The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rosekhaleeda, 2020-09-29 06:31:34

Epistemologi Ilmu

Epistemologi Ilmu

FALSAFAH ILMU
USK 1042

EPISTEMOLOGI ILMU

Sumber Ilmu

Episteme bermakna pengetahuan.
Epistemologi – teori pengetahuan.

Epistemologi membincangkan dua
masalah pokok iaitu sumber ilmu
pengetahuan dan kebenaran ilmu
pengetahuan.

Sumber Ilmu

Ilmu pengetahuan didapati melalui empat
sumber iaitu pancaindera, akal,
intuisi/ilham dan wahyu

Setiap sumber mempunyai

perbahasannya yang tersendiri dan

memberi impak kepada tahap kebenaran,

klasifikasi dan hierarki ilmu.

PANCAINDERA

Pengetahuan pancaindera ialah semua pengetahuan
yang diperolehi manusia melalui kelima-lima
pancainderanya iaitu mata, hidung, perasaan (kulit),
telmg dan lidah. Pengetahuan ini disebut pengetahuan
empiris.

Pengetahuan empiris amat bergantung kepada
pengalaman dan pengamatan. Gejala-gejala alamiah
yang bersifat konkrit dan mempunyai ciri-ciri tertentu lagi
tetap dapat dinyatakan melalui tangkapan pancaindera
manusia.

Kaum empiris berpendapat bahawa pengetahuan
manusia bukan diperolehi melalui pemikiran rasional
yang abstrak namun ia adalah pengalaman yang
konkrit.

PANCAINDERA

Kebenaran yang diperolehi tidak semestinya selalu
betul dan tepat kerana keterbatasan daya indera
manusia.

Terdapat suatu ideologi ekstrim dalam memperjuangkan
kebenaran empiris (mazhab empirisisme). Antara
pelopor utama mazhab ini ialah David Hume, John
Locke, dan Roger Bacon.

Mereka berpendapat ilmu hanya datang dari fakta-fakta
alam yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir.
Keupayaan yang di luar batas pancaindera zahir
dianggap tidak bermakna dan bukan fakta. Justeru, ia
tidak termasuk dalam sumber ilmu atau bidang ilmu.

AKAL

Tidak dapat disangkal, akal merupakan antara
sumber pengetahuan.

Dengan akal manusia dapat membuat
pertimbangan antara baik dan buruk.

Dengan melakukan proses pemikiran yang betul
akan membuahkan pengetahuan yang benar
seperti logik deduktif dan induktif.

AKAL

Kelompok yang mengagung-agungkan
penggunaan akal yang dipanggil rasionalisme.
Aliran rasionalis banyak mempergunakan
kaedah deduktif dalam menyusun
pengetahuannya.

Bagi kelompok rasionalis, pengalaman indera
tidak membuahkan prinsip. Hanya dengan
mengetahui prinsip melalui pemikiran rasional,
kita dapat mengerti kejadian-kejadian yang
berlaku dalam persekitaran kita.

AKAL

Mazhab rasionalisme menumpukan penekanan
terhadap prinsip kekal yang boleh diketahui oleh
manusia.

Antara pendukung mazhab ini seperti Socrates,
Plato dan Descartes. Mereka tidak
menitikberatkan pengalaman manusia yang
konkrit dan kejadian alam tabii dalam usaha
untuk memahami hakikat kewujudan.

INTUISI / ILHAM

Intuisi adalah pengetahuan yang diperolehi tanpa
melalui proses penalaran (pemikiran). Contoh ;
seseorang yang sedang tertumpu pemikirannya
pada suatu masalah tiba-tiba mendapat jawapan
tanpa melalui proses berfikir yang berliku-liku.

Intuisi juga boleh berlaku dalam keadaan tidak
sepenuhnya sedar iaitu datang ketika tidak difikirkan
atau dikehendaki. Cth – seseorang yang
menangguhkan pemikirannya pada sesuatu masalah
kerana menemui jalan buntu, secara tiba-tiba
mendapat jawapan yang lengkap. Tetapi dia tidak
dapat menjelaskan bagaimana jawapan tersebut tiba
kepadanya.

INTUISI / ILHAM

Intuisi bersifat personal, datang secara tiba-tiba dan
tidak boleh diramalkan. Ia mempunyai banyak nama
dan istilah yang pelbagai seperti basirah, kasyaf,
wujdan, ilmu ladunni dan lain-lain.

