MPU21032
ETIKA PENGHAYATAN DAN
PERADABAN
E-FOLIO : KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN
1
NAMA AHLI KUMPULAN
(KUMPULAN 1 DBS1B)
1. SITI ZULAIKHA BINTI HASANUDIN (23DBS20F2026)
2. SYAZA IZZATI BINTI NOR AZLANI (23DBS20F2008)
3. NURIZZAH IWANI BINTI ABDUL RAHIM (23DBS20F2022)
4. THULASI A/P MUNIANDY (23DBS20F2036)
5. INTAN NADHIRAH BINTI SAFARI (23DBS20F2006)
2
KEBUDAYAAN
1.0 PENGENALAN
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam
keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia
ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan
membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu
kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan
budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting
dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada
penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat
semenanjung. Kebanyakan kaum Cina
beragama Buddha, Taoisme atau Kristian,
berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih
dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada
populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam,
dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan
kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia,
tetapi Bahasa Inggeris digunakan untuk perniagaan.
Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah mendefinisikan
Budaya Malaysia menerusi "Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971",
yang menentukan apa yang dianggap budaya rasmi, mendasarkannya
kepada budaya Melayu dan mengintegrasikan pengaruh Islam. Bahasa
yang sangat dipengaruhi ini; hanya teks Melayu yang dianggap sebagai
teks budaya rasmi. Kawalan kerajaan ke atas media adalah kuat, dan
kebanyakan saluran media berkaitan dengan kerajaan dalam beberapa
cara.
Kebudayaan berperanan penting dalam proses pembangunan
negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam
usaha-usaha yang dijalankan kearah meningkatkan pembangunan
sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan
penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam
satu proses yang berterusan.
3
2.0 DEFINISI
Pada umumnya, istilah ‘kebudayaan’ sukar diberi takrif yang tepat
kerana kebudayaan itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas.
Malahan boleh dikatakan hampir setiap pengkaji cuba memberi definisi
kebudayaan mengikut tafsiran masing-masing. Perkataan ‘budaya’
berasal daripada bahasa Sanskrit, buddhayah iaitu kata jamak yang
berasal daripada perkataan buddhi yang membawa maksud budi dan
akal.
Perkataan culture dalam bahasa Inggeris diambil daripada bahasa
Latin, colore yang bererti mengolah dan mengerjakan. Berpandukan dua
definisi ini mungkin dirasakan belum memadai untuk memberi gambaran
yang jelas tentang maksud ‘kebudayaan’.
Dalam pengertian umum,’kebudayaan’ merupakan seluruh cara
hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia
yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui
proses pembelajaran. Mengikut takrif kamus dewan pula, ‘kebudayaan’
membawa maksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban
dan kemajuan.
3.0 CIRI-CIRI BUDAYA
Antara ciri-ciri kebudayaan masyarakat Malaysia adalah seperti :
➢ Merupakan suatu perkongsian antara masyarakat
➢ Diperolehi melalui proses pembelajaran
➢ Tidak dapat berpisah dengan Bahasa
➢ Wujud nilai-nilai tertentu
➢ Mengikut keadaan bentuk muka bumi
➢ Diwarisi secara turun-menurun
4.0 JENIS-JENIS KEBUDAYAAN
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kaum. Antara tiga kaum di
Malaysia adalah
➢ Melayu
➢ Cina
➢ India
4
4.1 KAUM MELAYU
PENGENALAN
Dari segi bahasa, bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu
adalah daripada kelompok bahasa Austronesia. Bahasa ini dibahagikan
kepada tiga jenis iaitu mengikut tiga kumpulan manusia berdasarkan
kedudukan geografi masing-masing. Tiga kumpulan tersebut adalah di
semenanjung dan Kepulauan Melayu yang meliputi Malaysia, Indonesia,
Filipina dan Madagascar, kedua Malenesia, dan kepulauan sekitarnya
serta ketiga Polinesia dan kepulauan sekitarnya. Bahasa yang
digunakan oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu. Sebelum
kedatangan barat, tulisan yang digunakan oleh orang Melayu ialah
tulisan jawi, iaitu pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Di Malaysia, penduduk pribumi terdiri daripada keturunan Minang,
Jawa, Aceh, Bugis dan lain-lain yang bertutur dalam Bahasa Melayu,
beragama Islam dan mengikut adat istiadat Melayu, semuanya dianggap
sebagai orang Melayu. Bahkan orang bukan pribumi yang berkahwin
dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai
orang Melayu.
