KELAB
SK BUKIT RANGIN
JALAN BYPASS KUANTAN, 25051
KUANTAN PAHANG.
NAMA
QASEH DAMIA QASRINA BINTI NOR MOHAMAD
KELAS
5 AMMAR
SESI
2021
JATA NEGARA
Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah
diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Reka bentuk Jata
Negara telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan enam warna. Jata
Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri dan kerajaan
Persekutuan yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan.
Bintang bersama-sama anak bulan pula sebagai lambang Agama Islam yang diangkat
sebagai agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris pula sebagai lambang Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Bahagian sebelah kiri perisai yang berimej pokok pinang menandakan negeri Pulau Pinang
dan bahagian sebelah kanan yang berimej dengan pokok Melaka mewakili negeri Melaka.
Kedua-dua buah negeri tersebut adalah sebahagian daripada Negeri-negeri Selat suatu
ketika dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya di bahagian tengah yang berwarna
merah, hitam, putih dan kuning itu, warna-warna hitam dan putih mewakili warna Pahang;
merah dan kuning mewakili warna Selangor; hitam, putih dan kuning mewakili warna Perak;
dan merah, hitam dan kuning mewakili warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini
adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Dua ekor harimau juga merupakan
simbol keberanian, kegagahan dan kekuatan. Tiga bahagian di sebelah bawah itu
menandakan negeri
Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah bunga raya
yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia. Cogan “Bersekutu Bertambah Mutu” ditulis
dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada
awan-awan adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
BENDERA MALAYSIA
Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan
bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk
mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang
kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga dikenali
sebagai panji dan obor. Bendera dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan
kedudukan golongan Diraja yang memerintah.
Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah
di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini
menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan iaitu Kedah,
Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak,
Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya).
Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa
makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna
Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu merah,
putih dan biru melambangkan setia kawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom
dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel.
Sejarah Bendera Malaysia
Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan
Persekutuan telah mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk memilih reka
bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk. Dalam pertandingan mereka cipta
bendera peringkat kebangsaan pada Mei 1948 tersebut, seramai 373 karyawan telah
mengambil bahagian dan telah melalui proses pemilihan serta pertimbangan. Pada 15
November 1949 hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir dan ciptaan
Encik Mohamed bin Hamzah (arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih sebagai
pemenang. Walau bagaimanapun reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa
pindaan iaitu bulan sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih digantikan dengan
warna kuning bagi melambangkan warna Diraja dan telah diperkenankan oleh Mesyuarat
Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950,
Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh
Pemangku Ketua Setiausaha Negara. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat
kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Sehubungan dengan itu, buat pertama kalinya
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor
dengan dihadiri oleh DYMM Raja- Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI pada
26 Mei 1950. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan berkibar secara
rasmi pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring dengan berkumandangnya lagu
Negaraku yang buat kali pertama diperdengarkan kepada umum. Bendera Persekutuan
Tanah Melayu yang sebelum ini berjumlah 11 jalur melintang berwarna merah dan putih
telah bertambah jalurnya kepada 14 jalur sebaik sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan
Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Bendera ini dikenali
sebagai bendera Malaysia. Penambahan jalur ini adalah bagi mewakili tiga negeri tersebut.
Walaupun Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada Ogos 1965, jumlah jalur pada bendera
Malaysia masih kekal termasuk ciri-ciri yang ada padanya. Setelah berkibar megah sejak
tahun 1950, pada malam 31 Ogos 1997 sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara,
Tun Dr. Mahathir Mohammad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah
mengukir sejarah dengan mengumumkan nama baharu bagi bendera Malaysia iaitu sebagai
Jalur Gemilang. Susunan Keutamaan Bendera Susunan keutamaan bendera Malaysia dan
negeri-negeri ditentukan mengikut susunan keutamaan DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT
Yang di-Pertua Negeri seperti yang termaktub dalam Perkara 70, Perlembagaan
Persekutuan, Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri. Selaras dengan perlantikan Ke
bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan sebagai Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong XV pada 13 Disember 2016, kedudukan Susunan
Kekananan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-
Raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di- ertua-Yang di-Pertua Negeri, maka susunan
keutamaan bendera yang diperuntukan di bawah Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 bagi
bendera Malaysia dan negeri-negeri adalah berubah seperti berikut:
BENDERA : WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih dan
biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah bendera.
Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang melambangkan warna
Jalur Gemilang membawa makna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di
dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi
dan bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan
bersatu dalam Persekutuan Malaysia.
Merah melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah
Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.
Putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan
katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.
Biru melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur
hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang berasaskan sains
dan teknologi.
