab
untuk mendapatkan penjelasan, menceritakan sesuatu perkara dengan sebutan dan
intonasi yang betul secara bertatasusila, membina dan menulis ayat untuk menghasilkan
penulisan imaginatif dan deskriptif pada tahap yang sangat terperinci, konsisten, dan
menjadi model teladan.
Peringkat 2 : Bukti Pentaksiran (Assessment Evidence)
Tugasan Pembelajaran (Task) / Kaedah Bukti (Evidence) / Instrumen Pentaksiran
Pentaksiran SAINS
3
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RANGIN, Modul 6
25150 KUANTAN, PAHANG. (CBA4093)
Tugasan Pembelajaran (Task) : Bukti (Evidence) / Instrumen :
1) Peta i-Think
Murid dapat mengklasifikasikan ciri-ciri haiwan
menggunakan peta i-Think.
Kaedah Pentaksiran :
1) Lisan
Murid memberi contoh haiwan mengikut
kumpulan.
2) Penulisan
Murid membina peta i-Think mengikut ciri
khusus haiwan.
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Tugasan Pembelajaran: (Task) Bukti (Evidence) / Instrumen :
Murid dapat menghasilkan projek diodrama .
Kaedah Pentaksiran: 1) Projek/Hasil karya/ Diodrama
1) Pemerhatian. 2) Senarai Semak Pemerhatian
3) Hasil Penulisan Laporan Projek
i. Murid diminta menghasilkan lakaran latar
belakang dan dinding diodrama.
ii. Murid dikehendaki menggunakan elemen-
elemen seperti bahasa seni, teknik gabungan
model dan catan.
2) Lisan
i. Aktiviti soal jawab
tentang penggunaan bahan dalam
penghasilan diorama.
3) Penulisan
Laporan projek
Tugasan Pembelajaran: (Task) MATEMATIK
Murid dapat mencari isipadu kuboid. Bukti: Evidence/ Instrumen
Kaedah Pentaksiran: 1) Lembaran kerja (Pengiraan)
1) Lisan
Aktiviti soal jawab rumus isipadu.
4
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RANGIN, Modul 6
25150 KUANTAN, PAHANG. (CBA4093)
2) Penulisan:
Murid melakukan latihan pengiraan
menggunakan rumus:
PANJANG X LEBAR X TINGGI = ISIPADU
Tugasan Pembelajaran: (Task) BAHASA MELAYU
Bukti: Evidence/ Instrumen
Murid dapat menjelaskan dan membanding beza 1) Peta i-Think
maklumat tentang haiwan vertebrata dan 2) Gambar aktiviti
invertebrata.menggunakan peta i-Think. 3) Senarai semak
Kaedah Pentaksiran:
1) Pemerhatian:
Guru mengambil gambar sepanjang aktiviti
pembelajaran dalam membina idea utama
berkaitan topik yang diberi.
2) Lisan
Murid bersoal jawab dalam kumpulan untuk
menjelaskan dan membanding beza
maklumat tentang haiwan vertebrata dan
invertebrata.
3) Penulisan
Murid membina peta i-Think tentang
perbezaan haiwan vertebrata dan
invertebrata.