Masyarakat Melayu di Malaysia mewakili jumlah penduduknya
yang tertinggi diikuti kaum Cina, India dan lain-lain. Justeru, kita akan
lihat dengan lebih mendalam mengenai adat budaya hidup masyarakat
kaum Melayu.
5
1)ADAT
Dari segi hukum adat, dua jenis adat yang menjadi amalan
penduduk Melayu di Tanah Melayu, iaitu adat Perpatih dan adat
Temenggung. Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri
Sembilan. Adat ini menekankan konsep demokrasi dan muafakat. Oleh
itu rajanya bukan berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga, pewarisan harta
pusaka diutamakan kepada anak perempuan. Adat Temenggung menjadi
amalan masyarakat Melayu seluruh Semenanjung kecuali Negeri
Sembilan. Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan
keutamaan kepada kaum lelaki. Selain itu, adat ini turut mendapat
pengaruh yang banyak daripada agama Islam.
Kedua, kaum melayu atau masyarakat
melayu terkenal dengan kesenian mereka. Antara
kesenian yang amat dikenali adalah wayang kulit.
Wayang Kulit merupakan persembahan bayangan
patung yang menggunakan bahasa Melayu-Siam
Selatan. Seni hiburan ini popular di Pantai Timur
serta mengandungi unsur dan pengaruh daripada
Hindu dan Islam.
2)PERAYAAN
Terdapat beberapa perayaan yang disambut oleh kaum Melayu
antaranya :
Pertama, terdapat pelbagai perayaan
keagamaan yang disambut oleh kaum Melayu
contohnya, perayaan Aidilfitri. Perayaan Aidilfitri
merupakan perayaan yang disambut setahun
sekali yang diraikan dalam bulan Syawal mengikut
kalender Islam. Perayaan ini diraikan sebagai hari
kemenangan dan hari kegembiraan setelah semua
umat islam berpuasa selama sebulan pada bulan
Ramadan mengikut kalendar Islam, iaitu bulan
sebelum bulan Syawal.
6
Kedua, Hari Raya Aidiladha dikenali
juga sebagai Hari Raya Korban dan Hari
Raya Haji yang merupakan perayaan
agama yang disambut oleh seluruh umat
Islam di dunia. Hari raya ini menandakan
berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat
haji di Mekah iaitu sehari selepas Jemaah
haji mengerjakan wukuf di Arafah. Orang-
orang Islam akan menyambutnya pada
tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun.
Gambar di atas menunjukkan umat islam
sedang mengerjakan ibadah haji
Selain itu, umat Islam akan
mengorbankan binatang bagi
mengenangkan kesanggupan Nabi
Ismail mengorbankan diri demi
ketaatan kepada Allah.
Gambar di atas menunjukkan penyembelihan
lembu pada Hari Raya Korban
Ketiga, Sambutan Maulidur Rasul yang
merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad
SAW. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan
Rabiulawal sempena keputeraan Nabi yang
jatuh pada Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah
bersamaan 20 April 571. Baginda merupakan
nabi terakhir yang diutus oleh Allah. Tapak
keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang
dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di
seluruh dunia akan mengadakan majlis
memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW
dengan mengadakan beberapa aktiviti seperti
perarakan, ceramah dan sebagainya.
7
3)PAKAIAN TRADISIONAL
PAKAIAN LELAKI : BAJU MELAYU PAKAIAN PEREMPUAN : BAJU KEBAYA
- Dipakai Ketika menyambut Hari Raya - Dipakai Ketika menyambut Hari Raya,
atau menghadiri majlis-majlis rasmi atau menghadiri majlis-majlis rasmi
tertentu seperti majlis perkahwinan. tertentu seperti majlis perkahwinan.