Kuning melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan
menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.
Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja
Berperlembagaan yang terletak di tengah-tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur merah,
putih dan biru menampakkan kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-
lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.
BENDERA : WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Bendera baharu bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua warna utama
iaitu biru dan kuning. Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan rakyat
Malaysia yang berbilang bangsa. Manakala warna kuning bendera adalah warna Diraja
bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu. Logo Persekutuan melambangkan
Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara yang baru dengan
kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era globalisasi dan matlamat
menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
BENDERA : WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Bendera ini berteraskan konsep dan warna Jalur Gemilang yang berjalur putih dan merah,
warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak
dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur merupakan Ibu Negara Malaysia dan juga
Wilayah Persekutuan.
14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di
Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran
Kerajaan Persekutuan.
Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi.
Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan Pentadbiran.
Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.
Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam
menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik
dan berprogresif.
Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.
Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam
taman bercahaya.
Wilayah Persekutuan memiliki bendera rasminya. Bendera ini telah mula digunakan pada 23
Mei 2006 bagi semua acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan
iaitu; Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Bagaimanapun, bendera-bendera milik setiap
wilayah masih digunakan dalam acara-acara tertentu yang melibatkan Wilayah Persekutuan
yang berkenaan.
Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, buat pertama kalinya; Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya disatukan ke dalam kontinjen tunggal Wilayah Persekutuan dengan
menggunakan bendera yang baharu.
BENDERA : WILAYAH PERSEKUTUAN
Ciri-ciri bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Jalur Gemilang yang
melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat
Malaysia.
Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan
kedaulatan;
Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan
kebenaran; dan
Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan
bertenaga.
Jata Negara pula melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting
yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara.
Tiga bintang di bawah Jata Negara membawa maksud tiga Wilayah Persekutuan
terpenting iaitu; Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaungn dan
mendokong Wilayah Persekutuan.
BENDERA NEGERI SELANGOR
Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah iaitu
unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang
pula ialah meambangkan Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri dan kesucian Agama
Islam ditunjukkan dengan warna putih.
Maksud Jata Negeri Selangor
Tulisan khat "Selangor" di bahagian atas dicipta dengan Lembing Sembuana di tengah-
tengah membentuk puncak dan diapit oleh Keris Panjang Beruk Berayun di sebelah kiri
manakala di sebelah kanan ialah Keris Terapang Gabus. Lembing dan kedua-dua keris
merupakan di antara Alat-alat Kebesaran Negeri Selangor. Bulan Sabit dan Bintang Berbucu
Lima berwarna kuning diterapkan pada lakaran tersebut. Tulisan khat "Dipelihara Allah"
adalah Cogan Kata Negeri Selangor ditulis di bahagian bawah lakaran. Bengkung di bawah
Cogan Kata merupakan pengikat Jata Negeri yang juga digunakan sebagai pengikat
pinggang pahlawan-pahlawan zaman dahulu. Di bawahnya adalah Tali Batung yang
merupakan salah satu senjata zaman dahulu. Reben kuning dengan tulisan "Selangor"
merupakan dasar kepada rekabentuk lakaran keseluruhan Jata Negeri.
BENDERA JOHOR
Bendera Johor telah diisytiharkan sebagai bendera negeri Johor. Bulan sabit dan bintang
putih itu melambangkan Raja berdaulat. Merah melambangkan hulubalang yang
mempertahankan Johor. Biru tua melambangkan kerajaan negeri.Bendera ini telah
digunapakai sejak penubuhan Kesultanan Johor Moden dan direka sepenuhnya oleh Sultan
Sir Abu Bakar pada tahun 1871
JATA JOHOR
Mahkota tanda kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Empat bintang di sudut perisai
putih itu menandakan empat jajahan asal negeri iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan
Endau.
Sementara bintang dan anak bulan di tengah pula melambangkan agama Islam. Dua ekor
harimau melambangkan keberanian dan kekuatan.
Lukisan yang berbunga-bunga disebelah bawah perisai maksudnya gambir dan lada hitam,
dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
Cogan bagi negeri Johor dalam tulisan Jawi adalah “Kepada Allah Berserah”.
BENDERA PERLIS
Bendera Negeri Perlis terdiri daripada gabungan dua buah warna. Pada jalur atas bendera
menonjolkan warna kuning dan pada jalur bawah bendera menonjolkan warna biru. Di
Nusantara, warna kuning adalah warna tradisional untuk raja-raja. Jadi, jalur berwarna
kuning mengambarkan simbol pemerintahan beraja yang terdapat di Perlis, manakala jalur
berwarna biru pula mengambarkan simbol rakyat jelata. Paduan warna ini menunjukkan
hubungan erat antara "Raja dengan Rakyat".
