The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arolfest, 2022-10-31 01:56:49

TUGASAN 3 REFLEKSI SJHK3073

TUGASAN 3 REFLEKSI SJHK3073

TUGASAN 3

SJHK3073

Refleksi Keberkesanan
Sumber Pengajaran
dan Pembelajaran
Sejarah

DISEDIAKAN OLEH
FLORA SENTINA ANAK KUYOL

PISMP BMMB1 JUN 2021

REFLEKSI

Saya telah menjalani Pengalaman Berdasarkan pemerhatian saya, guru-
Berasaskan Sekolah (PBS) pada 11 guru telah menggunakan pelbagai
Oktober sehingga 14 Oktober (1 Minggu) sumber yang mampu menarik perhatian
di Sekolah Kebangsaan Saint Rita (M), dan minat murid di dalam kelas.
Sibu, Sarawak. Selama menjalani PBS di Perkara ini jelas terbukti daripada
sana, saya telah melakukan pemerhatian penglibatan murid yang aktif semasa
dan tinjauan berkaitan dengan kursus sesi pengajaran dan pembelajaran.
sumber pengajaran dan pembelajaran Menurut Dr. Syed Ismail Syed Mustapa
Sejarah yang diguna pakai oleh guru-guru et al. (2017), sumber adalah bahan atau
di Sk. St. Rita. Terdapat pelbagai sumber alat mengajar untuk memenuhi objektif
pengajaran dan pembelajaran Sejarah pengajaran dan pembelajaran dengan
yang telah digunakan oleh guru-guru efektif. Antaranya ialah sumber bahan
Sejarah. Walau bagaimanapun, terdapat bercetak iaitu buku teks Sejarah,
juga kekuatan dan kelemahan sumber sumber internet iaitu laman web dan
pengajaran dan pembelajaran yang sumber elektronik seperti video dan
digunakan oleh guru-guru Sejarah. perisian mutimedia (Powerpoint)

Kekuatan

Buku Teks Sejarah

Sumber yang paling utama yang digunakan oleh
guru-guru Sejarah ialah buku teks. Menurut Aziz &
Ismail (2007), buku teks Sejarah adalah rujukan penting
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
Guru-guru di sekolah tersebut sering menggunakan
buku teks untuk mengajar. Hal ini dikatakan demikian
kerana buku teks dapat memudahkan sesi pengajaran
(Lau Yi Yi et. al., 2020). Kandungan buku teks Sejarah
sekolah rendah di Malaysia sememangnya berkualiti
seperti yang dinyatakan oleh Sjahrony, Lubis & Yusoff
(2017) iaitu buku teks digubal oleh pakar-pakar yang
berkebolehan tinggi dalam pendidikan negara.

Penggunaan buku teks kerap kali digunakan kerana
penggunaan ilustrasi, grafik, kesesuaian dan jenis
tulisan, laras bahasa, warna dan sebagainya adalah
selaras dengan tahap pengetahuan murid tahap 2. Buku
teks ini telah digunakan dengan jayanya oleh guru-guru
di sekolah tersebut kerana penyampaian isi pelajaran
mudah difahami murid. Perjalanan proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Berdasarkan
tinjauan saya, murid dapat membaca dan memahami
maklumat yang tertera di dalam buku teks.

PowSelaripdoint

Antara sumber bahan elektronik
yang digunakan oleh guru ialah
perisian multimedia iaitu Powerpoint.
Penggunaan Powerpoint ini menarik
minat murid kerana mengandungi
elemen multimedia seperti imej,
audio, teks dan sebagainya.

Menurut Nur Syazwani Abdul Talib
et al. (2019), keadaan pembelajaran
menjadi menggembirakan dan tidak.
statik jika multimedia digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Dengan adanya elemen ini, murid tidak mudah berasa
bosan kerana mereka dapat memahami sesuatu isi pelajaran dengan
mudah dan berkesan

Penghasilan kandungan atau pengisian dalam slaid Powerpoint
adalah berpandukan buku teks Sejarah. Hal ini supaya penghasilan
perisian multimedia ini selaras dengan sukatan pelajaran Sejarah
dalam buku teks. Guru juga boleh menghias slaid Powerpoint
mengikut kreativiti sebagai bahan bantu mengajar mereka dalam kelas
Sejarah. Antara kandungan yang guru masukkan dalam slaid
Powerpoint ialah isi pelajaran, soalan dan gambar-gambar yang
menarik. Misalnya, semasa pemerhatian saya, guru memggunakan
gambar perayaan-perayaan pelbagai kaum di Malaysia. Penggunaan
slaid Powerpoint memudahkan murid memahami maklumat yang ingin
disampaikan oleh guru.