Peringkat 3 : Pelan Pembelajaran (Pedagogi)
SAINS
Aktiviti Pembelajaran :
1) Guru memberi penerangan penerangan tentang 5 jenis kumpulan haiwan. (Where)
2) Guru memberi contoh haiwan mengikut kumpulan. (Equip)
3) Murid menghasilkan peta i-Think berdasarkan ciri-ciri khusus haiwan. (Hook)
5
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RANGIN, Modul 6
25150 KUANTAN, PAHANG. (CBA4093)
4) Murid bertukar jawapan dengan kumpulan lain. (Rethink)
5) Guru menayangkan jawapan yang betul. (Tailored)
6) Murid membuat pembentangan peta i-Think mereka. (Organized)
7) Murid diberi peluang untuk melaksanakan pentaksiran rakan sebaya terhadap pembentangan hasil projek
yang dikongsikan. (Evaluate)
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Aktiviti Pembelajaran :
1) Murid menonton video tentang proses penghasilan karya diorama dalam Youtube yang telah dimuatnaik
dalam GC/WA/. (Hook)
2) Guru menjelaskan matlamat dan tujuan projek serta proses penghasilan karya dengan menggunakan bahasa
seni dalam platform yang sama. (Where)
3) Guru memilih aktiviti pembelajaran yang pelbagai samada dalam talian/luar talian bagi membantu murid
menguasai standard kandungan dan kemahiran. (Equip)
4) Guru menyediakan aktiviti pembelajaran melalui pelbagai sumber dan pendekatan yang sesuai dengan
murid pelbagai tahap kesediaan supaya tiada murid tercicir semasa PdPR. (Tailored)
5) Guru merancang garis masa projek dan memberi masa yang fleksibel kepada murid untuk menyiapkan
projek dan memberi ruang dan peluang untuk murid menggunakan pelbagai sumber dalam penghasilan
diorama. (Organized)
6) Murid mendapatkan maklumbalas guru tentang proses penghasilan projek melalui GC/Watsp/Video Call
untuk menambahbaik projek. (Rethink)
7) Murid membuat penilaian kendiri dan refleksi tentang hasil projek. Hasil projek murid juga di nilai
berdasarkan persembahan yang dimuatnaik dalam talian/luar talian. Rubrik pentaksiran projek akan diberi
dalam bentuk maklumbalas yang diemailkan kepada ibu bapa. (Evaluate)
MATEMATIK
1) Guru memberi penerangan mengenai objek 3D yang melibatkan isipadu dalam pelbagai kaedah. Murid
bersoal jawab bersama guru mengenai pengetahuan dan kemahiran berkaitan tajuk yang diajar. (Where)
2) Guru memberi contoh bentuk 3D seperti bentuk kuboid dan murid mengakses maklumat dari pelbagai
sumber dan kemudahan digital mengenai bentuk 3D. (Equip)
3) Murid mencari isipadu bentuk kuboid berdasarkan rumus isipadu (Hook)
4) Murid sentiasa bersoal jawab dan bertukar pendapat bersama kumpulan lain. (Rethink)
5) Murid diberi peluang dan ruang bagi memastikan murid mendapat bentuk kuboid yang berbeza supaya idea
dan pendapat yang pelbagai dapat dicapai oleh murid. (Tailored)
6) Murid diberi tempoh masa yang lebih fleksibel untuk mencari ukuran isi padu dalam menghasilkan pelan
6
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RANGIN, Modul 6
25150 KUANTAN, PAHANG. (CBA4093)
kawasan menggunakan bentuk 3D kuboid. (Organized)
7) Murid diberi peluang untuk menilai pembentangan hasil projek secara pentaksiran kendiri dan pentaksiran
rakan sebaya selain pentaksiran guru untuk tujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan. (Evaluate)
BAHASA MELAYU
Aktiviti Pembelajaran :
1) Guru memberi penerangan tentang kemahiran berkomunikasi dan menulis ayat menggunakan bahasa yang
santun berdasarkan projek yang diberi. (Where)
2) Murid berbincang menggunakan pelbagai medium komunikasi mengikut kumpulan masing-masing untuk
mendapatkan sumber dan maklumat projek secara terperinci. (Equip)
3) Murid menghasilkan peta I-Think menggunakan grafik yang digemari mengikut kreativiti dan idea
masing-masing. (Hook)
4) Murid sentiasa berhubung dengan guru untuk mendapatkan bimbingan secara khusus terhadap projek yang
dihasilkan supaya dapat menyemak kefahaman dan membuat pembetulan sekiranya perlu.(Rethink)
5) Guru menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran untuk mentaksir pengetahuan dan kemahiran murid
dengan mengenal pasti kemampuan, keupayaan dan potensi setiap murid terhadap perkembangan
pembelajaran yang telah dilaksanakan. (Tailored)
6) Murid diberi ruang untuk dilibatkan secara maksimum fokus pada pembelajaran secara optimum supaya
tiada murid yang tercicir dan berpeluang mengalami pembelajaran dengan fleksibel. (Organized)
7) Murid diberi peluang untuk melaksanakan pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya terhadap
pembentangan hasil projek yang dikongsikan menggunakan pelbagai kaedah PdPR iaitu sama ada secara
dalam talian/luar talian/off-site. (Evaluate)
7