Paduan warna bendera negeri Perlis bertentangan dengan paduan warna bendera negara
Ukraine kerana jalur atas pada bendera Ukraine berwarna biru muda.
Lambang Negeri Perlis.
Lambang Negeri Perlis mempunyai lingkaran padi, perisai dan tulisan Jawi yang bertulis
"Negeri Perlis". Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan
utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan
kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu
kerana kekayaan hasil padinya.
BENDERA NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
Bendera negeri mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bahagian bawah.
Warna putih melambangkan kedaulatan dan pemerintahan negeri meliputi perkara-perkara
berkenaan adat resam, adat istiadat, undang-undang, tatasusila dan kuasa-kuasa seorang
Sultan yang memerintah negeri ini. Manakala, warna hitam adalah warna kebesaran
Bendahara pada masa lampau yang pernah memerintah negeri ini.
Jata negeri terdiri daripada gabungan cogan, gading bersilang, cogan kata ‘Ya Latiff’ dan
skrol tertulis nama Negeri Pahang. Mata cogan yang berbentuk daun kopi adalah simbolik
kepada peristiwa kejayaan sewaktu etika n perancangan untuk mengambil alih
pemerintahan Kerajaan Pahang oleh Wan Ahmad (Sultan Ahmad) yang etika itu
dihidangkan air kopi. Gading gajah yang bersilang melambangkan kegagahan dan
keperwiraan negeri ini. Gading gajah juga melambangkan istiadat. Memberi erti negeri yang
mempunyai adat istiadat sempena gajah yang pada zaman dahulu digunakan sebagai
kenderaan dalam istiadat Diraja. Huruf jawi yang mengapit cogan tersebut adalah perkataan
‘Ya Latiff’ yang bermaksud ‘Allah Yang Maha Lembut’ ini merujuk kepada pemerintahan
Sultan yang berpaksikan kepada Agama Islam.
BENDERA KEDAH.
anak bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning yang tanda negeri ini beragama
Islam, dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah.
Merah adalah warna tradisional negeri Kedah yang turun-temurun dan juga melambangkan
kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam.
Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya.
Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan.
JATA
Jata Kedah.
Jambangan yang terdiri daripada lengkaran biji padi melambangkan komoditi pertanian
utama negeri – beras. Anak bulan sabit melambangkan Islam sementara perisai
melambangkan kekuasaan pemerintah. Perisai pula melambangkan kekuasaan.
BENDERA NEGERI PERAK
Bendera Negeri Perak mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga
jalur ini sama lebarnya.
Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
Darul Ridzuan.
Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul
Ridzuan.
Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak
Darul Ridzuan.
Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini
dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.
Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.
Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.
Bunga Padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.
BENDERA MELAKA
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru mencerminkan warna-warna yang terdapat pada
Bendera Persekutuan (Jalur Gemilang) dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah
negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan sabit dan bintang pecah lima itu pula ialah
tanda agama Islam,
Jata Melaka
Pelbagai warna (putih, kuning dan biru) yang terdapat pada lambang negeri ini adalah
warna-warna yang terdapat di Malaysia. Ia menunjukkan bahawa Melaka adalah
sebahagian dari Malaysia. Manakala 5 keris yang ada melambangkan 5 orang pahlawan
Melaka pada zaman silam yang terkenal dan berani: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu,
Hang Lekir dan Hang Kasturi. Bulan sabit dan bintang pecah lima yang terdapat di atas
tengah-tengahnya pula adalah simbol kepada Islam sebagai agama rasmi.
Di samping itu, terdapat pokok Melaka, pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. 2
ekor pelanduk yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua bagaimana
Melaka diasaskan. Dalam hikayat itu menceritakan bagaimana Parameswara menyaksikan
pergaduhan antara seekor pelanduk dengan seekor anjing semasa baginda sedang berehat
di bawah pokok melaka. Baginda berasa kagum dengan kekuatan dan kebijaksanaan rusa
yang kecil itu semasa berlawan dengan seekor anjing. Akhirnya baginda mengambil
keputusan untuk mendirikan tempat tinggal di situ dan menamakannya Melaka. Pelanduk
itulah yang telah menyebabkan Raja Melaka mengambil keputusan untuk menetap dalam
negeri ini dan membukanya
BENDERA SABAH
Bendera negeri Sabah versi terkini telah digunakan sejak 16 September 1988. Ia bersegi
panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah menjadi latar
belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu berwarna biru tua meliputi suku
bahagian bendera ini.
Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas
berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.
Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan
kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua
melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi
bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik
berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.