Video Youtube

Guru juga telah menayangkan video Video juga mengeluarkan bunyi audio dan
daripada Youtube semasa proses visual yang menarik minat murid untuk
pengajaran dan pembelajaran Sejarah. fokus semasa pembelajaran Sejarah.
Contohnya, video pembubaran Dalam Kajian Brecht (2012), menyatakan
Parlimen baru-baru ini. Daripada video bahawa ransangan visual dan auditori
ini, murid tidak hanya mendengar dan penting supaya dapat meningkatkan
membaca daripada buku teks sahaja pemikiran kognitif melalui teknologi.Unsur
tentang peristiwa penting yang berlaku audio dan visual yang terdapat pada video
dalam negara iaitu peristiwa tersebut adalah bersifat autentik kerana
pengisytiharan pembubaran parlimen diambil daripada sumber yang sahih dan
oleh Perdana Menteri. Murid dapat boleh dipercayai. Berdasarkan kajian
menyaksikan bagaimana pengisytiharan Sharples (2000), video yang digunakan
itu dibuat oleh Perdana Menteri selepas dapat menarik penglibatan dan motivasi
diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan murid untuk belajar tentang sesuatu
Agong. Dengan ini, murid mendapat perkara. Jelaslah bahawa guru telah
gambaran tentang pembubaran berjaya menarik penglibatan murid yang
parlimen Malaysia. Penggunaan video aktif di dalam kelas.
ini mampu menarik perhatian murid
untuk menontonnya.

Sumber Internet

Laman Web Berita Sinar Harian

Laman Web Berita Sinar Harian

Merujuk kembali kepada pemerhatian saya, sumber internet turut digunakan
oleh guru-guru Sejarah. Guru telah menggunakan artikel berita daripada Laman
web Sinar Harian. Penggunaan artikel berita ini adalah bertujuan untuk
memantapkan lagi kefahaman murid tentang tajuk yang dipelajari. Walau
bagaimanapun, penggunaan artikel berita ini masih lagi merujuk kepada
kesesuaian dengan kandungan pelajaran dalam buku teks Sejarah. Menurut
Sharipah Aini Jaafar dan Arba’iyah Mohd Noor (2016), guru Sejarah haruslah bijak
mempelbagaikan sumber-sumber dan media-media mata pelajaran Sejarah
dengan tidak mengenepikan buku teks dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
Sejarah. Artikel berita ini juga salah satu cara untuk mendedahkan murid dengan
isu semasa yang berlaku dalam negara. Menurut Shakila Yacob & Rosilawati Zainol
(2015), surat khabar digital boleh menjadi panduan guru melalui kaedah untuk
mendedahkan berita dan isu semasa kepada murid. Oleh itu, penggunaan artikel
berita ini adalah salah satu media untuk murid meneroka pelbagai ilmu melalui
pelbagai media pengajaran. Sememangnya, artikel berita ini boleh digunakan oleh
guru untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid selain daripada menggunakan
buku teks sahaja.

Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan

Walau bagaimanapun, sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang
dinyatakan juga mempunyai beberapa kelemahan. Kelemahan buku teks Sejarah
dapat dilihat pada susunan teks yang agak padat. Kepadatan teks pada sesuatu
muka surat akan menyebabkan murid malas untuk membacanya. Cadangan
penambahbaikan bagi kelemahan ini adalah guru boleh mengaplikasikan peta
minda atau i-think map untuk memudahkan murid membaca dan memahami
maklumat.

Selain itu, kelemahan penggunaan slaid Powerpoint adalah
penggunaannya memakan masa. Hal ini dikatakan demikian
kerana guru harus memasang Projektor LCD dan juga
komputer riba untuk memaparkan kepada murid isi
pelajaran. Cadangan penambahbaikan ialah guru boleh
datang lebih awal ke kelas dan lebih bersedia untuk
memasang alat atau bahan bantu mengajar mereka.