Al-Ghazali menyatakan bahawa ilham adalah
berupa cahaya yang datang kepada nurani, bersih
dan lembut. Ia adalah ilmu yang didapati tanpa jalan
mengkaji dan mencari dalil.

Perbezaan Antara Akal & Ilham

Akal Ilham
Akal rasional tertakluk kepada
kaedah induktif dan deduktif. Pengalaman langsung ke
dalam diri tanpa melalui kerja-
Pengetahuan akal rasional kerja akal.
bercorak objektif dan semua
orang dapat menyaksikannya. Pengetahuan bersifat subjektif
atau zan dan hanya terbatas
Pengetahuan akal rasional kepada yang mengalaminya
boleh digambarkan dengan sahaja.
perkataan dan boleh
diceritakan kepada orang lain. Tidak boleh diceritakan kepada
orang lain dan mungkin dirasai
oleh sesiapa selain daripada
individu yang mengalaminya.

Wahyu

Definisi
Bahasa :

1. Memberitahu dengan segera.

2. Segala yang disampaikan secara rahsia kepada
pihak lain supaya dapat diketahuinya.

3. Memberitahu atau percakapan mengenai sesuatu
secara tersembunyi seperti melalui ilham atau
isyarat.

Istilah :

1. Segala yang disampaikan Allah kepada nabi dan
rasulnya.

2. Perkhabaran dan berita daripada Allah samada
dalam bentuk sejarah, cerita, hukum-hakam,
peristiwa akan datang, perkara-perkara ghaibiyyat
seperti neraka, syurga, malaikat dan lain-lain.

3. Kalam Allah yang disampaikan kepada nabi dan
rasul secara tersembunyi dan rahsia serta segera
samada melalui perantaraan malaikat Jibril atau
secara langsung.

Ciri-Ciri Wahyu

Perkhabaran dengan cara ilham dan
mimpi tanpa perantaraan Jibril. Kisah
mimpi nabi Ibrahim menyembelih nabi
Ismail. (al-saafat : 37)

Wahyu di sebalik hijab. Perlantikan nabi
musa sebagai rasul ( surah Taha : 11-13)

Perantaraan Jibril berlaku dalam dua
keadaan ;- melihat jibril bentuk asli atau
menjelma sebagai manusia.

Nabi tidak melihat jibril, wahyu diterima dengan
bunyi gemercing loceng atau bunyi deruan
lebah.

Wahyu merupakan anugerah Allah, tidak boleh
diperolehi dengan usaha atau ikhtiar.

Wahyu bersifat ma’sum (terpelihara).

Kalam Allah yang benar dan suci adalah
hidayah dan petunjuk kepada semua makhluk.

Peranan Wahyu

1. Menjaga dan memelihara syariat Islam
dan petunjuk kepada manusia dan seluruh
alam.

2. Sebagai mukjizat kepada nabi S.A.W
3. Sebagai rujukan dan penyelesai masalah.

Ia adalah sumber rujukan ke atas
kebenaran pengetahuan rasional,
empirikal atau intuisi
4. Mengeluar kejahilan dan kegelapan
kepada iman

Hakikat Wahyu

Wahyu pengalaman yang diperolehi
golongan yang terkhusus.
Wahyu urusan Allah yang tidak boleh
difikirkan dan diusahakan.
Ia juga bukan pengalaman pancaindera
yang dapat difahami oleh akal
Wahyu merupakan pengalaman
kerohanian yang tidak dapat diketahui
hakikatnya.

Hubungan Antara Ilmu Wahyu dan Akal

Hubungan wahyu dengan akal sebagai
pembantu atau pemandu kepada akal.

Ia mengarahkan akal supaya mengikuti
perkara yang tidak mampu ditanggapinya,
khususnya persoalan ghaib dan sami’yyat
dan alam metafizik.

Rumusan

Wahyu berperanan untuk memberi
hidayah
Wahyu sesuatu yang mutlak, suci,
terpelihara.
Wahyu merupakan nur dan puncak
mencapai hakikat kebenaran.

Wahyu disampaikan melalui perantaraan
rasul.

Menjelaskan persoalan yang tidak dapat
difikirkan oleh akal.

Wahyu tidak dapat di ubah atau dipinda.

Wahyu tidak akan diturunkan lagi selapas
kewafatan rasul S.A.W.

Sekian,
Terima Kasih


Click to View FlipBook Version