- Sampin turut dipakai supaya ianya - Biasanya baju ini dibuat dengan kain
tampak lebih cantik dan kemas. songket.
- Perhiasan yang sesuai seperti rantai,
dan kain selendang yang dikenakan
boleh menambah seri si pakai.
8
4)MAKANAN TRADISI KAUM MELAYU
Penduduk Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik yang lain telah
hidup bersama sejak beberapa generasi lalu. Pelbagai kaun yang
berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain,
menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum
terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah
dan Sawarak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik pribumi masing-
masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri. Hari ini,
kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih
50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang
Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan
kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan
Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu
pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu
mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan
budaya seni mereka yang sangat kaya.
1) NASI LEMAK
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan
Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk
kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi
menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan
semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum
melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng
dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi
lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.
This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-
9
2) LEMANG
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai.
Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada
pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah
direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan
tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang
diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar
dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh
ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.
This Photo by Unknown Author is licensed under CC
PENGAJARAN
Setiap kaum mestilah mempunyai peranan dan fungsi masing-masing
dalam pembangunan negara. Oleh itu,setiap kaum haruslah
bekerjasama dan meghargai peranan yang ada pada kaum-kaum lain.
Kepelbagaian etnik dan budaya hasil daripada kewujudan masyarakat
yang berbilang kaum di Malaysia telah menjadikan Malaysia sebuah
negara yang unik di mata dunia. Oleh itu, keunikan ini perlulah
dipelihara dengan baik untuk tatapan generasi akan datang dan pada
masa yang sama menjadi contoh kepada negara luar.
10
4.2 KAUM CINA
PENGENALAN
Hubungan antara Alam Melayu dengan Alam Cina telah bermula sejak
abad ke-4 (Wang 1991). Pada mula-mulanya, orang Cina datang ke
Alam Melayu untuk berniaga dan mempelajari agama. Bilangan mereka
yang bermigrasi menjadi signifikan pada abad ke-18, khasnya semasa
penjajahan British, untuk mencari rezeki. Ketika itu, mereka dianggap
sebagai sojourner atau hua-qiao, berbeza daripada yang menetap di
Alam Melayu sehingga hari ini. Dalam proses migrasi dan penetapan itu,
identifikasi mereka mengalami perubahan besar. Perubahan itu perlu
difahami demi kepentingan pembinaan bangsa dan perpaduan negara.
Sehubungan itu, banyak kajian tentang pengekalan dan perubahan
identiti orang Cina di Tanah Melayu telah dilakukan sarjana sains sosial
sejak tahun 1980-an. Dalam artikel ini, saya cuba mengulas secara
sosiologi kajian tentang identiti orang Cina di Malaysia. Kajian itu boleh
dibahagikan kepada jenis “author-oriented” dan “actor-oriented.”
SEJARAH KAUM CINA DI MALAYSIA
Cina telah wujud di Malaysia sejak sekian lamanya. Pasti ada sejarah
tentang bagaimana Cina wujud ni tanah Melayu. Ianya terbahagi kepada
dua gelombang.
Gelombang Pertama
Bangsa Han gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa
zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hubungan diplomatik antara kerajaan
Cina dan Melaka memuncak semasa dibawah pemerintahan Sultan
Mansur Shah dimana baginda berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh lalu
membawa bersama golongan bangsawan, pengikut-pengikut, dan hamba
dari negara Cina ke Melaka.[4] Kebanyakan daripada mereka terdiri
daripada berketurunan Fujian. Rombongan tersebut membawa
masuk Bangsa Han yang kemudiannya berkahwin dengan penduduk
tempatan lalu membentuk kumpulan masyarakat Peranakan. Makam
mereka boleh didapati di Bukit Cina. Kini, Keturunan keturunan
11
masyarakat ini kebanyakannya dari wilayah Fujian, dimana ia digelar
Baba (lelaki) dan Nyonya (perempuan).