Kekangan penggunaan video daripada youtube ialah kesahihan video tersebut
sebelum dipertontonkan kepada murid. Oleh itu, guru boleh memastikan video yang
mereka gunakan sahih dan boleh dipercayai sebelum dipertontonkan kepada murid-
murid. Berdasarkan pemerhatian saya, guru mengambil video daripada sumber yang
sahih dan dipercayai.

Kekangan menggunakan laman web seperti berita secara atas talian juga sama.
Ketepatan dan kesahihan berita itu sangat penting. Kini, masih banyak lagi
penyebaran berita palsu dan khabar angin yang belum tentu betul atau tidak
disebarluaskan sehingga menyebabkan kekeliruan dan kesalahan maklumat. Oleh
itu, guru harus bijak memilih artikel berita yang ingin disampaikan kepada murid.
Merujuk kepada tinjauan saya semasa PBS, guru telah menggunakan laman web
berita yang rasmi.

SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

KESIMPULAN

Kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai sumber pengajaran dan
pembelajaran yang telah digunakan oleh guru tetap juga akan ada kelebihan
dan kelemahan. Kelebihan sumber pengajaran dan pembelajaran secara
keseluruhannya dapat digunakan dengan lancar dan memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dari segi kekurangan pula,
guru-guru harus meneroka banyak lagi sumber pengajaran dan pembelajaran
Sejarah seperti bahan arkeologi dan monumen dengan melawat tapak-tapak
arkeologi atau muzium. Hal ini supaya pembelajaran Sejarah menjadi sesuatu
yang menyeronokkan dan realistik kepada murid-murid.

RUJUKAN

Abdul Talib, N. S., Awang, M. M., Abdul Ghani, K., & Yusuff, N. A. (2019). Penggunaan multimedia
dalam mata pelajaran Sejarah. International Online Journal of Language, Communication, and
Humanities, 2(2), 86-98.
http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/57

Ahmad Hishanuddin Ramli, Dr. Jayakumary a/p Marimuthu & Hasfalila Hassan. (2020). Sejarah Tahun
5. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aziz, Z. & Ismail, N. A. N. (2007). Kajian tinjauan kesediaan guru-guru Sejarah menerapkan
Kemahiran Pemikiran Sejarah kepada para pelajar. Jurnal pendidikan, 32,119-137.
http://journalarticle.ukm.my/196/1/1.pdf

Bernama. (2022, Oktober 10). Pembubaran Parlimen. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/225325/galeri/pembubaran-parlimen

Brecht, D.H. (2012). Learning from online video lectures. Journal of Information Technology
Education: Innovations in Practice. 11(1), 227-250

Lau Yi Yi, Abdul Razaq Ahmad, Mohd Mahzan Awang & Norasmah Othman. (2020). Kandungan buku
teks Sejarah dan hubungannya dengan pengetahuan pelajar. Jurnal Personalia Pelajar, 23(2): 59-
67. http://journalarticle.ukm.my/15976/1/Artikel-9_Lau-Yi-Yi_FPEND.pdf

Shakilla Yacob & Rosilawati Zainol. (2015). Sejarah dan media baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka

Sharipah Aini Jaafar & Arba'iyah Mohd Noor. (2016). Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran sejarah di sekolah-sekolah di Malaysia 1957-1989. Sejarah, 25 (2). 40-
57.https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/9338

Sharples, M. (2000). The design of personal mobile technologies for lifelong learning. Computers &
Education. 34(3), 177- 193.

Sjahrony, A., Lubis, M. A. & Yusoff, N. M. R. N. (2017). Kepentingan kebolehbacaan buku teks dalam
dunia pendidikan. ASEAN Comparative Education Research Journal On Islam And Civilization

(ACER-J), 1(1): 25-40. https://spaj.ukm.my/acerj/index.php/acer-j/article/viewFile/5/5

Syed Ismail Syed Mustapa, Pushpavalli A. Rengasamey, Meor Aris Meor Hamzah & Rosly Mohd. Sani
(2017). Sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Sasbadi Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version