Jata Sabah
Jata atau mohor sabah versi terkini telah digunakan sejak 16 September 1988. Penerangan
reka bentuk jata seperti berikut:[1]
Sepasang tangan yang menjulang megah memegang Bendera Sabah menghiasi lencana ini
melambangkan semangat perpaduan erat dan kerjasama yang lama terjalin di kalangan
rakyat pelbagai kaum demi mencapai kemajuan dan kejayaan bagi negeri Sabah.
Sebarisan lima warna berlainan di bawah sepasang tangan tersebut merupakan lima
bahagian 'bahagian' yang terkandung dalam negeri Sabah.
Warna biru zirkon - melambangkan keamanan dan ketenteraman.
Warna biru salji - melambangkan perpaduan dan kemakmuran.
Warna biru nilakandi - melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
Warna putih - melambangkan kemurnian dan keadilan.
Warna merah cili - melambangkan keberanian dan keyakinan.
Lukisan grafik berbentuk bayangan Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri
Sabah. Di bahagian bawah jata ini, terdapat cogan kata negeri Sabah, iaitu "Sabah Maju
Jaya".
BENDERA PULAU PINANG
Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula
membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning
melambangkan kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat
namanya.
Jata Pulau Pinang
Pohon Pinang (Areca catechu) ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning
mengandungi gambar Jambatan Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat kebel
yang menegakkan tiang tersebut. Dua tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di
dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula
masyarakat. Empat kebel pula menggambarkan empat jenis keturunan rakyat di negeri ini,
iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima. Tiap-tiap satu warna
yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang
terdapat di Pulau Pinang.
BENDERA KELANTAN (1924-KINI).
Bendera Kelantan (1924-kini).
Bendera negeri Kelantan yang digunakan dari tahun 1912 hingga 1923. Sumber
worldstatesmen[1]
Bendera Kelantan yang berlatar belakang berwarna merah membawa maksud kejujuran
penduduk, rakyat, raja. Lambang kebesaran bewarna putih pula menandakan kesucian Raja
Negeri Kelantan.
Jata Kelantan
Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan Kelantan. Dua tombak dan dua keris maksudnya
kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda agama rasmi
yakni Islam.
Dua laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa bersedia untuk
mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri
ini di masa Che' Wan Kembang (Che'Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun
ke-14) yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas
dicap dengan gambar binatang itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan
Kelantan"
BENDERA NEGERI SEMBILAN
Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang
berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna
hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian
negeri ini.
Sembilan Tangkai Padi di dalam perisai bermaksud sembilan buah negeri dalam gabungan
Negeri Sembilan yang lama. Warna Merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan
pada masa lalu dengan British. Warna Hitam bermaksud Dato'-Dato' Undang Yang Empat
dan Tunku Besar Tampin. Warna kuning pula bermakna Yang Di-Pertuan Besar
manakala Bintang Pecah Sembilan menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan
yang sama. Pedang dan sarung di atas perisai memberi maksud Tanda Keadilan serta di
tengah jata antara pedang dan sarung terletak Changgai Putri tanda kebesaran Yang Di-
Pertuan Besar.
BENDERA TERENGGANU
Latar belakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M (Duli Yang Maha
Mulia) Sultan Terengganu. Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna
Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda.
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.
Jata Terengganu
Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan
Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri.
Manakala di sebelah kanannya ialah al-Quran melambangkan Agama Islam, agama rasmi
negeri. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali
menandakan Alatan Istiadat Kebesaran.
BENDERA SARAWAK
Bendera negeri Sarawak (sejak 1988) Kerajaan Sarawak sejak
Bendera negeri Sarawak adalah asas bendera bagi
pemerintahan Rajah Putih.
Seperti yang kita tahu, setiap negeri mempunyai jata negeri yang tersendiri.
Jata Negeri Sarawak
Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang", terbang tinggi dengan
aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi politik
pembangunan.
Lencana negeri ini juga boleh membezakan keungggulan Sarawak daripada negeri-negeri
lain di dunia.
Lencana Negeri berupa burung Kenyalang yang menggembangkan sayapnya dengan
perisai yang mempunyai bendera negeri di dadanya. Sayapnya mempunyai 13 butir bulu
yang melambangkan 13 buah negeri di Malaysia. Bunga raya merupakan bunga
kebangsaan Malaysia terletak di sebelah kanan dan kiri kaki burung. Burung Kenyalang ini
bertenggek di atas reben yang memaparkan cogan kata "Bersatu, Berusaha, Berbakti".
Lencana negeri ini dilancarkan dengan rasminya pada hari yang sama dengan Bendera
Negeri yang ada sekarang.