Gelombang Kedua
Pada abad ke 19 dan ke 20, Bangsa Han berhijrah secara beramai-ramai
ke Tanah Melayu. Mereka dari selatan Cina terutamanya dari daerah
Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan Hainan. Mereka membentuk
penempatan di negeri Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja
sebagai buruh lombong dengan sokongan British. Selain itu, mereka juga
menetap di Negeri-Negeri Selat seperti Singapura dan Pulau Pinang.
Kebanyakan Bangsa Han mudah dijumpai di zon selatan dan juga pantai
Barat terutamanya negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.
Manakala, Bangsa Han merupakan kaum majoriti di Negeri-Negeri
Selat seperti Pulau Pinang dan Singapura.
Manakala di negeri Johor, Sultan Abu Bakar memperkenalkan
sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran
yang cekap dan berkesan. Dibawahnya, Johor menikmati
pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada
hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan
pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara
beramai-ramai. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai "Bapa
Johor Moden". Bangsa Han dibawa masuk melalui Sistem
Kangchu untuk bekerja sebagai buruh di ladang lada hitam dan gambir.
Melalui Sistem Kangchu, Bangsa Han digalakkan berpindah
dari Singapura dan menetap di Johor serta membuka ladang lada
hitam dan gambir di bawah pengawasan seorang Kangchu iaitu ketua
puak-puak Bangsa Han. Setiap Kangchu dipertanggungjawabkan untuk
mengawal, membayar sewa bagi kawasan yang dibuka serta
menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh Cina di bawah
pengelolaannya. Pada tahun 1860-an, seramai 15,000 Bangsa Han telah
dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu ini.
Pada akhir abad ke-19, pihak British telah memberikan galakan terhadap
kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana pihak British
memerlukan tenaga buruh yang ramai supaya dapat membantu
mengeluarkan bijih timah yang banyak untuk keperluan Revolusi
Perindustrian di Britain.
12
PERAYAAN KAUM CINA
1)TAHUN BARU CINA
Tahun Baru Cina adalah salah satu perayaan kaum Cina yang paling
popular di Malaysia. Setiap tahun, perayaan ini disambut meriah oleh
mereka yang berbangsa Cina selama 15 hari bagi meraikan kedatangan
tahun baru menurut calendar mereka. Pada malam Tahun Baru, semua
ahli keluarga akan berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesame
keluarga.
Kebiasaannya, sambutan Tahun Baru Cina ini memang sangat
sinonim dengan makanan seperti Yee Sang, Kuih Bulan dan Limau
Mandarin Pemberian angpau juga diberikan. Wang angpau akan
dimasukkan ke dalam sampul merah untuk diberikan kepada kanak-
kanak, remaja mahupun yang masih belum berkahwin.
13
2)PESTA TANGLUNG
Perayaan yang juga dipanggil Chap Goh Mei ini diadakan sebagai
penutup bagi perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Tanglung merupakan
malam pertama bulan purnama selepas Tahun Baru Cina. Pada malam
tersebut, tanglung berwarna-warni akan dinyalakan dan mercun akan
dibakar untuk memeriahkan lagi sambutan.
Menurut adat kaum Cina, tujuan mercun dibakar untuk menghalau
makhluk jahat yang kejam. Makhluk tersebut dikatakan akan takut
sekiranya mendengar bunyi bising yang dihasilkan oleh mercun.
Difahamkan, terdapat juga amalan melontar buah limau je dalam laut
atau sungai dengan doa untuk mendapatkan pasangan.
14
3)PERAYAAN KUIH BULAN
Sejarah perayaan kuih bulan dikatakan untuk menyambut kemenangan
orang Cina yang telah mengalahkan Mongol pada akhir pemerintahan
Dinasti Yuan zaman dulu kala. Perayaan ini juga dikaitkan dengan Chap
Goh Mei, namun ia adalah perayaan yang berbeza. Perayaan Kuih
Bulan disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 dalam calendar Cina.
Salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini sudah
semestinya kuih bulan itu sendiri. Kuih bulan biasanya dibuat daripada
adunan manis berinti kacang merah, biji Teratai dan kuning telur asin.
Terdapat juga tradisi mengatakan bahawa kuih bulan dibuat sebagai
persembahan kepada Dewa Dapur agar mulutnya terkunci selepas
memakan kuih bulan. Oleh itu, dia tidak akan dapat menyampaikan
laporan buruk kepada Maharaja Syurga.
15
4)PESTA PERAHU NAGA
Pesta ini juga dikenali dengan nama Dragon Boat Festival dan
kebiasaannya akan disambut pada hari kelima bulan kelima dalam
calendar Lunar. Ketika perayaan ini, Kaum Cina akan mengadakan
perlumbaan perahu naga dan memakan zongzi. Zongzi adalah sejenis
makanan tradisional Cina berbentuk tiga segi diperbuat daripada pulut.
Perayaan ini dikatakan menjadi symbol semangat dan
kebudayaan bangsa Cina. Diadakan pada setiap tahun, pelabagai
perahu beraneka warna yang dihiasi, kepala naga, ekor naga, dan
lukisan badan naga. Sepanjang perahu akan dapat disaksikan. Selain
itu, perayaan ini juga boleh mengeratkan hubungan baik sesama
mereka dan memupuk semangat berpasukan.
16
4.3 KAUM INDIA
PENGENALAN
Masyarakat india merupakan etnik ketiga yang terbesar di Malaysia
dan juga salah satu kaum yg telah menyumbang ke arah pembentukkan
sebuah masyarakat majmuk di negara ini. Seperti masyarakat
lain,masyarakat india juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan
masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.
SEJARAH KAUM INDIA DI MALAYSIA
Orang india Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yg berketurunan
daripada mereka yg berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan
British di Tanah Melayu.
Orang india telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yg lalu.
Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti Chitty Melaka
dan komuniti Mamak semasa kesultanan Melaka dan semasa
pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda.
Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan
tujuan perniagaan atau perdagangan.Pada tahun 2005,oran India
merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia
(sekitar 1.8 juta rakyat).
17
1)PERKAHWINAN
Thirumanam merupakan penyatuan atau perikatan suci melalui
perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir
hayat. Terdapat 3 jenis perkahwinan dalam masyarakat india iaitu vaitikat
thirumanam, tamil thirumanam, dan diya thirumanam yang mana
perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.
Antara adat yg dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu
termasuklah menyerah sebiji kelapa yg dilubangkan di bahagian atasnya,
menuang air susu kedalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki kedua
ibu bapa (basuh kaki ibu bapa, beri hadiah dhoti(bapa mertua) serta sari
(ibu mertua) dan wang. Biasanya, pasangan pengantin akan bertukar-
tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu
bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan
pasangan ni secara rasmi telah menjadi suami isteri.
18
2)UPACARA KEMATIAN
Thali vangutal adalah upacara menanggalkan thali semasa berlakunnya
sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thali iaitu rantai suci
perkahwinan hanya boleh ditanggalkan oleh isteri setelah suaminya
meningal dunia.
Setelah dimandi dan dihiasi cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam
keranda. Pada masa yg sama lagu-lagu suci akan dimainkan. Saudara
mara akan beri penghormatan yg terakhir kepada si mati dan mendoakan
agar roh si mati akan tenang. Pada masa yg sama, ucapan tenna
adudaiya shinaneeporti disebut beberapa kali akan dimainkan sebagai
menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli- ahli
keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak 3 kali
sebagai tanda penghormatan.
19
3)PERAYAAN
a)DEEPAVALI
Bagi perayaan Deepavali, penganut hindu akan mandi minyak yg
melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara
penyucian yg melambangkan permulaan yg baru, penganut Hindu akan
mengunjungi kuil.
b)THAIPUSAM
Bagi perayaan Thaipusam pula, ia
merupakan perayaan untuk hapuskan dosa-dosa
yg telah dilakukan di atas muka bumi. Tapi
taksemua penganut Hindu melakukan Nazar.
Nazar ini membawa maksud memohon sesuatu
hajat kepada dewa Muruga dan jika permohonan
dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan
sebagai tanda kesyukuran.
c)PONGGAL
Bagi ponggal pula, perayaan ini diraikan
secara beramai-ramai, dengan memasak
menggunakan periuk yg kebanyaknnya
diperbuat daripada tanah liat, bertujuan untuk
menandakan masa mereka menuai hasil
tanaman. Ia membawa mesej muhibah dan
persaudaraan kepada mereka yg dah lama
terpisah.
20
TARIAN KLASIK MASYARAKAT INDIA
Tarian Bharata Natyam
Merupakan Gaya tarian klasik yang penuh
dengan tradisi. Tarian klasik tersebut, perlu
mengambil masa bertahun-tahun untuk betul-
betul menguasai (pergerakan tangan, kaki &
mata). Tarian Bharata Natyam berasal dari
wilayah Tamil Naidu di India.
ALAT KLASIK MUZIK MASYARAKAT INDIA
21
MAKANAN TRADISI MASYARAKAT INDIA
Masakan India dicirikan oleh kegunaan pelbagai rempah, herba dan
sayur-sayuran lain ditumbuh di India dan juga untuk amalan tersebar
vegetarianisme di sepanjang banyak bahagian masyarakat. Setiap
keluarga masakan India dicirikan oleh suatu campuran luas teknik
hidangan dan masakan. Sebagai suatu akibat, ia berlainan dari rantau ke
rantau, mencerminkan demografi berlainan dari subbenua India yang
secara etnik berpelbagai.
Kepercayaan agama dan budaya India telah memainkan suatu
peranan berpengaruh dalam evolusi masakannya. Meskipun, masakan di
sepanjang India juga timbul oleh kerana interaksi kebudayaan skala besar
subbenua dengan Parsi yang berjiran, Greece kuno, Mongol dan Asia
Barat, membuatnya suatu pemaduan unik dari pelbagai masakan di
sepanjang Asia.
Perdagangan rempah di antara India dan Eropah sering dipetik
sebagai suatu mangkin untuk Zaman Penjelajahan Eropah. zaman
penjajah memperkenalkan gaya masakan Eropah ke India menambahkan
pada kelenturan dan kepelbagaian masakan India.Masakan India telah
mempunyai suatu pengaruh luar biasa pada masakan di sepanjang dunia,
khususnya dari Asia Tenggara.
MURUKU TOSAI
22
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA
PAKAIAN PEREMPUAN
ETNIK TELEGU ETNIK TAMIL
Sari merupakan pakaian tenunan khas
yang dipakai oleh semua kalangan orang
India. Sari diubahsuai untuk menjadi
pakaian kepada golongan kanak-kanak dan
remaja. Sari juga dipakai mengikut
kehendak dan ia dapat menunjukkan
kumpulan keturunan seseorang wanita
India. Berikut adalah beberapa contoh
dalam cara pemakaian india bagi
perempuan.
ETNIK BRAHMIN
23
PAKAIAN LELAKI
Dhoti merupakan pakaian tradisional orang lelaki dalam kaum India.
Dhoti juga merupakan hasil tenunan yang ditenun menggunakan
benang kapas ( Cotton ) dan ada juga dhoti yang ditenun khas dengan
benang silk. Pemakaian dhoti juga mempunyai pelbagai cara. Gambar
diatas adalah beberapa contoh pemakaian dhoti.
24
PERPADUAN
MALAYSIA kaya dengan kepelbagaian budaya, bahasa, adat resam dan
agama. Masyarakat luar sering memandang Malaysia sebagai negara
model perpaduan atas keharmonian dan kesejahteraan rakyatnya yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Silang budaya
berlaku apabila dua atau lebih individu daripada latar belakang berbeza
berinteraksi.
Perbezaan latar belakang ini mencukupi budaya luaran yang
ketara seperti pakaian, rupa, bahasa, adat resam, makanan dan tempat
tinggal. Manakala budaya dalaman yang tidak ketara adalah seperti
pengetahuan, kepercayaan, moral dan nilai hidup. Apabila perbezaan
budaya ini difahami, ia akan melahirkan hubungan yang positif dan
harmoni.
25
PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan perpaduan berasal
daripada kata akar “padu”, iaitu yang bererti bergantung, bersatu,
bercampur untuk menjadi satu, kukuh dan utuh, bermuafakat dan
berunding dengan bersungguh-sungguh. Perpaduan dalam konteks
wacana ini membawa maksud rakyat Malaysia yang berbilang kaum
mestilah bersatu hati dalam pelbagai perkara bagi menyelesaikan
masalah, bermuafakat dalam semua hal, bekerjasama antara satu
sama lain dan berunding untuk bersatu agar menjadi satu bangsa
yang kuat.
Perpaduan juga merujuk kepada penyatuan kepelbagaian etnik
dalam sesebuah negara bertepatan dengan slogan unity in diversity
(perpaduan dalam kepelbagaian) serta mengiktiraf kewujudan
kepelbagaian (Shaharuddin Badaruddin 2007). Perpaduan adalah asas
kepada pembinaan negara bangsa dan harus dipupuk amalannya
dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Konsep 1Malaysia
merupakan salah satu gagasan yang dicetuskan Perdana Menteri,
Dato‟ Sri Mohd Najib Tun Razak bagi memupuk perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.Gagasan ini
merupakan satu formula bagi membantu merealisasikan impian
negara untuk mencapai Wawasan 2020 dalam suasana
kepelbagaian yang harmoni dan stabil. Antara nilai yang ditekankan
dalam gagasan ini ialah sikap penerimaan dalam kalangan pelbagai
etnik terhadap etik yang lain. Sikap penerimaan yang ingin diwujudkan
merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi bagi membolehkan setiap
keunikan pelbagai etnik saling dikongsi, dihormati dan diterima sebagai
lambang identiti kebangsaan.
Perpaduan masyarakat juga diibaratkan sebagai tiang
kemakmuran dan kedamaian negara di samping menyumbang
kepada keamanan dan kestabilan. Sekiranya kepelbagaian menjadi
punca percanggahan dan pertelagahan, suasana damai yang
diimpikan dilihat sukar untuk dikekalkan sekiranya setiap etnik
bersifat etnosentrik. Situasi ini pernah termaktub dalam sejarah
negara apabila meletusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang
menyebabkan hubungan etnik di Malaysia berada dalam keadaan yang
begitu genting dan tegang. Suasana kucar-kacir, pertumpahan darah,
keganasan dan kematian amat membimbangkan terutamanya bagi
mereka yang pernah melalui sendiri detik tersebut
26
Salah satu formula mencegah ketegangan hubungan etnik masa
kini ialah kembali kepada memahami dan menerima Kontrak Sosial.
Pada umumnya, Kontrak Sosial adalah persetujuan bersama antara
kaum-kaum yang berbeza di Tanah Melayu untuk saling menerima,
memahami, menghormati dan bertolak ansur mengenai status quo
masing-masing dalam usaha mewujudkan perpaduan ke arah
kemerdekaan. Ianya adalah semangat dalaman yang tidak semata-
mata dihujahkan melalui sudut pandang perundangan dan
perbincangan ilmiah, tetapi juga nilai dan sentimen sejarah
negara.Sejarah adalah pengajaran.Ungkapan seorang ahli falsafah,
George Santayana, “Those who forget history are doomed to repeat it”
amat relevan dan signifikan dalam perbincangan mengenai sisi hitam
sejarah negara dan pengajarannya.Pengetahuan sejarah khususnya
punca berkaitan peristiwa 13 Mei 1969 berupaya mencegah
masyarakat daripada mengulangi kesilapan tersebut.Melalui sejarah
juga masyarakat dapat mengetahui dan memahami latar belakang
negara ini dan sentiasa mengambil iktibar daripada peristiwa yang
pernah terjadi.
27
PERTAHANKAN PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
Menghargai kepelbagaian budaya dan saling menghormati
perbezaan agama ialah dua perkara yang sangat penting dalam
mencapai keharmonian hidup dalam bermasyarakat. Hal ini demikian
kerana menghormati budaya dan perbezaan agama merupakan kunci
utama ke arah melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni dan
bersatu padu.
Kepelbagaian rakyat Malaysia dari segi budaya dan agama telah
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sangat unik. Rakyat
diberikan kebebasan mutlak dalam mengamalkan ajaran agama dan
kepercayaan masing-masing tanpa sebarang kekangan, batasan
mahupun halangan walaupun agama Islam diisytiharkan agama rasmi
negara kita. Hak dan kebebasan ini turut termaktub dalam
perlembagaan dan menjadi asas untuk memelihara perpaduan dan
keharmonian rakyat Malaysia.
Selain itu, perayaan setiap agama juga disambut secara besar-
besaran. Malah ada negeri yang memberikan cuti umum untuk
menyambut perayaan-perayaan tersebut. Hal ini jelas membuktikan
masyarakat Malaysia telah hidup dalam keadaan yang harmoni dengan
berpegang kuat kepada sifat toleransi yang tinggi dan setiap kaum juga
menunjukkan sikap saling menghormati antara satu sama lain. Sifat
terpuji sebeginilah yang telah menjadi tunjang kepada kemajuan kita
sebagai sebuah bangsa yang berjaya.
Di samping itu, pemimpin luar turut mengakui dan mengiktiraf
keunikan yang ada pada Malaysia sehingga melabel Malaysia sebagai
model negara membangun. Pengiktirafan ini adalah berdasarkan
penilaian mereka terhadap tiga perkara asas dan utama yang dimiliki
oleh Malaysia iaitu kesuburan sistem demokrasi, mempunyai kerajaan
yang efektif dan pembangunan ekonomi yang baik. Ketiga-tiga perkara
ini perlu dimantapkan supaya sejajar dengan kehendak rakyat yang
cintakan keamanan dan kesejahteraan.
Oleh itu, bukan mudah untuk mempertahankan warisan turun
temurun ini. Malahan terlalu banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa
kita harungi dalam mempertahankan perpaduan dan keharmonian kaum
tersebut. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita termasuklah
generasi hari ini untuk mempertahankan keunikan tersebut dengan terus
28
menyuburkan rasa saling menghormati dan memahami budaya dan
kepercayaan semua kaum di Malaysia.
Rumusan
Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka kita harus
mempunyai pendirian sendiri yang teguh yang tidak boleh diganggu.
Setiap masalah dengan negara luar hendaklah diatasi dengan cermat,
bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak
berselerak.
Malaysia sehingga kini alhamdulillah, masih aman lagi jika
dibandingkan dengan negara-negara jiran yang lain. Hanya dengan
kestabilan politik negara, barulah kejayaan dalam bidang lain dapat kita
bina dan jalinkan. Negara yang aman damai lebih mudah menarik minat
negara asing mengkaji ketamadunan budaya bangsanya.
Kesusasteraan merupakan salah satu bidang yang boleh diketengahkan
sebagai alat bagi menjalinkan hubungan kebudayaan dan keilmuan
dengan negara luar.
Dengan itu , masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama
dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam
usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta
memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten.
29
DISEDIAKAN OLEH :
1. SITI ZULAIKHA BT HASANUDIN (m/s 3 – 4)
2. SYAZA IZZATI BT NOR AZLANI (m/s 5 – 10)
3. NURIZZAH IWANI BT ABDUL RAHIM (m/s 11 – 16)
4. THULASI A/P MUNIANDY (m/s 17 – 24)
5. INTAN NADHIRAH BT SAFARI (m/s 25 – 29)
30